integriti

21
Soalan : Pelbagai strategi dilaksanakan agar agenda integriti boleh dicapai. Namum terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan integriti. Bincangkan.

Upload: yfook-ng

Post on 28-Nov-2014

7.444 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

esei pengajian am

TRANSCRIPT

Page 1: Integriti

Soalan : Pelbagai strategi dilaksanakan agar agenda integriti boleh dicapai. Namum terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan integriti. Bincangkan.

Page 2: Integriti

Definisi Pelan Integriti Nasional (PIN) adalah

merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Page 3: Integriti

Etika dan Integriti adalah dua kata kunci terpenting yang mendasari PIN.

Etika:

Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

Integriti:

Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari

Page 4: Integriti

OBJEKTIF KHUSUS

1) Memberikan hala tuju dan bimbingan supaya mereka dapat bekerjasama membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika.

2) Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.

3) Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

4) Menyumbang kepada pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.

5) Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia untuk menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

Page 5: Integriti

Memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan.

Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi

Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat

Memantapkan institusi keluarga dan komuniti

Meningkatkan kualiti hidup dan masyarakat. 

Sasaran Integriti

Page 6: Integriti

Faktor-faktor yang boleh menjejaskAn Integriti

Individu Kepimpinan Sistem dan Prosedur Struktur dan Institusi Budaya

Page 7: Integriti

Individu

Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni , lemah disiplin diri dan etika akan mengakibatkan diri dalam pelbagai salah bentuk tinglah laku.

Kemerosotan intergriti juga boleh berlaku sekiranya individu hanya melihat kelemahan orang lain.

Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terlibat dalam kegiatan rasuah , penyalahgunaan kuasa, penyelewangan dan gejala tidak bermoral.

Page 8: Integriti

Kepimpinan

Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mampunyai azam dan iltizam yang teguh untuk mamberikan pedoman serta tunjuk ajar dan melakukan perubahan untuk kebaikan.

Kepimpinan yang lemah iltizamnya dan tidak berwawasan akan menyebabkan integrity sesebuah organisasi di bawah kepimpinannya merosot.

Sebarang tindakan pemimpin mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang , prosedur dan peraturan yang ditetapkan akan menjejaskan intergriti.

Page 9: Integriti

Sistem dan Prosedur

Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender.

Penguatkuasaan secara terpilih dan tidak berkesan. Kelemahan system, prosedur serta garis panduan

dalam pelaksanakan tugas. Kurangnya pemantauan dan penilaian mengenai

keberkesanan sesuatu program. Keupayaan sumber yang terhad. Kerangka undang-undang yang lapuk, kurang jelas,

bercanggah dengan sesetengah undang-undang. Kelemahan ini boleh menyebabkan ketidak cekapan,

kecelaruan dan perselisihan pendapat di kalangan pekerja.

Page 10: Integriti

Struktur dan Institut

Struktur organisasi tidak berubah dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Institusi yang mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain menjejaskan intergriti.

Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai .

Skop , tugas dan tanggungjawab antara institusi perlu diperincikan dan dikoordinasi dengan baik.

Kurang koordinasi akan menyebabkan pembakiran dan tugas yang dilaksanakan tidak sempurna.

Pertindihan dalam tugas boleh mengakibatkan persaingan yang tidak sihat serta pengaibaian tanggungjawab.

Page 11: Integriti

Budaya

Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah laku.

Budaya yang menjunjung tinggi intergriti akan memberi persekitaran yang sesuai untuk individu tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.

Budaya yang sebaliknya akan mempangaruhi merka untuk tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab dan melepaskan tenggungjawab kepada orang lain.

Page 12: Integriti

8 STRATEGI PELAKSANAAN PIN

Page 13: Integriti

1. INSTITUSI KELUARGA

Membina keluarga yang utuh, penyayang, bahagia dan sejahtera.

Pengurusan kesihatan jasmani dan rohani Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan

identiti. Sebagai contoh, program lawatan kebajikan mewujudkan

kesedaran dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui lawatan ke rumah orang-orang tua/rumah kanak-kanak.

Page 14: Integriti

2. KOMUNITI

Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti

Pemantapan pertubuhan dan insitusi asas dalam komuniti

Pengukuhan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum

Meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar

Page 15: Integriti

3. Masyarakat Sivil

Pengukuhan kerjasama antara badan-badan bukan kerajaan(NGO),kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.

Page 16: Integriti

4. Institusi Sosial

Membina insan yang berpengetahuan, berkemahiran, beretika,berintegriti, dan bertanggungjawab.

Meningkatkan taraf kesihatan, kecerdasan, keceriaan dan produktiviti.

mengembangkan budaya yang kreatif, berinovasi, dan bertanggungjawab melalui penyebaran maklumat.

Page 17: Integriti

5. Institusi Agama

Peningkatan kerjasama,persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama.

Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama.

Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

Page 18: Integriti

6.Institusi Ekonomi

Meningkatkan integriti sektor korporat. Seperti memberi latihan etika dan integriti

kepada pengurusan pelbagai peringkat. Pengukuhan perpaduan antara kumpulan

etnik dan antara wilayahmelalui aktiviti ekonomi.

Memastikan nasib golongan petani, penternak dan nelayan terbela melalui Program pembangunan manusia asas komoditi dan Pusat pengumpulan dan aktiviti pengangkutan.

Page 19: Integriti

7. Institusi politik

Pengekalan keluhuran perlembagaan dan sistem politik negara

Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi p-enggubal undang-undang.

Pengamalan budaya yang sihat, beretika, matang dan demokratik.

Page 20: Integriti

8. Institusi Pentadbiran

Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik dengan pemodenan pentadbiran dan institusi.

Melaksanakan sistem saringan dalam pemilihan pegawai dan staf yang lebih ketat, terutama mereka di bahagian/unit berisiko tinggi dengan ruang dan peluang gejala rasuah

Memantapkan pentadbiran sistem keadilan Contohnya,melaksanakan pendekatan punitive

yang setimpal terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah,penyelewengan,salahguna kuasa, pecah amanah atau salahlaku.

Page 21: Integriti

KESIMPULAN

Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.