implikasi pendekatan heuristik dan strategi

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 09-Jul-2015

323 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

IMPLIKASI PENDEKATAN HEURISTIK DAN STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DALAM MATEMATIK

Meningkatkan kemahiran murid dalam: 1. Berfikir murid akan berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah menggunakan segala pengetahuan matematik yang mereka ada. 2. Bertanya murid akan terdorong untuk bertanya mana-mana frasa atau ayat matematik yang tidak difahami secara tidak formal.

3. Berkomunikasi murid akan berkomunikasi dengan guru atau sesama murid lain dalam masa menyelesaikan masalah tersebut.

4. Berhujah dan pertahankan pendapat- persaingan akan wujud bilamana murid akan menegakkan pendiriannya tentang sesuatu fakta atau jawapan yang diperolehi walaupun kadangkala mereka tahu jawapan itu salah tetapi apa yang penting ialah jalan penyelesaiannya adalah betul.

5. Kerja berkumpulan murid akan sentiasa berbincang dalam kumpulan bagi mendapatkan satu jalan penyelesaian yang menepati kehendak soalan dan yang terbaik.

6. Inter dan intra personal- kepercayaan dan keyakinan diri akan terbentuk secara semulajadi semasa murid menyelesaikan masalah.

7. Mengubah cara belajar- Penekanan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam bilik darjah adalah satu langkah ke arah mengubah cara

pelajar belajar matematik. Guru boleh membantu dengan mengemukakan masalah yang bermakna dan bernas kepada pelajar mengikut tahap mereka. Masalah yang diberi seharusnya mencabar, memerlukan pelbagai kemahiran dan prosedur yang dapat diperkukuhkan lagi semasa proses penyelesaian masalah. Masalah yang diberi juga perlu berkeupayaan untuk dikembang samada kepada masalah yang berkaitan atau untuk dibuat generalisasi.

8. Meningkatkan minat murid dalam pelajaran matematik- Kemahiran dan prosedur dalam penyelesaian masalah melibatkan kemahiran dalam pemahaman, transformasi dan komunikasi. Iklim dalam bilik darjah dan kaedah mengajar adalah sangat penting dalam menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah yang berjaya. Walaupun bukan semua matematik boleh diajar dengan cara penyelesaian masalah, namun adalah diharap pendekatan penyelesaian masalah ini diamalkan dalam pengajaran matematik agar sikap dan minat pelajar dalam mempelajari matematik dapat dipertingkatkan. 9. Memberi galakan kepada guru untuk mengubah kaedah pengajaran matematik -Apabila guru dapat melihat perubahan dan kepuasan pelajar dalam menyelesaikan masalah, diharap mereka juga akan digalakkan untuk mencuba sendiri, mengkaji dan mengubah kaedah dan pendekatan mereka dalam mengajar matematik