isi-isi

21
1.0 PENGENALAN Bola Sepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pada 1926 asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC). Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean, setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010. 2.0 SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA Secara umumnya, sejarah bola sepak Malaysia dapat dibahagikan kepada dua zaman sejarah iaitu zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Manakala, zaman kegemilangan bola sepak Malaysia 1

Upload: nazri-muara

Post on 29-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh Isi Tugasan Gerakerja Kokurikulum PISMP Bahasa Melayu Semester 3 2012. Gerakerja Kokurikulum Olahraga.

TRANSCRIPT

Page 1: Isi-isi

1.0 PENGENALAN

Bola Sepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika

kependudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di

kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur,

Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Bagaimanapun, pada 1926 asas penubuhan

Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai

badan induk pada 1933. Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola

Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia

(AFC). Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bergelar Harimau Malaya adalah

pasukan bola sepak yang mewakili Malaysia dan ditadbir sepenuhnya oleh

Persatuan Bola Sepak Malaysia. Pasukan ini disegani pada tahun 1950-an hingga

ke 1980-an tetapi jatuh merudum pada 1990-an dan awal 2000-an. Namun pada

bulan Disember 2009, pasukan ini bangkit kembali setelah memenangi pingat emas

di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Vientiane, Laos dan juara Piala AFF Asean,

setelah menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat pada Disember 2010.

2.0 SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA

Secara umumnya, sejarah bola sepak Malaysia dapat dibahagikan kepada dua

zaman sejarah iaitu zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan. Manakala, zaman

kegemilangan bola sepak Malaysia ini pula dapat dibahagikan kepada dua bahagian

iaitu sebelum pembentukan Malaysia atau pra Malaysia dan selepas pembentukan

Malaysia atau pasca Malaysia. Semasa sebelum pembentukan Malaysia, negara

kita dahulunya dikenali sebagai Malaya. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,

situasi bola sepak di negara kita sedang mengalami satu peningkatan walaupun dari

segi teknologi bola sepak, negara kita masih agak kurang dari segi tersebut.

Manakala, selepas pembentukan Malaysia, situasi bola sepak negara kita semakin

menunjukkan penurunan dari segi kualiti persembahan permainan. Rajah 1 seperti

berikut menerangkan keadaan tersebut.

1

Page 2: Isi-isi

Rajah 1 : Sejarah perkembangan bola sepak Malaysia

2.1 Zaman kegemilangan

2.1.1 Pra Malaysia

Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai

pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat

di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola

sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya

memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah

menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain

seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju,

Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.

2.1.2 Pasca Malaysia

Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah

sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya).

Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para

2

SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA

Pra Malaysia (sebelum

pembentukan Malaysia)

Pasca Malaysia (selepas

pembentukan Malaysia)

Zaman Kegemilangan Zaman Kejatuhan

Page 3: Isi-isi

pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook

Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan kapten Abdullah Nordin. Malaysia berjaya

melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea

Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian,

Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat

gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1.

Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia

pada 1976 dan 1980.

Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu

generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan

pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan

pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai

"Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow

tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah

pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola

sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun, pasukan

kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain

pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau

Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan

Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.

Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai

runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar

yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang

terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang

sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi

seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan

kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu

teruk sekali.

3

Page 4: Isi-isi

2.2 Zaman Kejatuhan

Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhammad Khalid Jamlus (seorang

pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah

sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama

dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah,

masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan

kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah

pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin, tetapi populariti langganan TV juga

melarikan kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung

perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan

kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih

berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada

1970-an dan 1980-an.

Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23

tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas

untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan

underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos.

Dengan kemenangan ini, FAM telah menaik taraf pasukan ini menjadi pasukan

kebangsaan.

3.0 SENARAI JURULATIH MALAYSIA

Sepanjang tempoh berlakunya perkembangan bola sepak Malaysia, jurulatih yang

memimpin skuad kebangsaan juga silih berganti sejak zaman pra Malaysia sehingga

ke hari ini. Di sini, kita akan melihat senarai beberapa orang jurulatih yang pernah

mengemudi skuad kebangsaan kita yang mana terdiri daripada jurulatih luar dan

dalam negara.

4

Page 5: Isi-isi

3.1 Allan Harris

Pada bulan Disember tahun 2000, Allan Harris telah dilantik sebagai jurulatih skuad

bola sepak Malaysia menggantikan tempat Claude Leroy, jurulatih dari Perancis.

Allan Harris bukan nama yang begitu asing dalam persada bola sepak

antarabangsa. Beliau merupakan pembantu kepada Terry Venables ketika

mengendali skuad Barcelona dan baginya mengendalikan skuad bola sepak

Malaysia bukanlah sesuatu tugas yang begitu sukar. Setelah beberapa tahun

mengendali skuad kebangsaan Malaysia, beliau terpaksa akur bahawa mengendali

skuad kebangsaan Malaysia bukanlah semudah yang beliau sangka.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan yang begitu tinggi

terhadapnya. Dalam pada itu, beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan

pemain-pemain yang mempunyai pengalaman bermain di luar negara. Beliau juga

ditugaskan untuk mengendali skuad bawah 23 tahun dan segala pembangunan

pemain-pemain remaja diletakkan atas kendalian beliau.

Beliau berjaya membantu skuad Malaysia mendapat pingat perak dalam

kejohanan Sukan SEA pada 2001. Namun begitu, media tempatan begitu jelas

mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai seorang jurulatih professional. Kritikan

tersebut telah membebankan lagi tugas beliau selaku jurulatih skuad bola sepak

Malaysia dan akhirnya kontrak beliau telah ditamatkan pada 2004, setelah Malaysia

tewas kepada China 0-4 dalam kelayakan Piala Dunia 2006. Beliau sempat

memberikan komen terakhirnya kepada wartawan tempatan dengan menyelar

pemain-pemain Malaysia yang terlalu sukar untuk dikendalikan kerana mereka

seperti tidak tahu untuk menilai kasut yang mana lebih sesuai untuk dipakai ketika

bermain di padang-padang tertentu.

3.2 Bertalan Bicskei

Selepas pemergian Allan Harris pada tahun 2004, FAM telah mencadangkan

seorang pengganti kepada Harris iaitu Bertalan Bicskei, bekas penjaga gol dan

jurulatih kebangsaan Hungary, pada 1 Julai 2004. Jurulatih seperti Bob Houghton

5

Page 6: Isi-isi

dan Dragoslav Stepanovic telah menjadi calon untuk mengisi tempat selaku ketua

jurulatih pasukan Malaysia sebelum FAM akhirnya telah bersetuju mengambil

Bicskei.

Bicskei telah membawa pasukan Malaysia meraih tempat ketiga pada Piala

Tiger 2004, walaupun mempunyai satu pasukan yang dianggap "tidak cukup kuat"

oleh media tempatan. Media tempatan tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Amri

Yahyah dan Muhammad Khalid Jamlus, untuk diserapkan ke dalam skuad Malaysia.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemain yang dipilih Bicskei ini menunjukkan

kemampuan mereka apabila Khalid berjaya menjadi penjaring kedua terbanyak

kejohanan di belakang penyerang Indonesia, Ilham Jaya Kesuma manakala Amri

menjadi tonggak penting dalam kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan

Indonesia.

Semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang

pada 8 Jun 2005, Bicskei telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah

seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak

berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak

Bicskei telah ditamatkan FAM. Ini kerana Bicskei cuba mendapatkan lebih banyak

perlawanan persahabatan untuk kemajuan pasukan Malaysia, tetapi FAM

mempunyai pendapatnya sendiri.

3.3 Norizan Bakar

Norizan Bakar menjadi ketua jurulatih pasukan Malaysia selepas tamatnya kontrak

Bertalan Bicskei. Sepanjang menjadi ketua jurulatih Malaysia, Norizan dikecam

hebat oleh media tempatan atas kegagalan pada kejohanan yang disertai skuad

Malaysia. Walau bagaimanapun, Norizan sempat membawa Malaysia memenangi

pingat gangsa pada Sukan SEA 2005 selepas menewaskan Indonesia 1-0 dan ke

separuh akhir Piala ASEAN 2007, yang mana Malaysia tewas menerusi sepakan

penalti oleh Singapura. Jawatan Norizan selaku ketua jurulatih dilucutkan oleh FAM

selepas persembahan memalukan skuad Malaysia pada Piala Asia 2007 dimana

Malaysia tewas 1-5 kepada China, 0-5 kepada Uzbekistan dan 0-2 kepada Iran.

6

Page 7: Isi-isi

3.4 B. Sathianathan

Selepas pemecatan Norizan Bakar, B. Sathianathan mengambil alih selaku ketua

jurulatih. Meskipun mempunyai reputasi hebat selepas membantu skuad bawah 23

Malaysia menjuarai Pesta Bola Merdeka, B. Sathianathan gagal membawa Malaysia

beraksi lebih jauh pada kelayakan Piala Dunia setelah tewas 4-1 dan seri 0-0

dengan Bahrain pada pusingan kelayakan. Pada tahun 2008, B. Sathianathan

membawa Malaysia sekali lagi ke peringkat akhir Pesta Bola Merdeka. Namun,

Malaysia tumpas menerusi sepakan penalti kepada Vietnam.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2008, FAM menyasarkan Malaysia mara

ke perlawanan akhir. Malaysia bermula baik apabila menang 3-0 dengan pasukan

kebangsaan Laos. Walau bagaimanapun, Malaysia tumpas 2-3 kepada Vietnam

pada perlawanan kedua kerana kesilapan penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias.

Malaysia akhirnya tersingkir apabila tewas 3-0 kepada Thailand dan buat kali

pertama tersingkir pada peringkat kumpulan sejak 1998. Status Sathia sebagai

jurulatih mula menjadi tanda tanya apabila timbul khabar angin yang mengatakan dia

akan digantikan dengan Peter Withe. Walaubagaimanapun kontrak Sathia

dikekalkan dengan bersyarat dia perlu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam

ranking FIFA.

Pada kejohanan kelayakan Piala Asia 2011, pasukan Malaysia mengalami

kekalahan 0-5 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu. Kekalahan tersebut

menyebabkan penyokong mengkritik FAM dan jurulatih Malaysia, B. Sathianathan.

Lantas B. Sathianathan mengatakan dia bersedia untuk berundur untuk kemajuan

pasukan Malaysia. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan Liga

Malaysia bukan kejohanan bola sepak yang sebenar. Akhirnya pada Februari 2009,

kontrak Sathia dan pengurus pasukan Soh Chin Aun ditamatkan FAM.[

3.5 K. Rajagopal

Semenjak K. Rajagopal dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April

lalu, persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan kemenangan ke atas

7

Page 8: Isi-isi

Shanghai Zhong Bang 2-1 dalam perlawanan persahabatan di China dan menang 3-

0 ke atas skuad Bawah 23 Singapura, Young Lions 3-0. Pada perlawanan

persahabatan dengan pasukan sebaya Indonesia, Malaysia menang 1-0 jaringan

Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak.

Pada Sukan Asia Tenggara 2009 di Vientiane, Laos, skuad kebangsaan B-23

tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan

K. Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena

Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di

Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia

seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa

lagi menamatkan kemarau pingat emas Malaysia dalam acara bola sepak.

Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad

Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3.

Kekalahan ini turut dicemari dengan insiden pergaduhan yang menyaksikan pemain

Malaysia Zaquan Adha A Razak dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Korea

Selatan. Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat

separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam

perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A menentang

Kemboja walaupun keyakinan pasukan Malaysia sedikit goyah akibat insiden

perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada

Malaysia 4-0.

Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat

kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1,

jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan.

Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat

dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua

pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol,

lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1.

Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai

"underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain

Vietnam.

8

Page 9: Isi-isi

Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia

diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China.

Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1

yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada

Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan terakhir peringkat Kumpulan

A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 di mana perlawanan tersebut dicemari

dengan 3 layangan kad merah yang kontroversi kepada 3 pemain negara oleh

pengadil Australia, tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini

merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada pasukan Harimau

Malaya selepas 32 tahun gagal melayakkan diri ke pusingan kedua dalam Sukan

Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah

bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan

sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu

sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam

Piala Suzuki AFF Disember itu.

Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq

Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa

jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke

peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai

dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan

akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan

Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi

pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua

sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010

dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan

kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan

Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol

telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol).

Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan

stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan

2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya

menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara dengan

agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai

9

Page 10: Isi-isi

Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Sesungguhnya kejayaan tersebut sangat

membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan Harimau Malaya dengan sendirinya

layak dinobatkan sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara.

4.0 PENCAPAIAN MALAYSIA

Sepanjang perjalanan dan perkembangan bola sepak Malaysia, bola sepak negara

telah mencapai pelbagai pencapaian di peringkat antarabangsa. Pencapaian-

pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa seperti dalam rajah 2 berikut.

Rajah 2 : Kronologi pencapaian bola sepak Malaysia

10

Page 11: Isi-isi

5.0 TOKOH BOLA SEPAK MALAYSIA

Dalam meniti perkembangan bola sepak, negara kita telah melahirkan ramai jaguh

dan tokoh bola sepak. Salah seorang tokoh yang telah kami pilih di sini ialah

Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari. Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13

November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan

Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran Super Mokh kerana

keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili

Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

5.1Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak

kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun

1971pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak

antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),

Talasco, Kwong Yik Bank.Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim

dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

MULA WAKILI SELANGOR : Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA : Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA : Pesta Bola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA : Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di

Seoul 1985

KAPS : 167

GOL PIALA MALAYSIA : 177

GOL ANTARABANGSA : 125

JARINGAN TERBAIK : Gol penyamaan menentang England B

pada

1978

PENCAPAIAN : Membantu Selangor memenangi Piala

11

Page 12: Isi-isi

Malaysia 10 kali Menang pingat gangsa

Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH : Olahragawan Kebangsaan 1976

5.2 Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini

walaupun

hayatnya sudah bersemadi hampir 18 tahun lalu. Biarpun ramai generasi

muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir

semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semula

jadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak

dunia. Paling ketara adalah di kancah Pesta Bola Merdeka yang menjadi

gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang

lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan

Super Mokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik

Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan

Kebangsaan 1976. Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan

sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari

mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika

cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara

itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di

kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka

mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan

Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1

hasil jaringan menakjubkan Mokhtar. Walaupun kelibat pemain istimewa

seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama

meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah

lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala

Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki

kurniaan yang tiada pada orang lain.

12

Page 13: Isi-isi

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia

yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga

namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama

apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil

sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk

menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya. Malah dia tidak

suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran

dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola

paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu

tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang

sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri

supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

13

Page 14: Isi-isi

REFLEKSI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya kami telah diberikan ruang

dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja

kursus ini ialah Motivasi Pembelajaran bagi mata pelajaran gerak kerja kokurikulum.

Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan

telah kami hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar

dan muncul di kotak minda kami ialah dapatkah kami menyiapkan tugasan kerja

kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja

kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit

sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan kami untuk melaksanakan

tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak mengambil mudah

memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang

telah diberikan. Sebaliknya, kami menyahut cabaran ini dengan melaksanakan

tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, kami memikirkan

bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-

tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih agak baru dan asing bagi kami.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah kami ambil bagi

mengatasi masalah-masalah yang telah kami hadapi tersebut. Antaranya

termasuklah mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan IPKS untuk

mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan.

Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, kami juga telah

meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan yang lain.

Dalam memastikan bahan rujukan yang kami gunakan adalah bersesuaian dan

14

Page 15: Isi-isi

menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, kami telah melakukan kolaborasi

atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan

tugasan ini terutamanya bagi bahagian yang sedikit sukar untuk difahami.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, kami telah berjaya

mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk

tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh

pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu

meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan sedia ada yang telah kami

perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan

sebagai sesi ulang kaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan

sebenarnya kami melakukan bacaan terhadap rujukan yang kami gunakan. Melalui

bacaan inilah kami dapat menambahkan lagi pengetahuan kami berkaitan tajuk

soalan yang dibincangkan.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat kami pelajari sepanjang

pelaksanaan tugasan ini, kami belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam

melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah

mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, kami haruslah bertindak lebih

proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini

kerana, jika kami dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, kami akan dapat

mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan

tugasan yang kami hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard

atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, kami akan dapat

menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya

kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, kami melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan kami yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, kami mengambil sedikit

pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah

supaya kami dapat menguruskan masa yang kami ada dengan sebaiknya dan

berkesan. Dengan yang demikian, kami akan dapat menghasilkan tugasan yang

berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih

bermanfaat.

Akhir sekali, kami bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang kami berikan menepati kehendak yang

diperlukan.

15