pemindahan tenaga(present)

24
Nama : Azwan Bin Burham : Muhammad Fitri Bin Bakri : Mark Heysley Anak Diger Kursus : 2 PPISMP RBT Subjek : RBT 1044 Asas Teknologi Bahan Dan Pembuatan

Upload: faiz-yasin

Post on 20-Jan-2016

163 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Pemindahan Tenaga(Present)

Nama : Azwan Bin Burham : Muhammad Fitri Bin Bakri : Mark Heysley Anak DigerKursus : 2 PPISMP RBTSubjek : RBT 1044 Asas Teknologi Bahan Dan Pembuatan

Page 2: Pemindahan Tenaga(Present)

Pemindahan Tenaga

Page 3: Pemindahan Tenaga(Present)

Definisi Takal• Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur,

mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut.• Tali (atau kabel, rantai) menempati alur tersebut yang mana ia disambungkan

kepada beban pada satu hujung dan daya dikenakan untuk melakukan kerja pada hujung yang satu lagi .

• Dalam kata yang lebih mudah, takal adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu roda yang berputar pada gandar. Tali akan melilit mengelilingi roda. Tali digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya.

Page 5: Pemindahan Tenaga(Present)

Fungsi Takal• Takal mengubah arah daya, membuatkan ia lebih mudah untuk mengangkat

objek ke paras yang lebih tinggi. • Takal membantu kita mengangkat beban yang berat, takal boleh memudahkan

kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi.

• Takal diubahsuai daripada takal yang ringkas kepada sistem takal bergabung, untuk membantu manusia mengangkat beban – beban yang berat.

Page 6: Pemindahan Tenaga(Present)

Jenis Takal

Jenis Takal

Takal tetap atau sistem takal kelas 1

Takal bergerak

atau sistem takal kelas 2

Takal bergabung

Page 7: Pemindahan Tenaga(Present)

Takal tetap atau sistem takal kelas 1

• Dalam sistem ini gandar takal tetap pada satu tempat. Roda tidak bergerak. Beban diikat pada satu hujung tali sementara daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi.

• Takal tetap hanya mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban. Ia tidak meningkatkan saiz daya.

• Daya yang dikenakan adalah sama dengan berat beban yang ditarik ke atas.• Apabila tali ditarik ke bawah, beban akan ditarik ke atas. Jarak pergerakan beban

adalah sama dengan jarak daya yang dikenakan.

Page 9: Pemindahan Tenaga(Present)

Takal bergerak atau sistem takal kelas 2

• Dalam sistem ini gandar takal bebas bergerak. Hujung tali disambungkan pada satu titik tetap, manakala daya dikenakan pada hujung yang satu lagi.

• Apabila daya dikenakan pada hujung tali yang satu lagi, beban dan akan diangkat dan menggelunsur di sepanjang tali, atau dengan kata lain, takal bergerak adalah takal yang bergerak bersama- sama dengan beban pada arah yang sama.

• Takal bergerak tidak mengubah arah daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas beban.

• Daya akan dikenakan pada hujung tali menggandakan daya yang dikenakan ke atas beban. Takal bergerak menyebabkan daya yang dikenakan berkurangan berbanding berat beban.

• Jarak pergerakan daya yang dikenakan adalah lebih jauh berbanding beban.

• Kekurangan utama takal bergerak ialah kita perlu menarik dan menolak takal ke atas atau ke bawah. Kelebihan utama takal bergerak ialah kita menggunakan daya yang sedikit untuk menarik beban.

• Takal bergerak juga boleh dikatakan sebagai tuas kelas ketiga. Beban berada di antara fulkrum dan daya.

Page 11: Pemindahan Tenaga(Present)

Takal bergabung

• Takal bergabung ialah kombinasi takal tetap dan takal bergerak dalam satu sistem takal. Ia mengubah arah gerakan daya.

• Takal bergabung memudahkan kerja yang dilakukan kerana daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah kurang daripada separuh berat beban.

• Kelebihan utama menggunakan takal bergabung ialah jumlah daya yang diperlukan ialah kurang daripada separuh berat beban. Kekurangan yang utama ialah daya perlu bergerak jauh.

Page 13: Pemindahan Tenaga(Present)

Definisi Gear• Gear ialah satu roda bula yang bergigi dikelilingnya.• Kombinasi gear akan mengawal kelajuan, meninggi atau merendahkan daya kilas

atau menukar arah gerakan mesin.• Gear dipasang pada aci sesebuah motor dan digabungkan untuk menghasilkan

putaran ataupemindahan tenaga.

• Arah pemindahan bergantung kepada:1. bilangan gigi gear.2. kedudukan aci samada selari,bersilang dan bersudut.

Page 14: Pemindahan Tenaga(Present)

GearGear berfungsi sebagai

a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang memegang gear ini.b. Penghubung bahagian yang berputarc. Penukar kelajuan mesin

Jenis-jenis Gear a. Gear Taji

- untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot, kereta mainan)b. Gear Serong

- untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain yang bersudut.(mesin gerudi tangan) c. Gear Belitan

- digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring tenis,sepana boleh laras.)

d. Gear Rak dan Pinan- digunakan untuk memindahkan gerakan putaran kepada gerakan lurus atau sebaliknya.- contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu pagar bermotor.

e. Gear Heliks- untuk sistem gear kereta- berbentuk heliks dan mempunyai sistem kelajuan tinggi.

Page 15: Pemindahan Tenaga(Present)

Soalan??

Page 16: Pemindahan Tenaga(Present)

Tali Sawat• Tali sawat ialah bahan jalur yang berputar berterusan

menggunakan dua takal atau lebih untuk menggerakkan peralatan mesin.

• Tali sawat mempunyai beberapa kelebihan, antaranya termasuk:

(i)   mudah dipasang dan digunakan(ii)  tidak memerlukan pelincir.(iii) mudah dan murah untuk disenggarakan.(iv) mempunyai jarak aci yang fleksibel.• Kelajuan putaran mesin yang menggunakan tali sawat

mudah diubah dengan mengubah saiz diameter takal dan panjang tali sawat.

• Kelajuan putaran tali sawat adalah tidak seragam dibandingkan dengan gear kerana tali sawat memindahkan kuasa dari satu takal ke takal pasangannya dengan jarak yang jauh dan menyebabkan berlaku kehilangan kuasa.

• Terdapat beberapa jeni tali sawat yang digunakan dalam industri iaitu tali sawat jenis V, segerak dan rata.

Page 17: Pemindahan Tenaga(Present)

Tali Sawat Jenis V

• Tali sawat jenis V adalah berbentuk seakan-akan huruf V. Tali sawat ini boleh menghasilkan putaran yang baik dan lancar kerana ia boleh berada pada kedudukan padat dan ketat di atas alur takalnya.

• Jenis ini sesuai digunakan untuk jarak antara dua takal yang dekat dengan memberi kelajuan yang tinggi.

• Tegangan tali sawat adalah penting bagi melanjutkan jangka hayatnya.Tali sawat ini mudah dipasang dan digantikan apabila perlu.

• Tali sawat jenis V banyak digunakan dalam industri automotif, peralatan rumah, industri ringan dan pertanian.

Page 18: Pemindahan Tenaga(Present)

Tali Sawat Segerak

• Tali sawat segerak digunakan untuk kendalian yang memerlukan ketepatan, penjajaran atau halaju yang tetap.

• Jenis ini mempunyai gigi pada sebelah dalam dan juga menggunakan takal yang bergigi.

• Gigi pada tali sawat dan takal menghalang tali sawat daripada tergelincir ketika ia berkendali.

• Tali sawat segerak memerlukan tegangan yang rendah untuk memutarkan takalnya berbanding dengan tali sawat jenis V.

Page 19: Pemindahan Tenaga(Present)

Tali Sawat Rata

• Tali sawat rata merupakan jenis tali sawat yang pertama digunakan dalam industri.

• Tali sawat ini sesuai digunakan jika jarak di antara dua takal jauh.Tali sawat rata boleh digunakan dalam keadaan acinya tidak selari.

• Walau bagaimanpun kecekapan tali sawat rata adalah rendah berbanding dengan tali sawat jenis V dan segerak.

• Penggunaannya mementingkan kelajuan dan ketegangan yang tinggi supaya is dapat berfungsi dengan baik.

Page 20: Pemindahan Tenaga(Present)

• Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyenggara tali sawat:

(i) jangan mencungkil atur takal dengan pemutar skru atau peralatan yang seumpamanya yang boleh menjejaskan alur takal ketika menggantikan tali sawat.

(ii) ubah kedudukan takal untuk menambah ketegangan tali sawat.

(iii) pastikan kedudukan antara aci setari.(iv) lindungi tali sawat daripada habuk untuk

memelihara hayatnya.

Page 21: Pemindahan Tenaga(Present)

Bearing

Bearing adalah suatu

komponen yang berfungsi

untuk mengurangkan gesekan

pada mesin atau komponen-

komponen yang bergerak dan

saling menekan antara satu

sama lainnya.

Bila gerakan dua permukaan yang

saling berhubungan, maka haba akan

panas.Ia dikenal sebagai gesekan

(friction). Gesekan yang berterusan

akan menyebabkan panas yang

makin lama semakin meningkat dan

menyebabkan kehausan pada

komponen tersebut. Gesekan yang

tidak terkawal boleh menyebabkan

kerosakan pada komponen dan alat

tidak dapat digunakan

Defi

nisi

Definisi

Page 22: Pemindahan Tenaga(Present)

Bearing

Page 23: Pemindahan Tenaga(Present)

Fungsi Bearing

Page 24: Pemindahan Tenaga(Present)

Gandar