isi

28
1.0 PENGENALAN SISTEM PERTANDINGAN Sesuatu kejohanan dan pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Jenis atau sistem pertandingan yang sesuai untuk sesuatu majlis adalah bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkait. Seseorang pengelola perlu memikirkan perkara-perkara berikut: 1 PEMILIHAN PERTANDINGAN Tujuan pertandingan. Masa yang diperuntukka n untuk pertandingan Peruntukan kewangan yang disediakan. Kemudahan yang sedia ada. Tenaga / sumber personal untuk Bilangan pasukan / peserta (petanding) yang

Upload: ahmad-firdaus-idris

Post on 22-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isi

TRANSCRIPT

Page 1: Isi

1.0 PENGENALAN SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu kejohanan dan pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara

yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu

pertandingan. Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan

untuk memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang

mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat

tertentu untuk memudahkan perancangan dan persediaan.

Jenis atau sistem pertandingan yang sesuai untuk sesuatu majlis adalah

bergantung kepada beberapa faktor yang saling berkait. Seseorang pengelola perlu

memikirkan perkara-perkara berikut:

1

PEMILIHAN PERTANDINGAN

Tujuan pertandingan.

Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan.

Peruntukan kewangan yang disediakan.

Tenaga / sumber personal untuk menguruskan pertandingan.

Kemudahan yang sedia ada.

Bilangan pasukan / peserta (petanding) yang mengambil bahagian.

Page 2: Isi

Gambar Rajah 1. Sistem Pertandingan

2

Berikut adalah beberapa jenis pertandingan yang boleh diusahakan di peringkat sekolah (antara pasukan rumah),

MSSD, MSS Negeri dan MSSM.

Pertandingan liga "satu pusingan" (round robin)

Pertandingan liga berkumpulan (group league)

Pertandingan separuh liga dengan kalah-mati (semi-league with single knock-out)

Pertandingan kalah-mati sekali (single knock-out)

Pertandingan kalah-mati dua kali (double knock-out)

Pertandingan kalah-mati dengan pertandingan sagu hati (knock-out with consolation round).

Pertandingan anak tangga (ladder competition).

Pertandingan anak tangga selari (parallel ladders)

Pertandingan piramid.

Page 3: Isi

2.0 TUJUAN PERTANDINGAN

Biasanya, pertandingan sukan dijalankan kerana beberapa tujuan. Antara tujuannya

adalah:

Gambar Rajah 2. Tujuan Pertandingan

3

TUJUAN PERTANDINGAN

Menilai keberkesanan latihan yang dilalui oleh peserta-peserta.

Meraikan sesuatu majlis atau hari kebesaran seperti Hari Kebangsaan, Minggu Sukan atau Perayaan Ulang Tahun

Memilih pasukan atau pemain yang layak menjadi wakil sesuatu pertandingan.

Menetukan kehandalan sesuatu pasukan atau pemain dalam permainan tertentu.

Memotivasikan ahli sukan supaya terus meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan dan kemahirannya.

Page 4: Isi

3.0 SISTEM KALAH MATI DUA KALI

Sistem pertandingan ini sesuai diamalkan untuk pertandingan yang membabitkan 4.

8, 16 atau 32 pertandingan. Bagaimanapun, bilangan pertandingan yang lain pun

boleh menggunakan sistem ini dengan menggunakan “byes”.

Kelebihan sistem kalah-mati dua kali adalah membenarkan peluang bermain dua

kali ganda kepada setiap petandingan apabila dibandingkan dengan sistem kalah-

mati sekali. Sistem ini juga tidak memerlukan banyak masa untuk menyempurnakan

semua perlawanan dalam pertandingan dibandingkan dengan sistem liga.

Dalam sistem atau jenis pertandingan ini, mana-mana petandingan yang kalah

dalam perlawanan pertamanya masih berhak bertanding sehingga ia mengalami

kekalahan yang kedua. Mana-mana petandingan tewas dua kali akan terkeluar

terus dari pertandingan. Hal ini merupakan prinsip utamanya sistem pertandingan

kalah-mati dua kali.

4.0 CARTA SISTEM PERTANDINGAN

Berdasarkan sistem pertandingan yang telah diberikan, kami telah menggunakan

permainan kami pada semester ini iaitu permainan bola baling bagi menerangkan

cara pertandingan sistem kalah mati dua kali. Kami menggunakan carta

pertandingan di bawah bagi menerangkan prosedur pelaksanaan pertandingan bola

baling menggunakan sistem pertandingan kalah mati dua kali. Dalam carta

pertandingan di bawah terdapat lapan pasukan yang bertanding.

4

Page 5: Isi

B

C

D

E

F

G

H

A

KALAH MENANG

A

C

G

E

H

F

D

B

A

E

B

F

G

C

B

A

F

B

E

B

AB

Gambar Rajah 1. Carta Pertandingan

5

Page 6: Isi

B

C

D

E

F

G

H

A

KALAH MENANG

A

C

G

E

H

F

D

B

5.0 PROSEDUR PELAKSANAAN

Membabitkan 8 pasukan

Gambar Rajah 2.Jadual Perlawanan Fasa Pertama

Gambar rajah 1 menunjukkan 8 buah kumpulan yang bersaing dalam satu

pertandingan.Setelah undian ditentukan, kumpulan-kumpulan tersebut diletakkan

mengikut susunan seperti di atas. Pemenang bagi setiap perlawanan akan pergi ke

zon menang manakala pasukan yang kalah akan berada di zon kalah. Berdasarkan

gambar rajah di atas pasukan A, C, E, G telah memenangi perlawanan masing-

masing maka mereka akan mara ke zon menang manakala kumpulan yang kalah

iaitu B, D, F, H akan jatuh ke zon kalah. Namun demikian ini tidak bermakna

6

Page 7: Isi

B

C

D

E

F

G

H

A

KALAH MENANG

A

C

G

E

H

F

D

B

A

E

B

F

perjuangan mereka terhenti di situ kerana mereka masih berpeluang untuk bermain

sekali permainan lagi.

Gambar Rajah 3. Jadual Perlawanan Fasa Kedua

Gambar rajah di atas menunjukkan perlawanan kedua bagi setiap pasukan.

Berdasarkan gambar rajah di atas dalam zon menang pasukan A dan E telah

memenangi perlawanan menentang pasukan C dan G. Namum demikian pasukan

C dan G belum lagi terkeluar daripada pertandingan kerana kedua-dua kumpulan

tersebut baru kalah sekali maka kedua-dua kumpulan ini masih mempunyai satu kali

lagi peluang untuk bertanding. Manakala, di zon kalah pasukan B dan F telah

7

Page 8: Isi

B

C

D

E

F

G

H

A

KALAH MENANG

A

C

G

E

H

F

D

B

A

E

B

F

G

C

B

A

F

memenangi perlawanan masing masing dan berjaya mara ke pertandingan

seterusnya. Manakala, pasukan yang kalah iaitu kumpulan D dan H telah tersingkir

daripada pertandingan kerana telah kalah sebanyak dua kali perlawanan.

Gambar Rajah 4. Jadual Perlawanan Fasa Ketiga

Pada fasa ketiga ini, sebanyak 6 kumpulan sahaja yang tinggal untuk bertanding

manakala 2 kumpulan telah tersingkir iaitu pasukan H dan D. Pasukan yang kalah di

zon menang akan bertanding dengan pasukan yang menang di zon kalah. Pasukan

G dan C yang kalah di tangan pesaing masing-masing akan jatuh ke zon kalah

Contohnya pasukan B dan G akan bertanding sesama sendiri kerana kedua-dua

8

Page 9: Isi

B

C

D

E

F

G

H

A

KALAH MENANG

A

C

G

E

H

F

D

B

A

E

B

F

G

C

B

A

F

B

E

B

AB

kumpulan ini telah kalah sebanyak sekali. Kes yang sama terjadi kepada pasukan C

dan pasukan F. pasukan ini akan turut bertanding antara satu sama lain. Mana-

mana di antara 4 pasukan ini yang kalah, secara automatik pasukan tersebut akan

tersingkir daripada pertandingan tersebut kerana telah kalah sebanyak dua kali.

Pasukan yang menang pula akan meneruskan permainan. Di zon menang pula,

perlawanan di teruskan seperti biasa. Pasukan yang menang akan meneruskan

perlawanansesama mereka. Contohnya, pasukan A akan menentang pasukan E.

Gambar Rajah 5. Jadual Perlawanan Fasa Keempat

9

Page 10: Isi

Pada fasa ini, pasukan yang kalah di zon menang akan jatuh ke zon kalah. Sebagai

contoh, pasukan E telah kalah menentang pasukan A dan ini menyebabkan

pasukan E jatuh ke zon kalah. Pasukan E tidak tersingkir daripada pertandingan

kerana pasukan ini baru kalah sekali. Manakala di zon kalan pasukan yang menang

iaitu pasukan B akan bertanding dengan pasukan yang kalah daripada zon menang

iaitu pasukan E. Dalam masa yang sama pasukan yang menang di zon menang

akan menunggu pasukan yang menang di zon kalah untuk perlawanan akhir.

Pasukan yang kalah di zon kalah akan tersingkir daripada pertandingan. Misalnya,

pasukan E akan menentang pasukan B yang telah memenangi perlawanan

menentang pasukan F. manakala, pasukan E yang kalah menentang pasukan A

dalam zon menang akan menentang pasukan B. Dalam contoh di atas pasukan B

telah menewaskan pasukan E dan berjaya mara ke perlawanan akhir menentang

pasukan A sebaliknya pasukan E tersingkir kerana tersingkir daripada perlawanan

tersebut.

Dalam perlawanan akhir, pasukan A akan menentang pasukan B. jika pasukan

A dapat mengalahkan pasukan B maka pasukan A akan diumumkan sebagai

pemenang kerana pasukan B telah kalah sekali perlawanan. Sebaliknya, jika

perlawanan akhir tersebut dimenangi oleh pasukan B maka satu perlawanan lagi

akan diadakan kerana pasukan B baru kalah sekali manakala pasukan A juga

begitu. Perlawanan kedua akan diadakan bagi menentukan pasukan yang akan

memenangi pertandingan tersebut.

Jadual 1: Keputusan Pertandingan

Keputusan Pasukan

Johan A

Naib Johan B

Tempat ketiga E

Melalui jadual 1 di atas, kita dapat mengetahui bahawa, pasukan A telah

menjuarai pertandingan bola baling menggunakan sistem kalah mati dua kali.

10

Page 11: Isi

B

C

D

E

F

G

KALAH MENANG

B

D

G

EF

C

Manakala pasukan B menyandang naib johan dan pasukan E menyandang tempat

ketiga. Hal ini dapat dibuktikan , malalui carta di atas kerana dalam pertandingan

akhir, pasukan A telah Berjaya menewaskan pasukan B, manakala pasukan E telah

ditewaskan oleh pasukan B.

5.1 Membabitkan 6 Pasukan (Sistem Byes)

Berikut adalah prosuder perlaksanaan pertandingan bola baling yang melibatkan

sistem byes. Gambar rajah di bawah menjelaskan pasukan yang bertanding dan

prosuder perlaksanaan sistem byes berdasarkan sistem kalah mati dua kali.

Gambar Rajah 6. Jadual Perlawanan Fasa Pertama

11

Page 12: Isi

Gambar rajah 2 pula menunjukkan 6 buah kumpulan yang bersaing dalam satu

pertandingan.Setelah undian ditentukan, kumpulan-kumpulan tersebut diletakkan

mengikut susunan seperti di atas.Sistem byes ini memberikan kelebihan kepada

kumpulan B dan juga G kerana kumpulan ini dianggap menang walaupun tidak

terlibat dalam pertandingan. Format bagi jadual ini ialah, pemenang bagi setiap

perlawanan akan pergi ke zon menang manakala pasukan yang kalah akan berada

di zon kalah. Berdasarkan gambar rajah di atas pasukan B, D, E, G telah

memenangi perlawanan masing-masing maka mereka akan mara ke zon menang

manakala kumpulan yang kalah iaitu C dan F akan jatuh ke zon kalah. Namun

demikian ini tidak bermakna perjuangan mereka terhenti di situ kerana mereka

masih berpeluang untuk bermain sekali permainan lagi.

12

Page 13: Isi

B

C

D

E

F

G

KALAH MENANG

B

D

G

EF

C

B

G

Gambar Rajah 7. Jadual Perlawanan Fasa Kedua

Gambar rajah di atas menunjukkan perlawanan kedua bagi setiap pasukan.

Berdasarkan gambar rajah di atas dalam zon menang pasukan B dan G telah

memenangi perlawanan menentang pasukan D dan E. Namum demikian pasukan D

dan E belum lagi terkeluar daripada pertandingan kerana kedua-dua kumpulan

tersebut baru kalah sekali maka kedua-dua kumpulan ini masih mempunyai satu kali

lagi peluang untuk bertanding. Manakala, di zon kalah pasukan E dan D telah

memenangi perlawanan masing-masing dan berjaya mara ke pertandingan

seterusnya. Manakala, pasukan yang kalah iaitu kumpulan C dan F telah tersingkir

daripada pertandingan kerana telah kalah sebanyak dua kali perlawanan.

13

Page 14: Isi

B

C

D

E

F

G

KALAH MENANG

B

D

G

EF

C

B

G

BE

D

C

F

E

D

Gambar Rajah 8. Jadual Perlawanan Fasa Ketiga

Pada fasa ketiga ini, sebanyak 4 kumpulan sahaja yang tinggal untuk bertanding

manakala 2 kumpulan telah tersingkir iaitu pasukan C dan F. Pasukan yang kalah di

zon menang akan bertanding dengan pasukan yang menang di zon kalah.Pasukan

D dan E yang kalah di tangan pesaing masing-masing akan jatuh ke zon kalah

Contohnya pasukan C dan E akan bertanding sesama sendiri kerana kedua-dua

kumpulan ini telah kalah sebanyak sekali. Kes yang sama terjadi kepada pasukan D

dan pasukan F. pasukan ini akan turut bertanding antara satu sama lain. Mana-

mana di antara 4 pasukan ini yang kalah, secara automatik pasukan tersebut akan

14

Page 15: Isi

B

C

D

E

F

G

KALAH MENANG

B

D

G

EF

C

B

G

G

E

D

C

F

E

D

EE

BE

tersingkir daripada pertandingan tersebut kerana telah kalah sebanyak dua kali.

Pasukan yang menang pula akan meneruskan permainan. Di zon menang pula,

perlawanan di teruskan seperti biasa. Pasukan yang menang akan meneruskan

perlawanan sesama mereka. Contohnya, pasukan B akan menentang pasukan G.

Gambar Rajah 9. Jadual Perlawanan Fasa Keempat

Pada fasa ini, pasukan yang kalah di zon menang akan jatuh ke zon kalah. Sebagai

contoh, pasukan B telah kalah menentang pasukan G dan ini menyebabkan

pasukan B jatuh ke zon kalah.Pasukan B tidak tersingkir daripada pertandingan

kerana pasukan ini baru kalah sekali.Manakala di zon kalah pasukan yang menang

iaitu pasukan E akan bertanding dengan pasukan yang kalah daripada zon menang

15

Page 16: Isi

iaitu pasukan B. Dalam masa yang sama pasukan yang menang di zon menang

akan menunggu pasukan yang menang di zon kalah untuk perlawanan akhir.

Pasukan yang kalah di zon kalah akan tersingkir daripada pertandingan. Misalnya,

pasukan B akan menentang pasukan E. Pasukan B yang kalah menentang

pasukan E menyebabkan pasukan B tersingkir kerana.

Dalam perlawanan akhir, pasukan G akan menentang pasukan E. Jika pasukan

G dapat mengalahkan pasukan E maka pasukan G akan diumumkan sebagai

pemenang kerana pasukan G telah kalah sekali perlawanan. Sebaliknya, jika

perlawanan akhir tersebut dimenangi oleh pasukan E maka satu perlawanan lagi

akan diadakan kerana pasukan G baru kalah sekali manakala pasukan E juga

begitu. Perlawanan kedua akan diadakan bagi menentukan pasukan yang akan

memenangi pertandingan tersebut.

Jadual 2: Keputusan Pertandingan

Keputusan Pasukan

Johan G

Naib Johan E

Tempat Ketiga B

Melalui jadual 2 di atas, kita mengetahui bahawa pasukan G telah menjuarai

pertandingan bola baling dengan menggunakan sistem kalah mati dua kali ( sistem

byes). Hal ini kerana, dalam perlawanan akhir, pasukan G telah menewaskan

pasukan E dan pasukan E secara langsung akan menduduki tempat kedua.

Manakala, pasukan B menduduki tempat ketiga kerana dalam perlawanan separuh

akhir, pasukan B telah ditewaskan oleh pasukan E.

16

Page 17: Isi

6.0 RUMUSAN

Selain mengajar, seorang guru juga dari semasa ke semasa terlibat secara

langsung dalam tugas rasmi kokurikulum sebagai guru pengawas rumah, penasihat

atau pengelola sesuatu pertandingan sukan di peringkat sekolahnya.Juga, guru

kerapkali secara sukarelawan atau melalui perlantikan menggangotai jawatan kuasa

kerja yang menguruskan sesuatu pertandingan sukan bagi pihak Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah (MSS) di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan

(MSSM).Justeru itu, adalah penting guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran

dalam hal perancangan dan pengurusan pertandingan sukan. Sifat ini akan

membolehkan seorang guru itu berfungsi dengan lebih berkesan baik sebagai

pengelola sesuatu pertandingan mahupun sebagai seorang pengurus pasukan.

Tugasan ini bertujuan menerangkan asas-asas perancangan dan pengelolaan

pertandingan sukan. Perhatian ditumpukan kepada kefahaman tentang sistem

pertandingan, penjadualan pertandingan dam aspek pengurusan sesuatu

pertandingan. Selain itu, mengetahui maklumat dan info-info mengenai sistem

pertandingan ini sangat penting untuk membantu kita lebih mudah memahami

sistem pertandingan dalam sesuatu pertandigan yang diadakan oleh mana-mana

pihak.

17

Page 18: Isi

REFLEKSI

18

Page 19: Isi

EMERSON KLEN SUBIN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kapada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan kami

sepanjang tempoh kami melaksanakan tugasan kerja kursus permainan ini. Kami ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah permainan kami sendiri iaitu Encik

Ibrahim Idris atas tunjuk ajar yang telah beliau curahkan kepada kami sehingga kami

dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Semasa kami melaksanakan tugasan ini, banyak halangan dan cabaran yang

telah kami hadapi tetapi semuanya kami dapat atasi dengan adanya bantuan daripada

rakan seperjuangan dan juga pensyarah. Antara masalah yang telah kami hadapi ialah

kami tidak memahami format sistem kalah mati dua kali dan prosedur pelaksanaannya

terutamanya dalam mengendalikan sebarang bentuk pertandingan dengan

menggunakan jadual sistem kalah mati dua kali.

Bukan itu sahaja, bahkan kami juga menghadapi masalah seperti kekurangan

sumber maklumat melalui buku rujukan dan juga maklumat yang disediakan melalui

internet. Hal ini telah membuatkan kami sukar untuk memulakan sesuatu tugasan kami

tanpa maklumat yang cukup dan juga penjelasan yang memberansangkan.

Oleh yang demikian, kami telah melakukan pelbagai kaedah untuk

menyelesaikan tugasan ini. Antara kaedah yang telah kami lakukan ialah, kami telah

berjumpa dengan pensyarah kami sendiri iaitu Encik Ibrahim Idris dan juga pensyarah

jabatan Pendidikan Jasmani seperti Tuan Haji Aziz Bin Jaafar untuk mengetahui

maklumat lebih lanjut mengenai tajuk tugasan yang diberi. Melalui kolaborasi yang telah

kami lakukan dengan pensyarah, kami dapati bahawa maklumat yang diberikan lebih

terperinci dan mudah difahami kerana berlakunya komunikasi dua hala antara

pensyarah dengan kami sendiri iaitu selaku guru pelatih.

Selain itu, kami juga telah menyelesaikan tugasan ini dengan membahagikan

tugasan denganadil dan saksama. Kami telah merancang dalam pemberian tugasan

supaya kami dapat melaksanakannya dengan efisien. Tambahan pula, kami juga telah

menyelesaikan tugasan ini dengan bantuan bahan rujukan seperti buku dan juga

19

Page 20: Isi

melalui internet. Bantuan daripada senior juga amat berkesan dan memberi impak

kepada hasil yang telah kami lakukan kerana mereka lebih berpengalaman daripada

kami. Hal ini disebabkan, mereka pernah melakukan tugasan yang sama.

Melalui tugasan ini juga, saya telah mendapati dapatan ilmiah yang sebelum ini

saya tidak pernah tahu dan juga tidak pernah ambil tahu. Antaranya ialah, sistem

pertandingan ini sesuai diamalkan untuk pertandingan yang membabitkan bilangan

kumpulan seperti 4, 8, 16 atau 32 pertandingan. Bagaimanapun, bilangan pertandingan

yang lain pun boleh menggunakan sistem ini dengan menggunakan “byes” iaitu

bilangan kumpulan yang bertanding ialah ganjil.

Sistem pertandingan menggunakan sistem kalah-mati dua kali mempunyai

kelebihan yang tersendiri iaitu membenarkan setiap pasukan dalam kumpulan untuk

bermain dua kali ganda dalam setiap petandingan apabila dibandingkan dengan sistem

kalah-mati sekali. Sistem ini juga tidak memerlukan banyak masa untuk

menyempurnakan semua perlawanan dalam pertandingan dibandingkan dengan sistem

liga. Dalam sistem atau jenis pertandingan ini juga, mana-mana petandingan yang

kalah dalam perlawanan pertamanya masih berhak bertanding sehingga ia mengalami

kekalahan yang kedua. Mana-mana petandingan tewas dua kali akan terkeluar terus

dari pertandingan. Hal ini merupakan prinsip utamanya sistem pertandingan kalah-mati

dua kali.

Melalui tugasan ini juga saya telah mempelajari beberapa perkara yang

sememangnya sangat bermanfaat kepada diri saya dan dapat saya aplikasikannya

dalam kehidupan sebenar. Antaranya ialah, saya mendapati bahawa kita tidak boleh

hanya bergantung kepada satu bahan rujukan kerana bahan rujukan itu mungkin

mengelirukan dan tidak lengkap dari segi maklumat yang dibekalkan. Oleh itu, apabila

melakukan sebarang tugasan, penelitian dan kajian daripada pelbagai sumber amatlah

penting dan bermakna. Akhir sekali, saya juga mempelajari bahawa hubungan sesama

ahli kumpulan sememangnya perlu dijaga agar semua kerja atau tugasan boleh

dilaksanakan dengan berkesan dan mudah.

20

Page 21: Isi

JEREMY CHIA KAH SENG

Bersyukur ke hadrat Tuhan yang maha kuasa kerana saya mampu melaksanakan

tugasan kerja kursus jangka pendek ini sesuai dengan tempoh yang diberi.

Sesungguhnya pelbagai rintangan yang kami hadapi dalam melaksanakan tugasan ini.

Tugasan ini memerlukan kami mencari sumber maklumat daripada berbagai-bagai

sumber yang mana mengajar kami lebih cekap dan tabah dalam mencari sesuatu

maklumat yang diperlukan dalam tugasan ini. Seterusnya, dalam melaksanakan

tugasan ini juga kami telah membuat kolaborasi dengan pensyarah daripada jabatan

pendidikan jasmani dan kesihatan iaitu Tuan Haji Aziz Bin Jaafar yang mana banyak

membantu kami dalam memberi maklumat berkaitan sistem pertandingan kalah mati

dua kali.

Seterusnya, bimbingan daripada pensyarah subjek permainan juga iaitu Tuan

Ibrahim Bin Idris yang mana banyak membantu kami dari segi bimbingan dan nasihat

dalam melaksanakan tugasan ini. Hal ini demikian kerana tanpa bantuan beliau adalah

sukar bagi kami menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Selain itu, sepanjang pelaksanaan tugasan ini juga kami telah banyak melakukan

kolaborasi dalam kalangan sesama kami sendiri bagi memecahkan persoalan yang

kami hadapi dalam melaksanakan tugasan ini. Sesungguhnya dengan maklumat yang

ada dalam buku rujukan bagi subjek ini adalah sedikit dan tidak lengkap seperti yang

kami harapkan bagi tajuk tugasan yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami telah

melakukan banyak perbincangan dalam menyelesaikan tugasan ini.

Dalam melaksanakan tugasan ini juga, kami telah mempelajari bertapa

pentingnya memanfaatkan sumber-sumber yang ada laman sesawang. Hal ini demikian

kerana dengan adanya sistem ini kami telah berjaya memperoleh sedikit sebanyak

maklumat yang diperlukan dalam menyelesaikan tugasan ini. Seterusnya, dengan

maklumat ini juga serba sedikit telah banyak memberi kami pengetahuan berkaitan

dengan sistem ini secara lebih meluas. Sumber buku juga telah kami manfaatkan dalam

melaksanakan tugasan ini. Meskipun begitu bagi mempelbagaikan sumber rujukan

yang ada kami telah menggabungkan sumber-sumber tersebut dalam melaksanakan

tugasan ini.

21

Page 22: Isi

Berdasarkan tugasan yang telah kami peroleh kami telah memahami konsep sebenar

sistem pertandingan kalah mati dua kali. Hal ini demikian kerana dengan melaksanakan

tugasan ini kami mampu memahami konsep sebenar sistem ini secara lebih terperinci

yang sebelum ini belum didedahkan kepada kami. Seterusnya, dengan adanya ilmu ini

kami boleh mengaplikasikannya dalam menganjurkan kejohanan bola baling.

22

Page 23: Isi

MUHAMAD FAZRI HASSAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan tugas ini, pelbagai pengajaran, ilmu dan maklumat

serta perkara-perkara lain telah saya pelajari. Terlebih dahulu suka saya ucapkan

terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Ibrahim Idris atas tunjuk ajar beliau

dalam membantu menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai tajuk tugasan kami

iaitu sistem kalah mati dua kali.Berbagai-bagai benda yang telah saya pelajari semasa

melaksanakan tugasan ini.

Daripada segi dapatan ilmiah, saya telah mengetahui serba sedikit mengenai

sistem pertandingan sistem kalah mati dua kali. Saya dapati terdapat berbagai-bagai

jenis sistem pertandingan yang boleh digunakan untuk menganjurkan pertandingan.

Pada permulaannya kumpulan kami tidak memahami konsep sistem kalah mati dua

kali, namun setelah brkolaborasi dengan pensyarah lain, kami telah memahai serba

sedikit mengenai sistem pertandingan tersebut.

Saya dapati sistem pertandingan ini memiliki kelebihannya yang tersendiri

berbanding sistem pertandingan yang lain. Antara kelebihan yang saya temui ialah

sistem kalah mati dua kali memberikan peluang bermain dua kali ganda kepada setiap

pasukan apabila dibandingkan dengan sistem kalah-mati sekali. Sistem ini juga tidak

memerlukan banyak masa untuk menyempurnakan semua perlawanan dalam

pertandingan dibandingkan dengan sistem liga.

Dalam sistem atau jenis pertandingan ini, mana-mana pasukan yang kalah

dalam perlawanan pertamanya masih berhak bertanding sehingga pasukan tersebut

mengalami kekalahan pada kali kedua. Mana-mana pasukan yang tewas dua kali akan

terkeluar terus dari pertandingan.

Tambahan pula, saya dapati sistem pertandingan ini sangat praktikal

dilaksanakan untuk mana-mana pertandingan mahupun kejohanan kerana memberikan

peluang yang adil kepada semua pasukan ataupun pemain yang bertanding.

23

Page 24: Isi

Selain daripada itu, pelbagai pengalaman yang telah saya timba sepanjang

melaksanakan tugasan ini. Antara masalah yang melambatkan kerja kami ialah

kekurangan sumber rujukan di internet mahupun pada sumber bertulis seperti buku dan

majalah di pusat sumber. Namun demikian, kekurangan tersebut tidak menjadi

penghalang dan alasan untuk kami melambatkan kerja-kerja yang telah kami rancang.

Kami telah berkolaborasi dengan beberapa pensyarah untuk mendapatkan maklumat

tambahan dan juga penerangan yang lebih jelas mengenai tajuk tugasan yang kami

lakukan.

Selain itu, pengalaman kami sebelum ini dalam menyiapakan tugasan pada

semester 1 dan 2 telah mematangkan kami untuk membuat perancangan tugasan dan

pembahagian tugas dengan lebih efisien dan mantap. Kami telah membahagikan

beberapa tugas untuk dilakukan bersama-sama. Walau bagaimanapun, berlaku sedikit

masalah dengan pengurusan masa. Akan tetapi masalah ini berjaya kami atasi apabila

kami sekumpulan bersengkang mata untuk menggantikan masa-masa yang terbuang

sebelum ini.

Tambahan pula, saya telah belajar untuk tidak bergantung harap pada satu

sumber rujukan sahaja. Dalam hal ini, saya telah belajar untuk berkolaborasi dengan

mereka yang lebih arif dalam hal ini. Kumpulan kami telah melakukan kolaborasi

dengan beberapa pensyarah. Saya sedar bahawa maklumat yang diperolehi daripada

internet tidak cukup untuk membantu menyiapkan tugasan yang baik. Justeru,

kepelbagaian rujukan begitu penting sekali untuk menyiapkan satu tugasan yang baik.

Akhir sekali,elemen kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan saya

dalam menyiapkan kerja ini menjadi kunci utama kejayaan kami melaksanakan tugasan

ini. Justeru, saya sangat berterima kasih kepada rakan sepasukan saya yang sama

bertungkus lumus dan berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

24