irep.iium.edu.myirep.iium.edu.my/4727/1/44298.pdf · 8/25/2015 1malaysia tidak menghapuskan...

2
8/25/2015 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 2/4 rencana ARKIB : 11/03/2011 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum Oleh DR. SAODAH ABD RAHMAN SEBAGAI sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berusaha memantapkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai kegiatan berkaitan dengan pembentukan bangsa atau negara dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Para pemimpin pelbagai kaum dan agama berganding bahu membentuk satu negara berwawasan dan aman. Hasil persefahaman, gabungan idea dan aktiviti, akhirnya gagasan 1Malaysia menjadi slogan perjuangan kerajaan. Gagasan 1Malaysia berdasarkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama. Ia bukan satu perancangan untuk menghapuskan identiti kaum dan agama. Rakyat Malaysia sepatutnya memahami usaha kerajaan membentuk satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warga negara yang menganut pelbagai budaya dan agama, bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. Kerajaan ingin memperkukuhkan polisi dan dasar di mana setiap keperluan asas dan infrastruktur untuk masyarakat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat bandar atau luar bandar. Pelbagai kementerian ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan secara progresif dan proaktif. Kerajaan Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan bangsa bercirikan identiti budaya dan agama yang pelbagai. Ini merupakan salah satu ciri tamadun yang dibina oleh umat Islam ketika berada dalam era tamadun yang gemilang. Dalam sebuah empayar Islam, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi hidup dengan aman bersama masyarakat bukan Islam yang amat berbeza agama dan budaya. Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengintegrasikan budaya dan agama setiap kaum dalam negara ini menjadi satu agama atau budaya warga negara Malaysia. Tindakan begini bertentangan dengan fitrah ajaran Islam dan ciri tamadun dalam Islam. Urusan berkaitan dengan rumah ibadah dan hal-hal keagamaan adalah urusan peribadi setiap kaum. Kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada perpaduan kaum. Setiap kementerian yang ditubuhkan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Oleh itu, setiap individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan peruntukan dan merancang aktiviti bagi kepentingan masyarakat perlu memahami bidang kuasa masing-masing supaya sikap dan tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan dasar dan objektif kementerian. Setiap individu yang memegang teraju kepimpinan negara sepatutnya memahami gagasan 1Malaysia secara menyeluruh supaya kegiatan dan tindakan mereka tidak menjejaskan prinsip dan definasi konsep tersebut. Mereka merupakan orang yang mencerminkan dasar dan polisi negara. Kejahilan dalam memahami konsep 1Malaysia Waktu Solat Kuala Lumpur Subuh 5:52 Zohor 1:19 Asar 4:31 Maghrib 7:24 Isyak 8:34 Klik untuk waktu solat kawasan lain Dengar SuriaFM Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu Riuh Rio Brazil 2014 Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014 Tragedi Pesawat MH370 Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370 KE7B Greenland 2014 Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014 IKLAN@UTUSAN Lain-lain Galeri Foto Versi Mobile Arkib Iklan Langgan ePaper SMS Alert Facebook Sign in

Upload: others

Post on 20-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: irep.iium.edu.myirep.iium.edu.my/4727/1/44298.pdf · 8/25/2015 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum  2/4

8/25/2015 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 2/4

rencanaARKIB : 11/03/2011

1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaumOleh DR. SAODAH ABD RAHMAN

SEBAGAI sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berusaha memantapkankestabilan politik, ekonomi dan sosial. Pelbagai kegiatan berkaitan dengan pembentukanbangsa atau negara dilaksanakan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Parapemimpin pelbagai kaum dan agama berganding bahu membentuk satu negaraberwawasan dan aman. Hasil persefahaman, gabungan idea dan aktiviti, akhirnyagagasan 1Malaysia menjadi slogan perjuangan kerajaan.

Gagasan 1Malaysia berdasarkan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsiankekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama. Ia bukan satuperancangan untuk menghapuskan identiti kaum dan agama. Rakyat Malaysiasepatutnya memahami usaha kerajaan membentuk satu bangsa Malaysia berdasarkanpembentukan warga negara yang menganut pelbagai budaya dan agama, bukanbercirikan integrasi bangsa dan agama.

Kerajaan ingin memperkukuhkan polisi dan dasar di mana setiap keperluan asas daninfrastruktur untuk masyarakat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat bandaratau luar bandar. Pelbagai kementerian ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikansetiap perancangan dan program dapat dilaksanakan secara progresif dan proaktif.

Kerajaan Malaysia lebih menumpukan perhatian kepada pembentukan bangsabercirikan identiti budaya dan agama yang pelbagai. Ini merupakan salah satu ciritamadun yang dibina oleh umat Islam ketika berada dalam era tamadun yang gemilang.Dalam sebuah empayar Islam, masyarakat Islam yang mempunyai pelbagai budaya dantradisi hidup dengan aman bersama masyarakat bukan Islam yang amat berbeza agamadan budaya.

Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk mengintegrasikan budaya dan agama setiapkaum dalam negara ini menjadi satu agama atau budaya warga negara Malaysia.Tindakan begini bertentangan dengan fitrah ajaran Islam dan ciri tamadun dalam Islam.Urusan berkaitan dengan rumah ibadah dan hal-hal keagamaan adalah urusan peribadisetiap kaum. Kerajaan hanya menumpukan perhatian kepada perpaduan kaum.

Setiap kementerian yang ditubuhkan mempunyai peranan dan fungsi tertentu. Oleh itu,setiap individu yang diberi kuasa untuk mengeluarkan peruntukan dan merancangaktiviti bagi kepentingan masyarakat perlu memahami bidang kuasa masing-masingsupaya sikap dan tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan dasar dan objektifkementerian.

Setiap individu yang memegang teraju kepimpinan negara sepatutnya memahamigagasan 1Malaysia secara menyeluruh supaya kegiatan dan tindakan mereka tidakmenjejaskan prinsip dan definasi konsep tersebut. Mereka merupakan orang yangmencerminkan dasar dan polisi negara. Kejahilan dalam memahami konsep 1Malaysia

Waktu Solat Kuala Lumpur

  Subuh 5:52Zohor 1:19Asar 4:31

Maghrib 7:24Isyak 8:34

Klik untuk waktu solat kawasan lain

 

Dengar SuriaFMRadio SuriaFM Menceriakan Duniamu

Riuh Rio Brazil 2014Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Tragedi Pesawat MH370Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370

KE7B Greenland 2014Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014

IKLAN@UTUSAN

Lain-lainGaleri FotoVersi MobileArkibIklanLanggan ePaperSMS Alert

FacebookSign in

Page 2: irep.iium.edu.myirep.iium.edu.my/4727/1/44298.pdf · 8/25/2015 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum  2/4

8/25/2015 1Malaysia tidak menghapuskan identiti kaum

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm 3/4

menjadi faktor utama menyebabkan individu tertentu sering bertindak bertentangandengan pengertian konsep tersebut. Perkara ini berlaku akibat terlalu ghairah untukmendapat sokongan masyarakat tertentu dan pujian daripada pucuk pimpinan negarasehingga terlupa asas dan hukum-hakam Islam berhubung dengan akidah Islam.

Gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan negara mempunyai batas dankriteria tertentu yang mana ia tidak akan menjejaskan akidah dan keyakinan umat Islamterhadap kesucian agama Islam. Perkara ini sepatutnya difahami para pemimpin supayatindak tanduk mereka tidak menghakis keyakinan rakyat dan umat Islam bahawagagasan 1Malaysia hanya menumpukan perhatian kepada aspek pembentukan negara.

Perkara berkaitan dengan keadilan dan kesaksamaan dalam menikmati kekayaannegara dan pembinaan tamadun yang unik dan pelbagai merupakan ciri tamadun Islamyang dikenali sebagai unity in diversity.

Jika gagasan 1Malaysia dianggap sebagai satu usaha untuk mengintegrasikan kaum danagama dalam perspektif yang liberal, maka usaha tersebut tidak mungkin dapatdilaksanakan kerana setiap agama mempunyai batas dan aspek toleransi tertentu.Agama Islam amat prihatin dalam aspek keteguhan akidah Tauhid dan toleransiterhadap agama lain.

Hak-hak yang diperuntukkan kepada umat Islam oleh kerajaan perlu disalurkan kepadaumat Islam untuk menyemarakkan agama Islam, bukan menggunakan peruntukantersebut bagi kepentingan politik individu tertentu sehingga terkeluar daripada batasakidah Islam. Bidang kuasa yang diberikan oleh kerajaan kepada institusi yangmenerajui hal ehwal umat Islam sepatutnya tidak disalahgunakan bagi kepentinganpolitik kerana ia merupakan satu amanah yang berat bagi menyemarakkan syiar Islam.

Malaysia merupakan negara Islam yang menuju ke arah tamadun Islam di rantau Asia.Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan peruntukan bagi menaikkan syiar dandakwah Islam tanpa mengenepikan kebebasan beragama kepada masyarakat bukanIslam. Kekuatan dan keteguhan agama Islam bergantung kepada usaha dan kegigihaninstitusi agama Islam dan masyarakat Islam.

Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai peruntukan dan kemudahan kepada institusiagama Islam dan umat Islam. Justeru berusaha dan proaktif menyemarakkan agamaIslam bukan hanya menggunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politiksehingga tidak menghiraukan batas akidah dan syariah Islam.

Dr. Saodah Abd Rahman,

Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kongsi Konten di :

TAJUK­TAJUK BERITA LAIN:

• Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC• Mana ada kelas pakai nama Melayu...• Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat• BISIK­BISIK AWANG SELAMAT• Mistik belantara• Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki• Khemah digoncang lembaga• Diekori pocong puncak Nuang• Terserempak kumpulan pembawa obor• 'Disapa' jin tanah di Kem Lolo• Gangguan boleh mendatangkan mudarat• Jutawan bekas pengemis

IKLAN@UTUSAN

ePlayer Sukan

MENARIKRuang iklan percuma hartanah, produkPromosikan perniagaan anda kepada dunia.

Jom langgan akhbar Utusan MalaysiaDapatkan terus akhbar dengan cara mudah.

Aduan sukar dapat naskhah akhbarBeritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.

Gambar kahwin Album Raja SehariAbadikan kenangan indah anda di dada akhbar.

Mari baca Utusan Melayu MingguanKekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.

SMS News Alert Utusan MalaysiaDapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.