isi

19
1.0) PENGENALAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud pengetahuan tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu- ilmu lain. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna kecintaan) dan sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau mencintai ilmu. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi: “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. 1

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 24-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

1.0) PENGENALAN

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bermaksud pengetahuan

tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah

berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna kecintaan) dan sophia

(bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani

ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan atau

mencintai ilmu.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988,

telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996

(Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah

lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,

semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK

ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan

1

mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan

pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini

ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang

sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih

utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih

penting daripada intelek atau sebaliknya

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang

berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah

untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang

supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus

menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi

ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan

terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan

peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada

kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan

menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu

yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang

amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan

manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan

pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan

mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada

manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan

diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan

hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat

dan negara.

2

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri

manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli

keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,

berakhlak mulia, dan berbakti.

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis

dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat

pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi

sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.

Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk menjadi

panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar, FPG menjelaskan jenis guru yang

diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin.”

[Mok, 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat pendidikan guru

ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan

amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta

berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan

Pendidikan dalam abad ke-21.

[Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi

merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh

negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa,

masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan

3

nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model dan teladan bagi golongan

murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik.

Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi

merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan utama

dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

dalam profesionnya untuk diaplikasikan dalam KBSR.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

GURU YANG BERKEPERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK,

BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI NEGARA SERTA MENYANJUNG WARISAN

KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN

MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK,

PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.

“Seseorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang

baik ibarat lilin yang membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru.

Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya  untuk

menghasilkan karya seni yang agung. Seorang guru bagaikan akitek yang merangka

bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang

menghasilkan binaan teguh merentasi zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar

yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh.

Guru sebagai agen sosialisai dan agen perubahan memainkan peranan penting

untuk mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar  di sekolah-sekolah. Apa

yang diamalkan oleh guru-guru adalah pancaran dari pemikiran mereka terhadap

pendidikan.

4

2.0) PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN HASRAT FPK DAN FPG DALAM

MELAKSANAKAN KSSR UNTUK MEMBANGUNKAN MODAL INSAN.

1. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya

memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial secara keseluruhan dan bersepadu

Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah

pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan dalam strategi pembangunan

insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai

kandungannya mengikut keperluan semasa.

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum ditakrifkan

sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun

sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (i)

Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab dan unit

beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk

mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial

dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah

perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk

keperluan negara.

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan

matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya

untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran

pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan

5

pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran

bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif

dan kreatif untuk melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui

peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif

kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti

melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan

pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum

serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan

meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat

pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti

buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah bertujuan

untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring dengan kurikulum

yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya

memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

secara keseluruhan dan bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan

prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran dapat

digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat

Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi sekolah ke arah

mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan

cita FPK adalah dengan menyediakan kemudahan dan sumber pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar-pelajar mendapat peluang untuk mengembangkan

potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh

6

dan seimbang. Sebagai contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah

diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan. Manakalah

penyediaan bahan-bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan

agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan,

seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting untuk aktiviti

pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur dan sistematik, keberkesanan

interaksi murid dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru harus

melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas guru sebagai

pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-murid supaya menjalankan

tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan

menyusun meja-kerusi; mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik

darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk

aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya

dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan

suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah

yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,

seorang guru perlu mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah

serta berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan

pengurusan bilik darjah.

3. Guru Berperanan Sebagai Pembentuk Iklim Dan Budaya Sekolah Yang Baik.

Iklim dan budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, amalan

keselamatan dan struktur organisasi sekolah yang membolehkan sekolah berfungsi dan

bertindak dengan cara-cara yang telah ditentukan.Terdapat sekolah-sekolah yang

7

mengamalkan persekitaran yang penuh kasih sayang dengan mengambil berat

kebajikan pelajar dan melayan mereka sebagai individu. Tidak kurang pula sekolah

yang begitu autokratik strukturnya, di mana peraturannya sangat ketat dan

pengawasan juga sangat tegas. Pentadbiran sekolah termasuklah guru dan kakitangan

sekolah seluruhnya, bertanggungjawab di dalam menyediakan iklim sekolah yang

harmoni, selesa, selamat, mesra dan riang untuk menjadikan semua warganya merasa

bangga bekerja atau belajar di sekolah berkenaan.

4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata

pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang

lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam tidak

kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan am. Objektif ini hanya

boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah serta peka terhadap

peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio, televisyen dan

internet.

Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, seorang guru

juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas keguruan. Ikhtisas ialah

suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam.

Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang

cekap. Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang dan menilai murid-muridnya. Di

samping itu, beliau mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah

penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap dedikasi

dalam pekerjaan mengajar.

Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu

kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi dalam

meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku ilmiah,

pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar pendidikan dan

menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini dapat meningkatkan prestasi

guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya menghasilkan pengajaran dan

8

pembelajaran yang berkesan dalam memenuhi hasrat FPG dan FPK dalam

membentuk modal insan dalam diri para pelajar.

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan

pelajar selaras dengan tuntutan FPG

Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral, prinsip

atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu cara untuk

membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui contoh teladan.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya

dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma

masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,

guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh menjadi teladan kepada

murid-murid untuk dicontohi. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa berpakaian

kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa,

rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugasnya. Sehubungan dengan ini,

guru haruslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan

kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang

sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan

pendidikan dan masa depan

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan sebagai

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Di

bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab

terhadap profesionalisme keguruan.

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu

serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa

depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama dan mengandungi nilai yang

9

berharga kepada manusia kerana ilmu dapat mengubah diri manusia daripada jahil

kepada berpengetahuan, bebal kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada

bahagia. Seorang guru yang berilmu pengetahuan bukan saja memperolehi

pengetahuan, kebenaran dan keyakinan, tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya

demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang bermakna

kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, guru yang

mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi sumbangan yang bermakna bagi

memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG,

khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai matlamat

pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik, progresif dan

berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki sikap kenegaraan.

Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip

dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR atau KBSM.

Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan, khasnya cinta dan taat setia

kepada negara, semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas.

[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan

secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran seperti Pendidikan

Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau secara tidak langsung apabila

murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan dilatih

10

mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati,

tanggungjawab dan toleransi.

Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam membina satu

budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus menekankan unsur

perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam semua aktiviti pengajaran dan

pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

8. Guru Berperanan Mendekatkan Murid Kepada Tuhan.

Dalam setiap agama, ilmu mengenal Tuhan sangatlah ditekankan untuk

dipelajari. Oleh itu setiap guru perlulah berperanan mendekatkan murid kepada Tuhan.

Kehendak FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), PIPP ( Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan ) dan KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ),

semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain

pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang paling penting dalam diri

seorang individu yang bergelar murid itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru

dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar.

Menurut Hassan (1998), perkara ini menjadi lebih teruk kerana pada zaman

sekarang manusia terlalu bersifat materialistik, teknologi, kemewahan dan hiburan yang

telah menjauhkan mereka daripada mengenal Tuhan. Jadi dalam keadaan kekosongan

inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina

intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan

keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan

meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini

mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat

membangunkan modal insan. Semua ciri-ciri ini selaras dengan apa yang dikehendaki

oleh FPK.

11

3.0) PENUTUP

Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak

bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi

sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa

dan negara.

FPK adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di

atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar

dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun

negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan

ketuhanan.

Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri

baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik,

seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan

mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti

kepada agama, bangsa dan negara.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang

berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah

Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan

Islam ialah menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia kenal

dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan

atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat

menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang

saleh.

Di samping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah menghargai tokoh

pendidikan negara kita sendiri yang telah banyak memberikan sumbangan kepada nilai

dan pembangunan pendidikan. Jasa dan penglibatannya telah menjadi contoh teladan

serta menyuntik inspirasi kepada warga pendidik.

12

4.0) REFLEKSI

Alhamdulillah syukur keHadrat Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan kasih sayang

serta inayahNya saya, Muhammad Ubaidillah Bin Mohd Yusof dapat menyiapkan Kerja

Kursus Pendek(KKP) Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia. Saya telah mempelajari

banyak perkara berhubung dengan Falsafah-falsafah pendidikan yang ada di dunia ini.

Selain itu, saya turut belajar sistem pendidikan yang ada di Malaysia.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang

diberi memandangkan saya baru mempelajari subjek ini pada semester pertama

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGKKB ini. Melalui kerja kursus ini saya

dapat menimba banyak pengalaman baru, ada yang pahit dan ada yang manis.

Walaubagaimanapun semua perkara yang berlaku semasa penyiapan kerja kursus ini

telah mematangkan saya.

Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Encik Wan Mohd Ghazali

bin Wan Ibrahim kerana tidak lokek pengetahuan untuk membantu saya, dan rakan-

rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada rakan-

rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dalam mencari maklumat dan

memberikan sokongan moral kepada saya. Setelah mendapat taklimat mengenainya

secara terperinci oleh pensyarah tentang kerja kursus ini, perbincangan sesama kami

untuk menyiapkan tugasan diadakan. Sebagai guru pelatih yang berdedikasi saya

perlulah menyiapkannya.

Banyak cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan ini. Pada

mulanya saya hanya mencari dan membaca maklumat dari pelbagai sumber untuk

mendapat gambaran tentang kerja kursus ini. Pengetahuan saya berkaitan kerja kursus

ini juga agak terhad. Tetapi dengan semangat yang tinggi saya berusaha bersungguh-

sungguh mencari maklumat ini di perpustakaan IPGKKB dan juga jurnal-jurnal di dalam

internet. Alhamdulillah saya menjumpai untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan ini

menjadikan saya guru pelatih bijak dalam mencari dan menapis maklumat yang ada.

Pernyataan ini turut disokong oleh Irma Indayu Omar, Yushiana Omar (2005) yang

mengatakan bahawa semua maklumat yang didapati daripada internet belum tentu

benar dan perlu dikaji terlebih dahulu.

13

Di samping itu,saya juga menghadapi masalah kesuntukan masa. Ini kerana

selang beberapa hari selepas mendapat tugasan ini tugasan subjek lain pula menjelma.

Kelemahan saya ialah mengenai pengurusan masa. Saya sedar bahawa saya perlu

membuat tugasan ini dengan sisitematik supaya dapat menyiapkannya. Oleh itu saya

membahagikan masa dengan sebaiknya. Saya telah mengurangkan masa rehat saya

untuk menyelesaikan semua tugasan ini. Ini merupakan tanggungjawab saya sebagai

seorang guru pelatih untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak murid saya nanti.

Pengalaman yang saya dapat melalui kerja kursus ini ialah pengurusan masa amat

penting untuk menjadi orang yang berjaya. Menurut Zaini Ujang (1998), pengurusan

masa yang cekap dapat melahirkan pelajar yang berjaya.

Pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan tugasan ini telah

meningkatkan kefahaman saya tentang modal insan dan KSSR ini. Pembinaan modal

insan ini bertujuan untuk membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya

remaja untuk memimpin negara pada masa hadapan manakala Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) bertujuan membangunkan modal insan. Tujuan KSSR ini

untuk mewujudkan pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, selari dengan

perkembangan teknologi dalam hidupan seharian dan mempunyai pengetahuan agama

di samping tidak mengabaikan kesihatan. KSSR menambah beberapa elemen dalam

kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT). Oleh

itu pada pandangan saya setiap guru haruslah dapat melahirkan modal insan yang

cemerlang semasa melaksanakan KSSR dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sepanjang membuat kerja kursus ini banyak pengalaman dan ilmu baharu yang

bermanfaat. Segala ilmu ini dapat saya gunakan sepanjang saya belajar di IPGKKB.

Perkara ini dapat membantu saya menjadi guru serta pembimbing kanak-kanak yang

baik serta memahami masalah murid di sekolah nanti.

Akhir kata, saya seronok mendapat tugasan kerana melalui inilah saya dapat

berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing saya, Encik Wan Mohd Ghazali dengan

lebih kerap dan macam-macam perkara saya telah lalui. Tambahan pula, beliau

merupakan seorang yang terbuka dan memahami pelajar. Beliau juga tidak kedekut

ilmu dan mengajarkan segala yang beliau tahu kepada kami. Selain itu, beliau juga

seorang pensyarah yang celik ICT, ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran untuk

14

subjek ini menjadi lebih menarik. Saat paling mengembirakan ialah ketika saya berjaya

menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya berharap agar Encik dapat

menerima dan berpuas hati dengan kerja kursus saya ini.

15

5.0) RUJUKAN

Al-Syaibany (1991), Mohd Yusof Ahmad (2009). Falsafah pendidikan Islam,

http://pendislami.tripod.com/new_page_1.htm, Akses pada April 2009.

Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Pergurauan

Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru.

Epstein, J. L. (1995). School/family/community Partnerships: Caring for the Children We

Share [Versi elektronik]. Artikel Jurnal Phi Delta Kappan, Vol. 76, 1995.

Hassan Langgulung (1998), Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke-21. Jakarta,

Indonesia. Pustaka Al-Husna.

Irma Indayu Omar, Yushiana Omar (2005), Panduan Mencari Maklumat. Kuala

Lumpur. PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi

elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu Lintang.

Mok S.S. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2)

Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zaini Ujang (1998), Masa: Konsep dan Pengurusan. Kuantan. Penerbitan Al-Azim.

16

6.0) LAMPIRAN

17

18