isi kandungan

Download Isi Kandungan

Post on 28-Oct-2015

83 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pk

TRANSCRIPT

1

PAGE 31 MOSEP KEMAHIRAN HIDUP

(MODUL STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERASASKAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN / 2.JAHITAN)

PELAJAR UKM 2007/2008

1.0PENDAHULUAN

Modul Strategi Pengajaran berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (MOSEP) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dibina bagi membantu guru-guru menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan. Di samping itu ia juga boleh mengurangkan bebanan kerja yang akan dihadapi leh guru Pendidikan Khas serta mencetuskan idea yang lebih kreatif bagi kebaikan anak didik mereka.

Kebolehan guru merancang pembelajaran akan menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan merupakan daya penggerak kepada pengukuhan kemahiran Hidup yang terdiri daripada kemahiran memasak, menjahit, berkebun, pertukangan, mendobi dan juga kemahiran ternakan atau perikanan yang dikhaskan kepada murid-murid berkeperluan khas. Dorongan dan minat ini dapat diwujudkan melalui penggunaan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, berbeza dan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran juga menjadi lebih jelas dengan penggunaan dan pemilihan alat serta bahan pengajaran yang sesuai.Pendidikan telah merancang satu Kurikulum Kebangsaan harus dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan utama melahirkan masyarakat yang berilmu.Untuk melaksanakan program pendidikan khas ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakannya melalui penubuhan Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran (menengah) dan Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

2.0MATLAMAT MOSEP

Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikkulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (MOSEP), ini adalah bertujuan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berdikari dan dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Modul (MOSEP) juga bertujuan untuk membantu guru-guru menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan. Di samping itu boleh mengurangkan beban kerja yang akan dihadapi oleh guru Pendidikan Khas serta mencetuskan idea yang lebih kreatif bagi kebaikan anak didik mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1Objektif Penulisan MOSEP

Modul strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (MOSEP) bagi mata muridan Kemahiran ini bertujuan:

Objektif Mosep Jahitan

Objektif MOSEP Jahitan adalah bagi membolehkan para murid menguasai setiap objektif pengajaran yang diajar oleh guru. Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Mengenalpasti dan dapat melakukan aktiviti di persekitaran bilik jahitan dengan selesa dan mengaplikasi apa yang telah dimuridi dengan kaedah yang betul.

2. Mengenalpasti alatan-alatan yang digunakan ketika penyediaan peralatan jahitan seperi mesin jahit, benang, jarum , pita ukur dan lain-laian lagi peralatan jahitan.

3. Menyatakan alat-alat jahitan yang di gunakan di dalam akiviti menjahit jahitan asas.

4. Menggunakan alatan-alatan jahitan dengan betul.

5. Menjaga dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas menggunakan peralatan jahitan.

6. Mengamalkan kebersihan fizikal yang meliputi kebersihan diri, pakaian, juga di dalam bengkel jahitan.

7. Mengetahui nama alatan jahitan yang sesuai digunakan mengikut keperluan projek jahitan.

8. Mengetahui dan mengira kos setiap pembelian bahan-bahan untuk memulakan projek jahitan.

9. Mengtahui cara dan peraturan di dalam bengkel jahitan dengan betul.

10. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam mengenal jenis-jenis jahitan dan juga dalam mengenal jenis-jenis peralatan jahitan.

11. Membantu guru memahami konsep-konsep penting dalam kemahiran hidup bagi membolehkan mereka berdikari dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti seharian dengan lebih yakin. 12. Membantu guru memahami konsep-konsep penting dalam kemahiran hidup bagi membolehkan mereka berdikari dan seterusnya dapat menjalankan aktiviti seharian dengan lebih yakin. 13. Mempertingkatkan kepakaran guru untuk mengajar kemahiran hidup dan dapat merancang pengajaran dengan lebih berkesan.14. Membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.15. Membantu guru menerapkan nilai-nilai murni dan membina kemahiran belajar dan berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.16. Dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di dalam kehidupan sehariannya.3.2RASIONAL

MOSEP kemahiran Hidup Jahitan ini dibina adalah untuk memberikan panduan kepada bakal-bakal guru untuk menyediakan perancangan pengajaran semasa menjalani praktikum mengajar. Disamping itu ianya boleh juga dijadikan rujukan atau oanduan bagi guru-guru merancang pengajaran mereka disekolah.

3.3 Definisi MOSEP

Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (MOSEP). Di dalam MOSEP ini sukatan muridan kemahiran hidup jahitan disusun dari kemahiran yang mudah kepada kemahiran yang sukar secara berperingkat. Bertujuan untuk mengelaskan kemahiran mengikut setiap keupayaan murid.4.0TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Peranan Teori

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kehendak murid-murid adalah berbeza-beza contohnya dari segi tingkah laku. Murid-murid ini akan cuba mensosialisasi diri mereka dengan orang lain untuk membuat sesuatu. Manakala dari segi kognitif, murid-murid ini mempunyai daya kekuatan mengingat dan menyimpan maklumat serta mengeluarkan semula idea atau kreativiti. Dari segi afektif pula murid-murid ini merasa perlu mendapat pujian, dorongan serta mampu berdikari dalam proses pembelajaran.

Teori ini bertujuan untuk membawa bentuk penjelasan dan makna kepada apa yang kita perhatikan di dunia luar sebenar. Teori banyak membantu dalam menyusun dan menilai bahan-bahan, teknik, mesin, alatan, kaedah dan media baru yang terpaksa dihadapi oleh guru.

Teori adalah merupakan satu penjelasan sebenar mengenai fenomena sesuatu kejadian atau rumusan oleh para pengkaji mengenai sesuatu fenomena yang telah diperhatikan dan dikaji. Teori juga dapat membuktikan bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, teori dapat menerangkan kepada guru tentang sesuatu fenomena yang berkaitan dengan murid-murid atau persekitarannya. Pengetahuan mengenai teori pengajaran dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meramal, menilai serta memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teori-teori yang sering kali digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :

a.Behaviorisme

b.Kognitif

c.Afektif

4.2Teori Behaviorisme

Dalam buku Ilmu Pendidikan Untuk KPLI tulisan Mok Soon Sang, menyatakan bahawa teori ini memberi penekanan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan. Teori pembelajaran tingkah laku memberi tumpuan kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan . Menurut Atan Long (1978),sekiranya tingkah laku itu diikuti oleh peneguhan yang positif atau perkara yang menyenangkan ,maka tingkah laku itu akan dilakukan berulang-ulang. Sebaliknya ,jika tingkah laku tersebut tidak diikuti oleh pengukuhan atau tidak menyenangkan ,maka tingkah laku itu akan berulang. Teori Behaviourisme memberi penekanan terhadap perubahan tingkahlaku yang dapat dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu rangsangan (Skinner, 1985). Perkara-perkara seperti bimbingan,latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan dalam proses penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Teori Pelaziman Klasik Pavlov, ganjaran atau pengukuran lisan dapat mengekalkan minat murid. Untuk memotivasikan murid secara berterusan setiap latih tubi atau kuiz akan mengambil kira aspek ganjaran seperti baik, bagus dan sebagainya. Ini menunjukkan sesuatu persembahan yang mempunyai susunan teks yang kemas dan menarik penggunaan warna, grafik dan animasi serta kesan bunyi (pembelajaran dan pengajaran berpandukan komputer) yang berfaedah dapat memberikan kelebihan dan dapat menarik minat murid serta dapat memberikan pencapaian ingatan dan pemahaman yang maksimum.

Menurut Edward Thorndike membuktikan bahawa pembelajaran yang dilakukan dengan ada kesediaan di dalam diri murid sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang positif.Latihan amat memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran .Pembelajaran yang dilakukan dalam keadaan yang menyeronokkan akan mewujudkan rangsangan yang positif dalam diri murid.Teori Thorndike melibatkan tiga konsep utama iaitu Hukum Kesdiaan,Hukum Kesan dan Hukum Latihan yang boleh membantu guru mengenal pasti corak pembelajaran yang lebih sesuai serta disokong dengan sumber yang boleh mengukuhkan lagi pembelajaran.Dalam pengajaran dan pembelajaran toeri Thorndike ini amat berguna bagi seseorang guru mengenal pasti apakah corak serta sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.Ini juga mel