isi 1 penilaian dalam pendidikan seni visual

17
Konsep Penilaian Pendidikan Seni Visual Pembelajaran Pendidikan Seni umumnya untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminasi apa yang diliha oleh mata meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak seterusnya mampu membaca imej- imej visual. Secara tidak langsung dapat memahami simbol- simbol budaya yang wujud dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Ia juga dapat membina kemahiran psikomotor dalam pelbagai kemahiran d samping menyuburkan domain afektif setiap pelajar, yakni teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni itu sendiri. Justeru itu, untuk mengenalpasti sejauh manakah matlamat pelajaran in terlaksana dengn berkesan, perlulah dibuat pengukuran, pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni. (Raminah Hj Sabran:1991) Untuk proses penilaian, matlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni itu sendiri perlu jelas ditambah dengan pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang terancang, lengkap dengan sumber dan strategi oleh guru Pendidikan Seni. Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan

Upload: tracy-vianney

Post on 11-Apr-2016

71 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

Konsep Penilaian Pendidikan Seni VisualPembelajaran Pendidikan Seni umumnya untuk membina keupayaan bagi

menghargai dan mendiskriminasi apa yang diliha oleh mata meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak seterusnya mampu membaca imej-imej visual. Secara tidak langsung dapat memahami simbol-simbol budaya yang wujud dalam ruang lingkup kehidupan manusia. Ia juga dapat membina kemahiran psikomotor dalam pelbagai kemahiran d samping menyuburkan domain afektif setiap pelajar, yakni teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni itu sendiri. Justeru itu, untuk mengenalpasti sejauh manakah matlamat pelajaran in terlaksana dengn berkesan, perlulah dibuat pengukuran, pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni. (Raminah Hj Sabran:1991)

Untuk proses penilaian, matlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni itu sendiri perlu jelas ditambah dengan pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang terancang, lengkap dengan sumber dan strategi oleh guru Pendidikan Seni. Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.

Kaedah Penilaian dalam Pendidikan Seni VisualTerdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu

pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja.

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja di kenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi dan kemahiran.

Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.

Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas.

Page 2: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema. Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

Tujuan penilaian dalam Pendidikan Seni VisualPenilaian bertujuan untuk mengumpul maklumat pencapaian pelajar selepas

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia juga dapat menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, selain daripada mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari. Melalui penilaian juga, kita dapat maklumat keberkesanan pengajaran guru, merekod keputusan penilaian untuk tujuan rujukan dan mengambil tindakan sewajarnya supaya mutu pengajaran dan pembelajaran lebih baik serta dapat menilai keberkesanan kurikulum.

Fungsi penilaian Pendidikan Seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru untuk mengetahui tentang kemajuan dan perkembangan pembelajaran pelajar. Menurut Eisner (1985), hasil daripada sesuatu penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran ini. Hasil penilaian juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk membaiki kurikulum Pendidikan Seni supaya lebih berkesan. Secara tidak langsung penilaian berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni seterusnya dijadikan sebagai petunjuk dan panduan bagi membaiki kelemahan yang ada serta kekuatan di sebaliknya.

Proses penilaian kepada pelajar Pendidikan Seni diperlukan untuk mengukur pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Penilaian sering dilakukan sama ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesi persekolahan (sumatif). Jelasnya di sini penilaian adalah untuk mengukur sama ada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memain peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan. (Beattie:1997)(i) Penilaian Formatif:

- berfungsi melihat pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar secara eksplisit seperti mengukur perkembangan kemahiran (psikomotor), perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan bimbingan dan galakan.

- Penilaian ini juga dapat menyampaikan maklumbalas secara tersusun kepada guru untuk memilih atau membaiki pengalaman pembelajaran berikutnya sama ada melalui aktiviti pengukuhan atau pemulihan (Mokhtar Ismail,2002:9)(ii) Penilaian Sumatif:

- bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima dan menghayati ilmu (kognitif). Lazimnya penilaian ini dijalankan pada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P).

- Tujuan penilaian juga untuk memberikan gred-gred tertentu selain membekalkan maklumat dan menilai keberkesanan pengajaran guru.(Mazlan:1996)

Proses penilaian dalam Pendidikan Seni perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengesan pencapaian dan prestasi pelajar kerana melalui penilaian ini dapat

Page 3: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sama ada dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor, seiring dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni itu sendiri yang keseluruhannya untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kesan dari objektif di atas, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara penilaian prestasi pelajar. Instrumen yang digunapakai perlu sesuai untuk penilaian yang berkesan.(Pusat Perkembangan Kurikulum)

Guru perlu menguji pelajar aspek kognitiff yang lebih tinggi seperti menganalisi, mensintesis dan membuat penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini. Penilaian ini perlu dalam usaha meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. Ini adalah kerana perkembangan pemikiran adalah satu daripada objektif di dalam pelajaran. (Bloom:1956)

Pembelajaran dan domain kognitif di peringkat lebih tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian adalah lebih kekal, bermakna dan lebih memberi manfaat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pelajar yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus (pengetahuan terminologi dan pengetahuan fakta khusus) akan mempunyai pengetahuan tentang konsep sesuatu tajuk yang diajar. Ini akan memudahkan lagi proses P&P di dalam kelas. (A.J.Harrow:1972)

Kefahaman sedia ada pelajar untuk memudahkan mereka menterjemah sesuatu tajuk di samping dapat menginterpretasi bahan-bahan atau kerja seni akan memberi ruang yang lebih selesa kepada pelajar apabila membincangkan sesuatu tajuk yang diajar guru. (D.R.Krathwohl:1974)

Aras-aras dalam domain kognitif ini menguji kesinambungan sehingga akhirnya di peringkat penilaian. Pelajar diberi kepercayaan oleh guru untuk menilai dengan cara yang kritis dan menggunakan kriteria untuk menilai sesuatu kerja seni yang dihasilkan oleh mereka Justeru aspek kognitif ini memain peranan penting untuk melahirkan pelajar yang sempurna akal fikirannya melalui rangsangan-rangsangan yang dicipta guru dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual d sekolah-sekolah.

Pendidikan Seni juga merupakan mata pelajaran yang merangsang pemikiran pelajar. Melaluinya membolehkan pelajar melihat secara empati dan menganalisi bagaimana manusia menggunakan pemikiran kreatif mereka untuk menyelesaikan masalah.

Rasa empati boleh dilahirkan dengan isu alam sekitar. Seorang pelajar yang mengahargai ciptaan Tuhan akan melihat isu pembalakan haram sebagai sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berleluasa. Untuk menunjukkan rasa empati, pelajar ini akan menghasilkan sesuah karya yang mempunyai beberapa idea untuk dikaitkan dengan tema yang ingin disampaikan. Perasaan empati terhadap alam sekitar yang semakin diceroboh tanpa mengambil kira faktor keselamatan masyarakat di persekitarannya boleh diterjemahkan ke alam nyata melalui simbol-simbol penjanaan idea.

Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; ”Manusia hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri”.

Ini secara tidak langsung merangsang pemikiran pelajar tentang alam hijau yang

Page 4: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

sepatutnya dipelihara dan bukan dibinasakan. Melalui pemikiran juga mereka menjana idea untuk melahirkan pelbagai imej.

”Visual Thinking” dapat melahirkan pelajar yang berinovatif seterusnya memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni. Seterusnya dapatan dari ”visual thinking” tadi pelajar akan melalui ”thinking process” dalam mengembang idea dan secara tidak langsung akan melahirkan pelajar yang mampu menyelesaikan masalah (problem solving).

Yang dimaksudkan di sini ialah, guru boleh mengcungkil idea pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran mereka. Sebagai contoh untuk menguji kebolehan pelajar dalam menjanakan idea, guru boleh memberi tugasan yang mempu melahirkan pelajar yang berinovatif iaitu mengeluarkan idea yang tidak terjangkakan oleh akal fikiran guru itu sendiri.

Jika pelajar diberi satu tema berkaitan ”angkasawan”, pelajar dari kumpulan lemah atau sederhana mungkin akan menterjemahkan tema tersebut melalui objek-objek yang ”natural” seperti figura yang memakai pakaian angkasa, bumi, bintang dan lazimnya yang dilukis oleh pelajar yang kurang kreatif tetapi bagi pelajar yang kreatif dan inovatif mungkin akan menghasilkan satu karya yang ”supernatural” di mana objek-objek yang dipilih melangkaui pemikiran dan kebolehan pelajar yang seusia dengan mereka. Pelajar dari kumpulan ini tadi akan berfikir dan terus berfikir untuk menyelesaikan tugasan tentang angkasawan yang diberi guru. Proses ini sebenarnya membantu perkembangan minda pelajar. Pelajar akan lebih inovatif jika dapat menghasilkan idea yang luarbiasa tanpa diduga oleh guru bahawa pelajar tersebut mampu lakukan. Idea baru merupakan tanda-tanda kreativiti pelajar bermula. Daripada idea-idea baru ini mendorong pelajar membina semangat jati diri serta menghargai alam ciptaan Tuhan. Michael (1983) menyatakan;

’Selain dari memperkembangkan minat dan bakat, pendidikan seni dapat mendorong dan mendidik pelajar-pelajar melahirkan idea-idea kreatif......’

Menyentuh tentang semangat jati diri, bagaimana pelajar dikatakan mempunyai jati diri? Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagai yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya melalui identiti masing-masing. Bagi pelajar Pendidikan Seni, ini meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej, cara dan gayanya apabila menghasilkan sesebuah karya yang mempertimbangkan aspek-aspek tersebut. Maknanya penampilan diri adalah sebahagian daripada ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pelajar itu.Jati diri yang lebih dipandang dari sudut psikologi moden iaitu dengan mengenal kepribadian diri kita masing-masing untuk kemudian melangkah ke arah yang lebih positif.

Pelajar dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses pembesaran mereka. Hasil karya seni yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran mereka seterusnya meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. (Calvin W.Taylor)

Justeru Pendidikan Seni perlu melalui proses penilaian dalam usaha membina jati diri pelajar ke arah pembentukan negara bangsa. Namun begitu dalam membuat penilaian, guru harus mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan pelajar.Ini

Page 5: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

adalah kerana pelajar mempunyai perbezaan dari segi ketepatan dan had laju pada gerak balas mereka apabila diuji dalam tugas yang mudah dan sederhana apatah lagi pada aras kognitif yang tinggi (Wundt, Germany,Galton, England, Cartell, Amerika).

Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasar kepada beberapa prinsip seperti perlu ada keesahan, keboleh percayaan, apa yang dinilai telah dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran dan ada hubungannya dengan falsafah, matlamat dan objektif kurikulum mata pelajaran Pendidikan Seni itu sendiri.(Kementerian Pelajaran Malaysia:2002)

Falsafah pendidikan hari ini memberi penegasan kepada penyelarasan individu seluruhnya, dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Oleh itu hasil pendidikan perlu mencerminkan matlamat pendidikan yang meluas. Tidak lagi terhad ke arah penguasaan kontent atau kecekapan kemahiran sahaja sebaliknya perlu mengambil kira faktor dan kuasa dalam persekitarannya. (Abu Bakar Nordin:1987)

Justeru aspek yang perlu dinilai secara keseluruhan dan bukan setakat mengandungi ”resitasi” (perkataan demi perkataan yang dihafal dalam menjawab ujian) sebaliknya dapat menyediakan pelajar kepada kehendak hidup masa kini dan masa hadapan berdasar pengalaman pembelajarannya.Antara aspek yang perlu dinilai ialah;

i) Perbezaan keupayaan yang dipunyai oleh seseorang pelajar dalam situasi belajar. Kesihatan jasmani, kebolehan mental, tahap emosi, minat dan keperluan serta persekitaran dan sosial dicerminkan melalui sikap dan tabiat pelajar memberi maklumat kepada guru mengenai kaedah yang sesuai untuk dijalankan penilaian.(Lovenfeld:1975)

ii) Nilai estetika yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan deria. Menurut Bates (2000), ia merupakan satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan, begitu juga pendapat Gazalba (1978); estetika membawa nilai kecantikan dan kebaikan. Dalam penilaian guru perlu memilih karya yang berkualiti dan untuk itu perlu ada standard dan kualiti yang tertentu jenisnya.

iii) Proses penciptaan sesuatu hasil karya; Dalam penilaian di sekolah guru perlu menilai karya seseorang pelajar dengan

melihat keupayaan pelajar tersebut mengasilkan karya secara realistik. Dalam konteks ini kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesebuah karya diambil kira. Karya yang berkualiti dapat menghuraikan makna dari aspek meningkatkan tindak balas emosi, mood dan idea kepada penilainya. Secara tidak langsung aspek kognitif telah dinilai oleh seorang guru terhadap kebolehan pelajarnya tentang cara mengendalikan proses penghasilan seperti mematuhi teknik-teknik dan prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah untuk mendidik pelajar menjadi manusia supaya sentiasa mengamalkan pertimbangan estetik dan hidup yang lebih bermakna; justeru kualiti pengamatan perlu dikembangkan. (Rudolf Arnheim:1972)

Selain itu pelajar juga perlu menguasai proses penghasilan seperti penggunaan media, alat, teknik dan amalan keselamatan. Ini kerana penilaian guru sepatutnya menyeluruh sesuai dengan objektif keempat dalam mata pelajaran ini; iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Penilaian guru termasuklah

Page 6: ISI 1 Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

bagaimana pelajar mengawal, mengguna bahan dan teknologi dalam menghasil sesuatu karya seni itu.(Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni: KPM)

iv) Konteks objek yang ingin dinilai; Apabila pelajar menghasilkan sesebuah hasil karya seperti contoh artifak, guru perlu melihat hasil karya tersebut bukan sahaja sebagai sebuah artifak atau produk semata-mata tetapi sebagai sesuatu aspek yang mampu dinilai statusnya. Penilaian perlu berlandaskan kepada hala tuju yang sesuai serta sebuah matlamat demi mendapatkan pemahaman yang menyeluruh serta penilaian yang tepat (Diffey; The Republic of Art).

Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi utama iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap sesuatu perkara. Ini dapat dilihat kepada 10 objektif Pendidikan Seni Visual seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran

v) Nilai artistik; Terletak pada apa yang dipersembahkan kepada guru oleh pelajar itu sendiri. Pengolahan idea pelajar bermula dari pengetahuan yang dimiliki. Pelajar menghasilkan sesuatu hasil karya berdasarkan kepada sesuatu karya yang telah diterima pakai dalam ruang lingkup budayanya. Namun apa yang perlu dinilai di sini adalah tujuan penciptaan sesuatu karya tersebut. (Tjetjep Rohendi Rohidi:1994)

vi) Persembahan produk; Guru juga perlu membuat penilaian dari aspek persembahan produk kerana dalam penghasilan sesebuah karya, elemen ini amat penting kerana pelajar akan menguasai beberapa kemahiran seperti inkuiri mengenai melalui penyelidikan. Mereka juga perlu bersikap fleksibiliti dalam membuat hasil seni dan seni reka. Setiap pelajar mempunyai interpretasi dan penilaian persepsi yang berlainan, justeru produk yang dihasilkan berbeza bagi setiap individu dari segi bentuk, kualiti ekspresif dan stail. Secara tidak langsung pelajar akan menguasai kemahiran dalam mengorganisasi unsur tampak melalui penggunaan prinsip-prinsip seni dalam proses penciptaan. Peluang seperti ini akan mendorong pelajar mencebur diri dalam situasi yang lebih kreatif, inovatif, reflektif dan pemikiran kritikal. (Goldberg:1997)

Apa yang diharapkan di sini pelajar akan memasukkan elemen teori dan falsafah serta sumber-sumber pengalaman estetik dalam menghasilkan karya mereka. Guru sebagai penilai akan dapat mengesan nilai seni, mengapa dan sebab karya seni dibuat, yang sepatutnya dipertimbangkan oleh pelajar.