rujukan informasi kerjaya lepasan spm edisi 2012

138
1 ISI KANDUNGAN BAB 1 MOTIVASI KEJAYAAN SELEPAS SPM 1.1-Apa Yang Anda Lakukan Selepas SPM? 3 1.2-Matlamat Anda: Apa Pentingnya? 6 1.3-Untuk Berjaya Di Menara Gading, Saya Perlu Berubah 12 1.4-Lima Asas Kecemerlangan Di IPT 16 BAB 2 PELUANG KERJAYA SELEPAS SPM 2.1-Kerjaya Sebagai Jurutera 21 2.2-Kerjaya Bidang Bioperubatan 24 2.3-Kerjaya Bidang Bioteknologi 27 2.4-Kerjaya Sebagai Ahli Farmasi 29 2.5-Kerjaya Sebagai Ahli Psikologi 32 2.6-Kerjaya Sebagai Akauntan 34 2.7-Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan 36 2.8-Kerjaya Sebagai Peguam/Pengamal Undang-Undang 38 2.9-Kerjaya Sebagai Wartawan 41 2.10-Kerjaya Sebagai Ahli Geologi 45 2.11-Kerjaya Sebagai Doktor Veterinar 46 2.12-Kerjaya Sebagai Jururawat 47 2.13-Kerjaya Krew Penerbangan 54 2.14-Kerjaya Sebagai Ahli Optometri 65 2.15-Kerjaya Dalam Bidang Pelancongan 66 2.16-Kerjaya Dalam Bidang Pengiklanan 67

Upload: syafiqah-redzwan

Post on 13-Dec-2014

181 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

1

ISI KANDUNGAN

BAB 1 MOTIVASI KEJAYAAN SELEPAS SPM

1.1-Apa Yang Anda Lakukan Selepas SPM? 3

1.2-Matlamat Anda: Apa Pentingnya? 6

1.3-Untuk Berjaya Di Menara Gading, Saya Perlu Berubah 12

1.4-Lima Asas Kecemerlangan Di IPT 16

BAB 2 PELUANG KERJAYA SELEPAS SPM

2.1-Kerjaya Sebagai Jurutera 21

2.2-Kerjaya Bidang Bioperubatan 24

2.3-Kerjaya Bidang Bioteknologi 27

2.4-Kerjaya Sebagai Ahli Farmasi 29

2.5-Kerjaya Sebagai Ahli Psikologi 32

2.6-Kerjaya Sebagai Akauntan 34

2.7-Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan 36

2.8-Kerjaya Sebagai Peguam/Pengamal Undang-Undang 38

2.9-Kerjaya Sebagai Wartawan 41

2.10-Kerjaya Sebagai Ahli Geologi 45

2.11-Kerjaya Sebagai Doktor Veterinar 46

2.12-Kerjaya Sebagai Jururawat 47

2.13-Kerjaya Krew Penerbangan 54

2.14-Kerjaya Sebagai Ahli Optometri 65

2.15-Kerjaya Dalam Bidang Pelancongan 66

2.16-Kerjaya Dalam Bidang Pengiklanan 67

Page 2: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

2

2.17-Kerjaya Sebagi Pengurusan Perniagaan 68

2.18-Kerjaya Dalam Pengurusan Sumber Manusia 70

2.19-Kerjaya Sebagai Pensyarah 71

2.20-Kerjaya Dalam Bidang Penyiaran 72

2.21-Kerjaya Sebagai Perancang Bandar 74

2.22-Kerjaya Bidang Perhubungan Awam 75

2.23-Kerjaya Sains Aktuari 77

2.24-Kerjaya Dalam Bidang Ketenteraan 78

2.25-Kerjaya Dalamn Sains Politik 99

2.26-Hala Tuju Anda Di IPT 100

2.27-Permohonan Biasiswa 103

BAB 3 SUKSES DI IPT

3.1-Pengurusan Masa 108

3.2-Teknik Membaca Ala IPT 111

3.3-Kejayaan Temuduga Selepas Tamat Pengajian 116

3.4-Panduan Penulisan Resume Anda 121

3.5-Teknik Persiapan Peperiksaan Di IPT 126

3.6-Cabaran Mahasiswa Di IPT 129

BAB 4 KEJAYAAN ADALAH HAK ANDA

4.1-Sehari Satu Ilmu 132

4.2-Berdoalah Selepas Berusaha 133

Penutup 135

Biodata Penulis 137

Page 3: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

3

Bibliografi 138

BAB 1 : MOTIVASI KEJAYAAN SELEPAS SPM

1.1 APA YANG ANDA LAKUKAN SELEPAS SPM?

Saya pasti anda yang sedang membaca buku ini mungkin tertanya-tanya apakah tindakan anda

seterusnya selepas sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Apabila tamatnya sahaja

peperiksaan SPM, ramai pelajar akan merasakan dirinya sudah “merdeka” dan lapang dada.

Mereka sudah berjaya melepaskan suatu beban tanggungjawab yang amat besar setelah

memikulnya selama 5 tahun lamanya bermula semasa di Tingkatan 1. Pelajar juga merasakan

bahawa diri mereka bebas dari pelbagai jenis peraturan sekolah yang mungkin menyeksakan

mereka.

Mengapa saya berkata begini? Kerana saya juga seperti anda dahulu. Mungkin kata-kata ini

biasa sekali didengari pada suatu ketika dahulu. “Bestnya dah habis SPM, lega aku semua dah

setel, bolehlah bergembira”, “Kawan-kawan, SPM dah abis jom enjoy” dan sebagainya.

Namun, anda perlu menyedari bahawa sebenarnya pembelajaran untuk hidup baru sahaja

bermula. Pada masa inilah, sifat keremajaan anda itu akan terserlah. Anda mungkin akan

terjerumus ke lembah sosial yang tidak memberi manfaat jika anda tidak menanganinya

dengan baik. Saya percaya pada masa inilah waktu di zaman remaja anda akan cuba apa

sahaja asalkan ianya dapat menyeronokkan diri anda. Pada zon ini jugalah anda baru sahaja

melangkah keluar dari pembelajaran terkawal.

SPM kini merupakan bahan tinggalan sejarah anda. Apa yang perlu anda pandang sekarang

ialah masa depan anda. Adakah ianya masa depan yang cerah atau sebaliknya? Saya percaya

bahawa perjalanan anda masih jauh untuk mencapai kerjaya yang anda inginkan. Sebelum ini,

banyak kali juga semasa saya bergelar pelajar lepasan SPM 2007 dahulu saya ditanya

pelbagai soalan.

Soalan yang seringkali ditanya oleh rakan-rakan saya dahulu seperti apakah bidang kerjaya

yang ingin dipilih, anggaran keputusan SPM yang akan diperoleh, aktiviti yang ingin

dilakukan selepas SPM dan sebagainya.

Page 4: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

4

Kebanyakan persoalan tersebut gagal dijawab oleh saya kerana mungkin pada masa itu fikiran

kita belum memfokuskan kepada hal-hal berkaitan kerjaya. Berbalik kepada aktiviti yang

dapat anda ikuti selepas sahaja bergelar seorang lepasan SPM. Saya gariskan dan antaranya

ialah:

1) Bekerja sampingan sementara menunggu peluang kerjaya yang dan bakal

ditawarkan. Perkara seperti ini sangat baik kerana melalui bekerja, ianya sebenarnya

dapat melatih diri anda untuk lebih berdisiplin dan lebih cekal apabila menghadapi

pelbagai rintangan dan dugaan.

Saya maksudkan di sini ialah dalam proses anda mencari wang sampingan, ia secara

tidak langsung akan memotivasikan anda betapa sukarnya mencari sesuap nasi dan

sedikit rezeki. Melalui hal ini juga ianya sudah tentunya dapat meringankan beban

keluarga anda!

Mana tahu, anda sendiri nanti boleh bawa ibu bapa anda membeli barang-barang dapur

di Pasar Raya sebagai tanda anda mengingati jasa dan pengorbanan ibu bapa anda

yang telah memberikan anda makan minum sejak kecil lagi. Oleh itu, aktiviti seperti

ini amat saya syorkan untuk anda khasnya pelajar lepasan SPM di luar sana!

2) Ditawarkan ke Program Latihan Khidmat Negara. Aktiviti ini juga amat

bermanfaat untuk disertai oleh anda! Jika nama anda tersenarai ke dalam program,

maka cepat-cepatlah mendaftar. Melalui program ini secara automatiknya akan

memupuk diri anda semangat ketahanan fizikal dan setiakawan antara rakan-rakan

baru di PLKN nanti. Namun jangan risau jika anda ditawarkan untuk menyambung

pengajian kerana anda boleh membuat permohonan untuk tidak menyertai atau

berhenti dari program PLKN kerana atas dasar menyambung pelajaran anda!

3) Bagi mereka yang beragama islam boleh hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu atau

pusat pendidikan agama. Kita sedia maklum bahawa di zaman arus globalisasi dan

banyaknya budaya kuning meresap masuk dalam jiwa anak-anak muda kita, perkara

seperti ini harus diberikan perhatian! Bagi islam, mereka dapat menghayati serta

memahami segala ilmu yang diperturunkan di dalam AL-Quran dan Hadis.

Page 5: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

5

Pegangan dua perkara ini amat perlu untuk menangkis segala elemen-elemen negatif

yang mungkin akan mempengaruhi diri kita. Nasihat saya jangan hanya tahu belajar

sahaja tapi mengabaikan aspek pengamalan agama dalam diri anda kerana percayalah

bahawa dengan agama sahaja anda dapat membentuk diri anda untuk taat kepada

tuhan dan menjalani kehidupan dengan lebih teratur dan efisyen.

4) Membaca buku. Perkara seperti ini amat digalakkan daripada anda membuang masa

dengan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin anda akan mengatakan “alahai, buku

lagi. Baru sahaja habis SPM, nak tengok buku pun dah tak larat dah”. Membaca buku

di sini bukan bermakna anda membaca mengenai buku-buku akademik sahaja, malah

mungkin buku-buku mengenai agama, kerjaya, cinta, isu semasa dan sebagainya.

Peganglah kepada kata-kata ini “ Bangsa yang berjaya ialah bangsa yang membaca”.

Oleh itu, manfaatkan sepenuh masa anda dan ambillah sedikit masa untuk anda

menelaah pelbagai jenis buku yang terdapat di perpustakaan dan sebagainya.

5) Meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga. Antara aktiviti yang sangat saya

sarankan juga ialah menghabiskan masa anda bersama keluarga sepuas-puasnya.

Mengapa saya berkata sedemikian? Pada masa inilah anda dapat mengadakan pelbagai

aktiviti bersama keluarga anda sebelum anda menyambung pengajian ke tempat yang

lebih jauh dari keluarga. Aktiviti makan bersama-sama keluarga merupakan aktiviti

yang paling mudah dan ringkas. Mungkin anda boleh meluangkan masa 2-3 jam sehari

makan bersama keluarga anda.

Pada masa itulah, anda dan ahli keluarga berpeluang menceritakan aktiviti seharian di

samping berkongsikan suka dan duka. Saya pasti ibu bapa anda mengimpikan anak-

anak mereka agar menyayangi dan menjaga mereka dengan sepenuh hati sementara

anda masih berada di rumah sebelum menyambung pengajian. Ingat! “Kasih sayang

dari sesebuah keluarga yang harmoni, penentu kecemerlangan hidup anda!”

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dapat anda lakukan selepas sahaja tamat peperiksaan

SPM. Bergantung kepada anda cara menguruskannya, namun pastikan aktiviti yang

dianjurkan tidak akan memberikan kesan negatif kepada anda kelak! Lakukanlah aktiviti-

Page 6: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

6

aktiviti yang bermanfaat dan saya yakin anda akan dapat meneruskan rentak kecemerlangan

anda sehingga ke akhir hayat!

Pelajar yang cemerlang dan bijak menguruskan masa yang terluang akan memberikan banyak

manfaat dan kesan positif kepada manusia sekitarnya. Sekiranya hidup kita tidak mempunyai

sebarang perubahan dan kemajuan dan kesedaran di dalam diri, yakinlah kita sebenarnya tidak

ubah seperti mereka yang dilahirkan tanpa apa-apa makna!

Renungan Motivasi~~

"I am very positive. We are very optimistic", ( Tony Fernandez, Air Asia )

1.2 MATLAMAT ANDA: APA PENTINGNYA?

Sebagai contoh:

Bermain bola sepak atau ragbi?

Apabila anda ke padang yang terbentang luas untuk bermain, mungkin anda akan terfikir-fikir

permainan apakah yang anda ingin mainkan pada petang itu? Sekiranya bola sepak yang ingin

dimainkan, maka anda perlukan bola yang berbeza dibandingkan dengan permainan ragbi.

Anda tahu apakah tujuan anda bersekolah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan

5? Adakah disebabkan orang lain juga bersekolah atau disuruh oleh ibu bapa anda?

Pendek kata, mungkin anda berulang alik ke sekolah setiap hari sehinggalah anda

menghadapi SPM tanpa sesuatu sebab atau matlamat yang kukuh kecuali

menghadirkan diri di dalam kelas. Anda ke sekolah kerana orang lain juga ke sekolah.

Di sinilah saya nasihatkan anda supaya tidak lagi berfikiran demikian selepas

menyambung pengajian ke IPT kelak! Anda perlu memanfaatkan sepenuhnya

kehadiran kuliah anda di IPT dan membuat persiapan yang lebih tersusun dan efektif.

Page 7: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

7

Jadi, pelajar perlu tahu apa yang hendak dimainkannya kelak di padang sama ada bola sepak

atau ragbi apabila tibanya di padang. Ianya samalah juga seperti anda datang untuk

meneruskan pengajian di IPT dengan tujuan satu iaitu untuk terus mencapai kecemerlangan

diri. Oleh itu, banyak faedah yang bakal pelajar peroleh jika mempunyai matlamat yang

khusus.

Pentingnya matlamat yang anda rencanakan untuk:

Lebih memahami secara jelas mengapa anda ke IPT nanti.

Mencapai matlamat utama anda ( sebagai contohnya anda ingin mendapat

sekurangnya PNG 3.5 ke atas atau anugerah dekan ) Ini dapat memberi dorongan kuat

kepada anda untuk terus berusaha dan belajar sehabis baik.

Menguruskan masa dengan lebih berkesan agar masa yang dirancang tidak dibuang

begitu sahaja.

Membuat semak kendiri semula mengenai matlamat yang anda ingin capai.

Jenis Matlamat Yang Perlu Saya Capai!

Matlamat jangka panjang

Sudah pastinya matlamat ini merujuk apa yang anda ingin capai selepas dan sesudahnya tamat

peperiksaan SPM. Adakah anda ingin meneruskan belajar atau berniaga, atau mungkin anda

ingin menjadi juruterbang, ahli farmasi, jururawat, ahli aktuari dan sebagainya. Jika anda

telah pilih bidang yang anda ingin ceburi, ia bermakna anda sudahpun menetapkan matlamat

jangka panjang anda!

Matlamat jangka pendek

Pada matlamat ini anda perlu menetapkan ke mana peringkat yang ingin dipelajari. Adakah

anda akan ke Tingkatan 6, Matrik, Bidang di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Asasi, A

Level atau sebagainya. Dalam membuat sasaran matlamat jangka pendek ini, anda sebenarnya

dapat mengukur nilai prestasi anda dari semasa ke semasa. Yakinlah bahawa matlamat ini

seharusnya anda capai dahulu sebelum matlamat jangka panjang.

Page 8: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

8

Pada peringkat berikut saya akan sediakan anda satu borang ringkas matlamat yang saya

sediakan khas untuk anda tahu akan matlamat dan bagaimana seterusnya dapat menjayakan

matlamat tersebut. Tulislah borang matlamat anda ini dengan menggunakan pensel warna dan

pastikan ia ditampal di dalam bilik atau almari anda kelak! Sekurang-kurangnya anda tahu apa

yang patut anda lakukan secara berterusan! Jika semua perkara tersebut dapat dilaksanakan,

saya percaya ia dapat membantu anda kelak dalam mencapai kejayaan seterusnya di peringkat

menara gading!

Matlamat jangka panjang

Matlamat Pendek:

Selepas tamat pengajian di IPT nanti, saya berminat untuk bekerjasebagai:

Bidang pilihan yang ingin saya ceburi:

Page 9: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

9

Sebab mengapa saya perlu mencapai matlamat saya itu!

Saya yakin saya boleh sukses sebab:

Saya tekad saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya.

Saya Yakin! “I Can Do It”

Nama:

Visi Utama:

Tandatangan:

Tarikh Coretan:

Kenali matlamat, jayakan potensi, kejayaan masa depan anda!

1.

2.

3.

4.

5.

Page 10: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

10

Bagaimana Saya Nak Menentukan Matlamat?

Dalam anda terus belajar dan berusaha, penetapan matlamat merupakan sesuatu perkara yang

sangat penting dan mustahak. Cuba anda bayangkan bagaimana sekiranya seseorang tukang

rumah membina rumah tanpa adanya pelan atau tanpa lakaran rumah? Sudah tentu rumah

yang dibina tidak akan sempurna.

Begitulah juga anda dalam kerjaya, jika anda tidak mempunyai satu matlamat yang khusus,

sudah tentu kelak anda akan menghadapi pelbagai masalah dan kesulitan ketika dalam proses

untuk mencapai kecemerlangan. Dalam penetapan matlamat, anda tidak seharusnya hanya

mampu menulis di dalam buku 555 dan mengharapkan matlamat anda itu tercapai secara tiba-

tiba. Ianya menuntut anda untuk terus beriltizam dan melaksanakan apa jua matlamat anda

yang tertulis dan yang ingin dicapai.

Oleh itu, matlamat seharusnya harus dirancang dengan begitu teliti dan mengambil banyak

faktor dan kesan. Tidak kiralah apa jua faktor atau kesan yang bakal menetukan matlamat

anda tersebut, tetapi yang pasti anda hendaklah mempunyai minat dan kesungguhan yang

tinggi dalam merealisasikan impian matlamat anda tersebut!

Di bawah ini, saya gariskan kepada anda elemen-elemen yang boleh digunapakai untuk

menetapkan matlamat atau tujuan hidup anda!

1) Apakah sebenarnya yang anda mahu?

Page 11: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

11

Sila tanya pada hati nurani anda, apa sebenarnya keinginan dan kemahuan yang ingin

anda laksanakan untuk beberapa tahun yang akan mendatang? Bagi saya, tiada

salahnya jika anda berangan-angan dan bermimpi mengenai apa yang ingin anda capai

tetapi yang penting ialah tindakan anda untuk menggapai mimpi atau angan anda

tersebut!

2) Kumpulkan sebanyak mungkin informasi dan maklumat

Dengan mengumpul sebanyak mungkin informasi. Anda sebenarnya lebih mudah

untuk mencapai matlamat yang anda inginkan. “Jika orang lain boleh berjaya,

mengapa tidak anda”? Sematkan kata-kata tersebut dalam hati dan jiwa anda! Jika

merasakan diri anda sedikit goyah, ingatlah bahawa kata-kata di atas sedikit sebanyak

dapat memotivasikan anda!

3) Buat sesuatu

Lakukan sesuatu secara terus menerus yang akan membawa anda kepada impian yang

diinginkan. Contohnya pada petang ini, saya akan cuba menghabiskan suatu tajuk

yang berkaitan subjek fizik iaitu “cahaya”. Tetapkan matlamat anda dan terus lakukan

ulangkaji mengenai subjek tersebut sehingga anda betul-betul memahaminya. Selagi

matlamat itu tidak terlaksana, selagi itulah anda perlu teruskan usaha anda tersebut!

Saya memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Mukmin (orang beriman) yang memiliki kekuatan lebih dicintai ALLAH

daripada mukmin yang lemah”.

(Riwayat Muslim)

Sememangnya seorang yang betul-betul teguh untuk mencapai matlamatnya dapat memberi

lebih kebaikan dan sumbangan kepada diri sendirinya kelak. Percayalah..

4) Pertingkatkan Kemampuan Anda

Jika anda melakukan sesuatu yang ternyata terbukti efisyen dan mendekatkan pada

matlamat yang ingin dicapai, maka eloklah anda teruskan berusaha untuk

meningkatkan kemampuan dan agar matlamat anda yang digariskan lebih mudah dan

cepat tercapai!

Page 12: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

12

Yakinlah jika keempat-empat perkara di atas anda lakukannya secara berterusan, saya yakin

InsyaAllah anda dapat mencapai matlamat yang anda ingini. Saya gambarkan anda seperti

sebatang “pemahat” yang memahat gambaran kehidupan anda sendiri.

Jika anda seorang pemahat yang cekap dan baik, anda pastinya mempunyai perancangan yang

lebih teliti dahulu untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Oleh itu, “pahatlah diri anda

sebaik-baiknya”!

Renungan Motivasi~~

Orang yang berjaya adalah orang yang percaya pada keupayaan dan kemampuan diri sendiri.

Jika anda ingin berjaya, tanya diri anda dahulu, adakah anda percaya pada diri sendiri?

( Cikgu Loh )

1.3 UNTUK BERJAYA DI MENARA GADING, SAYA PERLU BERUBAH!

Mengapa saya berkata anda perlu berubah? Seperti yang anda mungkin sedia maklum, dunia

kampus adalah satu persekitaran yang sangat menyeronokkan dan pada masa yang sama juga

merupakan satu cabaran dan dugaan kehidupan yang penuh dengan keseronokan, kebebasan

dan kepahitan. Sebenarnya pada ketika inilah kehidupan anda akan lebih teruji dan mencabar

bila mana anda berada jauh dari keluarga anda .

Ketika anda berada kelak di alam kampus, anda perlu menjadi seorang yang sentiasa kelihatan

hebat. Perjalanan anda sebenarnya baru sahaja bermula. Sekiranya anda tersilap memasuki

lorong kebinasaan, maka ia akan sama sekali menjauhkan anda daripada tujuan hidup anda

sebagai muslim khususnya.

Saya selalu memegang kata-kata nukilan bijak pandai ini:

“Do Not Ask for An Easy Life, But Ask To Be Strong Person”

Page 13: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

13

Sesampainya sahaja anda ke alam dunia kampus, semestinya anda perlu transformasikan diri

anda ke tahap yang lebih sukses. Perubahan dan transformasi anda itu sudah semestinya

perubahan yang positif dan ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah

keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”(13:11)

Sebenarnya, tidak sesukar manapun untuk anda berubah, janji anda lakukannya dengan cara

yang betul. Saya pasti bukan semua dalam kalangan kita betul-betul sempurna tetapi

sekurang-kurangnya kita mampu terus berusaha ke arah yang lebih baik! Bukankah begitu?

Saya gariskan perkara yang perlu untuk anda “setkan” dalam minda untuk berubah!

i. Mulakan dan tekadkan azam untuk merubah diri anda dahulu!

Perubahan ini bukan hanya anda perlu berubah dalam cara belajar, malah merangkumi

segenap aspek seperti kehidupan, keagaamaan, sosial, kemasyarakatan dan

sebagainya.

Buat satu perubahan pertama dalam diri anda supaya anda dapat menjadi lebih yakin

dengan diri anda sendiri. Mungkin anda tertanya perubahan apa yang dimaksudkan

sebenarnya?

8 perkara paling utama yang perlu diberi perhatian dalam perubahan kita ialah datang

dari sikap anda sendiri.

Sikap malas mencari ilmu.

Sikap yang tidak mahu mewujudkan kerjasama antara rakan.

Sikap yang cepat berpuashati. Tidak mahu terus mencuba.

Sikap suka bertangguh.

Sikap yang merasakan diri anda sahaja yang bagus dan terbaik.

Sikap yang tidak boleh menerima kritikan dan pendapat orang lain.

Sikap tidak menghormati orang lain.

Dan yang paling penting ialah sikap anda yang suka melengah-lengahkan solat.

Solat dan bertakwa kepada tuhan merupakan “ibu” segala kecemerlangan

anda!

Page 14: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

14

ii. Buat perubahan anda sekarang juga!

Saya tak nafikan memang agak sukar jika anda terus mahu berubah dalam masa yang

singkat. Buatlah perubahan dalam diri anda secara berkala dan langkah demi langkah.

Tuhan akan sentiasa berada bersama anda jika berada dalam kesulitan. Selalulah

memohon pertolongan darinya apabila merasakan beban yang anda bawa tersangatlah

berat.

Dalam perubahan anda untuk menjadi lebih baik itu, ingatlah bahawa anda perlu

lakukannya dengan niat yang ikhlas dan semangat bersungguh-sungguh. Jadi, ambillah

masa anda yang secukupnya untuk melahirkan suatu perubahan yang memberikan

hasil yang baik pada masa akan datang.

Dalam menjayakan agenda perubahan anda, anda perlu mengulangi perubahan tersebut

sehingga ia sebati dan meresap dalam jiwa anda. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu

sahaja, anda tidak ubah seperti mereka yang masih berada pada takuk yang lama. Jadi nasihat

saya, jangan anda sekali-kali sia-siakan perubahan yang telah anda lakukan. “You Can Do It”

Ikhlaskan dalam diri anda untuk berubah dan janganlah berubah disebabkan desakan atau

memenuhi permintaan orang lain. Perubahan itu hanya datang dalam diri anda secara

semulajadi dan andalah sahaja berhak menjayakannya.

Sukanya saya menggariskan di sini pesanan Imam Al-Ghazali bagaimana anda dapat berubah

dengan lebih baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang di kampus iaitu di IPT kelak!

Untuk melakukan perubahan dalam hidup, 3 perkara diperkatakan:

1.) Carilah sahabat yang soleh dan solehah di kampus.

Perkara ini amat perlu diberi penekanan kepada anda kerana kebanyakan kehidupan

anda kelak banyak diperngaruhi oleh rakan sebaya. Nasihat Imam Al-Ghazali di sini

ialah pilihlah rakan yang beragama dan mampu bersama-sama membimbing anda

untuk menjadi pelajar yang soleh dan cemerlang.

“Berkawan biar seribu, elakkan musuh walaupun seorang”. Anda juga boleh

berkawan dan menambah kenalan seramai mungkin dengan rakan-rakan anda yang

lain namun keutamaan harus diberikan kepada rakan anda yang dapat memandu anda

ke jalan yang lebih diredhai oleh ALLAH. Sudah tentunya sahabat seperti itu, dapat

anda berjumpa di surau ataupun masjid. Percayalah bahawa:

Page 15: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

15

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat

akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama , melihat gerak

gerinya teringat mati.”

Saya nasihatkan anda di sini ialah jadikan diri anda seperti lebah yang mencari madu dan

jangan menjadi seperti lalat yang hanya tahu mencari najis-najis kotor.

2.) Carilah tarbiyyah islamiyyah/ usrah/halaqah

Melalui usrah, anda akan mendapat kawan yang baik dan belajar lebih mendalam

mengenai islam dalam suasana yang penuh islamik. Usrah di sini lebih kepada

program-program dakwah atau pertemuan mingguan yang dapat memberikan makna

pengorbanan dan kasih sayang. Melalui usrah juga anda dapat belajar bagaimana

menyeimbangkan tuntutan pelajaran dan kehidupan.

Kalau kita melihat kepada sirah nabi, pembentukan usrah yang pertama telah

dijalankan oleh Rasulullah SAW di rumah Al-Arqam Bin Abi-Arqam. Pada ketika

itulah, Rasullulah mengajar mereka setiap daripada ayat Al-Quran selain dari

menekankan kepada pembinaan sifat-sifat mahmudah seperti baik hati, amanah,

bertanggungjawab, prihatin dan sebagainya dalam diri setiap sahabatnya.

Banyakkanlah program usrah anda sebagai tingkah laku anda untuk terus berjaya

dalam setiap perubahan yang ingin dilakukan. Hanya mereka yang berusaha sahaja

dapat menuai hasilnya.

3.) Hiduplah dalam suasana yang penuh islamik

Aktiviti kerohanian dapat menjamin hati anda sentiasa dapat dibersihkan dan

diingatkan kembali kepada dosa yang telah dilakukan. Cabaran pada masa kini dengan

budaya hedonisme yang semakin menular, gadis-gadis yang tidak menjaga aurat dan

suara mereka, pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim sedikit sebanyak

dapat mengugat keimanan anda.

Hasilkan satu tembok pemisah anda dengan masalah-masalah tersebut dengan libatkan

diri dalam program keagamaan. Nescaya saya yakin, tuhan akan sama-sama

membantu kita dari godaan syaitan serta memgurniakan kita cahaya penerang hati

Page 16: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

16

untuk anda terus fokus kepada pelajaran dan tidak lari dari matlamat anda yang asal

yang telah saya tetapkan sebelum ini.

Saya melihat perkara ini sangat serius kerana budaya kuning semakin menjadi ikutan

para remaja. Di kala zaman IT ini, generasi andalah perlu bangkit menjadi contoh

kepada mereka yang bukan muslim khususnya bahawa anda seorang muslim sejati

yang mengamalkan aspek pengamalan islam dalam kehidupan sepenuhnya.

Oleh itu, kejayaan bukan sahaja diukur melalui nilai mata CGPA anda, malah sifat serta

akhlak anda itu sendiri yang lebih memainkan peranan. Renungan untuk anda:

“Terdapat dalam kalangan kita yang berjaya mendaki puncak gunung, tetapi sebenarnya

mereka gagal dalam mengurus kejayaan mereka.”~Cikgu Loh

Justeru itu, mulai dari hari ini, kita harus menunding jari pada diri kita dahulu. Adakah diri

kita sendiri yang sebenarnya penyebab punca kegagalan. Lihat kelemahan , kesilapan anda

yang terdahulu dan berusahalah membaikinya di samping banyakkan berdoa kepadanya.

Renungan Motivasi~~

“Mereka yang terus menerus tidak berusaha dan mengharapkan sesuatu, tidak ubah seperti

menunggu kucing yang bertanduk untuk muncul”~

( Cikgu Loh )

1.4 LIMA ASAS KECEMERLANGAN DI IPT

Sebelum ini , dalam penghasilan ebook versi online saya di www.LepasanSPM.com dan

portal komuniti kerjaya Malaysia di www.ForumKerjaya.com ramai pelajar yang bertanya.

“Cikgu, bagaimana ingin mencapai kecemerlangan di U”?, “Cikgu saya tak tahu nak belajar

bagaimana”?, begitu dan begini serta sebagainya.

Saya ingin mencapai kejayaan!

Page 17: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

17

Ingin saya katakan dan tegaskan bahawa, kejayaan itu hanya boleh dikecapi sekiranya pelajar

itu sendiri yang hendakkan keputusan cemerlang dan bukan orang lain. “Di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan”. Ini bermakna dalam diri setiap pelajar, mereka perlu ada

pegangan pepatah tersebut untuk meneruskan rentak kejayaan yang berterusan. Anda juga

perlu ingat bahawa pembelajaran yang anda lakukan itu bukannya dipaksa atau disuruh oleh

orang lain. Semestinya, pekerjaan yang dibuat secara paksa tidak akan membuahkan hasil

yang terbaik.

Jadi, bagaimana saya ingin berjaya?

Saya percaya berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar SPM 5 tahun lepas dan

kajian saya mengenai kerjaya lepasan SPM di www.LepasanSPM.com dan

www.ForumKerjaya.com masalah-masalah seperti cara membahagikan masa, strategi dan

kaedah pembelajaran yang terbaik serta bagaimana mencapai kecemerlangan di IPT seringkali

dan kerapkali ditanya.

Di sini saya gariskan 5 Teknik “3S2T” yang ringkas dan mudah untuk mencapai kejayaan

dan meneruskan rentak kecemerlangan di IPT nanti.

Sentiasa hadirkan diri di dalam setiap kuliah yang dijalankan di IPT.

Di dalam kuliah, pastikan diri anda mendapat petunjuk dan tunjuk ajar

sebanyak mungkin dari pensyarah-pensyarah berkaitan. Pada masa ini juga

bentuklah satu kumpulan studi anda yang akan kerapkali berbincang

mengenai mata pelajaran sesuatu subjek untuk menambahkan lagi

kefahaman.

Namun dalam pembentukan kumpulan studi, jangan pula mengambil

kesempatan dengan berbual mengenai perkara yang tidak berkaitan yang

dapat menjejaskan matlamat pembelajaran anda pada waktu itu.

Sanggup bekerja keras.

Di sini, saya bukan ingin tekankan berapa bilangan buku yang dapat anda

baca dalam sehari tetapi strategi anda semasa belajar. Banyakkan guna

Page 18: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

18

kata-kata singkatan seperti RAHMAN ( Untuk mengingati mudah nama-

nama perdana menteri kita). Penggunaan kata-kata singkatan seperti ini

dapat memudahkan kefahaman dan daya ingatan kelak.

Gunakan juga warna dan daya imbasan atau khayalan untuk mengingat

sesuatu subjek contohnya seperti dalam subjek sejarah, sains, dan

sebagainya. Gunakan juga teknik pembacaan seperti SQ3R ( Survey,

Question, Read, Recite, Revise).

Mungkin anda boleh ikuti juga cara pembelajaran yang selalu saya

amalkan ini. Cara saya belajar kalau berdepan dengan subjek pembacaan,

saya akan membaca dalam durasi masa 30-40 minit sambil ditemani

dengan buah kismis di sisi. ( Buah kismis, buah terbaik untuk penguat

ingatan)

Kemudian saya akan berhenti sejenak dan melihat pemandangan hijau dan

meneguk segelas air sambil berehat selama 5-10 minit. Pada masa itulah

saya recall balik apa yang saya baca tadi. Kemudian saya menyambung

balik belajar. Paling lama saya belajar 3-4 jam. Tidak lebih dari itu sehari.

Percayalah banyak teknik pembelajaran yang dapat anda lakukan

bergantung kepada cara anda belajar. Di atas yang saya nyatakan adalah

salah satu darinya. Untuk mendapatkan CGPA yang terbaik, bukan senang

tetapi ianya tidak mustahil.

Semak kendiri yang perlu dipatuhi.

Anda perlu mempunyai senarai semak untuk menjadikan diri anda lebih

terurus dalam pembelajaran. 15 elemen saya gariskan:

1. Perlu jelas masa depan.

2. Ada buat perancangan.

3. Berusaha dengan cekal.

4. Baca buku selalu.

5. Belajar tanpa henti.

Page 19: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

19

6. Bertindak dengan cepat.

7. Tidak mudah mengalah.

8. Berani hadapi risiko.

9. Fokus pada kekuatan.

10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.

12. Gagal itu lumrah.

13. Utamakan yang utama.

14. Perlu jaga kesihatan.

15. Ambil sarapan pagi.

Tetapkan hala tuju positif.

4 elemen tersebut perlu disematkan teguh dalam diri anda:

1.Fikirkan aku boleh. Aku mesti positif!

2.Apa aku inginkan pada masa hadapan?

3.Tetapkan sasaran dalam minda!

4.Matlamat utama perlu dicapai terlebih dahulu.

Tingkatkan kekuatan rohani

Dalam anda berusaha, jangan lupa kepada solat dan doa. Berdoalah untuk

kejayaan anda dan orang lain. Kehidupan mereka yang dipenuhi dengan

ciri-ciri kerohanian akan lebih mudah untuk berjaya dengan cemerlang!

Teknik” 3S2T”:

S- Sentiasa hadirkan diri dalam setiap kuliah yang dijalankan di IPT.

S- Sanggup bekerja keras

S- Semak kendiri yang perlu dipatuhi

T- Tetapkan hala tuju positif

T- Tingkatkan kekuatan rohani

Page 20: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

20

Orang yang berjaya dan mencapai kecemerlangan yang gemilang lazimnya mengamalkan

sikap persistent dan bekerja kuat. Mereka sanggup berkorban dan tidak mudah mengalah pada

sebarang halangan dan dugaan dengan tujuan untuk merealisasikan matlamat.

Mereka juga sanggup meninggalkan keselesaan hari ini untuk menggapai kejayaan esoknya.

Jika anda pelajar yang juga bakal mahasiswa sanggup kurangkan masa bermain seperti

menonton televisyen dan melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah, ini sudah

menunjukkan anda itu sudah pandai berkorban. Pengorbanan seperti itulah yang akan

memberikan impak yang cukup memberansangkan khususnya apabila menerima keputusan

peperiksaan akhir universiti kelak! Alah bisa, tegal biasa.

Renungan Motivasi~~

Bakal mahasiswa perlu sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan yang bulat datang

bergolek dan yang pipis datang melayang. Mereka hanya perlu memecahkan ruyung untuk

mendapatkan sagunya.

( Cikgu Loh )

Page 21: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

21

BAB 2- PELUANG KERJAYA SELEPAS SPM

Untuk bab ini, saya akan menerangkan beberapa peluang kerjaya lepasan SPM yang boleh

anda ceburi. Mungkin kerjaya yang saya nyatakan di sini adalah salah satu minat anda atau

impian anda selama ini. Dengan sedikit penerangan ringkas, ianya dapat membantu anda

untuk meneliti peluang-peluang kerjaya yang terbuka luas di negara kita Malaysia.

2.1 KERJAYA SEBAGAI JURUTERA

Seperti yang anda ketahui, tugas seorang jurutera meliputi kajian dan pembangunan,

pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta

latihan. Secara umumnya, bidang kejuruteraan ialah penggunaan pengetahuan sains dan

matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal dan konkrit. Jurutera banyak

terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah jurutera kimia, elektrik, mekanikal, elektronik

dan sebagainya.

Seorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan

struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan

dan kehendak manusia, serta memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru

dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Tugas

jurutera memang banyak skopnya dan tentunya mereka yang meminati bidang ini adalah

seorang yang cenderung kepada bekerja secara berkumpulan.

Dengan itu, pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian

tinggi tempatan atau luar negara. Antaranya ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan

sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan,

telekomunikasi dan pertanian.

Pastinya kerjaya kejuruteraan ini menjanjikan pulangan gaji yang lumayan kerana dengan

perkembangan pesat di Negara kita, banyak syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai

jurutera di media massa, media sosial dan sebagainya.

Page 22: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

22

Apa Kriteria Peribadi Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Jurutera?

1. Meminati profesion kejuruteraan ini

2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa

3. Mempunyai kemahiran komputer

4. Tekun dan sanggup bekerja lebih masa

5. Mempunyai keinginan untuk berjaya

6. Seorang yang dinamik dan optimis

7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Apakah Syarat menceburi bidang ini?

Seperti yang sedia maklum, calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari

universiti tempatan atau luar negara. Selain itu juga, lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli

Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers

Malaysia. Jurutera memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam

Page 23: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

23

bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera

profesional.

Di Manakah Tempat Melanjutkan Pengajian?

Untuk makluman anda, bagi peringkat ijazah sarjana muda beberapa universiti yang

menawarkan kursus ini ialah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya

(UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti

Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah

(UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) dan Politeknik Kementerian Pendidikan

juga ada menawarkan kursus kejuruteraan di peringkat diploma.

Apakah Syarat Melanjutkan Pengajian?

Untuk membolehkan calon dapat melanjutkan pengajian dengan keadaan zaman sekarang,

calon perlu cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan

mendapat cemerlang mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia,

biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Untuk calon yang menggunakan (STPM) pula, calon perlu cemerlang matematik tulen,

matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Tempoh pengajian adalah di antara

empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM,

UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti terkemuka di luar negara.

Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat

ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti

secara terus selepas SPM. Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti

Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat

ijazah sarjana muda.

Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej

swasta juga boleh memohon. Oleh itu, perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini

Page 24: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

24

meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini serta sektor awam juga memerlukan

jurutera dalam pelbagai bidang. Bagi anda yang meminati kejuruteraan boleh mengikuti

laluan selepas SPM dengan mengambil matrikulasi, melanjutkan ke tingkatan 6 dan memilih

asasi serta trek pantas ke universiti dengan menggunakan peperiksaan percubaan SPM.

Insyallah..

2.2 KERJAYA BIDANG BIOPERUBATAN

Dalam bidang sains kesihatan, perkhidmatan kesihatan amat diperlukan. Antara bidang sains

kesihatan yang penting ialah sains bioperubatan. Bidang bioperubatan ini melibatkan

kerjasama di antara doktor perubatan dan ahli teknologi untuk menilai sesuatu penyakit dan

keberkesanan rawatan yang diberi. Walaupun tidak popular seperti bidang perubatan yang

lain, tetapi bidang sains bioperubatan dilihat mempunyai potensi untuk berkembang dengan

lebih pesat di negara ini.

Tugas Bidang Bioperubatan

Program bioperubatan di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir

dalam bidang penyelidikan, pengurusan makmal hospital mahupun industri, pengawalan mutu

hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan

penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal serta mempunyai pengetahuan

dasar dalam bidang sains perubatan serta berpengetahuan mendalam tentang beberapa cabang

sains kesihatan.

Kursus-kursus yang ditawarkan semasa pengajian adalah seperti berikut:

Page 25: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

25

Selain itu juga , para pelajar juga diwajibkan mengikuti latihan industri yang berasaskan

bioperubatan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalam amali.

Peluang Kerjaya Yang Ada

Dalam sektor swasta khususnya, bidang ini amatlah memberangsangkan. Sebenarnya, pelajar

tidak menghadapi masalah dengan peluang kerjaya berdasarkan bidang yang telah diceburi

ini. Kerjaya yang boleh disesuaikan oleh lulusan sains bioperubatan ialah pegawai sains,

pegawai penyelidik, sainstis, pengurus makmal, pegawai pemasaran peralatan bioperubatan

atau farmaseutik, dan tenaga pengajar. Jadi kepada mereka yang berminat untuk menceburi,

saya amat syorkna kerana peluang kerjaya yang lebih terbuka dan pendapatan yang lumayan.

Apakah Syarat Menceburi Bidang Ini?

Calon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dari banyak kursus

bioperubatan yang ditawarkan di universiti tempatan atau luar negara.

Tempat Menyambung Pengajian

Mungkin anda tertanya-tanya tentang ini bukan? Program ini sebenarnya ditawarkan di

beberapa buah universiti tempatan swasta di peringkat sarjana muda. Universiti berkenaan

ialah di universiti awam seperti Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 26: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

26

(UKM ), Universiti Sains Malaysia ( USM ), Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ).

Universiti swasta yang menawarkan kursus ini pula termasuklah Universiti Monash Malaysia,

Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Universiti

Teknologi dan Pengurusan Malaysia serta Kolej Universiti Help. Universiti-universiti luar

negara seperti di United Kingdom, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat turut

menawarkan program ini. Namun dasar penghantaran ke luar negara bergantung kepada dasar

terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Syarat Menyambung Pengajian

Antara syarat utama yang perlu ada oleh setiap calon yang memohon adalah calon perlu

cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) aliran sains serta cemerlang mata

pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran sains lain. Dengan kelulusan ini pelajar dapat

melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran ( satu atau dua tahun

PDT atau PST ) atau Program Asasi Sains di UM untuk tempoh satu tahun. Seterusnya,

pelajar akan ditawarkan ke program sains bioperubatan selama empat tahun di peringkat

sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.

Selain itu juga, untuk terus ke peringkat ijazah sarjana muda di UM, USM, UKM, UPM dan

UIAM, calon perlu cemerlang peperiksaan SPM/setaraf dan cemerlang mata pelajaran Bahasa

Melayu. Calon juga perlu cemerlang peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia( STPM )

serta mendapat prinsipal B bagi mana-mana tiga mata pelajaran Biologi, Fizik, kimia, dan

Matematik, termasuk Pengajian Am.

Bagi calon-calon yang memiliki Diploma Sains dari universiti tempatan atau Universiti

Teknologi MARA ( UiTM ) juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan

Kes Khas.

Calon lepasan SPM juga boleh memohon memasuki program asasi Sains Hayat di UIAM

dengan syarat mendapat kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran berasaskan

pengajian Islam, Biologi, Kimia, matematik, Bahasa Inggeris dan Fizik. Seterusnya, para

pelajar akan ditawarkan ke peringkat Sarjana Muda Sains Bioperubatan. Universiti swasta

mengambil para pelajar lepasan STPM atau setaraf seperti A-Level, South Australian

Matriculation dan Canadian Pre-University yang mendapat keputusan yang baik dalam mata

pelajaran berkaitan.

Page 27: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

27

Mereka yang meminati bidang kerjaya ini disyorkan untuk sentiasa mengambil tahu berita

semasa mengenai kerjaya ini melalui pihak Kementeria Pengajian Tinggi.

2.3 KERJAYA BIDANG BIOTEKNOLOGI

Pada masa kini, bidang bioteknologi merupakan antara kerjaya yang diberi perhatian. Dari

semasa ke semasa, kemajuan dalam kejuruteraan genetik telah mencetuskan perkembangan

bioteknologi di negara-negara maju serta kefahaman yang kukuh mengenai proses hidup

peringkat gen mampu memberi sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan

pembangunan bioteknologi di negara ini.

Secara amnya, bioteknologi merupakan bidang yang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel

haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk mensintesis, memecah atau

mentransformasikan bahan. Bidang bioteknologi juga dianggap sebagai julat teknologi serba

boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Bidang bioteknologi mempunyai

disiplin yang tersendiri seperti genetik, biokimia, kimia, sains pemakanan, kejuruteraan

teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan biokimia,

elektronik dan mikrobiologi.

Sehingga sekarang, bidang ini menjadi satu bidang yang penting dalam memacu arus

perkembangan teknologi yang semakin moden di dunia.

Kriteria Tugas

Bidang tugas yang terdapat dalam bidang bioteknologi ini adalah bidang kejuruteraan genetik,

enzim, makanan dan minuman, perubatan, pertanian, perhutanan, dan persekitaran manusia.

Sebagai contoh dalam bidang kesihatan, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan

antibiotik, hormon dan vaksin. Penggunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuklah

pengawalan serangan serangga menggunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan

pembentukan haiwan untuk meningkatkan tumbesaran adalah semakin meluas.

Dalam bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula,

adalah melalui proses teknologi fermentasi. Bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem

rawatan dan biodegradasi bahan kimia toksik. Mengapa bidang ini saya katakan amat

penting? Kerana kita sedia maklum negara kita Malaysia merupakan negara yang kaya

Page 28: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

28

dengan sumber asli. Oleh itu, untuk memanfaatkan bidang bioteknologi ini ke tahap

maksimum ialah dengan memanfaatkan sumber-sumber asli ini.

Aspek Bioteknologi

Dalam proses pengajian di universiti, para pelajar akan mempelajari beberapa disiplin

berkaitan . Antaranya:

Apakah Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan?

Peluang kerjaya dalam bidang ini adalah amat baik dan memberansangkan. Hal ini adalah

kerana bidang ini sebenaranya telah mendapat perhatian oleh banyak pihak terutamanya

kerajaan kita di bawah pimpinan Dato Seri Najib. Pelajar atau lulusan dalam bidang ini boleh

berkhidmat sama ada di sektor kerajaan atau swasta terutama bagi mereka yang bergiat cergas

dalam penyelidikan dan industri berasaskan bioteknologi. Pelajar boleh berkhidmat dalam

bidang kesihatan, perubatan, pertanian, makanan dan minuman, alam sekitar dan persekitaran

manusia yang berkaitan bioteknologi. Selain itu juga, lulusan dalam bidang ini boleh menjadi

pensyarah di universiti atau institusi pengajian tinggi. Banyak bukan kerjaya yang

DISIPLINYANG

BERKAITAN

Biokimia

Genetik

Biologiperkembangan

Mikrobiologi

Page 29: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

29

ditawarkan? Memang mudah untuk mendapat kerjaya ini dengan syarat anda berusaha dan

tidak putus asa.

Untuk melayakkan mendapat kerjaya ini dan disahkan calon perlu lulus sekurang-kurangnya

Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi sama ada dari universiti tempatan atau luar negara yang

diiktiraf.

Tempat Menyambung Pengajian

Banyak universiti tempatan menawarkan program ini di peringkat sarjana muda. Antara

universiti itu ialah Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ),

Universiti Sains Malaysia ( USM ), Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Universiti Malaysia

Sarawak ( UNIMAS ), Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), dan Universiti Sains Islam

Malaysia ( USIM ).

Terdapat juga universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia,

Kanada, New Zealand, dan Jepun menawarkan bidang ini. Oleh sebab kepentingannya, setiap

tahun Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dan Majlis Amanah Rakyat ( MARA )

menghantar pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian ke luar negara. Namun setiap

perkembangan baharu adalah tertakluk kepada dasar mereka.

2.4 KERJAYA SEBAGAI AHLI FARMASI

Pada akhir-akhir ini, bidang sains kesihatan seperti farmasi dilihat sebagai bidang kerjaya

yang sentiasa memerlukan tenaga kerja yang berkelulusan ijazah sarjana muda atau diploma.

Dengan itu, pegawai farmasi dan pembantu farmasi amat diperlukan bagi menampung

keperluan negara pada masa kini dan masa hadapan. Hal ini demikian kerana negara masih

kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Selain itu, jumlah

siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

telah menganjurkan pelbagai jenis latihan termasuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) yang berminat untuk menceburi bidang ini kelak. Universiti awam dan swasta

tempatan juga ada menawarkan kursus farmasi di peringkat diploma kepada lepasan SPM.

Page 30: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

30

Skop Tugas

Dalam bidang farmasi, bidang ini memerlukan individu yang peka tentang klasifikasi,

pemilihan dan analisis ubat-ubatan, kesan farmakologi di samping memahami campuran dan

pengawetan ubat-ubatan. Seorang ahli farmasi merupakan pakar ubat-ubatan dan mereka juga

memberi maklumat mengenai ubat-ubatan kepada para pesakit iaitu dengan cara yang betul

menggunakan ubat preskripsi dan bukan preskripsi. Selain itu, ahli farmasi juga memantau

perubahan pada pesakit jika ada kesan alahan terhadap ubat yang diberikan. Ahli farmasi

terlibat dalam pembelian, penyimpanan dan pengendalian stok ubat-ubatan.

Bidang Pembelajaran

Secara amnya, bidang ini memerlukan calon-calon yang berkemampuan, berdedikasi,

berdisiplin serta mempunyai minat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Ahli farmasi juga

dibekalkan dengan kemahiran yang lengkap supaya mampu memenuhi keperluan dan

tanggungjawab sebagai ahli farmasi. Hal ini sekaligus akan dapat melahirkan siswazah-

siswazah farmasi yang mampu meningkatkan imej profesion farmasi di negara ini.

BIDANGPEMBELAJARAN

Kimiafarmaseutik

Teknologifarmaseutik

Fisiologi

FarmakologiFarmasiklinikal

Farmasi sosial

Kimiaperubatan

Page 31: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

31

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Berdasarkan statistik di atas, siswazah farmasi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan

pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak. Peluang pekerjaan

kepada siswazah farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan penyelidikan

perubatan dan penyakit. Selain itu, mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian

farmasi, perunding dalam aspek ubat-ubatan di samping bekerja sendiri dengan membuka

premis farmasi yang menjual ubat-ubatan.

Bagi lulusan Diploma dan ijazah Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui SPA ada

ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu farmasi. Untuk yang berminat membuka perniagaan

sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah dilakukan

oleh kerajaaan untuk mengalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan. Selain itu,

pengetahuan tentang ubat-ubatan yang diperoleh semasa pengajian dapat digunakan bagi

membantu pelanggan membeli produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Kerjaya ini

memang menarik kerana di samping tahu mengenai deskripsi setiap ubatan, anda juga dapat

menabur bakti khususnya masyarakat di kawasan anda!

Syarat Menceburi Bidang Farmasi

Secara amnya , seseorang itu harus memiliki Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti

tempatan atau luar negara. Selepas memperoleh ijazah sarjana, mereka juga perlu mendaftar

pengiktirafan sebagai pembantu farmasi. Bagi individu yang ingin berkhidmat sebagai

pembantu farmasi, kelulusan yang diperlukan ialah Diploma Farmasi.

Tempat Menyambung Pengajian

Bidang ini sebenarnya ditawarkan di beberapa buah universiti yang menawarkan kursus

farmasi di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma. Antara universiti itu ialah Universiti

Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM), UniversitiTeknologi MARA ( UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di peringkat diploma dan ijazah, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam (SPA) juga ada menawarkan kursus kerjaya yang menarik ini.

Page 32: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

32

2.5 KERJAYA SEBAGAI AHLI PSIKOLOGI

Ramai yang tidak tahu mengenai bidang psikologi ini. Sebenarnya, bidang psikologi kini

semakin penting dan berkembang dalam masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai

kaitan langsung dengan kelakuan manusia. Pada akhir-akhir ini, pelbagai gejala sosial negatif

berlaku di sekeliling kita tentunya memerlukan pakar psikologi dan kaunseling bagi

membantu mengatasinya.

Psikologi ialah suatu disiplin kajian dan pengurusan saintifik berkaitan dengan tingkah laku

manusia serta bidang ini adalah suatu bidang yang luas yang boleh dipecahkan kepada

beberapa pengkhususan termasuk psikologi kauseling, klinikal, pendidikan, industri dan

organisasi, perkembangan, ergonomik dan psikologi sosial.

Bidang Tugas Kerjaya

Bidang tugas ahli psikologi dari segi umum membantu individu lain menyelesaikan masalah

yang ada kaitan dengan kehidupan mereka. Secara amnya, kaunseling merupakan satu proses

di mana kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada

dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu

dilakukannya.

Mereka yang menceburkan diri dalam bidang psikologi klinikal, perlu menilai dan merawat

pesakit yang mengalami masalah psikologi. Selain itu, mereka menggunakan pelbagai kaedah

berkaitan ilmu psikologi dalam memberi kaunseling dan terapi. Ahli psikologi sentiasa

bekerjasama dengan doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani

masalah yang dihadapi pesakit.

Psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar remaja yang

menghadapi masalah dalam pelajaran dan perkembangan tingkah laku.

Page 33: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

33

Psikologikesihatan

Prinsipbimbingan dan

kaunselingKemahirankaunseling

Psikologi industridan organisasi

Motivasi danemosi

Psikologikognitif

Skop Pembelajaran

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Bidang ini memberikan peluang kerjaya yang baik sama ada di sektor awam atau sektor

swasta seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, hospital, pusat komuniti, agensi kerajaan,

badan bukan kerajaan, pusat pemulihan atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Selain

itu, anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan

sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai perjawatan, eksekutif sumber

manusia, eksekutif latihan dan perunding.

Syarat Menceburi Bidang Kerjaya

Untuk menceburi bidang psikologi ini memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-

kurangnya ijazah sarjana muda dari universiti dalam atau luar negara.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Antara universiti awam dan swasta tempatan yang menawarkan bidang psikologi termasuk

kaunseling ialah :

Universiti Awam

Universiti Malaya ( UM )

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

Page 34: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

34

Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI )

Universiti Putra Malaysia ( UPM )

Universiti Utara Malaysia ( UUM )

Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS )

Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM )

Universiti Malaysia Terengganu ( UMT )

Universiti Swasta

Universiti Tunku Abdul Rahman

Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya

Kolej Universiti Help

2.6 KERJAYA SEBAGAI AKAUNTAN

Bidang perakaunan merupakan satu bidang yang penting, namun penglibatan khususnya

dalam kaum bumiputera masih kurang. Kerjaya yang melibatkan seseorang itu dengan angka

dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama pelajar kurang berminat menceburi bidang

ini. Faktor utama kurangnya penglibatan dalam bidang ini ialah ianya melibatkan pengiraan

dengan angka.

Page 35: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

35

Bidang Tugas Akauntan

Pelbagai program perakaunan telah dibentuk untuk melahirkan pelajar yang mahir dari aspek

pengurusan maklumat , membuat keputusan serta perancang aspek-aspek kewangan di

samping membentuk sikap professional sebagai akauntan.

Antara kursus atau program yang ditawarkan di pusat-pusat pengajian ialah:

BIDANG TUGAS

Sebagai perundingkewangan

Perkhidmatanpengauditan dannasihat kewangan

Menyediakan rekodurusniaga kewangan,cukai serta penyata

kewangan

Perakaunankewangan

Perakaunankos

Undang-undangkomisen

Pencukaian

Perakaunanuntukpengurusan

Maklumatperakaunan

Pengauditan

Undang-undangperniagaan

Prinsipperakaunanperniagaan

Analisispenyatakewangan

Page 36: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

36

Peluang Kerjaya Akauntan

Kerjaya seperti akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan pertengahan

atau guru perakaunan, eksekutif kewangan dan pengurus adalah merupakan ruang kerjaya

bagi lulusan yang mengikuti program ini.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Pada peringkat sarjana muda, beberapa universiti tempatan yang menawarkan program

perakaunan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Putra Malysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti

Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA

(UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Mnakala universiti swasta yang menawarkan program ini diperingkat sarjana muda ialah

Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten). IPT yang

menawarkan program ini pada peringkat Diploma pula ialah UiTM, Universiti Darul Iman

(UDM), dan beberapa institusi pengajian tinggi swasta.

2.7 KERJAYA SEBAGAI DOKTOR PERUBATAN

Bidang tugas doktor perubatan meliputi banyak perkara berkaitan rawatan dan kesihatan

pesakit. Selain itu, doktor perlu memeriksa pesakit, merawat pesakit, memberi ubat,

membedah pesakit di samping memantau penyakit yang dialami pesakit dan memantau

selepas pembedahan. Doktor juga perlu bersedia apabila bertugas secara on-call khususnya

pada waktu malam.

Hal Ini bermakna seorang doktor tidak boleh tidur dengan lena semata-mata untuk bersiap

sedia jika terdapat individu yang memerlukan rawatan kecemasan akibat kemalangan atau

diserang penyakit serius seperti lemah jantung atau angin ahmar. Kepuasan dan ganjaran

sangat tidak ternilai sama ada dari segi wang ringgit mahupun pengorbanan yang dicurahkan

oleh seorang doktor demi menyelamatkan nyawa atau membantu menyembuhkan penyakit

orang lain.

Page 37: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

37

Bentuk Pembelajaran

Kursus perubatan yang dilaksanakan di universiti-universiti tempatan mengambil masa

selama 5- 6 tahun. Terdapat beberapa bidang pembelajaran seperti :

Pelajar diajar tentang ilmu perubatan, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik,

ortopedik, telinga, hidung dan tekak.

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Bidang profesional ini merupakan bidang yang paliing tinggi permintaannya memandangkan

doktor merupakan kerjaya yang paling utama dan penting dalam perkhidmatan kesihatan.

Peluang-peluang pekerjaan juga terdapat dalam bidang-bidang seperti penyelidikan perubatan,

industri kesihatan, pentadbiran perubatan dan pensyarah universiti. Selain itu, lulusan

perubatan juga boleh membuka klinik persendirian atau sebagai perunding perubatan yang

pastinya memberi pulangan yang cukup lumayan.

Syarat Menceburi Kerjaya Ini

Pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripada universiti yang

diiktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau

swasta adalah tertakluk kepada Medical Act. 1971

Untuk bakal-bakal doktor, anda perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk

Provisional Registeration dan seterusnya menjalani latihan amali selama setahun atau lebih di

Page 38: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

38

hospital yang diluluskan. Tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full

Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki

berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service). Pelajar

membiayai pengajian sendiri tidak tertakluk di bawah Perkhidmatan Wajib.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Terdapat beberapa universiti tempatan yang menawarkan program doktor perubatan di

peringkat Ijazah pertama. Antara universiti tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia

(UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terdapat beberapa kolej dan universiti swasta termasuk Universiti Perubatan Antarabangsa

yang menawarkan kursus ini. Selain itu juga, kursus ini boleh diikuti di Universiti-universiti

luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, New Zealand, Australia,

Indonesia, Rusia, Mesir dan Jordan.

2.8 KERJAYA SEBAGAI PEGUAM/PENGAWAL UNDANG-UNDANG

Sebenarnya, negara ini masih kekurangan individu yang menceburi bidang guaman. Dengan

ini, mereka yang berkelayakan mempunyai peluang yang besar dan pasaran yang tinggi.

Beberapa syarat perlu dipenuhi iaitu kelayakan akademik dalam bidang undang-undang,

kemahiran dalam penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik, di samping

mempunyai kebolehan untuk menilai, meneliti, menterjemah, berpandangan jauh dan

mempunyai tabiat suka membaca.

Terdapat banyak faktor yang perlu sama dipertimbangkan. Antaranya ialah persediaan diri

secara mental, disiplin dan kematangan berfikir selaras dengan falsafah undang-undang dalam

menegakkan keadilan dan kebenaran.

Page 39: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

39

Skop Tugas

Secara umumnya, tugas seorang peguam ialah menasihati dan menjadi pakar rujuk yang bijak

dan berpengetahuan secara teori dan praktikal mengikut kesuaian kes dan keadaan, menjadi

peguam bela dan peguam cara yang berpengalaman, cekap dan mahir dalam hal-hal

pendakwaan dan pembelaan hak di sisi undang-undang, di samping memperbaiki dan

meningkatkan taraf profesionnya, mahkamah serta undang-undang itu sendiri.

Untuk mereka yang berpengalaman dan berkaliber, mereka mungkin akan dilantik sebagai

hakim mahkamah rendah dan tinggi. Para pelajar boleh menjadi penasihat undang-undang

kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab merangka

undang-undang secara tepat dan teperinci. Undang-undang dan akta-akta polis, askar, jabatan

buruh, kastam, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan jawatan lain di agensi-agensi kerajaan adalah

dalam bidang skop tanggungjawab dan tugas mereka.

Peluang kerjaya Yang Ditawarkan

Pada masa kini, mereka yang berkelulusan dalam bidang undang-undang boleh berkhidmat di

sektor kerajaan atau swasta seperti di institusi kewangan, petroleum, industri, telekomunikasi,

hartanah, perakaunan dan insurans sebagai penasihat undang-undang. Contohnya, bagi

mereka yang memiliki pengalaman, boleh membuka firma guaman secara persendirian atau

perkongsian.

Bentuk Pembelajaran

Para pelajar dalam jurusan undang-undang akan didedahkan dengan kursus-kursus

perundangan termasuklah :

1) Teknologi maklumat dan undang-undang

2) Undang-undang perlembagaan dan pentadbiran

3) Undang-undang kontrak

4) Undang-undang jenayah

5) Undang-undang Islam

6) Undang-undang Tort

Page 40: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

40

7) Undang-undang kekeluargaan

8) Undang-undang tanah

9) Undang-undang syarikat

10) Undang-undang muamalat

11) Undang-undang ekuiti dan amanah

12) Amalan profesional dan etika perundangan

Prasyarat Menceburi Bidang Ini

Pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B)

serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya sembilan bulan chambering sebelum

diterima/melayakkan diri sebagai peguam.

Chambering

Secara keseluruhannya, untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam,

dan sebelum diterima menjadi peguam (called to the bar) lulusan itu mestilah membuat

chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama sembilan bulan dengan mana-mana

firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekuran-

kurangnya tujuh tahun. Mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta

aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak

diajar di universiti.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah Universiti Malaya (UM),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM).

Prasyarat Melanjutkan Pengajian

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu:

1. Asasi Undang-undang UiTM

Page 41: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

41

Para pelajar perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf

untuk mengikuti kursus asasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus sarjana

muda undang-undang.

2. Matrikulasi

Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu,

mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama di

universiti awam tempatan seperti UM, UKM, UIAM, UiTM, UUM dan USIM. Kursus

ijazah ini mengambil masa empat tahun.

3. Program tajaan JPA dan MARA

Pelajar lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di luar negara. Syarat yang diperlukan adalah

lulus tidak kurang lima cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah,

Matematik serta subjek sains dan teknikal.

4. STPM

Para pelajar juga boleh menggunakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM) untuk mengikuti program undang-undang. Pelajar perlu lulus sekurang-

kurangnya tiga prinsipal B untuk meneruskan cita-cita dalam bidang undang-undang

peringkat ijazah sarjana muda di UM, UKM, UIAM, UUM, UiTM dan USIM.

5. Diploma

Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau

Perakaunan dari UiTM, mereka boleh memasuki universiti awam seperti UM dan UiTM

untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

2.9 KERJAYA SEBAGAI WARTAWAN

Setiap masa kita akan membaca berita-berita dan rencana-rencana dalam surat khabar atau

majalah. Selain itu, kita juga mendengar berita radio atau menonton siaran berita di

televisyen. Banyak berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media

massa.

Page 42: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

42

Namun, siapakah yang melakukan tugas seperti ini? Jawapannya, ia dilakukan oleh wartawan

( wartawan penyiaran untuk media elektronik ) yang membuat liputan tentang peristiwa,

kejadian, aktiviti dan sebarang kegiatan yang dijadikan bahan berita dan cerita untuk

dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton. Secara umumnya, wartawan adalah

penghubung dan pelapor yang meneroka, mencari, mengumpul serta menyebarkan maklumat

dan peristiwa kepada masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik, ahli perniagaan dan

tokoh terkenal.

Walau terdapat individu yang berkelulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau

institusi pengajian tinggi ( IPT ) berpeluang untuk menceburi bidang ini, tetapi sejak akhir-

akhir ini banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang

mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu. Hal ini demikian kerana mereka

mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding yang

lain.

Sebagai contoh, seorang calon yang berkelulusan dalam bidang sains komputer mampu

menghasilkan berita atau rencana tentang komputer dengan baik berbanding dengan mereka

yang tiada kelayakan dalam bidang itu. Adalah sama sekiranya individu itu berkelulusan

undang-undang, sudah tentu dia mampu membuat liputan kes-kes perbicaraan di mahkamah

atau isu-isu semasa berkaitan undang-undang. Mereka lebih memahami apa yang mereka

lakukan dan mudah menjelaskannya melalui penulisan mereka.

Skop Tugas

Individu yang ingin menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu

menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik di samping berbakat dan juga

kreatif dalam menghasilkan idea dalam bentuk berita atau rencana. Jika ciri-ciri ini tiada

dalam diri seseorang individu, agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan

kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita atau rencana

dengan baik dan difahami. Selain itu, mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang

diperlukan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Setiap hari mereka akan diberi tugasan oleh ketua pemberita atau editor untuk membuat

liputan peristiwa atau menemu ramah individu-individu tertentu. Setelah selesai, mereka akan

kembali ke bilik berita untuk mengarang tugasan itu. Berita atau rencana tersebut akan

disunting oleh editor sebelum dicetak atau disiarkan di media massa. Individu yang aktif dan

Page 43: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

43

kreatif, mereka akan mencari bahan sendiri tanpa diminta oleh editor bagi menghasilkan

berita atau rencana mengikut minat masing-masing.

Kerjaya ini membuka peluang kepada anda khususnya pelajar untuk bertemu dan menemu

bual orang-orang kenamaan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-

menteri, tokoh-tokoh korporat, politik atau akademik dalam dan luar negara.

Peluang Kerjaya Yang Ditawarkan

Sejak akhir-akhir ini, perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat

perkembangan ekonomi negara telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya

kewartawanan khusunya di sektor swasta. Perkara yang paling besar ialah kita nampak

melalui medai prima seperti TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya. Sementara itu, banyak

syarikat media cetak dan elektronik beroperasi kini sudah tentu memerlukan tenaga kerja

dalam bidang kewartawanan.

Agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau

kakitangan yang mampu menulis dan mengarang tentang pencapaian agensi dan syarikat

masing-masing dengan tujuan menghebahkan kepada umum. Individu yang memiliki Sijil

Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau lain-lain kelulusan yang bukan dalam bidang kewartawanan

tetapi ditawarkan kerjaya ini, mereka dikehendaki mengikuti latihan kewartawanan untuk

tempoh dua bulan atau lebih di syarikat mereka bekerja.

Skop Pembelajaran

Para pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus komunikasi dan kewartawanan termasuk:

Pengantar komunikasi

Prinsip-prinisp kewartawanan

Laporan dan penulisan berita,

Pemberitaan dan penyuntingan,

Pengucapan awam,

Grafik dan reka letak,

Penulisan rencana,

Terjemahan,

Komunikasi foto,

Undang-undang,

Page 44: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

44

Etika komunikasi dan media pengurusan akhbar

Isu-isu semasa Malaysia

Bagi mereka yang tidak mempunyai asas kewartawanan, mereka akan dilatih oleh syarikat-

syarikat media cetak atau elektronik dalam bidang itu sebelum dilantik sebagai wartawan.

Prasyarat Bidang Ini

Seseorang individu harus memiliki sekurang-kurangnya SPM mendapat cemerlang Bahasa

Melayu dan Inggeris. Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) juga boleh

memohon dengan syarat mendapat gred yang baik termasuk dalam mata pelajaran Pengajian

Am. Untuk pelajar yang memiliki diploma atau ijazah dalam bidang kewartawanan atau

komunikasi mereka lebih berpeluang untuk menceburi bidang ini. Selain itu, calon-calon yang

memiliki diploma atau ijazah dalam bidang lain juga boleh memohon kerjaya ini.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Universiti/institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan menawarkan pengkhususan

dalam bidang kewartawanan iaitu Universiti Malaya ( UM ), Universiti Kebangsaan Malaysia

( UKM ), Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) di

peringkat sarjana muda. Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ),

Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ), Universiti Putra Malaysia ( UPM), Universiti

Utara Malaysia ( UUM ), Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) dan Universiti Sains Islam

Malaysia ( USIM ) pula menawarkan kursus komunikasi yang juga menjadi asas kepada

bidang kewartawanan. Sementara universiti swasta yang menawarkan program ini ialah

Universiti Tunku Abdul Rahman ( UTAR ). Program ini mengambil masa tiga - empat tahun.

Syarat Melanjutkan Pengajian

Untuk melanjutkan pengajian, pelajar perlu lulus dengan baik peperiksaan SPM/SPMV serta

cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik. Pelajar juga perlu

mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM. Hal ini kerana pengambilan oleh

kebanyakan universiti/institusi pengajian tinggi memerlukan kelulusan STPM untuk

melanjutkan pengajian terus ke peringkat ijazah sarjana muda.

Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV untuk

mengikuti program Matrikulasi Sains Kemanusiaan di UIAM sebelum ditawarkan ke

peringkat sarjana muda pengkhususan bidang komunikasi. Selain itu, program matrikulasi ini

Page 45: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

45

memerlukan calon yang lulus SPM dengan cemerlang Bahasa Melayu, Inggeris dan

Matematik. Pengajian di UIAM menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab sebagai

bahasa pengantar.

Menarik bukan? Bagi mereka yang ingin kerjaya yang lebih santai dan banyak melibatkan diri

dalam masyarakat luar, boleh memilih kerjaya ini sebagai pemilihan anda!

2.10 KERJAYA SEBAGAI AHLI GEOLOGI

Bidang geologi ini adalah satu kerjaya yang dipertanggungjawabkan menyiasat, mengkaji dan

menilai struktur bahan, kekuatan tanah, keadaan di bawah permukaan serta persekitaran yang

terdapat di sesuatu kawasan tersebut bagi mencari jawapan kepada punca bencana tersebut.

Selain itu, bidang geologi adalah cabang daripada sains bumi yang mengkaji kejadian,

perkembangan dan kandungan bumi serta evolusi kehidupan di muka bumi ini. Bidang

geologi turut merangkumi kajian mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit.

Bidang geologi juga mempunyai cabang khas seperti paleontologi iaitu kajian kesan-kesan

hidupan kuno. Bidang geokimia pula ialah tentang kajian mengenai kandungan kimia mineral,

batuan dan bijih, manakala geo-fizik ialah kajian struktur dan keadaan di bawah permukaan

iaitu cabang yang menyiasat permukaan bumi dengan menggunakan pninsip fizik dengan

bantuan alat-alat tertentu. Terdapat juga bidang khusus yang relatif baru seperti bidang

geologi kejuruteraan iaitu bidang yang menggunakan pengetahuan geologi bagi membantu

kerja-kerja geoteknik dan kejuruteraan awam.

Pada masa kini, perkembangan pesat pembangunan negara yang sedang menuju negara maju

perlu diiringi dengan pertambahan guna tenaga pakar di bidang geologi yang mampu

membantu mengesan keadaan rupa bumi dan selok-belok bentuk muka bumi tempat

dibangunkan dan dimajukan bagi mengelakkan bencana yang tidak diingini. Terdapat

beberapa universiti tempatan yang menawarkan pengajian di peringkat sarjana muda. Di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, menawarkan empat bidang iaitu geologi

kejuruteraan, geologi perlombongan, geologi petroleum dan geologi carigali tulen.

Lulusan bidang ini boleh berkhidmat dengan jabatan-jabatan kerajaan atau bekerja di sektor

swasta dengan pendapatan yang lumayan. Dalam sektor swasta mereka boleh berkhidmat

sebagai ahli geologi di sektor petroleum seperti Petronas dan syarikat-syarikat carigali

petroleum serta syarikat-syarikat penyokong carigali yang lain.

Page 46: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

46

Dalam sektor kejuruteraan awam dan geoteknik pula, ahli geologi terlibat dalam projek

seperti lebuh raya, empangan, bangunan tinggi dan lapangan terbang. Selain itu, ada yang

terlibat dalam sektor perlombongan dan pengkuarian di samping bekerja sendiri dengan

membuka syarikat perunding. Di sektor awam, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan

Kaji bumi dan sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Dan segi pendapatan, sektor awam menawarkan gaji permulaan dan imbuhan seperti yang

diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Pastinya pulangan gaji yang diberi kelak adalah

sangat lumayan dan memuaskan.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Terdapat beberapa universiti tempatan menawarkan kursus geologi di peringkat sarjana muda

iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan yang terbaru di

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kursus ini mengambil masa selama empat tahun.

2.11 KERJAYA SEBAGAI DOKTOR VETERINAR

Kursus doktor perubatan veterinar adalah berkaitan dengan haiwan. Kajiannya berkaitan

haiwan normal dan tidak normal, pembedahan haiwan, sistem-sistem organ haiwan, penyakit-

penyakit haiwan dan sebagainya. Mereka yang mengikuti kursus ini, apabila menamatkan

pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan

Doktor veterinar akan melakukan aktiviti perubatan seperti memeriksa haiwan, mendiagnosis

penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, Memberi ubat pelali dan

menjalankan pembedahan haiwan. Oleh kerana masih terdapat aktiviti ternakan dan

pemeliharaan haiwan, permintaan pasaran di bidang ini masih diperlukan. Bidang ini

merupakan satu bidang profesional yang melibatkan produksi ternakan dan perubatan haiwan.

Doktor veterinar turut bertindak sebagai penasihat dalam memberi rawatan dan program

perubatan pencegahan untuk haiwan peliharaan, hàiwan temakan termasuk lembu susu dan

daging, kambing, kambing biri-biri, ayam dan itik. Selain itu, melibatkan juga haiwan seperti

burung, haiwan liar dan haiwan yang di gunakan penyelidikan perubatan manusia.

Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Perternakan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang

Page 47: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

47

merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini menyediakan

kurikulum yang digubal dan disesuaikan dan semasa ke semasa mengikut keperluan negara.

Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk mengendalikan semua

kursus yang ditawarkan termasuk mengadakan latihan amali ladang dan makmal luas milik

universiti.

Selain itu, bidang veterinar di negara ini mempunyai prospek selaras perkembangan industri

dalam bidang berkaitan membabitkan sektor awam dan swasta. Lulusan bidang ini boleh

mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri ternakan dan pengeluaran makanan,

klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, Zoo, makmal-makmal haiwan, universiti

pensyarah, membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi di sektor komersial yang

melibatkan haiwan.

Prasyarat Menceburi Bidang Ini

Calon perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan Veterinar

dan UPM atau universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini ialah UPM. Pelajar yang

berjaya akan dianugerahkan ijazah doktor perubatan veteninar.

2.12 KERJAYA SEBAGAI JURURAWAT

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjaga

profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang

sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sakit, dan menangani kecemasan dalam

semua. Kerjaya jururawat seperti sedia maklum merupakan satu kerjaya yang sangat mulia.

Page 48: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

48

Kerjaya ini mengkehendaki sesoeorang untuk sentiasa tenang dan sabar dalam menghadapi

pelbagai jenis karenah pesakit. Bidang kejururawatan ini merupakan satu bidang yang tetap

mencabar kerana kerjaya ini menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika melayan pesakit.

Mengapa bidang ini banyak dimonopoli oleh kaum wanita?

Hal ini adalah sebab kerana kerjaya ini memerlukan mereka lebih sabar dan tekun dalam

menjalankan kerja yang amat memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Oleh itu,

sesiapa yang berminat dengan kerjaya ini kalau boleh terlebih dahulu membaca mengenai

seorang tokoh jururawat yang popular iaitu Florance Nightingale.

Beliau digelar dan diingati sebagai “Wanita dengan lampu” lantaran usahanya menyediakan

bantuan rawatan kepada yang menderita sakit berdekad lamanya. Selain itu, kerjaya ini juga

menuntut seseorang untuk sentiasa bertenang dan tidak mudah panik dalam menghadapi apa

jua kemungkinan yang akan berlaku. Kerjaya seperti ini amat penting kerana merekalah yang

bertindak sebagai penolong kepada doktor dalam melaksanakan tugas merawat dan

menjalankan prosedur-prosedur klinikal.

Namun pada zaman moden, kerjaya ini bukan sahaja diisi oleh kaum wanita malah ada juga

golongan lelaki yang menceburi bidang kejururawatan ini. Hal ini amat penting kerana

golongan lelaki juga amat diperlukan dalam membantu tugasan di hospital dan juga pesakit.

Walaupun ada sesetengah pelajar yang menyifatkan kerjaya ini tidak begitu popular

berbanding kerjaya lain, tetapi ia mampu memberi jaminan dan masa depan yang cerah

kepada pelajar yang mengikuti kursus kejururawatan ini. Untuk makluman, kerjaya ini

mempunyai prospek yang sangat tinggi. Hal ini demikian kerana, nilai pasarannya tinggi

terutamanya di timur tengah yang bersedia menawarkan tempat untuk berkhidmat di sana.

Malah, jururawat juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah

sehingga ke doktor falasafah. Ini mesti menjadi satu berita baik bukan? Malah, bilangan

jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi. Selain itu, jika seseorang

pelajar sudah menetapkan matlamat untuk mengikuti kursus kejururawatan, mereka sekurang-

kurangnya boleh membuat persediaan mengumpul pengetahuan serta maklumat berkaitan

bidang perubatan yang boleh menjadi kelebihan kepada calon untuk melayakkan diri

mengikuti kursus kejururawatan.

Page 49: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

49

Seseorang jururawat juga digalakkan menguasai bahasa inggeris yang baik kerana selain

untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau merebut peluang

bekerja di luar negara, jururawat juga berkemungkinan perlu melayan pesakit yang bahasa

ibundanya Bahasa Inggeris. Malah, kemahiran berbahasa inggeris membolehkan jururawat

segera memahami arahan dan berurusan dengan doktor pakar yang datang dari luar negara.

Maklumat Dan Cara Memohon Jururawat Melalui SPA

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk anda memohon Kursus kejururawatan.

Antaranya ialah melalui saluran IPTA, SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam), dan kolej -

kolej swasta. Dalam bab ini, saya hanya akan bantu bagaimana cara untuk anda memohon

kerjaya jururawat melalui SPA dan kolej-kolej swasta. Anda hendaklah pergi ke pautan

berikut untuk memohon kursus kejururawatan:

Page 50: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

50

Berikut adalah paparan seperti di pautan

http://imej.spa.gov.my/borangspa/borang5.php

Anda hendaklah menekan BORANG PENDAFTARAN (SPA8i) untuk membuat

permohonan. Paparan berikut pula akan muncul:

Lihat seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Anda boleh memilih jawatan kerjaya sebagai

jururawat melalui laman web SPA ini. Seterusnya anda perlu mengisi semua maklumat yang

dikehendaki sehingga pengisian borang anda siap dan berjaya. Jika anda berjaya mendapat

permohonan untuk latihan jururawat, latihan Jururawat Pergigian anda akan diberi biasiswa

Page 51: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

51

sebanyak RM621.21 sebulan. Manakala Jururawat masyarakat pula akan mendapat RM

517.15 sebulan.

Jika anda masih mempunyai masalah dan pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh

menghubungi saya di talian peribadi 013-3262125 atau emel ke [email protected].

Berikut pula ialah senarai institusi yang akan ditempatkan kepada anda sekiranya berjaya

dalam permohonan untuk menjadi jururawat melalui saluran SPA ini.

Senarai Institusi Kemahiran Kementeria Kesihatan Malaysia

1) KEDAH - Kolej kejururawatan Sungai Petani, Kolej kejururawatan Alor Star, Kolej

Pembantu Perubatan Alor Star, Kolej Jururawat Masyarakat Kulim.

2) PULAU PINANG - Kolej Kejururawatan Bukit Mertajam dan Pulau Pinang.

3) PERAK- Kolej Kejururawatan Ipoh dan Taiping serta Kolej Pembantu Perubatan Ulu

Kinta.

4) SELANGOR - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh

5) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR - Kolej Teknologi Makmal

Perubatan.

6) NEGERI SEMBILAN - Kolej Kejururawatan Seremban, Kolej Jururawat

Masyarakat Port Dickson, Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

7) MELAKA - Kolej Kejururawatan Melaka.

8) JOHOR - Kolej Kejururawatan Muar dan Johor Bahru, Kolej Jururawat Masyarakat

Segamat,Kluang dan Batu Pahat, Kolej Radiografi Johor Bahru.

9) PAHANG - Kolej Kejururawatan Kuantan,Kolej Jururawat Masyarakat Jerantut

10) TERENGGANU - Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kolej Kejururawatan Kuala

Terengganu.

11) KELANTAN - Kolej Kejururawatan Kubang Kerian,Kolej Jururawat Masyarakat

Pasir Mas.

12) SARAWAK- Kolej Kejururawatan Sibu, Kolej Kesihatan Awam Kuching,Kolej Sains

Kesihatan Bersekutu Kuching, Kolej Jururawat Masyarakat Serian.

13) SABAH - Kolej Kejururawatan Sandakan, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota

Kinabalu, Kolej Jururawat Masyarakat Tawau.

Page 52: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

52

Bagaimana? Faham kesemua maklumat yang telah saya berikan tadi? Jika anda berjaya, anda

akan dikirimkan surat oleh pihak SPA untuk ditemuduga. Anda hendaklah bersedia dengan

pelbagai jenis persiapan sama ada rohani dan mental ketika ditemuduga kelak. Saya berdoa

agar anda akan berjaya nanti! Insyallah. Berikut adalah contoh surat yang dikirimkan pihak

SPA :

Page 53: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

53

Di bawah saya senaraikan beberapa jenis popular soalan yang kerapkali ditanya didalam

temuduga. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Apa yang penting anda hendaklah banyak

membaca dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Soalan Yang Popular

NO JENIS SOALAN YANG SERING DITANYA

1 BIODATA DIRI ANDA?

2 MENGAPA MEMILIH BIDANG JURURAWAT SEBAGAI PILIHAN?

3 ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI JURURAWAT?

4 SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI ANATOMI TUBUH MANUSIA?

SEBAGAI CONTOH APAKAH JANTUNG?

5 HAL EHWAL SEMASA TENTANG ISU JURURAWAT?

6 PERBEZAAN DI ANTARA KLINIK DAN HOSPITAL?

7 FUNGSI ORGAN-ORGAN BADAN?

8 SIAPA MENTERI KESIHATAN?

9 BIDANG TUGAS JURURAWAT?

10 HAL-HAL BERKAITAN PENYAKIT

Page 54: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

54

2.13 KERJAYA KREW PENERBANGAN

Kerjaya juruterbang sudah tentunya merupakan kerjaya yang sangat mencabar dan menguji

ketahanan mental serta fizikal. Bakal juruterbang kelak mestilah mempunyai kemahiran

komunikasi dan penguasaan Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Bahasa Inggeris serta

mempunyai prestasi yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Kesihatan

pula sudah tentunya diambil kira dan bakal juruterbang perlu baik dari segala segi

kesihatannya dan penglihatan serta mempunyai ketinggian tidak kurang 160sm (5 kaki 4

inci).

Profesion juruterbang pula mengkehendaki seseorang untuk perlu bersedia dalam menggalas

tugas di luar stesen sama ada dalam jangka waktu yang singkat atau lama.

Bagaimana? Adakah anda betul-betul ingin menceburkan diri untuk memilih kerjaya

juruterbang? Mesti ada dalam kalangan kita yang meminati kursus ini bukan. Jangan risau!

Bagi yang berminat saya akan menunjukkan satu persatu cara dan maklumat permohonan

untuk menjadi juruterbang. Teruskan bacaan anda.

Maklumat Permohonan Juruterbang Melalui Akademi Penerbangan Malaysia

Akademi penerbangan Malaysia merupakan akademi yang melatih dan memberi latihan-

latihan kepada kadet juruterbang secara profesional bagi mengisi jawatan juruterbang di

Page 55: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

55

syarikat penerbangan komersial ataupun penerbangan awam. Akademi Penerbangan

Malaysia atau Malaysian Flying Academy ini terletak di Batu Berendam, Melaka. Pemohon

yang mengikuti kursus juruterbang ini akan melalui tiga (3) tahap sesi temuduga:

1) Temuduga berkaitan psychomotor test iaitu kecekapan dan koordinasi antara tangan,

mata dan kaki.

2) Ujian sikap.

3) Wawancara Lisan (Temuduga lisan)

Pengajian kursus ini memakan masa selama 14 bulan di Akademi Penerbangan Malaysia

Batu Berendam, Melaka. Latihan pula dijalankan secara teori dan praktikal oleh akademi

tersebut. Latihan teori atau ground skill meliputi kursus atau subjek seperti berikut :

Undang-undang udara

Kawalan elektronik

Air-frame

Operasi enjin

Pelan penerbangan

Keadaan cuaca

Keperluan bahan api

Berat pesawat dan semua yang berkaitan dengan pesawat

Kursus kadet juruterbang ini meliputi latihan yang sangat mencabar dan mendebarkan serta

menguji tahap mental seseorang itu. Antara latihan yang bakal dijalankan ialah:

1) Latihan untuk menerbangkan pesawat satu enjin dengan 4 tempat duduk selama 165

jam.

2) Latihan untuk menerbangkan pesawat 2 enjin dengan 6 tempat duduk selama 35 jam.

3) Latihan menggunakan panel kokpit dalam pesawat penerbangan.

4) Latihan visual yang berkaitan terus dengan hubungan sesama menara kawalan, cara

membaca peta dan penentuan sesuatu lokasi ketika satu-satu penerbangan yang

dibuat.

Jenis Lesen Penerbangan

Terdapat 3 kategori yang anda mesti tahu mengenai lesen penerbangan. Kategorinya adalah

seperti berikut:

Page 56: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

56

Private Pilot Licence with Instrument Rating (PPL/IR). Lesen jenis ini khusus

kepada juruterbang persendirian dan tidak dibenarkan sama sekali membawa

penumpang.

Commercial Pilot Licence with Instrument Rating (CPL/IR). Lesen ini khusus

kepada juruterbang yang mengendalikan pesawat komersial domestik seperti MAS,

Air Asia, British Airways dan sebagainya.

Airline Transport Pilot Licence With Instrument rating(ATPL/IR). Lesen jenis ini

hanya khusus kepada juruterbang kargo. Maksudnya untuk mendapatkan lesen ini,

juruterbang perlu melengkapkan penerbangan selama 1500 jam dengan

menggunakan lesen CPL/IR dan menduduki 6 peperiksaan.

Jenis Pesawat

Jenis pesawat Twin otter dapat memuatkan 12 penumpang, Boeing 737 (400 penumpang),

Airbus (330 penumpang), Fokker (50 penumpang), pesawat kargo dan banyak lagi pesawat

yang digunakan masa kini.

Cara memohon

Untuk langkah yang pertama, anda perlu mendapatkan surat kelulusan daripada Jabatan

Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Anda boleh menghubungi Jabatan Penerbangan

Awam Malaysia (DCA) terlebih dahulu untuk tujuan pengesahan dan kelulusan permohonan

di alamat :

Director General,

Department Of Aviation Malaysia,

Level B1,1,2,&3,Block D5

Parcel D,Federal Government Administrative Complex

62502,Putrajaya,

Malaysia.

Telefon:603 888 66000. 60388891514

Faks: 60388891541

Laman web: www.dca.gov.my

Page 57: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

57

Email: [email protected]

Untuk makluman lebih lanjut, anda boleh juga pergi ke link berikut untuk tujuan enquiry:

Kemudian anda dikehendaki memohon menjadi kadet juruterbang dengan menulis surat

secara rasmi kepada:

The Malaysian Flying Academy,

No.101,Lot 3224,

Mukim Batu Berendam

75350,Melaka Malaysia.

Telefon: 606 317 4026. 606 317 4834

Faks: 606 317 4362

Laman Web: ww.mfa.edu.my

Email:[email protected]

Page 58: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

58

Beberapa syarat lagi yang anda perlu patuhi untuk memohon kadet juruterbang ini antaranya

ialah cemerlang dalam SPM, Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan

Matematik Tambahan serta Fizik atau sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran A-level.

Anda juga sudah tentunya perlu berumur 17 tahun dan mempunyai kesihatan dan rekod

perubatan yang baik. Anda juga perlu mempunyai tahap cemerlang dalam Bahasa Inggeris

selain fasih berbahasa dalam Bahasa Inggeris. Anda mesti tertanya-tanya mengenai yuran

pengajian bukan? Mesti anda terfikir ada atau tidak biasiswa? Tidak perlu risau, seterusnya

akan diterangkan mengenai yuran pengajian.

Yuran Pengajian

FLIGHT AND GROUND

TRAINING( TEORI DAN

PRAKTIKAL)-60

MINGGU

RM RM

1.Single engine-165

hour(RM 450 per hour)

RM 74,250.00

2.Multi engine-35

hour@RM1000 per hour

RM35,000.00

3.Ground

training(teori)700@RM 20

per hour

RM14,000.00

4.Operational charges RM7,000,00

JUMLAH RM130,250.00

Lain-lain perkara

1.Yuran peperiksaan:

United kingdom

Aviation(UKCA)

Jabatan

RM2,935.00

RM430.00

Page 59: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

59

Penerbangan

Awam(DCA)

2.Yuran lesen(

SPL,RT,CPL&IR)to DCA

Malaysia

RM975.00

Peralatan

penerbangan,peta dan

carta

RM600.00

CAP 385 dan MFA

instructional guides

RM465.00

Pakaian Seragam(3 set) RM300.00

Pas masuk Malaysia

Airport Berhad(semasa

kursus)

RM45.00

JUMLAH RM5750.00

Makan dan minuman(60

minggu) 300

[email protected]

RM 4,500.00 RM4,500.00

JUMLAH

KESELURUHAN

RM 140,000.00

Page 60: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

60

Untuk kaedah bayaran,anda boleh melakukannya secara ansuran seperti:

1) RM 12,000.00- semasa mendaftar

2) RM38,500.00- Sebelum kursus

3) RM 32,500.00- Dalam tempoh 3 bulan kursus

4) RM 32,500.00- Dalam tempoh 6 bulan kursus

5) RM25,000.00- Dalam tempoh 9 bulan kursus

Untuk makluman anda, Akademi Penerbangan Malaysia tidak menyediakan pembiayaan

kepada bakal juruterbang. Namun, anda boleh memohon pinjaman sendiri atau penajaan dari

syarikat penerbangan seperti MAS dan Air Asia. Mahu tahu banyak lagi mengenai kursus

penerbangan untuk Juruterbang yang ditawarkan? Sila layari Laman Web/Laman Sesawang

ini:

1. www.apft.edu.my

2. www.hmaerospace.com

3. www.ebaft.com

4. www.airforce.gov.my

Kerjaya Pramugara dan Pramugari

Melihat kepada gaya dan penampilan anak muda dengan berpakaian kebaya batik menuju ke

balai berlepas setiap kali singgah di lapangan terbang terdetik di hati betapa glamor dan

seronoknya bergelar pramugari dan pramugara. Mereka bukan sahaja cantik dan mempunyai

personaliti menarik, malahan mereka juga berpeluang mengunjungi bandar-bandar ternama di

seluruh dunia.

Saya pasti ramai remaja yang tertanya-tanya bagaimana ingin memohon hendak menjadi

pramugara dan pramugari ini. Kerjaya yang satu-satunya berada di tempat paling tinggi di

samping dapat menikmati pandangan awan yang biru dan sangat mengagumkan. Salah satu

bidang pekerjaan penting ini memang sangat dikenali umum dan glamour. Pekerjaan ini

Page 61: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

61

membolehkan seseorang itu menjadi duta ke negara yang ditujui melalui sesuatu

penerbangan.bakal pramugara dan pramugari kelak mendapat peluang mengelilingi dunia dan

dapat mengharumkan nama negara kepada masyarakat antarabangsa.

Terdapat pelbagai jenis Syarikat Penerbangan Malaysia antaranya ialah MAS, Air Asia,

Firefly dan pelbagai jenis lagi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk

menjadi pramugara dan pramugari boleh juga menyertai syarikat penerbangan yang lain.

Sebagai pramugara dan pramugari kelak, mereka berpeluang bertugas di dalam banyak jenis

pesawat antaranya ialah Fokker, Twin Otter dan sebagainya. Tugas pramugara dan pramugari

bukan sahaja melayan penumpang malah menjadi duta kecil dan perlu mempunyai

pengetahuan am tentang negara ini supaya mudah mempromosikan negara. Imej krew kabin

ini juga sering menonjolkan prestij syarikat penerbangan mereka.

Sudah tentunya pekerjaan ini menawarkan gaji dan imbuhan yang sangat lumayan. Selain itu,

pramugara dan pramugari juga diberi insentif seperti elaun makan, elaun penerbangan, ribet

tiket sepanjang tahun serta tiket penerbangan ke mana-mana destinasi penerbangan di dunia.

Penguasaan dalam kemahiran berbahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah menjadi

kemestian yang paling utama. Sudah tentunya anda perlu berurusan dengan penumpang yang

berasal daripada pelbagai negara.

Page 62: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

62

Maka dengan penguasaan Bahasa Inggeris, anda dapat berkomunikasi dengan penumpang dan

memenuhi serta melayani penumpang sebaik mungkin. Mereka yang berminat dengan kerjaya

ini boleh memohon terus kepada syarikat penerbangan berkenaan atau hadir secara walk-in,

untuk ditemuduga. Pihak syarikat akan mengiklankan jawatan ini di dalam akhbar-akhbar

utama dari semasa ke semasa.

Bagaimana anda berminat? Minat tapi tidak tahu hendak membuat permohonan? Jangan risau,

saya akan memberi maklumat kepada anda untuk memohon dan anda boleh melayari laman

web yang akan diberikan dari semasa ke semasa untuk maklumat yang selanjutnya.

Cara Memohon

Anda boleh melayari laman web ini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat

lanjut. Anda boleh juga cuba untuk menghubungi dan emel kepada pihak yang terlibat. Untuk

perhatian anda, maklumat mengenai kerjaya ini amat sukar didapati dan anda boleh

mendapatkan maklumat lanjut seperti yang tertera. Seterusnya lihat pula paparan berikut di

mana anda dapat membuat permohonan nanti.

Page 63: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

63

Anda juga boleh melihat di link paparan berikut yang telah diberikan. Ingat ya, sentiasa

berhubung dengan pihak yang berkenaan mengenai kerjaya pramugari dan pramugari. Saya

berdoa agar anda berjaya dengan pilihan kerjaya di awan biru ini nanti.

Sekiranya diterima kelak, bakal pramugara dan pramugari akan mengikuti latihan selama dua

setengah bulan serta dibayar elaun. Semasa latihan, pelatih-pelatih akan mengikuti kursus cara

berkomunikasi dengan betul, kursus bahasa, prosedur dalam kapal terbang, cara-cara

menyelamat, cara-cara menyediakan hidangan kepada penumpang, tatacara mengurus diri dan

beberapa kursus lain yang berkaitan.

Calon yang berjaya diterima bekerja akan diminta menandatangani satu perjanjian untuk

tempoh tertentu. Syarikat Penerbangan Malaysia misalnya, menetapkan perjanjian untuk

berkhidmat selama lima tahun.

Ciri Peribadi Yang Diperlukan

Bagi sesiapa yang berminat, peribadi yang diperlukan ialah seseorang itu hendaklah meminati

profesion ini. Selain itu, seseorang perlu menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai personaliti:

Mempunyai pengetahuan am tentang negara.

Mampu berkomunikasi dengan baik.

Memiliki personaliti yang baik.

Bersopan santun dan mesra.

Page 64: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

64

Memiliki ketinggian 157cm (wanita) dan 165 cm (lelaki) sekurang-kurangnya.

Mempunyai penglihatan yang baik.

Memilik keberanian dalam penerbangan.

Cergas.

Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mencintai profesion ini.

Syarat Menceburi Bidang Ini

Mereka yang berminat harus berusia di antara 18 hingga 30 tahun, semestinya warganegara

Malaysia. Memiliki kelayakan akademik dengan sekurang-kurangnya lulus pangkat tiga

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SijiI Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV).

Selain itu, calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja atau pemegang diploma atau

ijazah dalam sebarang bidang tetapi berminat menceburi bidang ini juga memohon pekerjaan

ini. Terdapat banyak lulusan institusi pengajian tinggi memilih pekerjaan ini sebagai kerjaya

mereka. Bersopan santun dan mesra serta mempunyai perwatakan menarik juga menjadi ciri-

ciri penting yang dipertimbangkan untuk menjawat jawatan ini. Pengalaman dalam

perkhidmatan pelanggan akan diambil kira dan diberi keutamaan. Perlu ingat yang paling

penting juga ialah anda perlu tahu banyak bahasa. Kelebihan anda dapat menguasai bahasa

lain adalah satu bonus yang baik bagi anda.

Apabila anda berjaya dipanggil untuk temuduga daripada mana-mana syarikat penerbangan,

seperti kebiasaannya sila bawa bersama surat permohonan resume, sijil-sijil akademik asal

serta salinan yang disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak

akan dikembalikan). Anda juga dinasihatkan supaya berpakaian kemas (pakaian pejabat).

Bagi wanita pula, anda digalakkan memakai baju kebaya. (T-shirt, selipar dan seluar jeans

tidak dibenarkan sama sekali).

Page 65: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

65

Bagi sesiapa yang berjaya, seseorang dikehendaki mendatangani Perjanjian Ikat Jamin

Latihan Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun. Proses temuduga dijalankan akan

mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, seseorang itu dinasihatkan bersedia untuk

berada di lokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

2.14 KERJAYA SEBAGAI AHLI OPTOMETRI

Bidang optomeris sebenarnya adalah mereka yang terlatih dan mempunyai kelayakan

akademik di bidang optometri yang memberi perkhidmatan dalam pemeriksaan mata dan

penguijian penglihatan, memberi khidmat nasihat tentang masalah penglihatan, penyakit mata

dan merawat gangguan-gangguan fungsi sistem mata. Mereka yang bergelar optometris

adalah mereka yang pernah mendapat latihan formal, diajar secara teori dan praktikal oleh

tenaga pengajar yang terlatih lagi profesional.

Secara keseluruhannya, Optometris berbeza dengan oftalmologis. Oftalmologis adalah

seorang pengamal perubatan yang mempunyai kepakaran di bidang pembedahan mata. Ia juga

berbeza dengan juruoptik yang banyak membuka premis kacamata. Tugas juruoptik

sepatutnya hanya berkaitan dengan kerja-kerja racikan kanta cermin mata mengikut

preskripsi.

Bidang optometri ini juga mempunyai prospek kerjaya yang meluas pada masa kini dan masa

hadapan. Hal Ini adalah demikian kerana berasaskan kepada permintaan yang tinggi

memandangkan ramai penduduk yang mencapai usia 40 tahun memerlukan kanta pembetulan

untuk membaca dan melakukan tugasan harian perubahan fisiologi yang dijangkakan.

Page 66: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

66

Salah satunya universiti iaitu UKM menawarkan program optometri di peringkat sarjana

muda untuk tempoh empat tahun. Semasa pengajian di tahun pertama, pelajar didedahkan

dengan mata pelajaran sains asas seperti optik fizikal dan geometrikal, anatomi okular, optik

visual dan psikologi okular. Pelajar juga perlu mengikuti kursus-kursus sains kesihatan umum

seperti anatomi umum, fisiologi manusia, mikrobiologi dan biokimia.

Setelah itu, pelajar akan memulakan pengajian klinik asas untuk belajar cara-cara memeniksa

bahagian luar dan dalam mata. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengikuti kursus-kursus

sains visual dan kursus teori optometrik yang lain di samping beberapa kursus kesihatan

umum seperti patologi dan farmakologi.

Pada tahun akhir, pelajar dibenarkan memeriksa dan merawat pesakit di bawah penyeliaan

pengamal optometri yang layak. Mereka juga akan diletakkan di bawah seliaan pakar

oftalmologi bagi mendapatkan pemahaman secara praktikal pelbagai jenis penyakit mata dan

cara menguruskannya. Pelajar juga didedahkan kepada kursus-kursus optometrik lanjutan

seperti kesihatan masyarakat, optometri persekitaran, penglihatan terhad dan penggunaan

kanta sentuh dan kaedah ortoptiks.

Bidang ini juga menawarkan pekerjaan yang cukup memuaskan dengan pendapatan yang

lumayan.

Syarat Menceburi Bidang Ini

Individu itu harus memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Optometri daripada UKM atau

dan universiti/institusi pengajian tinggi luar negara. Selain itu, program ini mengambil masa

selama empat tahun.

2.15 KERJAYA DALAM BIDANG PELANCONGAN

Di Malaysia, pelancongan telah dipilih sebagai salah satu sektor ekonomi yang berkembang

pantas serta penyumbang penting kepada pendapatan Negara. Sektor pelancongan merupakan

penyumbang ketiga ekonomi negara terbesar selepas industri pengeluaran dan petroleum.

Selain itu, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Lembaga

Penggalakan Pelancongan (TDC) telah mengadakan promosi secara besar-besaran seperti

Tahun Melawat Malaysia yang bertujuan menggalak dan menarik pelancong asing dan

tempatan untuk menikmati keindahan negara ini.

Page 67: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

67

Hal ini sebenarnya menunjukkan industri pelancongan akan berkembang dan berpotensi

untuk menjadi salah satu sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi negara. Dengan

ini, ia membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat. Terdapat beberapa jenis

kerjaya yang boleh diceburi melalui bidang ini termasuk sebagai pemandu pelancong,

pegawai pelancongan, pegawai promosi, perhubungan awam, pengangkutan, perkhidmatan

perjalanan dan pengurus pelancongan sama ada di agensi kerajaan atau swasta.

Selain itu, kerjaya di bidang ini pastinya menawarkan pendapatan yang lumayan tetapi

bergantung kepada pekerjaan yang dipohon dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang.

Terdapat juga universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan

kursus berkaitan dengan bidang pelancongan. Sebagai contoh, IPT tempatan yang

menawarkan program pengurusan pelancongan di peringkat sarjana muda ialah Universiti

Utara Malaysia (UUM). Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan di peringkat

diploma dan sarjana muda.

Bidang ini sebenarnya adalah untuk melahirkan para graduan yang pakar di bidang

pengurusan pelancongan terutama dan segi perancangan, pengurusan, pembangunan dan

pemasaran.

Semasa pengajian, antara kursus yang digariskan termasuklah pemasaran pelancongan,

pengantar pelancongan, perancangan dan pembangunan pelancongan, seminar pelancongan,

pengurusan strategik, impak pelancongan, pelancongan, pengurusan perkhidmatan perjalanan

pengurusan rekreasi, pengangkutan pelancongan, pengurusan operasi hotel, pengurusan

restoran, serta perancangan dan pembangunan hotel.

2.16 KERJAYA DALAM BIDANG PENGIKLANAN

Secara amnya, kerjaya di bidang pengiklanan ini memerlukan individu yang kreatif, aktif,

senta mempunyai idea yang mampu menepati kehendak dan khalayak sasaran masyarakat)

agar apa yang hendak disajikan kepada masyarakat itu yang mampu menarik minat mereka

seterusnya membeli keluaran tersebut. Bidang ini juga memerlukan individu yang mahir

berkomunikasi serta mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggenis dengan baik.

Bagi yang berminat menyertai kerjaya yang mencabar tetapi menarik ini, mereka perlu

menimba ilmu secara formal sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah sarjana muda.

Page 68: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

68

Semasa dalam tempoh pengajian pelajar akan didedahkan dengan kursus seperti pengantar

komunikasi, komunikasi lisan, pemberitaan dan penyuntingan, asas pengiklanan dan

pelaksanaan kreatif, analisis pengiklanan, penulisan pembujukan, strategi kreatif, dan

kelakuan pengguna. Dengan ini, pelajar akan mengetahui tentang sejarah pengiklanan, kaitan

pengiklanan dengan pemasaran dan fungsi komunikasinya, aspek-aspek kreatif dalam

pengiklanan, di samping peranan iklan dalam masyarakat. Pelajar akan mengetahui tentang

teori dan kaedah di dalam membuat analisis, seterusnya membuat keputusan terhadap

program pengiklanan.

Selain itu, pelajar akan mengendalikan ruangan iklan di dalam akhbar makmal semasa di

universiti/IPT. Lulusan bidang pengiklanan ini tidak menghadapi masalah dalam

mendapatkan pekerjaan terutamanya di sektor swasta. Mereka boleh bekerja sebagai eksekutif

pengiklanan, eksekutif akaun, pengurus pengiklanan dan pengurus pemasaran sama ada di

agensi pengiklanan, syarikat-syarikat korponat, bank dan institusi kewangan.

Prasyarat Menceburi Bidang

Calon perlu memiliki sijil, diploma atau ijazah sarjana muda bidang pengiklanan atau

komunikasi. Selain itu, kursus di peringkat sijil dan diploma biasanya ditawarkan oleh

institusi pengajian swasta. Manakala peringkat ijazah ditawarkan oleh universiti-universiti

dan institusi pengajian tinggi awam.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Pada peringkat sarjana muda, universiti yang menawarkan kursus ini ialah Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam

Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengambil masa selama

empat tahun. Terdapat juga beberapa institusi pengajian swasta menawarkan program di

peringkat sijil dan diploma. Institusi swasta juga menawarkan program berkembar di

peringkat sarjana muda dengan kerjasama universiti luar negara.

2.17 KERJAYA SEBAGAI PENGURUSAN PERNIAGAAN

Secara umumnya, program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi

pengajian tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan

perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini.

Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat

Page 69: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

69

menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan.

Program ini juga akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tugas-tugas

sebagai seorang pengurus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta

profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Selain itu, bidang ini merangkumi

skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. Kursus-kursus

yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran,

kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa.

Dalam tempoh pengajian, pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan,

perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undang-

undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan. Pelajar yang mengambil bidang ini

mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk

bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan

pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri.

Selain itu juga, kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia,

pemasaran, pelaburan, pentadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga

pengajar, pensyarah dan usahawan.

Tempat Melanjutkan Pengajian

Antara universiti tempatan yang menawarkan kursus ini termasuk UKM, UUM, UM, USM,

UPM, UIA, UNIMAS, UMS dan UiTM. Kursus di peringkat sarjana muda ini mengambil

masa empat tahun.

Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan (KP),

Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma yang

mengambil masa tiga tahun. Terdapat juga kolej-kolej swasta pula menawarkan di peringkat

diploma sementara di peringkat ijazah mereka mengadakan kerjasama dengan universiti/IPT

dalam dan luar negara.

Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Abdul Razak iaitu

universiti-universiti swasta tempatan juga menawarkan program ini di peringkat pra-

universiti dan ijazah pertama.

Page 70: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

70

2.18 KERJAYA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Secara keseluruhannya, setiap jabatan atau syarikat sama ada di sektor awam atau swasta

memerlukan kakitangan yang khusus untuk mengurus dan mentadbir pekerja-pekerja. Untuk

menjalani atau mengurus tersebut, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan segi

pengurusan, latihan, pembangunan, polisi syarikat, undang-undang buruh dan kebajikan

pekerja bagi memudahkannya mengurus sumber manusia yang ramai ini dengan teratur dan

berkesan.

Seorang eksekutif atau pentadbir sumber manusia harus mengetahui bagaimana untuk

mengurus, memberi motivasi, menjaga hati pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan

pekerja. Selain itu, mereka juga perlu kreatif, bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran

komunikasi serta mahir menggunakan komputer.

Seseorang itu bertanggungjawab dari segi pembangunan, pentadbiran polisi dan peraturan

syarikat supaya memastikan keberkesanan di dalam pengambilan tenaga kerja, motivasi dan

meminimumkan proses mobilisasi guna tenaga. Objektif syarikat dapat dicapai dan dapat

membentuk persekitaran kerja yang sihat dan harmoni. Selain kelayakan akademik, seseorang

itu perlu memiliki personaliti yang menarik dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi.

Selain itu, lulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia mempunyai peluang kerjaya

yang terbuka luas sama ada di sektor kerajaan atau swasta. Mereka juga boleh berkhidmat

sebagai eksekutif sumber manusia, pegawai perhubungan industri, pegawai latihan dan

pegawai tadbir.

Pelajar akan didedahkan dengan kursus-kursus termasuk pengurusan sumber manusia,

perancangan dan pengambilan sumber manusia, latihan dan pengembangan, pentadbiran

pampasan, penilaian prestasi, pengurusan pengeluaran operasi, pengurusan perubahan,

perundingan, pengurusan keselamatan dan kesihatan, sistem maklumat sumber manusia dan

perhubungan industri semasa tempoh pengajian.

Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini

Seseorang individu perlu mempunyai kelayakan ljazah Sarjana Muda di bidang pengurusan

sumber manusia atau pembangunan sumber manusia. Siswazah dari jurusan pentadbiran

perniagaan, ekonomi atau sains sosial juga boleh memohon kerjaya ini.

Page 71: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

71

Tempat Menyambung Pengajian

Beberapa universiti dan institusi pengajian tinggi tempatan yang menawarkan kursus

pengurusan sumber manusia atau pembangunan sumber manusia iaitu Universiti Utara

Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia

(UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan

Universiti Teknologi Mara (UiTM). Program di peringkat sarjana muda ini mengambil masa

selama empat tahun. Selain itu, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menawarkan kursus

ini.

2.19 KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH

Pada masa kini, penambahan bilangan universiti/IPT kerajaan dan swasta dari semasa ke

semasa sudah memerlukan lebih ramai tenaga akademik untuk mengajar di institusi tersebut.

Selain itu juga, tenaga akademik universiti/IPT sebenarnya mempunyai beberapa tahap

mengikut kelayakan dan kecemerlangan akedemiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai

pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan taraf tertinggi tenaga akademik ialah

profesor.

Kerjaya di bidang ini biasanya banyak kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di

univensiti/IPT. Jumlah universiti/IPT tempatan juga bertambah dan berkembang dari tahun ke

tahun. Pelajar yang mengikuti bidang ini boleh menjadi pensyarah di bidang perubatan,

kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial,

dan banyak lagi.

Seorang pensyarah bukan sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau aktiviti di padang, tetapi

perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal,

membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan

bidang akademik seperti rundingan dan kembangan.

Dalam bidang perubatan perubatan misalnya, pensyarah akan membimbing pelajar-pelajar

dengan menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan

industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta

serta agensi kerajaan.

Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini

Page 72: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

72

Pelajar harus memiliki kelayakan akademik tertentu. Di institut pendidikan guru, dan

politeknik-politeknik memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana. Sementara

universiti memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana.

Tempat Menyambung Pengajian

Selain itu, pelajar boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti/IPT tempatan atau

universiti di luar negara diiktiraf kerajaan. Banyak universiti yang menawarkan kursus di

peringkat sarjana dan doktor falsafah. Pada kebiasaan, majikan akan menghantar tutor atau

pensyarah baru melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti dalam

atau luar negara.

Syarat Untuk Melanjutkan Pelajaran

(i) Peringkat sarjana muda—Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asasi/matrikulasi universiti

dalam dan luar negara. Sementara UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV

untuk program sarjana muda. Mereka juga boleh memohon dengan kelulusan Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan syarat mendapat keputusan yang

baik di peringkat ini.

(ii) Peringkat sarjana—Memiliki ijazah sarjana muda atau diploma lanjutan daripada

universiti/IPT tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan.

(iii) Peringkat doktor falsafah—Perlu memiliki ijazah sarjana dalam bidang

berkaitan.

2.20 KERJAYA DALAM BIDANG PENYIARAN

Industri media elektronik di negara ini dilihat berkembang pesat selaras dengan

perkembangan negara ke arah negara maju selain tuntutan terhadap peranan media sebagai

tanggungjawab sosial. Untuk pengetahuan, rangkaian televisyen yang beroperasi ialah Radio

Televisyen Malaysia (TV1 dan TV2), Rangkaian Media Prima Berhad (TV3) , (NTV 7) , (TV

9) dan (TV 8).

Kerajaan juga menggalakkan perkembangan stesen radio. Terdapat beberapa radio swasta

Page 73: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

73

seperti Hot FM, THR, Era dan sebagainya ditubuhkan dan beroperasi telah lebih banyak

memberikan peluang pekerjaan. Hal ini sebenarnya telah membuka peluang pekerjaan yang

banyak di bidang penyiaran sama ada di televisyen dan radio. Untuk berkhidmat di bidang

penyiaran tidak semestinya memerlukan pengkhususan di bidang berkenaan tetapi bagi

mereka yang berkelulusan di bidang ini atau komunikasi mempunyai kelebihan untuk

mendapatkan pekerjaan ini.

Individu boleh menjadi penerbit, pengendali rancangan, penulis skrip drama dan majalah,

pengacara, wartawan siaran dan penyunting serta pembaca berita. Sebagai contoh, pengacara

atau pembaca berita, harus memiliki personaliti yang menarik, petah berbicara, berkemahiran

dari segi bahasa dan persembahan. Seorang penulis skrip juga harus kreatif dalam

mengeluarkan idea dan berkemahiran dalam penulisan.

Seorang wartawan siaran pula haruslah memiliki ciri-ciri di atas dan individu tersebut perlu

berpengetahuan tentang kamera video dan teknik-teknik penggambaran. Ini penting kerana

wartawan dikehendaki menyunting sendiri visual yang diambil.

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus penyiaran iaitu Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM)

di samping banyak universiti di luar negara. Para pelajar akan didedahkan dengan kursus

seperti pengantar komunikasi, teori komunikasi, prinsip-prinsip penyiaran, pemberitaan dan

penyuntingan, penerbitan radio dan televisyen, asas penerbitan filem dan video, dokumentari

teori dan amalan, penulisan skrip, penerbitan televisyen, perbandingan sistem penyiaran

antarabangsa dan sutradara semasa tempoh pengajian.

Prasyarat Menceburi Kerjaya Ini

Kepada yang berminat haruslah memiliki sama ada Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di

bidang penyiaran atau komunikasi atau bidang lain tetapi berminat dengan bidang penyiaran

dari universiti/IPT tempatan atau luar negara.

Tempat Menyambung Pengajian

UITM, UKM dan USM menawarkan kursus penyiaran dan komunikasi di peringkat sarjana

muda untuk tempoh empat tahun. Sementara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan kursus komunikasi selama empat tahun.

Page 74: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

74

Syarat Untuk Melanjutkan Pengajian

Peringkat ijazah sarjana muda: Pelajar perlu lulus di peringkat SPM/SPMV dengan

mendapat cemerlang dalam bahasa Melayu, bahasa Inggenis dan matematik. Selain itu,

pelajar perlu lulus dengan mendapat prinsipal yang baik di peringkat STPM.

2.21 KERJAYA SEBAGAI PERANCANG BANDAR

Seperti yang sedia maklum, pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-

bandar baru dan kawasan-kawasan penempatan memerlukan perancangan, susun atur serta

pelan yang sistematik. Hal ini adalah bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang

dibangunkan itu mendatangkan masalah dalam jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran

serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur.

Individu yang terlibat secara langsung dengan tugas yang berat lagi mencabar ini ialah

jururancang bandar dan wilayah. Secara umumnya, pekerjaan ini merangkumi penyediaan

pelan-pelan pembangunan yang memandu arah dan corak pembangunan kawasan-kawasan

bandar, wilayah atau kawasan luar bandar.

Selain itu, individu ini juga terbibat dalam penyediaan pelan-pelan tempatan yang lebih

terperinci yang sangat diperlukan kawalan pembangunan. Mereka bertanggungjawab

menterjemah dasar dan aspirasi kerajaan ke dalam pembangunan penempatan supaya selesa

didiami rakyat.

Di samping itu, kursus perancangan bandar dan wilayah yang ditawarkan di universiti dan

institusi pengajian tinggi tempatan bertujuan melatih dan mengeluarkan jururancang bandar

dan wilayah yang diperlukan negara. Ia juga bertujuan membentuk dan memperkembangkan

suatu rangka pendidikan yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara pada masa kini

dan akan datang.

Pelajar akan didedahkan berkaitan bidang ini termasuk teori perancangan, prinsip dan amalan,

undang-undang, teknik-teknik perancangan, mereka bentuk serta pengetahuan asas

perancangan sepanjang tempoh pengajian. Ia juga menitikberatkan tentang kefahaman yang

berkaitan perancangan seperti aspek geografi, alam sekitar, ekonomi, kejuruteraan, ukur

tanah, pengurusan serta sains asas.

Lulusan tidak perlu bimbang dengan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di

Page 75: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

75

bidang ini. Hal ini demikian kerana lulusannya mempunyai peluang kerjaya yang baik di

mana dijangka pelajar boleh bekerja di jabatan atau agensi kerajaan termasuk Perbadanan

Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya, Majlis- Majlis Perbandaran, Perbadanan

Pembangunan Bandar, serta Lembaga Kemajuan dan Pembangunan Wilayah. Selain itu

lulusan di bidang ini boleh berkhidmat dengan firma-firma swasta di bidang perancangan dan

pelaburan harta benda.

Prasyarat Menceburi Bidang Kerjaya Ini

Calon perlu memiliki ijazah di bidang ini sama ada dan universiti/IPT dalam atau luar negara.

Sebagai satu kerjaya bertaraf profesional, ijazah yang diperoleh itu perlu mendapat

pengiktirafan dan pihak Jabatan Penkhidmatan Awam dan Pertubuhan Perancang Malaysia

(MIP).

Tempat Menyambung Pengajian

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kursus ini di peringkat integrasi di bawah

Fakulti Alam Bina. Tempoh pengajian di UTM ialah antara 4 hingga 5 tahun. Pengajian di

peringkat diploma ialah tiga tahun. Selepas tiga tahun sekiranya pelajar lulus cemerlang,

pelajar akan ditawarkan ke peringkat sarjana muda untuk tempoh 2 lagi. Integrasi ialah satu

program sepaduan antara diploma dan sarjana muda.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula di bawah Fakulti Seni Bina, Perancangan Ukur

menawarkannya di perinngkat sijil, diploma dan sarjana muda. Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) menawarkan program ini di peringkat sarjana muda

Syarat Yang Diperlukan

Secara umumnya, UTM dan UiTM mengambil pelajar lepasan SPM dan SPMV. Selain itu

juga, UTM mengenakan syarat iaitu pelajar perlu lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya

lima kepujian dalam mata pelajaran yang di tetapkan termasuk bahasa Melayu dan matematik.

Individu yang mendapat kepujian bahasa Melayu akan diberi keutamaan.

2.22 KERJAYA BIDANG PERHUBUNGAN AWAM

Pelajar institusi yang menjalani pengajian dalam bidang ini tidak perlu bimbang kerana

peluang pekerjaan begitu luas sama ada di sektor awam atau swasta, malah mereka mampu

Page 76: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

76

menguruskan sendiri perniagaan berbentuk perkhidmatan dan perundingan di bidang ini.

Secara amnya, perhubungan awam adalah satu profesion yang memerlukan pengetahuan sains

sosial yang luas dan kemahiran komunikasi. Mereka harus mengikuti kursus ini secara formal

di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada di dalam negara atau di luar negara. Seseorang itu

akan diperkenalkan kepada perkembangan perhubungan awam dan isu-isu berkaitan dengan

profesionalisme ini.

Para pelajar kelak akan didedahkan tentang konsep, teori dan model perhubungan

awam/komunikasi sebagai suatu pendekatan ke arah penyelesaian masalah dalam

perhubungan awam. Selain itu, bidang ini juga memerlukan individu yang mempunyai

kecekapan kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran menganalisis,

kemahiran berbahasa, kemahiran persembahan, kemahiran menyesuaikan diri, prinsip etika

dan tatasusila komunikasi lisan. Pelajar harus mahir dengan penulisan dalam perhubungan

awam kerana penulisan penting dalam menyampaikan mesej organisasi tempat mereka

bekerja misalnya melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh organisasi itu.

Lulusan dalam bidang ini harus cekap dalam tugas seharian, kreatif, berkeyakinan, berani dan

mampu berkominikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat, berkemahiran dalam penulisan

serta memiliki personaliti menarik. Seseorang juga boleh bertutur dan menulis dalam bahasa

Melayu dan Inggeris di samping perlu minat dalam bidang tugas yang diceburi serta sanggup

bekerja tanpa mengira masa dan tempat sekiranya diarahkan.

Prasyarat Menceburi Bidang Ini

Seseorang individu harus memiliki diploma atan ijazah sarjana dalam bidang perhubungan

awam atau komnnikasi dari universiti/IPT dalam atau luar negara.

Tempat Menyambung Pengajian

Terdapat juga universiti/IPT tempatan ada menawarkan kursus perhubungan awam atau

komunikasi di peringkat ijazah pertama. Universiti-universiti/IPT tempatan yang menawarkan

program ini termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia

(USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara

(UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Page 77: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

77

2.23 KERJAYA SAINS AKTUARI

Secara umumnya, bidang aktuari merupakan satu bidang yang agak asing bagi kebanyakan

orang dan merupakan salah satu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan

muda khususnya pelajar sedangkan permintaan tenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan.

Dewasa ini, perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan

insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Selain itu

juga, bidang ini meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang

mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit,

kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

Antara objektif utama program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan asas yang

diperlukan oleh ahli aktuari. Ia juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang

berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang

bersangkutan dengannya. Individu yang mengikuti program ini dan memilihnya sebagai

kerjaya perlu mempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Selain itu,

kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang

aktuari itu perlu berjumpa dan berbincang dengan orang ramai.

Dalam tempoh pengajian , pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas matematik seperti

statistik, kuantitatif, algebra dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan asas ekonomi,

matematik kewangan, asas perakaunan dan kewangan, matematik aktuari, kaedah statistik,

teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan portfolio, perancangan dan pengawalan aktuari

dan isu-isu dalam sains aktuari.

Kepada individu yang berminat dengan angka-angka, kerjaya di bidang sains aktuari adalah

pilihan yang tepat, ini kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai

yang melibatkan nilai tanah, aset atau insurans. Lulusan bidang ini boleh menceburi pekerjaan

seperti pegawai pengauditan, pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat

insurans, perunding aktuari dan pengurus.

Tempat Menyambung Pengajian

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada menawarkan program ini di peringkat sarjana

muda. Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula menawarkannya di peringkat diploma dan

Page 78: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

78

sarjana muda.

2.24 KERJAYA DALAM BIDANG KETENTERAAN

Dalam tajuk kali ini pula, saya akan membicarakan mengenai kerjaya tentera laut, udara dan

darat serta Akademi Laut Malaysian (ALAM).

Pengambilan Tentera UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Melalui Asasi

UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dahulunya dikenali sebagai Akademi

Tentera Malaysia(ATMA). Antara objektif UPNM ialah:

#Bagi melahirkan pemimpin yang berakhlak mulia

#Bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai masa depan yang berilmu

#Bagi melahirkan bakal pegawai tentera yang mengamalkan budaya ketenteraan dalam hidup

#Bagi melahirkan pegawai tentera yang cekap dan mahir dalam bidang ketenteraan

#Memperlengkapkan pegawai tentera supaya bersedia menyumbang tenaga mereka ke arah

pembangunan pertahanan negara

Kursus Yang Ditawarkan

-Asasi Kejuruteraan Pertahanan(Z0440)

-Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan(Z0880)

-Asasi Pengurusan Sumber Pertahanan(Z0220)

-Asasi Perubatan Pertahanan(Z0080)

Syarat Kelayakan

PROGRAM DAN TEMPOH

PENGAJIAN

SYARAT MINIMUM

SYARAT AM UNIVERSITI:

1) Warganegara Malaysia

2) Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau

setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya

Page 79: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

79

mendapat LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa

Melayu

Program Asasi Perubatan

Pertahanan(Z0080) Terbuka

kepada Aliran Sains

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

1) Mendapat Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi

dan Kimia

2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris, Fizik,

Matematik/Matematik Tambahan

3) Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai

Kadet:

Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun

Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m

dan perempuan 1.47m

Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan

perempuan 40.5kg.

Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja)

Body Mass Indek 18-24

Taraf perkahwinan Bujang

Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun

warna serta tidak memakai cermin mata

Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki

rata

Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa

kecacatan atau kecederaan dan tidak ada

penyakit keturunan

Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat

anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan

oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera

Malaysia

LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Page 80: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

80

Program Asasi Kejuruteraan

Pertahanan(Z0440)Terbuka

kepada Aliran Sains dan

Teknikal

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu,Matematik,Matematik

Tambahan dan Fizik

2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana

satu pelajaran seperti Kimia, Biologi, Ekonomi

Asas, Prinsip Akaun, Reka Cipta, Lukisan

Geometri dan Binaan Bangunan, Mata pelajaran

Teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam,

Mekanikal, Elektrik dan Elektronik/Teknologi

Kejuruteraan

3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai

Kadet:

Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun

Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m

dan perempuan 1.47m

Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan

perempuan 40.5kg.

Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja)

Body Mass Indek 18-24

Taraf perkahwinan Bujang

Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun

warna serta tidak memakai cermin mata

Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki

rata

Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa

kecacatan atau kecederaan dan tidak ada

penyakit keturunan

Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat

anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan

oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera

Page 81: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

81

Malaysia

LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Program Asasi Sains dan

Teknologi

Pertahanan(Z0880)Terbuka

kepada Aliran Sains dan

Teknikal

Memenuhi Syarat am Universiti dan Syarat Khas Program

1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta

mana-mana satu daripada mata pelajaran seperti

Kimia, Biologi, Sejarah, Geografi, Perdagangan,

Reka Cipta, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas,

Teknologi Maklumat, English For Science And

Technology dan Mata pelajaran Teknikal

(Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal,

Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan

2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris,Matematik

Tambahan,Fizik

3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai

Kadet:

Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun

Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m

dan perempuan 1.47m

Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan

perempuan 40.5kg.

Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja)

Body Mass Indek 18-24

Taraf perkahwinan Bujang

Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun

warna serta tidak memakai cermin mata

Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki

rata

Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa

kecacatan atau kecederaan dan tidak ada

Page 82: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

82

penyakit keturunan

Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat

anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan

oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera

Malaysia

LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Program Asasi Pengurusan

Sumber

Pertahanan(Z0220)Terbuka

kepada Aliran Sains dan

Sastera

Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program

1) Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta

mana-mana TIGA(3) mata pelajaran dalam Kimia,

Fizik, Sains, Biologi, Geografi, Sejarah,

Perdagangan, Prinsip akaun, Ekonomi Asas, Reka

Cipta, Teknologi Maklumat, Pengajian

Keusahawanan, Pendidikan Islam/Tasawwur

Islam/Pendidikan Al-Quran dan As.Sunnah,

English For Science And Technology, Mata

elajaran Teknikal (Pengajian Kejuruteraan

Awam/Mekanikal/Elektrik/Elektronik/Teknologi

Kejuruteraan.

2) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris

3.)Memenuhi syarat Kelayakan bagi lantikan Pegawai

Kadet:

Umur 17 Tahun 6 bulan hingga 20 Tahun

Tinggi minimum bagi lelaki ialah 1.57m

dan perempuan 1.47m

Berat minimum 47.5kg Bagi lelaki dan

perempuan 40.5kg.

Ukuran dada minimum 76sm(lelaki sahaja)

Body Mass Indek 18-24

Page 83: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

83

Taraf perkahwinan Bujang

Tidak cacat penglihatan dan tidak rabun

warna serta tidak memakai cermin mata

Calon mestilah tidak mempunyai tapak kaki

rata

Calon mestilah tidak mempunyai apa-apa

kecacatan atau kecederaan dan tidak ada

penyakit keturunan

Kesihatan:Diakui sihat dan tidak cacat

anggota oleh Pegawai Perubatan Kerajaan

termasuk pemeriksaan X-ray serta disahkan

oleh Pegawai Perubatan Angkatan Tentera

Malaysia

LULUS UJIAN DAN TEMUDUGA

Cara Memohon

Semua permohonan masuk ke program pengajian Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

adalah secara atas talian melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), JPT,

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anda boleh memohon melalui

http://upu.mohe.gov.my. Permohonan akan dibuka mulai bulan Februari setiap tahun. Calon

dikehendaki untuk mendapatkan Nombor Unik ID daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)

sebelum mengemukakan permohonan.

Perhatian diingatkan kepada calon! Jika anda betul-betul ingin memilih UPNM sebagai

pilihan anda, anda dikehendaki meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama anda dalam

permohonan Unit Pusat Universiti(UPU) secara atas talian.

Anda boleh pergi ke link paparan berikut untuk membuat permohonan:

Page 84: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

84

Apa-apa pertanyaan anda boleh hubungi pihak di:

Penolong Pendaftar

Unit Kemasukan dan Promosi

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kem Sungai Besi

57000 Kuala Lumpur

No. Telefon : (+603) 9051 3453/3400/3407

No. Faksimili: (+603) 9056 2511

Page 85: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

85

Yuran Pengajian DI UPNM

YURAN

PROGRAM

ASASI (RM)

YURAN SEKALI

SEPANJANG

PENGAJIAN

(PENDAFTARAN

KEMASUKAN)

Yuran Pendaftaran

Kebajikan Pelajar

Minggu Haluan Siswa

Aktiviti Pusat dan Buku Panduan

Kad Matrik/Perpustakaan

MUET

20.00

25.00

120.00

45.00

15.00

60.00

Jumlah 285.00YURAN

BERULANG (PER

SEMESTER)

Yuran Pengajian

Yuran penginapan

Kemudahan Peralatan

Perpustakaan

Ko-kurikulum dan Sukan

Yuran Perkhidmatan Komputer

Perkhidmatan Kesihatan

Aktiviti Kolej Kediaman

Yuran Pengangkutan

Insurans Kelompok Pelajar

-

-

25.00

30.00

50.00

20.00

35.00

40.00

50.00

8.00

Jumlah 258.00

Bayaran bagi yuran pendaftaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau

WANG POS di atas nama UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Semua pelajar dikehendaki membuka akaun Bank CIMB bagi memudahkan penerimaan elaun

wang saku dan elaun ini dibiayai oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bagaimana

sudah faham untuk setakat ni? Seterusnya kita pergi ke biasiswa pula.

Page 86: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

86

Biasiswa Dan Tajaan

Wah! Satu berita baik untuk anda yang berjaya ditawarkan di UPNM kelak. DAN untuk

pengetahuan anda SISKA ialah golongan yang berjaya melepasi semua tahap temuduga yang

dijalankan dan jika anda tidak melepasi salah satu temuduga, anda akan ditawarkan ke

Pelajar Awam UPNM.

Pegawai Kadet atau SISKA layak mendapat kemudahan seperti berikut:

Gaji:

TAHUN PENGAJIAN RM SEBULAN

TAHUN 1 1206.96

TAHUN 2 1293.48

TAHUN 3 1380.00

TAHUN 4 1466.52

TAHUN 5 1553.04

Lain-lain Pinjaman Atau Tajaan

Pelajar Awam dibenarkan untuk memohon biasiswa, pinjaman atau lain-lain bantuan

kewangan seperti:

PTPTN

Jabatan perkhidmatan Awam

Tabung Amanah Pendidikan Negeri

Yayasan Tenaga Nasional

Kementerian Belia dan Sukan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Majlis Agama Negeri

Page 87: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

87

P/S: Latihan ketenteraan adalah wajib kepada semua pelajar UPNM. Pelajar Awam

diwajibkan mendaftar sebagai anggota PALAPES. Mereka akan diberi elaun dan kemudahan

lain sepanjang menjalani latihan ketenteraan.

Temuduga

Program temuduga pula akan dijalankan pada bulan April setiap tahun serta selama 7-9 hari.

Penginapan dan sajian akan ditanggung sepenuhnya. Proses temuduga akan dijalankan di

kem-kem tentera di semenanjung Malaysia. Bagi Sabah, temuduga akan dibuat di Kem Kok

Lawi manakala di Sarawak di Kem Penrissen.

Antara proses temuduga adalah seperti berikut:

Ujian BMI (18-24) serta kesihatan

Ujian kecerdasan akal

Ujian merempuh halangan

Ujian larian 3.2 km di bawah 18 minit.

Ujian kepimpinan

Ujian syarahan

Ujian pengetahuan am

Ujian merancang

Pengambilan Tentera Di Akademi Laut Malaysia

Kursus Yang Ditawarkan

1) Diploma dalam Kajian Nautika

2) Diploma dalam Kejuruteraan Marin

Page 88: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

88

Kursus yang dijalankan oleh setiap program adalah selama 3 tahun. Berikut adalah contoh

sinopsis kursus yang akan dijalankan.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas untuk memohon ALAM:

Permohonan adalah berdasarkan keputusan SPM sebenar

Berstatus bujang, lelaki dan perempuan dengan umur tidak melebihi 23 tahun.

Keputusan SPM dengan Gred C mimimum atau kredit 5 subjek iaitu Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan dan Fizik

Page 89: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

89

Mental dan fizikal yang sihat serta keadaan kesihatan yang baik.

Ketinggian minimum 158cm dan berat 48kg untuk pemohon lelaki(BMI 18.5-24.9)

Ketinggian minimum 155 cm dan berat 42kg untuk pemohon wanita(BMI 18.5-24.9)

Tidak rabun warna

Mempunyai penglihatan yang baik untuk pengemudi pegawai Kadet.

Alat pandang dengan had 200 untuk pegawai kadet kejuruteraan marin.

Biasiswa

Untuk maklumat anda biasiswa adalah disediakan oleh pihak-pihak yang berikut:

Syarikat perkapalan tempatan dan antarabangsa

Agensi-agensi kerajaan

Operator-operator pelabuhan

Syarikat minyak/gas

Cara Memohon

Kebiasannya, iklan pengambilan Pegawai kadet ALAM akan diiklankan di akhbar-akhbar

utama mengikut budi bicara pihak ALAM. Walau bagaimanapun, anda dapat menghubungi

pihak berikut untuk maklumat lanjut:

Akademi Laut Malaysia

Window Delivery 2051

Masjid Tanah Post Office

78300,Masjid Tanah

Melaka,Malaysia

TEL: 606 3882 200(5 talian)

FAX: 606 387 6700

Page 90: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

90

EMEL: [email protected](general)/human [email protected](vacancies)

Akademi Laut Malaysia

c/o Institut Teknologi

Petroleum Petronas,

Lot 9764 Mukim Batu Rakit

21020,Kuala Terengganu,Terengganu,Malaysia

TEL:609 668 6293

FAX: 609 668 6290

Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai ALAM

NO SOALAN JAWAPAN

1 Adakah pelajar yang belajar di

ALAM sepenuhnya ditaja?

Ya, semua pelajar yang lulus

temuduga,pemeriksaan kesihatan dan program

orientasi akan sepenuhnya ditaja.

Bagaimanapun,pelajar yang tidak mendapat tajaan

boleh memilih untuk menampung sendiri yuran

pengajian mereka.

2 Apakah yang antara ditaja dalam

biasiswa?

Tajaan meliputi yuran tuisyen, penginapan,

hidangan, pakaian seragam,buku-buku,elaun

bulanan, dan kursus-kursus bermodul.

3 Adakah pelajar mempunyai

kontrak dengan pihak ALAM

dan jika ada berapakah tempoh

masanya?

Ya, pelajar akan terikat dengan kontrak dan

kontrak adalah berbeza dari satu penaja ke penaja

yang lain.Tempoh mas kontrak pula adalah

lingkungan 8-10 tahun.

4 Berapakah kos pengajian jika

pelajar tetap berhasrat untuk

Kos pengajian keseluruhan selama 3 tahun ialah

RM 70,000

Page 91: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

91

menyambung pengajian Di

ALAM walaupun tidak

mendapat tajaan?

5 Bagaimanakah proses temuduga

dijalankan?

Proses temuduga adalah seperti berikut:

1) Ujian rabun warna

2) Ujian bertulis dalam Bahasa

Inggeris,Matematik dan Fizik

3) Ujian Psikometrik

4) Temuduga berstruktur

6 Apakah bahasa perantaraan

utama yang digunakan dalam

proses pembelajaran dan

pengajaran di ALAM?

Semua proses pembelajajaran dan pengajaran

ialah dalam Bahasa Inggeris

7 Perlukah pelajar belayar setelah

menghabiskan pengajiannya di

ALAM?

Ia adalah bergantung kepada siapa penaja mereka.

Namun, majoriti pelajar perlu belayar sehingga

mereka memenuhi kontrak dengan penaja.

Pengambilan Tentera Darat Malaysia

Dalam era yang serba moden dan canggih ini, keperluan untuk bidang atau kerjaya

ketenteraan semakin bertambah dari hari ke hari. Keperluan tentera diperlukan untuk menjaga

keharmonian dan kestabilan negara serta mempertahankan negara daripada sebarang anasir

luar. Oleh itu, Tentera Darat Malaysia mengorak langkah dalam menyediakan kursus dan

kerjaya ketenteraan kepada sesiapa khususnya bagi lepasan SPM 2011 yang berkelayakan dan

mampu untuk menggalas tugas besar dan amat mencabar kelak.

Terdapat 2 kategori permohonan untuk Lepasan SPM 2011 iaitu:

1. Perajurit muda

Page 92: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

92

2. Askar wataniah

Kategori Perajurit Muda

Untuk permohonan perajurit muda, anda perlu mempuyai kelayakan seperti yang dinyatakan

di bawah:

Terdiri daripada Warganegara Malaysia

Berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh menjalani latihan asas ketenteraan.

Walau bagaimanapun, kelonggaran had umur boleh dipertimbangkan oleh Majlis

Angkatan Tentera.

Sihat tubuh badan dan tiada cacat anggota serta penglihatan yang baik. Selain itu, tiada

rabun warna dan tidak memakai cermin mata.

Mempunyai ketinggian minimum 157sm untuk lelaki dan 147sm untuk wanita.

Mempunyai berat badan minimum 47.5kg bagi lelaki dan wanita 40.5kg

Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 76sm dan apabila menarik nafas 81sm.

Calon wanita dikecualikan.

Taraf perkahwinan mestilah bujang dan jika sudah berkahwin, permohonan masih

boleh dipertimbangkan oleh Majlis Angkatan Tentera.

Kelulusan Akademik

1) Lulus PMR. Bagi pemohon yang sedang menunggu keputusan PMR pun boleh

memohon ATAU,

2) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

(SPMV) DAN,

3) Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik pada peringkat PMR atau setaraf

dengannya.

Untuk Kursus Asas Ketenteraan calon-calon yang memenuhi kelayakan dan kelulusan

akademik seperti yang dinyatakan di atas akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan di Pusat

Page 93: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

93

latihan Asas/Rekrut Tentera Darat (PUSASDA) bagi suatu tempoh yang ditetapkan oleh

Ketua Perkhidmatan.

Cara Memohon

Pemilihan secara terbuka (walk-in interview) di tempat-tempat yang akan diiklan atau

diumumkan dari semasa ke semasa melalui media-media tempatan. Semua pertanyaan dan

permohonan boleh dialamatkan kepada dan sebelum itu anda dapat menghubungi pihak

berikut untuk makluman lanjut.

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia:

Markas Tentera Darat

Kementerian Pertahanan

d/a Tingkat 14

Bangunan KUB

Jalan YAP Kwan Seng

50450 KUALA LUMPUR

TEL:03-21753000 SAMBUNGAN 3175 ATAU 3177

Kategori Askar Wataniah

Alamat rejimen askar wataniah:

Untuk maklumat dan keterangan lebih lanjut, anda dapat menghubungi:

Markas Tentera Darat

Bahagian Pasukan Simpanan

Wisma Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR

Tel:03-26921333 Sambungan 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306

Faks: 03-26989235

Page 94: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

94

Pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia

Terdapat 2 kategori permohonan tentera laut yang disediakan untuk lepasan SPM 2011.

Antaranya ialah:

1) Pegawai kadet

2) Perajurit Muda atau lain-lain pangkat.

Pegawai Kadet

Untuk kategori Pegawai Kadet, syarat akademik yang diperlukan ialah:

Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf oleh kerajaan dengan

mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan),

Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2) KEPUJIAN tambahan dalam mana-

mana mata pelajaran berikut:

- Prinsip Perakaunan

- Ekonomi Asas

- Perdagangan

- Matematik Tambahan

- Biologi

- Sains Tambahan atau Sains

- Fizik

- Kimia

- Teknologi Maklumat atau Reka Cipta

- Geografi atau Sejarah

- Teknologi Kejuruteraan atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian

Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau

Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam atau

Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi Elektrik

- Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri & Automotif atau Geometri &

Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam.

- Bahasa Inggeris atau English for Science & Technology

- Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau

Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

Page 95: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

95

Untuk syarat kelayakan pula, anda mestilah:

Berwarganegara malaysia, berumur 18 hingga 20 tahun(bagi lelaki) dan 18 hingga 25

tahun(wanita). Semestinya anda mestilah sihat tubuh badan dan tiada rabun warna. Tinggi

minimum bagi lelaki ialah 157 sm dan berat minimum 47.5kg dan bagi wanita pula 147sm

dan 40.5 kg. Anda mestilah berstatus bujang.

Cara Memohon

Untuk memohon anda terlebih dahulu dikehendaki menyediakan salinan-salinan dokumen

berikut dan menyerahkannya kepada:

MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA

CAWANGAN TENAGA KERJA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

JALAN PADANG TEMBAK

50634 KUALA LUMPUR

(Untuk Perhatian:Sel C)

Atau datang sendiri ke :

KAUNTER CAWANGAN TENAGA KERJA

BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA

MARKAS ATM

KEMENTERIAN PERTAHANAN

JALAN PADANG TEMBAK

50634 KUALA LUMPUR

(dengan membawa dokumen-dokumen seperti dinyatakan)

Dokumen Yang Diperlukan

1) Salinan Sijil SPM atau setaraf

2) Salinan sijil-sijil akademik

3) Salinan kad pengenalan

4) Salinan Sijil lahir

Page 96: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

96

5) Salinan sijil-sijil kokurikulum

6) Salinan pengesahan pengiktirafan JPA(sekiranya berkaitan)

7) Sampul surat berukuran 20cm x 28cm, berstem RM1.00 dan beralamat sendiri. Catat

di sebelah kiri sampul surat Tentera Laut Diraja Malaysia

Sila bawa dokumen asal semasa melapor di pusat pemilihan kelak

ATAU saya syorkan anda untuk menghubungi pihak berikut untuk maklumat yang

seterusnya.

Untuk Pertanyaan dan kekeliruan hubungi:

Telefon : 03-2071 4524/03-20712391/03-20712387

Faks : 03-2698 5340 / 03-26986235

Talian Bebas Tol :1 800 88 7588

Email : [email protected]

Perajurit Muda Atau Lain Pangkat

Untuk jawatan perajurit muda atau lain-lain pangkat pula, syarat utamanya ialah

berwarganegara Malaysia dan berumur lingkungan 18 hingga 23 tahun. Anda mestilah sihat

tubuh badan serta mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna. Seperti biasa

untuk permohonan kerjaya tentera ini anda hendaklah mempunyai berat minimum 49kg untuk

lelaki dan wanita 40 kg. Minimum ketinggian untuk lelaki pula ialah 1.60m dan wanita

1.47m.Kadar minimum BMI bagi lelaki ialah antara 19-27.9 dan wanita 18-23. Ukuran dada

minimum bagi lelaki ialah 76sm dan ketika menarik nafas ialah 81sm.

Untuk kelayakan akademik ke Skim Perantis Program Diploma Teknologi Marin anda perlu

memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik

dan 3 mata pelajaran lain dan ini khas untuk pemohon lelaki sahaja.

Untuk peringkat rendah pula, anda hendaklah memiliki SPM/SPMV/SKM dengan mendapat

kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan

kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata

pelajaran yang lain.

Page 97: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

97

Cara memohon

Sebagai persediaan awal untuk memohon, anda hendaklah menghubungi pihak berikut untuk

maklumat lanjut:

Bahagian Sel Promosi dan Pengambilan Kerjaya Lain- Lain Pangkat

TEL:03-2071 3177/ 03-2071 3178/ 03-2071 2214

Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia

Terdapat banyak kerjaya yang terdapat dalam TUDM selaras dengan arus modenisasi kini.

Salah satunya ialah ahli biasa dan antaranya ialah:

1) Bahagian anak kapal iaitu merangkumi- Kuartermaster udara dan pramugari.

2) Bahagian Kejuruteraan- Rangka kapal terbang,pembantu statistik, avionik, alat

permukaan dan keselamatan, instrumen, elektronik, enjin, persenjataan, kerani

perangkaan, workshop, elektrik, alat keselamatan dan alat bantuan udara.

3) Bahagian Logistik- sistem logistik, pemandu, kerani inventori, juruteknik bekalan,

juruteknik stor, pemandu kenderaan khas udara.

4) Bahagian pentadbiran- pembantu tadbir, pembantu sajian, jurulatiih jasmani,

pancaragam.

5) Bahagian pembantu pertahanan- provost, pasukan khas udara.

6) Bahagian operasi- juruteknik perkhidmatan ruang angkasa, bomba.

Syarat Kelayakan

Anda hendaklah berwarganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 23 tahun. Tinggi minimum

ialah 1.57m untuk lelaki dan wanita 1.47m. Berat minimum bagi lelaki pula ialah 50kg

manakala wanita 45kg.

Anda hendaklah mempunyai penglihatan yang baik dan tidak rabun warna. BMI juga

hendaklah lingkungan 18-25. Ukuran dada bagi lelaki pula dalam keadaan biasa ialah 76sm

dan ketika menarik nafas ialah 81sm.

Page 98: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

98

Untuk syarat kelayakan akademik, anda hendaklah lulus Bahasa Melayu dan kepujian dalam

Bahasa Inggeris, Matematik, Sains/Fizik/Kimia di peringkat SPM/SPMV bagi tred juruteknik,

sistem udara dan sistem darat ATAU kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat SPM/SPMV bagi lain-lain tred. Bila ingin

membuat permohonan nanti, pastikan dokumen yang diperlukan dibawa. Berikut adalah

dokumen yang perlu disertakan:

1) Kad pengenalan Malaysia

2) Sijil PMR

3) Surat Akuan dan sokongan(jika ada)

4) Filem dan laporan x-ray

5) Sijil kelulusan akademik SPM/SPMV

6) Sijil kelahiran

7) Sijil berhenti sekolah

8) Sijil penghargaan akademik

9) Sekeping gambar berukuran pasport

Cara memohon

Untuk permohonan anggota biasa,pemilihan adalah terbuka(walk-in) di tempat-tempat yang

diiklankan serta diumumkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di:

MARKAS TENTERA UDARA,

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA,

(UP:SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN),

D/A PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR,

50640,KUALA LUMPUR

TEL:03-21171133 SAMB 1142/1143/1140/1139

Page 99: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

99

2.25 KERJAYA DALAM SAINS POLITIK

Pada masa kini, bidang politik sebenarnya mempunyai peranan yang cukup besar dan penting

kepada setiap individu mahupun masyarakat kerana tanpa politik tidak mungkin kita dapat

menjalani kehidupan yang baik, aman dan tenteram seperti yang kita alami sekarang. Individu

yang meminati bidang politik dan bercita-cita untuk terus terlibat secara langsung di bidang

ini, mereka boleh mengikuti pendidikan secara formal di bidang sains politik di peringkat

universiti. Dewasa ini, negara memerlukan lebih ramai warga yang berminat serta menceburi

bidang ini sama ada sebagai ahli politik atau pengkaji politik.

Sebenarnya, bidang sains politik adalah menarik untuk dipelajari terutamanya berkaitan teori

dan falsafah politik yang dicetuskan oleh tokoh-tokoh politik yang terkenal. Contohnya

Gagasan 1 Malaysia, Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan dan sebagainya. Selain

itu, individu juga boleh mempelajari dan mendalami tentang hal ehwal politik tempatan dan

antarabangsa.

Pelajar akan mempelajari tentang sains politik yang merangkumi sub-bidang dalam disiplin

berkenaan iaitu teori dan falsafah, politik perbandingan, hubungan antarabangsa, ekonomi

politik dan sosiologi politik sepanjang tempoh pengajian. Sebagai contoh, di UKM, di

samping menawarkan kursus-kursus yang merangkumi sub-bidang ini, beberapa modul

diperkenalkan iaitu politik dan dasar awam, politik dan pengurusan organisasi, politik dan

ekonomi antarabangsa serta politik dan tasawwur (cara hidup) Islam.

Dengan ini, pelajar juga dibolehkan mengambil kursus yang berkaitan dengan modul dan

fakulti lain seperti Fakulti Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Undang-undang

dan Fakulti Pengajian Islam.

Individu yang menceburi bidang ini sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk mendapat

pekerjaan. Terdapat ramai lulusan sains politik yang berkhidmat sebagai pengurus, pentadbir

dan eksekutif sama ada di sektor awam atau swasta. Tidak kurang juga yang menjalankan

perniagaan sendiri.

Tempat Menyambung Pengajian

UKM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan kursus ini di peringkat sarjana

muda yang mengambil masa selama empat tahun. Universiti-universiti yang mempunyai

Page 100: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

100

Fakulti Sains Sosial atau Fakulti Sastera di luar Negara adalah seperti di United Kingdom,

Australia dan Amerika Syarikat rnenawarkan kursus sains politik di peringkat sarjana muda.

2.26 HALA TUJU ANDA DI IPT

Selepas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011, setiap pelajar pastinya akan membawa

haluan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran terutamanya ke IPTA. Tidak keterlaluan

jika dikatakan bahawa peperiksaan SPM merupakan tiket atau pintu gerbang untuk anda

melangkah ke masa hadapan. Jika keputusan SPM anda cemerlang, jalan di hadapan juga

terbuka luas. Banyak peluang yang ada untuk anda pilih.

1. Anda berhak mendapatkan maklumat dan membuat pemilihan yang tepat.

2. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengetahui taraf pendidikan, kelayakan

masuk, peluang permohonan dan beberapa maklumat berguna yang lain.

3. Membuat penyelidikan, perundingan dan panduan kepada para pelajar melalui

penerbitan buku ini.

4. Mempromosi potensi dan penggalakkan pelajar ke IPTA tempatan.

5. Menyebar maklumat yang terkini tentang peluang pendidikan tinggi di Malaysia.

Bagaimana Memilih Kursus Yang Sesuai Di IPT?

Di mana anda patut belajar? Apakah kursus yang patut anda pilih? Soalan ini sering berlegar

di setiap fikiran pelajar terutama Lepasan SPM 2011 yang bercita-cita memasuki IPT.

Membuat pilihan untuk memasuki salah satu dari berpuluh-puluh institusi bukanlah tugas

yang mudah bukan? Begitupun, beberapa kriteria mesti dijelaskan sebelum membuat

keputusan yang muktamad.

Sebelum anda membuat pemilihan kursus dan institusi baik kita kembali kepada matlamat dan

cita-cita anda seperti dinyatakan di bawah:

1) Apakah cita-cita kerjaya anda?

2) Bagaimanakah bentuk pengajian yang akan anda pilih?

3) Tempoh masa yang akan diambil?

Anda patut juga mempertimbangkan tentang pasaran kerja pada masa hadapan. Minat dan

kebolehan yang ada pada diri anda juga penting agar proses pembelajaran nanti menjadi lebih

mudah. Pemilihan institusi pula berdasarkan pengiktirafan oleh kerajaan terutama program

Page 101: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

101

yang ditawarkan. Ini penting dalam proses mendapatkan pekerjaan selepas tamat program

yang diambil.

Selain itu, terdapat juga aspek-aspek lain yang perlu dipertimbangkan dan dinilai. Antaranya

ialah:

1) Lokasi/tempat

2) Saiz/ruang

3) Kemudahan kediaman

4) Tenaga pengajar/fasilitator

5) Perpustakaan

6) Bilik Kuliah/bilik tutorial

7) Pinjaman pembelajaran dan berbagai lagi.

IPTA yang sesetengahnya telah begitu lama penubuhannya dan mendapat jaminan dari

kerajaan. Sesetengahnya telah terbukti melahirkan graduan yang menguasai pasaran kerja di

negara ini.

Dapatkan Nasihat Pakar

Anda boleh berbincang lebih awal dengan guru-guru penasihat akademik di sekolah tempat

anda belajar atau penasihat akademik di institusi berkenaan bagi membuat perancangan dan

pemilihan. Walau bagaimanapun anda boleh terus hubungi saya di talian peribadi 013-

3262125 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan kerjaya.

Penasihat akademik atau guru di sekolah anda akan membantu dalam memenuhi inspirasi

kerjaya anda. IPTA juga mempunyai penasihat akademik yang dapat membantu anda

membuat pemilihan tentang kursus atau program yang bersesuaian dengan minat serta

kelayakan yang ada pada anda.

Anda juga boleh berbincang dengan keluarga. Namun keputusan sebenarnya adalah di tangan

anda. Mengapa? Hal itu kerana perkara tersebut adalah hak anda. Anda mempunyai

keutamaan untuk memilih mana-mana kursus yang diminati. Gunalah perpustakaan

berhampiran tempat tinggal anda untuk melihat prospektus terbaru terutama universiti awam.

Page 102: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

102

Persediaan Memasuki IPT

Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses

pemilihan nanti. Keputusan anda sekarang akan menentukan masa depan anda pada masa

hadapan. Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk meneliti latar

belakang akademik, minat anda komitmen anda.

Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas

membuat satu-satu keputusan. Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda

minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali, kenapa tidak memilih itu dan ini?

Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta

mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika

anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan

mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendak dibuat. Ibu bapa adalah

pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu INGAT!! Anda adalah penggerak

utama kepada diri anda sendiri.

Tujuan Masuk Ke IPT

Sebelum anda memasuki universiti, anda hendaklah memahami secara jelas tujuan sebenar

untuk masuk universiti. Apa tujuannya? Anda tahu atau tidak tahu? Berikut adalah tujuan

mengapa sebenarnya patut masuk ke universiti:

1) Untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang diminati dan

yang bersesuaian dengan result spm yang diperolehi.

2) Untuk belajar bersungguh-sungguh dalam jangka masa yang ditetapkan oleh universiti

bagi mencapai dan memperolehi segulung ijazah idaman dalam bidang yang dipilih

dan diceburi.

3) Untuk menimba, mencari dan memperolehi serta membawa balik sebanyak mungkin

ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan sebagai tiket untuk

mencari pekerjaan

Page 103: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

103

4) Untuk mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dan meluaskan “skop

networking” dalam konteks yang sangat diperlukan terutama sewaktu memasuki

“pasaran kerja”

Pelan Tindakan Anda!

Rancang dari awal!! Anda sepatutnya membuat perancangan sejak sesi persekolahan bermula.

Ini adalah supaya anda tahu cita-cita kerjaya anda, kebolehan dan kelemahan anda seterusnya

dapat memperbaiki segala kekurangan.

Sebagai contoh anda bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera dan ingin mengambil kursus

kejuruteraan selepas tamat sekolah nanti. Sebagai persediaan awal anda hendaklah

mempunyai kemahiran yang tinggi dalam beberapa mata pelajaran seperti matematik, fizik,

dan kimia.

Begitu juga dengan bidang-bidang lain yang mempunyai kesinambungan dengan beberapa

mata pelajaran. Sila bertanya dengan guru-guru anda untuk mengetahui lebih lanjut. Namun

begitu anda hendaklah mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk kesemua matapelajaran

yang duduki. Rancang, rancang dan rancang secara baik serta efektif pelan tindakan anda.

Bawalah berbincang dengan ibu-bapa dan pihak-pihak yang lebih arif tentangnya!

2.27 PERMOHONAN BIASISWA

Sebenarnya terdapat banyak lagi biasiswa yang boleh anda pohon selain JPA dan MARA.

Saya tidak akan senaraikan sumber-sumber pinjaman kerana banyak agensi tertentu

menawarkannya selain PTPTN. Semestinya biasiswa hanya untuk mereka yang cemerlang

dalam prestasi akademik dan kokurikulum serta memasang impian tinggi untuk melanjutkan

pelajaran dalam dan luar negara di seluruh universiti terkemuka di dunia.

Mengambil permintaan dari pelajar calon lepasan SPM 2010 dan 2011, saya hasilkan panduan

ini khas untuk membantu anda khususnya memilih biasiswa yang diingini berdasarkan

kelayan akademik dan kokurikulum!

Mari kita lihat...

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )

Page 104: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

104

Selalunya biasiswa JPA ini boleh dimohon selepas seminggu keputusan SPM diumumkan.

Untuk itu, anda boleh ke laman web esila untuk tindakan selanjutnya.

Layarinya di sini.

Sebenarnya, untuk membantu anda memudahkan membuat permohonan biasiswa JPA,

selalulah menghubungi pihak JPA dengan merujuk di laman web tersebut. Segala berita

terkini dapat diketahui melalui laman web tersebut!

MARA ( Majlis Amanah Rakyat Mara )

Permohonan untuk biasiswa ini boleh dilihat di laman web ini:

---->http://www.mara.gov.my/web/guest/biasiswapinjamanpelajaran

Nasihat saya juga sentiasalah menghubungi pihak mereka untuk mengetahui tarikh sebenar

permohonan biasiswa. Tarikh permohonan sentiasa berubah-ubah jadi sentiasa gerakkan diri

anda untuk bertanya kepada pihak mereka!

Biasiswa MARA ini hanya untuk pelajar-pelajar yang berbangsa melayu dan bumiputera

sahaja!

Page 105: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

105

Petronas

Biasiswa petronas ada ditawarkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran di

Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Jika anda mendapat temuduga, anda akan

menghadapi educamp selama 2 hari. Untuk permohonan biasiswa bolehlah layarinya di sini

ye:

--->http://spmonline.petronas.com.my/

Kerajaan Negeri

Selain dari tawaran biasiswa dari agensi kerajaan dan swasta, kerajaan negeri juga ada

menawarkan biasiswa tertentu kepada rakyatnya. Antara negeri-negeri yang menawarkan

biasiswa ialah seperti berikut:

1) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah- http://www.biasiswa.sabah.gov.my/default.asp

2) Biasiswa Kerajaan Negeri Melaka- http://www.yayasanmelaka.gov.my/

3) Biasiswa Kerajaan Negeri Sarawak- http://www.yayasansarawak.org.my/

4) Biasiswa Kerajaan Negeri Sembilan-

http://www.yns.gov.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=51:per

mohonan-pinjaman&catid=48:pinjaman-pendidikan&Itemid=159

5) Biasiswa Kerajaan Negeri Kelantan- http://www.yakin.kelantan.gov.my/

6) Biasiswa Kerajaan Negeri Johor- http://www.ypj.gov.my/v1/

7) Biasiswa Kerajaan Negeri Pahang- http://www.yp.org.my/

8) Biasiswa Kerajaan Negeri Terengganu- http://www.ytrg.terengganu.gov.my/v2/

9) Biasiswa Kerajaan Negeri Perak- http://yayasanperak.com.my/

10) Biasiswa Kerajaan Negeri Perlis- http://www.perlis.gov.my/

11) Biasiswa Wilayah Persekutuan-

http://www.maiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan/bantuan-zakat-maiwp.html

12) Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah- http://www.yiked.gov.my/

13) Biasiswa Kerajaan Negeri Selangor- http://www.yayasanselangor.org.my/

14) Biasiswa Kerajaan Negeri Pula Pinang- http://www.penang.gov.my/

Memang banyak tawaran biasiswa yang disediakan untuk anda namun andalah perlu bijak

dalam menguruskan permohonanya di samping keputusan akademik anda yang

memberansangkan.

Page 106: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

106

Agensi- agensi lain

Saya sertakan pula kepada anda senarai-senarai biasiswa yang boleh dipohon. Terdapat

pelbagai agensi yang menawarkan seperti biasiswa proton, khazanah, Shell dan sebagainya.

Segalanya dapat anda ke pautan yang diberikan di bawah:

Di sini, terdapat banyak jenis biasiswa yang boleh anda lihat dan pohon. Seperti di dalam

pautan- http://afterschool.my/ . Bolehlah anda pilih jenis biasiswa yang diminati berdasarkan

kelayakan akademik anda!

Anda juga boleh layari laman web ini untuk permohonan biasiswa:

-http://malaysia-scholarship.net/

Page 107: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

107

Segala permohonan biasiswa yang disediakan bertujuan untuk membantu anda lebih tahu

tentang peluang biasiswa yang dibuka. Sentiasalah ambil tahu akan tarikh-tarikh tutup

permohonan biasiswa dan cara memohonnya. Saya doakan anda semoga terus berjaya!

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~

“We are all here for some special reasons. Stop being a prisoner of your past. Become the

architect of your future.” – Robin Sharma

Page 108: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

108

BAB 3: SUKSES DI IPT

Renungan Motivasi~~

“Setiap lelaki dan Wanita Yang Sukses Adalah Pemimpin-Pemimpin Besar. Mereka

Berimaginasi Tentang Masa Depan Mereka, Berbuat Sebaik Mungkin Dalam Setiap Hal, Dan

Bekerja Setiap Hari Menuju Visi Jauh Ke Depan Yang Menjadi Tujuan Mereka” (Brian

Tracy)

3.1 PENGURUSAN MASA

Masa sebenarnya adalah anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang bernama

manusia. Jikalau kita merujuk surah Al-Asr, surah yang ke-103, dapat dibuat kesimpulan

bahawa manusia perlu menyedari bahawa masa adalah suatu anugerah Allah SWT yang tidak

boleh disia-siakan. Justeru itu, demi kemajuan diri anda khususnya sebagai bakal mahasiswa

persoalan masa mestilah diberi perhatian yang sangat serius.

Masa itu emas atau masa ibarat pedang? Saya pasti anda pernah terdengar ungkapan ini. Masa

merupakan perkara yang paling mustahak dalam semua kehidupan manusia lebih-lebih lagi

kepada anda. Untuk menjadikan pengurusan masa yang lebih cekap dan teratur anda perlu

tahu mengenai kegiatan dan masa yang diambil oleh anda sepanjang hari. Selepas anda

menghabiskan bacaan mengenai ini, saya pasti anda akan mula sedar berapa lama masa yang

diambil oleh anda untuk makan, mandi, tidur, bermain dan sebagainya.

Mengapa anda perlu menguruskan masa dengan lebih efektif?

Saya gariskan beberapa penyebab anda perlu mengurus masa dengan lebih cekap untuk:

(a) Mengelakkan diri daripada membazir masa dengan sia-sia.

(b) Mengelakkan diri daripada amalan menangguh-nangguhkan masa.

(c) Supaya dapat belajar dengan berkesan.

(d) Melatih anda menggunakan masa dengan berkesan.

Page 109: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

109

(e) Mengelakkan diri daripada panik untuk menghadapi peperiksaan.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa masa itu begitu penting? Adakah ada teknik-teknik

atau kaedah tertentu dalam merencanakan masa anda? Ada beberapa strategi pengurusan masa

yang patut anda tahu dan akan saya terangkan sebentar lagi!

Saya tertarik dengan ingatan daripada Rasulullah SAW yang telah bersabda:

'' Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum tiba lima waktu yang

lain” .

a) Masa kamu hidup sebelum kamu mati,

b) Masa kamu sihat sebelum kamu sakit,

c) Masa kamu lapang sebelum kamu sibuk,

d) Masa kamu muda sebelum kamu tua,

e) Masa kamu senang sebelum kamu papa.

Bagaimana 24 Jam dapat dimanfaatkan sepenuhnya?

Setiap mereka yang bergelar pelajar dibekalkan dengan jumlah masa yang sama iaitu 24 Jam

sehari, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun. Oleh itu, apabila saya membicarakan

pengurusan masa bersama-sama dengan anda sudah tentunya ia merujuk keupayaan anda

sebagai pelajar menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam aspek

pembelajaran serta kehidupan seharian.

24 jam bukanlah satu masa yang agak lama, namun 24 jam yang ada dapat digunakan

sepenuhnya menerusi perkara yang dinyatakan:

1.) Saya cadangkan anda sediakan suatu jadual hari yang tetap. Anda juga boleh

merakamkan kegiatan anda dalam masa seminggu. Saya akan sediakan satu contoh

jadual agar anda faham pengurusan jadual nanti.

2.) Apabila sahaja anda telah menetapkan untuk menyelesaikan sesuatu perkara,

siapkannya secepat mungkin. Selagi belum siap, selagi itulah, anda tidak boleh pergi

ke mana-mana.

3.) Sebarang perkara yang tidak berkaitan harus diketepikan dahulu.

4.) Lakukan hanya satu kerja pada sesuatu masa sahaja. Jangan campur adukkan pelbagai

jenis kerja dalam satu tindakan. Ianya sama sekali akan menghilangkan tumpuan anda!

Page 110: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

110

5.) Analisis ganguan perencanaan masa anda. Fikirkan langkah yang sesuai untuk

menangani permasalahan tersebut.

Perencanaan Jadual dan rutin belajar

Sebelum perencanaan masa dibuat, pelajar perlu meneliti penggunaan masa yang

dilakukannya secara sehari-hari. Antara salah satu cara yang boleh digunakan ialah dengan

menulis aktiviti anda sepanjang minggu tersebut. Jadual seperti berikut mungkin boleh

diamalkan anda!

Hari Isnin

Aktiviti Waktu Tempoh

Bangun tidur, mandi serta

sembahyang subuh.

6.oo Pagi. 20 minit

Sarapan dan bersiap ke kuliah 6.20 40 minit

Membuat persiapan di bilik

kuliah seperti membersihkan

bilik kuliah dan membuat

semakan buku.

7.00 45 minit

Kuliah bermula 7.45 180 minit

Rehat dan makan pagi 10.45 30 minit

Sambung kuliah 11.15 120 minit

Makan tengah hari dan

sembahyang zuhur

1.15 45 minit

Mandi, persiapan diri 2.00 Petang 30 minit

Kuliah petang bermula 2.30 120 minit

Sembahyang Asar, makan

petang

4.30

Mahasiswa yang berjaya adalah

mahasiswa yang bijak

menggunakan masa yang

diberikan oleh mereka!

Page 111: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

111

Riadah, rehat 5.00 120 minit

Mandi, sembahyang dan

persiapan diri

7.00 120 minit

Mengulang kaji pelajaran,

menyiapkan kerja

9.00 Malam 150 minit

Tidur 11.30

Di atas merupakan sedikit contoh jadual yang boleh dibina untuk memudahkan anda

menguruskan masa. Contoh ini amat sesuai bagi anda kerana kegiatan yang dilakukan

seharian bertepatan dengan anda yang bakal menjadi mahasiswa kelak! Namun dalam

perencanaan jadual, bergantung juga kepada anda kerana mungkin aktiviti-aktiviti yang

dilakukan berbeza-beza.

Rancanglah jadual anda dengan berkesan dalam menjadikan pengurusan masa anda lebih

sistematik dan teratur. Oleh itu, anda sebagai bakal mahasiswa perlu bijak menguruskan masa

anda supaya penyeimbangan antara aktiviti belajar dan mengulang kaji serta aktiviti-aktiviti

lain lebih teratur. Antara kegagalan utama mahasiswa dan mahasiswi di IPT atau IPTS adalah

mereka tidak bijak dalam mengatur masa dengan berkesan. Oleh itu, pastikan masa anda

dibahagikan sebaik mungkin. Wallahualam..

Renungan Motivasi~~

“Ambillah masa anda untuk belajar segigih mungkin kerana kejayaan tidak akan datang tanpa

usaha” ( Cikgu Loh)

3.2 Teknik Membaca Ala IPT

Mengapa Anda Perlu Membaca Dengan Berkesan Supaya Mudah Faham?

Apabila mula sahaja anda berada di atas meja dan duduk di kerusi, anda akan setkan diri anda

untuk mula membaca. Proses yang paling utama untuk berjaya di IPT adalah membaca.

Justeru itu, amat penting untuk anda memiliki kebolehan membaca dan mengetahui teknik-

teknik betul untuk membaca.

Page 112: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

112

Sebelum kita pergi ke teknik membaca yang berkesan, apakata kita tahu dahulu mengenai

mengapa anda perlu membaca? Apakah tujuan anda membaca? Adakah anda sekadar melihat

gambar atau ilustrasi ataupun secara sekilas pandang sahaja. Secara khususnya, tujuan

membaca adalah:

Untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu gambaran subjek, fakta atau mencari

jawapan kepada sesuatu permasalahan.

Untuk memahami dan meneliti sesuatu perkara dengan lebih mendalam

Membaca bahan rujukan sebagai maklumat tambahan untuk anda

Apabila anda sudah tahu akan tujuan sebenar waktu anda memegang buku, teknik membaca

berikut perlu diikuti:

Saya senaraikan 4 teknik membaca yang boleh membantu anda. Saya pasti anda pernah

mendengarnya namun tidak didedahkan prosedur yang betul dalam menjalani aktiviti

pembacaan anda itu.

1.)Teknik membaca SQ3R

2.)Teknik Membaca KWLH

3.)Teknik Skimming

4.)Teknik Scanning

Teknik membaca SQ3R

Teknik ini diperkenalkan oleh Robinson pada tahun 1961. Teknik ini lebih menekankan aspek

membaca secara kritis berbanding teknik scanning dan skimming yang lebih fokus kepada

bacaan pantas. Teknik ini dapat menajamkan lagi minda anda untuk belajar dan mengingati

fakta-fakta penting.

SQ3R adalah singkatan bagi :

S (survey) : Tinjau

Q ( question) : soal / Tanya

R (read) : Baca

R (recite) : Imbas

Page 113: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

113

R (review) : Baca semula

Kaedah ini sebenarnya boleh anda lakukan ketika belajar dalam bilik kuliah. Anda boleh

keluarkan persoalan anda sendiri apabila mendengar sesuatu yang dipelajari di dalam bilik

kuliah.

Survey (Tinjau)

Melalui survey anda perlu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan apa yang anda baca,

Anda boleh meneliti tajuk-tajuk besar dan kecil, peta minda, pendahuluan dan rumusan.

Ringkasan setiap bab juga anda boleh lakukan. Teknik ini sebenarnya anda membuat tinjauan

awal dahulu mengenai sesuatu tajuk yang ingin dibaca. Proses ini mengambil masa yang

singkat sahaja.

Question (Soal / Tanya)

Apabila anda sedang membaca, anda dapat menyenaraikan soalan yang berkaitan dan

mungkin ditanya dalam sesuatu teks tersebut. Ini seolah-olah anda bercakap keseorangan

untuk menjawab persoalan yang anda sendiri utarakan dan selesaikannya. Perkara inilah dapat

membantu proses ingatan anda menjadi lebih kukuh. Anda boleh gunakan persoalan seperti

kenapa, mengapa, bagaimana, bila dan sebagainya. Anda boleh tulis soalan anda itu di tepi

buku yang dibaca.

Mungkin saya gambarkan anda ketika itu membaca buku fizik mengenai tajuk “cahaya”.

Anda boleh tulis soalan di tepi buku tadi antaranya seperti bagaimana proses cahaya boleh

berlaku? Mengapa cahaya boleh dipantulkan atau sebagainya. Inilah yang saya nyatakan tadi

dapat menjamin ingatan anda dan membuatkan anda lebih faham apa yang anda baca. Jangan

risau kerana proses ini mengambil masa yang sedikit sahaja dan pastinya berbaloi-baloi untuk

anda.

Read (Baca)

Pada peringkat ini, anda mula menyenaraikan soalan-soalan tambahan berdasarkan

kefahaman anda melalui pembacaan. Proses aktif ini anda perlu mencari keseluruhan jawapan

bagi soalan yang telah anda sediakan. Teknik skimming dan scanning amat sesuai digunakan

untuk mendapat jawapan yang tepat. Selepas ini, akan saya nyatakan bagaimana dua proses

itu dapat membantu anda dalam membaca.

Page 114: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

114

Recite (Imbas Kembali)

Peringkat ini ialah cuba ingat semula apa yang telah anda baca. Anda boleh cuba menjawab

soalan yang mungkin ada pada setiap tajuk di buku anda. Anda boleh bercakap keseorangan

dan buat rumusan mengenai apa yang anda faham melalui pembacaan tadi dengan

menggunakan gaya bahasa anda sendiri. Secara tidak langsung inilah yang akan terus

menguatkan ingatan anda mengenai kefahaman sesuatu tajuk.

Review (Baca Semula)

Ini merupakan peringkat terakhir. Pada peringkat ini, pelajar memastikan tiada fakta penting

yang tertinggal. Proses pembacaan semula adalah bahagian utama dalam proses ini. Kesan

semula apa yang anda tidak faham dan cuba ulanginya berulang kali. Peringkat ini akan

mengukuhkan lagi kefahaman anda!

Untuk teknik KWLH, ianya agak lebih mudah difahami berbanding SQ3R, saya gariskan di

sini apa yang dimaksudkan dengan KWLH.

Teknik membaca KWLH (kritis)

KWLH adalah singkatan bagi :

K (Know)

Apa yang anda ketahui (sebelum membaca)

W (want)

Apa yang anda hendak ketahui (sebelum membaca)

L (learned)

Apa yang telah anda ketahui (selepas membaca)

H (how)

Bagaimana untuk anda mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca

seterusnya)

Melalui kaedah pembacaan kritis ini , keseluruhan buku yang dibaca perlulah difahami

terdahulu oleh anda! Anda boleh perhatikan kesimpulan yang terdapat di akhir sesuatu bab.

Page 115: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

115

Melalui teknik ini, senaraikan seberapa banyak perkara yang anda telah tahu (know) tentang

apa yang anda bakal baca. Ini dilakukan sebelum anda mula membaca. Di sinilah anda akan

mendapat bayangan apa yang anda bakal baca kelak. Anda juga perlu meletakkan sasaran

(want) terhadap apa yang telah anda harap, dan peroleh selepas membaca.

Selepas anda membaca, anda perlu menyatakan pada diri anda sendiri apa yang telah anda

ketahui (learned). Sejauh mana anda memahami perkara yang dibaca dan adakah anda

menguasainya. Sebaiknya setelah anda selesai membaca, ulangilah pembacaan anda. Anda

mungkin tertinggal fakta atau perkara penting yang perlu anda fahami. Semakin kuat

pemahaman anda jika pembacaan itu diulang berkali-kali.

Selepas anda membaca, anda sudahpun mengetahui apa yang hendak dibaca. Catatlah

sebarang perkara yang anda faham dan jadikan ia sebagai nota ringkas

Skimming dan Scanning

Kedua-dua teknik ini amat sesuai digunakan untuk pembacaan bahan ringkas seperti buku

ringkas, jurnal atau majalah. Dalam proses pembacaan ini anda perlu memberikan perhatian

kepada idea-idea atau bahagaian yang penting sahaja. Perkara yang penting tersebut ialah

seperti:

1.Pengenalan

2.Prakata

3.Kandungan

4.Subtopik setiap tajuk

Langkah skimming yang berkesan:

1.Pastikan diri anda ada maklumat yang diperlukan

2.Telitikan ayat dan fakta yang ada

3.Ketika melakukan skimming, pastikan fakta diketahui

4.Sesudah anda berjumpa dengan fakta dan soalan yang mungkin menjadi jawapan,

perlahankan pembacaan anda dan bacalah dengan teliti.

Page 116: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

116

Skimming yang betul adalah anda mendapatkan gambaran tetang apa yang dibaca dan dicari.

Scanning ialah satu teknik baca pantas untuk mendapatkan maklumat khusus dan bukan

gambaran keseluruhan sesuatu bacaan. Melalui teknik ini, kita boleh melangkau perkara yang

difikirkan tidak penting untuk dibaca.

Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adalah lebih cepat daripada pembacaan cara

skimming. Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama

walaupun ia berbeza. Skimming dapat merumuskan apa yang hendak sebenarnya disampaikan

oleh sesatu bahan bacaan itu.

Renungan Motivasi~~

Kita ingat 10% apa yang dibaca,

Kita ingat 20% apa yang didengar,

Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat,

Kita ingat 70% apa yang diperkatakan,

Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

( Dato Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah )

3.3 Kejayaan Temuduga Selepas Tamat Pengajian

Perkongsian ini cikgu hasilkan kerana pastinya anda tamat belajar kelak, anda akan

menghadapi beberapa temuduga seperti pengesahan ijazah, jawatan, pengesahan kerja atau

sebagainya. Apakah rahsia kejayaan temuduga anda sebagai bakal mahasiswa? Bolehkah

berjaya dalam temuduga jika kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi? Ikuti tips yang

saya sediakan di bawah.

Temuduga

Temuduga merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi anda untuk mendapatkan

sesuatu jawatan atau pekerjaan. Proses penting ini menemukan anda dengan bakal majikan

dan pada masa inilah anda perlu menonjolkan kemampuan diri anda sebaik mungkin untuk

memenuhi kehendak temuduga seterusnya mencapai kejayaan dalam temuduga tersebut.

Page 117: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

117

Pastinya juga temuduga amat penting buat lepasan SPM kerana biasanya temuduga yang

dibuat adalah oleh pihak-pihak tertentu untuk penajaan biasiswa atau pemgambilan ke pusat

pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Oleh itu, pengetahuan temuduga amat penting bagi

anda untuk mencapai apa yang anda ingini dalam temuduga tersebut.

Tujuan Temuduga

Tujuan utama temuduga diadakan ialah untuk memilih calon yang benar-benar layak dan

berkaliber untuk tujuan organisasi berkenaan. Pada peringkat ini, majikan akan menyenarai

pendek mereka yang berjaya ditemuduga. Seterusnya mereka akan mengenalpasti calon-calon

yang menepati ciri-ciri seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan

berfikir, kemahiran berkomunikasi, keyakinan, pengalaman dan sebagainya.

Oleh itu, segala ciri-ciri yang dinyatakan tersebut perlu anda kuasai semaksimum mungkin

agar anda berjaya dalam apa jua temduduga yang akan anda hadapi.

Bagaimana Temuduga Dijalankan?

Selalunya temuduga boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Namun dalam

persediaan menghadapi temuduga, anda perlu merasakan ia formal dari segi cara anda

berpakaian dan berkomunikasi dalam temuduga nanti. Temuduga biasanya dijalankan di

dalam bilik khas dan secara individu dan berkumpulan. Bagi saya, teknik untuk berjaya dalam

temuduga berkumpulan, anda hendaklah menjadi seorang yang paling menonjol atau banyak

bercakap serta mengutarakan pendapat bernas ketika temuduga berkumpulan berlangsung.

Yang pastinya, lengkapkan dahulu diri anda mengenai persoalan yang mungkin ditanya di

dalam temuduga itu. Selalunya masa yang diambil untuk satu-satu temuduga adalah tidak

tetap, bergantung kepada ahli panel dan juga kepada sejauhmana anda menguasai sesi soal

jawab tersebut.

Persediaan Menghadiri Temuduga

Persediaan mental, fizikal, psikologi dan rohani amat diperlukan di saat anda menghadiri

temuduga

..................................

.................................. Berhubung dengan perkara di atas tuan/puan adalah dijemput untuk

menghadiri temuduga ................................. seperti butiran di bawah

Page 118: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

118

TEMPAT : .......................................

MASA : .....................................

TARIKH : .....................................

Saya pasti apabila anda menerima sepucuk surat begini, ianya bermakna anda dipanggil untuk

menghadapi temuduga kerja, biasiswa, melanjutkan pengajian atau sebagainya. Mungkin

perasaan anda ketika itu bercampur baur antara gembira dan cemas sementara. Perasaan

cemas itu juga mungkin menjadi kuat jika ini adalah temuduga pertama anda.

Dalam setiap temduga yang anda dapat, nasihat saya hadirilah walaupun anda tidak

meminatinya. Pengalaman temuduga itu jarang didapati dan ketika inilah anda mengaut

peluangnya. Yang penting ialah pengalaman ataupun ditakdirkan suatu masa nanti anda

berubah fikiran untuk meminati kursus yang ditawarkan melalui temuduga tersebut. Mungkin

juga ada di antara anda yang tidak meminati, namun percayalah bahawa calon yang dipanggil

temuduga adalah calon yang sangat bertuah dan memiliki kriteria yang diinginkan oleh pihak

majikan. Pada ketika inilah, anda perlu menjukkan kredibiliti anda sebagai mereka yang layak

dipilih dalam temuduga nanti.

Saya sediakan beberapa panduan temuduga yang mencirikan tiga perkara iaitu sebelum,

semasa dan selepas temuduga. Hayatinya dan ikutlah setiap proses temuduga yang

digariskan untuk memastikan anda benar-benar bersedia untuk menempuhi sebarang

temuduga.

Sebelum Temuduga

1. Buat banyak pembacaan mengenai Jabatan/ institusi/ Agensi yang akan menemuduga anda.

Ambil tahu mengenai bidang dan peranan mereka serta perkembangannya.

2. Anda mesti tahu mengapa anda memilih dan memohon temuduga tersebut? Apakah kriteria

yang ada pada diri anda untuk layak dan berjaya dalam temuduga? Buat latihan komunikasi

sedikit sebelum anda menjalani temuduga.

3. Pastikan anda sudah tahu tempat, masa temuduga yang bakal diadakan. Hadirkan diri awal

sejam sebelum temuduga dan pada masa inilah anda boleh menyesuaikan diri dengan tempat

sekitar temuduga tersebut.

Page 119: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

119

4. Bawa semua dokumen, sijil , resume yang berkaitan ketika temuduga. Kad pengenalan dan

gambar juga perlu dibawa dan pastikan semuanya lengkap sebelum menghadiri temduga.

Penyusunan sijil juga amat penting di dalam fail. Susun bermula dari kelayakan rendah

sehingga ke kelayakan tinggi. Untuk memudahkan lagi penyusunan fail, anda boleh

menelefon dan bertanyakan organisasi berkenaan yang akan menemuduga anda seminggu

lebih awal untuk bertanyakan persiapan sebelum temuduga secara khusus.

5. Jaga etika pemakaian anda. Pakailah kot tidak kira lelaki atau wanita serta yang penting

menutup aurat. Bersongkok bagi lelaki adalah satu bonus untuk mengelakkan penemuduga

anda memberi tanggapan negatif kerana rambut juga menunjukkan ciri penampilan anda yang

sebenar. Rambut yang lebih pacak atau stylo memungkinkan penemuduga tidak memilih

anda! Kuku juga perlu dijaga dengan rapi dan tidak panjang.

6.Bersedia dengan pelbagai alatan tulis seperti buku nota, pen, pemadam dan pensel. Mungkin

akan ada ujian bertulis diadakan.

Semasa Temuduga

Banyak aspek yang perlu diberikan penekanan semasa temduga. Peringkat ini merupakan satu

bahagian yang terpenting dalam temuduga. Di sinilah tanda sukses atau kegagalan anda akan

ditentukan oleh penemuduga.

1. Tenangkan fikiran anda dan yakin bahawa anda mampu memberikan yang terbaik dan

tonjolkan diri anda bahawa andalah yang paling layak dipilih dari kalangan orang lain.

2. Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik temuduga. Berikan ucapan selamat pagi atau

sebagainya. Seterusnya serahkan fail yang mengandungi dokumen dengan wajah yang

tersenyum dan riang. Anda jangan duduk selagi tidak diberi arahan sedemikian oleh

penemuduga.

3. Duduk selepas diberi arahan dalam keadan yang paling selesa. Jangan bersilang kaki dan

duduklah dalam keadaan yang penuh sopan dan tatatertib.

4. Bahasakan diri anda sebagai saya dan rujuk penemuduga sebagai Tuan/Puan. Pastikan

semasa temuduga, perhatikan dan berikan sepenuh perhatian anda kepada mereka.

5. Anda haruslah bersopan santun walaupun ada kalanya soalan yang dikemukan mungkin

mencabar anda. Reaksi-reaksi yang mencabar memang kadangkala disengajakan untuk

Page 120: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

120

melihat sejauh mana anda akan bertindak terhadap keadaan atau situasi yang menekan.

(berilah jawapan yang menunjukkan anda mempunyai minat dan keinginan yang tinggi).

6. Bercakap dengan penuh yakin dan diesrtakan dengan bukti yang kukuh. Kembangkan idea

anda untuk menarik perhatian penemuduga.

7. Berikan pendapat anda secara bernas dan minta penjelasan jika anda tidak memahami

sesuatu soalan yang dikemukakan.

8. Bahasa yang anda gunakan ialah sebolehnya mengikut pertanyaan penemuduga. Jika soalan

ditanya dalam bahasa melayu, jawab dalam bahasa melayu dan begitulah sebaliknya.

9. Jawab soalan dengan hati yang penuh dan tenang. Setelah selesai, ucapan terima kasih dan

bersalam-salaman kepada panel penemuduga amatlah penting.

Tidak sukar untuk anda mengikuti prosedur temuduga seperti yang diterangkan namun nasihat

yang paling penting dari saya ialah kuasai sepenuhnya ilmu maklumat mengenai organisasi

yang menemuduga anda. Dari situlah, anda akan rasa lebih yakin dan percaya bahawa anda

telahpun melakukan yang terbaik. Insyallah.

Perkara berikut perlu diberi keutamaan oleh anda kerana soalan berikut selalu ditanya dan

perkara inilah yang perlu anda kuasai sepenuhnya.

Soalan-soalan yang seringkali dan selalu dikemukakan

Bersedia dengan soalan mengenai latar belakang diri anda keseluruhannya dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bersedia dengan soalan mengenai tujuan anda menghadiri temuduga dan mengapa

anda layak dipilih.

Bersedia dengan soalan yang mungkin tidak berkait dengan kursus yang anda pohon.

Bersedia dengan soalan berkaitan pengetahuan anda dalam isu semasa dan

pengetahuan am mengenai kursus temuduga yang dipohon.

Soalan-soalan yang dinyatakan adalah soalan wajib ditanya apabila sesuatu temuduga. Oleh

itu, persiapkan diri anda untuk berjaya dalam menjelaskan jawapan kepada semua persoalan-

persoalan tersebut.

Page 121: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

121

Selepas Temuduga

1. Tulislah satu surat ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menemuduga anda!

2. Banyakkan berdoa dan meminta pertolongan dari ALLAH kerana segala perkara yang telah

anda lakukan, kejayaan hanya terletak dan diberikan oleh ALLAH.

Sekiranya anda berjaya dalam pemilihan temuduga, bersyukurlah dan berbangalah dengan diri

anda sendiri. Lakukan sedikit solat sunat dan sujud syukur berterima kasih kepada ALLAH

yang telah mempermudahkan anda. Sekiranya anda tidak berjaya, perbaiki semula

kelemahan-kelemahan yang ada supaya perkara tersebut tidak akan dulangi semula. “Manusia

yang berjaya adalah mereka yang tidak sia-sia terus berusaha”.

Wallahualam...

Renungan Motivasi~~

Jikalau kita berada dalam kesusahan atau keresahan, sentiasalah mengucapkan bismillah.

Selain dari dapat menenangkan hati, fadilat bismillah juga mempunyai banyak kebaikannya. (

Cikgu Loh )

3.4 Panduan Penulisan Resume Anda

Pada peringkat ini pula saya akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai

cara dan panduan lengkap menulis resume dengan berkesan. Resume ini dapat

digunakan oleh pelajar dan mereka yang ingin memohon sebarang pekerjaan. Ok, kita

mulakan dengan kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi tiga peringkat iaitu

peringkat:

A. Sebelum temuduga

B. Semasa temuduga

C. Selepas temuduga

Page 122: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

122

Penulisan resume atau latar belakang diri merupakan tindakan awal yang penting

bagi calon-calon sebelum ditemuduga. Resume juga merupakan satu dokumen

penting yang digunakan olah majikan bagi menolong memudahkan proses

mengenalpasti pemilihan calon untuk ditemuduga.

Resume juga bertindak dalam memperkenalkan diri anda kepada penemuduga dengan

lebih berkesan dan cepat. Segala maklumat penting yang terdapat dalam resume amat

berguna dalam mencapai kejayaan kelak dalam temuduga.

Dengan menggunakan bahasa yang mudah, resume ialah satu dokumen rasmi

peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan atau pemilihan sesuatu jawatan.

Resume juga merupakan satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang

ditulis secara teratur bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang

kerjaya.

Maksud resume juga merangkumi kepada satu dokumen yang mengemukakan

pencapaian serta prestasi diri serta sebagai satu dokumen yang boleh

memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai pemohon dengan bakal majikan

atau sesuatu pihak. Selain itu, resume juga dapat didefinisikan sebagai suatu alat

pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap kreativiti serta

persepsi anda terhadap kerjaya hidup dan potensi diri.

Page 123: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

123

Persediaan Sebelum Penulisan Resume

Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh anda ialah menyediakan butiran-butiran

diri seperti berikut:

Contoh:

a) Nama dan maklumat peribadi.

b) Alamat surat menyurat.

c) Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).

d) Pencapaian dalam pendidikan.

e) Penglibatan dalam kokurikulum.

f) Anugerah serta kejayaan tertentu.

g) Pengalaman / latihan praktik (jika ada)

h) Kemahiran serta bakat tertentu.

Seterusnya anda pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk

memenuhi keperluan anda. Di akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya

memuaskan untuk anda serta menarik perhatian majikan. Setelah itu, hasil terakhir

resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu contohnya di atas kertas

(A4 – 80 gram)

Komponen- komponen penting dalam penulisan resume

Page 124: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

124

Antara komponen penting yang biasanya dimasukkan ke dalam resume ialah di

antaranya:

1) Nama penuh (mengikut kad pengenalan)

2) Gambar terbaru (saiz passport)

3) Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)

4) Alamat surat menyurat (termasuk poskad)

5) Alamat tetap (jika lain dari no. 4)

6) Objektif pekerjaan atau kerjaya yang dipilih (sekiranya sudah pasti dan mesti

sesuai dengan jawatan yang dipohon).

7) Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi

lebih diutamakan).

8) Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).

9) Aktiviti kokurikulum dan persatuan.

10) Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.

11) Penglibatan masyarakat / komuniti.

12) Penerbitan (jika ada).

13) Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.

14) Kemahiran lain (menaip, komputer).

15) Lesen memandu (taraf / gred).

16) Minat dan kegemaran (mendaki, berenang, melukis).

17) Rujukan 2 orang yang mengenali anda (bukan saudara mara)

Gaya bahasa resume

Ingat!Menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta

kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.

Resume juga hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta

ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap maksudnya.

Dalam penulisan resume juga perlu dielakkan kesilapan ejaan. Jadi sentiasa

Page 125: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

125

mengimbas kembali resume anda supaya tiada sebarang kecacatan atau kesalahan

yang boleh berlaku.

Kelemahan resume

Anda ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan kelemahan resume? Baik, resume

yang lemah ialah resume yang terlalu panjang dan terperinci. Selain itu, kelemahan

resume juga dapat dilihat melalui penulisan yang terlalu ringkas dan kurang padat

misalnya hanya menyenaraikan komponen-komponen resume tanpa disokong dengan

maklumat yang mantap.

Resume juga tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan.

Seperti yang saya kata sebentar tadi, kesalahan ejaan serta mutu menaip yang kurang

baik merupakan kelemahan utama dalam penulisan resume. Terdapat beberapa lagi

kelemahan resume antaranya ialah:

1.) Maklumat diberi kurang lengkap.

2.) Format kurang kemas dan tidak ditaip.

3.) Lemah tatabahasa / gaya bahasa.

4.) Menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama.

Surat Iringan ( Cover Letter )

Untuk tips yang terakhir, resume yang dihantar kepada majikan mestilah diiringi

dengan surat iringan (cover letter). Surat iringan yang lengkap mempunyai 3

bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan dan penutup.

Page 126: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

126

Bahagian permulaaan menceritakan tentang memperkenalkan diri dan jelaskan

mengapa anda menulis kepada mereka. Bahagian pertengahan pula menceritakan

mengenai kelayakan, pengalaman dan kemahiran anda ( pastikan ianya bersesuaian

dengan organisasi berkenaan).

Manakala bahagian penutup berkisarkan mengenai tekankan minat anda untuk

bekerja dengan syarikat tersebut atau sesuatu pihak dan nyatakan dengan lengkap

alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda. Dalam penulisan resume, pastikan

ciri-ciri kecemerlangan anda ditonjolkan. Insyallah..

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~

First thing first. Prioritize your jobs and optimize your time. ( Cikgu Loh )

3.5 Teknik Persiapan Peperiksaan di IPT

Persiapan menghadapi peperiksaan di IPT sepatutnya bermula sejak dari anda mula-mula

melangkah di IPT dahulu lagi kerana di situlah asas yang kukuh dapat dibina. Sekiranya asas

kefahaman anda lemah maka sukarlah bagi anda untuk memberikan yang terbaik dalam

pencapaian sesuatu peperiksaan.

Saya zahirkan 4 teknik berkesan menghadapi peperiksaan di IPT:

Persediaan akademik

Persediaan mental

Memulakan peperiksaan

Menjawab persoalan

Sebelum saya terangkan secara ringkas mengenai persiapan peperiksaan anda di IPT , mari

kita renungkan perkara ini agar anda dapat bermuhasabah sebelum tibanya peperiksaan.

Adakah anda telah menghabiskan beberapa topik-topik penting dalam pembelajaran

anda?

Page 127: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

127

Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh pensyarah anda atau anda

membaca sendiri?

Adakah dalam proses anda belajar, anda tempuhinya dengan semangat yang tinggi?

Adakah anda sudah meneliti soalan-soalan contoh tahun-tahun terdahulu?

Adakah anda mempunyai keyakinan dan bersedia menjawab soalan peperiksaan nanti?

Mari kita lihat yang seterusnya..

1.Persediaan akademik

Peringkat awal

Memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bilik kuliah.

Membaca semua subjek yang dipelajari

Faham apa yang dibaca.

Melengkapkan nota ringkas setiap tajuk.

Rujuk pensyarah anda atau belajar berkumpulan bersama rakan-rakan yang ingin

belajar.

Peringkat pertengahan

2-3 bulan sebelum menghadapi peperiksaan, baca semula nota ringkas yang telah anda

buat.

Buat kata kunci di nota ringkas anda.

Banyakkan berbincang dengan kawan dan lihat kepada contoh soalan-soalan lepas.

Peringkat akhir

2-3 minggu sebelum peperiksaan, baca kembali nota ringkas dan imbas kembali apa

yang dipelajari.

Semak nota sebanyak yang mungkin.

2.Persediaan mental

Sebaiknya tidurlah di awal malam peperiksaan. Namun ada juga sesetengah pelajar

yang tidur lewat kerana terbiasa belajar seperti begitu. Tidur awal membolehkan anda

lebih cergas dan bertenaga untuk menghadapi jari keesokannya.

Page 128: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

128

Yakinlah anda boleh buat yang terbaik dan tanamkan azam “I Can Do It”.

Dari segi persediaan mental juga, anda boleh mengurangkan pengambilan munuman

kafein dan bergas. Pastikan juga anda tidak mengambil ubat-ubat yang boleh

menyebabkan anda mengantuk atau sebagainya.

3.Memulakan Peperiksaan

Sebelum memulakan peperiksaan anda, pastikan sarapan diambil terlebih dahulu.

Perut yang kosong akan menyebabkan otak anda tidak aktif bekerja. Oleh itu, ambillah

sarapan ringan seperti oat atau roti untuk membantu anda menjawab peperiksaan

dengan sempurna.

Dalam peperiksaan, satu markah pun boleh menentukan sama ada anda mendapat A

atau B. Sematkan dalam diri anda bahawa satu markah dalam peperiksaan adalah

cukup penting dan bermakna. Jadi berhati-hatilah dan setiap langkah yang perlu anda

ambil adalah memastikan tiada satu pun markah akan tercicir semasa peperiksaan

kelak!

4.Menjawab soalan

Perkara utama yang perlu diberi penekanan dalam peperiksaan ialah baca, fahami dan

ikuti arahan peperiksaan dengan teliti. Dengan mengikut arahan peperiksaan dengan

sempurna, anda akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan selesa serta tidak

melanggar kehendak peperiksaan.

Pastikan soalan yang anda jawab itu betul dan tepat. Bagaimana ingin berbuat

demikian? Anda mestilah memahami kehendak soalan dan elakkan daripada

mengagak-agak jawapan bagi persoalan. Bacalah berulang kali dan gariskan kata

kunci yang terdapat pada soalan tersebut.

Semak selagi anda mempunyai masa. Jika anda merasakan agak kesulitan cuba

amalkan beberapa doa penerang hati. Insyallah, tuhan akan membantu kita.

Banyakkan mengikuti tips di atas agar anda tahu apa yang sedang dan telah anda lakukan

demi menjamin pencapaian yang memberansangkan dalam peperiksaan kelak. Selamat

menghadapi peperiksaan dan jangan kecewa sekiranya anda gagal. Gagal sekali bukan

bermakna terus gagal. Berusahalah selagi anda mempunyai kesempatan. Saya doakan anda

berjaya!

Page 129: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

129

Renungan Motivasi~~

Tanpa motivasi, tiada tindakan, tiada perubahan, tiada momentum, tiada kesedaran, tiada

perubahan. Oleh itu, sentiasalah bermotivasi untuk kuasa penggerak kejayaan anda!

(Cikgu Loh)

3.6 Cabaran Mahasiswa Di IPT

Seperti yang kita semua ketahui, tawaran dari IPTA atau IPTS dalam dan luar negara menjadi

impian khususnya buat anda lepasan SPM yang bercita-cita tinggi. Saya pasti anda juga

sudahpun terbayang-bayang jawatan-jawatan tinggi yang bakal disandang kelak di samping

gaji yang baik dan lumayan.

Namun, pernahkah anda terfikir dan terlintas untuk menghadapi sebarang kesukaran dan

cabarannya? Dalam anda berangan-angan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya anda, pasti

masalah yang saya garapkan di sini sedikit sebanyak merungsingkan anda. Namun segala

masalah ini dapat diatasi sekiranya anda bijak dalam menguruskan kehidupan anda.

Masalah Kewangan

Saya pasti dalam kalangan mahasiswa di luar sana yang datang dari keluarga yang kurang

berkemampuan menghadapi masalah di atas. Dengan kenaikan harga barang dan kenaikan kos

hidup, pasti perkara ini akan lebih merungsingkan anda. Saya dahulu juga turut mengalami

nasib sama. Jika lebih bernasib baik, abang dan kakak yang telah bekerja boleh diminta untuk

membantu selain pinjaman PTPTN.

Kalau dilihat peratusan besar prestasi akademik seseorang ialah banyak berpunca dari

masalah kewangan . Masalah ini menjadi masalah utama dan perkara ini sudah tentunya

merunsingkan ibu bapa di luar sana. Sudah pasti segala buku, kos makan minum memerlukan

duit untuk anda terus menjayakan pengajian anda.

Saya pada suatu ketika dahulu seperti anda juga agak sukar kehidupan dengan kekurangan

wang. Segala perkara banyak terbantut oleh sebab kekangan kewangan. Selain hanya perlu

berjimat untuk makanan, duit yang ada juga perlu lagi digunakan untuk membayar yuran,

berhibur sekali kala dan sebagainya.

Page 130: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

130

Dalam kepayahan saya itulah, saya nekad untuk melakukan sesuatu. Akhirnya sewaktu berada

di Institut Pendidikan Guru dan sehingga kini saya telah menceburi bidang perniagaan yang

melibatkan IT untuk membantu kewangan diri. Walaupun tidaklah banyak, namun ia sedikit

sebanyak mengurangkan beban diri selama ini.

Jikalau anda dapat lihat ebook terbitan saya di www.LepasanSPM.com itulah banyak

membantu kewangan saya selain forum kerjaya yang saya hasilkan di laman web

www.forumkerjaya.com . Jadi, terpulang kepada anda untuk belajar sambil bekerja namun

janganlah sehingga bekerja itu menjatuhkan prestasi akademik anda.

Kitaran Kehidupan Mahasiswa Yang Sama Setiap Hari

Memang tidak dinafikan setiap hari selepas bangun tidur sahaja anda perlu pergi ke kuliah,

tutorial dan sebagainya. Memang anda tidak boleh lari dari kehidupan sebagai mahasiswa

seperti menyertai persatuan, badan beruniform, sukan dan sebagainya.

Hanya satu sahaja nasihat saya di sini hadapailah segala aktiviti-aktiviti tersebut dengan

tenang dan yakinlah bahawa setiap aktiviti yang anda sertai itu atau mungkin “dipaksa” akan

membuatkan diri anda lebih kuat dan teguh dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran.

Yakinlah bahawa dunia pekerjaan yang akan anda tempuhi selepas belajar adalah lebih

mencabar dan menguji emosi dan mental anda!

Peluang Pekerjaan

Ya, saya pasti masalah ini kedua terbesar menyelubungi diri anda selepas masalah kewangan!

Pencapaian cemerlang mahasiswa bukan sahaja diukur melalui pencapaian CGPA 4.0 malah

ianya juga melalui penglibatan aktif dalam kepimpinan ataupun kesukanan. Semestinya

majikan memerlukan pekerja mereka yang dapat serta cepat menyelsesaikan masalah dan

bijak membuat sesuatu keputusan. Bagi saya, mereka yang lebih terarah ke bidang sukan akan

lebih mudah membiasakan diri dengan kerjasama berpasukan dan semangat bersama-sama

untuk mencapai kejayaan!

Oleh itu, cara sebenar bagaimana untuk mudah mendapat pekerjaan dan menarik perhatian

majikan sewaktu mengambil anda bekerja atau temuduga ialah saya senaraikan di bawah..

Perbanyak jumlah pembacaan dan menelaah buku- buku motivasi atau kejayaan!

Ubah cara hidup dan tindak tanduk anda. Fikirkan bagaimana untuk anda berusaha

mencapai sesuatu matlamat itu!

Page 131: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

131

Banyakkan komunikasi antara rakan, pensyarah dan ibu bapa.

Banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja berpasukan

Sentiasa berfikir positif dan melakukan kerja dengan lebih efisyen!

Sebenarnya, dalam ketiga-tiga cabaran yang cikgu gariskan ini, inilah perkara yang paling

menggerunkan dan menjadi dugaan yang paling besar untuk mahasiswa dan khsususnya anda!

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan..

Pada zaman kini, masalah sosial semakin menjadi-jadi. Masalah rempit ,berzina, buang bayi,

dadah, pergaulan bebas seolah-olah menjadi budaya kehidpan di negara kita. Lihat sahaja di

Kuala Lumpur, walaupun menjadi status bandar raya metropolitan, masalah sosial semakin

teruk dan menjadi barah dan ancaman terbesar untuk negara. Konsert-konsert yang tidak

melambangkan keislaman semakin menjadi ikutan para remaja di luar sana.

Saranan saya bagi yang beragama islam. Amalkanlah dan hayatilah cara hidup Rasulullah

SAW. Jadikan islam sebagai teras utama dalam kehidupan anda bagi mengelakkan diri anda

dari terjebak dalam kegiatan yang tidak berfaedah dan bermoral. Hiburan boleh tapi

hendaklah bertepatan dengan syariat islam itu sendiri.

Berbaliklah kepada islam. Menutup aurat, menjaga suara, tidak bercampur gaul antara lelaki

dan wanita bukan muhrim dan segalanya termasuk dari makan, minum, tidur sekalipun

semuanya berpaksikan kepada islam.

Insyallah, jika segalanya kita amalkan mengikut sunnah pasti kehidupan anda dan negara kita

akan terus dikurniakan kejayaan dan ketenangan dari ALLAH.

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~

Jangan fikirkan yang telah berlalu, lakukan yang terbaik untuk peperiksaan yang akan datang!

Page 132: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

132

BAB 4: KEJAYAAN ADALAH HAK ANDA

4.1 SEHARI SATU ILMU

Apa-apa bidang yang akan kita ceburi kelak memanglah sangat penting ilmu yang akan

diperolehi tersebut. Kita kalau boleh hendak sahaja rasanya mempelajari segala ilmu supaya

cepat faham dan boleh diaplikasikan.

Namun, kelemahan kita sebagai manusia, perkara ini sukar untuk dilakukan. Apa-apa pun

ilmu yang kita cuba kuasai cuba pelajarinya satu per satu dan amalkannya langkah demi

langkah. Antara kelebihan kita memahami setiap ilmu secara bersistematik dan satu persatu:

1. Otak kita lebih mudah menerima maklumat yang ingin dipelajari.

2. Kita akan lebih mudah faham dan mengerti ilmu yang disampaikan

3. Boleh mengurangkan stress dan tidak membebankan minda

4. Pembelajaran akan jadi lebih seronok dan konsisten

Biasanya mereka yang ingin membaham semua ilmu dalam jangka masa yang singkat

menyukarkan diri sendiri untuk memahaminya. Dalam keadaan yang cuba untuk menguasai

kesemua ilmu, otak kita tentunya tidak mampu untuk menerima ilmu.

Oleh sebab itulah, kita dapat lihat ramai dalam kalangan kita yang bersemangat untuk

membuat sesuatu aktiviti namun akhirnya tiada satu kerja pun yang berjalan. Oleh itu

berusahalah secara konsisten walaupun perlahan kerana bak kata pepatah, “sikit-sikit lama-

lama jadi bukit”.

Renungan Motivasi~~

Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita

boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian

atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-

kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-

kesalahan itu sendirian. ( Cikgu Loh )

Page 133: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

133

5.2 BERDOALAH SELEPAS BERUSAHA

Selepas sahaja anda berusaha, berdoalah sebanyak mungkin kerana segala kejayaan terletak di

atas tangan ALLAH. Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan

dimakbulkan. Jangan sekali-kali ada rasa ragu, syak dan waswas waktu berdoa kerana Allah

S.W.T. tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya yang was-was. Sangka baik

terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana anda ingin membina keyakinan dalam doa? Semestinya ia bersumberkan

keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali

sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, al-

Ghaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila

sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai

contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa

dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita

yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

Page 134: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

134

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama

Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah

mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya

dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan

usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa

minta kejayaan dalam pelajaran, usaha dan persediaan kita juga perlu selaras ke arah itu,

maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan

meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan

keyakinan. InsyaALLAH, pertingkatkan amalan kerohanian anda selepas anda gigih berusaha.

Wallahualam..

Renungan Motivasi~~

Seorang anak adalah lebih baik tidak dilahirkan daripada dibiarkan hidup tanpa didikan

agama dan pelajaran! ( Cikgu Loh )

Page 135: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

135

PENUTUP

Renungan Motivasi~~

Ketika kita mengalami kesulitan, maka hendaknya kita berdoa kepada Allah, agar diberi

kemudahan. InsyaAllah.

Do'anya :

اللھم ال سھل إال ما جعلتھ سھال و أنت تجعل الحزن إذا شئت سھال

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila

Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.”

Buku Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2011/2012 ini adalah rangkuman

kepada motivasi dan peluang kerjaya untuk seluruh calon lepasan SPM di seluruh negara.

Bagi mereka yang akan melanjutkan pengajian selepas sahaja tamatnya peperiksaan SPM,

buku ini wajib dijadikan sebagai rujukan asas yang mesti diketahui untuk memandu anda ke

jalan yang lebih sukses.

Buku ini juga merupakan quick reference yang amat bermanfaat untuk bacaan sengang, bahan

nasihat, panduan dan pedoman bagi mereka yang memerlukan. Semestinya buku ini disusun

mengikut maklumat yang paling terkini khasnya untuk topik peluang kerjaya yang terdapat

untuk lepasan SPM dan cara memohonnya beserta prosedurnya.

Buku ini adalah sambungan kepada kejayaan penerbitan ebook di www.LepasanSPM.com

dan www.ForumKerjaya.com . Seperti permulaan, saya ingin menegaskan kembali apa yang

ditulis ini adalah dari pengalaman dan kajian saya semasa bergelar pelajar SPM dan kini

melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Perguruan Kampus Dato

Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu. Segala kajian ini tidak akan berjaya tanpa ada

usahama dengan beberapa pensyarah IPGKDRI yang banyak membantu seperti Dr. Ibrahim

dan En Amir Hamzah.

Page 136: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

136

Dengan penghasilan buku ini, ianya diharapkan akan membantu ratusan ribu calon lepasan

SPM di luar sana yang amat-amat memerlukan panduan sebegini. Segala yang baik itu datang

dari ALLAH dan kelemahan itu berpunca dari saya sendiri.

Wallahualam..

Page 137: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

137

BIODATA PENULIS

Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Loh dilahirkan

pada 3 Oktober 1990 di Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau mendapat didikan

awal daripada Sek. Keb. Taman Pelangi Johor Bahru, Sek Keb. Pengkalan Chepa, Kelantan,

MRSM Gerik, Perak dan MRSM Kuala Krai, Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau memulakan kajian mengenai kerjaya dan motivasi pelajar khususnya

calon-calon lepasan SPM di seluruh negara. Setelah hampir 2 tahun membaca, mengkaji,

menemubual dan berdiskusi, akhirnya terbit ebook pertama beliau di www.lepasanSPM.com

iaitu “Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM”. Ebook ini telah mendapat bestseller bagi

tahun 2010 iaitu sebanyak 200 unit habis terjual. Beliau kini yang melanjutkan pengajian

Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,

Batu Rakit, Kuala Terengganu optimis dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan

seterusnya bantuan kerjayanya di www.forumkerjaya.com .

Niat beliau hanya satu iaitu menolong pelajar lepasan SPM dalam bimbingan kerjaya dan

prosedur permohonan kerjaya yang terdapat untuk calon lepasan SPM. Beliau menerangkan

satu persatu motivasi kerjaya dan peluang kerjaya untuk lepasan SPM yang membolehkan

sesiapa sahaja memahami dan mengaplikasi ilmu yang digarapkan oleh beliau dalam

penulisannya. Beliau juga lebih dikenali sebagai online motivator yang telah banyak

membantu calon lepasan SPM 2010 dan 2011 di luar sana. Sesungguhnya penulisan yang

digarap beliau dalam buku ini akan terus dan bukan sahaja membantu pelajar lepasan SPM

malah ibu bapa, kaunselor serta seluruh rakyat Malaysia amnya.

Page 138: Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM Edisi 2012

138

BIBLIOGRAFI

Azri Aziz. Teknik Ingatan Untuk Pelajar. Kuala Lumpur:Quantum Learning.1994.

Ee Ah Meng. Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd.1998.

Maddox H.,How To Study, Pan Books Ltd.,London,1988.

Salihan Siais. Teknik Belajar Berkesan- Secara Pendekatan Islam. Purwati Enterprise.1993.

Md.Yusuf Haji Arsyad. Siri Panduan Belajar Cara Belajar Pendekatan

Metakurikulum:Untuk Berjaya.Kuala Lumpur:Pustaka Antara.1995.

Seiler, T. Studying For Exams Made Simple. Abseiler Educaional Publishers. 1994.

Hanafi Ismail, Persiapan Diri Ke Arah Pelajar Gemilang. Kuala Lumpur: Darul

Nu’man.1997.

Prof. Khalid Mohamad Nor , Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di Universiti. Kuala

Lumpur:PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.2002.

Noraini Ahmad. Persediaan Peperiksaan.Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.1997.

Mohd. Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria. Petua Belajar Cemerlang. Kuala Lumpur:

Telaga Biru Sdn.Bhd.2005.