isa haram di sisi islam

2
[SN174] “Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkan dari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut. Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa. Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan. ISA HARAM DI SISI ISLAM Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/ keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13]. Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atu zimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atu zimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153]. Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah. Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yang telah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi] . Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak. Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda,

Upload: rindukan-allah

Post on 27-Jul-2015

1.103 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISA haram di sisi Islam

[SN174] “Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawisebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tigarang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolongjangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat(AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di KualaLumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkandari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.

Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya,Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Aktayang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahajaditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancamkeselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selamatempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terustanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempohyang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa. Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah inimengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkanoleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahandari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasamutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksatahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali inibukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama,kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kamiutarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnyalangsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang merekalakukan.

ISA HARAM DI SISI ISLAM

Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam

Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yangditurunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidakada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian(penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedahyang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antarakaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yangbermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalahdibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikutkaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalahtidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, makaseseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkandengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dandibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secaramutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi diatidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani,Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].

Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah inidiambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu,“(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah(penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi danMutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis inimengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa keranaia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnyaseseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atuzimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukupdengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia memintamengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atuzimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153].Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagiseseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwahendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh

bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetapberada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru,menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaansedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalahbertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain,perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkanoleh Rasulullah.

Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukumankecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk halini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yangtelah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, makasilalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah akutersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untukdisebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini”[HR Baihaqi]. Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawaRasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal inidalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan jugahakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telahdihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntutpembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidakmembenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpaterbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan diadihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lainkecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagiseseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambilharta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak.

Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang manaseorang perempuan yang dituduh oleh suaminyabersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan inidibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telahteragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu,perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telahmelakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda,

Page 2: ISA haram di sisi Islam

“Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti,nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad,Baihaqi dan Thabrani]. Ini menunjukkan bahawa tidak bolehmerejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelasmeskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut.Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidakmenghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberiwahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnyakuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampauibatas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka denganmudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting danmenyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh!

Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukankesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polismenahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagimembolehkan mereka mengumpul maklumat sebelummelakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanyaboleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dariMahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad.Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim daribapanya, dari datuknya, “Bahawa Nabi SAW menahan seoranglelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan” [RiwayatLima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata,“Rasulullah SAW menahan seorang individu selama seharisemalam dalam satu kes pertuduhan”. Perlu difahami bahawapenahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi iabertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan(tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera ataumenyeksa tertuduh pada waktu ini.

Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepassabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukumankepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnyaadalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam“Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa buktinescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad,Baihaqi]. Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas)perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina,namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukanapa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi,jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh semata-mata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentuperempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannyamemang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyatahakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secaramutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukumanterhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yangdemikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera,memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman(punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkankesalahan.

Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawaRasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam tidak menghukumseorang yang mabuk kerana tidak ada bukti. “Ibnu Abbasberkata, seorang lelaki telah meminum khamar dan mabukdan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepadaRasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepaslalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabilahal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa serayabertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata IbnuAbbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalamperkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidakmenjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidakada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya jugatidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapitidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah

tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agarmengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukumanke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’. Olehyang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarangbentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkanoleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan,statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannyapesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis ataumenteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’.Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga duatahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA olehMenteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramatjelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haramhukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun.

Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di manaRasulullah berpesan, “Jika dua orang yang bersengketa dihadapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkaumenjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan daripihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar daripihak pertama” [HR Ahmad]. Malangnya di dalam kes ISA,suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim danlangsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa(Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pundan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguhsedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkalamelihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawamereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikutioleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini merekacampakkan kesemuanya?

Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari.Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawaISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yangdiluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu,malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jikadulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, danternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelahhilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pulauntuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, denganditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang inginmenegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang kearah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalahsebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagaiseorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dariperspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi.Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kitaakan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampirkesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yangdiamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semuaundang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangandengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melaluisistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman AllahSubhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukumdengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka ituadalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Olehitu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalahkerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undangharam lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkandi negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalanmanusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undangIslam yang berasal dari wahyu.wallahua’lam

Tiada hakcipta dalam Islam. Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapatmengembangkan dakwah Islam dan diredhai Allah swt. Sebarang pertanyaan dan komen, sila e-mailkan [email protected] atau layari www.mykhilafah.com

Nasyrah Terbitan:

Hizbut Tahrir

MALAYSIA