ipgm kampus tengku ampuan afzan, kuala lipisjpmipgmtaa.webs.com/jpt_jan_2012/jpt...

3
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JADUAL PENENTUAN TUGAS KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) JABATAN ; JABATAN PENGAJIAN MELAYU KURSUS : BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEMESTER : PISMP SEMESTER 1 TARIKH MULA : 20 FEBRUARI 2012 TARIKH HANTAR : 9 APRIL 2012 HASIL PEMBELAJARAN : 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah; 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep: strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat; 3. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran- pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari; 6. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

Upload: lynhu

Post on 10-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPISjpmipgmtaa.webs.com/JPT_JAN_2012/JPT BMM3117_MAJOR... · jadual penentuan tugas kerja kursus berasaskan ilmu ... kursus : bmm 3117 kaedah

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JADUAL PENENTUAN TUGAS KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN ; JABATAN PENGAJIAN MELAYU KURSUS : BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH SEMESTER : PISMP SEMESTER 1 TARIKH MULA : 20 FEBRUARI 2012 TARIKH HANTAR : 9 APRIL 2012 HASIL PEMBELAJARAN :

1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-makro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah;

2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep: strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat;

3. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari;

6. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid.

Page 2: IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPISjpmipgmtaa.webs.com/JPT_JAN_2012/JPT BMM3117_MAJOR... · jadual penentuan tugas kerja kursus berasaskan ilmu ... kursus : bmm 3117 kaedah

NAMA GURU PELATIH:

KURSUS: PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3117

Tarikh Mula : Tarikh Hantar: 20 FEBRUARI 2012 9 APRIL 2012

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK PISMP

(SEMESTER 1)

___________________ UNIT : ___________________

Pengajaran merupakan usaha secara sedar dan terancang untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran

agar murid-murid secara aktif dapat berinteraksi untuk menentukan keberhasilan perancangan pengajaran. Guru

seharusnya berupaya mengembangkan potensi pelajar secara optimum sesuai dengan kemahiran yang perlu dicapai.

Namun demikian kebanyakkan guru sekolah rendah menghadapi masalah dalam merancang dan melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid sekolah rendah.

Page 3: IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPISjpmipgmtaa.webs.com/JPT_JAN_2012/JPT BMM3117_MAJOR... · jadual penentuan tugas kerja kursus berasaskan ilmu ... kursus : bmm 3117 kaedah

Untuk melaksanakan tugasan ini anda dikehendaki:

1. Memilih satu strategi dan menghuraikan teori-teori huraian bahasa yang telah anda pelajari.

2. Menjelaskan konsep Pendekatan, Kaedah, dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

3. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan Rancangan Pengajaran Semester.

4. Menulis satu refleksi berdasarkan Pengajaran Harian yang telah anda laksanakan.

Arahan tugasan:

1. Hasil projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.

2. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh: APA)

3. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (Lampiran).

4. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.

5. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

NAMA PELAJAR 5.4 KUMPULAN/UNIT

ANGKA GILIRAN 5.5 KOD DAN MATA PELAJARAN

NOMBOR KP 5.6 NAMA PENSYARAH