isi

31
EPM 414 KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT i. PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 1 2.0 BAHAGIAN A ARTIKEL : PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN : KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN 2.1 PANDANGAN UNESCO TENTANG KEMAHIRAN MENULIS 2 2.2 INSTRUMEN MENGUKUR KEMAHIRAN MENULIS DALAM KAJIAN 3 2.3 RINGKASAN DAPATAN UMUM KAJIAN 5 3.0 BAHAGIAN B LAPORAN TENTANG PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM BAHASA MELAYU DI SK SERAYAN KERANJI BERDASARKAN TEMU BUAL YANG DIJALANKAN. 7 4.0 BAHAGIAN C INSTRUMEN 12 5.0 PENUTUP 6.0 RUJUKAN 7.0 LAMPIRAN

Upload: syaza-izzati

Post on 03-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHEPM 414KANDUNGAN KANDUNGANMUKA SURAT

i.PENGHARGAAN

1.0PENGENALAN 1

2.0BAHAGIAN A ARTIKEL :PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN : KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

2.1PANDANGAN UNESCO TENTANG KEMAHIRAN MENULIS2

2.2INSTRUMEN MENGUKUR KEMAHIRAN MENULIS DALAM KAJIAN3

2.3RINGKASAN DAPATAN UMUM KAJIAN5

3.0

BAHAGIAN BLAPORAN TENTANG PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM BAHASA MELAYU DI SK SERAYAN KERANJI BERDASARKAN TEMU BUAL YANG DIJALANKAN.

7

4.0BAHAGIAN CINSTRUMEN12

5.0PENUTUP

6.0RUJUKAN

7.0 LAMPIRAN

i. PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMSekalung penghargaan dan terima kasih buat:

Pn. Mispura @ Pura Binti MataliPensyarah pembimbing Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (EPM 414)atas bimbingan tunjuk ajar yang menjadi garis panduan buat kami melaksanakankerja kursus ini.

Rakan-Rakan Seperjuanganatas perkongsian ilmu dan maklumat dalam medan pembelajaran ini.

dan keluargayang tak jemu memberi dorongan dan sokongan dalam setiap langkah kami menuntut ilmu.

1.0 PENGENALAN Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Jelas, bahawa Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula merupakan satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang metapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Pentaksiran dibuat bertujuan untuk mengetahui beberapa perkara. Antaranya ialah untuk mengetahui tiga perkara berikut : 1. Apa yang murid tahu ?2. Apa yang murid boleh buat ?3. Apa yang murid boleh amalkan ?Ketiga-tiga persoalan ini dapat dirungkaikan melalui pentaksiran yang dibuat di sekolah sama ada secara formatif ataupun semutif. Pentaksiran bahasa Melayu di sekolah rendah dijalankan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut. Melalui tugasan ini akan dihuraikan tentang kemahiran menulis berdasarkan artikel Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Meayu Murid Sekolah Kebangsaan : Kebolehpercayaan Instrumen oleh Hashim Othman. Selain itu, tugasan ini turut meminta membuat kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah dan akhir sekali menggubal instrumen.Secara keseluruhannya, kehendak tugasan ini merangkumi ketiga-tiga tujuan pentaksiran dilakukan secara umumnya. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. Murid dapat menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki dan belajar dengan kaedah tersendiri.

2.0 BAHAGIAN AARTIKEL :PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN : KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

2.1 PANDANGAN UNESCO TENTANG KEMAHIRAN MENULISBerdasarkan artikel Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan : Kebolehpercayaan Instrumen yang ditulis oleh Othman Hashim, Universiti Sains Malaysia, kemahiran menulis merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Menurut UNESCO dalam artikel tersebut, kemahiran menulis merupakan hak asasi inidividu dan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyatnya. UNESCO berpendapat sedemikian kerana kemahiran menulis perlu dikuasai oleh setiap murid di sekolah rendah untuk menyelesaikan masalah harian dalam konteks formal dan tidak formal. Di samping itu, kerajaan juga bertanggungjawab untuk memastikan rakyatnya menguasai kemahiran menulis kerana kemahiran tersebut merupakan kemahiran asas dalam bahasa Melayu yang mendukung peranan sebagai bahasa pengantar utama pendidikan di sekolah dan bahasa ilmu. Di samping itu, melalui artikel tersebut juga, UNESCO berpendapat bahawa kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dab pengalaman berbahasa seseorang. Oleh kerana kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran berbahasa, maka antara fungsinya adalah digunakan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi pelbagai bidang. Bidang-bidang tersebut termasuklah bidang pendidikan, sosial dan pekerjaan. Penguasaan kemahiran menulis sangat perlu dikuasai oleh masyarakat sejak di bangku sekolah rendah lagi. Kemahiran menulis digunakan di pelbagai peringkat dengan meluas sekali. Secara keseluruhannya, UNESCO mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kemahiran menulis dalam artikel Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan : Kebolehpercayaan Instrumen. Setiap pandangan yang diberikan oleh UNESCO mengenai kemahiran menulis mempunyai huraian tersendiri yang begitu munasabah dan selari dengan kehidupan seharian masyarakat.

2.2 INSTRUMEN MENGUKUR KEMAHIRAN MENULIS DALAM KAJIANKemahiran menulis diukur dalam kajian Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan : Kebolehpercayaan Instrumen menggunakan 2 instrumen. Dua instrument yang digunakan adalah seperti berikut :

Instrumen pertama yang digunakan , skema analisis karangan dibina dalam dua versi. Versi pertama adalah untuk tahap 1 dan versi kedua adalah untuk tahap dua. Namun, kedua-dua tahap tersebut adalah bagi murid sekolah rendah. Kedua-dua tahap murid di sekolah rendah mempunyai penekanan yang berbeza dalam analisis karangan yang dibina. Komponen yang diberikan penekan bagi tahap I dan II untuk analisis karangan yang dibina adalah seperti beriku :Tahap ITahap II

Menulis AsasSosiolonguistik

WacanaWacana

TatabahasaTatabahasa

Persamaan bagi kedua-dua tahap adalah menggunakan skala Likert 5-mata bagi menilai penguasaan kecekapan menulis dalam bahasa Melayu bagi murid sekolah rendah. Nilai mata dalam sakal adalah seperti berikut :1=Sangat Lemah

2=Lemah

3= Sederhana

4=Baik

5=Sangat Baik

Instrumen yang kedua yang digunakan dalam kajian ini ialah dua set soalan karangan bagi setiap tahap merupakan rangsangan kepada murid untuk menghasilkan gerak balas dalam bentuk karangan yang akan dianalisa dengan menggunakan skema analisis karangan dalam pengumpulan data tentang kemahiran menulis masing-masing. Kedua-dua tahap , tahap I dan tahap II mengambil masa selama satu jam setengah untuk menjawab kertas soalan karangan. Kertas soalan Tahap I mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutan cerita; melengkapkan ayat berdasarkan gambar; menyusun dan menyalin perenggan menjadi karangan lengkap; dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Kertas soalan Tahap II pula mengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan, iaitu jenis keperihalan dan imaginatif yang kepanjangan setiap sebuah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Kesimpulannya, kajian ini menggunakan dua instrument untuk mengukur kemahiran menulis. Dua instrument tersebut ialah skema analisis karangan dan set soalan mengikut tahap murid masing-masing.

2.3 RINGKASAN DAPATAN UMUM KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini, Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu Murid Sekolah Kebangsaan : Kebolehpercayaan Instrumen merupakan sebuah kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemahiran menulis bagi murid sekolah rendah. Kajian dijalankan untuk kedua-dua tahap murid di sekolah rendah. Bagi tahap I, muridnya terdiri daripada murid tahun, 1 , 2 dan tahun 3. Manakala bagi tahap II pula muridnya terdiri daripada murid tahun, 4 , 5 dan tahun 6. Sampel kajian ini ialah karangan yang dihasilkan oleh murid sekolah kebangsaan iaitu murid Tahun 2, 3 (Tahap I) dan murid tahun 4,5 dan 6 (Tahap II). Murid murid ini telah mempunyai pengalaman mempelajari matapelajaran Bahasa Melayu bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan diperakui oleh sekolah masing-masing sebagai murid yang mencapai tahap sekurang-kurannya dapat mengenal huruf dan menulis awal. Dapatan kajian ini melaporkan kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang digunakan untuk mengumpul data tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu, iaitu skema analisis karangan versi Tahap I (Tahun 3) dan versi Tahap II (Tatrun 6). Kebolehpercayaan ini meliputi ketekalan dalaman instumen berdasarkan kebolehpercayaan jumlah-item, dan korelasi skema dengan komponen-komponennya daripada data awal yang melibatkan 200 sampel karangan Tahun 3 dan Tahun 6. Kebolehan jum;ah item bagi instrumen pertama iaitu skema analisis karangan versi tahap I ( Tahun 3) menunjukkan taburan item yang mempunyai jumlah sebanyak 33. Min bagi skor item ialah antara 2.10 hingga 3.57 sementara sisihan piawai ialah antara 0.69 hingga 1.0. Nilai tertinggi yang didapati dari isntrumen ini ialah untuk komponen menulis asas dan tatabahasa dengan nilai alfanya 0.98 sementara semua subkomponen skema mencatat nilai alfa antara 0.91 yang terendah bagi koheran sehingga 0.97 yang tertinggi bagi kohesi dalam komponen wacana dan morfologi dalam komponen tatabahasa.

Kebolehpercayaan jumlah item bagi skema analisis karangan versi tahap II pula ditunjukkan dalam taburan item yang berjumlah sebanyak 31 item. Min skor itemnya ialah antara 3.18 hingga 4.02, sementara sisihan piawai ialah anatara 0.93 hingga 1/17. Kebolehpercayaan untuk skema ini adalah amat tinggi. Nilai alfanya ialah 0.99 dengan setiap komponen . komponen komponen tersebut adalah sosiolinguistk, wacana dan tatabahasa yang mempunyai nilai alfa sebanyak 0.98. Semua subkomponen skema mempunyai nilai alfa sangat tinggi melebihi 0.95. semua item kecekapan menulis mempunyai korelasi jumlah-item, iaitu daripada yang terendah dengan nilai alfa 0.85 hingga yang tertinggi, iaitu 0.93. secara keseluruhannya, kehadiran semua item yang korelasinya sangat tinggi ini telah menyumbang kepada kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap komponen skema.

Akhir sekali, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi setiap versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah 0.92, menulis asas dengan tatabahasa ialah 0.93, dan wacana dengan tatabahasa ialah 0.94, sementara bagi versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah 0.95, sosiolinguistik dengan tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa ialah 0.95. Korelasi yang sangat tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi menunjukkan hubungan yang kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama, iaitu kemahiran menulis pada Tahap I dan Tahap II peringkat sekolah kebangsaan. Ini merupakan kesahan serentak dalam satu alat, di samping bukti kesahan gagasan secara unitari (Messicks, 1993 &1ee4).

3.0 BAHAGIAN BLAPORAN TENTANG PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM BAHASA MELAYU DI SK SERAYAN KERANJI BERDASARKAN TEMU BUAL YANG DIJALANKAN.

Kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu di SK Serayan Keranji telah dijalankan. Saya telah menemubal 3 orang guru Bahasa Melayu di SK Serayan Keranji. 3 orang guru tersebut ialah :Encik Japri Bin Serah:Guru Bahasa Melayu Tahun 3 dan Tahun 5

Pn. Roselyne:Guru Bahasa Melayu Tahun 1

Pn. Dayang Nizawati :Guru Bahasa Melayu Tahun 6

Ketiga-tiga guru Bahasa Melayu yang telah saya temu bual merupakan guru Bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Mereka secara dasarnya bersetuju dan menyokong pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam Bahasa Melayu. Berikut merupakan jawapan mereka apabila diajukan soalan sama ada mereka menyokong atau tidak konsep PBS. Encik Japri Bin Serah:Saya menyokong konsep PBS kerana PBS merupakan sebuah perancangan yang sangat teratur dan dapat membantu sekolah untuk mengetahui kebolehan sebenar murid.

Pn. Roselyne:PBS adalah sebuah proses yang dapat memperolehi banyak maklumat berkaitan dengan murid dan akan saya sokong dengan sepenuh hati

Pn. Dayang Nizawati:Saya menyokong PBS kerana PBS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan akhirnya pelaporan selaras dengan kemampuan sekolah masing-masing

Jelaslah, bahawa ketiga-tiga guru yang telah saya temubual menyokong perlaksanaan konsep PBS terutamanya dalam bahasa Melayu di SK Serayan Keranji. Mereka menyokong dengan alasan yang tersendiri berdasarkan pengetahuan mereka yang luas dalam perlaksanaan konsep PBS ini. Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, saya mendapati bahawa latihan melaksanakan PBS perlu diperbanyakkan lagi. Latihan perlu diberikan kepada guru-guru Bahasa Melayu di seluruh sekolah di Malaysia dengan lebih kerap dan mendalam. Bagi membantu perlaksanaabn PBS dengan lebih lancar dan berkesan. Latihan yang diberikan untuk para guru juga perlu menarik dan pelbagai selaras dengan kehendak pendidikan semasa. Apabila guru mendapat latihan yang mencukupi untuk melaksanakan PBS, guru akan dapat menjalakankan PBS dengan lebih terancang dan tersusun. Menurut Pn. Dayang Nizawati, latihan harus diperbanyakkan lagi untuk para guru yang terlibat dalam perlaksanaan konsep PBS ini. Hal ini akan membantu guru untuk lebih memahami konsep PBS ini dan sekaligus dapat mempraktikkan konsep PBS dengan lebih tersusun dan mendalam.Soalan ketiga yang saya kemukakan kepada ketiga-tiga guru yang saya temu bual ialah, sejauh manakah mereka memahami konsep-konsep PBS seperti standard, evidens, descriptor, instrument dan sebagainya ? secara ringkasnya , mereka dapat memberi definisi dan huraian yang mudah difahami tentang konsep-konsep yang terdapat dalam perlaksanaan PBS. GuruKonsep

En. Japri Bin Serah Pn. Roselyne Pn. Dayang Nizawati

Standard:Pernyataan yang digunakan untuk memberi gambaran secara menyeluruh.

Evidens:Bukti yang digunakan untuk menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid.

Deskriptor:Perkara yang perlu diketahui atau dikuasai oleh murid berdasarkan pernyataan standard.

Instrumen:Bahan yang diunakan untuk membuat pentaksiran.

Menurut guru-guru yang telah saya temu-bual, mereka memerlukan lebih banyak latihan yang mendalam bagi mengetahui dan leih menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu di sekolah rendah. Latihan yang mendalam dan lebih teratur serta tersusun dapat membantu guru untuk lebih memahami konsep PBS. Di samping itu, guru yang menerima latihan yang mendalam akan dapat menjalankan pentaksiran dengan lebih mudah. Kebolehpercayaan pentasiran yang dijalankan juga tidak dapat dipersoalkan keran telah dijalankan dengan penuh teratur dan mengikut garis panduan yang betul. Menurut mereka juga, PBS yang banyak diperkatakan membebankan guru sebelum ini tidak sepenuhnya benar. Bagi mereka, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini bukannya membebankan guru, tetapi lebih kepada memperkenalkan sistem pentaksiran yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pentaksiran ini jika dijalankan dengan mengikut garis panduan yang betul dan teratur, guru tidak akan berasa terbeban sebaliknya, pentaksiran yang dijalankan akan lebih terperinci dan berselaras dengan kebolehan murid-murid di sesebuah sekolah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bukannya sebuah sistem yang diperkenalkan untuk membebankan guru, sebalik, sistem tersebut mampu membantu guru menilai murid secara holistik bukan sahaja secara formatif, malah juga secara sumatif. (Pn. Dayang Nizawati, 2015)Penggubalan instrumen kadangkala menghadapi kekangan. Namun, kekangan yang dihadapi oleh guru mampu diatasi dan diselesaikan. Antara masalah utama yang dihadapi oleh guru semasa menggubal instrumen adalah wujudnya penjualan buku-buku eviden untuk PS. Perkara seperti ini adalah tidak sepatutnya berlaku kerana pihak yang tidak bertanggungjawab akan senang hati untuk mengambil sahaja eviden-eviden yang terdapat dalam buku-buku yang dijual untuk di aplikasikan di sekolah masing-masing. Di samping itu, guru-guru turut berpendapat bahawa konsep PBS ini sendiri yang tidak menjurus kepada peperiksaan merupakan antara masalah yang dihadapi untuk menggubal instrumen seperti yang dikehendaki.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini berdasarkan temu-bual yang telah saya jalankan, amat membantu murid dalam penguasaan Bahasa Melayu. Di SK Searayan Keranji, perkara ini telah dapat dilihat dalam diri murid-muridnya. Murid-murid generasi PBS ini telah menunjukkan penguasaan mereka dalam matapelajarn Bahsa Melayu. Menurut guru bahasa Melayu yang telah saya temu bual;Encik Japri Bin Serah:PBS membantu murid-murid saya menguasai Bahasa Melayu melalui eviden yang pelbagai yang terdapat dalam perlaksanaan PBS.

Pn. Roselyne :PBS telah membantu murid khususnya dan guru amnya mengetahui kebolehan murid dari pelbagai segi bukan sahaja dari segi akademik bahkan juga sosial bagi meningkatkan penguasaan mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Pn. Dayang Nizawati:PBS membantu saya menarik murid supaya lebih minat untuk mempelajari dan seterusnya menguasai Bahasa Melayu melalui kepelbagaian aktiviti.

Pada pandangan saya, PBS ini amat membantu murid dalam penguasaan Bahasa Melayu kerana konsepnya yang tersendiri. Konsep utama PBS ialah tidak mementingkan peperiksaan. Hal ini mampu menarik minat murid untuk belajar tanpa rasa tertekan. Murid pada dasarnya akan belajar untuk lulus peperiksaan sahaja. Maka penguasaan mereka untu sesuatu perkara itu hanya tertumpu untuk digunakan semasa peperiksaan berlansung. Hal ini tidak berlaku apabila PBS mula diperkenalkan. Murid mengetahui mereka perlu mempelajari dan menguasai sesuatu ilmu bukan untuk digunakan semasa peperiksaan semata-mata. Malah, mereka perlu menguasai ilmu untuk menjadikan mereka insane-insan yang berilmu. Oleh itu, secara keseluruhannya, PBS ini amat membantu murid dalam menguasai ilmu khususnya dalam kajian ini, matapelajaran Bahasa Melayu. Akhir sekali, hasil darpada temu bual yang telah saya jalankan ke atas tiga orang guru bahasa Melayu di SK Serayan Keranji, saya dapat menyimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini membantu bagi menunjukkan kemahiran sebenar murid. Hal ini sedemikian kerana, PBS merupakan satu konsep yang holistik. PBS bukan hanya tertumpu kepada akademik semata tetapi juga kepada bakat serta kemahiran yang terdapat pada murid secara individu. Di samping itu, cirri-ciri PBS yang menarik seperti :a) Fleksibel b) Berterusan c) Merujuk Standard PrestasiKetiga-tiga ciri di atas adalah merupakan cirri PBS selaian daripada holistic. Melalui cirri-cirinya sahaja kita dapat menyimpulkan bahawa PBS ini dapat mencungkil kemahiran sebenar murid melalui pelbagai kaedah bukan sahaja secara sumatif bahkan juga secara formatif.

Menurut ketiga-tiga guru yang telah saya temu-bual, mereka amat bersetuju dengan kenyataan bahawa PBS mampu menunjukkan kemahiran sebenar murid. Hal ini tidak hanya dipersetujui begitu sahaja, tetapi mereka bersetuju kerana mereka sendiri telah mengalami sendiri pengalaman tersebut sepanjang mengajar Bahasa Melayu selaras dengan kehendak Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang terkini.

Oleh itu, secara keseluruhan dapat saya simpulkan hasil daripada kajian tentang Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) di SK Serayan Keranji, PBS meruapakan satu proses untuk mendapatkan maklumat yang baik dan menyeluruh. Perkara ini patut di teruskan dan dipertingkatkan dengan lebih mantap untuk melahirkan generasi murid yang mampu berfikir dengan holistic, fleksibel dan berterusan selari dengan cirri-ciri PBS sendiri.

4.0 BAHAGIAN CINSTRUMENKemahiran Menulis Bagi Tahun 1BANDPERNYATAAN STANDARDDESKRIPTOREVIDENS

2

Tahudan FahamB2

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulisB2 DL1Mendengar, menyebut dan memahami perkataan

B2 DB1Membaca dan memahami perkataan serta ayat

B2 DT1Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya

B2 DL1 E1Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding

B2 DL1 E2Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan

B2 DB1 E1Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung

B2 DB1 E2Membaca dan memahami ayat yang mengandungi diftong, vokal berganding, dagraf dan konsonan bergabung

B2 DT1 E1Menulis dan memahami perkataan

B2 DT1 E2Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan tanda baca (Huruf besar dan noktah)

Instrumen 1

Pernyataan Standard:Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

Deskriptor:Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya

Evidens:Menulis dan memahami perkataan

Instrumen 2

Pernyataan Standard:Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis

Deskriptor:Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya

Evidens:Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan tanda baca (Huruf besar dan noktah)

RASIONAL PEMILIHAN KEMAHIRAN BAHASA, PERNYATAAN STANDARD , DESKRIPTOR & EVIDENSPemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor dan evidens ini berdasarkan penilaian penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan.Kemahiran Bahasa dalam pembinaan instrumen dipilih berdasarkan ,tajuk -tajuk yang dinilai ,peringkat kebolehan murid yang dinilai kewajaran aras kesukaran - mudah, sederhana, sukarStandard Prestasi merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu aras yang telah dikenal pasti . Standard Prestasi menjadi sumber rujukan oleh semua pihak termasuklah ibu bapa murid tersebut. Berikut merupakan kelebihan pengunaan Standard Prestasi :

DEFINISI DAN CIRI-CIRI DESKRIPTOR & EVIDENSBerikut merupakan definisi dan ciri-ciri descriptor dan evidens :StandardDeskriptorEvidens

Pernyataan bersifat generik tentang aras perkembangan pembelajaranPernyataan tentang apa yang murid tahu dan boleh buatPernyataan tentang bagaimana murid menunjukkan tahu dan boleh buat

Ciri-ciri eviden adalah :ASah-Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan/pencapaian standard yang telah ditetapkanb.Autentik -Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiric.Kecukupan- Evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan muridd.Semasa- evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasae.Tekal- Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan

PROSES PEMBINAAN INSTRUMENProsedur Pembinaan Instrumen Pentaksirana.merujuk kandungan fakta dalam dokumen standardb.merujuk evidens dalam Dokumen Standard Prestasic.membina instrumen pentaksiran mengikut evidensd.Menilai instrumen dari aspek sistem 9-poini.Domain Keakuran akur kurikulum - akur spekfikasi items - akur peluangii.Domain Ketepatan - tepat konstruk- tepat kandungan- persembahan itemiii.Domain Kesesuaian- aras kesesuaian- tahap murid

KEPUTUSAN TENTANG FORMATProsedur pembinaan instrument telah saya kaji dan teliti sebelum pembinaan instrument yang sebenar. Saya telah mengambil keputusan untuk membuat penilaian ke atas murid melalui kemahiran menulis. Keputusan ini telah saya ambil setelah segala kriteria yang terdapat dalam prosedur pembinaan instrument dipenuhi. Kriteria pemilihan ini berdasarkan aspek seperti yang dijelaskan dalam prosedur pembinaan instrumens penilaian. Prosedur pembinaan adalah seperti merujuk kandungan fakta dalam dokumen standard, merujuk evidens dalam Dokumen Standard Prestasi , membina instrumen pentaksiran mengikut evidens dan menilai instrumen dari aspek sistem 9-poi. Keputusan juga diambil dipengaruhi oleh keadaan semasa seperti berikut : a)kebolehan b)tahap pelajar yang hendak dinilai

Sebagai Contoh Kelas yang diajar mempunyai 15 orang pelajar yang telah melepasi Band 1 bagi ketiga-tiga kemahiran bahasa. Tindakan yang diambil untuk membuat pentaksiran Band 2 bagi kemahiran menulis berdasarkan pengkelompokan atau pemetaan yang telah dirancang sebelum ini.Pelajar di dalam kelas juga telah menjalani pentaksiran bagi kemahiran lisan dan bacaan yang telah ditetapkan dalam Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1. Instrumens yang dibina merupakan pentaksiran sumatif yang digunakan apabila sesuatu topik pembelajaran telah diajar atau seiring dengan proses pembelajaran pelajar.

Pembinaan instrumen kemahiran menulis dibina mengikut format yang telah ditetapkan. Format yang ditetapkan adalah, pertama, instrument hendaklah menepati aras kebolehan murid. Kedua, instrument yang dibina hendaklah berdasarkan standard prestasi bahasa Melayu tahun 1. Akhir sekali, instrument yang dibina mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai tahap prestasi yang diterapkan. SUMBER-SUMBER YANG DIGUNAKANSumber utama yang digunakan dalam pembinaan instrumen pentaksiran ini ialah Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1. Penggunaan Dokumen Standard Prestasi ini menepati kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah ditetapkan. Dokumen standard ini telah dijadikan panduan untuk membuat penentuan kemahiran yang telah didedahkan kepada murid. Selain itu, penggunaan dokumen standard ini juga dapat digunakan untuk menentukan tahap pencapaian semasa pelajar. Perkara ini juga mampu memudahkan pembinaan instrument pentaksiran yang dikehendaki. Melalui Dokumen Stadard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1 ini , kita dapat menentukan eviden yang harus dibina bagi menjalankan pentaksiran kepada murid. Disamping itu, saya turut menggunakan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 sebagai rujukan. Saya menjadikan buku teks sebagai salah satu bahan rujukan kerana, di dalam buku teks terdapat bahan-bahan yang telah ditetapkan. Selain itu, di dalam buku teks juga disediakan latihan dan teknik pengajaran. Selain daripada buku teks, saya turut menggunakan buku-buku rujuakan yang terdapat di pasaran sebagai bahan rujukan. Saya menggunkan buku-buku rujukan untuk menambah dan mengembangkan lagi idea saya dalam pembinaan instrument yang hendak dijalankan. Akhir sekali, saya turut menggunakan sumber-sumber rujukan yang didapati melalui laman sesawang berkenaan KSSR. Laman-laman yang terdapat di dalam internet boleh dijadikan contoh asas dalam pembinaan instrumens yang hendak dijalankan. Selain daripada yang disebutkan sumber rujukan yang dibuat melalui bahan-bahan kursus yang pernah dihadiri semasa pengenalan KSSR hendak bermula.

INSTRUMEN 1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASIBAHASA MALAYSIA TAHUN 1Nama : ___________________Tarikh:__________Kelas : 1 _________

ARAHAN: Baca perkataan dan tulis di bawah gambar yang betul.

BukuBasikalCawanDaduKipasRadio

456123

Langkah pentaksiran: Minta murid membaca kad perkataan yang dipamer. Minta murid menulis perkataan pada gambar yang diberi pada lembaran kerja.

INSTRUMEN 2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASIBAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________Tarikh:__________Kelas : 1 _________ ARAHAN: Salin semula ayat di bawah dengan meletakkan tanda baca yang betul.

1.amran membaca surat khabar________________________________________

2.abang bermain di padang________________________________________

3.emak minum jus limau________________________________________

4.ibu amran masak ayam goreng________________________________________

5.ayah menonton televisyen________________________________________Langkah pentaksiran: Minta murid menulis semula ayat yang diberi dengan meletakkan tanda baca yang betul.

5.0 PENUTUPGeneralisasinya, kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah dapat memenuhi kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.Oleh itu, sebagai pendidik pada zaman teknologi maklumat ini, kita seharusnya mengamalkan dan menerapkan kecanggihan teknologi dan maklumat dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Hal ini, dapat juga diterapkan dalam proses pentaksiran bagi mengukur sejauh mana pencapaian murid dalam matapelajaran khususnya bagi Bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan dan merupakan bahasa ilmu. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

6.0 RUJUKAN

Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011. Diperoleh pada Mac 3, 2015 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-frontpage/127-info-sekolah

Puan Lela (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada Mac3, 2015 daripada http://pengajianam900.forumotion.com/t31-peperiksaan-vs-pentaksiran

7.0 LAMPIRAN