inovasi pemulihan literasi jawi

15
INOVASI PEMULIHAN LITERASI JAWI Beberapa contoh inovasi yang boleh dicetuskan terutamanya dalam aspek pemulihan atau literasi Jawi antaranya: 1. Mengadakan sudut pemulihan jawi di dalam kelas khususnya kelas pemulihan. Peralatan yang perlu diadakan di sudut tersebut seperti ‘carta huruf Jawi”, “gambar bersama satu huruf tunggal Jawi”, “gambar dan satu suku kata terbuka”, “gambar dan perkataan” dan sebagainya. 2. Permainan puzzle huruf Jawi bergambar supaya mereka dapat menyebut huruf dan gambar yang hendak dicantum. 3. Melakar bentuk huruf Jawi tunggal di pasir, di meja, di belakang kawan dan di udara sambil menyebut nama huruf tersebut. 4. Membentukkan huruf tunggal Jawi dengan doh tepung atau tanah liat yang berbagai warna. 5. Permainan mengail huruf yang disebut oleh guru atau huruf yang sama sebanyak mana yang disediakan dan dimasukkan ke dalam kotak atau bakul yang mengandungi huruf yang sama. Di antara inovasi yang tersenarai di atas telah saya gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid Prasekolah dan Pendidikan Khas. Sebagai usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam kemahiran Pelajaran Jawi, berbagai inovasi yang telah diciptakan selain daripada apa yang telah saya nyatakan sebelum. Di samping itu ia dapat membantu mengurangkan jumlah murid pemulihan jawi dan menempatkan mereka ke dalam kelas aliran perdana. Permainan ‘Roda Impian Jawi’. Caranya ialah dengan memusingkan roda impian yang disediakan sehingga berhenti dan jarumnya menunjukkan pada mana-mana huruf Jawi. Kemudian murid diminta mengambil kad yang didahului huruf yang ditunjukkan oleh jarum roda impian tadi. Seterusnya murid mengeja perkataan tersebut. Menyusun huruf tunggal Jawi menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar yang dipamerkan.

Upload: shamsul-amir

Post on 12-Aug-2015

133 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi pemulihan literasi jawi

INOVASI PEMULIHAN LITERASI JAWI

Beberapa contoh inovasi yang boleh dicetuskan terutamanya dalam aspek pemulihan atau literasi Jawi antaranya:

1. Mengadakan sudut pemulihan jawi di dalam kelas khususnya kelas pemulihan. Peralatan yang perlu diadakan di sudut tersebut seperti ‘carta huruf Jawi”, “gambar bersama satu huruf tunggal Jawi”, “gambar dan satu suku kata terbuka”, “gambar dan perkataan” dan sebagainya.

2. Permainan puzzle huruf Jawi bergambar supaya mereka dapat menyebut huruf dan gambar yang hendak dicantum.

3. Melakar bentuk huruf Jawi tunggal di pasir, di meja, di belakang kawan dan di udara sambil menyebut nama huruf tersebut.

4. Membentukkan huruf tunggal Jawi dengan doh tepung atau tanah liat yang berbagai warna.

5. Permainan mengail huruf yang disebut oleh guru atau huruf yang sama sebanyak mana yang disediakan dan dimasukkan ke dalam kotak atau bakul yang mengandungi huruf yang sama.

Di antara inovasi yang tersenarai di atas telah saya gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid Prasekolah dan Pendidikan Khas.

Sebagai usaha untuk meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman murid dalam kemahiran Pelajaran Jawi, berbagai inovasi yang telah diciptakan selain daripada apa yang telah saya nyatakan sebelum. Di samping itu ia dapat membantu mengurangkan jumlah murid pemulihan jawi dan menempatkan mereka ke dalam kelas aliran perdana.

Permainan ‘Roda Impian Jawi’. Caranya ialah dengan memusingkan roda impian yang disediakan sehingga berhenti dan jarumnya menunjukkan pada mana-mana huruf Jawi. Kemudian murid diminta mengambil kad yang didahului huruf yang ditunjukkan oleh jarum roda impian tadi. Seterusnya murid mengeja perkataan tersebut.

Menyusun huruf tunggal Jawi menjadi perkataan yang betul berdasarkan gambar yang dipamerkan.

Mengaplikasikan permainan papan huruf Jawi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan Jawi. Caranya ialah dengan mengambil sekeping kad huruf Jawi dalam sebuah kotak, kemudian menyebut sambil menunjukkan kepada guru dan rakan. Seterusnya, membuka huruf pada papan huruf Jawi dan menyebut perkataan berpandukan gambar yang disediakan pada papan itu. Kemudian murid mengeja perkataan tersebut yang terdapat pada papan itu secara latih tubi.

Membudayakan e-pembelajaran sebagai salah satu bentuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui ICT.

Wallahu A’lam.

a.Kaedah soal jawab

Page 2: Inovasi pemulihan literasi jawi

Kaedah soal jawab merupakan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga  biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan  yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan  mencari penyelesaian.

Tujuan  Perbincangan

    Menggalakkan  perkembangan mental.    Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.    Menggalakkan perkongsian pendapat.    Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.    Membolehkan  kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.    Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.    Menajamkan kemahiran untuk  mengemukakan  satu-satu pandangan dalam kumpulan.    Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

a.Kaedah 

Huruf                                                                                                                                                                                                                                                        Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.

Aktiviti yang boleh dijalankan:

  Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad  Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut  Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau

secara kelas  Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan

sebagainya.  Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata-          Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi-          Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

b.Kaedah Mengeja

Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.

Aktiviti yang dicadangkan:

  Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.  Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas  Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti 

ba + ju = baju  Guru meiminta menulis perkataan yang dibentuk

Page 3: Inovasi pemulihan literasi jawi

  Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = bajuc.Kaedah Bunyi

Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.

Aktiviti yang dicadangkan ialah;

  Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja  Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.  Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut  Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua

suku kata tersebut dan membentuk perkataan

Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.

Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;

 ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu = bucu.

Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.

e.Kaedah bermain

Bermain sambil belajar merupakan satu  kaedah atau teknik yang baik untuk melatih  murid sebagai seorang manusia dan  menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.  Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.

Perbincangan 1-2-4

Pendahuluan

Rencana ringkas ini cuba menjelaskan suatu variasi kaedah perbincangan berstruktur yang melibatkan pendekatan individu, pasangan, kumpulan kecil serta kelas. Perbincangan kita akan berkisar di sekitar rasional variasi ini wujud dan teknik-teknik perlaksanaannya. Variasi perbincangan ini diutarakan oleh Northedge (1975) dan diubahusaikan oleh Gibbs (1981).

Rasional

Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat maktab. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan seerta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif.

Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam

Page 4: Inovasi pemulihan literasi jawi

mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, prbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas.

Pelaksanaan

Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja secara perseorangan, berbincang secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil (4 atau 6 ahli) dan sesi pleno.

Tajuk

Seperti apa jua variasi perbincangan, guru harus menyediakan tajuk-tajuk atau masalah yang sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, tajuk atau masalah yang dipilih itu seharusnya mempunyai kaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sdia ada pada pelajar.

Tajuk-tajuk yang sesuai dengan perbincangan 1-2-4 ini adalah seperti masalah atau tajuk-tajuk yang berhubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Contohnya ialah ciri-ciri pengajaran yang baik, faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran, masalah disiplin serta masalah-masalah moral.

Satu

Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Mereka diminta menggunakan teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua pelajar diminta membuat kerja masing-masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja.

Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan pendapat mereka, maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih mereka supaya berfikir secara lebh sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan pengaliran pemikiran mereka.

Dua

Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang lain untuk membentuk satu pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk, kertas catatan ditukar di antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas catatan ahli yang lain. Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay yang tercatat itu adalah sama atau tidak. Dengan kata-kata lain, perbincangan berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan tentang persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan masing-masing.

Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa semua pelajar akan aktif berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku secara prseorangan. Ini akanMenolong pelajar yang mempunyai sifat yang pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar.

Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

Empat

Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yag terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu.

Page 5: Inovasi pemulihan literasi jawi

Kumpulan itu dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan. Masa yag diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masing-masing.

Sesi Pleno

Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Ini boleh berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan pada papan tulis atau disinarkan dengan menggunakan transparensi. Untuk menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu dicatatkan. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perbincangan 1-2-4 mewarisi kelebihan serta kelemahan umum kaedah perbincangan. Bagaimanapun oleh kerana perbincangan ni adalah berstruktur dari segi pelaksanaannya maka didapati kelemah perbincangan bebas dapat dikurangkan. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk membantu proses perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4 orang sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap perbincangan.

Rujukan

Entwistle, H (1970) "Child-centred Education", Methuen & Co. Ltd, London.

Gibbs, G (1977) "Teaching Students to Learn", The Open University, London.

Northedge, A. (1975) "Learning Through Discussion in the Open University", The Open University, London.

Stones, E. & Morris, S. (1972) "Teaching Practice". Methuen & Co. Ltd., London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd. West Vancouver.

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN

Page 6: Inovasi pemulihan literasi jawi

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran

Page 7: Inovasi pemulihan literasi jawi

adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan

Page 8: Inovasi pemulihan literasi jawi

sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Page 9: Inovasi pemulihan literasi jawi

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

 

Rujukan

Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.

Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Page 10: Inovasi pemulihan literasi jawi

Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

Analisa Kreatif Kemahiran Mencetuskan Idea

PENDAHULUAN

Kertas kerja ini bertujuan menganalisa beberapa kerangka berfikir secara kreatif khususnya kemahiran mencetusan idea. Kerangka atau 'framework' sangat penting untuk menembuskan kebuntuan fikiran yang mengongkong minda untuk merelisasikan perspektif baru dan perubahan paradigma. Tanpa kerangka berfikir, pemikiran seseorang dikaburi oleh pengalaman, emosi, serta prasangka yang telah terpendam dalam mindanya.

Tumpuan kertas kerja ini ialah untuk meneliti beberapa alat yang digunakan untuk membantu menjelaskan proses pemikiran dan seterusnya melicinkan proses menjanakan idea-idea baru dengan perspektif ang luar biasa. Antara kerangka yang dijelaskan ialah peta minda, morfologi dan senarai semak.

KERANGKA UNTUK MENCETUSKAN IDEA

Pada amnya, peta minda merupakan penjelman idea, konsep, kemungkinan dan apa sahaja hasil minda yang diluks pada kertas. Antara peta minda yang popular masa kini ialah rajah Buzan. Buzan (1990) dalam bukunya yang bertajuk 'Use Your Head' telah menyenaraikan tujuah hukum untuk melukis peta minda. Rajah Buzan dapat menjelaskan proses pemikiran atau mewujudkan 'thingification' idea-idea dalam minda.

Di samping itu, perkaitan serta cabang-cabang suatu idea dengan idea-idea yang berkaitan dapat distrukturkan dengan jelas dan lebih konkrit. Contoh rajah Buzan tentang perbincangan kertas kerja ini adalah seperti berikut:

Rajah I

Selain rajah Buzan, peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Sesuatu tajuk utama dipecahkan kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa digunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan. Struktur organisasi dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain sahaja.

Suatu lagi bentuk peta minda yang tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar lagi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini digunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan semasa bengkel-bengkel QCC yang diadakan beberapa tahun yang lalu.

ANALISA MORFOLOGI

Teknik ini telah diberi berbagai-bagai nama; antaranya ialah 'Matrix for Generating Original Possibilities', Grid Dua Dimensi, 'The Aristotelian Table of Invention' dan lain-lain lagi (Kemmis, 1988). Contoh yang umum tentang teknik ini ialah jadual waktu di bilik darjah. Perkara penting yang mesti ditetapkan terlebih dahulu ialah unsur-unsur paksi menegak dan paksi mendatar.

Kalau kita ingin mencari tema untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan bagi sesebuah sekolah maka paksi-paksinya boleh terdiri dari unsur guru, murid, isi pelajaran dan milieux. Interaksi dan analisa unsur menegak dan mendatar akan memberikan sudut pandangan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan kemungkinan keciciran kepentingan mana-mana pihak. Contohnya boleh dilihat pada rajah berikut:

Unsur guru murid isi pelajaran milieux

guru

murid

Page 11: Inovasi pemulihan literasi jawi

isi pelajaran

milieux

Untuk mendapatkan morfologi 3 dimensi struktur dalam bentuk kotak digunakan. Alat ii boleh dilihat seolah-oleh seperti beberapa jadual dua dimensi yang ditindihkan di atas satu sama lain. Contoh bagi struktur tersebut adalah seperti berikut:

 

Paksi (a) menunjukkan bahan-bahan mentah yang boleh diolahkan melalui beberapa proses seperti di paksi (c). Paksi menegak (b) menggambarkan pasaran di mana hasil interaksi (a) dan (c) boleh diurusniagakan. Dengan kaedah ini maka banyak kemungkinan dapat diwujudkan dan pemikiran yang lebih rapi lagi dinyatakan.

SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan alat mencetuskan idea yang mudah digunakan dan berkesan. Berbagai-bagai senarai semak telah dinyatakan untuk membantu murid-murid dan orang dewas yang terperangkap dengan kebuntuan fikiran.

Antara senarai semak yang paling biasa digunakan ialah enam orang rakan baik Kipling yang berbunyi 'Who, What, How, Why, Where' dan 'When'. Para wartawan serta pegawai polis sentiasa menggunakan senarai semak ini untuk mendpatkan butiran-butiran sesuatu peristiwa. Murid-murid sekolah juga menggunakan senarai tersebut untuk merangka karangan.

Manakala senarai semak untuk mencetuskan idea mengikut Osborn (Richards, 1990) adalah seperti beriktu:

Put to other uses?

Adapt?

Modify?

Magnify?

Minify?

Substitue?

Rearrange?

Reverse?

Combine?

Senarai semak yang mempunyai persamaan juga di beri oleh Abdullan dan Ainon (1994). Mengikut pengarang-pengarang terebut, soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mencetuskan idea berasaskan sesuatu benda yang dipilih:

Boleh ia dibesarkan?

Boleh ia dikecilkan?

Bolehkah ia ditinggikan?

Bolehkah ia direndahkan?

Bolehkah ia dipanjangkan?

Bolehkah ia dipendekkan?

Bolehkah ia ditebalkan?

Bolehkah ia dinipiskan?

Bolehkah ia dibulatkan?

Bolehkah ia dilonjongkan?

Bolehkah ia diluruskan?

Bolehkah ia dibengkokkan?

Bolehkah ia diterbalikkan?

Bolehkah ia digabungkan dengan benda lain?

Bolehkah ciri-cirinya ditambah?

Page 12: Inovasi pemulihan literasi jawi

Bolehkah ciri-cirinya dikurangkan?

Bolehkah warnanya ditukar?

Bolehkah fungsinya ditukar?

Bolehkah bahannya ditukar?

Bolehkah baunya ditukar?

Bolehkah ia dileburkan?

Bolehkah ia dipisahkan?

Bolehkah benda lain berfungsi sepertinya?

Bolehkah ia melakukan fungsi benda lain?

Senarai semak tersebut didapati terlalu penjang dan agak susah diingati. Untuk memudahkan aplikasinya dalam dan di luar bilik darjah maka dicadangkan suatu mnemonik digunakan. Contohnya adalah GLUKOSA.

Seperti yang diketahui umum, glukosa diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Bagaimanapun, kita juga boleh menggunakan GLUKOSA untuk menghasilkan idea-idea baru. GLUKOSA yag diertikan adalah seperti berikut:

G - ganti atau gabung

L - lebihkan (diperbanyakkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)

U - ubahsuai (ubah warna, bentuk, proses, rasa, bau, bunyi dan lain-lain)

K - kurangkan (diperkecilkan dari segi kuantiti sesuatu unsur)

O - olakkan (diulang-ulang, diputar, dikisar dan dipusingkan)

S - songsangkan (diterbalikkan dari segi masa, proses, arah dan lain-lain)

A - aplikasi atau adaptasi.

Untuk menghasilkan rekaan baru, kita boleh menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini sebaik-baiknya digunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. Harus ditegaskan di sini bahawa senarai semak ini boleh diperluskan lagi dan tidak muktamad.

Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti Lampiran 'A'.

KESIMPULAN

Kemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang penting diperolehi. Analisa ringkas tentang beberapa kerangka mencetuskan idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak. Kerangka berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda kita dari kebuntuan idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam bentuk mnemonik dengan penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang kuat dan berkesan.

 

IDEA / PROSES /BENDA SEDIA ADA

Idea / proses & bentuk baru

Unsur/Ciri/Bahagian Senarai Semak Kemungkinan, Akibat & Kesan

G

L

U

K

O

Page 13: Inovasi pemulihan literasi jawi

S

A

http://www.teachersrock.net/pdkt.htm