inovasi terhadap amalan pemindahan teknologi bagi industri pertanian negara

11
INOVASI TERHADAP AMALAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI BAGI INDUSTRI PERTANIAN NEGARA Mohd Johaary Abdul Hamid Program Pengurusan Kualiti dan Inovasi Bahagian Urusan Korporat MARDI ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan amalan pemindahan teknologi bagi industri pertanian yang diamalkan di MARDI dan mengesyorkan proses baru (inovasi) terhadap amalan pemindahan teknologi pertanian Negara untuk diimplementasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta agensi-agensi di bawahnya. Model pemindahan teknologi bagi industri pertanian yang dibangunkan oleh MARDI terbukti berkesan melalui amalan penilaian terhadap (teknologi, pasaran, kewangan dan bisnes), penerbitan, seminar, pameran, promosi, pembangunan usahawan (pemilihan rakan-kongsi/pembeli), QAS (Quality Assurance System), inkubator teknologi, `test bed teknologi, latihan teknikal, makmal analisis, ladang contoh dan tanah. Model yang dibangunkan ini turut merangkumi aktiviti pemindahan teknologi melalui peningkatan skala yang bertindak sebagai teknologi supply-push dan teknologi demand pull . Walau bagaimanapun, inovasi terhadap amalan pemindahan teknologi yang ingin disyorkan ini adalah lebih menyeluruh kerana ia merangkumi mekanisme perhubungan pemindahan teknologi yang disepadukan dengan amalan penyelidikan dan pembangunan (R&D), permintaan terhadap teknologi, penawaran terhadap teknologi, persaingan, struktur dan strategi firma yang melibatkan Kerajaan selaku pemberi geran serta pembuat polisi terhadap setiap sub-sektor pertanian. Inovasi yang dibangunkan ini merupakan kerangka kerja holistik untuk pelbagai sub-sektor pertanian dan industri pemprosesan makanan yang ingin dijana dan seterusnya dikomersilkan. PENGENALAN Dalam industri pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi merupakan elemen yang sangat penting kepada peningkatan sesuatu produktiviti (Ball & Norton, 2002). Sejarah dunia membuktikan bahawa, agensi awam di Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama R&D kepada bidang pertanian dan juga pembekal utama kepada teknologi baru. Walau bagaimanapun, pada era 1980an sektor swasta telah mula memainkan peranan yang lebih penting dalam penyelidikan pertanian bagi memenuhi peningkatan terhadap permintaan makanan sedunia serta jaminan terhadap kualiti keselamatan makanan yang dihasilkan (Fuglie et al.,1996). Disebabkan peranan yang dimainkan oleh agensi awam dan swasta sangat penting

Upload: joeharry77

Post on 05-Jul-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

INOVASI TERHADAP AMALAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI BAGI INDUSTRI PERTANIAN NEGARA

Mohd Johaary Abdul Hamid Program Pengurusan Kualiti dan Inovasi

Bahagian Urusan Korporat MARDI

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan amalan pemindahan teknologi bagi industri pertanian yang diamalkan di MARDI dan mengesyorkan proses baru (inovasi) terhadap amalan pemindahan teknologi pertanian Negara untuk diimplementasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta agensi-agensi di bawahnya. Model pemindahan teknologi bagi industri pertanian yang dibangunkan oleh MARDI terbukti berkesan melalui amalan penilaian terhadap (teknologi, pasaran, kewangan dan bisnes), penerbitan, seminar, pameran, promosi, pembangunan usahawan (pemilihan rakan-kongsi/pembeli), QAS (Quality Assurance System), inkubator teknologi, `test bed’ teknologi, latihan teknikal, makmal analisis, ladang contoh dan tanah. Model yang dibangunkan ini turut merangkumi aktiviti pemindahan teknologi melalui peningkatan skala yang bertindak sebagai teknologi ‘supply-push’ dan teknologi ‘demand pull’. Walau bagaimanapun, inovasi terhadap amalan pemindahan teknologi yang ingin disyorkan ini adalah lebih menyeluruh kerana ia merangkumi mekanisme perhubungan pemindahan teknologi yang disepadukan dengan amalan penyelidikan dan pembangunan (R&D), permintaan terhadap teknologi, penawaran terhadap teknologi, persaingan, struktur dan strategi firma yang melibatkan Kerajaan selaku pemberi geran serta pembuat polisi terhadap setiap sub-sektor pertanian. Inovasi yang dibangunkan ini merupakan kerangka kerja holistik untuk pelbagai sub-sektor pertanian dan industri pemprosesan makanan yang ingin dijana dan seterusnya dikomersilkan.

PENGENALAN

Dalam industri pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi merupakan elemen yang sangat penting kepada peningkatan sesuatu produktiviti (Ball & Norton, 2002). Sejarah dunia membuktikan bahawa, agensi awam di Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama R&D kepada bidang pertanian dan juga pembekal utama kepada teknologi baru. Walau bagaimanapun, pada era 1980an sektor swasta telah mula memainkan peranan yang lebih penting dalam penyelidikan pertanian bagi memenuhi peningkatan terhadap permintaan makanan sedunia serta jaminan terhadap kualiti keselamatan makanan yang dihasilkan (Fuglie et al.,1996). Disebabkan peranan yang dimainkan oleh agensi awam dan swasta sangat penting dalam meningkatkan industri pertanian sesebuah negara, maka konsep pemindahan teknologi diperkenalkan.

Page 2: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Sehubungan itu, pemindahan teknologi telah menjadi antara tajuk yang paling popular dalam bidang perniagaan dan juga pengurusan teknologi. Ianya menjadi signifikan kerana penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik / saintis di makmal dipindahkan kepada sektor swasta untuk dikomersilkan dan secara langsung telah membuka peluang pekerjaan baru, meningkatkan pertumbuhan perniagaan baru dan sedia ada serta dapat meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi masyarakat. (Matkin,1990; Parker & Zilberman,1993; Proctor,1993).

Terdapat beberapa mekanisme atau kaedah pemindahan teknologi dalam bidang pertanian dan antaranya adalah amalan yang dilakukan oleh United States Department of Agriculture (USDA) iaitu melalui komunikasi di antara saintis dan pengguna teknologi, penerbitan saintifik, jalinan kerjasama di kalangan sesama saintis dan penggunaan harta intelek bagi melindungi teknologi yang dihasilkan (US Research Council, 1995).

Pemindahan teknologi dalam industri pertanian telah pun diamalkan di negara kita. Bahkan, di dalam misi Dasar Pertanian Negara Ketiga, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menggariskan bahawa peningkatan produktiviti serta daya saing sektor pertanian adalah melalui amalan ‘pemindahan teknologi’. MARDI selaku institut yang bertanggungjawab di dalam bidang R&D pertanian juga telah menetapkan sasaran bahawa elemen ‘pemindahan teknologi’ dan ‘komersilisasi’ diperlukan bagi meningkatkan produktiviti pertanian dan kualiti makanan negara.

Justeru itu, di antara tujuan kertas kerja ini adalah untuk (i) membincang pemindahan teknologi dalam industri pertanian sebagaimana yang diamalkan oleh institut; serta (ii) mengesyorkan inovasi dalam pemindahan teknologi pertanian.

(i) Amalan Pemindahan Teknologi Pertanian di MARDI MARDI telah membangunkan amalan pemindahan dan pengkomersilan teknologi seperti yang terdapat di Lampiran 1. Mekanisme serta kaedah pemindahan dan pengkomersilan teknologi yang diamalkan di MARDI adalah seperti berikut: penilaian (teknologi, pasaran, kewangan dan bisnes), penerbitan, seminar, pameran, promosi, pembangunan usahawan (pemilihan rakan-kongsi/pembeli), QAS (Quality Assurance System), inkubator teknologi, `test bed’ teknologi, latihan teknikal, makmal analisis, ladang contoh dan tanah.

Model yang dibangunkan ini turut merangkumi aktiviti pemindahan teknologi melalui peningkatan skala yang bertindak sebagai teknologi ‘supply-push’ (Lampiran 2) dan teknologi ‘demand pull’ (Lampiran 3). Dengan wujudnya model ini, terbukti ianya dapat meningkatkan lagi penyelidikan yang mempunyai daya saing serta inovasi yang tinggi di samping lebih banyak teknologi MARDI yang dapat dikomersilkan seterusnya membolehkan teknologi tersebut dipatenkan melalui perlindungan harta intelek.

Page 3: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Amalan pemindahan teknologi yang dilakukan oleh MARDI ini terbukti sangat berkesan terutama yang melibatkan ‘public good’ dan ‘industrial good’. Sehubungan itu, kejayaan memindahkan teknologi ini juga boleh ditingkatkan lagi melalui inovasi yang disyorkan dengan melibatkan lebih banyak penglibatan terutamanya daripada pihak swasta. Kewujudan hubungan simbiosis antara MARDI dengan pihak swasta sedia ada terbukti dapat menjana lebih banyak teknologi yang berjaya dikomersilkan di mana teknologi tersebut didapati sama baik atau lebih baik daripada teknologi yang dihasilkan oleh syarikat pesaing lain.

(ii) Mengesyorkan Inovasi Terhadap Pemindahan Teknologi Pertanian

Inovasi yang disyorkan (Lampiran 4) bersifat lebih holistik bagi memantapkan lagi amalan pemindahan teknologi pertanian Negara. Sebagai contoh kejayaan MARDI menghasilkan varieti keledek VitAto sehingga berjaya dikomersilkan boleh dijadikan tanda aras dalam membuat suatu penilaian mengenai amalan pemindahan teknologi MARDI kerana ia mengikut sistem yang terdapat di dalam proses baru yang dikemukakan.

Mekanisme pemindahan teknologi keledek VitAto yang dikemukakan bermula daripada Kerajaan atau MOA yang bertindak sebagai perancang dan menentukan dasar mengenai komoditi keledek yang mempunyai kriteria nasional iaitu bagi mengurangkan imbangan dagangan negara (BOT) terhadap pengimportan jagung bijian (kira-kira RM1 bilion setahun), tepung gandum (kira-kira RM800 juta setahun) dan ubi kentang (kira-kira RM60 juta setahun). Ubi keledek berpotensi untuk menggantikan sebahagian daripada import tersebut dengan memprosesnya menjadi tepung yang boleh menggantikan jagung bijian, tepung gandum dan kentang (Malaysia, 2005). Justeru, MOA telah memberi geran penyelidikan kepada MARDI untuk melakukan R&D yang menjurus kepada keutamaan Negara di mana hasilnya nanti boleh dikomersilkan. Natijahnya, keledek VitAto berjaya diisytiharkan pada tahun 2007 untuk kegunaan makan segar dan diproses. Melalui kajian tersebut, MOA memperoleh maklumat serta data melalui amalan R&D yang dilakukan oleh MARDI.

Penyelidik / saintis MARDI yang berjaya menghasilkan keledek VitAto telah memindahkan teknologi melalui penerbitan saintifik, brosur, pamplet dan poster yang dihasilkan di samping sesi penerangan, seminar, kursus, bengkel dan seumpamanya kepada agensi-agensi pertanian awam (public linkages) seperti Jabatan Pertanian, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta melalui pihak media massa sama ada televisyen, radio dan surat khabar.

Agensi-agensi pertanian awam ini bertindak selaku agen pengembangan kepada golongan sasar untuk mengguna pakai teknologi yang dihasilkan. Setelah berjaya meyakinkan golongan petani untuk menggunakannya maka golongan sasar yang berikutnya adalah pihak awam dan swasta melalui aktiviti

Page 4: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

peningkatan skala, ‘business matching’ serta forum perniagaan yang dilakukan bersempena dengan Hari Bersama Pelanggan, Showcase Biobusiness MARDI serta MAHA International (Malaysian Agriculture and Horticulture Agro-Tourism International Show). Kejayaan meyakinkan pihak awam dan swasta seperti Lembaga Tembakau Negara (LTN), KETARA, MADA, Projek DiRaja Kelantan, Nestle dan hypermarket Giant untuk melabur dalam industri ini telah mengorak langkah yang lebih dinamik sehingga berjaya mengkomersilkan keledek VitAto.

Permintaan dan penawaran terhadap teknologi yang dirangka dalam proses baru ini juga bertujuan untuk mengetahui apakah teknologi baru yang diperlukan dan ditawarkan oleh petani, stakeholders, PKS dan pengilang terhadap keledek VitAto. Melaluinya, jaringan yang efektif melalui pemindahan teknologi di antara penawaran dan permintaan terhadap ’public good’ dan ’industrial good’ boleh dimanfaatkan oleh MARDI, institusi penyelidikan dan pihak universiti untuk menambahbaik kaedah penanaman atau pemprosesan keledek VitAto melalui amalan R&D yang dilakukan.

Di samping itu, amalan baru ini turut mengemukakan faktor- faktor utama yang menjadikan sesebuah firma atau industri keledek itu dianggap kuat dan berdaya saing terutamanya melalui persaingan serta strategi-strategi yang khusus seperti berikut:

Mempunyai sumber manusia yang mencukupi terutamanya agen pengembangan bagi menggerakkan pemindahan teknologi keledek kepada golongan sasar

Industri mempunyai jaringan hubungan yang efektif dengan ’up-stream suppliers’ dan pelanggan.

Perlu menggalakkan lebih ramai usahawan serta petani mengusahakan tanaman keledek VitAto serta membuka lebih banyak peluang penubuhan PKS dan kilang besar baru untuk memproses keledek VitAto untuk dijadikan produk hiliran.

Untuk jangkamasa panjang, lebih banyak persaingan daripada firma tempatan adalah lebih baik kerana ia akan meletakkan tekanan ke atas firma tersebut untuk lebih berinovasi dan meningkatkan lagi produknya. Oleh itu, persaingan firma tempatan yang tinggi akan mengakibatkan persaingan Global yang rendah.

Oleh yang demikian, inovasi yang disyorkan ini memberi penekanan terhadap persaingan, struktur dan strategi MOA dan agensi-agensi di bawahnya dalam mempastikan industri keledek Negara terus berdaya saing diperingkat Global. R&D yang dilakukan oleh MARDI, IPTA/IPTS dan pihak industri adalah menjadi teras terhadap permintaan dan penawaran teknologi. Ianya perlu menjadi fokus utama bagi industri keledek Negara dengan menggalakkan lebih banyak penciptaan terhadap teknologi baru. Secara tidak langsung, inovasi yang terhasil membolehkannya bersaing dengan industri keledek di peringkat Global dan memenuhi kehendak sebenar industri tempatan. Manakala, mekanisme

Page 5: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

pemindahan teknologi merupakan elemen terpenting yang perlu dipertingkatkan melalui sistem penyampaian yang berkesan melalui agen pengembangan awam daripada Jabatan Pertanian, LPP, LTN dan FAMA (public linkages) yang berurusan secara terus dengan pihak penyelidik, petani, PKS, pemborong, ’stakeholders’ dan pengilang.

PENUTUP

Aktiviti pemindahan teknologi sangat penting untuk menjadikan sesuatu teknologi itu diterima pakai di kalangan golongan sasar, meningkatkan produktiviti serta bersifat inovasi. Inovasi pemindahan dan pengkomersilan teknologi yang dibangunkan sangat komprehensif, holistik dan dinamik di mana ianya boleh menjadi contoh rujukan kepada mana-mana Kementerian, institusi penyelidikan, universiti dan sektor swasta.

Sehubungan itu, bagi menjayakan inovasi ini kerjasama jitu antara penyelidik dan agen pengembangan di setiap agensi di bawah MOA, pengukuhan sistem mentor-mentee serta jalinan (networking) yang lebih mantap antara agensi pertanian dengan sektor awam (public linkages) dan swasta (private linkages) mampu menghasilkan teknologi yang terbaik untuk dikomersilkan. Mekanisme yang disyorkan penulis ini juga bukan bersifat satu hala tetapi prosesnya perlu berulangkali dan berterusan termasuk melakukan kajian impak teknologi mengenainya setiap lima tahun serta mengambil pandangan pengguna mengenai ciri-ciri teknologi yang dibangunkan serta menjadi pilihan semasa.

Page 6: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

RUJUKAN

Ball, V.E.,& Norton, G.W.(Eds).(2002).Agricultural Productivity: Measurement and Sources of Growth.Boston/Dordrecht/London: Kluwer Academic Publishers.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (2002). Pemindahan Teknologi.Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

Fuglie,K.,Ballenger,N.,Day,K.,Klotz,C.,Ollinger,M.,Reilly,J.,etal.(1996).Agricultural Research and Development : Public and Private Investment under Alternative Markets and Institutions (agricultural economic report number 735). Washington,DC: USDA Economic Research Service.

Malaysia (2005). Action Plans For Balance of Trade (BOT) in Food Sector (2000-2010), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Putrajaya.

MARDI (2008). Misi dan Visi Institut Penyelidikan dan Pembangunan Kemajuan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Malaysia

Matkin,G.(1990).Technology Transfer and The University.New York,N.Y.:Macmillan Publishing Company

US Research Council.(1995). Allocating Federal Funds for Science and Technology. Washinghton,DC:National Academy Press

Zhao, Liming & A.Reisman (1992) Toward Meta Research On Technology Transfer. IEEE Transactions On Engineering Management,39(1):13-21

Page 7: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Lampiran 1

Mekanisme Pemindahan & Pengkomersilan Teknologi MARDI

Page 8: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Lampiran 2

Aktiviti Pemindahan Teknologi (Supply-Push)

Page 9: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Lampiran 3

Aktiviti Pemindahan Teknologi (Demand – Pull)

Page 10: Inovasi Terhadap Amalan Pemindahan Teknologi Bagi Industri Pertanian Negara

Lampiran 4

Inovasi Pemindahan Teknologi Pertanian

R&DMARDI IPTA/IPTSINDUSTRI

Firma, Persaingan & Strategi

Permintaan Teknologi

Penawaran

Teknologi

MEKANISME PERHUBUNGANPEMINDAHAN TEKNOLOGI