interpretasi sds

4
INVENTORI MINAT KERJAYA Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat ukuran VPI lebih ekstensif berbanding dengan alat ukuran SDS. Pentadbiran Ujian SDS Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20- 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Pengiraan Skor Ujian SDS Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Upload: kembangkunchop

Post on 09-Aug-2015

928 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

Page 1: Interpretasi SDS

INVENTORI MINAT KERJAYA

Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L.

Holland. Alat ukuran ini mengandungi 192 item yang mempunyai

pilihan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk mengukur minat kerjaya atau

jenis personaliti seseorang. Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192

item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi 6 sub-skala

pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),

Enterprising (E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat

ukuran VPI lebih ekstensif berbanding dengan alat ukuran SDS.

Pentadbiran Ujian SDS

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai

panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-

eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan

kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu,

segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti

dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor Ujian SDS

Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.

Pentafsiran Profil Ujian SDS

Personaliti Ciri-Ciri Pekerjaan

☺ Mempunyai kemahiran atletik atau ☺ Jurutera Awam

Page 2: Interpretasi SDS

Realistik

mekanikal.☺ Suka bekerja dengan objek, mesin,

peralatan, tumbuhan, dan binatang.☺ Lebih suka bekerja di luar bangunan

dari di dalam bangunan

☺ Jurutera Kereta Api☺ Operator Mesin☺ Mekanik Kapal

Terbang☺ Mekanik Kereta☺ Juruteknik Elektronik☺ Ahli Ilmu

Perkebunan☺ Tukang Kayu

Investigatif

☺Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.

☺ Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

☺ Ahli Kaji Cuaca☺ Ahli Biologi☺ Ahli Botani☺ Ahli Agronomi☺ Ahli Fizik☺ Ahli Kaji Bintang☺ Ahli Kimia☺ Ahli Kaji Bumi☺ Penyelidik Sains☺ Antropologis

Artistik

☺ Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.

☺ Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.

☺ Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

☺ Penyair☺ Pemimpin Orkestra☺ Penyanyi Konsert☺ Penggubah Lagu☺ Pengarang☺ Pelukis Perdagangan☺ Pelukis Potret☺ Wartawan☺ Pelukis Kartun☺ Penghias Rmuah☺ Arkitek

Sosial☺ Suka bekerja dan berinteraksi

dengan manusia.☺ Berminat dalam memberitahu,

menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain.

☺ Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain.

☺ Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

☺ Ahli Sosiologi☺ Guru☺ Pengetua Sekolah☺ Pegawai

Perhubungan Awam

☺ Pengarah Kem Belia☺ Pengarah Agensi

Kebajikan☺ Kaunselor Kerjaya☺ Kaunselor Peribadi

Page 3: Interpretasi SDS

Enterprising

☺ Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.

☺ Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain.

☺ Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.

☺ Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

☺ Spekulator☺ Aktuaris☺ Eksekutif Pengiklanan☺ Eksekutif Perniagaan☺ Pengarah Syarikat☺ Pengarah Publisiti☺ Peguam☺ Ahli Politik☺ Pengurus Hotel☺ Pengurus Bank☺ Jurujual Insurans

Conventional

☺ Suka bekerja denga data dan nombor.

☺ Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor.

☺ Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.

☺ Penyimpan Kira-Kira☺ Guru Perdagangan☺ Akauntan☺ Jurutrengkas☺ Kerani Bank☺ Pakar Cukai☺ Kerani Gaji☺ Operator Komputer☺ Penilai Harta☺ Jurujual Insurans☺ Kerani Insurans