infomasi kerjaya lepasan spm

9
PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja lepasan SPM sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan? Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti. Keputusan peperiksaan SPM akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya. Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak. Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidup. Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan. Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Upload: fieybiz

Post on 14-May-2015

3.037 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

lepasan spm, rujukan kerjaya, informasi spm, informas

TRANSCRIPT

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai kalangan remaja

lepasan SPM sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Tidak mengapa, bagi yang bekerja sambilan,mereka boleh mendapat wang saku lebih dan bagi yang

belajar, sudah tentunya mereka dapat menyediakan diri anda ke pengajian yang lebih tinggi nanti.

Keputusan peperiksaan SPM akan keluar tidak lama lagi.Mesti para pelajar lepasan SPM sekarang

sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM nanti bukan? Dup, dap, dup, dap berdebar. Jadi

apakata sebelum mereka mendapat keputusan SPM nanti, mereka semestinya dahulu perlu persiapkan

diri mereka dengan maklumat-maklumat terkini mengenai peluang kerjaya.

Mereka juga mesti tertanya-tanya bagaimana nak memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur

permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus

pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal diberikan sedikit sebanyak dapat membantu

mereka utamanya pelajar lepasan SPM dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM

2010 kelak.

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan

kehidupan yang seterusnya. Hal ini akan memfokuskan kepada proses pemilihan kursus pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi.

Objektif utama kepada proses membuat keputusan ini ialah satu keputusan untuk mengikuti kursus

yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar, mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar

khasnya ibu bapa. Restu itu penting untuk para pelajar kerana mereka akan sentiasa mendapat

keberkatan dalam hidup.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia

perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah

berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat

berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat

keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman

web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus,

risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti?

Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya

jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang

pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah

berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri

pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil

ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang

TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan

personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia

tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya

dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal

diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang

bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi

Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus

dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu

mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.

MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH

Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga

Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung

Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan

Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Berikut yang diterangkan adalah tips-tips dalam pemilihan kerjaya. Mungkin banyak tips lagi yang

terdapat, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menerangkan keseluruhannya. Keputusan SPM bakal keluar

dan kita akan berjumpa lagi untuk bertanya mengenai keputusan SPM pelajar-pelajar kita nanti.

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di

LepasanSPM.Com

TIPS KERJAYA SELEPAS SPM

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan

perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda

dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.

Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.

Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan

selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang

terpilih.

Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana

institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.

Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan

kerjaya selepas SPM nanti.

Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi

borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda.

Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat

sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir

kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap

keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda

mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta

cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.

Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama

kepada diri anda sendiri.

Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana

hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke

institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan

untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan

kegiatan lain harus juga diambil kira.

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan

SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan

maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com

Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya

selepas SPM?

Saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita

Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk

mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini

saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM kita

sering GAGAL.

1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.

2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.

3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.

6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya

selepas SPM.

7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.

8) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas

SPM.

13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.

16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.

18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.

19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.

20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.

Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas

SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar

lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com

Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM ?

Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam

bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka

juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa

tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?

Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya

melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang

berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat

keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit

mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi

mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf

sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

2. Kolej Matrikulasi

Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh

membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal

atau Perakaunan.

Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda

akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang

dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.

3. Luar Negara

Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia,

New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-

negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.

4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.

Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di

politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup

tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik

taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan

ILJTM, MLPK dan sebagainya.

5. Kolej-kolej

Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana

yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikit

seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah

nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains

Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan

program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada

ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

6. Tingkatan 6

Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM.

Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?

Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di

universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-

pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan

matrikulasi.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni

boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.

Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan

melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.

8. ALAM

Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah

mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Ketenteraan

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang

tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web

atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.

10. Kursus Penerbangan

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang,

pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti

juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih

kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

11. IPG

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini

sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun

agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal

biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan

negara kelak.

Akhir Kata

Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga

solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan

terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di

akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan

dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini

sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai

khaira ummah.

Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta

kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010

boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya.

Saya doakan anda berjaya kelak!!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?

Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com