tahap aplikasi pemindahan teknologi oleh … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada...

29

Upload: nguyenthuan

Post on 28-Jun-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian
Page 2: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian
Page 3: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH PENSYARAH

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DALAM PROSES PENGAJARAN. SATU KAJIAN

DI POLITEKNIK SHAH ALAM, SELANGOR DAN POLITEKNIK JOHOR BAHRU,

JOHOR.

MOHD. ZAINAL BIN ABDUL RAHIM

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .........................................................

Nama Pengkaji : MOHD. ZAINAL BIN ABDUL RAHIM

Tarikh : 01 HB. MARCH 2004

Page 5: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

iii

Buat Emak dan Abah tersayang…

Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.

Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan

kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan

dugaan hari mendatang. Tak terbalas budi kalian pada diri ini sampai bila-bila.

Buat Ibu Mertuaku... . .

Ketabahan hati serta kasih sayang yang kau berikan buat diri ini, amat ku sanjungi.

Untuk Isteriku.....

Norlaila Wati Osman yang amat kucintai.....

Dalam melayari bahtera di lautan yang penuh gelombang, kau sering sisipkan kasih sayang,

dorongan dan kesabaranmu agar aku tidak mabuk dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia.

Terima kasih atas segalanya.

Dan,

Buat Anak-anak Comelku......

Muhammad Zikry & Muhammad Zafran

Moga kejayaan ayahmu ini akan merintis jalan serta memberi inspirasi buat kalian

mengejar impian dan kejayaan.

Akhirnya,

Buat Teman Seperjuangan......

Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan

diriku terus bertahan dan terus bersaing.

Terima kasih semuanya.

Page 6: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya kajian

ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam dan hormat

buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima

kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, Prof Madya Dr. Muhammad Rashid Bin

Haji Rajuddin di atas dedikasi serta sikap profesional dalam membimbing serta

memberikan tunjuk ajar yang berguna dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Widad Bte Othman yang banyak

membantu serta memberikan nasihat berguna kepada diri ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah-pengarah, Ketua Jabatan

dan pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Shah Alam,

Selangor dan Politeknik Johor Bahru, Johor dalam memberikan kerjasama dan

kebenaran untuk menjalankan kajian di tempat kalian.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada

rakan-rakan PKPG dan semua pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan

ataupun khidmat nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses

menyiapkan kertas Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Page 7: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

v

ABSTRAK

Di dalam konteks pendidikan, pemindahan teknologi merupakan pemindahan

yang melibatkan aspek pengetahuan, kemahiran tentang sesuatu industri melalui

insfrastuktur serta kemudahan yang disediakan oleh sesuatu institusi pendidikan kepada

tenaga pengajarnya melalui proses pengajaran kepada para pelajar. Kajian ini bertujuan

untuk mengkaji tahap pemindahan teknologi yang diaplikasikan dalam proses

pengajaran oleh pensyarah kejuruteraan elektrik di Politeknik Shah Alam, Selangor dan

Politeknik Johor Bahru, Johor. Seramai 76 responden telah diambil bagi tujuan kajian ini.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Analisis

statistik deskriptif telah digunakan ke atas data kajian. Secara keseluruhannya, hasil

kajian menunjukkan tahap aplikasi pemindahan teknologi di kalangan pensyarah

kejuruteraan elektrik dalam proses pengajaran adalah berada pada tahap sederhana

(47%). Keputusan ini dipengaruhi oleh tahap pengetahuan (65.9%), tahap kemahiran

(43.7%) dan tahap hubungan dengan pihak industri (42.7%) yang sederhana. Walau

bagaimanapun, tahap kemudahan yang diterima dalam proses pemindahan teknologi

adalah berada pada tahap yang rendah (39.3%).

Page 8: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

vi

ABSTRACT

In the contact of education, technology transfer is referred to as the transfer of

knowledge and skills about industry through infrastructure and facilities provided by an

education institution to the instructors via teaching-learning process. The purpose of this

research is to study the level of technology transfer application in the teaching process

by electrical engineering lecturers at Polytechnic of Shah Alam, Selangor and

Polytechnic of Johor Bahru, Johor. A total of 76 respondents participated in this study.

The instrument used was a set of questionnaires. Descriptive statistics was used to

analyze the data gathered. In its entirety, the findings indicated that the level of

technology transfer application by electrical engineering lecturers was at a moderate

level (47%). The result has been influenced by the level of knowledge (65.9%), skills

(43.7%) and moderate relationship with industries (42.7%). However, the level of

facilities received in the process of technology transfer was at a low level (39.3%).

Page 9: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS JUDUL

JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN DEDIKASI

HALAMAN PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

xvi

xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN.

1

1.1 Pengenalan . 1

1.2 Latar Belakang Masalah. 4

1.3 Penyataan Masalah. 8

Page 10: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

viii

BAB PERKARA

1.4 Persoalan Kajian.

MUKA SURAT

8

1.5 Objektif Kajian. 9

1.6 Kepentingan Kajian. 10

1.7 Batasan Kajian.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Aplikasi

1.8.2 Pemindahan Teknologi

1.8.3 Pengajaran

1.8.4 Pensyarah

BAHAGIAN DUA

11

12

12

12

12

13

BAB II SOROTAN PENULISAN.

14

2.1 Pengenalan.

2.1.1 Strategi Pelaksanaan Kementerian

Pendidikan Malaysia

14

15

2.2 Teknologi 16

2.3 Pemindahan Teknologi 17

2.4 Ilmu Pengetahuan

2.5 Kemahiran

2.6 Hubungan Sektor Perindustrian dengan

Institusi Pendidikan.

2.7 Kemudahan dalam Proses Pemindahan

Teknologi

18

21

24

25

Page 11: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN.

27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian. 27

3.3 Tempat Kajian. 28

3.4 Responden Kajian. 28

3.5 Instrumen Kajian.

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

29

30

30

3.6 Kajian Rintis.

3.6.1 Kesahan dan Kebolepercayaan

Instrumen Kajian

32

32

BAB IV

3.7 Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

3.8.1 Kajian Deskriptif

3.8.2 Pengkelasan Peratusan dan

Pertimbangan.

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data: Bahagian A – Latar

Belakang Responden

33

33

35

35

MUKA SURAT

37

37

Page 12: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

x

BAB

BAB V

PERKARA

4.2.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut

Umur.

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Kelulusan Tertinggi.

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar.

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Waktu Pengajaran.

4.2.6 Taburan Responden Mengikut

Bilangan Kursus Berkaitan Bidang

Yang Pernah Dihadiri.

4.3 Analisis Kajian Dari Segi Pelbagai

Persoalan Kajian.

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4

4.4 Kesimpulan

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

MUKA SURAT

37

38

39

39

40

41

41

42

45

50

54

58

61

61

Page 13: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xi

BAB

PERKARA

5.2 Rumusan

5.2.1 Latar Belakang Responden

5.2.2 Tahap Pengetahuan Di Kalangan

Pensyarah.

5.2.3 Tahap Kemahiran Di Kalangan

Pensyarah.

5.2.4 Tahap Hubungan Pensyarah

Kejuruteraan Elektrik dengan

Pihak Industri Berkaitan

Kejuruteraan Elektrik.

5.2.5 Tahap Kemudahan Yang Diterima

Oleh Pensyarah Kejuruteraan

Elektrik Dalam Proses Pemindahan

Teknologi.

5.2.6 Rumusan Keseluruhan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Tahap Pengetahuan Di Kalangan

Pensyarah.

5.3.2 Tahap Kemahiran Di Kalangan

Pensyarah

5.3.3 Tahap Hubungan Pensyarah

Kejuruteraan Elektrik dengan

Pihak Industri Berkaitan

Kejuruteraan Elektrik.

5.3.4 Tahap Kemudahan Yang Diterima

Oleh Pensyarah Kejuruteraan

Elektrik Dalam Proses Pemindahan

Teknologi.

5.4 Cadangan

MUKA SURAT

62

62

63

64

64

65

66

66

66

68

69

69

70

Page 14: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xii

BAB PERKARA

5.4.1 Cadangan Kepada Pensyarah

Kejuruteraan Elektrik.

5.4.2 Cadangan Kepada Politeknik

5.4.3 Cadangan Kepada Jabatan

Pendidikan Teknik dan Vokasional

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan.

5.6 Penutup

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A - C

MUKA SURAT

71

72

73

74

75

76

81

81

Page 15: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1. Agihan dan Pulangan Soal Selidik 29

3.2. Taburan Item Berdasarkan Proses Pemindahan

Teknologi Dari Aspek Pengetahuan, Kemahiran,

Hubungan dengan Industri dan Kemudahan.

30

3.3. Cara Permarkatan Aspek Pengetahuan 31

3.4. Cara Permarkatan Aspek Kemahiran. 31

3.5. Cara Permarkatan Aspek Hubungan dengan Industri

dan Aspek Kemudahan

32

3.6. Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga

Mata.

35

3.7. Penilaian Peratusan Terhadap “Tahap” Bagi Setiap

Persoalan Kajian.

36

4.1. Taburan Responden Mengikut Jantina. 38

4.2. Taburan Responden Mengikut Umur. 38

4.3. Taburan Responden Mengikut Tahap Kelulusan

Tertinggi

39

4.4. Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar.

40

4.5. Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu

Mengajar.

40

Page 16: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xiv

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.6. Taburan Responden Mengikut Bilangan Kursus

Berkaitan Bidang Yang Pernah Dihadiri.

41

4.7. Analisis Item Berdasarkan Tahap Pengetahuan

Berkaitan Perkembangan Teknologi Industri Elektrik

Terkini Di Kalangan Pensyarah.

43

4.8. Analisis Item Berdasarkan Tahap Pengetahuan

Bidang Pengajaran Terkini Di Kalangan Pensyarah

44

4.9. Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang Tahap

Pengetahuan Di Kalangan Pensyarah.

45

4.10. Analisis Item Berdasarkan Tahap Kemahiran Di

Kalangan Pensyarah Berkaitan Mengendalikan dan

Membaiki Kerosakan Peralatan Elektrik Terkini.

46

4.11. Analisis Item Berdasarkan Tahap Kemahiran Di

Kalangan Pensyarah Berkaitan Kemahiran

Mengendalikan Serta Membaiki Peralatan Elektrik

Yang Khusus Digunakan Di Dalam Industri Elektrik

Terkini.

48

4.12. Analisis Item Berdasarkan Tahap Kemahiran Di

Kalangan Pensyarah Berkaitan Kemahiran

Menggunakan Bahasa Inggeris.

49

4.13. Analisis Item Berdasarkan Tahap Persoalan Tentang

Tahap Kemahiran Di Kalangan Pensyarah.

50

4.14. Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang Tahap

Jalinan Hubungan Dengan Industri Di Kalangan

Pensyarah.

52

Page 17: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xv

NO JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

4.15 Rumusan Analisis Item Berdasarkan Persoalan

Tentang Tahap Jalinan Hubungan Dengan Industri Di

Kalangan Pensyarah.

53

4.16 Analisis Item Berdasarkan Tahap Infrastruktur Yang

Diterima Dalam Proses Pemindahan Teknologi Oleh

Pensyarah.

55

4.17. Analisis Item Berdasarkan Tahap Kemudahan

Program Peningkatan Ilmu Pengetahuan dan

Kemahiran Oleh Pensyarah Dalam Pemindahan

Teknologi.

57

4.18. Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang Tahap

Kemudahan Diterima Pensyarah Dalam Proses

Pemindahan Teknologi.

58

4.19 Kesimpulan Keseluruhan Persoalan Kajian. 60

Page 18: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xvi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1.

Perkembangan Ekonomi Malaysia dari 1950-

1990an.

2

3.1 Carta Alir Prosedur Penyelidikan 34

Page 19: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xvii

SENARAI SINGKATAN.

BPPDP : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

IPT : Institut Pendidikan Tinggi.

JPTek : Jabatan Pendidikan Teknikal.

KDNK : Keluaran Dalam Negara Kasar.

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.

LDP : Latihan Dalam Perkhidmatan.

MTEN : Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

OHP : Over Head Projector.

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran.

RMKe-8 : Rancangan Malaysia Kelapan.

SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences.

UNESCO : United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization.

Page 20: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

Soal selidik

81

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan.

87

C Surat Kebenaran Pengarah Politeknik 89

Page 21: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia selepas merdeka merupakan sebuah negara yang menjalankan

kegiatan ekonomi yang berasaskan pertanian. Kelemahan ketara yang dilihat dari bentuk

kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh

kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian. Ini kerana sektor ini

menghadapi masalah terutama kekurangan tenaga kerja, harga komoditi yang tidak

menentu dan kekurangan tanah yang sesuai. Di dalam pencapaian objektif Wawasan

2020 di jangka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disasarkan

sebanyak 7.0 peratus setahun. Bagi jangka masa Rangka Rancangan Jangka Panjang

Kedua (RRJP2), sasaran pertumbuhan tersebut telah dapat dipenuhi melalui sektor

pembuatan dan perkhidmatan berbanding pertanian. Bahagian Keluaran Dalam Kasar

Negara (KDNK) dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan telah meningkat sebanyak

37.2 peratus dan 45.4 peratus dalam tahun 2000 berbanding sebanyak 27 peratus dan

42.3 peratus bagi tahun 1990. Sementara itu bidang pertanian telah menurun daripada

18.7 peratus kepada 13.7 peratus (Mahathir Mohammad, 1991).

Perpindahan kegiatan perindustrian dari negara maju ke negara membangun yang

disebabkan oleh faktor-faktor seperti penyahindustrian di negara maju dan pelbagai

sumber yang sedia ada di negara membangun telah mengubah corak kegiatan ekonomi

Page 22: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

di negara terbabit daripada tertumpu dalam sektor pertanian kepada sektor perindustrian

pembuatan dan perkhidmatan (Abibullah Haji Samsudin et al., 1994). Keadaan ini

sememangnya memberikan manfaat kepada negara membangun sendiri terutama

daripada aspek menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Pada awal tahun 1990-an, industri pembuatan di Malaysia telah mengalami

perubahan. Industri ini bukan hanya berorientasikan eksport tetapi sedang menuju ke

arah perindustrian berteknologi tinggi. Menurut Bauer (Abibullah Haji Samsudin et al.,

1994), keadaan ini telah dialami oleh negara perindustrian baru dan negara Asia

Tenggara termasuk Malaysia, bukan lagi negara yang dilihat sebagai negara yang

mempunyai tenaga kerja yang relatif murah tetapi negara yang mempunyai kadar upah

yang tinggi berbanding dengan negara China.

Rajah 1.1 : Perkembangan ekonomi Malaysia dari 1950-1990an.

Sumber: Ghosh, B.N (1997)

Di Malaysia, kawasan perindustrian seperti di Pulau Pinang, Selangor, Johor

melalui penyesuaian yang dilakukan di peringkat negeri, telah mula menggalakkan

industri berteknologi tinggi untuk melabur di negeri tersebut. Bermula dari tahun 1978,

negara ini menjadi antara negara utama pengeksport komponen elektrik dan elektronik.

Keupayaan Malaysia dalam industri berasaskan kejuruteraan elektrik ini banyak dibantu

oleh syarikat multinasional dan juga insentif kerajaan, misalnya Akta Insentif Pelaburan

1968 dan mewujudkan zon perdagangan bebas untuk industri yang berorientasikan

Ekonomi berasaskan Pertanian

1950 – 1970an

Ekonomi berasaskan

Perindustrian 1970 – 1990an

Ekonomi berasaskan Pengetahuan

1990an hingga kini

Page 23: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

eksport. Sumbangan industri berasaskan kejuruteraan elektrik kepada sektor pekerjaan

juga adalah penting. Malah sehingga kini industri tersebut telah menyumbangkan

peratusan yang tinggi kepada permintaan sektor pekerjaan dan yang tertinggi berbanding

sektor lain (Abibullah Haji Samsudin et al., 1994).

Malaysia beruntung kerana bukan hanya menyediakan pelbagai insentif kepada

pelabur untuk melabur di negara ini tetapi juga lebih penting ialah menyediakan tenaga

kerja yang mempunyai kelayakan yang tinggi bagi membolehkan mereka menyerap

teknologi daripada luar. Pemindahan teknologi ini berlaku terutamanya oleh bahagian

teknikal seperti jurutera, ahli sains, juruteknik dan juga di bahagian penyelidikan dan

pembangunan. Dari sudut pendidikan, guru dan tenaga pengajar dari institusi-institusi

pendidikan memainkan peranan penting dalam proses pemindahan teknologi yang

terkini kepada para pelajarnya.

Sistem pendidikan kebangsaan juga mengalami perubahan ke arah kemajuan dan

kemantapan bagi menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan

globalisasi, liberalisasi dan ledakan maklumat. Salah satu cabaran negara pada abad

yang ke-21 ini adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan

pengetahuan bagi menghadapi persaingan dengan negara-negara luar. Cabaran tersebut

menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri

K-worker, celik dan mahir dalam Information and Communication Technologies (ICT),

mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki

jatidiri dan daya saing yang tinggi. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan telah

menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara

yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia bagi

memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain daripada itu, guru dan tenaga

pengajar daripada institusi-institusi pendidikan bertindak sebagai agen kepada proses

pemindahan teknologi dalam menepati hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Page 24: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

Pembangunan pendidikan turut memberi penekanan kepada peningkatan kapasiti

setiap institusi bagi menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas pada semua

peringkat pendidikan. Mengikut Perangkaan Pendidikan Malaysia, sepanjang tempoh

tiga dekat yang lalu pendidikan tertiari telah menunjukkan peningkatan yang mendadak

dengan penambahan 16 buah politeknik dan 16 buah universiti awam. Pertambahan

bilangan institusi ini menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat

sumbangan yang besar dalam sektor pendidikan sejajar dengan kehendak negara untuk

mempunyai tenaga mahir dan separuh mahir yang mencukupi (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2001).

1.2 Latar Belakang Masalah

Peningkatan prestasi ekonomi yang menyeluruh dalam tempoh Rancangan

Malaysia Kelapan (RMKe-8) dijangka meningkatkan pertumbuhan guna tenaga dan

negara akan terus mencapai tahap guna tenaga penuh. Selaras dengan peralihan ekonomi

ke arah penggunaan modal yang lebih besar dan proses pengeluaran berasaskan

pengetahuan, permintaan akan lebih tertumpu kepada guna tenaga berkemahiran tinggi.

Oleh itu, negara perlu mewujudkan lebih banyak tenaga manusia terlatih, berkemahiran

tinggi dan berpengetahuan melalui sistem pendidikan untuk mengekalkan pertumbuhan

ekonomi dan meningkatkan daya saing.

Di dalam laporan RMKe-8, usaha akan diteruskan untuk memperkukuhkan

sistem penyampaian pendidikan dan latihan agar dapat bertindak balas dengan lebih

cepat terhadap perubahan keperluan industri dan perkembangan teknologi. Menurut

Mahathir Mohamad (2001), sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi

memastikan sumber tenaga manusia negara dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan

kemahiran. Menurut beliau lagi, sudah terbukti negara boleh membangun dan maju jika

ia mempunyai sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi

seperti jurutera, juruteknik, penyelia dan sebagainya.

Page 25: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

Yukio Shohtuku (2003), menyatakan Malaysia boleh berbangga dengan

terdapatnya sebilangan besar juruteknik dan pekerja-pekerja kemahiran yang

dikeluarkan dari pelbagai institut latihan vokasional untuk pelbagai industri dan

pekerjaan. Walau bagaimanapun, perubahan dalam teknologi kebelakangan ini telah

mewujudkan perbezaan keperluan-keperluan asas bagi latihan vokasional dan dalam

sesetengah kes boleh mengakibatkan berlakunya ketidak sesuaian antara program latihan

vokasional dengan keperluan industri semasa dan akan datang. Malah kelemahan di

dalam sistem latihan ataupun pendidikan teknik dan vokasional akan menyebabkan

kurangnya tenaga mahir yang seterusnya menjejaskan pertumbuhan industri dan

pengeluaran nasional (Aede Hatib, 1999). Ini juga bermakna, pengetahuan semasa,

kemahiran dan perkembangan teknologi terkini tidak dapat dipindahkan secara

bersepadu dan menyeluruh bagi melahirkan tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi

serta mempunyai pengalaman yang luas dalam industri.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk Rashdi Ramlan

menyatakan bahawa negara memerlukan 201,000 jurutera menjelang 2010 sebagai

persediaan menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 namun ketika ini

Malaysia hanya mempunyai 64,000 jurutera. Menurut beliau lagi, perangkaan Majlis

Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menetapkan antara bidang kejuruteraan yang

diperlukan kini adalah dalam bidang kejuruteraan elektrik yang hanya seramai 19,000

orang berbanding keperluan seramai 64,000 orang menjelang 2010. Ini menjelaskan

keperluan tenaga kerja sama ada peringkat profesional mahupun separa profesional amat

penting bagi pertumbuhan ekonomi yang mantap (Shahrin, 2003).

Dalam situasi negara yang sedang berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan

ekonomi dan industri, maka adalah penting bagi negara untuk mengekalkan daya

saingan dan produktiviti dengan menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran,

bermotivasi dan berpendidikan secara konsisten. Oleh itu, hasrat dan harapan negara

terhadap latihan dan pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi.

Page 26: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

Siti dan Nor Azizah (Aede Hatib,1999) menyatakan bahawa institusi-institusi

pendidikan yang terlibat di bidang vokasional dan teknikal hanya menitik beratkan

kursus–kursus yang berbentuk teori sahaja dan amat kurang menekankan aspek amali

terutamanya kerja-kerja amali di kilang atau sektor perindustrian. Menurut mereka lagi,

pendidikan teknik dan vokasional kurang melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang

betul dan secukupnya untuk pekerjaan kerana tiada perhubungan dengan suasana kerja.

Situasi ini adalah berbeza dengan situasi di negara-negara industri seperti Jerman, Jepun,

Korea Selatan dan sebagainya.

Germany where nearly 70% of all school leaver further move through a system

of vocational education and training all Dual System where vocational training

constitutes 75% of syllabuswith teoretical training and general education making

up the remaining 25%.

(Aede Hatib, 1999:4)

Oleh yang demikian, untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih berkualiti melalui

proses pendidikan dan latihan kemahiran ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

merangka pelbagai laluan pendidikan secara formal, antaranya adalah pendidikan teknik

dan vokasional serta pendidikan tertiari. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Pendidikan tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan

selepas pendidikan menengah sehingga peringkat pendidikan tinggi yang merangkumi

program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan

oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi pendidikan tinggi awam.

Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan sumber tenaga manusia yang

berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan mencapai

wawasan negara.

Pendidikan di politeknik mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969

melalui Rancangan Colombo. Pendidikan politeknik telah dipertingkatkan dan

diperkukuhkan lagi dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan

Page 27: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

Dasar Pelajaran (1979) dan Pelan Induk Perindustrian Negara 1985-1995. Sehingga

tahun 2001, terdapat 10 buah Politeknik dan dua buah politeknik kota di Malaysia.

Politeknik telah berupaya meningkatkan bilangan pengambilan pelajar, enrolmen, dan

lulusan dari tahun 1990 hingga tahun 2000. Pada tahun 2000, politeknik telah

mengeluarkan seramai 11375 orang lulusan berbanding seramai 2613 orang lulusan pada

tahun 1990, iaitu peningkatan sebanyak 335 peratus.

Pada tahun 2000, terdapat seramai 3200 orang tenaga pengajar politeknik di

seluruh negara. Lebih kurang 70 peratus daripadanya mempunyai kelayakan ijazah

pertama dan ijazah lanjutan dan selebihnya adalah tanpa kelayakan ijazah pertama.

Kebanyakan tenaga pengajar ini diambil terus dari institusi pengajian tinggi tempatan

atau dibiayai oleh Bank Dunia. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn

(sebelumnya dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussien Onn atau ITTHO)

berperanan untuk melatih tenaga pengajar politeknik dalam bidang kejuruteraan,

perdagangan dan pendidikan pada peringkat diploma, ijazah pertama dan sarjana.

Namun daripada semua lulusan ini, politeknik menghadapi masalah kekurangan

tenaga pengajar profesional yang berpengalaman di dalam bidang industri. Di samping

itu, kebanyakan skim latihan yang dijalankan tidak mewajibkan tenaga pengajar

politeknik menjalani latihan serta mendapatkan pengalaman di industri. Keadaan ini

menyebabkan tenaga pengajar politeknik ketinggalan dalam pengetahuan semasa dan

perkembangan teknologi terkini dalam bidang masing-masing. Ini membawa kesan

negatif kepada kerjaya mereka, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta agenda

pembangunan dan penyelidikan di politeknik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Menurut Schott-Stevens (1987), dalam konteks pencapaian akademik tenaga

kerja sebelum menyertai syarikat-syarikat, kebanyakan mereka menerima pendidikan

formal sama ada dari dalam ataupun luar negara. Sistem pendidikan, lebih-lebih lagi

kurikulum pendidikan di negara ini, menentukan tahap penerimaan dan pemindahan

teknologi daripada sektor industri. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh

Abibullah Haji Samsudin et al. (1994), mendapati bahawa sekiranya sistem pendidikan

Page 28: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

tidak setaraf atau setanding dengan negara maju, ia akan memberikan implikasi kepada

golongan tenaga kerja kritikal (jurutera, juruteknik dan penyelia) kerana sukar untuk

menerima pemindahan teknologi.

Frame (1983), pula menyatakan bahawa kejayaan pemindahan teknologi

melibatkan kemampuan pengetahuan yang tinggi bagi membolehkan penyebaran dan

pembaharuan dapat dilakukan. Oleh itu, tenaga pengajar di institusi-institusi kemahiran

terutamanya politeknik yang melahirkan tenaga kerja bagi sektor industri seharusnya

memastikan bahawa mereka bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang

melibatkan industri dalam proses pemindahan teknologi terkini kepada para pelajarnya

(Abibullah Haji Samsudin et al., 1994).

1.3 Pernyataan Masalah

Politeknik bermatlamat menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan

pendidikan dan latihan pada peringkat separa profesional dalam bidang teknikal,

perdagangan dan perkhidmatan sejajar dengan kehendak industri tempatan. Pastinya

matlamat ini adalah selari dengan pemindahan kemahiran, pengetahuan dan latihan yang

diterima oleh tenaga pengajarnya dalam menyediakan tenaga kerja separa profesional.

Namun, apakah tahap pemindahan teknologi di kalangan pensyarah Kejuruteraan

Elektrik di Politeknik untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran mereka?

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan kepada objektif kajian yang hendak dicapai:

Page 29: TAHAP APLIKASI PEMINDAHAN TEKNOLOGI OLEH … · kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan pada ketika itu adalah disebabkan oleh kebergantungan yang keterlaluan pada sektor pertanian

i. Apakah tahap pengetahuan pensyarah kejuruteraan elektrik berkaitan

kejuruteraan elektrik yang diaplikasikan dalam pengajaran mereka?

ii. Apakah tahap kemahiran pensyarah kejuruteraan elektrik berkaitan

kejuruteraan elektrik yang diaplikasikan dalam pengajaran mereka?

iii. Apakah tahap hubungan pensyarah kejuruteraan dengan pihak industri

berkaitan kejuruteraan elektrik?

iv. Apakah tahap kemudahan yang diterima oleh pensyarah kejuruteraan

elektrik dalam proses pemindahan teknologi mereka?