isl 1

Upload: pei-woon

Post on 07-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isl pengurusan dan pentadbiran sukan

TRANSCRIPT

1. Perbezaan pengurusan dan pentadbiran.Pengurusan adalah satu proses perancangan, pengelolaan, pemimpinan dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Pentadbiran adalah satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.Pengurusan sukan ialah usaha mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat yang membawa kebaikan kepada manusia sejagat serta memupuk toleransi dan perpaduan. Pentadbiran sukan ialah cara sesebuah organisasi membuat keputusan dan mendorong kegiatan ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki melalui kerjasama sesama ahli.

2. Contoh program pembangunan sukan yang telah dilancarkan oleh agensi sukan di Malaysia.Program Tunas Harapan merupakan program pembangunan bakat sukan di kalangan pelajar berumur 9-14 tahun yang dilaksanakan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Terengganu. Program ini telah bermula sejak tahun 1991. Pada tahun tersebut 10 jenis sukan terlibat dengan 16 buah pusat latihan terlibat di semua daerah. Sukan-sukan tersebut adalah badminton, olahraga, lumba basikal, memanah, ping pong, renang, sepak takraw, silat, taekwondo dan tenis. Dalam jangka masa 6 tahun selepas itu, 18 pusat baru dibuka di daerah-daerah dengan penambahan 5 jenis sukan baru. Sukan-sukan tersebut adalah bola sepak, golf, kayak, angkat berat dan tinju. Dalam Pelan Pembangunan Sukan 10 Tahun Negeri Terengganu, Program Tunas Harapan telah dijadikan sebahagian daripada keseluruhan struktur pembangunan tersebut. program ini bertujuan untuk mengenalpasti serta melatih atlet-atlet muda yang berbakat di sekolah dalam tapak base yang besar. Atlet-atlet ini kemudiannya akan menjadi feeder group kepada program pembangunan sekolah, program pelapis negeri, program SUKMA dan juga program atlet elit. Dalam masa yang sama kumpoulan atlet-atlet ini dilatih untuk memenuhi keperluan atlet-atlet sekolah negeri, atlet-atlet Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, atlet-atlet sekolah ASEAN, atlet-atlet SUKMA, atlet-atlet kebangsaan dan atlet-atlet juara dunia.Mereka ini melalui proses pengenalpastian bakat, pemilihan atlet, ujian dan peperiksaan, menjalani latihan bersistem, pendedahan latihan dan pertandingan serta pemantauan dan penilaian.