industri dan modal

10
1.0 Pendahuluan Tahun 1700-an dan awal 1800-an merupakan era berlakunya perubahan secara besar-besaran dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada ledakan industrialisasi. Kesan utama daripada perubahan tersebut adalah ekonomi yang mengubah penggunaan tenaga manusia yang asalnya menggunakan tangan manusia kepada penggunaan tenaga mesin dalam proses menghasilkan sesuatu produk. Perubahan yang sama juga berlaku di Tanah melayu iaitu perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosialnya yang merubah tingkah laku masyarakat dalam dunia pekerjaan. (Rosliha Muhammad, 2000). Selain itu, Kesan daripada revolusi industri itu juga telah melahirkan ahli-ahli fikir yang telah melontarkan teori-teori yang tersendiri dalam semua bidang termasuk bidang ekonomi dan sosial. Antara tokoh yang telah menyumbang kepada perubahan ekonomi dan sosial khususnya adalah Adam Smith, Karl Marx, Recardo, John Maynard Keynes, Hartwell, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka merupakan golongan kapitalis yang memyokong perubahan ekonomi pada masa itu. Akan tetapi teori yang banyak mempengaruhi perubahan status buruh adalah Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard Keynes . 2.0 Analisis Artikel Melalui artikel ini, ia menjelaskan perubahan dalam pengkhususan dan perdagangan yang berlaku pada awal revolusi industri sehingga sekarang. Perubahan pengkhususan dan perdagangan ini dapat dilihat dalam konteks penggunaan tenaga manusia yang amat ketara dalam menghasilkan pengeluaran. Perubahan-perubahan ini banyak berlaku diperingkat pertengahan dalam proses pengeluaran sesuatu produk dan perkhidmatan. Jika dahulunya proses pertengahan pengeluaran sesuatu 1

Upload: siti-khadijah

Post on 21-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

revolusi industri

TRANSCRIPT

Page 1: industri dan modal

1.0 Pendahuluan

Tahun 1700-an dan awal 1800-an merupakan era berlakunya perubahan secara besar-besaran dalam

bidang ekonomi, politik dan sosial. Perubahan-perubahan ini adalah hasil daripada ledakan

industrialisasi. Kesan utama daripada perubahan tersebut adalah ekonomi yang mengubah penggunaan

tenaga manusia yang asalnya menggunakan tangan manusia kepada penggunaan tenaga mesin dalam

proses menghasilkan sesuatu produk. Perubahan yang sama juga berlaku di Tanah melayu iaitu

perubahan dari aspek politik, ekonomi dan sosialnya yang merubah tingkah laku masyarakat dalam

dunia pekerjaan. (Rosliha Muhammad, 2000).

Selain itu, Kesan daripada revolusi industri itu juga telah melahirkan ahli-ahli fikir yang telah

melontarkan teori-teori yang tersendiri dalam semua bidang termasuk bidang ekonomi dan sosial.

Antara tokoh yang telah menyumbang kepada perubahan ekonomi dan sosial khususnya adalah Adam

Smith, Karl Marx, Recardo, John Maynard Keynes, Hartwell, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mereka

merupakan golongan kapitalis yang memyokong perubahan ekonomi pada masa itu. Akan tetapi teori

yang banyak mempengaruhi perubahan status buruh adalah Adam Smith, Karl Marx dan John Maynard

Keynes .

2.0 Analisis Artikel

Melalui artikel ini, ia menjelaskan perubahan dalam pengkhususan dan perdagangan yang berlaku pada

awal revolusi industri sehingga sekarang. Perubahan pengkhususan dan perdagangan ini dapat dilihat

dalam konteks penggunaan tenaga manusia yang amat ketara dalam menghasilkan pengeluaran.

Perubahan-perubahan ini banyak berlaku diperingkat pertengahan dalam proses pengeluaran sesuatu

produk dan perkhidmatan. Jika dahulunya proses pertengahan pengeluaran sesuatu produk itu

memerlukan banyak tenaga kerja manusia dalam menghasilkan barangan siap dan berkualiti

terutamanya industri yang berkaitan dengan teksil dan besi. Akan tetapi, proses pertengahan

pengeluaran produk ini mengalami perubahan apabila berlaku revolusi industri yang menjadi penyebab

utama kepada lahirnya penggunaan mesin yang berfungsi sebagai gantian kepada penggunaan tenaga

kerja manusia. Ledakan daripada revolusi ini telah memberi keuntungan kepada golongan pemodal

kerana secara automatiknya mereka dapat memaksimumkan keuntungan kerana penggunaan tenaga

manusia dihadkan. Revolusi indutri ini juga telah membuka lembaran baru terhadap bidang

pengangkutan, perbandaran, perdagangan dan perkhidmatan.

Artikel ini juga membahaskan tentang kitaran pengeluaran yang mempunyai tahap-tahap yang

boleh dikatakan stabil dan tidak stabil. Kitaran pengeluaran ini mula diperkatakan dan dibincangkan

1

Page 2: industri dan modal

apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada 1930-an secara besar-besaran. Kemelesetan ekonomi di

sesebuah negara akan menyebabkan berlaku pembuangan pekerja apabila golongan pemodal atau

majikan ini mengamalkan “housing Contruction” bagi mengekalkan keuntungan mereka. Peristiwa ini

berlaku disebabkan ketiadaan campur tangan golongan pemerintah atau kerajaan dalam mengawal selia

aktiviti ekonomi seperti mana yang diperkatakan oleh Keynes. Pengawalan terhadap pasaran

memerlukan campur tangan kerajaan supaya kadar inflasi berada pada tahap yang rendah dengan

menggunakan “full employment” supaya ianya memberi banyak kesan yang positif kepada aktiviti

ekonomi semasa berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dalam konteks dunia ekonomi hari ini, pengambilan pekerja dalam seseorang syarikat atau

organisasi itu merupakan satu pelaburan baru terhadap organisasi yang akan memberikan keuntungan

jangka masa panjang. Setiap negara mempunyai cara yang tersendiri dalam mengolah ekonomi mereka

dan tidak semua teori yang dikemukan itu bersesuai dan dipersetujui. Menurut perspektif Austrian,

polisi Keynes itu gagal dalam menjelaskan dan memberi penyelesaian apabila berlaku ketidakstabilan

ekonomi. Hal ini disebabkan golongan pemerintah tidak mempunyai banyak insentif untuk membentuk

kestabilan ekonomi semasa berlakunya krisis.

3.0 Pasaran Kapitalis( Tanpa Campur Tangan Pemerintah)

Pasaran merupakan satu tempat yang menjalankan proses pertukaran diantara golongan pembeli dan

golongan penjual. Melalui aktiviti pasaran ini telah berlaku kitaran kewangan di dalam sesuatu pasaran.

Dengan kata lain, pasaran merupakan mekanisme sosial yang berfungsi sebagai satu jaminan untuk

memenuhi keperluan peribadi. Pasaran memainkan peranan penting dalam menentukan turun naik

aliran perniagaan dan perdagangan dan ia memberi kesan kerugian kepada seseorang peniaga tetapi

kesan tersebut tidak begitu ketara apabila mereka ini berada dalam satu kesatuan. Hal ini kerana, para

pemikir ekonomi klasik menyatakan bahawa kesulitan yang dialami oleh seseorang peniaga itu hanya

bersifat sementara. Selain itu, pengeluaran sesuatu produk itu perlu berdasarkan pemintaan bagi

mengelakkan lebihan pengeluaran yang mengakibatkan kerugian sehingga memberi kesan terhadap

pembayaran upah kepada pekerja sehingga mengakibatkan pengangguran. Hal ini membuktikan

bahawa, kitaran kewangan di dalam pasaran itu tidak stabil dan gagal (Muhadi Sugiono, 1996).

4.0 Teori Nilai dan Pengagihan

4.1 Pembahagian Kerja dan Pertukaran

Pembahagian kerja atau pengkhususan kerja mempunyai perkaitan yang ketara dengan pertukaran. Hal

ini kerana, proses pembahagian kerja itu dilakukan dengan adanya permintaan dan ia memerlukan

2

Page 3: industri dan modal

pertukaran daripada penggunaan tenaga kepada bentuk upah yang diperlukan oleh seseorang buruh

bagi memenuhi keperluan-keperluan mereka. Perkara ini dinyatakan oleh Adam Smith dalam bukunya

“Wealth of Nation(1937:22)” iaitu dalam sesuatu pengkhususan pekerjaan itu, semua orang akan

menjadi pedagang secara semulajadinya. Ahli pemikir ekonomi samada Smith, Ricardo dan Marx

memandang bahawa wujud perkaitan secara langsung antara pengkhususan kerja kerana sebahagian

besarnya harga itu ditentukan oleh tenaga kerja sosial. Dengan kata lain, penentuan upah atau harga itu

ditentukan oleh penghasilan pengeluaran yang dilakukan oleh buruh tersebut.

Oleh itu, teori nilai dan tenaga kerja ini menyatakan wujud perhubungan secara langsung

diantara pengkhususan pekerja dengan pertukaran secara adil. Namun, toeri ini mempunyai beberapa

masalah sehingga para ahli pemikir ekonomi moden yang berpegang dengan pendekatan klasik cuba

mencari beberapa fakta untuk menjelaskan konsep pertukaran dengan menggunakan konsep

materialistik yang dikenali sebagai harga pengeluaran (Abdul Ghani Kanesan Abdullah et. al., 2007).

4.2 Pengagihan Pendapatan

Teori upah merupakan salah satu pendekatan ekonomi klasik yang bergantung kepada pengkhususan

kerja dan kehendak keperluan yang tinggi. Konsep upah ini dipandang sebagai satu variable dalam

industri iaitu sesuatu yang boleh berubah-ubah dan bukannya sebagai magnitud yang tetap iaitu

terdapat juga faktor lain yang tidak dapat ditentukan di dalam pasaran. Perkara ini mempengaruhi

pendapatan apabila wujud ketidakadilan pengagihan pendapatan yang membahagikan masyarakat

kepada beberapa kelas sosial. Setiap kelas sosial ini mempunyai hubungan dengan kelas sosial yang lain

melalui pembiayaan pengeluaran. Oleh itu, pengagihan pendapatan ini ditentukan oleh pertarungan

diantara kelas sosial untuk merebut hasil atau keuntungan dari tenaga kerja yang telah mereka

sumbangkan dalam kegiatan pengeluaran (Abdul Ghani Kanesan Abdullah et. al., 2007).

5.0 Hak Pemilikan

Dalam pendekatan neoklasik, hak pemilikan ini diberi keutamaan. Para ahli ekonomi neoklasik mula

membahas tentang hak pemilikan dimana mereka memandang hak ini bukan hanya sebagai sebahagian

daripada kerangka yang mendasari kegiatan ekonomi tetapi sebagian daripada sistem hukum yang

dibentuk melalui sistem ekonomi. Hak pemilikan (property right) adalah hak untuk memiliki,

menggunakan, menjual dan mencapai kekayaan yang dapat diukur secara fizikalnya seperti mesin, tanah

3

Page 4: industri dan modal

dan sebagainya. Namun begitu, tenaga kerja manusia juga dianggap sebagai hak pemilikan secara

mental dan psikologi (Purbayu Budi Santosa. 2010).

6.0 Teori Keynesian

Pendekatan Keynesian yang meengkritik teori klasik dan neoklasik iaitu mengatakan bahawa pasaran

yang mengawal keadaan pasaran ekonomi. Keynesian ini memberi kritikan disebabkan oleh kegagalan

dalam menentukan pengeluaran yang hanya menfokuskan kepada kelancaran mesin semata-mata. Bagi

Keynesian, sistem yang dilakukan semasa zaman klasik dan neoklasik itu tidak melihat dari sudut

permintaan iaitu pengeluaran berdasarkan permintaan. Namun begitu, aliran pemikiran Keynesian ini

menyatakan bahawa perekonomian kapitalis akan mengakibatkan ketidakstabilan jika ianya berlaku

untuk jangka masa panjang. Disebabkan itu, aliran Keynesian ini mengatakan bahawa perlu ada peranan

kerajaan dalam ekonomi bagi mengawal kestabilan pasaran dan penyerapan tenaga kerja secara

memadai (Budiono Sri Handoko, 2001).

6.1 Pasaran Kapitalis dan Kestabilan Ekonomi

Keynes juga berpendapat bahawa perbezaan pendapat oleh para pelaku pasaran dari perspektif jangka

masa panjang ke perspektif jangka masa pendek akan menganggu kestabilan dalam kitaran ekonomi

kapitalis. Hal ini kerana, beliau memandang bahawa perbezaan ini berlaku disebabkan oleh

perkembangan keselamatan pasaran yang memberi tarikan kepada golongan pemodal untuk melakukan

perlaburan (Hans Hermann Hoppe, 2007).

6.2 Ekonomi Politik dari Pasaran Tenaga Kerja dan Pasaran Kapitalis

Ciri utama yang dinyatakan dalam pendekatan Keynesian adalah keputusan pelaburan lebih dipengaruhi

oleh perkiraan terhadap permintaan di masa hadapan. Namun, pandangan ini mempunyai

ketidakstabilan dari sudut pasaran yang dinyatakan oleh ahli ekonomi klasik iaitu pasaran akan bertindak

mengawal kitaran pengeluaran secara semula jadi. Ketidakstabilan ekonomi politik akan memberi

masalah terhadap pasaran tenaga kerja kerana pasaran tenaga kerja merupakan mekanisme yang

menggunakan sebahagian besarnya individu atau buruh dalam menggerakkan aktiviti ekonomi kapitalis

untuk mendapatkan nafkah begi menampung kehidupan mereka. Disamping itu, kontrak upah juga

memperlihatkan perkaitan antara permintaan produk dengan upah dan penyerapan penggunaan tenaga

kerja (Hans Hermann Hoppe, 2007).

4

Page 5: industri dan modal

Analisis pendekatan Keynesian terhadap pasaran tenaga kerja difokuskan kepada implikasi dari

rundingan upah terhadap permintaan. Hal ini kerana, beliau melihat akan ada kemungkinan bahawa

keputusan yang dibuat diantara pelaku pasaran ( pekerja dan perusahaan) akan memberi impak

negative. Selain itu, beliau juga melihat bahawa kegiatan menabung itu juga mampu menyumbang

kepada berlakunya konflik diantara tindakan individu dan sistem secara keseluruhannya.

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, golongan buruh merupakan satu golongan yang berada di peringkat bawahan

dalam sesuatu kegiatan ekonomi. Namun begitu, golongan bawahan ini memainkan peranan yang

penting dalam melancarkan proses ekonomi walaupun telah dipengaruhi oleh penggunaan mesin. Akan

tetapi, kewujudan perubahan dalam sektor buruh atau pekerjaan ini sebahagian besarnya akibat

daripada revolusi industri. Kebanyakkan perubahan terhadap sektor buruh ini bermula dengan aliran

pemikiran ekonomi sosialis yang menyatakan bahawa nilai sesuatu barangan itu bukan hanya

ditentukan oleh modal fizikal sahaja tetapi ia juga memerlukan modal spiritual dan modal mental.

Rujukan

Eamonn Butler. 2011. The Condensed Wealth Of Nations: And The Incredibly Condensed Theory

Of Moral Sentiments. England. Adam Smith Institute Research Ltd.

Budiono Sri Handoko. 2001. Ringkasan Pemikiran Keynesian Baru. Yogyakarta. Universiti Gadjah

Mada.

Rosliha Muhammad. 2000. Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas

5

Page 6: industri dan modal

Kepada Kuasa Penjajahan British. Kuala Lumpur. Universiti Melaya.

Hans Hermann Hoppe. 2007. Teori Umum Keynes Dalam Pandangan Mesesian. Ciputat

Indonesia. Sanctuary Publishing.

Muhadi Sugiono. 1996. Adam Smith dab Sistem Moral Kapitalisme: Tanggapan untuk A. Sonny

Keraf. Majalah Kajian Ekonomi Sosial. Yogyakarta.

Indriati Ismail; Mohd Zuhaili Kamal Basir. 2012. Karl Marx Dan Konsep Perjuangan Kelas Sosial.

International Journal Of Islamic Thought. Vol. 1. June. Diakses pada Mach 9, 2015,

6:08PM.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah; Tang Keow Ngang; Aziah Ismail. 2007. Keadilan Organisasi,

Keprcayaan Dan Altruisme. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Jil. 22; 75-92. Diakses Pada

Mach 11, 2015. 12:38PM.

Purbayu Budi Santosa. 2010. Kegagalan Aliran Ekonomi Neoklasik Dan Relevansi Aliran Ekonomi

Kelembagaan Dalam Ranah Kajian Ilmu Ekonomi. Pidato Pengukuhan. Semarang.

Universitas Diponegoro.

6

Page 7: industri dan modal

7