integrasi nasional lkm 400 usm

Upload: dawish-ezani

Post on 20-Jul-2015

182 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INTEGRASI NASIONALKUMPULAN 2 AHMAD DARWIS HANISAH HARON MOHAMAD IDHAM

PERPADUAN NEGARA Satu keadaan yang mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel

Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

BANGSA MALAYSIA Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

WAWASAN 2020 Satu wawasan strategik jangka panjang sebagai panduan ke arah dasar yang luas daripada pelbagai aspek berkaitan pembangunan negara. Memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai satu tahap NEGARA MAJU SEPENUHNYA (Fully Develop Nation) dengan nilai-nilai positif yang tersendiri.

RUKUN NEGARA Ideologi negara malaysia yang berkaitan dengan Cara hidup Malaysia iaitu suatu masyarakat yg mempunyai kaum, bangsa dan agama, hidup berdamping dan berganding bahu, bertimbang rasa dan memberi kemakmuran saksama kepada rakyat

INTEGRASI NASIONAL Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

INTEGRASI NASIONAL Suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.

CIRI- CIRI INTEGRASI NASIONAL Melibatkan pertembungan dua atau lebih masyarakat dan budaya Dalam budaya baru yang dibentuk, hilangnya identiti masyarakat dan perbezaan kebudayaan Integrasi sosial boleh berlaku dalam sektor ekonomi,parti politik dan negara

Satu bentuk budaya baru dilahirkan dan menjadi milik bersama masyarakat dan budaya berbeza

WAWASAN 2020Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama, ekonominya yang mampu berdaya saing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan -Tun Dr Mahathir Mohamad

STRATEGI DAN PERLAKSANAAN 1. Menangani isu perbezaan agama antara kaum di Malaysia. 2. Memurnikan konsep perkongsian kuasa dalam Kerajaan.

3. Memperkukuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional4. Bahasa Kebangsaan sebagai wadah penyatuan antara kaum di Malaysia.

CABARAN WAWASAN 2020

Cabaran 1 Mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. iaitu sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran 4

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

Cabaran 7 Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh

Cabaran 8 Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.Cabaran 9

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

PELAN INTEGRASI NASIONAL5 sasaran dalam PIN: Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, mengatasi karenah birokrasi dan penyelewengan. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Memantapkan institusi keluarga Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

RUKUN NEGARADokumen awal yang menanamkan semangatkesetiaan, kesopanan dan kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum.

Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

kesopanan dan kesusilaan Isi terakhir dalam rukun negara Setiap individu dan golongan hendaklah menguruskan hal masing-masing tanpa melanggar tata susila. Perbuatan yang angkuh, menyentuh perasaan dan menyinggung perasaan golongan lain adalah dilarang.

Rukun Negara penting kepada rakyat dan negara kerana ia adalah manifestasi kepercayaan, keazaman dan hasrat rakyat untuk bertindak mencapai matlamat yang diidamkan, rancangkan bersama dan tenaga pengikat yang akan menyatupadukan rakyat Malaysia.

PERPADUAN NEGARA ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia.INTEGRASI NASIONAL adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.

PENCAPAIAN INTEGRASI NASIONALEKONOMI Ekonomi negara berkembang pesat kerana perpaduan dan integrasi yang dicapai dan memberikan keyakinan kepada para pelabur luar untuk melabur dalam ekonomi negara

PEMBANGUNAN Menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul di persada dunia dengan pembangunan pesat.

KEAMANANPerpaduan dan integrasi yang dicapai menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman tanpa sebarang rusuhan kaum.

KEKAYAAN BUDAYADapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia dengan kekayaan budaya yang unik. Setiap kaum mempunyai adat dan budaya masing-masing dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian.

HALANGAN- HALANGANDasar pecah dan perintah Amalan ini diamalkan sejak zaman penjajahan British lagi yang telah memisahkan kaum-kaum utama di Malaysia. Dasar ini juga memisahkan kaum-kaum utama mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.

Pengasingan sistem pendidikanpendidikan Pada zaman British, sistemmenunjukkan ketidakseimbangan. British telah menubuhkan empat jenis sekolah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini mempunyai perbezaan yang ketara Matlamat, sukatan pelajaran dan bahasa pengantar. Ini dapat meningkatkan lagi jurang perkauman antara kaum di Malaysia

PERBEZAAN AGAMA DAN KEBUDAYAANMalaysia sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan masingmasing mengamalkan tradisi dan budaya mereka sendiri. Semua kaum menganggap kebudayaan dan tradisi mereka adalah yang terbaik dan justeru, dapat menimbulkan sikap prasangka kuat.

PEMISAHAN TEMPAT TINGGALMasyarakat Melayu tinggal di desa manakala masyarakat Cina tinggal di bandar dan masyarakat India tinggal di ladang-ladang estet.

SIKAP MASYARAKATSikap masyarakat yang acuh tak acuh dan pentingkan diri sendiri dapat menghalang perpaduan.

GLOBALISASIPerubahan hidup yang disebabkan oleh globalisasi seperti kemajuan daripada segi teknologi dapat dapat menghalang integrasi berlaku. kemajuan pesat lembah silikon yang menjadi kegilaan masyarakat zaman ini.

KEMISKINANTerjadi apabila kemiskinan membuatkan masyarakat terdesak untuk mendapatkan kehidupan yang baik sehinggakan mereka mengabaikan masyarakat sekeliling Mewujudkan jurang antara yang miskin dan yang kaya.

LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN INTEGRASIDASAR EKONOMI BARU Matlamat: membasmi kemiskinan dan mentruktur kembali masyarakat. Memberi tumpuan khusus kepada masalah kemiskinan yang dianggap sebagai faktor utama menghalang proses perkauman.

APA YANG HENDAK DICAPAI?Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil dapat menikmati kemakmuran negara. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif menggunakan sains dan teknologi moden yang dapat

PERLEMBAGAAN MALAYSIA RUKUN NEGARA 1MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Malaysia adalahBertulis Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Tujuan Perlembagaan Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undangundang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

PERKARA 3Agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.

Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan

PERKARA 152Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

PERKARA 153Kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.

RUKUN NEGARA

Diwujudkan setelah berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Konflik berdarah 13 Mei - merupakan manifestasi konflik pendam yang sedia ada di antara kaum.

LatarbelakangRukun Negara adalah ideologi di peringkat nasional, iaitu satu bentuk fahaman yang boleh memandu seluruh rakyat bagi membentuk satu identiti kebangsaan melalui perkongsian nilai, norma dan tindakan. Rukun Negara dirasmikan sebagai ideologi kebangsaan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang diPertuan Agong. Ia digubal oleh jawatankuasa khas yang diarah oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara).

Bertujuan memupuk rasa sayang & cinta kepada negara dengan menghormati raja yang menjadi lambang kedaulatan negara. Dengan asuhan ini, setiap individu menjadi rakyat yang mempunyai sikap tersebut: Sifat bertanggungjawab Semangat patriotik & sanggup berkorban Menjadi rakyat yang dapat menyumbang kepada negara

MALAYSIARakyat didahulukan Pencapaian diutamakan

MENJADI NEGARA MAJU MENJELANG 2020Rakyat Bersatu Padu Ekonomi kukuh Negara Stabil

Bukan proses ASIMILASI! Identiti Etnik Tidak Dilenyapkan

Bukan Konsep MALAYSIAN MALAYSIA Kesamarataan Hapus Hak Istimewa Melayu /Bumiputera Hargai dan Hormati Identiti Setiap etnik dan Kaum

BUKAN KESAMARATAAN TETAPI KEADILAN

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat MalaysiaDato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak

Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kitaYAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIAPRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL

PRINSIP PENERIMAAN Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. PRINSIP KENEGARAAN Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.

Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalamkalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

PRINSIP KEADILAN SOSIAL

Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

NILAI-NILAI 1MALAYSIABudaya kecemerlangan Ketabahan Rendah hati Penerimaan Kesetiaan Meritokrasi Pendidikan Integriti

KESIMPULAN