isi isi

7
(MOHD AFIQ HAZIQ) P79057 ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENGHAYATAN NILAI Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Ini menimbulkan persoalan sejauh manakah penghayatan nilai murni dalam kehidupan mereka dipraktikkan? Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif (Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006). Begitu juga pernyataan bahawa penghayatan akhlak yang lemah sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak masa kini (Harery Abu Saad, 2007). Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘Aini Dan (2002), masalah keruntuhan akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan sebenar mereka dihidupkan di dunia ini. Isu yang sering dikaitkan adalah kurangnya hubungan positif antara guru dan pelajar. Hubungan yang baik dan positif antara guru dengan pelajar boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak serta dapat meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Ia bukan sahaja dapat menaikkan semangat

Upload: fixxuk

Post on 18-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfsfdsgsd

TRANSCRIPT

Page 1: ISI ISI

(MOHD AFIQ HAZIQ) P79057

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENGHAYATAN NILAI

Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat

membimbangkan. Ini menimbulkan persoalan sejauh manakah penghayatan nilai murni

dalam kehidupan mereka dipraktikkan? Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam

masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif (Fatimi Hanafi &

Mohd Zamani Ismail, 2006). Begitu juga pernyataan bahawa penghayatan akhlak yang

lemah sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak masa kini (Harery Abu Saad,

2007). Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘Aini Dan (2002), masalah keruntuhan

akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan sebenar

mereka dihidupkan di dunia ini. Isu yang sering dikaitkan adalah kurangnya hubungan

positif antara guru dan pelajar. Hubungan yang baik dan positif antara guru dengan

pelajar boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak

serta dapat meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Ia bukan sahaja dapat

menaikkan semangat pelajar untuk menimba ilmu malah mereka tidak akan mudah

terdedah kepada gejala tidak sihat memandangkan mereka berasa selesa bersama

guru mereka.

Selain itu, dengan mengintegrasikan pendidikan nilai di dalam aktiviti

kokurikum dapat menjadikan pelajar menghayati nilai dengan sebaiknya. Sebagai

contoh, "Derma Hari Pahlawan" yang selalu dijalankan di sekolah menunjukkan

disamping mereka menderma, mereka bekerjasama membantu memungut derma

tersebut. Ini menunjukkan satu inisiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai murni.

Page 2: ISI ISI

Kesan daripada aktiviti ini, kanak-kanak di sekolah akan menjadi begitu perihatin

terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka

terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihati

terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Anugerah-anugerah seperti "Tokoh

Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan Olahragwati" dan lain-lain

menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai dan keberkesanannya kerana

penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepada sikap, sifat dan pencapaian yang

baik yang ditunjukkan.

Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yang

ditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di

sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka prihatin

dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka pandai

menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan

orang lain.

Bukan itu sahaja, isu yang berkaitan dengan penghayatan nilai adalah masalah

pengajaran nilai semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Penerapan

nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah tidak

dipandang remeh oleh guru dan ia bukan hanya sekadar ditulis di dalam buku

rancangan mengajar tetapi seharusnya guru-guru menerapkan unsur nilai-nilai murni di

dalam pengajaran. Masalah ini mungkin timbul kerana kekangan waktu atau kurang

kefahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan nilai-nilai yang terkandung

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah. Sebagai

seorang guru, kita memegang amanah untuk menjalankan dasar-dasar negara.

Page 3: ISI ISI

Peranan guru di dalam menjalankan dasar ini amatlah besar dan penting kerana

kesannya akan memudaratkan banyak pihak terutamanya remaja masa kini. Kurangnya

nilai dalam diri mereka akan mencerminkan sikap mereka pada masa hadapan.

Kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam atau luar

negeri), surat khabar hiburan, VCD, TV, radio serta internet telah menimbulkan masalah

yang begitu serius kepada perkembangan remaja masa kini. Hasil dari perkembangan

dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang sempurna, kesan dan pengaruh

media massa bukan sahaja dirasai oleh remaja di kawasan bandar, malah ianya turut

melibatkan golongan remaja dikawasan luar bandar. Pengaruh media juga banyak

memberikan kesan kepada penghayatan nilai. Beberapa tindakan segera boleh

dilaksanakan bagi mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan keadaan ini

antaranya mengadakan kelas-kelas bimbingan akademik selepas waktu persekolahan,

pemantauan dan kawalan yang positif daripada ibubapa dan mengadakan lebih banyak

aktiviti keagamaan dan pendidikan yang dapat menarik minat pelajar dalam media

massa. Sehubungan dengan itu, bagi penerbit majalah atau program radio dan

televisyen, kualiti dan kuantiti bahan-bahan keagamaan dan pendidikan dalam media

perlu diberikan penekanan kerana minat dan kefahaman pelajar boleh ditingkatkan

mengenai nilai-nilai akhlak dikalangan pelajar-pelajar.

IMPLIKASI-IMPLIKASI PENERAPAN NILAI

Nilai-nilai murni boleh diajar dan difahami tetapi tidak mudah diamali dan mudah

pula dilupai. Ini kerana sesuatu nilai hanya menunjukkan kesannya jika diamalkan

Page 4: ISI ISI

dalam masyarakat. Jika masyarakat tidak memerlukannya, ia tidak akan berkembang.

Sebab itulah kebanyakan nilai ini tidak berkembang dalam masyarakat kita tetapi telah

menjadi sebati dalam masyarakat China dan masyarakat maju yang lain.

Penerapan nilai murni ini tidak dapat dilaksanakan dengan cepat tanpa wujudnya

penerapan sejak dari kecil. Pembelajaran boleh diteruskan untuk menyedarkan

masyarakat tentang kewujudan nilai-nilai ini, tetapi dengan tiada masyarakat yang

mahu mempelajari nilai-nilai ini, pengetahuan ini hanya tinggal pengetahuan tanpa

pegangan atau komitmen dalam masyarakat secara menyeluruh.

Sebagai contoh yang kita dapat lihat, seorang guru akan menjadi lebih kreatif

dan inovatif apabila menerapkan nilai-nilai murni dalam PdP mereka. Pendidikan nilai

dilaksanakan melalui aktiviti pengajaran secara langsung dan tidak langsung di dalam

bilik darjah serta disokong dengan amalan budaya di sekolah dan contoh teladan yang

baik daripada guru (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989). Strategi penerapan dan

penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran silabus KBSM/KBSR yang dilakukan

secara langsung bermaksud penyisipan nilai melalui perancangan guru yang

bersesuaian dengan tajuk, isi, contoh dan situasi pengajaran. Manakala strategi

penyerapan secara tidak langsung pula ialah penerapan dan penyerapan nilai

berasaskan kepekaan guru untuk menggunakan peluang dan kesempatan daripada

situasi yang timbul dengan mengaitkan nilai-nilai murni sehingga menjadi tepat, diterima

dan diyakini (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988) sekali gus guru dapat

melaksanakan kokurikulum dengan lebih berkesan. Pembelajaran seperti ini juga

berfokus kepada pelajar malah ianya dapat mengurangkan tekanan negatif kepada

pelajar. Sebagai contoh, pelajar menjalani kelas tambahan Tae-kwan-do. Mereka

Page 5: ISI ISI

menyertai kelas ini bukan untuk bergaduh, tapi mereka dipupuk untuk belajar

mempertahankan diri ataupun membantu orang yang dalam kesusahan.