interpretasi jepi

Upload: amalludin-amal-din

Post on 13-Oct-2015

704 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

lntervensi

TRANSCRIPT

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR

INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR

Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck. Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert (E).

Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang introvert.

Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.

Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.

Pentafsiran Profil JEPI

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam Rajah berikut;

Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI

Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh Hippocrates.

Sanquine -Blood (darah)

Phlegmatik-Phlegm (Kahak)

Kolerik-Bile (Hempedu)

Melankolik- Black Bile (Hempedu Hitam)

** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.

Personaliti Melankolik Kuadran I

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak peramah, pesimis dan nampak tenang.

Personaliti Kolerik Kuadran II

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah berubah, impulsif, optimistik dan aktif.

Personaliti Phlegmatik Kuadran III

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.

Personaliti Sanguine Kuadran IV

Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas, kepimpinan, bersemangat, dan selesa.

MuramMudah Tersinggung

CemasGelisah

BimbangAgresif

Tidak Fleksibel atau RigidGhairah

PendiamMudah Berubah

Tidak PeramahImpulsif

PesimisOptimistik

TenangAktif

Kuadran I Kuadran II

Kuadran III Kuadran IV

PasifPeramah

Berhati-hatiGemar Bercakap

Bertimbang RasaResponsif

TenangBebas

TerkawalKepimpinan

JujurBersemangat

Boleh DiharapkanSelesa

TenteramEkstrovert

MELANKOLIK

KOLERIK

PHLEGMATIK

SANGUINE