naskhah percuma bil. 12/2017 (november–disember) • rabiul

16
NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul Awal–Rabiul Akhir 1439H facebook.com/maiwp.hq facebook.com/baitulmal.wp @MAIWPHQ @hqmaiwp BAITULMAL MAIWP 1-800-88-5222 TALIAN BEBAS TOL HOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF 012-518 3614 012-512 7614 BULETIN BULETIN MAIWP MAIWP MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Menarik dalam edisi ini Tingkatkan Momentum Tahun 2018 Mukasurat 3 Ahli Jawatankuasa Undang-undang Baharu Mukasurat 6 MOU Menaiktaraf Surau Bustanul Ulum Mukasurat 7 Biasiswa Zakat RM1.1 Juta Mukasurat 7 Kenali Kami: Darul Kifayah Pembelaan untuk Anak Yatim Mukasurat 12 Cakna Minda: LGBT, Apa yang Kita Tahu Mengenainya (Siri 2) Mukasurat 13 MUTIARA KATA Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam al Ghazali) >> Baca selanjutnya di muka surat 4 PERGINYA SEORANG TOKOH ZAKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAIWP CEMERLANG PT3 2017 >> Baca selanjutnya di muka surat 5

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul Awal–Rabiul Akhir 1439Hfacebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

@MAIWPHQ @hqmaiwp

BAITULMAL MAIWP

1-800-88-5222TALIAN BEBAS TOL

HOTLINE SKUAD JEJAK ASNAF

012-518 3614012-512 7614

BULETINBULETINMAIWPMAIWP

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Menarikdalam

edisi ini

Tingkatkan Momentum Tahun 2018

Mukasurat 3

Ahli Jawatankuasa

Undang-undang Baharu

Mukasurat 6

MOU Menaiktaraf

Surau Bustanul Ulum

Mukasurat 7

BiasiswaZakat

RM1.1 Juta

Mukasurat 7

Kenali Kami: Darul Kifayah

Pembelaan untuk Anak Yatim

Mukasurat 12

Cakna Minda: LGBT, Apa yang Kita Tahu Mengenainya

(Siri 2)Mukasurat 13

MUTIARA KATAMenuntut ilmu adalah taqwa.

Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir.

Mencari ilmu adalah jihad.(Imam al Ghazali)

>> Baca selanjutnya di muka surat 4

PERGINYA SEORANGTOKOH ZAKAT

SEKOLAH-SEKOLAHMENENGAH AGAMA MAIWP CEMERLANG PT3 2017>> Baca selanjutnya di muka surat 5

Page 2: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan sila hubungi:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)Aras 10, Bangunan PERKIM, No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah,51200 Kuala Lumpur.(u/p: Unit Komunikasi Korporat)No. Tel: 03-4047 9444 No. Faks: 03-4044 9444Email: [email protected]

facebook.com/maiwp.hqfacebook.com/baitulmal.wp

@MAIWPHQ @hqmaiwp

www.maiwp.gov.my

SidangRedaksiPenasihatDato’ Haji Paimuzi bin YahyaKetua Pegawai Eksekutif MAIWP

Ketua Sidang RedaksiZahed bin Saidin

Sidang RedaksiWan Ahmad Fadhli Shah bin Wan Md ZainNur Najihah binti Abdullah SampitAzri bin IberahimMohd Fauzi bin AhmadNorrol Asikin binti Md SharifNoraini binti IsmailNor Aiza binti Mohd AdnanNik Ahmad Afham bin Nik AbdullahMuhammad Ruzaimi bin IbrahimSutera Manis binti ZamzamMuhammad Zuwairi bin Abu BakarAbdullah As-Siddiq bin Mohd SubkiNoor Nazlia binti NordinNorazila binti ShariffKhairul Fazli bin TohfahBadrul Shah bin BasriNorazlin binti AsninSibraton Norehan binti Md. NordinIshak bin ChikMuhamad Naqiuddin bin Md. Yusoff

JurufotoMohd Fadhil bin Shoimi

Isi KandunganTingkatkan Momentum Tahun 2018 ................................................................................3

Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan MAIWP Oktober 2017 ...................................3

Perginya Seorang Tokoh Zakat ........................................................................................ 4

Sekolah-sekolah Menengah AGAMA MAIWP Cemerlang PT3 2017 ............................5

Breakfast Talk .................................................................................................................... 6

Ahli Jawatankuasa Undang-undang Baharu .................................................................. 6

MOU Menaiktaraf Surau Bustanul Ulum ..........................................................................7

Biasiswa Zakat RM1.1Juta .................................................................................................7

Lensa MAIWP ..................................................................................................................... 8

MAIWP Putrajaya: Baharu Tetapi Proaktif .................................................................... 10

Selamat Datang TKPE (Operasi) Baharu ....................................................................... 10

Mukhayyam Huffaz 2017 .................................................................................................11

Program Tautan Ukhuwwah Pondok Moden Al- A’baqirah Bersama Darul Ilmi .......11

Kenali Kami: Darul Kifayah Pembelaan untuk Anak Yatim ..........................................12

Cakna Minda: LGBT, Apa yang kita tahu mengenainya (Siri 2) ...................................13

Pencapaian MAIWP 2017 ................................................................................................ 14

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi umur yang panjang dan rezeki yang berterusan sehingga ke penghujung tahun 2017 ini.

Sidang Redaksi terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Ustaz Mohd Ajib bin Ismail. Beliau telah dipinjamkan ke MAIWP sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) yang baharu berkuatkuasa 12 Disember 2017 baru-baru ini. Semoga pelantikan beliau akan membantu MAIWP untuk terus cemerlang melaksanakan agenda pembangunan ummah.

Tahun 2017 melabuhkan tirainya. Pelbagai pencapaian, pengalaman dan kenangan terpahat dalam lipatan sejarah MAIWP. Ia akan menjadi satu memori untuk diteladani dan diimbas kembali di tahun-tahun mendatang.

Usaha MAIWP dalam melunaskan amanah para pembayar zakat akan terus dilaksanakan dan dipergiatkan. Dalam hal ini, komitmen dan kepercayaan para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan amat ditagih dalam memastikan asnaf dapat terus dibantu semaksima yang mungkin.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan perginya seorang tokoh dalam pengurusan zakat di negara ini. Tuan Haji Mohd Rais bin Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah kembali bertemu Ilahi pada 12 Disember 2017. Allahyarham merupakan kakitangan terawal di PPZ-MAIWP yang banyak memberi sumbangan idea dan tenaga dalam memantapkan pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan. Semoga segala usahanya dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama kepada MAIWP sepanjang tahun 2017.

Jasa baik para pembayar zakat, asnaf, agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan semua pihak diharapkan akan sentiasa berterusan di masa-masa akan datang.

Selamat Tahun Baru 2018.

ZAHED BIN SAIDIN

Dari MejaKetua Editor

2

Page 3: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Tahniah Penerima AnugerahPegawai Berprestasi Bulanan MAIWP Oktober 2017

Nor Aiza binti Mohd AdnanPenolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Baitulmal

Rodiah binti DramanPemandu Tadbir (P/O) Bahagian Pembangunan Insan

Kalsom binti SalehPembantu Tadbir (P/O) Bahagian Baitulmal

Mohd Zakiman bin Ab WaibPemandu KenderaanBahagian Khidmat Pengurusan

22 Disember – “Muhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2017”. Pesanan ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Disember 2017.

Majlis perhimpunan kali terakhir tahun ini telah diadakan di Dewan Seminar ibu pejabat MAIWP dan dihadiri hampir 300 orang.

Menurut YBhg. Dato’ Haji Paimuzi, berakhirnya tahun 2017 bukan bermakna segala tanggungjawab yang diamanahkan turut berakhir. Sebaliknya segala kerja yang bakal mendatang perlu diperhalusi lagi agar ia dapat memberikan impak yang besar terutama dalam membantu golongan asnaf.

“Saya berharap momentum kita dalam menyantuni asnaf ditingkatkan lagi dalam kita melaksanakan amanah para pembayar zakat”, katanya ketika memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, beliau turut mengalukan kedatangan Ustaz Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP yang baharu.

TINGKATKAN MOMENTUM TAHUN 2018Sempena perhimpunan kali ini, Pengetua Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi

Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP telah menerima sijil penghargaan

atas keputusan cemerlang sekolah

berkenaan dalam PT3 baru-baru ini.

Turut diadakan p e n y a m p a i a n

Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan

Oktober 2017 dan taklimat daripada Unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyedarkan warga MAIWP tentang peluang keemasan memiliki hartanah.

Oleh: Nur Najihah

Taklimat berkaitan PPA1M oleh Encik Ismail Che Hassan Ketua Unit PPA1M.Pengetua SMA-MAIWP KL dan SMISTA menerima sijil penghargaan atas keputusan cemerlang PT3.

3www.maiwp.gov.my

Page 4: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

12 Disember – Tuan Haji Mohd Rais bin Haji Alias merupakan nama yang tidak asing dalam dunia pengurusan zakat di negara ini. Beliau merupakan antara individu terawal berkecimpung dalam pengurusan zakat di kala pengurusan zakat mula diperkemaskan di negara ini.

Beliau antara kakitangan terawal semasa Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) ditubuhkan pada awal tahun 1990. Semangat yang mendalam dalam menaikkan syiar zakat di negara ini mendorong beliau untuk terus kekal berkhidmat di PPZ-MAIWP sehinggalah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP pada 1 Januari 2012.

Komitmen dan usaha beliau bersama pasukannnya membolehkan PPZ-MAIWP mencatatkan peningkatan kutipan zakat setiap tahun. Pelbagai pembaharuan dibuat bagi memberi nafas baru dalam meningkatkan kesedaran dan memudahkan umat Islam untuk menunaikan zakat.

Lebih membanggakan beliau merupakan anak jati Wilayah Persekutuan. Berasal daripada Kampung Puah, Gombak Kuala Lumpur, beliau terus menabur bakti untuk menyemarakkan syiar Islam di negeri kelahirannya.

Pada 12 Disember 2017 baru-baru ini, beliau telah kembali bertemu Ilahi pada usia 55 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Tawakkal, Jalan Pahang. Jenazah telah disemadikan di kampung halaman beliau di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah.

Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan sama-sama kita doakan arwah ditempatkan di syurgaNya yang tertinggi bersama-sama orang-orang yang soleh.

Innalillahiwaiinnailaihirajiun.. Al-Fatihah.

Oleh: Wan Fadhli PERGINYA SEORANG TOKOH ZAKAT

4

Page 5: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Para pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Agama di bawah MAIWP (SMAM) telah menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2017.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2017 baru-baru ini, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) telah memperoleh kelulusan 100% dan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.26. Manakala sejumlah 11 orang pelajar telah mendapat 13A.

Untuk dua matapelajaran yang baharu diuji pertama kalinya di SMISTA iaitu subjek Maharat al-Quran dan Hifz al-Quran, keputusan diperolehi agak membanggakan dengan gred purata matapelajaran (GPMP) 1.00 dan 1.49.

Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) Kuala Lumpur juga telah mencatat keputusan yang membanggakan. Dengan memperolehi kelulusan 100%, GPS 1.45, seramai 3 orang pelajar telah mendapat A dalam semua 13 matapelajaran. Manakala 56 orang calon lain memperolehi 10A.

Selain itu, SMA-MAIWP Labuan masih mengekalkan status sekolah menengah agama cemerlang di Labuan dalam PT3 2017 dengan merekodkan GPS 2.52 dan peratus lulus ialah 98.31%.

Oleh: Abdul Halim

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAIWP CEMERLANG PT3 2017

5www.maiwp.gov.my

Page 6: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Selain itu, JKUU berfungsi meneliti sebarang cadangan pindaan ke atas mana-mana peruntukan di bawah akta sedia ada, kaedah, arahan, pekeliling dan garis panduan yang terpakai ke atas MAIWP sebelum dibawa ke peringkat tertinggi di MAIWP.

Kepakaran dimiliki oleh ahli JKUU dalam bidang tertentu amat diperlukan dalam usaha menambahbaik dan meningkatkan kecekapan urusan perundangan di MAIWP yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Jawatankuasa Undang-undang (JKUU) ditubuhkan oleh MAIWP berperanan memantau dan memerhati gerak kerja yang dilaksanakan di MAIWP supaya bertepatan dengan lunas perundangan dan selari dengan kehendak Hukum Syarak.

JKUU menampilkan 9 orang ahli baharu yang terdiri daripada pengamal undang-undang berpengalaman dan penasihat undang-undang dari agensi kerajaan yang tepilih. Kes-kes melibatkan MAIWP samada sivil mahupun shariah menjadi fokus utama yang akan dibincangkan lebih terperinci di kalangan ahli JKUU. Di samping itu, segala suratcara atau mana-mana perjanjian yang dimeterai oleh MAIWP akan diperhalusi demi memastikan hak dan kepentingan MAIWP terjamin.

AHLI JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG BAHARU

Breakfast Talk memberi peluang kepada kakitangan sokongan untuk berinteraksi terus dengan pengurusan tertinggi.

“Breakfast Talk” merupakan satu platform kepada pegawai sokongan untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan tertinggi berkaitan isu-isu integriti. Beberapa perkara telah dibangkitkan dan akan dibawa untuk perbincangan di peringkat pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

6 Disember – Integriti merupakan elemen penting bagi mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah. Dengan adanya integriti, sesebuah organisasi dapat memajukan prinsip “good governance”, menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi dan memberikan kepuasan kepada pelanggan.

MAIWP sentiasa menerapkan budaya integriti dalam kalangan warganya. Baru-baru ini, Unit Integriti MAIWP telah mengadakan program “Breakfast Talk” Siri 2/2017 di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM. Ia melibatkan seramai 100 orang pegawai terdiri daripada pegawai kumpulan sokongan.

Pada program tersebut, para peserta diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya secara bual bicara santai.

Oleh: Liyana Udin NiahBREAKFAST TALK

Oleh: Abdullah As-Siddiq

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi menjawab soalan yang dikemukakan oleh peserta.

6

Page 7: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

MoU telah diadakan antara MAIWP dan Khazanah Nasional bagi Cadangan Pembangunan Semula Surau Bustanul Ulum yang terletak di dalam Projek Cadangan Pembangunan Taman Tugu oleh Khazanah Nasional Berhad.

Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan bermatlamatkan keuntungan yang terdiri dari berbilang komponen. Inisiatif ini diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, syarikat swasta serta pertubuhan masyarakat.

Tujuan Taman Tugu adalah untuk menjadi sebuah hutan urban untuk pelbagai komuniti. Ia akan melengkapi Taman Botani Perdana yang telah direkabentuk dengan cantik. Penciptaan kawasan hijau ini melibatkan pemuliharaan pokok-pokok yang sedia ada dalam lingkungan tapak seluas 66 ekar.

jurusan seperti kejuruteraan perubatan, perakaunan, pergigian dan pengajian Islam.

Penyerahan surat tawaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 20, Bangunan PERKIM oleh Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pengurus Baitulmal MAIWP.

Menurut beliau, bagi penerima biasiswa kali ini, sebanyak RM1.1 juta wang zakat diperuntukkan sehingga mereka tamat pengajian.

Selain Biasiswa Dalam Negara, MAIWP turut menaja para pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Biasiswa Pelajar Cemerlang ini sehingga kini telah menaja seramai 532 Pelajar dalam dan luar negara. Seramai 305 daripada mereka telah menamatkan pengajian dan kini bekerja di dalam pelbagai bidang industri.

7 Disember – Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan antara MAIWP dan Khazanah Nasional bagi Cadangan Pembangunan Semula Surau Bustanul Ulum yang terletak di dalam Projek Cadangan Pembangunan Taman Tugu oleh Khazanah Nasional Berhad.

MAIWP telah diwakili oleh Setiausaha MAIWP iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), En. Zahed bin Saidin.

Surau sedia ada seluas 0.39 ekar berkapasiti 1,200 jemaah akan digantikan oleh pihak Khazanah dengan bangunan baru berstatus surau jumaat berkapasiti 1,800 jemaah beserta 4 unit kuarters 2 tingkat di atas tanah seluas 3 ekar

27 November – Pendidikan merupakan asas penting dalam meningkatkan taraf kehidupan seseorang. Justeru, MAIWP telah meletakkan pendidikan antara aspek penting yang perlu dibantu dalam usaha mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan.

Dalam menunaikan amanah para pembayar zakat, MAIWP telah menawarkan 28 skim bantuan zakat yang meliputi keperluan asasi, pendidikan, berdikari, kebajikan dan dakwah.

Daripada 28 skim bantuan tersebut, sebanyak 9 skim adalah berkaitan pendidikan yang mana salah satunya adalah Biasiswa Baitulmal MAIWP. Ia diberikan kepada para pelajar cemerlang yang telah lulus sesi temuduga yang diadakan.

Baru-baru ini, pada 27 November 2017, seramai 20 orang pelajar cemerlang menerima biasiswa tajaan Baitulmal MAIWP Dalam Negara Sesi 2017/2018. Mereka terdiri daripada pelajar pelbagai

Oleh: Masnida Ali

MOU MENAIKTARAF SURAU BUSTANUL ULUM

Oleh: Noor NazliaBIASISWA ZAKAT RM1.1 JUTA

Biasiswa Pelajar Cemerlang Baitulmal MAIWP menaja pelajar dalam pelbagai bidang hasil daripada dana zakat.

7www.maiwp.gov.my

Page 8: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Lawatan IKB

21 November – Institut Kemahiran Baitulmal dan Institut Profesional Baitulmal, dua institusi di bawah MAIWP menerima kunjungan para peserta Seminar Pembangunan Asnaf Serantau daripada Indonesia, Brunei dan Singapura.

Bantuan Peralatan Sekolah Dapat Awal

25 November – Agihan bantuan pakaian dan kelengkapan bagi sesi persekolahan tahun 2018 kepada 17,890 orang anak-anak asnaf dengan peruntukan zakat sebanyak RM4.89 juta. Keluarga asnaf diberikan baucer dan ditebus di pusat edaran di Plaza

Dataran Merdeka bermula 25 November hingga 24 Disember 2017.

Kem Smart Solat Dar Assaadah

22 November – Kem Smart Solat Dar Assaadah menerapkan penghayatan yang lebih mendalam kepada pelatih Dar Assaadah dalam menunaikan ibadah solat. Dar Assaadah merupakan sebuah kompleks yang menempatkan wanita yang terjebak

dalam gejala sosial termasuk yang mengandung luar nikah.

8

Page 9: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Taklimat Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKB

20 November – Untuk menjayakan pelaksanaan EKSA di Institut Kemahiran Baitulmal, pihak pengurusan IKB telah mengadakan takllimat Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pensyarah dari Akademik Binaan Malaysia

(ABM) iaitu Encik Nazri bin Din telah dijemput bagi menyampaikan taklimat tersebut.

Bengkel Semakan Manual Prosedur Kerja

12-15 Disember – Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP mengadakan Bengkel Semakan Manual Prosedur Kerja untuk mengemaskini prosedur kerja BPI berikutan penambahan institusi baru di bawah BPI.

Kursus Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK)

4-10 Disember – Seramai 123 orang guru Tadika Islam MAIWP telah mengikuti Kursus Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK). Kursus ini memberi pendedahan tentang penggunaan KSPK Semakan 2017 yang telah di perbaharui oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

9www.maiwp.gov.my

Page 10: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 7 November. Kunjungan disambut mesra oleh Ybhg. Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki, isteri kepada YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Beberapa perkara telah dibincangkan hasil daripada kunjungan tersebut seperti kaedah terbaik membantu masyarakat yang tergolong dalam golongan fakir miskin di Wilayah Persekutuan khususnya di Putrajaya. Dalam pertemuan ini juga turut dijelaskan penentuan golongan fakir miskin melalui kaedah pengiraan haddul kifayah dan skim-skim bantuan zakat yang disediakan kepada asnaf.

Turut hadir bersama YBhg. Datuk Mohd Rahimi bin Rejab, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan dan Tuan Haji Zainudin Ariff bin Hasan, Exco Pendidikan Putrajaya serta beberapa orang pegawai yang berkaitan dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

Beliau bertanggungjawab kepada dua bahagian di MAIWP iaitu Bahagian Baitulmal dan Bahagian Pembangunan Insan. Beberapa siri lawatan dan pertemuan bersama bahagian dan institusi telah diadakan bagi membolehkan beliau memahami dengan lebih jelas peranan setiap bahagian/institusi.

Semoga pengetahuan dan pengalaman luas yang ada pada beliau akan membantu MAIWP melaksanakan agenda pembangunan ummah dengan lebih cemerlang.

MAIWP cawangan Putrajaya yang secara rasminya ditubuhkan pada 4 September 2017 mula bergerak aktif dalam menyantuni asnaf khususnya di Putrajaya.

Pada 8 November baru-baru ini, MAIWP Putrajaya telah terlibat dalam Program Mobile Team Putrajaya. Program ini melibatkan agensi pemberi bantuan iaitu MAIWP, Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bahagian Perkhidmatan Komuniti Perbadanan Putrajaya.

Ianya merupakan usaha bersepadu kerajaan bagi membantu membasmi kemiskinan. Kerjasama strategik secara bersama antara agensi-agensi pemberi bantuan ini membolehkan mereka yang kurang berkemampuan diberi perhatian dan bantuan secara menyeluruh berdasarkan kesukaran yang dihadapi.

Dalam usaha untuk memperkenalkan peranan MAIWP Putrajaya, satu kunjungan hormat kepada Pejabat Menteri Kementerian

12 Disember – MAIWP mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Mohd Ajib bin Ismail yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP yang baharu.

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipinjamkan ke MAIWP sebagai TKPE (Operasi) bermula 12 Disember 2017.

MAIWP PUTRAJAYA: BAHARU TETAPI PROAKTIF

SELAMAT DATANG TKPE (OPERASI) BAHARU

Ybhg. Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki menerima cenderahati daripada pihak MAIWP Putrajaya.

Oleh: Nor Aiza Adnan

Oleh: Wan Fadhli

10

Page 11: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

pencapaian hafazan Al-Quran. Pelajar-pelajar berpeluang untuk melakukan proses pengulangan al-Quran (I’adah) secara intensif dan menambah jumlah hafazan (Hifz al-Jadid) semasa khususnya bagi pelajar yang tidak mencapai silibus yang ditetapkan. Ia juga memberikan suasana baru kepada pelajar SMISTA dalam memperkukuh minat dan memberi keyakinan untuk menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran.

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP telah mengadakan Mukhayyam Huffaz 2017 (MH17). Ia merupakan program tahunan anjuran sekolah dengan kerjasama Darul Quran (DQ-JAKIM). Program ini telah diadakan selama 2 minggu bermula 24 November sehingga 9 Disember 2017 bertempat di Kampus DQ-JAKIM, Kuala Kubu Bharu.

Seramai 100 orang pelajar daripada Tingkatan 1 hingga 5 telah menyertai program ini yang bertujuan meningkatkan kualiti

Oleh: Nik Ahmad AfhamMUKHAYYAM HUFFAZ 2017

Turut hadir sama dalam lawatan ini, Al-Sheikh Al-Sheikh Al-Mudir, Ustaz Muhammad Al Zubair bin Abd Samad, Naib Al-Sheikh Al-Mudir Muhammad Haikal bin Abdul Hamid dan seorang guru pengiring.

Hasil dari program tersebut pelajar dapat berkongsi ilmu dan bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan hubungan kasih sayang antara pelajar dan warga emas. Selain itu juga dapat menjalinkan ukhuwwah diantara dua institusi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

7 Disember – Seramai 21 orang pelajar Pondok Moden Al-A’Baqirah (PMA) telah mengadakan program Tautan Ukhuwwah bersama penghuni Darul Ilmi, MAIWP.

Lawatan ini merupakan kunjungan pertama pelajar PMA ke Darul Ilmi. Sesi lawatan ini dapat mengeratkan silaturahim serta dapat memperkenalkan kepada pelajar tentang pusat pengajian Warga Emas.

Semasa program tersebut, pelajar diberi taklimat ringkas tentang pusat pengajian Darul Ilmi. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah majlis gotong royong di kawasan dusun dan program ramah mesra bersama warga emas.

Oleh: Norrol Asikin

PROGRAM TAUTAN UKHUWWAH PONDOK MODEN AL- A’BAQIRAH BERSAMA DARUL ILMI

11www.maiwp.gov.my

Page 12: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Anak-anak yatim dan anak-anak daripada daripada golongan asnaf sentiasa mendapat pembelaan daripada MAIWP.

Selain dibantu menerusi skim-skim bantuan zakat, MAIWP turut menubuhkan sebuah kompleks yang dinamakan Darul Kifayah.

Darul Kifayah menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak daripada keluarga asnaf fakir, miskin dan muallaf berusia 10 hingga 17 tahun. Di sini segala keperluan harian mereka seperti keperluan diri, makan minum dan sebagainya ditanggung sepenuhnya oleh MAIWP menggunakan dana zakat.

Beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves di atas tanah seluas 22 hektar, pelbagai kemudahan disediakan seperti asrama, perpustakaan, makmal komputer, surau jumaat, dewan makan, tempat beriadah dan banyak lagi.

Pada tahun 1994 beliau menjadi keluarga Darul Kifayah ketika berusia 14 tahun.

Setelah tamat belajar di peringkat sekolah, beliau menyambung pengajian ke Master of Science in Process Integration (UTM) dan Bachelor of Engineering (Chemical) with first class Degree Honours (UTM). Kini beliau bergelar Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Darul Kifayah bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk melahirkan anak-anak Darul Kifayah yang berjaya.

Seorang lagi yang berjaya adalah Puan Nurhanim binti Mohamed Daud. Berasal daripada keluarga yang susah, pada tahun 1999-2001, ketika berusia 15 tahun, beliau dihantar memasuki Darul Kifayah.

Setelah tamat belajar di peringkat menengah, beliau telah melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini, beliau bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Beliau pernah menerima Anugerah Pekerja Contoh dan turut aktif dalam aktiviti sukarelawan dengan menjadi Setiausaha National Austim Society of Malaysia (NASOM).

Inilah antara usaha MAIWP dalam memanfaatkan wang zakat agar golongan asnaf dapat dibantu semaksimum yang mungkin.

Darul KifayahPEMBELAAN UNTUK

ANAK YATIM

Puan Siti Rafidah, bekas pelajar Darul

Kifayah yang kini bergelar pensyarah.

Puan Nurhanim, bekas pelajar Darul

Kifayah yang kini bergelar peguam.

Anak-anak di sini akan dihantar mengikut pembelajaran di sekolah-sekolah yang terletak di sekitar Kuala Lumpur. Pengangkutan bas ke sekolah disediakan oleh MAIWP termasuk belanja wang saku, buku dan peralatan sekolah.

Mereka juga akan mengikuti kelas-kelas tambahan yang diadakan pada sebelah malam bagi membantu meningkatkan kecemerlangan dalam akademik.

Ramai di antara bekas pelajar Darul Kifayah yang kini telah berjaya. Antaranya adalah Puan Siti Rafidah binti Abd Rashid.

Padang permainan merupakan antara kemudahan yang disediakan di Darul Kifayah untuk manfaat penghuni.

Pendidikan sangat dititikberatkan di Darul Kifayah.

12

Page 13: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

Apa yang kitatahu mengenainya?Lgbt

(Siri 2)

Oleh: Wan Azira binti Wan Salleh (peserta Kursus Pengurusan Khas di United Kingdom)

Dalam siri 1 yang lalu, penulis telah menceritakan sejarah gerakan LGBT di UK. Dalam siri kali ini, penerangan lebih lanjut tentang organisasi yang memperjuangkan LGBT sehingga terdapat kumpulan yang mendakwa mereka LGBT Muslim.

Walaupun undang-undang United Kingdom mengiktiraf golongan LGBT, namun tidak semua masyarakat di UK dapat menerima perlakuan golongan ini. Golongan LGBT di sana masih menjadi mangsa jenayah kebencian, diskriminasi dalam perniagaan dan perkhidmatan.

Oleh itu, beberapa organisasi/pertubuhan telah bergerak aktif memperjuangkan golongan LGBT ini.

Gerakan LGBT di UK

Stonewall merupakan satu organisasi yang banyak mempromosikan golongan ini dan memastikan mereka diterima dan dilayan dengan sebaiknya oleh masyarakat.

Salah satu kaedah yang digunakan oleh Stonewall adalah dengan bekerjasama dengan organisasi dan selebriti termasuk pemain-pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Antara selebriti bolasepak EPL adalah pemain pasukan Liverpool. Mereka akan memakai lambang LGBT iaitu Rainbow Flag sama ada sebagai wrist band ataupun tali kasut sebagai menunjukkan sekongan mereka kepada golongan ini.

Stonewall

Peter Tatchell Foundation juga merupakan satu lagi organisasi yang memperjuangkan golongan LGBT di United Kingdom.

Organisasi ini memperjuangkan agar golongan LGBT diterima dan diberi hak yang sama sebagaimana individu normal atas dasar hak asasi manusia.

Perjuangannya bukan hanya di United Kingdom malah juga di seluruh dunia. Pada masa ini organisasi ini sedang memperjuangkan agar hak asasi manusia golongan LGBT dibincangkan di Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)) yang akan berlangsung di United Kingdom pada tahun 2018.

Peter Tatchell Foundation

Di UK juga terdapat organisasi yang memperjuangkan LGBT Muslim.

Mereka menamakan kumpulan mereka dengan “Imaan”. Mereka bergerak secara aktif dalam melindungi golongan LGBT Islam yang dipinggirkan oleh keluarga mereka.

Imaan memperjuangkan nilai-nilai Islam dan dalam masa yang sama menerima dan mengiktiraf perlakuan LGBT. Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam di mana Islam mengharamkan perlakuan seperti ini.

Imaan - Gerakan LGBT Muslim?

AMARAN KERAS

Gejala songsang ini sebenarnya telah berlaku sejak zaman dahulu lagi. Kaum Nabi Lut iaitu dari bangsa Sodum telah dijadikan sebagai "Trade Mark" kepada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Kemurkaan Allah terhadap mereka membawa kepada kehancuran negeri dan bangsa mereka dalam sejarah manusia. Berdasarkan kajian dan laporan yang dibuat, perlakuan ini bukan sahaja berlaku kepada golongan bawahan tetapi juga berlaku kepada golongan professional.

Kisah Nabi Lut dan kaum Sodum, diceritakan dengan jelas di dalam Al-Quran.

Elakkan Anak-Anak Terjebak

Tindakan awal harus diambil bagi menangani isu ini dalam masyarakat Islam khasnya dan Malaysia amnya.

Perlakuan seperti ini tidak boleh dibiarkan terus merebak di dalam masyarakat. Ibu bapa perlu mengambil berat dan perihatin terhadap tingkah laku dan sosial anak-anak.

Usaha awal ibu bapa dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dan terpengaruh dengan gejala ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang terhindar dari gejala songsang ini.

Atas perlakuan kaum Sodum ini, Allah telah menimpakan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat.

Dan (Kami juga telah mengutus) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampui batas.

Surah Al-A’raf ayat 80-81

Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.

Surah Hud ayat 82-83

13www.maiwp.gov.my

Page 14: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

PENCAPAIAN MAIWP 20172017MAIWP KEKALKAN PRESTASI AUDIT BERSIH

Pada tahun ini, Jabatan Audit Negara (JAN) sekali lagi telah memberikan Sijil

Audit Bersih Tanpa Teguran kepada Penyata Kewangan MAIWP. Pencapaian

ini merupakan pencapaian tahun ke-11 berturut-turut.

PEMBENTANGAN PROJEK INOVASI PAZA DI NTEX APIC 2017

Kumpulan Sufi berjaya dalam Pertandingan Konvensyen Team

Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition

(APIC 2017) pada 15-16 November 2017 di Genting Highlands, Pahang.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation

(MPC).

MAIWP TERIMA GOLD AWARD

MAIWP meneruskan kecemerlangan dalam bidang kreativiti dan inovasi pada tahun ini. Kejayaan ini dicipta

dalam Pertandingan Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara

2017 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 15-16 Ogos

2017 di Pulau Pinang.

PENCAPAIAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2016-SMA MAIWP

Seramai 107 orang calon SMA MAIWP telah menduduki Peperiksaan

Sijil Menengah Agama 2016 yang berlangsung dari 21-25 November

2016. SMA MAIWP menduduki tempat ke dua secara keseluruhannya di

Wilayah Persekutuan dan tempat ke empat bagi sekolah di Selangor dan

Wilayah Persekutuan.

14

Page 15: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

PENCAPAIAN MAIWP 20172017

Pembukaan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Wangsa Maju

Pembukaan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Wangsa Maju.

Tadika Islam Cawangan Terbaru Dibuka

Tadika Islam di Taman Intan Baiduri siap dibina dan mula beroperasi.

Tawaran Kerja bagi Anak Asnaf

20 orang anak asnaf tamat program transformasi asnaf latihan kimpalan

dan pensijilan antarabangsa & terima surat tawaran kerja.

Perasmian Bangunan Baru Asrama MAIWP Mesir

Perasmian Bangunan Baru Asrama MAIWP Mesir.

15www.maiwp.gov.my

Page 16: NASKHAH PERCUMA Bil. 12/2017 (November–Disember) • Rabiul

BANTUANKECEMASAN

KOS

SARA

HIDUP

BEBANSEWA

RUMAH

KOS

PERUBATAN

Secara Tidak Langsung

MAJLIS AGAMA ISLAMWILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Agihan Zakat

HOTLINE SKUAD JEJAK ASNAFBAITULMAL MAIWP

012-518 3614012-512 7614

ANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANANDA PERLU

WANG ZAKAT?BANTUANSila hubungi

TALIAN BEBAS TOL BAITULMAL MAIWP

1800-88-5222

Taska Darul HannanInstitusi penjagaan dan pendidikan harian bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun.

Tadika-tadika Islamdi Wilayah PersekutuanMenyediakan pendidikan pra sekolah kepada kanak-kanak 5 & 6 tahun.

Sekolah MenengahAgama MAIWPMenyediakan pendidikan menengah dengan gabungan kurikulum kebangsaan dan azhari.

Sekolah MenengahIntergrasi Sains Tahfiz (SMISTA)Menyediakan pendidikan menengah dengan gabungan kurikulum kebangsaan dan azhari.

Darul IlmiMenyediakan pendidikan dan pengajian agama secara insentif kepada umat Islam yang berumur 55 tahun keatas.

Institut KemahiranBaitulmal (IKB)Menyediakan latihan kemahiran yang diiktiraf kepada anak-anak fakir dan miskin.

Institut ProfesionalBaitulmal (IPB)Menawarkan kursus peringkat diploma dan sijil profesional dalam bidang perniagaan, perakaunan dan perniagaan.

Kolej Sains PerubatanAntarabangsa PUSRAWI(PICOMS)Menawarkan kursus peringkat diploma dalam kejururawatan dan sains kesihatan.

Darul KifayahMenyediakan tempat tinggal dan jaminan peluang pendidikan kepada anak-anak yatim daripada keluarga asnaf.

Dar AssaadahMenyediakan perlindungan dan bimbingan kepada golongan wanita tersasar arah.

Institusi Pendidikan

Institusi Perlindungandan Kebajikan

Penubuhan Prasaranadi bawah Kerjasama StrategiLautan Biru Kebangsaan

Bagi mendapatkan info berkaitan Laporan Tahunan MAIWP 2016, orang

ramai boleh memuat turun di laman sesawang:

www.maiwp.gov.my