garis panduan 1 - esis.gov.my · pdf filebahagian latihan dan pembangunan kerjaya, jabatan...

34
K E M E N T E R I A N P E N G A J I A N T I N G G I M A L A Y S I A P E G A W A I P E N D I D I K A N P E N G A J I A N T I N G G I G A R I S P A N D U A N K E N A I K A N P A N G K A T EDISI CALON VERSI 3

Upload: ngohuong

Post on 22-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

K E M E N T E R I A N P E N G A J I A N T I N G G I M A L A Y S I A

P E G A W A I P E N D I D I K A N P E N G A J I A N T I N G G I

G A R I S P A N D U A N

K E N A I K A N P A N G K A T

EDISI CALONV E R S I 3

Page 2: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

i Versi 3

MUKA SURAT

1.0 TUJUAN

1

2.0 LATAR BELAKANG

1

3.0 WAJARAN PEMARKAHAN

3

4.0 KRITERIA KECEMERLANGAN 4

4.1 Kriteria Kesepakaran 6

4.1.1 Teras Utama 7

4.1.2 Kepimpinan 8

4.1.3 Sumbangan 8

4.1.4 Pembangunan Diri 9

4.2 Penilaian Pelajar 9

4.3 Penilaian Referees 9

4.4 Penilaian Subordinat 10

4.3 Penilaian Panel Kesepakaran 10

5.0 SYARAT KENAIKAN PANGKAT 16

5.1 Proses Dan Prosedur Permohonan

Kenaikan Pangkat

17

5.2 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai-Pegawai

Kumpulan Sokongan (DH29 Hingga DH34)

21

5.2.1 Menyambung Pengajian ke Peringkat

Ijazah

21

5.2.2 Tidak Menyambung Pengajian 21

5.3 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan

Pengurusan Dan Profesional Yang

Mengikuti Program Pasca Siswazah

22

Page 3: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

ii Versi 3

MUKA SURAT

5.4 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang

Sedang Berkhidmat Di Seberang Laut

22

5.5 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang

Sedang Berkhidmat Di Jawatan Terbuka

24

6.0 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN KENAIKAN

PANGKAT

6.1 Rayuan Kenaikan Pangkat

26

7.0 PENUTUP 28

SENARAI RUJUKAN 28

SENARAI LAMPIRAN : 29

Lampiran 1 - Unsur Penilaian Kategori I,II,III, IV

dan PPPT yang Sedang Melanjutkan Pelajaran

30

Lampiran 2 - Senarai Perjawatan Dalam Skim

PPPT

46

Lampiran 3 - Istilah ,Glosari, Dan Terminologi 50

Lampiran 4 - Sumbangan dan Pembangunan Diri

( Borang SPD )

74

Lampiran 5 – Garis Panduan Pelaksanaan

Coaching Dan Mentoring

80

Lampiran 6, Versi 3 - Panduan Penyediaan Folio

Kecemerlangan

88

Lampiran 7, Versi 3 - Nota Penjelasan Lanjut

Kepada Calon

93

Page 4: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

iii Versi 3

“BUKU GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDI KAN PENGAJIAN TINGGI – EDISI CALON-VERSI 3”

adalah hasil usaha dan komitmen yang tidak ternilai daripada para pegawai di pelbagai Bahagian di peringkat Kementerian, Politeknik dan Kolej Komuniti.

PENAUNG

Mejar (K) Hj Md Nor Bin Yusof Ketua Pengarah,

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

PENGERUSI En Abdul Karim Bin Jaafar,

Pengarah, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya,

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

SETIAUSAHA En Aziz Zuddin Bin Othman

URUSETIA Pn. Normasita Binti Sulaiman

Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad

dan Staf Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya,

Jabatan Pengajian Politeknik

JAWATANKUASA KERJA

Tn. Hj. Abdul Aziz bin Bakar Tn. Hj. Che’ Nordin Bin Che’ Wan

Tn. Hj. Rosli Bin Hamid Tn. Hj. Mohd Pauzi Bin Ibrahim

Tn. Hj. Wan Izni Rashiddi Bin Wan Mohd Razalli En Mohamad Amin Bin Hamat Pn. Halimah Binti Che Hassan

En. Wan Mohd Hujjatullah Bin Wan Ghazali En. Tajuddin Bin Abdul Rashid

En. Rosli Bin Mohd Ariff En. Ishak Bin Hamid

En Abdul Hanif Bin Mustapha Pn. Surina Binti Hussin

Dr Nik Azida Binti Abdul Ghani Pn Hasimah Binti Hashim En. Ishanuddin Bin Hussin

PENULIS Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad

Pn. Normasita Binti Sulaiman

PENERBITAN Pn. Normasita Binti Sulaiman

Pn. Nurul Izza Bt Mahadan En. Md Irzali Bin Mohamad

Page 5: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

iv Versi 3

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia :

YM Cik Ku Maharum Binti Ku Yaacob En. Md Sani Bin Latip

Pn. Norshahidawati Binti Abdullah En. Muhamad Fikrie Bin Ahmad

Jabatan Pengajian Politeknik : Tn. Hj. Mohd Ghaus Bin Ab. Kadir

En. Shabudin Bin Man Tn. Hj. Zulkifli Bin Salleh

Dr Abdul Rahim Bin Ahmad Pn. Siti Jariah Binti Ibrahim

En. Megat Nabil Mohsin Bin Megat Mohd Nor Pn. Halimah Binti Che Hassan

En. Azirin Bin Abdul Aziz

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti : En Mohd Nasir Bin AbdGhani

Pn. Zainab Binti Ahmad

Jabatan Pengajian Tinggi : Dr. Naimah Binti Md. Khalil Dr. Zubaidah Binti Aman

En. Wan Mahtar Bin Wan Salleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Ahmad

En. Ismail Bin Mohamad

Politeknik dan Kolej Komuniti: Pn. Asmara Binti Sulong

Dato’ Abu Bakar Bin Ahmad Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman

Dr Arshad Bin Kassim Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Khalid

Tn. Hj. Abdul Aziz bin Bakar Mejar (K) Tn. Hj. Kharir Bin Mohd Ibrahim

Tn. Hj. Mohd Sa’at Bin Abdul Tn. Hj. Zainal Abidin Bin Abd.Latif Tn. Hj. Che’ Nordin Bin Che’ Wan

Tn. Hj. Rosli Bin Hamid Tn. Hj. Mohd Pauzi Bin Ibrahim

Pn Zainab Binti Ahmad En. Abdul Hanif Bin Mustapha

Tn. Hj. Dzulkarnain Goh Bin Abdullah Pn. Hanizah Binti Anaitullah

Jun 2012

Page 6: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

1 Versi 3

GARIS PANDUAN KENAIKAN PANGKAT

PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI – EDISI CALON,

Versi 3

Buku garis panduan ini menjelaskan syarat-syarat kenaikan

pangkat, set kriteria kecemerlangan, prosedur dan proses

permohonan yang melibatkan kemajuan kerjaya seseorang penjawat

awam dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian

Tinggi (Skim Perkhidmatan PPPT).

Kerajaan telah melaksanakan Skim Perkhidmatan PPPT

melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 : “Skim

Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi” dengan

menawarkan opsyen kepada semua Pegawai Perkhidmatan

Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Siswazah yang berkhidmat di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan

Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Politeknik

dan Kolej Komuniti. Dengan berkuatkuasanya skim ini pada 1

Januari 2008, pegawai-pegawai yang menerima opsyen Skim

Perkhidmatan PPPT telah diklasifikasikan sebagai Pegawai

Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dengan gred gaji DH 29, DH

31/32, DH 33/34, DH 41/42, DH 43/44, DH 47/48, DH 51/52, DH

53/54 dan Gred-gred utama (VU).

Page 7: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

2 Versi 3

Di antara perbekalan yang terdapat dalam Skim Perkhidmatan

PPPT ialah peluang kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai

Kumpulan Sokongan daripada gred DH 29 ke DH 32, DH 32 ke DH

34 dan semua kenaikan pangkat dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional sehingga kepada Gred DH 54 adalah tanpa kekosongan

jawatan. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai berkenaan perlu

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan; termasuk beberapa kriteria

kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan

seperti yang dinyatakan dalam para 5 (f) dan (g) Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007.

Pekeliling tersebut telah secara jelas mengkategorikan

pegawai-pegawai kepada empat (4) kategori utama mengikut skop,

fungsi dan bidang tugas seperti berikut: (Sila Rujuk Lampiran 2:

Senarai Perjawatan Dalam Skim PPPT)

(a) Kategori I

PPPT Gred DH29, DH31/32, DH33/34, DH41/42,

DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di politeknik dan

kolej komuniti yang menjalankan tugas sebagai tenaga

pengajar,

(b) Kategori II

PPPT Gred DH43/44, DH47/48, DH51/52, DH53/54 di

politeknik dan kolej komuniti yang menjalankan tugas

sebagai tenaga pengajar di samping tugas-tugas

pengurusan,

Page 8: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

3 Versi 3

(c) Kategori III

PPPT Gred DH41/42, DH43/44 dan DH47/48 di politeknik

dan kolej komuniti yang melaksanakan tugas-tugas

pengurusan,

(d) Kategori IV

PPPT Gred DH41/42, DH43/44, DH47/48, DH51/52,

DH53/54 di KPT yang melaksanakan tugas-tugas

pengurusan.

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran melalui

mesyuaratnya Bilangan 9 Tahun 2009 pada 19 Oktober 2009 telah

meluluskan kriteria kecemerlangan bagi urusan kenaikan pangkat

Skim Perkhidmatan PPPT .

Justeru buku panduan ini bertujuan menerangkan secara

terperinci perkara-perkara asas dalam persiapan calon sebelum

mengemukakan permohonan kenaikan pangkat masing-masing.

Wajaran pemarkahan untuk urusan pemangkuan dan kenaikan

pangkat ditetapkan pada 40 peratus (40%) penilaian Laporan Nilaian

Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir dan 60 peratus

Page 9: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

4 Versi 3

(60%) penilaian kriteria kecemerlangan Skim Perkhidmatan PPPT

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Wajaran Pemarkahan Untuk Urusan Pemangkuan Dan

Kenaikan Pangkat

Kriteria kecemerlangan merupakan indikator bagi prestasi

yang perlu dicapai oleh seseorang PPPT untuk layak

dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat

Skim Perkhidmatan PPPT. Kerangka kriteria kecemerlangan yang

digubal ini mengambil kira penghuraian kerja PPPT seperti dalam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007. Sehubungan itu,

kriteria kecemerlangan adalah terpakai untuk semua kategori PPPT

(kategori I, II, III dan IV) dan merangkumi semua gred jawatan iaitu

daripada gred DH 29 sehingga ke Gred DH 54.

40%

60%

LNPT

Kriteria Kecemerlangan

Tahun Pertama : 45%

Tahun Kedua : 35% 40%

Tahun Ketiga : 20%

Jumlah : 100%

Page 10: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

5 Versi 3

Pertimbangan yang teliti telah dilakukan ketika menetapkan

kriteria kecemerlangan kerana pegawai pada kategori yang

berlainan; melakukan tugas dan tanggungjawab yang berbeza;

mempunyai peluang yang sama untuk memohon apabila urusan

kenaikan pangkat dibuka.

Komposisi penilaian kriteria kecemerlangan dibahagi kepada (i)

panel kesepakaran, (ii) penilaian pelajar, dan (iii) penilaian referees.

Panel kesepakaran mengambil kira kompetensi pegawai dalam

empat (4) aspek kepakarannya iaitu:

(a) Teras Utama,

(b) Kepimpinan,

(c) Pembangunan Diri,dan

(d) Sumbangan.

Sebanyak 5% daripada jumlah markah penilaian diperuntukkan

sebagai penilaian pelajar keatas calon dari Kategori I dan II dalam

aspek pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, calon daripada

semua kategori dikehendaki menamakan dua (2) orang pegawai

sebagai refereesnya.“Referees” hendaklah terdiri daripada pegawai

yang pernah atau sedang berkhidmat bersama calon dan berada

sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi. Rajah 2 memaparkan

kriteria penilaian berserta agihan markah penilaian bagi keempat-

empat kategori.

Page 11: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

6 Versi 3

KRITERIA PENILAIAN MARKAH PENILAIAN (%)

KATEGORI

1. PANEL KESEPAKARAN I II III IV

a) Teras Utama 80 80 85 85

b) Kepimpinan

c) Pembangunan Diri

d) Sumbangan

2. PENILAIAN PELAJAR 5 5 - -

3. PENILAIAN REFEREES 15 15 15 15

JUMLAH 100

Rajah 2: Struktur Penilaian Bagi Kriteria Kecemerlangan

4.1 Kriteria Kesepakaran

Kriteria kesepakaran dibentuk setelah mengenal pasti empat

(4) aspek terpenting kompetensi pegawai PPPT, iaitu : (i) Teras

Utama, (ii) Kepimpinan, (iii) Sumbangan, dan (iv) Pembangunan Diri.

Pemberatan di antara keempat-empat aspek tersebut adalah tidak

sama. Aspek Kepimpinan mempunyai hubungan timbal balik dengan

aspek Teras Utama. Pemberatan aspek Kepimpinan akan meningkat

pada gred yang lebih tinggi manakala pemberatan aspek Teras

Utama akan menurun pada gred yang lebih tinggi. Ini ialah kerana

pengurangan tugas Teras Utama diimbangi dengan pertambahan

tugas Kepimpinan pada gred yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun,

Page 12: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

7 Versi 3

aspek Pembangunan Diri dan Sumbangan diberi penekanan yang

sama sepanjang kerjaya pegawai.

Rajah 3 : Konsep Pemberatan Kriteria Kesepakaran

4.1.1 Teras Utama

Aspek Teras Utama mencakupi pelbagai fungsi dan bidang

tugas yang tidak hanya tertumpu kepada pengajaran dan

pembelajaran sahaja tetapi juga merangkumi tugas-tugas lain

seperti berikut:

(a) Pengurusan pelajar,

(b) Pengurusan organisasi,

(c) Pengurusan dasar,

(d) penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat,

(e) jaringan dan kolaborasi,dan

(f) pengurusan sumber manusia.

Teras Utama

Kepimpinan

Sumbangan

Pembangunan Diri

DH29 DH54 DH41 DH48

Page 13: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

8 Versi 3

Sila rujuk para 3. Ringkasan Tugas, Lampiran C Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007.

4.1.2 Kepimpinan

Aspek Kepimpinan mengandungi elemen kepimpinan institusi

dan instruksional termasuk aktiviti-aktiviti berkaitan pengurusan

dan bimbingan rakan sekerja seperti coaching dan mentoring.

Kriteria Kepimpinan bertujuan untuk mengesan pegawai-pegawai

yang mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah dan terasuh

serta berkebolehan menjawat jawatan yang lebih tinggi,

melaksana tugas yang berat, dan memikul tanggungjawab yang

lebih besar dan mencabar.

4.1.3 Sumbangan

Aspek Sumbangan membawa maksud inisiatif pegawai dalam

menabur bakti dari segi pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

kepada organisasi yang dianggotainya, masyarakat setempat,

pihak industri atau agensi luar; di peringkat kementerian mahupun

negara. Indikator Sumbangan yang signifikan dikesan melalui

pengiktirafan dan penganugerahan daripada pihak-pihak tersebut.

Page 14: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

9 Versi 3

4.1.4 Pembangunan Diri

Aspek Pembangunan Diri merangkumi aktiviti-aktiviti

perkembangan kerjaya dan peningkatan profesionalisme

berterusan seperti mengikuti program latihan, penglibatan dalam

aktiviti berasaskan keperluan tugas dan kelayakan ikhtisas

tambahan yang berkaitan. Tujuan kriteria Pembangunan Diri ialah

untuk membentuk tenaga kerja profesional yang responsif kepada

perubahan di samping menangani jurang kompetensi dan

kekurangan kemahiran sedia ada tenaga pengajar berbanding

amalan di industri.

4.2 Penilaian Pelajar

Maklumbalas pelajar tentang keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi pegawai kategori I dan II diambil kira sebagai

komponen Penilaian Pelajar. Kriteria penilaian ini mencerminkan

proses pengajaran dan pembelajaran sebenar yang berlangsung

setiap hari.

4.3 Penilaian Referees

Penilaian Referees adalah satu komponen baharu dalam

kriteria kecemerlangan di mana semua gred DH29 hingga DH52

perlu menyediakan penilaian ini. Ia bertujuan memberi peluang

kepada pemohon untuk mendapatkan sokongan individu-individu

yang mengenali diri dan kebolehannya.

Page 15: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

10 Versi 3

4.4 Penilaian Subordinat

Penilaian Subordinat adalah satu komponen yang ditujukan

khas kepada calon kategori II dikalangan Pengarah Politeknik/ Kolej

Komuniti/ Kolej Komuniti Cawangan dan Timbalan Pengarah

Politeknik yang menguruskan P&P. Ia bertujuan memberi penilaian

daripada kakitangan di bawah seliaan kepada pegawai atasan.

4.5 Penilaian Panel Kesepakaran

Jadual 1 hingga 4 membentangkan penilaian kesepakaran bagi

setiap kategori. Pemohon dinasihat agar merujuk kepada Lampiran 1

bagi mendapatkan senarai kriteria kecemerlangan yang lengkap dan

bertepatan dengan gred dan kategori masing-masing.

Page 16: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

11 Versi 3

PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI I

(a) Teras Utama

i. Pengajaran dan pembelajaran ii. Penyelidikan dan pembangunan iii. Penerbitan dan penulisan

(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pembangunan pengajaran serta

perkembangan profesionalisme ii. Pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti akademik

mengikut sesi pengajian dan penjadualan iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian

(c) Pembangunan

Diri i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan Andragogi

(KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH29/31/33/41/43/47/51/53

- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)

ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil

Kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah

(d) Sumbangan i. Sumbangan / perkhidmatan kepada institusi/

Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)

ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat /agensi luar/ negara

Jadual 1: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori I

Page 17: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

12 Versi 3

PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI II

(a) Teras Utama

i. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan

kolaborasi iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan

(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Politeknik/

Kolej Komuniti ii. Pemantauan pencapaian pelajar/ tenaga

pengajar/ staf sokongan iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian

(c) Pembangunan Diri

i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan

Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41/43/47/51/53

- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)

ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil

kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah

(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)

ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara

Jadual 2: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori II

Page 18: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

13 Versi 3

PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI III

(a) Teras Utama

i. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan

kolaborasi iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan

(b) Kepimpinan i. Pengurusan Jabatan/ Unit di Politeknik/

Kolej Komuniti ii. Penglibatan dalam jawatan kuasa/ aktiviti di

peringkat Politeknik/ Kolej Komuniti iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian

(c) Pembangunan Diri

i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan

Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41 dan DH 43

- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)

ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil

kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah

(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)

ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara

Jadual 3: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori III

Page 19: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

14 Versi 3

PENILAIAN KESEPAKARAN KATEGORI IV

(a) Teras Utama

i. Penggubalan dan pelaksanaan dasar (pengoperasian)

ii. Pengurusan organisasi, jaringan dan kolaborasi

iii. Pengurusan penyelidikan dan penulisan

(b) Kepimpinan i. Kepimpinan dan pengurusan Unit/ Bahagian/ Penyelarasan peringkat KPT

ii. Pemantauan pencapaian pegawai iii. Tugas coaching dan mentoring iv. Keperibadian

(c) Pembangunan Diri

i. Kriteria Wajib - Kursus Instruksional dan Kepimpinan

Andragogi (KIPA) untuk PPPT gred lantikan DH 41/43/ 47/ 51/ 53

- Program Peningkatan Kemahiran (PPK) - Career Path Competency Matrix (CPCM)

ii. Kriteria Elektif - Keanggotaan badan profesional - Kelayakan tambahan (Sijil Profesional/ Sijil

kemahiran dll) - Sarjana/ Doktor Falsafah

(d) Sumbangan i. Sumbangan/ perkhidmatan kepada institusi/ Jabatan/ Kementerian (berlainan daripada LNPT dan skop teras utama)

ii. Sumbangan/ perkhidmatan kepada komuniti setempat/ agensi luar/ negara

Jadual 4: Aspek Penilaian Panel Kesepakaran Kategori IV

Rajah 4 menunjukkan taburan markah keseluruhan kriteria

kecemerlangan mengikut kategori dan gred.

Page 20: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

TE

RA

SP

IMP

INS

UM

BA

NG

P.D

IRI

TE

RA

SP

IMP

INS

UM

BA

NG

P.D

IRI

TE

RA

SP

IMP

INS

UM

BA

NG

P.D

IRI

TE

RA

SP

IMP

INS

UM

BA

NG

P.D

IRI

129

ke

327

55

10

10

231

/32

ke 3

4 7

01

01

01

0

329

/31/

32/3

3/34

ke

42

441

/42

ke 4

4 6

51

51

01

06

51

51

01

06

51

51

01

0

543

/44

ke 4

86

02

01

01

06

02

01

01

06

02

01

01

06

02

01

01

0

647

/48

ke 5

25

52

51

01

05

52

51

01

05

52

51

01

05

52

51

01

0

751

/52

ke 5

4 5

03

01

01

05

03

01

01

05

03

01

01

0

8S

EM

UA

GR

ED

9S

EM

UA

GR

ED

RA

JA

H 4

: T

AB

UR

AN

MA

RK

AH

KE

SE

LU

RU

HA

N K

RIT

ER

IA

KE

CE

ME

RLA

NG

AN

SK

IM

PE

RK

HID

MA

TA

N P

PP

T

ME

NG

IK

UT

KA

TE

GO

RI &

GR

ED

JA

WA

TA

N

PE

NIL

AIA

N K

ES

EP

AK

AR

AN

ME

MP

ER

OL

EH

I IJ

AZ

AH

SA

RJA

NA

MU

DA

D

AN

ME

ME

NU

HI

KR

ITE

RIA

K

EC

EM

ER

LA

NG

AN

PA

DA

GR

ED

S

EM

AS

A

BIL

GR

ED

JA

WA

TA

NK

AT

EG

OR

I I (8

0%)

KA

TE

GO

RI I

I (80

%)

KA

TE

GO

RI I

II (8

5%)

KA

TE

GO

RI I

V (8

5%)

M

eru

juk k

epada P

ekeliling P

erk

hid

mata

n B

il 3

3/2007,

tiada j

aw

ata

n P

PPT d

i kate

gori

dan g

red ini.

KA

TE

GO

RI I

(15%

)K

AT

EG

OR

I II (

15%

)K

AT

EG

OR

I III

(15%

)K

AT

EG

OR

I IV

(15%

)

PE

NIL

AIA

N P

ELA

JAR

(5%

)

PE

NIL

AIA

N R

EF

ER

EE

S (

15%

)

KA

TE

GO

RI I

(5%

)K

AT

EG

OR

I II (

5%)

TID

AK

BE

RK

AIT

AN

Page 21: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

16 Versi 3

Pada umumnya, kenaikan pangkat pegawai PPPT

tidak berasaskan kekosongan jawatan tetapi

berdasarkan permohonan.

Semua pegawai PPPT layak dipertimbangkan kenaikan

pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan

setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) Syarat-syarat umum :

i. Telah disahkan dalam perkhidmatan,

ii. Mencapai tahap prestasi (LNPT) yang ditetapkan bagi

tempoh genap tiga tahun kalendar yang terkini berturut-

turut dalam gred semasa - perkiraan setahun adalah

bermula pada Januari sehingga Disember

iii. Mencapai markah purata Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan (LNPT) yang ditetapkan,

iv. Lulus CPCM dan PPK,

v. Bebas daripada hukuman tatatertib

vi. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah

Malaysia (SPRM).

Page 22: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

17 Versi 3

(b) Syarat-syarat khusus :

i. Mencapai tahap mínimum kriteria kecemerlangan

perkhidmatan yang ditetapkan, dan

ii. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

5.1 Proses Dan Prosedur Permohonan Kenaikan Pangkat

Pelawaan untuk memohon kenaikan pangkat akan dilakukan

melalui edaran surat siaran secara media cetak dan media elektronik.

Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan secara atas

talian mengikut format yang disediakan. Manual pengguna bagi

permohonan secara atas talian kenaikan pangkat boleh dimuat turun

melalui laman web http://www.blpk.gov.my/esis2/. Setiap

permohonan yang memenuhi syarat-syarat hendaklah dikemukakan

melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Tanggungjawab Ketua Jabatan ialah menyemak, menyokong

dan mengesah permohonan pegawai sebelum memanjangkan

permohonan tersebut kepada Urusetia Kenaikan Pangkat di

peringkat Kementerian.

Urusetia Kenaikan Pangkat akan menapis semua permohonan

bagi memastikan syarat-syarat dipatuhi. Setiap permohonan perlulah

Page 23: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

18 Versi 3

mempunyai dokumen sokongan yang lengkap dan disahkan untuk

layak dipertimbang ke proses selanjutnya.

Proses berikutnya melibatkan pengesahan pematuhan kepada

kriteria kecemerlangan. Tugas ini didokong oleh sekumpulan

pegawai yang dinamakan Ahli Panel Penilaian Kesepakaran.

Antara tugas ahli Panel Penilaian Kesepakaran ialah :

(a) menilai kualiti hasil kerja calon berdasarkan garis

panduan yang ditetapkan,

(b) mencerap/ membuat validasi/ menemuduga calon di

tempat bertugas,

(c) mengemukakan laporan penilaian, dan

(d) mencadangkan calon-calon yang sesuai untuk

dipertimbangkan.

Segala aktiviti dan pengurusan proses semakan dokumentasi

calon sehingga selesai langkah pencerapan, validasi dan temuduga

(yang mana berkaitan dengan calon) akan diurusetia kan oleh

Sekretariat Penilaian Kesepakaran.

Antara tugas utama Sekretariat Penilaian Kesepakaran ialah:

(a) menyemak kesahihan dokumen Sumbangan dan

Pembangunan Diri yang dikemukakan oleh calon,

(b) mengklasifikasikan permohonan mengikut kategori, gred

dan bidang pengkhususan,

Page 24: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

19 Versi 3

(c) mengurus aktiviti pencerapan, validasi dan temuduga

yang perlu dijalankan oleh ahli Panel Penilaian

Kesepakaran .

Pemilihan ahli Panel Penilaian Kesepakaran dan Sekretariat

Penilaian Kesepakaran dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian

Kesepakaran yang diketuai oleh Ketua Perkhidmatan. Jawatankuasa

Penilaian Kesepakaran; jika perlu, boleh melantik ahli Panel

Penilaian Kesepakaran Luar, seperti ahli badan profesional yang

mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang pengkhususan. Tugas

ahli Panel Penilaian Kesepakaran Luar adalah menyamai tugas ahli

Panel Penilaian Kesepakaran dalaman iaitu bagi membantu menilai

kesesuaian calon dalam urusan kenaikan pangkat.

Carta Alir 1: menunjukkan beberapa langkah yang perlu dilalui dalam

proses kenaikan pangkat.

Page 25: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

20 Versi 3

CARTA ALIR 1: PROSES KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

SEKRETARIAT PENILAI KESEPAKARAN

KURSUS CPCM DAN PPK

Tidak

INSTITUSI/ TEMPAT KERJA URUSETIA KENAIKAN PANGKAT

MULA

EDAR SURAT SIARAN

Calon memohon

Ketua Jabatan

menyemak dan

memperaku

permohonan

TAMAT

Memproses

permohonan –menepati

syarat?Dokumen

lengkap?

Tidak

Ya

BAHAGIAN LATIHAN&PEMBANGUNAN KERJAYA

CALON MELALUI

PENCERAPAN, VALIDASI DAN

TEMUDUGA

Berjaya dalam

penilaian

kesepakaran (kriteria

kecemerlangan)

Mencadangkan

calon yang layak

Berjaya

Penempatan Keputusan

muktamad

dan surat

TAMAT

RAYUAN DI LEMBAGA RAYUAN

KENAIKAN PANGKAT

PERKHIDMATAN PELAJARAN

Urusan perakuan

peringkat

kementerian

Perakuan LKPPP di

JPA

Page 26: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

21 Versi 3

5.2 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan Sokongan

(DH29 Hingga DH34)

5.2.1 Menyambung Pengajian Ke Peringkat Ijazah

Skim Perkhidmatan PPPT telah memperuntukkan pegawai-

pegawai dalam kumpulan sokongan Gred DH29, DH31/32,

DH33/34 yang memperolehi ijazah semasa sedang berkhidmat

dan memenuhi syarat-syarat kriteria kecemerlangan yang

ditetapkan dalam skim perkhidmatan layak dinaikkan pangkat ke

Gred DH42 tanpa kekosongan jawatan.

Pegawai yang ingin menyambung pengajian tidak

terkecuali daripada memenuhi semua aspek kriteria

kecemerlangan. Pegawai yang ingin menyambung pengajian

secara sepenuh masa disarankan mengumpul dokumen

kriteria kecemerlangan sebelum memulakan cuti belaj ar. Bagi

pegawai yang sedang menyambung pengajian secara sepenuh

masa, perlu menyediakan dokumen kriteria kecemerlangan

seperti di Lampiran 1E, Versi 3.

5.2.2 Tidak Menyambung Pengajian

Kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan

Sokongan dari Gred DH29 ke DH32, dan Gred DH31/32 ke Gred

Page 27: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

22 Versi 3

DH34 adalah tanpa kekosongan jawatan tetapi mereka perlu

memenuhi kriteria kecemerlangan.

5.3 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Kumpulan Pengurus an Dan

Profesional Yang Mengikuti Program Pasca Siswazah

Pegawai yang sedang melanjutkan pengajian melebihi setahun

setengah sama ada di dalam negara mahupun di luar negara tidak

terkecuali daripada memenuhi semua aspek kriteria kecemerlangan

dan perlu menyediakan dokumen seperti di Lampiran 1E, Versi 3.

Pegawai yang ingin menyambung pengajian secara sepenuh masa

disarankan mengumpul dokumen kriteria kecemerlangan sebelum

memulakan cuti belajar .

Manakala, bagi pegawai yang menyambung pengajian secara

sambilan ; mereka mempunyai cukup masa dan peluang untuk

mengumpul dokumen kriteria kecemerlangan dan mematuhi

peraturan yang berkuatkuasa semasa membuat permohonan

kenaikan pangkat.

5.4 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Berkh idmat

Di Seberang Laut

Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi

sehingga kini mempunyai 14 buah pejabat Jabatan Penuntut

Page 28: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

23 Versi 3

Malaysia dan empat buah pejabat Promosi Pendidikan di luar negara.

Terdapat beberapa orang pegawai Skim PPPT yang sedang

berkhidmat sebagai Pengarah, Atase Pendidikan, Pegawai Promosi

dan Warden di pejabat-pejabat tersebut.

Pegawai dalam kedudukan ini juga tidak terkecuali daripada

memenuhi semua aspek kriteria kecemerlangan termasuklah

menghadiri kursus wajib yang ditetapkan dalam aspek

Pembangunan Diri. Sehubungan itu, elaun dan tanggungan pegawai

untuk kembali ke tanah air bagi menghadiri kursus tersebut wajar

dituntut daripada pejabat masing-masing berdasarkan pekeliling dan

peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Walaubagaimanapun, pegawai dalam kedudukan ini juga boleh

memilih untuk menghadiri “kursus yang setara” di tempat mereka

bertugas dengan syarat:

(a) Mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis untuk

menghadiri kursus tersebut daripada Bahagian Latihan

dan Pembangunan Kerjaya, dan

(b) “Kursus yang setara” mempunyai persamaan isi

kandungan melebihi 70% kursus yang tersenarai sebagai

kursus wajib gred pegawai berkenaan bagi aspek

Pembangunan Diri.

(c) Memenuhi kriteria persetaraan seperti berikut: -

Page 29: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

24 Versi 3

i) Persetaraan Program Peningkatan Kemahiran (PPK)

- Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar

berunsurkan kemahiran teknikal merujuk kepada senarai

inventori kursus PPK.

- Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada

tempoh modul PPK, iaitu;

(a) Tahap I : Minimum 19 jam

(dihadiri oleh PPPT gred jawatan DH29 dan DH41/42)

(b) Tahap 2 : Minimum 23 jam

(dihadiri oleh PPPT gred jawatan DH32, DH33/34 dan

DH43/44)

ii) Persetaraan Career Path Competency Matrix (CPCM)

- Kehadiran latihan berbentuk kursus / bengkel / seminar

berunsurkan kemahiran generik merujuk kepada senarai

inventori kursus CPCM.

- Tempoh latihan yang dihadiri perlu melebihi 80% daripada

tempoh modul CPCM iaitu 18 jam.

iii) Isi kandungan latihan perlu melebihi 80% daripada isi

kandungan sinopsis PPK dan CPCM mengikut anggaran

dan keputusan Jawatankuasa yang menentukannya

(sekiranya perlu).

Page 30: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

25 Versi 3

iv) Kehadiran dan Waktu Latihan

Persetaraan akan mengambil kira tarikh pegawai menghadiri

latihan tersebut. Sebagai contoh, PPPT daripada gred jawatan

DH32 memohon kenaikan pangkat DH34, pegawai perlu

menghadiri latihan semasa berada di gred jawatan DH32 dan

bukan semasa berada di gred DH29 atau DH34.

v) Tempat Kursus & Penganjur Latihan

Semua latihan yang dianjurkan oleh semua agensi kerajaan atau

swasta sama ada di dalam atau di luar negara diambil kira untuk

persetaraan.

vi) Kumpulan Sasaran yang layak diberi persetaraan

Pegawai yang sedang berkhidmat di seberang laut yang telah

genap atau lebih daripada 2 tahun dalam gred jawatan semasa

pada waktu tawaran permohonan kenaikan pangkat ini dibuka,

layak diberi persetaraan kursus CPCM dan PPK.

5.5 Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Berkh idmat

Di Jawatan Terbuka

Pegawai Skim PPPT yang sedang mengisi jawatan terbuka di

institusi, jabatan dan bahagian-bahagian di kementerian dan agensi

luar secara pinjaman atau kontrak juga layak memohon kenaikan

pangkat berdasarkan tugas dan tanggungjawab semasa. Kriteria

kecemerlangan dan unsur penilaian hendaklah dipadankan dengan

Page 31: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

26 Versi 3

gred dan kategori yang paling hampir dengan jawatan terbuka

pegawai berkenaan.

Keputusan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat

adalah MUKTAMAD. Keputusan mengenainya akan dimaklumkan

kepada calon melalui Urusetia Kenaikan Pangkat sebaik sahaja

maklumat berkaitan diterima daripada Lembaga Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Pelajaran.

6.1 RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

Rayuan bagi calon yang gagal boleh dikemukakan kepada

Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran(Rujuk

Carta Alir 2: Proses Rayuan Kenaikan Pangkat) di alamat seperti

berikut:

Alamat:

Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pengajian Tinggi,

No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 Putrajaya Malaysia.

Page 32: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

27 Versi 3

CARTA ALIR 2: PROSES RAYUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

INSTITUSI/ TEMPAT KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA

SEKRETARIAT PENILAI KESEPAKARAN /

PANEL KESEPAKARAN

BAHAGIAN LATIHAN DAN

PEMBANGUNAN KERJAYA

MULA

Calon memohon

Menerima

permohonan

RAYUAN

Menyemak

dokumen rayuan

Penilaian Rayuan

Kriteria

Kecemerlangan

Keputusan

Muktamad dan

surat siaran

Proses Penempatan

Perakuan

Rayuan dihantar

ke LKPP, JPA

TAMAT

Tidak

Berjaya

Page 33: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

28 Versi 3

Buku garis panduan ini mengemukakan pemakaian kriteria

kecemerlangan dan wajaran pemarkahan bagi pegawai-pegawai yang

bernaung di bawah Skim Perkhidmatan PPPT seperti mana yang telah

diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran

melalui mesyuaratnya Bilangan 9 Tahun 2009 pada 19 Oktober 2009.

SENARAI RUJUKAN:

Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi: Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 33 Tahun 2007 (Muat turun dari

www.jpa.gov.my)

Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian

Tinggi: Edisi Calon, Disember 2009.

Garis Panduan Kenaikan Pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian

Tinggi: Edisi Calon, Versi 2, 2011.

Program Bersepadu Potensi dan Komptensi: Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 4 Tahun 2011

Code of Practice for Programme Accreditation, Agensi Kelayakan Malaysia, Disember 2008 Code of Practice for Institutional Audit, Agensi Kelayakan Malaysia, Februari 2009

Page 34: Garis Panduan 1 - esis.gov.my · PDF fileBahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi ... Pendidikan Lepasan Diploma dan Pegawai

29 Versi 3

Lampiran 1, Versi 3 - Unsur Penilaian Kategori I,II,III,IV dan PPPT

Sedang Melanjutkan Pelajaran

Lampiran 2, Versi 3 - Senarai Perjawatan Dalam Skim PPPT

Lampiran 3, Versi 3 - Glosari Terminologi Dan Istilah

Lampiran 4, Versi 3 - Borang SPD - Borang Sumbangan Dan

Pembangunan

Lampiran 5, Versi 3 - Borang Pelaksanaan Coaching Dan

Mentoring

Lampiran 6, Versi 3 - Panduan Penyediaan Folio Kecemerlangan

Lampiran 7, Versi 3 - Nota Penjelasan Lanjut Kepada Calon