implikasi didik hibur dalam bilik darjah

Upload: andy-hadzran

Post on 16-Oct-2015

125 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kesan didik hibur

TRANSCRIPT

1. Pengenalan Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.Didik Hibur bemaksud mendidik sambil berhibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Di bawah, merupakan ciri-ciri didik hibur;i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu -tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan teknologi maklumat dan bahan bantu mengajar untuk menarikpenglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.ix)Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.Selain itu, didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:i) Pelbagai bidang ilmu serta tema,ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek di sekolah rendah dan menengah.

2. Implikasi didik hibur dalam bilik darjah

Rajah 1 : Implikasi didik hibur dalam P&P

Dalam gambar rajah 1 di atas, terdapat 9 implikasi teknik didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sembilan implikasi ini dikenalpasti setelah membuat rujukan melalui portal yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negara yang ditulis oleh Ahmad Kamal Bin Ramtan (2013). Antara implikasi setelah teknik didik hibur diaplikasikan oleh guru adalah seperti berikut:

2.1 Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok.Menurut Ahmad Kamal bin Ramtan (2013), antara tujuan diperkenalkan teknik didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru adalah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Jika kita lihat pada tujuan asal didik hibur, kita dapat simpulkan bahawa tujuan didik hibur adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok. Selain itu, seperti yang kita ketahui, perkataan hibur itu sendiri memberi gambaran awal dimana perkataan hibur itu tadi sudah semestinya membawa maksud keseronokkan. Apabila diterapkan hiburan seperti nyanyian, permainan, muzik dan sebagainya, secara tidak langsung boleh menarik perhatian murid dan kesudahannya murid akan menjadi seronok semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.2.2 Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berbentuk santai dan menghiburkan.Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Konklusinya, apabila diterapkan unsur-unsur hiburan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru akan lebih mudah untuk mengajar kerana sesuatu hiburan itu tidak merumitkan. Contohnya, untuk mengajar huruf kepada murid-murid, seseorang guru menggunakan kaedah nyanyian dengan menayangkan satu video. Dengan menggunakan kaedah ini, guru tersebut tidak perlu bersusah payah untuk menulis di papan tulis dan tidak perlu memaksa murid untuk mengingati kesemua huruf tersebut. Hal ini kerana, hiburan secara amnya mudah diingati dan mudah difahami.

2.3 Potensi murid dapat ditonjolkan.Teknik didik hibur secara tidak langsung menyerapkan unsur-unsur sastera dan kesenian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila unsur-unsur seperti muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya yang terdapat dalam seni muzik dan sastera diserap masuk ke dalam pengajaran oleh seorang guru, secara tidak langsung guru boleh mengenalpasti bakat ataupun potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid. Jika murid yang sudah pun dikenalpasti, dengan adanya teknik didik hibur, guru boleh mengilapkan lagi bakat yang dimiliki oleh murid tersebut.

2.4 Menggurangkan tahap kebimbangan murid.Seorang pelajar khususnya pelajar sekolah rendah, sudah semestinya mempunyai masalah. Antara masalah utama mereka adalah kebimbangan terhadap pelbagai aspek. Misalnya, bimbang terhadap guru yang garang. Kebimbangan murid terhadap guru menyebabkan murid berasa kurang selesa. Impaknya, proses pembelajaran tidak berlaku dengan baik dan teratur selain murid itu tidak dapat memperolehi apa-apa jenis pembelajaran baru pada hari itu. Untuk mengatasi masalah kebimbangan terhadap guru, teknik didik hibur harus dilaksanakan. Hal ini kerana teknik didik hibur menyeronokkan dan mampu membuang rasa bimbang dalam diri pelajar.

2.5 Proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.Teknik didik hibur dari segi maknanya membawa kepada maksud mendidik sambil berhibur. Jika seorang guru sekadar mendidik, kesannya teknik pengajaran tidak mampu dipelbagaikan. Kepelbagaian itu penting kerana kepelbagaian tidak membosankan. Begitulah juga kepentingan kepelbagaian dalam teknik seorang guru untuk mendidik pelajar. Kepelbagaian dalam teknik mengajar akan menarik perhatian murid sekali gus menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Kesimpulannya, dengan meyerapkan hiburan dalam pengajaran, pengajaran akan mempunyai kepelbagaian.

2.6 Penglibatan murid seramai yang mungkin.Pembelajaran yang menyeronokkan, menyebabkan murid menjadi seronok. Keseronokkan murid itu tadi membawa kepada penglibatan semua murid. Hal ini kerana, pembelajaran yang tidak begitu membosankan dan tidak memberi tekanan perasaan sangat ditunggu-tunggukan oleh murid.

2.7 Wujudnya sikap kerjasama dalam diri muridTeknik didik hibur sebenarnya memerlukan penglibatan semua murid dalam menjayakan teknik didik hibur tersebut. Hal ini kerana, tanpa penglibatan semua, teknik didik hibur tidak akan kelihatan menarik. Misalnya, guru menyerapkan teknik nyanyian dalam pengajarannya, tetapi hanya beberapa murid sahaja mengikutinya. Hasilnya, nyanyian itu tadi kedengaran suram dan membosankan.

2.8 Wujudnya komunikasi dua halaTeknik didik hibur memerlukan pelajar untuk menyanyi, membaca puisi, berlakon dan sebagainya. Oleh yang sedemikian, guru perlu memberi arahan dengan betul. Jika terdapat pelajar yang tidak faham akan arahan yang diberikan, pelajar tersebut perlu bertanya kepada guru tersebut. Kesannya, interaksi antara guru dan murid mewujudkan komunikasi dua hala. Kamunikasi dua hala yang dimaksudkan ialah komukasi antara guru dan murid. Selain itu, komunikasi dua hala juga wujud kesan daripada aktiviti didik hibur. Contohnya, aktiviti berbalas pantun dimana terdapat dua pihak saling membeli dan menjual pantun. Maka, wujudnya komunikasi dua hala.

2.9 Pelbagai ilmu dapat diterap dan dipelajari.Teknik didik hibur seperti yang terdapat dalam maksud tersirat ialah mendidik sambil berhibur. Hal ini bermaksud, ilmu kesenian diterapkan di dalam pengajaran oleh seorang guru. Bukan itu sahaja, pelbagai kemahiran juga dapat diterap dan dipelajari melalui didik hibur. Contohnya, untuk mempelajari nombor, guru memberi pelajar menonton sebuah video nyanyian atau selainnya. Hal ini bermaksud, guru itu tadi telah menerapkan unsur kesenian seperti muzik, lagu dan nyanyian. Kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran teknologi maklumat. Kesannya, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.

3. Apresiasi bahasa dalam strategi dan pendekatan pembelajaran dan pengajaranApresiasi bahasa ditakrifkan sebagai penghargaan bahasa dimana membawa maksud bagaimana seseorang individu tersebut menghargai bahasa melalui aktiviti yang dilakukan. Di dalam teknik didik hibur terdapat satu komponen utama yang berkaitan dengan apresiasi bahasa. Komponen tersebut ialah komponen puisi.Apresiasi bahasa dapat diaplikasikan di dalam didik hibur melalui komponen berpuisi. Menurut S.Nathesan (2010), dengan menggunakan bahan sastera seperti syair dan pantun, secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini kerana, jika guru masih lagi menggunakan buku teks sebagai bahan pengajaran, para pelajar akan menjadi bosan. Satu alternatif lain yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan bahan sastera. Hal ini kerana bahan sastera ialah bahan yang berkesan dan menarik. Tambahan pula, bahan sastera memperlihatkan bahasa yang indah dan halus. Jika seorang guru itu menerapkan unsur sastera seperti syair, secara tidak langsung para pelajar terdedah dengan keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi tradisional mahupun puisi moden. Kesannya, para pelajar akan lebih mudah untuk menghargai bahasa yang terdapat dalam puisi.Bahan pengajaran ialah bahan rangsangan. Bahan yang dapat dijadikan alat untuk penggunaan bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk wacana seperti prosa, puisi dan grafik. Dalam konteks pengajaran tatabahasa, bahan yang dimaksudkan ialah wadah penggunaan bahasa yang hendak diajarkan, atau bahan yang dapat dijadikan asas untuk mencungkil atau meramalkan unsur-unsur tatabahasa tertentu (Awang Sariyan, 1998:488). Jika kita lihat kembali kata-kata Awang Sariyan dalam Idris Mohd Radzi (2006), dikatakan bahawa puisi merupakan bahan yang boleh dijadikan sebagai alat untuk penggunaan bahasa. Hal ini bermaksud, dengan berpuisi, secara tidak langsung kita telah menggunakan bahasa dimana setiap penggunaan bahasa itu haruslah dijaga setiap tatabahasa yang ada di dalam setiap baris puisi itu. Hal ini bertujuan untuk tidak menggubah dan menghargai bahasa yang terdapat dalam sesuatu puisi. Impaknya, secara tidak langsung, kita telah menghargai bahasa yang terdapat di dalam bahasa puisi tersebut.

Sesuai dengan perkembangan jiwa remaja dan pertumbuhan rasa estetis pemuda pemudi, masa inilah yang merupakan masa yang baik sekali untuk memulai menanamkan secara intensif apresiasi terhadap hasil-hasil kesenian umumnya dan seni drama khasnya. Bahkan pada peringkat ini terlihat kegiatan yang besar sekali untuk mengkecimpungkan diri dalam bidang-bidang yang mempunyai nilai estetis, baik bagi pihak yang menikmati atau yang menciptanya (Prof. Mohd Taib Osman,1997). Melihat kembali kata-kata Prof. Mohd Taib Osman terhadap seni drama dalam pendidikan untuk remaja dan kanak-kanak amnya, beliau berkata pada peringkat umur remaja dan kanak-kanaklah, seni drama atau seni lakonan harus diterapkan supaya pada peringkat umur remaja dan kanak-kanak, para pelajar akan lebih mudah untuk menghargai bahasa dan menghayati bahasa yang digunakan semasa berlakon.Menurut Prof. Mohd Taib Osman lagi, seni drama atau seni lakonan merupakan alat penyaluran perasaan remaja yang sedang bergelora. Di dalam seni drama, secara tidak langsung kita berkenalan dengan kehidupan. Melalui drama kehidupan telah dikristalisasikan sehingga kita dapat berkenalan dengan watak-watak manusia dan kehidupan. Selain itu, melalui drama atau lakonan, para pelajar dapat berkenalan dengan nilai-nilai yang amat penting bagi pembentukkan peribadi. Impak daripada lakonan itu tadi, bukan sahaja para pelajar menghayati watak ataupun jalan cerita, malah mereka juga perlu menghayati bahasa yang digunakan agar bersesuaian nadanya dengan jalan cerita yang terdapat dalam drama tersebut. Contohnya, untuk mengajar berkaitan dengan haiwan, guru tersebut telah melakukan lakonan berkaitan haiwan. Setiap skrip lakonan sudah disediakan untuk pelajar. Kemudian, para pelajar haruslah diberi watak dan mereka haruslah menghayati watak masing-masing. Seterusnya, membaca skrip lakonan dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul. Hal ini secara tidak langsung, mampu untuk mendidik pelajar untuk lebih menghargai bahasa.Puisi tradisi seperti pantun merupakan satu seni sastera yang mempunyai keindahan bahasanya yang tersendiri. Hal ini kerana, pantun haruslah dibaca mengikut intonasi dan sebutan yang betul. Jika dibaca dengan sembarangan, pantun yang dibaca tidak menjadi. Menurut Siti Hawa Salleh dalam Prof Mohd Taib Osman (1977), mengatakan bahawa puisi seperti pantun mempunyai daya penarik yang terasing dan menawan unsur-unsur estetika dan naluri yang terdapat pada sifat peribadi seseorang. Hal ini bermaksud, dengan mengajar pelajar membaca pantun dengan intonasi dan nada bacaan yang betul, secara tidak langsung, mereka akan lebih mudah untuk menilai dan menghargai bahasa-bahasa indah yang terdapat di dalam sebaris pantun. Tidak kiralah sama ada pantun 2 kerat, pantun 4 kerat, pantun 8 kerat dan sebagainya.Untuk menggajar tatabahasa dalam sebuah ayat penyata kepada murid, selalunya para guru akan memperkenalkan sebaris ayat. Kemudian, guru tersebut akan menyuruh para murid untuk mencipta sebaris ayat penyata setelah mereka menguasai ayat penyata tersebut. Kaedah ini adalah kaedah yang sering dilakukan oleh para guru di sekolah. Impaknya, para pelajar sudah menjadi biasa dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran yang sering dilakukan oleh guru. Di dalam teknik didik hibur, pengajaran yang mampu menarik minat pelajar adalah menjadi tumpuan utama. Oleh sebab itu, pengenalan terhadap pengajaran dalam bentuk hiburan seperti berpantun diperkenalkan. Oleh hal yang sedemikian, tidak salah kalau seorang guru itu menukar kaedah pengajaran dengan menggunakan pantun sebagai bahan tarikan. Menurut Idris Mohd Radzi (2006), dalam mengajar tatabahasa dengan menggunakan pantun atau syair, guru boleh menggunakan keseluruhan puisi itu sebagai bahan pengajaran ataupun memilih beberapa rangkap sahaja. Namun begitu, pada pendapat penulis, penggunaan keseluruhan puisi sebagai bahan pengajaran tatabahasa agak sukar dilakukan jika kita ingin menumpukan pada satu-satu unsur bahasa. Misalnya, jika tumpuan kita untuk untuk menggunakan bahan itu dalam dalam menggajarkan satu imbuhan sahaja, agak sukar bagi kita mendapatkan imbuhan itu dalam sebuah pantun atau syair. Jalan terbaik adalah dengan mengambil beberapa pantun atau syair, dan pelajar menganalisis imbuhan di dalamnya. Sebagai contoh pantun yang boleh digunakan antaranya ialah seperti yang di bawah;

Kusangkakan nanas di tengah padang;Kiranya pandan yang berduri;Kusangkakan panas sampai ke petang;Kiranya hujan di tengah hari.

4. Teknik didik hibur dan kaitan dengan teori permerolehan bahasaDalam proses memperoleh bahasa, terdapat empat teori utama yang membincangkan bagaimana suatu bahasa itu diperolehi. Menurut Adenan Ayob (2012), terdapat empat teori pemerolehan bahasa. Empat teori tersebut ialah teori behavioris, teori kognitif, teori mentalis dan teori interaksionis.Sebelum membuat justifikasi teknik didik hibur dalam teori pemerolehan bahasa, kita lihat dulu apakah aplikasi yang diterapkan oleh setiap teori dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori pemerolehan bahasa adalah seperti yang dibawah;1. Teori behaviorisTeori ini memberi tumpuan terhadap pelbagai jenis pengukuhan, pengukuhan berjadual, pembentukan, penghapusan dan modifikasi tingkah laku. Kesemua tumpuan yang diberikan oleh tokoh-tokoh teori ini amat penting dalam membantu guru dalam pengajaran. Selain itu, tumpuan-tumpuan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh teori ini juga membantu dalam memperkembangkan potensi yang ada dalam diri kanak-kanak.2. Teori kognitifAntara fokus utama dalam teori ini ialah isi kandungan pelajaran haruslah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit ke abstrak, dekat ke jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baharu dan daripada kasar kepada halus. Selain itu, perbezaan tahap kognitif pelajar juga dititikberatkan.3. Teori mentalisMenurut teori ini, pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat mengikut kematangan murid. Hal ini bermaksud, jika dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar, guru hendaklah mengajar mengikut tahap kepandaian dan kematangan murid. Sebagai contoh, bagi mengajar murid yang pandai, guru harus menggunakan pengajaran tahap tinggi. Manakal, bagi pelajar yang lemah, guru harus mengajar secara tahap rendah dan senang.4. Teori interaksionisBagi teori ini pula, interaksi murid amat penting bagi seorang pelajar. Hal ini kerana, dengan berinteraksi, pelajar dapat pelbagai jenis ilmu. Ilmu yang diperolehi tidak kira daripada siapa sama ada dari guru atau daripada rakan sebaya.Setelah meneliti keempat-empat teori pemerolehan bahasa, terdapat dua daripada teori tersebut yang mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur. Teori tersebut ialah teori behavioris dan teori interaksionis. Kaitan antara teknik tersebut dengan kedua-dua teori tersebut boleh dilihat daripada gambar rajah di bawah;

4.1 Definisi dan tujuan.Menurut Ahmad Kamal bin Ramtam (2013), didik hibur membawa mendidik sambil menghibur. Manakala, Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Kita dapat simpulkan bahawa, hiburan yang dimaksudkan ialah suatu yang menyenangkan dan menggirangkan hati. Hal ini bermaksud, hiburan yang dimaksudkan ialah sebuah ganjaran dimana ganjaran itu tadi boleh dijadikan sebagai peneguhan kepada sesuatu perkara.Manakala, teori pemerolehan bahasa pula mengatakan bahawa setiap perlakuan yang dilakukan sama ada haiwan ataupun manusia adalah berdasarkan peneguhan yang diterima. Maksudnya, apabila seseorang individu menerima peneguhan positif, perlakuan tersebut akan sering dilakukan. Makala, apabila menerima peneguhan negative, perlakuan tersebut segera ditinggalkan. Menurut Adenan Ayob (2012), antara tujuan teori behavioris ini diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik seramai yang mungkin penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tujuan teori ini harus diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid.Jika kita kaitkan teknik didik hibur ke dalam teori behavioris, teori behavioris bertujuan untuk menarik minat pelajar seramai yang mungkin dan mengukuhkan lagi pengetahuan para pelajar. Untuk merealisasikan tujuan pertama teori behavioris, iaitu menarik seramai yang mungkin para pelajar untuk mengikuti proses pengajaran, suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik harus dilakukan oleh seorang guru. Caranya ialah dengan menerapkan unsur hiburan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsure hiburan yang dimaksudkan ialah unsure muzik, nyanyian, lakonan dan puisi. Secara tidak langsung, dengan adanya unsur-unsur ini tadi, murid akan menjadi tertarik kepada pengajaran yang dilakukan oleh guru. Oleh itu, teknik didik hibur mempunyai kaitannya dengan teori behavioris ini berdasarkan hiburan dan penglibatan semua murid.Sesuatu yang sukar atau pun tidak mudah difahami akan lebih mudah jika kita meminati sesuatu perkara. Hal ini bermaksud, untuk mengukuhkan lagi kefahaman kita terhadap sesuatu perkara, pertama sekali kita haruslah meminati perkara tersebut. Misalnya, untuk mempelajari tatabahasa, seorang guru telah menjalankan satu proses pengajaran dan pembelajaran melalui lakonan. Dengan menggunakan teknik didik hibur di dalam proses pengajaran, suatu kefahaman yang sukar mampu difahami. Hal ini kerana, sesuatu perkara yang sukar untuk difahami seperti tatabahasa akan mudah difahami jika seorang guru menyelit unsur hiburan seperti lakonan dalam menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran pada hari tersebut. Kesannya, pelajar akan menajadi lebih memahami akan pengajaran guru pada hari tersebut.

4.2 Ciri-ciri dan matlamat.Antara ciri-ciri yang terdapat dalam teknik didik hibur adalah seperti yang berikut;a) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.b) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.Dapat disimpulkan di sini bahawa kedua-dua ciri tersebut memerlukan pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri. Jika kita lihat pada ciri yang pertama, ciri tersebut mengatakan bahawa teknik didik hibur ini menjurus kepada aktiviti berkumpulan. Apabila wujudnya aktiviti berkumpulan, maka wujudnya interaksi antara pelajar dengan pelajar dan interaksi pelajar dengan guru. Menurut Adenan Ayob (2012), antara salah satu matlamat teori interaksionis diperkenalkan di sekolah adalah untuk memastikan para pelajar berinteraksi sesame sendiri atau berinteraksi dengan guru bagi mendapatkan maklumat-maklumat baru ataupun ilmu-ilmu baru yang ingin dipelajari. Hal ini bermaksud, teori interaksionis ini mempunyai kaitannya dengan teknik didik hibur dimana kaitan nya di sini ialah berinteraksi bagi mendapatkan maklumat.Bagi ciri teknik didik hibur yang kedua pula iaitu pelajar bebas mengeluarkan pendapat dan idea. Hal ini sudah jelas mengatakan bahawa bagi mendapatkan maklumat atau memperbaiki maklumat yang sedia ada, seorang pelajar itu tadi perlu untuk berinteraksi dengan guru dengan mengeluarkan pendapat mereka. Secara tidak langsung, proses interaksi berlaku di sini. Interaksi yang berlaku di namakan komunikasi dua hala dimana komunikasi daripada dua pihak iaitu pelajar dan guru. Komunikasi ini berlaku dimana para pelajar mengutarakan soalan dan guru menjawap persoalan yang diutarakan oleh para pelajar. Tuntasnya, ciri yang kedua ini juga mempunyai kaitannya dengan matlamat yang hendak dicapai oleh teori interaksionis.

1