isi

14
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 1.0 ISU TEKANAN EMOSI GURU 1.1 Sinopsis isu : Guru paksa murid makan rumput (Mingguan Malaysia, 25 Jan 2014) Isu ‘Guru paksa murid makan rumput’ ini merupakan isu pendidikan yang menjadi isu hangat diperkatakan di media massa pada awal Januari dahulu. Isu yang berlaku di Sungkai, Johor ini berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Khai Meng. Peristiwa ini melibatkan dua murid tahun empat yang menjadi mangsa guru lelaki berusia 26 tahun di sekolah itu. Kedua-dua murid tersebut ialah Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd Harith. Kedua-dua mereka menganut agama Islam. Berikut merupakan kronologi ringkas berkenaan isu ini. 1 Pada pukul 9 pagi : 4 orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi Guru memberikan hukuman kepada 2 orang murid sahaja Murid dirotan sebanyak 2 kali sebelum diarahkan memakai loceng di leher Loceng tersebut perlu dipakai sehingga tamat waktu persekolahan Guru mengugut hukuman lebih berat iaitu rotan sebanyak 10 kali jika ingkar arahannya Pada pukul 10.10 pagi : guru mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan Laporan polis dibuat oleh kedua ibu bapa mangsa Guru membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa

Upload: nabila-farhana

Post on 23-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

1.0 ISU TEKANAN EMOSI GURU

1.1 Sinopsis isu : Guru paksa murid makan rumput (Mingguan

Malaysia, 25 Jan 2014)

Isu ‘Guru paksa murid makan rumput’ ini merupakan isu pendidikan yang

menjadi isu hangat diperkatakan di media massa pada awal Januari dahulu.

Isu yang berlaku di Sungkai, Johor ini berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina(SJKC) Khai Meng. Peristiwa ini melibatkan dua murid tahun empat yang

menjadi mangsa guru lelaki berusia 26 tahun di sekolah itu. Kedua-dua murid

tersebut ialah Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal

Mohd Harith. Kedua-dua mereka menganut agama Islam. Berikut merupakan

kronologi ringkas berkenaan isu ini.

Rajah 1 : Sinopsis isu ‘Guru paksa murid makan rumput’

1

Pada pukul 9 pagi : 4 orang murid gagal

menyiapkan tugasan yang diberi

Guru memberikan hukuman kepada 2 orang murid sahaja

Murid dirotan sebanyak 2 kali sebelum

diarahkan memakai loceng di leher

Loceng tersebut perlu dipakai sehingga tamat

waktu persekolahan

Guru mengugut hukuman lebih berat

iaitu rotan sebanyak 10 kali jika ingkar

arahannya

Pada pukul 10.10 pagi : guru mengambil rumput

di hadapan kelas lalu memaksa mangsa

makan

Laporan polis dibuat oleh kedua ibu bapa

mangsa

Guru membuat permohonan maaf kepada keluarga

mangsa

Page 2: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

1.2 Punca berlakunya isu

Isu pendidikan seringkali menjadi tumpuan masyarakat apatah lagi

apabila isu tersebut berkait rapat dengan persoalan nilai,moral dan

salah laku dalam kalangan warganya. Oleh itu, apabila sahaja berita

berkenaan isu guru lelaki berusia 26 tahun di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng yang dikatakan memaksa 2

orang murid makan rumput hanya kerana tidak menyiapkan tugasan

kerja sekolah yang diberikan, ia seolah-olah menjadi satu isu yang amat

besar. Kebanyakan daripada masyarakat kita mula melontarkan

pelbagai andaian dan pendapat berkenaan punca berlakunya isu ini.

Pada pandangan saya, faktor paling besar dihadapi oleh guru

lelaki berusia 26 tahun ini adalah datangnya dari tekanan emosi dari

diri beliau sendiri. Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia

bertajuk “Guru Lebih Stres” yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar

pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa guru berada di

kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan

selepas polis, pegawai penjara dan jururawatHal ini secara tidak

langsung membuktikan bahawa tidak mustahil guru tersebut

menghadapi tekanan emosi yang tinggi sehingga sanggup memaksa

anak didik sendiri memakan rumput.

Jika dapat kita perhatikan, penyakit tekanan ini dihadapi oleh

semua orang dan pastinya di sebalik tekanan tersebut punya faktor lain

yang mendesak seseorang melakukan suatu tindakan di luar

jangkaan.Justeru, saya Saya berpendapat, faktor pertama guru

2

Page 3: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

tersebut menghadapi tekanan emosi adalah melalui persekitaran

fizikalnya. Persekitaran fizikal beliau ialah masalah disipilih empat

pelajar tersebut yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang beliau

berikan. Masalah disipilin pelajar yang semakin banyak ini memberikan

tekanan yang amat tinggi kepada seorang guru. Keempat-empat murid

tersebut memang sepatutnya dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak

menyiapkan tugasan, namun tidaklah sampai tindakan tersebut

sehingga perlu dipaksa memakan rumput . Justeru, apabila tekanan

yang dialami beliau ini tidak dapat diatasi maka maka beliau mula

bertindak di luar jangkaan tanpa berfikir kesannya kepada diri serta

kerjaya profesionnya.

Selain itu, saya juga melihat faktor tekanan yang dihadapi oleh

guru ini juga adalah disebabkan ketidakupayaan seorang guru

tersebut menyelesaikan bebanan arahan kerja yang terlampau

banyak di sekolah. Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan

Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin,

di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

mendakwa bahawa, “Tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini

semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang

meningkat. Jadi, tidak mustahil jika dikatakan, punca bebanan kerja

yang banyak yang tidak dapat diuruskan oleh beliau memberi tekanan

dalam diri seterusnya terpaksa melepaskannya kepada 2 orang pelajar

tersebut dengan bertindak seuatu yang di luar kawalan.

3

Page 4: ISI

Tekanan emosi persekitaran (masalah disiplin pelajar)

Ketidakupayaan menyelesaikan bebanan

kerja

Persekitaran tempat kerja

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

Akhir sekali, faktor lain yang dirasakan relevan yang

menyumbang kepada berlakunya isu ini adalah disebabkan

persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru tersebut

mengajar. Dalam isu ini, kita boleh lihat persekitaran sekolah tersebut

iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Khai Meng , majoriti murid-muridnya

adalah dari masyarakat Cina itu sendiri. Golongan melayu Islam

merupakan golongan minoriti sahaja di sekolah tersebut. Oleh itu, tidak

mustahil disebabkan tekanan isu perkauman atau racist yang semakin

menjadi-jadi di Negara kita sekarang ini, menyebabkan guru tersebut

melepaskan hukuman tidak berasas itu kepada dua pelajar muslim.

Sedangkan ketika kejadian tersebut , 2 orang murid Cina yang lain juga

tidak dapat menyiapkan tugasan beliau tetapi tidak pula dikenakan

sebarang hukuman. Keadaan ini dilihat seolah-olah seperti pilih kasih.

Sepatutnya ,sebagai seorang guru yang professional, perkara

seperti ini tidak sepatutnya ada dalam diri seorang guru. Ini kerana

seorang guru yang professional adalah guru yang mampu mengawal

emosinya apabila berhadapan dengan sebarang tekanan emosi.

4

Rajah 2 :Punca berlakunya isu “Guru Paksa Murid Makan Rumput”

Page 5: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

1.3 Implikasi isu ke atas pendidikan

Kebanyakan isu masalah pendidikan pastinya akan memberi impak

yang buruk kepada dunia pendidikan Negara.Hal ini dipersetujui sendiri oleh

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Muhamad Yusof yang menyebut

dalam satu sidang akhbarnya dengan Utusan Malaysia pada 26 Jan 2014.

Beliau menyatakan tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu didapati telah

memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan dan

sehubungan itu pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengenakan

tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain.

Justeru, dalam isu ini antara implikasi lain yang dilihat boleh berlaku

adalah terjejasnya kualiti pendidikan . Kualiti pendidikan yang dimaksudkan

di sini adalah dari segiti mutu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru di

dalam kelas. Proses Pengajaran dan Pembelajaran guru adalah sangat

penting bagi melahirkan genarasi bangsa yang tinggi pengetahuannya.

Namun begitu, jika guru di zaman milenia ini sukar mengawal emosi. Adakah

perhubungan guru dengan murid ketika proses PdP akan menjadi lebih baik?

Pastinya jawapannya tidak.

Hal ini kerana emosi yang tidak terkawal lalu dilepaskan kepada murid,

ianya akan lebih mengakibatkan murid semakin jauh dengan guru. Keadaan

ini sedikit sebanyak mengakibatkan kurangnya kerjasama dari murid ketika

menjalankan proses PdP. Apabila keadaan ini berlaku, pastilah mutu

pendidikan akan terbantut dek kerana masa yang ada terbuang begitu sahaja,

tidak dapat diisi dengan menghabiskan silibus yang telah sekian lama ada.

5

Page 6: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

Selain itu, antara implikasi lain yang boleh berlaku adalah

kurangnya kepercayaan ibu bapa kepada guru. Seperti yang kita

ketahui, guru dan ibu bapa sangat memerlukan di antara satu sama

lain, Jika pihak sekolah sukar mendapat kepercayaan dari ibu bapa,

pastilah pihak sekolah akan menghadapi kesukaran untuk menjayakan

apa sahaja program berbenuk akademik di sekolah tersebut. Hal ini

kerana ibu bapalah yang akan mendorong anaknya untuk

kesekolah.Oleh kerana guru bertindak mengikut emosi, pastilah ibu

bapa semakin takut untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Sikap guru yang kadangkala boleh memperlakukan anak

muridnya seperti binatang ini pasti mendapat cemuhan hebat dari

segenap lapisan masyarakat. Ini dibuktikan sendiri daripada kenyataan

ibu kepada salah seorang murid yang menjadi mangsa. Dalam

kenyataannya di Utusan Malaysia, beliau meluahkan perasaan

terkilannya menghantar anaknya ke sekolah untuk belajar namun guru

pula menunjukkan contoh yang tidak baik kepada murid. Dari sini,

profession seorang guru mula dipandang rendah dek kerana tindakan

seorang guru yang tidak mampu mengawal emosinya.

Akhir sekali, implikasi lain yang dirasakan relevan dengan isu

ini adalah kesannya kepada pencapaian murid dalam peperiksaan

Khas seperti UPSR dan SPM. Apabila guru mula menjadikan emosi

sebagai rajanya, maka perubahan paradigma terhadap diri guru mula

terganggu. Pelbagai tekanan yang timbul disekeliling menyebabkan

guru mula rasa bosan dan malas untuk mengajar. Contohnya, menurut

6

Page 7: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

laporan akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak

yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa

sebarang alasan yang kukuh. Apabila keadaan sedemikian berlaku,

segala proses pembelajaran di sekolah akan terganggu dalam tempoh

yang sangat lama. Hal ini akan menyebabkan murid-murid terbiar

kosong tanpa ada guru yang mengajar dan proses penyampaian ilmu

itu tidak berlaku. Keadaan tersebut kemudiannya pasti akan

menjejaskan pencapaian murid dalam bidang UPSR mahupun SPM

hanya kerana seorang guru bertuhankan sebuah emosi yang melanda

dirinya.

7

Page 8: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

1.4 Cadangan Cara Mengatasi Isu

Sebagai seorang guru yang punya jati diri yang tinggi, tekanan emosi

yang melanda diri perlulah ditangani segera bagi mengelakkan

keadaan masa hadapan tidak akan berlaku dengan lebih parah.

Menurt Syed Ismail Syed Mustafa dalam bukunya yang bertajuk

Guru dan Cabaran Semasa,terdapat pelbagai inisiatif ataupun cara

yang telah dicadangkan bagi seorang guru itu mengelakkan tekanan

melanda dirinya. Dalam isu ‘Guru Paksa Murid Makan Rumput’ ini salah

satu cara yang sesuai yang dicadangkan oleh beliau dalam bukunya

adalah adalah dengan cara meningkatkan kemahiran menyelesaikan

masalah dalam diri. Kebiasaannya, ilmu kemahiran menyelesaikan

masalah ini boleh diperolehi dalam seminar-seminar psikologi diri,

ceramah pengurusan emosi dan lain-lain lagi. Justeru, sebelum

keadaan stress yang lebih parah berlaku, ilmu ini perlu ditingkatkan

agar tidak ada lagi tindakan di luar jangkaan seperti memberi denda

yang tidak munasabah dengan meminta murid memakan rumput dan

lain-lain lagi.

Selain itu, dalam isu ini, jika guru tersebut seorang yang

professional , beliau boleh menangani isu ini dengan melakukan

proses runding cara. Proses ini dilihat sebagai satu aspek utama

dalam sttategi menghadapi dan mengatasi tekanan dalam satu

organisasi (Ahmad Subki Miskon, 2014). Dalam isu ini, pihak organisasi

yang dirasakan perlu terlibat adalah pihak sekolah (Guru Besar Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Khai Men , guru lelaki berusia 26 tahun

8

Page 9: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

tersebut dan wakil ibu bapa dari kedua-dua mangsa yang terlibat. Dari

proses ini, semua pihak akan cuba menjelaskan situasi yang sebenar

manakala dari pihak mangsa pula, pastinya luahan perasaan yang

terpendam dalam jiwa apabila dipaksa makan rumput dapat dilepaskan.

Dengan cara ini, pastinya isu ‘Guru Makan Rumput Ini’ dapat

diselesaikan secara dalaman tanpa melibatkan pihak luar seterusnya

dalam masa yang sama dapat menjaga imej professiona seorang guru.

Dalam buku Guru dan Cabran Semasa ini juga, antara cara lain

yang dapat membantu seorang guru menghadapi tekanan emosi

adalah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan seimbang.

Cara hidup yang seimbang boleh diaplikasi oleh guru dengan menjaga

nutrisi makanan yang seimbang. Guru juga perlu sentiasa beriadah dan

bersenam sekurang-kurangya sekali seminggu bagi mengekalkan cara

hidup yang sihat. Dalam isu ini, guru yang menghukum murid tersebut

perlu menjaga kesihatannya agar perasaan kerisauan dapat dialihkan

seterusnya mendapat persepsi baru untuk menyelsaikan masalah ini

dengan cara yang sewajarnya.

Konklusinya. tekanan emosi bukanlah satu penyakit yang sukar

diatasi. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang gigih

bagi menghadapi suatu isu secara waras dan berakal.

9

Page 10: ISI

GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093

RUJUKAN

1. Syed Ismail syed Mustapha & Ahmad Subki Miskon. (2014). Guru dan Cabarn

Semasa . Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

2. Sapora Sipon. 2005. Tangani Guru Terbeban. Utusan Malaysia. 11 Julai

3. Asliza Musa. 2014. Guru Paksa Murid Makan Rumput. Utusan Malaysia. 26

Januari

4. Abdul Muin Sapidin. 2012. Tahap Stress di Kalangan Guru. Utusan Malaysia.

18 Ogos

5. Noor Hamizah Abu Bakar. 2012. Guru Lebih Stress. Utusan Malaysia. 24 April

6. Mohd Fadzli Abu Bakar et al. (2005). Tekanan Guru dalam Pendidikan dan

Resolusinya.Diakses dari

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspen

uh/Kertas%201.pdf

10