manuskrip ‘buku lawatan yang maha mulia dan...

23
1 MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN TENGKU AMPUAN’: SEBUAH CATATAN HARIAN RAJA MELAYU (SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH, 1920 - 1942, TERENGGANU) Mardiana Nordin Muhamad Safwan Mohd. A’Seri Jabatan Sejarah, Universiti Malaya Pengenalan ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ ini merupakan salah sebuah naskhah pensejarahan Terengganu yang lahir seiringan beberapa naskhah Terengganu 1 yang lain seperti Riwayat Negeri Terengganu, Tarikh al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Salasilah Sultan Terengganu, Syahibul Kitab Sultan Zainal Abidin ibni al-Marhu Sultan Ahmad (Nasihat Raja-raja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair Terengganu- Pahang, Buku Salasilah Raja-raja dan Orang Besar-besar, Syair Tuan Hampirs, Salasilah Sultan Omar, Syair Tawarikh Zainal Abidin yang Ketiga Terengganu, Salasilah dari al- Marhum Baginda Omar hingga kepada al-Marhum Sultan Sulaiman serta Lain-lainnya, Buku Tulisan Tangan Mengenai Sultan-Sultan Terengganu, Salasilah Ketuanan Raja-raja Johor-Lingga-Riau, Singapura, Pahang, Terengganu dan Kelantan dan beberapa naskhah lain. Selain itu, kelahiran kitab ‘Itqan al-Muluk bi’ Ta’dil al-Sulu’ atau juga dikenali sebagai ‘Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu’ turut menyumbang kepada pengayaan khazanah pensejarahan negeri tersebut. Terdapat beberapa dalam kalangan senarai naskhah di atas telah pernah diberi perhatian dan penelitian yang mendalam terhadapnya. 2 1 Di negeri Terengganu, aktiviti penulisan naskhah telah berlaku lebih awal namun pada peringkat awal lebih tertumpu kepada genre agama. Penulisan kitab agama dipelopori oleh Tok Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik bin Abdullah) sejak abad ke-17 lagi, kemudiannya diteruskan oleh anak cucu beliau seperti Syeikh Abdul Malik bin Isa (Tokku Tasek). Dalam bidang sastera dan sejarah pula, lahir beberapa nama penulis yang terkenal di Terengganu seperti Tengku Dalam Kalthum binti Tengku Wok Khazaki, Hajjah Wok Aisyah binti Haji Nik Idris, Dato’ Seri Nara Wangsa Muhammad Ali bin Abdul Rahim (Dato’ Mata-Mata), Tuan Haji Zainal, Syed Ahmad bin Muhammad al-Idrus, Haji Muhammad Noh bin Ahmad dan beberapa orang yang lain. Ada juga dari senarai tersebut yang telah digunapakai sebagai rujukan dalam penulisan karya-karya sejarah mahupun bidang ilmu yang lain. ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ (BLYMT) ini turut pernah digunakan oleh beberapa orang sarjana dalam memperlihatkan kesejarahan Terengganu. Namun begitu, karya ini belum pernah diberi satu ruang penelitian yang menyeluruh mahupun dirumikan secara komprehensif keseluruhannya. Sedangkan naskhah ini merupakan sebuah naskhah Melayu yang memiliki ciri penulisan yang berbeza dari kelaziman bentuk penulisan naskhah-naskhah Melayu yang lain seangkatan atau sezaman dengannya. 2 Misalnya kajian oleh Muhammad Yusoff Hashim sehingga terhasil terbitan berjudul Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Demikian juga tulisan- tulisan berkaitan sejarah Terengganu oleh Muhammad Salleh Haji Awang (MISBAHA). Lihat juga, M. Sheppard dalam tulisannya berjudul “A Short History of Terengganu”, JMBRAS, Vol. XXII, Pt. 2, Jun 1948 (hlm. 1-74). Menurut Muhammad Yusoff Hashim lagi, sehingga 1940-an, Terenggganu memang giat dalam arena penulisan sejarah dan kesusasteraan, justeru situasi ini meletakkan Terengganu sebagai kawasan paling menarik di pantai timur Semenanjung Malaysia kepada pengkaji sejarah tempatan dan asing. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim, Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, hlm. 1. Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: truongcong

Post on 24-Feb-2018

354 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

1

MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN TENGKU AMPUAN’: SEBUAH CATATAN HARIAN RAJA MELAYU (SULTAN SULAIMAN

BADRUL ALAM SYAH, 1920 - 1942, TERENGGANU)

Mardiana Nordin Muhamad Safwan Mohd. A’Seri Jabatan Sejarah, Universiti Malaya

Pengenalan

‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ ini merupakan salah sebuah naskhah pensejarahan Terengganu yang lahir seiringan beberapa naskhah Terengganu1

yang lain seperti Riwayat Negeri Terengganu, Tarikh al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Salasilah Sultan Terengganu, Syahibul Kitab Sultan Zainal Abidin ibni al-Marhu Sultan Ahmad (Nasihat Raja-raja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair Terengganu-Pahang, Buku Salasilah Raja-raja dan Orang Besar-besar, Syair Tuan Hampirs, Salasilah Sultan Omar, Syair Tawarikh Zainal Abidin yang Ketiga Terengganu, Salasilah dari al-Marhum Baginda Omar hingga kepada al-Marhum Sultan Sulaiman serta Lain-lainnya, Buku Tulisan Tangan Mengenai Sultan-Sultan Terengganu, Salasilah Ketuanan Raja-raja Johor-Lingga-Riau, Singapura, Pahang, Terengganu dan Kelantan dan beberapa naskhah lain. Selain itu, kelahiran kitab ‘Itqan al-Muluk bi’ Ta’dil al-Sulu’ atau juga dikenali sebagai ‘Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu’ turut menyumbang kepada pengayaan khazanah pensejarahan negeri tersebut.

Terdapat beberapa dalam kalangan senarai naskhah di atas telah pernah diberi perhatian dan penelitian yang mendalam terhadapnya.2

1 Di negeri Terengganu, aktiviti penulisan naskhah telah berlaku lebih awal namun pada peringkat awal lebih tertumpu kepada genre agama. Penulisan kitab agama dipelopori oleh Tok Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik bin Abdullah) sejak abad ke-17 lagi, kemudiannya diteruskan oleh anak cucu beliau seperti Syeikh Abdul Malik bin Isa (Tokku Tasek). Dalam bidang sastera dan sejarah pula, lahir beberapa nama penulis yang terkenal di Terengganu seperti Tengku Dalam Kalthum binti Tengku Wok Khazaki, Hajjah Wok Aisyah binti Haji Nik Idris, Dato’ Seri Nara Wangsa Muhammad Ali bin Abdul Rahim (Dato’ Mata-Mata), Tuan Haji Zainal, Syed Ahmad bin Muhammad al-Idrus, Haji Muhammad Noh bin Ahmad dan beberapa orang yang lain.

Ada juga dari senarai tersebut yang telah digunapakai sebagai rujukan dalam penulisan karya-karya sejarah mahupun bidang ilmu yang lain. ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ (BLYMT) ini turut pernah digunakan oleh beberapa orang sarjana dalam memperlihatkan kesejarahan Terengganu. Namun begitu, karya ini belum pernah diberi satu ruang penelitian yang menyeluruh mahupun dirumikan secara komprehensif keseluruhannya. Sedangkan naskhah ini merupakan sebuah naskhah Melayu yang memiliki ciri penulisan yang berbeza dari kelaziman bentuk penulisan naskhah-naskhah Melayu yang lain seangkatan atau sezaman dengannya.

2 Misalnya kajian oleh Muhammad Yusoff Hashim sehingga terhasil terbitan berjudul Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Demikian juga tulisan-tulisan berkaitan sejarah Terengganu oleh Muhammad Salleh Haji Awang (MISBAHA). Lihat juga, M. Sheppard dalam tulisannya berjudul “A Short History of Terengganu”, JMBRAS, Vol. XXII, Pt. 2, Jun 1948 (hlm. 1-74). Menurut Muhammad Yusoff Hashim lagi, sehingga 1940-an, Terenggganu memang giat dalam arena penulisan sejarah dan kesusasteraan, justeru situasi ini meletakkan Terengganu sebagai kawasan paling menarik di pantai timur Semenanjung Malaysia kepada pengkaji sejarah tempatan dan asing. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim, Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, hlm. 1.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

2

Justeru itu, makalah ini bertujuan untuk mendedahkan kelahiran naskhah ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ ini kepada khalayak supaya kewujudannya disedari dan dapat dimanfaatkan oleh mana-mana peneliti dari mana-mana bidang ilmu yang bersesuaian. Dalam usaha tersebut, pola penulisan, struktur pengarangan, intipati karya dan juga pengarangnya akan dibincangkan dan diangkat beberapa persoalan yang diperincikan kajian terhadapnya.3

Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Secara jelas, judul naskhah BLYMT yang menyebut sebagai lawatan ‘Yang Maha Mulia’ itu adalah merujuk kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, iaitu Sultan Negeri Terengganu yang ke-13 yang memerintah dari tahun 1920 hingga 1942.4 Baginda dilahirkan pada tahun 1895, merupakan putera kepada Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Bonda baginda bernama Cik Asiah binti Ismail.5 Sultan Sulaiman tiga orang adik-beradik daripada ayahanda mereka (Sultan Zainal Abidin III) iaitu Tengku Muhammad, Tengku Ismail dan baginda sendiri pernah menduduki takhta negeri Terengganu. Sultan Sulaiman menggantikan kekandanya, Sultan Muhammad II (1918-1920)6

yang turun dari takhta kerana beberapa isu di dalam negeri. Dicatatkan baginda mempunyai beberapa orang anak iaitu Tengku Ali, Tengku Asmak, Tengku Abdul Aziz, Tengku Abdul Rashid, Tengku Atikah (Wok), Tengku Azizah, Tengku Kamariah dan Tengku Abdul Rahman.

Pada era pemerintahan baginda, beberapa episod penting berlaku dalam negeri Terengganu seperti banjir besar Terengganu (1926-27) dan kebangkitan masyarakat petani yang mencetuskan siri Pemberontakan Tani pada tahun 1921, 1925 dan 1928. Pada era pemerintahan baginda juga, Tanah Melayu menghadapi peristiwa pendudukan Jepun. Beberapa bulan setelah Jepun masuk dan berjaya menduduki Tanah Melayu, Sultan Sulaiman jatuh gering dan akhirnya mangkat pada 24 September 1942 di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu.7

Muhammad Yusoff Hashim pernah menyatakan,

Pemerintahan Sultan Sulaiman menyaksikan tahap-tahap Terengganu sehingga tahun 1940 berada di bawah pentadbiran kolonial dalam rangka sistem keresidenan; meletakkan Penasihat Inggeris setaraf dengan Menteri Besar dalam pelbagai bidang kusa pentadbiran. ... Dengan taraf Penasihat yang begitu rupa maka proses infrastruktur dilaporkan berjalan dengan kadar yang lebih lancar dari tahun-tahun sebelumnya.8

3 Bagi tujuan penulisan makalah ini, naskhah yang dirujuk adalah simpanan Muzium Negeri Terengganu dengan kod katalog, LMN.TR. 1985.8.

4 Baginda ditabalkan secara rasmi ke atas takhta Terengganu pada 22 Februari 1921. 5 Muhammad Saleh Haji Awang, Sejarah Darul Iman: Hingga 1337H=1918M, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd., 1983, hlm. 219. Lihat juga, Mohamed Anwar Omar Din dan Nik Anuar Nik Mahmud, Dirgahayu Tuanku, Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008, Kuala Terengganu: Yayasan Diraja Sultan Mizan, 2011, hlm. 123. 6 Sultan Muhammad merupakan kekanda Sultan Sulaiman dari bonda yang berbeza. Bonda Sultan Muhammad adalah Che Istana Hajah Kelsom bin Haji Daud (Pulau Duyong). 7 Di Terengganu terdapat sebuah karya berjudul Syair Tawarikh Zainal Abidin dikarang oleh Tun Dalam Kalthum binti Tengku Wok Khazaki. Biarpun tajuk karya ini merujuk kepada Sultan Zainal Abidin (III) Terengganu, namun sebenarnya kandungan naskhah tersebut melewati era pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1919-1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ini. Malahan menurut Muhammad Yusoff Hashim, perilah Sultan Sulaiman lah yang paling banyak dirawikan. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim, Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, hlm. 8. 8 Muhammad Yusoff Hashim, Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, hlm. 118.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

3

Kenyataan ini memang benar dan sebahagian besar perubahan dan perkembangan seperti pernyataan di atas itu terbukti seperti yang tercatat di dalam naskhah BLYMT ini. Penulis Naskhah Adalah jelas, karya ini dikarang oleh permaisuri Sultan Sulaiman sendiri iaitu Tengku Ampuan Mariam binti Sultan Ahmad Muadzam Syah (Pahang). Tengku Ampuan Mariam merupakan puteri bongsu daripada isteri ketiga Sultan Ahmad iaitu Che Zubaidah atau lebih dikenali sebagai Che Bedah. Tengku Ampuan Mariam dilahirkan pada tahun 1889 dan dinikahi oleh Sultan Sulaiman (yang ketika itu masih bergelar Tengku Muda Sulaiman) pada 21 Julai 1913 ketika baginda berusia 24 tahun di Istana Maziah.9

Kecenderungan dan minat Tengku Ampuan ini terhadap dunia penulisan sangat ketara. Baginda banyak menghasilkan karya-karya dalam bentuk syair, catatan sejarah, juga aspek tarian gamelan atau joget Pahang.10

Tengku Ampuan turut pernah menulis sebuah sebuah buku yang termuat lakaran barang-barang kemas miliknya. Tengku Ampuan Mariam juga terkenal dengan karyanya berjudul Syair Ingatan Kahwin (Jilid 1 dan 2). Dalam karya ini baginda memperincikan setiap perkara dari alatan, proses sehinggalah kronologi episod perkahwinannya dalam bentuk puisi yang indah. Karya-karya beliau yang lain adalah Syair Perkahwinan Dahulu Kala, Syair Pelayaran ke Tanah Jawah, Syair Pelayaran ke Negeri Siam dan Syair Pelayaran ke Medan, Deli dan Brastagi.

Sebagai permaisuri istana, kekerapan baginda mengiringi suaminya dalam upacara-upacara rasmi mahupun tidak rasmi, dimanfaatkan oleh baginda dalam bentuk catatan sehingga lahirlah karya ‘Buku Lawatan Yang Mulia dan Tengku Ampuan’ ini. Tengku Ampuan Mariam mangkat pada 12 Disember 1975 di Kuala Terengganu. Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan (BLYMT)

Menggunakan judul ‘buku’, karya ini sebenarnya mempunyai peranan sebagai sebuah catatan harian atau diari. Karya ini lahir dalam tempoh pengarang-pengarang Melayu masih meneruskan tradisi penulisan Melayu yang bersifat prosa mahupun syair dalam penyampaian sejarah. Mungkin juga, Tengku Ampuan tidak bermaksud untuk melahirkan sebuah karya kreatif tetapi lebih bermotif untuk mencatat perjalanan peristiwa yang dilalui suaminya mahupun diri baginda sendiri selaku pasangan diraja. Ini kerana dalam tradisi pengarangan kreatif, pengarang Melayu kurang menitik beratkan penggunaan tarikh. Jika adapun, tarikh-tarikh dicatat hanya bagi peristiwa yang penting seperti pertabalan, keputeraan, kemahkotaan, kemangkatan, penganugerahan dan yang seumpama dengannnya. Berbeza dengan BLYMT, tarikh dijadikan asas utama dalam pembentukan plot karangannya. Setiap ayat atau peristiwa bermula dengan tarikh sebelum dihuraikan aktivitinya. Justeru itulah, buku ini lebih sesuai disifatkan sebagai sebuah diari. Ayat pertama yang dicatatkan (iaitu selepas senarai 9 Dikatakan perkahwinan tersebut merupakan salah satu usaha untuk memperbaiki hubungan diplomatik kedua-dua buah negeri setelah ia menjadi hambar apabila perkahwinan antara Sultan Zainal Abidin III dengan Tengku Long yang juga merupakan puteri Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah tidak berpanjangan. 10 Tengku Ampuan Mariam juga merupakan seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan seni muzik Joget Pahang-Gamelan ini. Baginda bukan sahaja memastikan kelangsungan seni muzik tersebut dari Pahang ke negeri Terengganu malah telah berjaya mendokumentasikan gerak tarik Joget Pahang-Gamelan ini untuk dijadikan panduan generasi kemudian. Baginda juga bertanggung jawab mengembalikan set asal alat muzik gamelan yang dibawa ke Terengganu oleh bondanya Che Bedah pada tahun 1915 ke Pahang pada tahun 1973.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

4

kandungan) pengarang berbunyi, “13 Zulhijah 1350 bersamaan 19 April 1932, Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman pergi Kelantan kerana membuka jalan baru di antara Besut dengan Kelantan. Tinggal semalam di Kelantan.” (BLYMT, hlm. 4)

Catatan bertulisan jawi tangan yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam ini dibuat di dalam sebuah buku latihan atau buku tulis sekolah (exercise book) bergaris 20 baris. Di halaman kulitnya bahagian atas tercatat tulisan jawi yang tebal iaitu ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’. Manakala di bahagian bawah ditulis pula ‘Macam-macam Ingatan dan Lawatan, Tanah Jawa pertama, kedua Bangkok, Medan dan Brastagi.’ Bermula dari halaman pertama dan kedua, disenaraikan kandungan peristiwa yang dicatatkan di dalam keseluruhan buku yang mengandungi 73 perkara kesemuanya. Catatan aktiviti beserta tarikh pula termuat dari halaman 4 hingga 80. Penulis menulis sendiri nombor halaman di bahagian atas setiap helaian. Tiada mukadimah di dalam karya ini. Tengku Ampuan terus memulakan catatannya dengan memberi pernomboran bagi setiap hari yang dicatatkan. Seperti yang dinayatakan, aktiviti pertama adalah bertarikh 13 Zulhijjah 1350 (19 April 1932). Namun, peristiwa tersebut bukanlah merupakan tarikh paling awal yang dicatat. Tarikh yang lebih awal dicatat di halaman 5 iaitu merujuk peristiwa lawatan Sultan Sulaiman ke wilayah-wilayah di jajahan timur Terengganu (Kemaman, Cukai dan Kemasik) pada Muharam 1340 (tahun 1921 masihi). Catatan yang terakhir di halaman 80 tertulis, “26 September 1942, hari Sabtu pukul 4 petang, Tengku Ali dilantik menjadi Sultan. Berhenti buatan (12.1.1365)(16.12.1945)”. (BLYMT, hlm. 80) Di halaman akhir ini juga, sebelum menulis catatan atau aktiviti terakhir itu, Tengku Ampuan mencatatkan beberapa peringatan pendek (yang merumus atau menekankan beberapa tarikh penting sepanjang penulisannya iaitu) dengan memberi 8 perkara utama iaitu; (BLYMT, hlm. 80)

1. Malam Isnin 4 Jamadilakhir 1313, hari Keputeraan Sulaiman Sultan. 2. Kahwin di Pahang, 14 Syaaban tahun 1331. 3. Terima kuasa wakil Sultan Mahmud, tahun 1337. 4. Naik Raja, 2 Ramadhan tahun 1338. 5. Kemahkotaan, 23 Jamadilakhir 1339. 6. Terima bintang KCMJ, tahun 1341 tahun masihi 1923. 7. Pergi ke England, 26 Mac, 1356 tahun masihi 1937. 8. Mangkat, 14 Ramadhan hari Jumaat 1361 tahun masihi 1942.

Justeru itu, secara umumnya, skop pengkisahan di dalam karya ini adalah meliputi tempoh masa 21 tahun (1921-1942).11

Secara asas, Tengku Ampuan menyusun plot penulisannya berdasarkan kronologi, bersesuaian dengan prinsip atau ciri penulisan diari, dari satu tarikh ke satu tarikh berikutnya. Namun begitu, terdapat di bahagian tertentu berlaku lompatan atau pengunduran tarikh. Mungkin juga penulis tertinggal untuk mencatat pada masa-masa tertentu dan teringat untuk memasukkan semula. Seperti yang dinyatakan di atas, catatan harian tersebut bermula pada tahun 1932 dari perkara pertama hingga kelima (lawatan ke Kelatan, Singapura dan Pahang), berpatah ke tahun 1921 (1340H) bagi perkara keenam dan ketujuh (lawatan ke jajahan timur dan barat), melompat kepada peristiwa tahun 1941 di perkara kelapan (melawat ke Besut). 11 Seperti yang dinyatakan, peristiwa terakhir yang dicatatkan adalah tahun 1942 merujuk kepada episod kemangkatan Sultan Sulaiman, sedangkan karya ini selesai ditulis pada tahun 1945. Bermakna Tengku Ampuan tidak mencatatkan lagi sebarang aktiviti baginda antara tahun 1942-1945. Berkemungkinan besar Tengku Ampuan hanya bertujuan untuk mencatatkan aktiviti baginda suami isteri ketika bergelar raja dan permaisuri sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

5

Perkara kesembilan (lawatan ke Kuala Lumpur) bermula semula peristiwa tahun 1926 dan berturutan berikutnya. Namun terselit juga di beberapa tempat peristiwa-peristiwa di luar dari turutan tersebut.12

Biarpun begitu, situasi ini tidak menjejaskan fahaman pembaca kerana pengarang mencatatkan setiap tarikh dengan jelas (walau terkadang ada yang tidak lengkap haribulannya hanya tahun sahaja, dan ada yang lengkap kedua-dua tahun masihi dan hijrah manakala ada juga yang salah satu sahaja) dan masih boleh menyusun atur semula turutan peristiwa. Catatan peristiwa yang melompat-lompat ini dipercayai berlaku kerana Tengku Ampuan pastinya tidak mencatat setiap hari. Berkemungkian juga baginda hanya mencatat peristiwa itu beberapa bulan atau tahun kemudian. Maka tidak hairanlah buku ini hanya siap ditulis pada tahun 1945. Oleh itu, dalam waktu mencatat pasti baginda terlepas beberapa peristiwa dan menyisipkan semula ketika peristiwa itu diingati biarpun telah terlepas turutannya.

Walaupun setiap peristiwa atau aktiviti pasti dicatat beserta tarikh, namun tarikh yang ditulis tidak konsisten setiap satunya dalam 73 senarai aktiviti tersebut. Terdapat perkara yang beserta tarikh lengkap (hari, bulan dan tahun malah masanya) bagi kedua-dua tahun masihi dan hijrah. Ada juga hanya tahun masihi atau hijrah sahaja. Ada juga yang tiada hari, hanya bulan dan tahun malah ada juga yang dicatat tahun sahaja, sama ada merujuk kepada tahun hijrah atau masihi. Selain itu, terdapat pengulangan catatan yang ketara. Sama ada dilakukan dengan sengaja bagi tujuan penegasan atau juga tanpa disengajakan kerana pengarang ingin memastikan tidak terlepas mencatat sebarang peristiwa. Situasi ini berlaku di halaman 50 hingga 74 yang berupa ulangan catatan di halaman 1 hingga 18 iaitu merujuk kepada peristiwa yang berlaku di antara 19 April 1932 hingga 11 November 1941. Buku ini menggunakan bahasa yang ringkas.13

Bersesuaian dengan peranannya sebagai sebuah catatan harian, peristiwa dicatat seringkas mungkin. Misalnya catatan di bawah,

31 Ogos 1939, Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman, Tengku Ampuan bersama Regent Tengku Isma, serta lain-lain pergi menuba ikan, Kuala Berang. (BLYMT, hlm. 13)

Atau contoh lain bagi catatan yang lebih panjang ketika lawatan ke Singapura,

2 Rabiul Awal 1349, Masihi 1929, Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan, 3 malam di Government House. Yang Maha Mulia dijumpa oleh Gabenor Clementi dengan Syed Alwi Raja Perlis, berkenalan. Pukul 4 petang Gabenor bersama Yang Maha Mulia melawat di tempat dok kapal yang diperbuat dekat sempadan Johor, kemudian berpusing bandar Johor. Suku jam balik Government House. 4 Rabiul Awal Yang Maha Mulia melawat jel dan tempat tahanan kanak-kanak, dari pukul 9 hingga 11 hari itu. Pukul 4½ petang diadakan temasyah

12 Misalnya di halaman 7, ketika catatan-catatan sedang berturutan di tahun 1929, pengarang menyelitkan satu ‘peringatan’ merujuk kepada tahun 1325H (1907), tentang pengeluaran setem yang pertama pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin dan Tuan Coolie sebagai British Adiviser. Manakala pengeluaran setem yang kedua berlaku semasa pemerintaan Sultan Sulaiman iaitu pada tahun 1340H (1922M). Ketika itu British Advisernya Tuan Humpreys. Lihat BLYMT, hlm. 7. 13 Muhammad Yusoff Hashim mengibaratkan bahasa catatan ringkas seumpama ini sebagai ‘bahasa pasar’ merujuk kepada penelitian beliau terhadap naskhah Tarikh aAlmarhum Sultan Sultan Zainal Abidin III yang juga bersifat laporan atau catatan harian. Lihat, Muhammad Yusoff Hashim, Terengganu Darul Iman, Tradisi Persejarahan Malaysia, hlm. 7,

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

6

membagi bintang kepada Raja Perlis. Yang Maha Mulia ada bersama serta Datuk Amar di majlis itu. Besoknya Yang Maha Mulia melawat zoo dalam Singapura, Jalan Cangi. (BLYMT, hlm. 20)

Beberapa ciri istimewa dalam catatan buku ini antaranya adalah, Tengku Ampuan turut memasukkan petikan dari sebuah ucapan yang disampaikan semasa majlis jamuan teh di Istana Maziah pada tahun 1939 seperti berikut;

ucapan (1) Yang berhormat Tuan British Adviser, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Mulia Tengku-Tengku, Yang Berhormat Dato’-Dato’, Tuan-tuan Pegawai Putih, Mam-mam dan tuan-tuan sekelian. Saya melafazkan ucapan ini ialah sebagai menyampaikan titah Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu.

Adapun majlis jamuan yang diadakan ini ialah limpah kurnia Duli Yang Maha Mulia bagi memberi selamat kepada Yang Berbahagia Kapten kerana Peter Murgenson yang telah menerima anugerah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan gelaran Orang Kaya Wira Bakti. Maka atas jasa-jasa Yang Berbahagia ini di dalam jawatan memang telah maklum. Maka saya sebagai wakil Duli Yang Maha Mulia ini dengan perasaan penuh kesukaan menyampaikan ucapan selamat ini kepada Yang Berbahagia Kapten Orang Kaya Wira Bakti. Dibaca oleh Abdul Ghani bin Ishak. (BLYMT, hlm. 13)

Dimasukkan juga jumlah wang yang terlibat bagi pembinaan Sekolah Tengku Ampuan Mariam seperti berikut; (BLYMT, hlm. 19)

Ingatan membuat sekolah perempuan. Dinamakan Sekolah Tengku Ampuan Mariam. Wang yang diserah Datuk Andika, Datuk Luar. Julai 1933, serahan yang pertama $2000/= Ogos hingga Disember, sebulan $300/= $1500/= Januari 1934 hingga Julai sebulan $300/= $2100/= Tambahan lagi kepada Datuk Luar, Datuk Andika $ 400/= Jumlah $6000/=

Pada halaman 24 pula, Tengku Ampuan menyenaraikan nama-nama bagi mereka yang pernah menjawat jawatan Gabenor Singapura dan Penasihat British di Terengganu ketika era pemerintahan Sultan Sulaiman. Selain itu turut disenaraikan nama doktor dan komisioner polis di Terengganu. Di dalam beberapa keadaan, Tengku Ampuan begitu teliti dengan catatannya. Penulisannya menunjukkan baginda seorang yang prihatin dan memiliki pemerhatian yang tinggi. Baginda berupaya mengingat dan mencatat maklumat-maklumat dari segi tempoh, masa, lokasi, situasi dan sebagainya dalam satu-satu peristiwa. Perincian seumpama ini

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

7

beberapa kali terbukti melalui catatan-catatannya ketika lawatan ke luar negara. Lihat misalnya catatan pelayaran ke tanah Jawa kali pertama yang berbunyi,

17 Safar pukul 5½, hari Isnin berlepas dari Bandung dengan keretapi ke Jogjakarta. Perjalanan keretapi melalui satu kubu nama (kubu Kroya) sangat gelap. Pukul 1.35 minit sampai (Jogja) tinggal 2 malam di Hotel Jogja. Dari Bandung ke Jogja 338 kilometer. Di dalam masa di Jogja, melawat Taman Sari dan istana raja dahulu kala 200 tahun punya lama. Melihat kereta lama raja kenaikan ia sendiri yang dikatakan bersendi emas, setahun sekali pakai. Tiada boleh yang lain memakai (tulah), jadi sakit. Sekarang kereta itu tidak dipakai lagi, disimpan perasap kemian sahaja. Mana-mana pelawat hendak melihat, penjaga situ membuka tudung kereta, angkat tangan sembah. (BLYMT, hlm. 28)

Bagi setiap destinasi yang dilawati seperti di Singapura, Jawa (Betawi, Jogja, Bandung, Semarang, Surabaya, Bali dan beberapa tempat lain), Medan, Berastagi dan Siam, baginda tidak ketinggalan menulis nama-nama hotel yang diinapi pasangan diraja ini. Jarak dari satu destinasi ke satu destinasi berikutnya, dalam penggunaan sebarang jenis kenderaan (kapal, keretapi atau kereta) turut ditulis. Baginda juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap setiap lawatannya dengan memperincikan suasana sesuatu tempat itu. Misalnya lawatan ke Istana Lama Raja Siam, diperincikan seperti berikut,

26 September, pukul 10 pagi melawat Istana Lama Raja Siam yang bersama dengan Setiausaha Menteri Inggeris. Pegawai Istana itu menunjukkan satu persatu barang-barang dan patung-patung yang bertatah berbagai batu di barat tempat sepanjangnya. Patung gambar raja ditaruh di atas sekali. Patung itu tatah batu zamrud asli. Bunga emas perak hantaran raja-raja Tanah Melayu dewasa kerajaan Siam pemegang kuasa Tanah Melayu ada juga disimpan disitu. Istana ini dipanggil Wat Zamrud. Dan melihat gambar gajah putih. Seekor jantan, seekor betina iaitu putih mata dan putih kaki. Dan melihat kera putih. Kemudian Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan melawat dewan rumah mesyuarat Kerajaan Siam. (BLYMT, hlm. 40)14

Dari segi penulisan, pengaruh bahasa Inggeris terhadap catatan ini juga amat ketara. Lantaran penggunaan harian terhadap istilah-istilah tersebut, Tengku Ampuan memuatkan

14 Contoh lain yang menarik diketengahkan adalah bagaimana Tengku Ampuan menjelaskan suasana jamuan di Siam. Diyakini baginda menjelaskan situasi tersebut kerana merasakan ianya sesuatu yang menarik dan baru bagi dirinya. Dicatatkan, “23 September, Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan terima jemputan isteri dan Menteri Luar Kerajaan Siam dan berkenal-kenal dengan pegawai-pegawai Siam serta di ambil gambar dan jamuan. (Ingatan Makan) 1. Angkat minuman sejuk. 2. Angkat lain-lain makanan dalam piring berukir. 3. Tidak makan di meja ikut suka. Sedang berdiri atau duduk. 4. Diangkat roti, napkin kertas ada bersama hidangan buat pegang ambil roti. Dimakan dengan gigit sahaja. Di mana-mana dif yang datang sama ada duduk di kerusi atau sedang berdiri melainkan adalah boy membawanya” (BLYMT, hlm. 29)

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

8

istilah-istilah seperti Post Office, road, Government House, Adviser, agent, lady, maam, navy, king, General Hospital dan sebagainya. Selain itu, sebagaimana kelaziman naskhah-naskhah Melayu bertulisan jawi tangan yang lain, buku ini turut tidak menitik beratkan tanda bacaan. Justeru, peneliti membuat tafsiran bagi kedudukan tanda baca yang sesuai untuk memudahkan pemahaman dan perumian. Ringkasan Intipati Naskhah ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’

Tarikh yang dicatatkan

Peristiwa/Huraian

13 Zulhijjah 1350 (19 April 1932) 17-18 Zulhijjah 1930 21 Syaaban 1350 (1 Januari 1932) 23 Mei 1932 Mei 1932 Muharam 1340 Safar 1340 4 Jamadilawal 1360 (29 Mei 1941) 19 Muharam 1345 (Mei 1964)

Sultan Sulaiman melawat ke Kelantan sempena pembukaan jalan baru antara Besut dengan Kelantan. Sultan Sulaiman menerima kunjungan Sultan Ismail dari Kelantan ke Terengganu. Dicatatkan Sultan Ismail tiba menaiki kapal namun pulang ke Kelantan menaiki kereta (jalan darat). Tarikh bermulanya Kerajaan Negeri Terengganu mengguna- pakai tarikh masihi bagi tujuan membayar gaji penjawat awam. Sultan Sulaiman, Tengku Ampuan bersama-sama putera-puteri baginda berangkat ke Singapura menaiki keretapi. Setibanya di Singapura, baginda langsung bertemu dengan Gabenor Clementi di Government House. Sultan Sulaiman dan kelurga menetap di situ. Rombongan baginda turut diiringi oleh Datuk Amar dan Datuk Andika. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Kuantan, Pahang dan bertemu dengan Sultan Abdullah Pahang. Sultan Sulaiman mengadakan lawatan pertama ke Jajahan Timur Terenganu iaitu Kemaman, Cukai dan Kemasik. Dalam siri lawatan, baginda mengunjungi Pejabat-pejabat Kerajaan dan sekolah sekaligus bersembahyang Jumaat dengan rakyat. Sultan kemudian berangkat pula ke Kertih, Paka dan Dungun. Sultan Sulaiman melawat Jajahan Barat Terengganu iaitu Besut, Langka dan Setiu sekaligus bersembahyang Jumaat dengan rakyat. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Besut dan berkunjung ke rumah Tengku Wira. Baginda suami isteri bersama-sama Penasihat British, de Moubray dan isterinya ke Bukit Puteri menyaksikan pertunjukan pada sebelah malam di samping menganjurkan kutipan derma. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Kuala Lumpur dan menginap di Rumah Pahang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

9

21 Muharam 1345 24 Muharam 1345 30 Safar 1345 7 Rabiulawal 1345 3 Jun 1927 Muharam 1348 bersamaan Jun 1929 28 Rabiulakhir 1348 29 Rabiulakhir 1348 Peringatan 1325 H 1340 H 2 Muharam 1353 14 Julai 1936

Sultan Sulaiman berangkat ke Pulau Pinang menaiki keretapi. Di Pulau Pinang baginda mengadakan lawatan ke Bukit Air Hitam, Tokong Ular, menaiki gunung dan seterusnya mengeliling pulau menaiki kereta. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berangkat ke Melaka dan melawat kubu Melaka. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berangkat ke Batu Rakit bersama-sama dengan Encik Ali Pitit Abdullah dan Encik Safiah. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berangkat mudik ke Kuala Berang dan bermalam di rumah Datuk Perba Wan Mahmud. Baginda melawat pejabat-pejabat kerajaan lalu mengurniakan pangkat kepada Encik Ali dan Encik Kassim bergelar Penghulu. Selanjutnya baginda berangkat ke Chenur melalui Batu Belah. Kerajaan Terengganu menyambut hari kelahiran King George IV. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan belayar ke Singapura kerana hendak menghantar Tengku Ali ke England. Perjalanan turut ditemani seorang doktor dan isterinya. Tengku Ali kembali ke Tanah Melayu pada 29 Syawal 1352 bersama B. Baron dan isteri. Pertama kali menaiki kapal terbang dari Singapura ke Terengganu. Sultan Sulaiman, Datuk Amar dan Datuk Andika menaiki kapal terbang mengelilingi bandar sehingga Kuala Berang. Tengku Ampuan dan isteri para pembesar menaiki kereta. Setem yang pertama diperkenalkan semasa pemerintaha Sultan Zainal Abidin III. Setem yang kedua diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Sulaiman. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan belayar ke Singapura kerana hendak menghantar Tengku Abdul Aziz ke England. Pada ketika ini, Clementi menjadi Gabenor di Singapura. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Kedah, kerana Tengku Badli Shah Regent Kedah bersama Yang Maha Mulia Datuk Amar menerima bintang C.M.G., dari Pemangku

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

10

14 Jamadulakhir 1355 bersamaan 31 Ogos 1936 25 Mac 1937 bersamaan 12 Muharam 1356 26 Mac 1937 bersamaan 13 Muharam 1356 27 Mac 1937 28 Mac 1937 31 March 1937 17 April 1937 14 Februari 1938 14 April 1938 15 April 1938 28 April 1938 12 Mei 1938 5 Mei 1938 21 March 1939

Gabenor. Kemudian Sultan Sulaiman berangkat ke Kuala Lumpur dan menerima jemputan Sultan Selangor ke Klang. Kemudian baginda menaiki keretapi menuju ke Singapura. Sultan Sulaiman meletakkan warna kuning ke atas bendera putih negeri. Semasa menaikkan bendera tersebut, dimainkan sekali nobat. Sultan Sulaiman berangkat ke Kuala Krai (Khamis). Kemudian hari Jumaat di Singapura. Sultan mula belayar. Baginda tiba di Pulau Pinang. Berlepas dari Pulau Pinang. Baginda tiba di Colombo. Sultan Sulaiman tiba di London kerana menghadiri Crown Nation King George IV. Turut bersama Sultan Sulaiman ke England, adalah Datuk Seri Amar Diraja, Tengku Paduka, Tengku Abdul Rasyid, Tengku Wangsa, Wan Abdullah Syed Syeikh. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Singapura kerana perbukaan Navy Base. Turut hadir Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Johor. Sultan Sulaiman hadir dalam mesyuarat am di Istana Maziah Terengganu buat kali yang pertama. Tengku Ampuan menerima jemputan daripada Tengku Embong Fatimah sempena pembukaan Hotel Terengganu. Sultan Sulaiman melawat tanah jajahan. Sultan Sulaiman melawat pulau-pulau. Sultan Sulaiman dan Pemangku Penasihat, Tuan Coope di Istana Maziah Terengganu, kerana terima bintang. Semasa di Singapura, Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan telah terima jemputan dari tauke papan Cina yang memajak papan di Terengganu.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

11

20 Mei 1939 8 Jun 1939 13 Jun 1939 19 Jun 1939 20 Jun 1939 21 Jun 1939 23 Jun 1939 14 Julai 1939 31 Julai 1939 14 Ogos1939 17 Ogos 1939 18 Ogos 1939 31 Ogos 1939 30 November 1939

Lady Clementi dan Tengku Ampuan pergi melawat Sekolah Pertukangan Teluk Kurau di Singapura. Tengku Ampuan mendermakan sebanyak $40 kepada pihak sekolah tersebut. Sultan Sulaiman di Singapura menerima jemputan dari Gabenor Shenton Thomas berkenaan sambutan Hari Jadi King yang diadakan di padang. Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan menerima jemputan dari Gabenor Shenton Thomas dan dan isterinya makan tengah hari di Government House. Turut serta dalam jamuan tersebut Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Pahang, Engku Muda Datuk Indera dan pegawai British yang lain. Gabenor Thomas bersama setiausahanya dan Penasihat Perlis, telah datang ke kediaman East Coast Road untuk bertemu dengan Sultan Sulaiman. Dari Singapura, Tengku Ampuan ke Johor iaitu rumah Tengku Ampuan Pahang. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan dijemput oleh Gabenor Thomas ke Government House untuk menonton wayang gambar yang diambil sendiri olehnya. Tengku Ampuan Pahang, isteri Tengku Bendahara Johor, dan isteri Tengku Temenggung Johor telah datang ke kediaman baginda di East Coast Road. Sultan Sulaiman, Dato’ Amar, Tengku Seri Wak, Engku Jaya, menaiki kapal terbang yang datang dari Singapura dan mengelilingi Terengganu. Tengku Mahmud dan Tengku Besar datang ke Istana Kolam untuk berjumpa dengan Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan. Sultan Sulaiman melawat Kemaman. Sultan Sulaiman menghantar kereta Morris ke Palekbang, Tumpat untuk membawa Regent Kedah dan Tengku Asma ke Negeri Terengganu. Regent Kedah sampai di Terengganu. Sultan Sulaiman, Tengku Ampuan bersama Regent Tengku dan Tengku Asma, pergi menuba ikan di Kuala Berang. Sultan Sulaiman mengurniakan gelaran sebagai Orang Kaya Wira Bakti kepada Kapten Morgenson, di Istana Maziah.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

12

1939 16 Jun 1938 11 April 1938 Mei 1939 25 Disember 1928 bersamaan 11 Rejab 1347 10 Jun 1938 10 Jun 1939 17 Jun 1939 24 Mac 1940 1 November 1940 bersamaan 1 Syawal 1359 20 Disember 1939 17 November 1940 29 Mac 1929 15 April 1931, bersamaan 1350 3 Mac 1941

Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan menaiki kereta kerajaan. Dicatatkan, Ketua Kastam ketika itu ialah Tuan Smith. Penolong Adviser Tuan Coope menyampaikan kepada Sultan berkenaan setem-setem telah habis tanpa disedari kerana tidak mengetahui semua itu tugas Ketua Post Office. Dari itu, setem Singapura dipinjamkan untuk digunapakai buat sementara waktu bagi menanti setem baru dari England sampai. Sultan Sulaiman hadir di dalam mesyuarat (am) di istana Maziah Tengku Ampuan Mariam telah masuk General Hospital Singapura. British Adviser membawa laporan-laporan hakim Mahkamah Besar dan Mahkamah Sivil kepada Sultan Sulaiman. Sultan menerima surat dari Coope menyatakan tidak bersetuju berkenaan Menteri Besar menggunakan 2 buah kereta dan sebuah lori dengan tidak mengambil lesen. Tengku Abdul Rahman di General Hospital Singapura. Tengku Ampuan keluar Hospital. Rundingan antara Sultan Sulaiman dengan Penasihat British tentang Tengku Setia akan jadi Naib Menteri Besar. Dato’ Jaya, Engku Bijaya dan Tengku Wangsa akan dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Buat pertama kali Sultan Sulaiman dan Raja-raja Melayu lain menghantar ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada Raja Arab. de Moubray sampai di Terengganu bagi menggantikan Tuan Coope. Tengku Ampuan ke Kelab Pantai kepunyaan Tengku Ampuan Fatimah kerana hendak mendengar ceramah Misi William berkaitan hal menjaga ibu mengandung dan anak-anak. Penasihat British berjumpa dengan Sultan Sulaiman menyatakan anak King George akan sampai di Singapura. Komisioner Polis terkena peluru senapang kepunyaan Encik Long, sewaktu sedang menembak harimau di Telaga Pancur. Sultan Sulaiman melawat Dungun kerana memberi ucapan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

13

31 Mac 1941 16 April 1941 17 April 1941 21 April 1941 4 Jun 1941 9 Jun 1941 29 Jun 1941 8 Julai 1941 2 Julai 1941 21 Ogos 1941 5 Oktober 1941 11 November 1941 24 Jamadilakhir1345 bersamaan 1925 Julai 1933 21 Zulhijjah 1355 bersamaan 4 Mac 1937 1346 Hijrah bersamaan 1924

kepada askar India semasa tercetusnya peperangan di Eropah Sultan Sulaiman, Tengku Ampuan serta putera puteri dan lainnya pergi ke Singapura. Sultan Sulaiman dan Tengku Abdul Aziz melawat Navy Base Singapura. Di Singapura, pergi melawat tempat membuat kain tenun milik Syed Muhamad. Tengku Ampuan mendapat jemputan minum teh dari Lady Shenton Thomas di Government House. Tengku Ampuan, Ma’am de Moubray, Misi William dan Doktor melawat Hospital Terengganu. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Besut. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang datang dari Kedah. Pada hari Keputeraan Sultan Sulaiman, mengurniakan pingat kepada Sarjan Ali bin Sulaiman. Sultan Sulaiman membenarkan Abdul Aziz membawa orang untuk berlawan tenis ke Perlis Sultan Sulaiman membenarkan Abdul Aziz membawa orang untuk berlawanan tenis ke Johor Telefon disambung dari Kemaman ke Kuantan, Pahang kemudian Terengganu ke Kelantan. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat ke Singapura. Berlaku banjir besar di Terengganu. Tengku Ampuan memberi $800 kepada yang terlibat Sekolah perempuan didirikan bernama Sekolah Tengku Ampuan Mariam. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan merasmikan sekolah perempuan. Berlaku pergaduhan atau perang orang Ulu Kuala Berang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

14

2 Rabiulawal 1349 bersamaan 1929 4 Rabiulawal 1349 15 Syawal 1351 bersamaan 10 Januari 1933 16 Oktober 1934 9 Syawal 1370 bersamaan 13 Julai 1951 17 Muharam 1346 23 Muharam 1346 25 Muharam 1346 26 Muharam 1346 27 Muharam 1346 28 Muharam 1346 29 Muharam 1346 3 Safar 1346 17 Safar 1346

Melawat ke Singapura, Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan bermalam selama 3 hari di Government House. Bertemu dengan Gabenor Clementi dan Raja Perlis Syed Alwi. Melawat dok kapal yang dibina berdekatan sempadan Johor. Sultan Sulaiman melawat penjara dan tempat tahanan kanak-kanak. Esoknya melawat zoo di Jalan Changi, Singapura. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat kebun Datuk Seri Andika. Syed Ali bin Abdul Rahman Al-Habsyi merupakan ulama’ dari Betawi telah datang bersama dengan Syed Abdul Rahman Al-Habsyi seorang hartawan Singapura. Bertemu dengan Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan. Sekolah Al-Marhum Sulaiman Padang Akar terbakar. Peringatan Pendek Ke Tanah Jawa Yang Pertama Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan sampai di Singapura. Berlepas dari Tanjung Pagar. Tiba di Tanjung Priok, berhenti di Betawi rumah Syed Abu Bakar bin Salim al-Mufti Johor. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat tempat batu bersurat. Kemudian melawat kebun bunga kerajaan dalam kawasan Bogor. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat kolam air di Cimalati. Kemudian ke Sukabumi dengan motokar. Menaiki motokar melawat kebun teh di atas bukit (Prabuwati) Kemudian turun balik melawat bandar-bandar di Sukabumi. Menuju Bandung. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan menaiki Gunung Limbung, meneropong bulan dan bintang dari atas gunung. Dalam masa tinggal di Bandung, melawat tempat membuat barang-barang daripada tanah. Menuju ke Jogjakarta. Perjalanan keretapi melalui satu kubu gelap (Kubu Kroya). Di dalam masa di Jogja, melawat Taman Sari dan istana raja.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

15

18 Safar 1346 19 Safar 1346 20 Safar 1346 22 Safar 1346 24 Safar 1346 1 Ogos 1930 3 Ogos1930 4 Ogos 1930 8 Ogos 1930 9 Ogos 1930 10 Ogos 1930 11 Ogos 1930 12 Ogos 1930 13 Ogos 1930 14 Ogos 1930 15 Ogos 1930 16 Ogos 1930 17- 18 Ogos 1930 19 Ogos 1930

Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat Candi Borobodur, Candi Arjuna dan Candi Mendut Bergerak ke Sulur dan melawat Candi Perambanan. Kemudian melawat Keraton. Bertolak dari Jogja ke Betawi dengan keretapi. Melawat bandar dan melihat meriam keramat di Betawi. Melawat Madrasah Arab kepunyaan Syed Ali Alim. Kemudian berangkat dari Tanjung Priok dengan kapal. Tiba di pelabuhan Tanjung Pagar Singapura. Peringatan Pendek Pelayaran ke Tanah Jawa Kali Kedua Berlepas dari Singapura dengan kapal. Berlepas dari Tanjung Priok menuju Semarang. Dari Semarang menuju ke Surabaya. Melawat Gunung Tu Sari. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berlepas dari Surabaya dengan kapal. Tiba di Bali. Sampai di tempat bernama Kintamani. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat tempat membuat alat muzik gamelan dan malamnya menyaksikan persembahan gamelan. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat tempat-tempat pertukangan orang di Pulau Bali dan melihat para penari Bali. Meninggalkan Pulau Bali. Tiba di Surabaya. Menaiki kereta ke Gresik. Menziarahi makam keramat dan melawat tempat membuat kain batik. Tiba di Semarang dan melawat bandar Semarang. Berlepas dari Semarang ke Betawi. Melawat Muzium Betawi dan lain-lain. Melawat telaga warna. Kemudian ke Bandung.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

16

20 Ogos 1930 22 Ogos 1930 23 Ogos 1930 24 Ogos 1930 25 Ogos 1930 27 Ogos 1930 29 Ogos 1930 27 Ogos 1938 bersamaan 1 Rejab 1357 28 Ogos 1938 13 September 1938 17 September 1938 18 September 1938 19 September 1938 21 September 1938 22 September 1938 23 September 1938 24 September 1938 25 September 1938

Menerima jemputan Haji Abdul Hamid Bandung ke rumahnya untuk melihat orang memalu gamelan dan tarian Jawa serta jamuan teh. Melawat tempat bernama [bucu?] Negara di Bandung. Turut melihat wayang patung menari dengan pukulan gamelan. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat tempat tenun kain-kain sutera. Berangkat dari pelabuhan Tanjung Priok. Tiba di Tanjung Pagar Singapura. Berlayar pulang ke Terengganu. Tiba di Kuala Terengganu Bangkok, Siam Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berangkat dari Terengganu Tiba di Singapura berhenti di East Coast Road. Berlepas dari Singapura dengan keretapi, melewati Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan tinggal 2 hari 3 malam di Kedah. Tiba di Bangkok, Siam. Melawat ke rumah Menteri Inggeris di Bangkok. Sultan Sulaiman pergi ke jamuan teh di rumah Menteri Inggeris. Sain buku lawatan di Istana Raja Siam. Melihat wayang gambar dan tempat pertukangan perak. Melawat tempat menjual barangan perbuatan anak-anak negeri Siam. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan terima jemputan isteri dan Menteri Luar Kerajaan Siam dan berkenalan dengan pegawai-pegawai Siam serta ambil gambar dan jamuan. Melawat muzium. Melawat muzium yang berisi barang lama buatan Siam.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 17: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

17

26 September 1938 27 September 1938 28 September 1938 2 Oktober 1938 bersamaan 8 Syaaban 1357 10 Februari 1939 27 Februari 1939 28 Februari 1939 29 Februari 1939 5 Mac 1939 8 Mac 1939 12 Mac 1939 13 Mac 1939 15 Mac 1939 16 Mac 1939 17 Mac 1939

Melawat Istana Lama Raja Siam. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan berkunjung ke rumah Menteri Inggeris. Berangkat dari Bangkok dengan kapal Tiba di Terengganu Lawatan ke Medan-Deli Tiba di Singapura, tinggal di East Coast Road. Berangkat dari Singapura dengan kapal. Tiba di pelabuhan Belawan menuju ke Medan terus ke Istana Maimun, bertemu Sultan Amaluddin Perkasa Alam Syah. Tengku Ampuan berjumpa dengan permaisurinya. Kemudian terus ke Gunung Berastagi. Melawat sekitar Berastagi Melihat tarian Batak. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat Tasik Toba. Kemudian melawat air terjun dibalik Gunung Pisu-Pisu. Pertemuan dengan Sultan Amaluddin Perkasa Alamsyah Deli. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan melawat Bandar Berastagi dan melihat orang Batak bertenun. Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan ke Istana berjumpa Sultan Deli dan Tengku Permaisuri. Berangkat pulang. Tiba di Singapura dan meneruskan perjalanan kembali ke Terengganu. Halaman 50 sehingga 74 merupakan pengulangan catatan oleh pengarang seperti yang tertulis dihalaman 1 hingga 18. Pengulangan ini berlaku diantara 19 April 1932 sehingga 11 November 1941. Berkenaan Perang Jepun

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 18: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

18

8 Disember 1941 bersamaan 19 Zulkaedah 1360 10 Disember 1941 11 Disember 1941 15 Disember 1941 16 Disember 1941 17 Disember 1941 18 – 19 Disember 1941 19 Disember 1941 20 Disember 1941 25 Disember 1941 26 Disember 1941 9 Januari 1942 15 Januari 1942 3 Mac 1942 18 Mac 1942 25 Mac 1942 3 April 1942 20 April 1942 11 Jun 1942 16 Ogos 1942

Mendapat panggilan daripada Tuan de Moubray menyatakan Jepun melanggar Kelantan. Berangkat dari Istana Kolam ke Residency. Kemudian ke Kuala Berang dan mudik ke Kampung Dusun. Tuan de Moubray dan isterinya, pergi Hulu Terengganu. Bom dijatuhkan daerah Pulau Kambing Hilir Terengganu menyebabkan banyak orang yang luka dan mati. Meninggalkan Kampung Dusun tinggal semalam di Kampung Buluh. Berangkat dari Kampung Buluh kemudian berhenti di Padang Midin. Askar Jepun berhimpun di balai polis Kuala Terengganu. kemudian menaikkan bendera Nipon. Sultan Sulaiman berjumpa dengan Jeneral Jepun di Istana Maziah. Askar Jepun datang memeriksa Istana Maziah dan Istana Kolam, Rumah Timur dan Padang Midin Sultan Sulaiman pergi ke Padang Midin kerana berjumpa dengan Panglima Agung Jepun dan guru sekolah Inggeris. Tengku Paduka membawa askar Jepun berjumpa Sultan Sulaiman di Istana Kolam. Sultan Sulaiman turun dari Padang Midin ke Istana Maziah. Sultan Sulaiman balik ke Istana Kolam. Sultan Sulaiman melawat Dungun, Kemasik. Gabenor Jepun datang ke Terengganu . Tengku Rashid berangkat ke Kelantan dan berkahwin Sultan Sulaiman ke Singapura dengan kereta ikut jalan Kuantan Pulang ke Terengganu. Ketua Polis Jepun sampai di Terengganu Pembesar Jepun memberi jamuan kepada Sultan Sulaiman dan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 19: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

19

28 Ogos 1942

lain-lain di Istana Maziah. Sultan Sulaiman menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Ibai.

Daripada ringkasan intipati naskhah sebagaimana yang dihuraikan di atas, keseluruhannya karya ini amat bermanfaat dalam mengetengahkan maklumat sejarah negeri Terengganu khususnya dalam era pemerintahan Sultan Sulaiman. Catatan Tengku Ampuan ini membuktikan bahawa berlaku banyak pembangunan negeri Terengganu era suaminya. Institusi perubatan telah ditubuhkan. Sememangnya, pada tahun 1922 Jabatan Perubatan telah ditubuhkan di Terengganu di ketuai oleh Dr. Coope sendiri.15 Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya juga perkembangan komunikasi (telefon, pos dan telegram) berkembang ketika itu. Pada 18 Mac 1922, talian telegram yang menyambungkan Kuala Terengganu dengan Kuantan juga diperkenalkan.16 Pasukan polis juga dimantapkan dan pembinaan sekolah (khususnya Sekolah Perempuan Tengku Ampuan) turut berlaku. Sekolah perempuan pertama di Terengganu ini didirikan pada 4 Mac 1937 di Padang Paya Bunga berhampiran Pejabat Besar Kerajaan Terengganu. Seperti yang dinyatakan di dalam BLYMT ini, Tengku Ampuan sendiri menyumbangkan sejumlah $6000 secara berperingkat untuk pembinaan sekolah tersebut.17

Selain itu, sokongan diraja terhadap sukan juga terbukti. Catatan-catatan berhubung pelbagai lawatan baginda (dalam dan luar negara) turut membuktikan aktifnya Sultan Sulaiman menjalankan hubungan diplomatik termasuk kesudian baginda mencemar duli turun padang melawat tanah jajahan. Selain itu, maklumat yang tidak kurang bernilai adalah catatan berhubung nama-nama gelaran bagi bagi orang besar Terengganu atau juga penjawat-penjawat awamnya. Biarpun dicatat secara ringkas, maklumat-maklumat tersebut meletakkan kedudukan naskhah ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’ sebagai sumber sejarah yang berautoriti dan autentik sifatnya. Ia bukan sahaja ditulis pada zamannya, malah ditulis oleh seseorang yang terlibat secara langsung dengan episod yang dicatatkan (first hand).

Tidak dinafikan, dalam membaca, memahami dan memanfaatkan naskhah ini, pembaca akan berhadapan dengan beberapa kekangan. Contohnya, gaya tulisan Tengku Ampuan yang dilihat seperti tulisan jawi cepat atau fast handwritting jawi. Ini terbukti dengan penggabungan beberapa huruf jawi yang tidak menjadi kelaziman penulis atau tertib penulisan jawi seperti huruf wau (di depan) disambung dengan huruf ta, ha dan nun (di belakang). Demikian juga gabungan huruf ro (di depan) dengan huruf ta dan nun (di belakang). Dalam urusan lawatan ke luar negara seperti ke Singapura, Jawa, Medan dan Brastagi terdapat nama-nama tempat dan hotel yang ditulis sukar untuk dirumikan lantaran nama-nama tersebut yang tidak lagi popular atau digunakan kini. Ejaan yang tepat bagi nama-nama pegawai Inggeris juga sukar ditafsirkan jika nama-nama tersebut tidak dicatatkan dalam mana-mana rekod lain.

15 Mohamed Anwar Omar Din dan Nik Anuar Nik Mahmud, Dirgahayu Tuanku, Sejarah Kesultanan Negeri Terengganu 1708-2008, hlm. 192. 16 Ibid., hlm. 192. 17 Ibid.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 20: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

20

Penutup Penelitan terhadap naskhah-naskhah Melayu memang tidak akan pernah habis. Setiap satu darinya, membekalkan pelbagai manfaat ilmu sama ada sebagai sumber sejarah mahupun terhadap bidang ilmu yang lain. Naskhah BLYMT ini merupakan satu bentuk pengarangan Melayu yang unik dan tersendiri. Bercirikan sebuah catatan atau diari, karya ini terkecuali dari sifat naskhah-naskhah Melayu lain yang bersifat ‘cerita’ melalui teknik pengarangan prosa mahupun puisi. Justeru, faedah dalam penggalian maklumat terhadap BLYMT amatlah penting. Biarpun hadir dalam catatan ringkas, tetapi maklumatnya sangat berautoriti apatah lagi ia ditulis oleh seseorang yang terlibat sendiri dalam peristiwa yang dicatatnya. Usaha-usaha berterusan untuk meneliti naskhah seumpama ini dalam mana-mana cabang ilmu wajar disambung dan diberi perhatian.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 21: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

21

Halaman kandungan ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 22: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

22

Halaman pertama bermulanya catatan (hlm. 4) ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan

Tengku Ampuan’

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 23: MANUSKRIP ‘BUKU LAWATAN YANG MAHA MULIA DAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1638/1/PAMM2014_Pap… · Ahmad (Nasihat Rajaraja), Syair Tengku Ampuan Mariam Terengganu/Syair

23

Halaman akhir ‘Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan’

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia