ip ( tingkah laku & teknik modifikasi)

9
Soalan Tutorial 3 (a) kenalpasti empat masalah tingkahlaku murid dalam bilik darjah. Definisi Masalah Tingkah laku Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Masalah tingkah laku Masalah tingkah laku secara dasarnya boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu tingkahlaku bermasalah minor, tingkahlaku bermasalah Major dan tingkah laku bermasalah kronik. Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam bilik darjah terutamanya di sekolah saya ialah: 1. Bercakap pada masa yang tidak sesuai. Masalah murid bercakap di dalam bilik darjah semasa proses P & P adalah perkara biasa dan sering didapati di mana saja sekolah tidak kira pelajar di tahap satu mahupun di tahap dua. Murid akan bercakap sesama mereka ketika guru sedang

Upload: dbc2704

Post on 06-Jun-2015

8.451 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

Soalan Tutorial

3 (a) kenalpasti empat masalah tingkahlaku murid dalam bilik darjah.

Definisi Masalah Tingkah laku

Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai

perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar

semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara

konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan

yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya

menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.

Masalah tingkah laku

Masalah tingkah laku secara dasarnya boleh dipecahkan kepada tiga

kategori iaitu tingkahlaku bermasalah minor, tingkahlaku bermasalah Major dan

tingkah laku bermasalah kronik. Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru

dalam bilik darjah terutamanya di sekolah saya ialah:

1. Bercakap pada masa yang tidak sesuai.

Masalah murid bercakap di dalam bilik darjah semasa proses P & P adalah

perkara biasa dan sering didapati di mana saja sekolah tidak kira pelajar di tahap

satu mahupun di tahap dua. Murid akan bercakap sesama mereka ketika guru

sedang menulis di papan kapur, semasa guru sedang memberi penerangan,

semasa melakukan gerak kerja kumpulan ataupun ketika sedang membaut

latihan yang diberikan oleh guru. Apabila murid ini bercakap sudah pasti mereka

tidak dapat memahami atau menguasai sesuatu kemahiran yang sedang di ajar.

Hal ini jika tidak dibendung dari awal akan menyebabkan pelajar lain akan

terikut-ikut sama, dan yang pasti objektif pengajaran guru tidak akan berjaya di

capai sepenuhnya.

Punca masalah ini timbul mungkin kerana keadah serta bahan pengajaran

yang digunakan oleh guru tidak sesuai. Jika guru gagal mengunakan keadah

yang betul murid akan cepat bosan dengan pengajaran itu dan ini akan

Page 2: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

menyebab murid akan bercakap sesama mereka untuk menghilangkan

kebosanan

2. Tidak menyiapkan kerja rumah

Masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah sudah menjadi lumrah dalam

sistem pendidikan di negara kita. Pelbagai pihak telah memperkatakan hal ni dan

telah banyak saranan dan cadangan dikemukakan untuk mengatasinya.

Kerja rumah adalah latihan pengukuhan yang penting, yang wajib

dilakukan oleh murid untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka

dalam tajuk yang di ajar pada hari tersebut. Murid adakalanya dengan sengaja

tanpa ada sebarang rasa tanggungjawab untuk menyiapkanya. Mereka hanya

memilih kerja rumah yang di berikan oleh guru yang tertentu sahaja untuk di

siapkan. Ada sesetengahnya pula hanya membuatnya sambil lewa sekadar

melepaskan batuk di tangga.

Kerja rumah ini jika tidak disiapkan semakin hari semakain bertambah,

dengan sendirinya beban murid semakin banyak, lama-kelamaan murid akan

ketinggalan dalam pelajaran. Guru juga tidak dapat mengukur tahap pencapaian

murid tersebut dan seterusnya boleh menyebabkannya tercicir daripada lain.

Antara faktor masalah ini timbul ialah faktor keluarga. Kerja rumah adalah

kerja yang harus di siapkan di rumah. Ibu bapa adalah guru di rumah yang akan

memastikan anak-anak mereka menyiapkan kerja rumah mereka sebelum

mereka datang semula ke sekolah pada esoknya. Ibu bapa yang sentiasa sibuk

mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti sosial tentunya tidak dapat

memberikan tumpuan kepada anaknya.

3. Bertengkar

Masalah murid bertengkar ini sering berlaku terutamanya semasa ketiadaan guru

atau masa rehat. Murid memang suka bertengkar walaupun hanya berpunca

daripada perkara kecil dan remah. Keinginan untuk mempertahankan hak dan

menunjukkan kekuatan kepada rakan sering menjadi punca pertengkaran. Sikap

suka mengata dan cabar mencabar juga punca berlakunya pertengkaran.

Page 3: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

Pertengkaran ini adakalanya boleh mengakibatkan kecederaan dan bolah

melarat sehingga ke rumah. Ini akan menimbulkan perbalahan antara ibu bapa

jika mereka mengikut perasaan marah tanpa usul periksa.

Masalah pertengkaran ini juga boleh menyebabkan wujud kumpulan atau

puak dalam kelas atau sekolah. Hal ini jika tidak dibendung dan diatasi akan

memimbulkan masalah yang lebih rumit seperti masalah geng star atau

sebagainya.

4. Mencuri atau merampas barang orang lain.

Masalah mencuri, merampas atau mengambil barang orang lain adalah masalah

yang kronik yang sering terjadi di sekolah. Kes -kes kecurian yang biasa berlaku

ialah murid mencuri duit poket dan alat tulis pelajar lain sama ada sekelas

ataupun di kelas yang lain. Murid yang memcuri ini biasa hanya akan mencuri

jika ada peluang dan kecuaian orang lain. Masalah ini jika dibiarkan akan

memberi kesan yang sangat tidak baik. Mereka yang terbiasa mencuri ini akan

merasa seronok dengan mencuri. Ini akan menimbulkan rasa tidak selamat dan

selasa pelajar lain untuk belajar di kelas atau di sekolah itu.

Tabiat ini jika tidak diatasi mungkin akan menjadi lebih serius, mereka

akan mencuri bukan sahaja di sekolah malahan di kampung atau di tempat lain.

Ini akan menggelapkan masa depan pelajar itu sendiri.

Page 4: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

3 (b) Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk

menangani masalah tingkah laku murid tersebut.

Modifikasi Tingkah Laku

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan

prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada

positif.

Langkah yang bersisitematik ialah:

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah

Menetapkan matlamat

Menentukan strrategi bertindak

Merancang prosedur atau plan tindakan

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

Menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu

Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku

negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkah

laku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi

membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Teknik modifikasi tingkah laku

Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk

mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah

teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku

murid;

Page 5: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

1. Peneguhan

Peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang

diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai

ganjaran untuk mendorong murid –murid memberi tumpuan semasa

belajar.seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala

peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan

ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu.

Seperti menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat

menambahkan peluang murid-murid lain supaya meneruskan aktiviti

pembelajaran mereka tanpa gangguan.

2.Denda

Denda ialah tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu

tingkah laku negatif.Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh

murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan

berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengar

menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut

Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid

didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan

hilang minat murid teerhadap bidang tersebut.

3.Reverse Psyclogy

Merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada

positif . Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang

berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.

Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku

negatif dan membentuk tingkah laku yang baik.

Page 6: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)

4.Shaping

Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui

beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak

balas yang dfiharapkan. Teknik ini adalah perlu digunakan apabila murid itu tidak

melakukan dengan sendiri tingkah laku yang diingini.

5. Kontrak (lisan dan bertulis)

Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah

satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku nagatif kepada

positif. Seperti membuat kontrak formal dengan guru besar dapat menyakinkan

murid bahawa dia akan dikenakan tinadakan yang berat sekiranya melakukan

kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat.

6. Modifikasi melalui proses pembiasaan (fizikal, mental, emosi dan sosial)

Bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah

dibuat dari semasa ke semasa. Langkah-langkah untuk melaksanakan modifikasi

tingkah laku melalui proses pembiasaan seperti berikut;

a. mengenal pasti tingkah laku bermasalah yang ditonjolkan oleh pelajar

dalam bilik darjah.

b. Menetapkan matlamat tahap pencapaian tingkah laku yang

dikehendaki.

c. Memilih dan melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai untuk

memodifikasikan tingkah laku yang dikenal pasti.

d. Peneguhan positif hanya diberi selepas perubahan tingkah laku negatif

kepada positif, mengikut matlamat pencapaian yang ditentukan.

Oleh itu guru hendaklah menjelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan

mengingatkan semula kepada murid apabila mereka mula menunjukkan tingkah

laku yang bermasalah.

Page 7: IP ( tingkah laku & teknik modifikasi)