isi

22
1.0 Pengenalan Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahanRancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Oleh itu, seorang guru yang baik akan merangka dan membina satu Rancangan Pengajaran yang lengkap dan menarik sebelum masuk ke dalam kelas untuk mengajar murid. Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat haruslah menitikberatkan objektif yang hendak dicapai, penggunaan strategi pendekatan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yan berkesan.Rancangan Pengajaran yang berkesan haruslahmenitikberatkan penggunaan bahan bantu belajar yang mampu menarik minat murid untu belajar 1

Upload: annenhafurqhani

Post on 07-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanRancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Oleh itu, seorang guru yang baik akan merangka dan membina satu Rancangan Pengajaran yang lengkap dan menarik sebelum masuk ke dalam kelas untuk mengajar murid. Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat haruslah menitikberatkan objektif yang hendak dicapai, penggunaan strategi dan pendekatan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rancangan Pengajaran yang berkesan haruslah menitikberatkan penggunaan bahan bantu belajar yang mampu menarik minat murid untuk belajar

12

2.0 Rancangan pengajaran harianRANCANGAN PENGAJARAN HARIANNama Guru: Siti Nordiana binti RaduanSekolah: SK Jalan ArangKelas: 1 AnugerahTarikh: 30 Ogos 2013Hari: JumaatMasa: 8.00 9.00 pagiMatapelajaran: MatematikKumpulanA (Sederhana)B (Lemah)

Nama MuridAinuriza (Hiperaktif)Fatin (Sindrom down)Jacquan (Slow learner)Nur Musernah (lewat perkembangan)Kamarul (Lewat perkembangan)

Tajuk/TemaMengenal warna

Standard Kandungan1.1 Mengklasifikasikan objek mengikut warna

Standard pembelajaran1.1.5 Menamakan warna asas dengan menggunakan gambar1.1.1 Mengasingkan objek mengikut warna asas (merah, biru, kuning)

Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:Menamakan warna asas dengan menggunakan gambar.

Mengasingkan objek mengikut warna asas sekurang-kurangnya 2 warna daripada 3 warna.

Pengetahuan sedia adaMurid pernah melihat warna dan benda di sekeliling mereka.

Elemen Merentas KurikulumBahasa, nilai murni, kemahiran berfikir, TMK

Bahan Bantu BelajarBelon (merah, biru, kuning), doh, papan warna, komputer riba, LCD, slaid power point, lembaran kerja, bakul, kad gambar, kotak

Nilai MurniBekerjasama

Kemahiran BerfikirMengkategori

Unsur TerapiTerapi muzik, Terapi psikomotor, Terapi pertuturan, Terapi cara kerja.

LangkahKumpulan 1 (Sederhana)Kumpulan 2 (Lemah)

Set Induksi (5 minit)1. Guru mempersembahkan tayangan video lagu kepada murid.2. Murid diminta untuk membuat pergerakan dan menyanyi bersama guru.2. Guru menyoal murid berdasarkan tayangan video.3. Guru membimbing murid menjawab soalan melalui tayangan video yang ditayangkan.

Langkah 1(15 minit)Pengukuhan1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Murid diminta untuk mewarnakan gambar mengikut warna yang ditetapkan.Contoh :

Pengajaran dan pembelajaran1. Guru menunjukkan belon yang berbeza warna kepada murid.(merah, biru, kuning)2. Guru menerangkan kepada murid tentang warna asas berdasarkan belon yang ditunjukkan.3. Guru menyoal murid berkaitan warna belon yang ditunjukkan oleh guru.4. Guru memberikan kepada murid beberapa belon yang mempunyai warna(merah, biru, kuning) yang berbeza kepada setiap murid.5. Murid diminta untuk meniup semua belon tersebut dengan bimbingan guru.3. Setiap murid diminta untuk memasukkan belon ke dalam baldi yang telah disediakan mengikut warna yang sama.

Langkah 2(20 minit)Pengajaran dan pembelajaran1. Guru memaparkan gambar kepada murid menggunakan slaid power point.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar yang dipaparkan seperti :i. Ini gambar apa ?ii. Buah pisang ini berwarna apa ?iii. Siapa suka makan buah pisang ?2. Murid diminta untuk menamakan warna asas dengan berpandukan gambar yang ditunjukkan guru.

Pengukuhan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Guru meminta murid memadankan gambar mengikut warna yang sama.Contoh:Padankan warna yang sama.

Langkah 3(15 minit)Pengukuhan1. Guru meminta murid untuk mengambil gambar di dalam kotak.2. Murid diminta untuk menamakan warna asas berpandukan gambar yang dipilih.3. Kemudian, murid diminta untuk memasukkan gambar tersebut ke dalam bakul mengikut warna yang betulContoh : kad gambar

Pengukuhan1. Guru memberikan doh dan papan warna pelbagai warna kepada murid. (warna merah, biru, kuning)2. Murid diminta untuk membentuk doh menjadi pelbagai bentuk yang mereka suka. (bulat, segiempat, bujur, segitiga)3. Apabila murid siap membentuk doh tersebut, murid diminta untuk melekatkan doh di atas papan warna yang sama dengan warna doh.

Penutup(5 minit)1. Guru menayangkan semula video lagu berkaitan dengan warna.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk pelajaran yang telah dipelajari.3. Guru membuat rumusan berkaitan isi pelajaran.

1. Guru menayangkan semula video lagu berkaitan dengan warna.2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk pelajaran yang telah dipelajari.3. Guru membuat rumusan berkaitan isi pelajaran.

Refleksi: ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.0 Kelebihan bahan bantu belajarTujuan penggunaan bahan bantu belajar (BBB) adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Dengan adanya BBB, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan (konsep) yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBB untuk digunakan dalam pengajaran mereka, guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan jenis rangsangan perkataan bercetak, pemilihan bahan bantu belajar yang sesuai digunakan adalah terdiri daripada buku, edaran terancang, carta transparensi (kepingan lutsinar), poster atau senarai bertulis. Selepas membuat pemilihan BBM, guru-guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran.Kelebihan pertama bahan bantu belajar yang saya gunakan dalam pengajaran saya untuk murid Pendidikan Khas adalah untuk melatih pergerakan jari dan tangan serta koordinasi mata murid-murid sebelum mula menulis. Sebagai contoh, penggunaan doh berwarna dalam pengajaran mengklasifikasi warna untuk murid lemah. Saya menggunakan doh berwarna untuk mengajar murid mengenal warna dan mengklasifikasikan warna yang berbeza seperti warna merah, biru dan kuning dengan betul. Penggunaan doh ini mampu menarik minat murid untuk belajar kerana pengajaran ini memerlukan murid itu sendiri merasa sendiri tekstur doh, melihat warna doh serta mereka bebas untuk membentuk doh mengikut bentuk yang mereka suka. Selain itu, penggunaan doh dalam pengajaran saya tidak membahayakan kesihatan murid kerana doh yang digunakan tiada mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan murid seperti tanah liat yang dijual di kedai yang mengandungi bahan kimia yang boleh mendatangkan keburukan kepada murid. Penggunaan doh ini juga sangat menjimatkan kewangan guru ataupun murid. Kelebihan kedua bahan bantu belajar yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya adalah bahan bantu belajar yang menjimatkan kos. Bagi menghasilkan bahan bantu belajar, guru tidak semestinya membeli bahan bantu belajar, sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru. Contohnya dengan menggunakan bahan yang tidak digunakan lagi seperti tepung. Guru boleh menggunakan tepung yang tidak digunakan lagi dan membuat sendiri doh dengan menggunakan air, minyak masak dan pewarna. Selain itu, penggunaan persembahan power point juga tidak memerlukan kos kerana ia hanya memerlukan kreativiti guru itu sendiri dalam mengajar subjek matematik. Hal ini sangat memudahkan tugas guru. Penggunaan doh dan ICT ini sememangnya mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran.Kelebihan ketiga bahan bantu belajar yang saya gunakan adalah mudah alih dan praktikal. Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana dan tidak terlalu berat atau besar seperti pengunaan video lagu, slaid power point, papan warna, belon dan doh. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

4.0 Pelan lantaiRak BBM41Rak failRak Permainan Matematik71843

Permaidani Bernombor

Kolam miniPintuPapan kenyataanPapan pintar

Sudut Maklumat

MejaGuruRak buku

LCD & Skrin layarKomputer & TV

Sudut ICT

Permaidani

Permaidani ketingting

Pintu10tingkap2

9

2

Sudut terapireflexologi365

pintuPenghawa dingin

Bilik sakitBilik guru

Bilik kemahiran hidup Bilik memasak

Perpustakaan miniBilik kinestetik(tempat bowling, wii)Permaidani bernombor

Mini teaterBilik muzik

Tandas lelaki/bilik persalinan

Tandas perempuan/bilik persalinanpintu

Taman bunga dan herbasurau perempuanRuang berkebun

Surau lelaki

Kolam renang& jakuziMini zooTaman permainan

Padang serbaguna

5.0 Justifikasi pelan lantai5.1 PintuPintu bilik darjah Pendidikan Khas ini mempunyai fungsi sensor. Murid tidak perlu membuka pintu semasa masuk atau keluar di sesuatu bilik. Namun, murid hanya perlu berdiri di depan pintu dan pintu akan terbuka dengan sendirinya. Rasional saya menggunakan pintu ini adalah supaya guru dapat melihat pergerakan murid walaupun guru berada di satu ruang bilik yang lain kerana pintu sensor ini adalah lutsinar. Selain itu, pintu ini memudahkan murid Pendidikan khas untuk bergerak terutama untuk murid spastik atau cerebral palsy yang menggunakan kerusi roda. 5.2 Bilik airDi setiap bilik air seperti tandas, bilik mandi, tempat mengambil wudhuk dan dapur, pili paip di sinki mempunyai fungsi sensor. Murid tidak perlu pulas atau tekan semasa menggunakan air. Murid hanya perlu meletak tapak tangan di bawah pili paip, dan air akan keluar. Selain itu, pengepam tandas juga akan mengepam tandas sebaik sahaja murid membuang air kecil mahupun membuang air besar. Hal ini bertujuan untuk mendidik murid menjaga kebersihan semasa berada di tandas. Dengan ini, apabila murid menggunakan tandas awam di luar, murid akan mengepam sendiri tandas selepas menggunakan tandas kerana murid sudah terbiasa melihat pengepam tandas bertindak secara automatik.5.3 Teknologi makumatSetiap bilik di dalam kelas Pendidikan Khas ini kecuali dapur mempunyai kemudahan ICT seperti visualiser atau dokumen kamera, slate/tablet, sistem respon pelajar, aplikasi perisian komputer, projektor, papan putih interaktif, monitor, kamera digital, switcher, perakam audio digital dan komputer interaktif dan printer. Hal ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk belajar. Sebagai contoh, "Document camera" dan "Visual presenter" ialah alat pengajaran digital yang membolehkan pengajar atau murid memaparkan dan berkongsi informasi dengan lebih meluas serta membawa kehidupan kepada suasana di dalam kelas.Visualiser atau Document camera ialah alat ICT yang memerlukan kos efektif, jimat masa, dan mudah di gunakan. Guru atau murid hanya perlu menyambung visualiser/document camera pada projektor atau monitor atau papan interaktif dan menghidupkannya. Perkara yang tinggal ialah meletakkan objek yang perlu dipaparkan dibawah kamera. Visualiser/Document Camera merupakan alat pengajaran yang fleksibel yang membenarkan pengajar memaparkan apa sahaja daripada sehelai kertas kepada sebuah piano, dalam pelbagai warna, atau seseorang di dalam bilik. Guru boleh mengarah, menerangkan, membesar dan mengecilkan, atau memperoleh pandangan yang berbeza dengan mumutarkan lengan/kamera visualiser/document camera. Visualiser yang fleksibel ini membantu pangajar dan murid menunjukkan kreativiti mereka semasa menggunakannya.

5.4 Sistem CCTV Di dalam kelas ini terdapat sistem CCTV. CCTV adalah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu seperti di skrin komputer yang terdapat di bilik guru. Isyarat yang dihantar tidak dihantar secara terbuka. Selain itu, CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat seperti keselamatan murid di dalam kelas ataupun di luar kelas. Hal ini sedikit sebanyak membantu guru mengawal pergerakan murid.5.5 Meja dan kerusiMeja yang digunakan di dalam kelas ini merupakan meja interaktif. Hal ini bermaksud setiap meja murid memerlukan suara murid untuk log in yang akan menimbulkan imej di hadapan murid. Sebagai contoh guru mengajar matematik untuk tajuk wang, murid akan menyebut perkataan wang dan imej 6D wang akan terpapar di hadapan mata murid. Dengan ini,murid boleh boleh menyentuh wang tersebut serta menghitung bilangan wang berdasarkan arahan guru. Perkara ini sangat menarik minat murid untuk belajar kerana bahan yang digunakan untuk belajar seolah-seolah maujud. Kerusi pula merupakan kerusi yang boleh direndahkan atau ditinggikan kedudukannya serta boleh dikeluarkan rodanya supaya murid yang mempunyai masalah spastik atau cerebral palsy dapat bergerak dengan mudah tanpa memerlukan kerusi rodanya sendiri.5.6 Bilik Bilik di dalam kelas ini terdiri daripada beberapa bilik seperti bilik memasak, bilik kemahiran hidup, bilik kinestatik (bowling dan wii), bilik muzik, perpustakaan mini, bilik sakit dan mini teater. Semua bilik ini dilengkapi dengan kemudahan ICT seperti yang diterangkan sebelum ni. Sebagai contoh, visualiser atau LCD. Bilik ini bertujuan untuk memudahkan murid melaksanakan proses pembelajaran dengan mudah dan berkesan kerana bahan yang dperlukan untuk belajar sudah sedia ada. Guru hanya perlu masuk ke setiap bilik yang sesuai dengan subjek atau topik yang diajar untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru hendak mengajar konsep tolak. Di bilik kinestetik, terdapat ruang permainan bowling. Murid boleh menghitung pin bowling dan mengira pin bowling yang jatuh. Dalam proses ini, konsep penolakan mudah diajar. 5.7 Dinding lutsinarPenggunaan sesetengah dinding lutsinar sebagai dinding di kelas ini akan membuat suasana dalam di kelas menjadi terang dan cahaya mudah masuk. Hal ini adalah untuk membantu murid sentiasa berasa segar semasa belajar. Di dinding ini, terdapat langsir berwarna ceria dipasang. Guru akan menutup dinding dengan langsir mengikut kesesuaian pembelajaran kelas pada hari tersebut dengan menggunakan butang kawalan. Bila guru merasa terlalu panas atau ingin memberi privasi dalam ruang, maka guru akan memasang langsir yang menutupi keseluruhan dinding kelas. Dinding ini juga bertujuan memberikan pemandangan yang indah kepada murid semasa belajar kerana keseluruhan kawasan di luar kelas ini dipenuhi dengan landskap yang indah seperti taman bunga, taman permainan dan laut serta menenangkan fikiran. Kawasan luar kelas telah direka khas seperti kawasan dalam taman yang dipenuhi dengan bunga, pokok, kolam air terjun dan pelbagai lagi kemudahan. Selain itu, kelas ini juga dibina berdekatan dengan laut dan bunyi laut yang sayup-sayup kedengaran boleh menjadi terapi kepada murid. Sesetengah bilik seperti dapur, bilik kinestetik, bilik santai, perpustakaan dan beberapa lagi bilik lain, dinding ini boleh dibuka seperti pintu biasa. Hal ini adalah untuk membolehkan udara segar masuk tanpa perlu menggunakan penghawa dingin walaupun di dalam setiap bilik ini mempunyai penghawa dingin. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan murid yang mengalami alahan daripada sesak nafas.

5.8 Kolam dan jakuziKolam ini bertujuan untuk murid menjalankan terapi air. Jakuzi juga dibina bertujuan untuk murid merehatkan diri semasa masa santai diberi. Kawasan ini adalah kawasan larangan kerana murid boleh menggunakan kawasan ini dengan kebenaran guru dan guru berada bersama murid. Kawasan ini mempunyai persekitaran sensori dengan penggunaan lampu, sistem bunyi, pelampung dan beberapa peralatan air lain. Tekanan tinggi jet ke dalam kolam juga digunakan untuk memberi rintangan atau kesan urut kepada murid. Sebahagian lantai di kawasan kolam dan jakuzi ini adalah akuarium yang menempatkan banyak jenis ikan yang cantik dan bewarna warni bertujuan untuk merangsang pemikiran murid dalam menghitung bilangan ikan yang mereka suka. Kolam dan jakuzi ini dibina di dua ruangan. Satu di kawasan terbuka dan satu lagi adalah di kawasan yang tertutup.

5.9 Pemadam api sensorPemadam api bertujuan untuk keselamatan murid dan keselamatan kelas. Pemadam api yang digunakan di dalam kelas ini adalah pemadam automatik. Apabila sensor menerima isyarat, secara automatik pemadam akan memadamkan api di kawasan yang berlaku kebakaran. Kesemua bilik di dalam kelas Pendidikan Khas ini mempunyai pemadam api sensor.5.10 LantaiLantai yang digunakan untuk kelas ini adalah dengan menggunakan lantai kayu, lantai marmar dan lantai rumput buatan. Lantai ini digunakan mengikut kesesuaian bilik. Sebagai contoh untuk bilik muzik, bilik kinestetik, bilik kemahiran hidup, lantai kayu digunakan, bilik pembelajaran pula menggunakan lantai marmar dan kayu. Ruang santai, padang, sudut reflexologi, taman permainan pula menggunakan rumput buatan. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan murid.

5.11 Mini zooMini zoo ini mempunyai beberapa haiwan jinak seperti kucing dan arnab. Setiap murid dipertanggungjawabkan untuk menjaga seekor haiwan kesayangan. Setiap pagi, murid wajib ke mini zoo ini untuk melihat haiwan peliharaan mereka serta memberi makan mereka. Di sini, pengajaran subjek matematik juga dapat di ajar seperti guru meminta murid untuk mengira berapa ekor kucing dan berapa ekor arnab yan terdapat dalam mini zoo. Selain itu, guru juga boleh menyoal murid seperti Berapa ekorkah kucing bewarna putih dan coklat ?. Secara tidak langsung konsep mengira dapat diajar kepada murid.5.12 PagarDi keliling kawasan kelas ini mempunyai pagar sensor supaya keselamatan murid terjaga. Pagar ini akan menunjukkan isyarat sekiranya terdapat ancaman daripada luar dan ia akan menghantar isyarat ke skrin komputer guru yang terdapat di dalam bilik guru. Secara automatik, perisiaan komputer akan menghantar maklumat dan data kepada pihak polis menyatakan bahawa kawasan kelas ini sedang mengalami masalah.5.13 Audio Setiap ruang kelas ini akan dimainkan dengan muzik sentimental yang sayup-sayup kedengaran bertujuan memberi ketenangan dan keselesaan kepada murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hal ini juga boleh menjadi terapi muzik kepada murid Pendidikan khas.5.14 PewangiSetiap ruang kelas ini diletakkan semburan pewangi automatik. Setiap 15 minit, pancutan wangian akan dikeluarkan. Hal ini akan menghasilkan wangian yang sangat harum yang boleh mendamaikan murid. Pewangi ini juga bertujuan untuk menjadikan murid menjadi segar ketika belajar.

5.15 Bilik sakitBilik ini dibina khas untuk murid yang mengalami demam atau sakit secara tiba-tiba. Di dalam bilik ini dilengkapi dengan first aid dan seorang doktor. Bilik ini dihias ceria supaya murid berasa selesa berada di bilik ini walaupun ketika sakit. Selain itu, bilik ini mempunyai pemandangan yang indah iaitu laut. Hal ini bertujuan untuk memberi ketenangan kepada murid.

5.16 Taman Bunga dan taman herba/ruang berkebunRuang untuk murid menanam sayur-sayuran dan tanaman lain untuk kemahiran hidup serta konsep matematik dapat diterapkan semasa proses ini dijalankan. Contoh, murid akan menghitung bilangan buah tomato hasil daripada tanaman pokok yang mereka tanam. 5.17 Ruang santaiKelas ini mempunyai ruang santai iaitu di tingkat 2. Hal ini bertujuan untuk murid merehatkan diri ketika menunggu ibu bapa mengambil mereka atau aktiviti santai boleh dilakukan di tingkat ini seperti taklimat, pertandingan mewarna, bercerita dan sebagainya. Mesyuarat guru juga boleh dilakukan di ruangan ini.

5.18 Kerusi bergerakKerusi ini direka khas untuk murid spastik atau cerebral palsy supaya apabila aktiviti dijalankan di ruang santai iaitu di tingkat 2, murid ini dapat naik ke atas dengan mudah.

6.0 RumusanRancangan Pengajaran Harian sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setiap guru wajib membuat Rancangan Pengajaran Harian sebelum masuk ke dalam kelas untuk mengajar. Guru harus menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang berlainan setiap kali masuk ke dalam kelas supaya murid tidak mudah berasa bosan ketika belajar di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu belajar juga penting ketika guru mengajar supaya pengajaran yang diajar berkesan serta mampu mencapai objektif pengajaran yang hendak dicapai pada hari tersebut.