ilmu dhabtul quran

29
DHABTUL QURAN DHABTUL QURAN (ILMU TANDA) ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN. Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua : Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah"(baris),"sukun"(baris mati),"syad"(sabdu),"mad"(panjang)atau sebagainya.Titik- titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .( ) Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . ( ) BARIS: Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demekian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi.Baris ini dipanggil . PENDAPAT ULAMAK

Upload: muhammad-fakhruddin

Post on 08-Aug-2015

225 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

mengetahui yang berkaitan dengan tanda baca dalam al quran.

TRANSCRIPT

DHABTUL QURAN

DHABTUL QURAN (ILMU TANDA)

ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.

Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua :

Pertama:

Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah"(baris),"sukun"(baris mati),"syad"(sabdu),"mad"(panjang)atau sebagainya.Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .( ) Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . ( )

BARIS: Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demekian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi.Baris

ini dipanggil .

PENDAPAT ULAMAK

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu.Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( ) ialah Abul Aswad Adduali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid B. Abihi yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidillah b. Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya.Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasaArab". Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran.Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk ditepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu.hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca

surah at-taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul). Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu.Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda .Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran,ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan". Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu.Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya.Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung ,(tanwin),letakkan dua titik" .

Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORG PERTAMA

Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu.( )yang sama ertinya dengan (asyaklu)atau (adabthu) ialah Abul Aswad Adduali ,daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan yahya b.Ma'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam,maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-quran ,lalu Amirul Mukminin Abdul Malik b.Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj b.Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas nasr b.A'sim dan yahya b.ma'mar,dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua,kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir imam Annahri Al-khalil b. Ahmad Al-basri .Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang.Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demekian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca.kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.

Tamat.

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh

Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya. Rasm

Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang

bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di

samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama

berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah

S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-quran

pada ketika itu.

Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran. Akhir-akhir

ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa kekeliruan dan kadang-kadang

langsung kepada penyelewengan terhadap kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat

banyak aduan dari kalangan masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah

huruf, perkataan tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh

disimpan tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.

Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada Umat Islam

supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani sahaja. Selain daripada

dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani juga mempunyai kelebihan dan

kesahihannya mengikut sejarah.

Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang, ianya

melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum diletakkan tanda-tanda

sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-Quran barulah ditandakan titik-titik

yang mana telah dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin

Hakam.Ketiga, penulisan Al-Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh

Hajjaj bin Yusuf.

Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-lain. Al-

Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi dengan Khat Raihani

kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan Khat Nasakh. Dengan Khat

Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak

di negara-negara Islam lainnya hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf (

tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh

mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi

Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi

Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin

Said dan al-Ala’ bin al-Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari

kalangan Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin

Amru.

Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan

mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan

Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah

terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini,

Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat

Islam.Akhirnya Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis

(kebanyakkanya penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh

Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran dan huruf-hurufnya.Ia juga

ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm

Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr. Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih

terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang

ditulis pada zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika

itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan

oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para

sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan kepada Sayyidina Uthman r.a

kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula kepada beberapa buah

mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

RASM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANNYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada junjungan

mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui Nabi Muhammad

S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir

diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah Surah Al-Isra

ayat 9

¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan

memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi

mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu

kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak

mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim

satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat pada rasm

yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :

1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.

Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh Rasulullah

kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T Rasulullah tidak mengajar

sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu daripada

Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad S.A.W

yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang

benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah ).Dan ia tidak

memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan

pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain

hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.

Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan pembacanya akan

mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun. Para ulama Al-Quran

bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga perkara.Salah satunya ialah

menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah,

Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman

sendiri.Perkataan rukun bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah

tidak akan menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan

al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-mashaf uthmani

sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran

Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya berkaitan

dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-wajah qiraat yang pernah

diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan

Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang

bermaksud:

“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah menceritakan

kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku Ubayd Allah bin Abd Allah,

bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril

a.s. telah mengajarkan kepadaku satu huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku

juga sentiasa meminta ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai

tujuh huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh cara

bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada mufrad, muthanna atau

jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath, samaada tebal, nipis, imalah, tashil,

isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu diutamakan dalam

penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan pembentangan terakhir Al-Quran oleh

Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan

terakhir al-quran kepada malaikat Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama

baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan

al-Quran oleh khalifah Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis

berpandukan kepada apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.

Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya diketahui oleh

Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau pengurangan terhadap huruf-

hurufnya bererti seseorang itu telah menambah atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan

sekiranya ia berlaku sudah pasti orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat

kelak.Oleh itu, rasm uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran

supaya kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun

mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah

Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah

Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm Arudi.Daripada

tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi digunakan dalam penulisan Al-

Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm

Uthmani jauh berbeza dengan kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah.

Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF

Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-

kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh

ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf. Mengikut kaedah Rasm

Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif, Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf

di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah,

hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.

(a) Hazaf Alif

1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah An-Naml

ayat 30:

Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:

2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya surah

Al-Imran ayat 96:

¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai pertanyaan dan

disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat 35:

4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:

5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:

6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah An-Nur

ayat 31:

7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya surah Ya-sin

ayat 69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung kalimah.Contohnya

Surah An-Nisaa ayat 16:

9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-Fatiha ayat

2:

Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha ayat 7:

10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:

Kecuali surah syura ayat 22:

11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf ayat 142:

12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya surah Al-

A’la ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab “ atau

kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:

!13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:

14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:

15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-Talaq ayat 4:

‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering

digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja dalam A-

Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:

18. Alif hamzah pada semua perkataan "ألن"contohnya dalm surah Al-Baqarah ayat 71:

19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm surah Al-

Baqarah ayat 72:

20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah

ayat 6:

21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam surah Al-

Baqarah ayat 61:

22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam surah Al-I

Imran ayat 164:

23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14:

25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus ayat 21

Dan surah Yunus ayat 15.

26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:

.الرحمن،المبركة،الشيطن،السلطن،المسكين،المسجد،السموت

(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:

1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat 18:

`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah Yusuf ayat 5:

3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq ayat 18:

( c) Hazaf Ya

Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:

1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-Furqan

ayat 30:

È

2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya dalam

surah Hud ayat 105:

3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di bawah.Contohnya dalam

surah Al-Baqarah ayat 173:

4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di tengah atau di

akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:

Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:

5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:

6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.

7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat 78:

( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:

1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah

والليل الذي،الذان،الذين،التي،الئ دان .

Kecuali kalimah-kalimah seperti

دان اللوامة يغ كسمواث مغكلكن حروف الم كدوا الالعنون،الالعنين،اللعنة،اللغو،اللهو،الؤ،الالت،الحم،اللطيف .

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.

Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf, ro.Hazaf wau

pula pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin dan

ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas

dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf tersebut

ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut kaedah

penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.

1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)

Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang berhubung dengan

fi’il madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 218.

¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang marfu’.

Contohnya

أولوااأللبب

iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah Al-

Hajj ayat 12.

iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya حبة مائة .

v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.

vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya ومالية بئايتنا.

2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.

i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada

huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.

ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan madd

huruf wau itu.Contohnya جزاؤهم أولئك .

3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu tetapi tidak

dikira sebagai huruf madd.Contohnya:

i) Surah Al-Imran ayat 144:

ii) Surah Ta-Ha ayat 130:

živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:

v) Surah Al-Qalam ayat 6:

vi) Surah Al-An’am ayat 34:

vii) Surah Yunus ayat 15:

Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:

3. KAEDAH AL-IBDAL

Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran tersebut berlaku

dalam lima keadaan berikut iaitu:-

1. Pertukaran huruf alif kepada wau

2. Pertukaran alif kepada ya

3. Pertukaran nun kepada alif

4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah

5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

1. Pertukaran huruf alif kepada wau

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan kepada huruf

wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu

الربوا الصلوة، الزكوة، الحيوة،

b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-

ومنوة بالغدوة، كمشكوة، النجوة،

2. Pertukaran alif kepada ya

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan kepada

huruf ya pada beberapa keadaan tertentu.

a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat 73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif

bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah Al-Baqarah

ayat 201:

terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan dengan

huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7:

Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut

كلتا، عصا، األقصا، أقصا، سيماهم، طغا

b) Huruf alif pada kalimah أنى yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada kalimah

seperti

لدى أنى، على، حتى، الى، بلى، متى،

Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada surah

Yusuf ayat 25:

3. Pertukaran nun kepada alif

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan kepada huruf

alif pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu لنسفعا وليكونا دان

b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti فاذا

4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan diibdalkan

kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.

a) Kalimah رحمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah رحمت pada tujuh tempat dalam al-Quran.

b) Kalimah نعمة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah نعمت pada sebelas tempat dalam al-Quran.

c) Kalimah سنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah سنت pada lima tempat dalam al-Quran.

d) Kalimah امرأة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah امرأت pada tujuh tempat dalam al-Quran.

e) Kalimah مرضا ة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah مرضا ت pada semua tempat dalam al-

Quran.

f) Kalimah لعنة ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah لعنت pada dua tempat dalam al-Quran.

g) Kalimah معصية ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah معصيت pada dua tempat dalam al-Quran.

h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah dalam al-

Quran, iaitu شجرت ، قرت ، ثمرت ، بقيت ، وجنت ، فطرت ، ابنت

.

5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

Semua kata nama dan kata perbuatan yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang

ketiganya ialah wau.Contohnya seperti سنا ، شفا ، الصفا dan sebagainya, melainkan semua

kalimah والضحى dan lima kalimah yang lain iaitu ، سجى زكى ، دحها ، تلها ، طحها

4. KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL

Al- Wasl wa al-Fasl ialah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan pada huruf-huruf

atau kalimah-kalimah tertentu.Di dalam penulisan Rasm Uthmani, terdapat banyak kalimah

yang ditulis dengan cara bersambung pada sesuatu tempat, tetapi ditulis dengan cara

berpisah pada tempat yang lain dan sebaliknya.

1. Ditulis dengan bersambung pada kalimah-kalimah berikut:

a) Semua Ya’ al-Nida’ ( يا ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-

Baqarah ayat 35.

b) Semua Ha’ al-Tanbih ( ها ) dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-Nisa

ayat 109.

c) Semua kalimah ( أم ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Lail ayat 5.

d) Semua huruf Alif Lam al-Ta’rif dengan kalimah yang selepasnya seperti dalam surah Al-

Fatihah ayat 4.

e) Semua kalimah ( من ) dengan ( من ) seperti dalam surah Hud ayat 48.

f) Semua kalimah ( من ) dengan gantinama selepasnya seperti dalam surah Al-Baqarah ayat

35.

Ÿg) Kalimah ( يس ) dengan ( ما ) pada dua tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-

Baqarah ayat 90

dan surah Al-A’raf ayat 150.

h) Kalimah (ابن ) dan (أم ) yang dimulai dengan Ya’ al-Nida’ (يا) pada satu tempat sahaja

dalam al-Quran iaitu dalam surah Taha ayat 94.

i) Semua kalimah berikut

وزنوهم ويكأنه ، أيما ، مهما ، إال ، يومئذ ، نعما ، كأنما ، حيئذ ، أما ، كالوهم ، ويكأن ، .

2. Ditulis dengan berpisah pada kalimah-kalimah berikut:

a) Kalimah (هيث ) dengan (ما ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-

Baqarah ayat 144 dan 150.

b) Semua kalimah (يس) dengan (ما ) yang didahului dengan huruf Fa’ dan Lam seperti

dalam surah Ali Imran ayat 187.

c) Kalimah ( أن ) dengan ( لم ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-

An’am ayat 131 dan

š �surah Al-Balad ayat 7.

d) Kalimah ( عن ) dengan ( من ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah

Al-Nur ayat 43 dan

surah Al-Najm ayat 29.

e) Kalimah (ابن) dan (أم) apabila tidak bersambung dengan Ya’ al-Nida’ pada satu tempat

sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-A’raf ayat 150.

f) Kalimah ( عمن ) pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nur ayat 43

dan

surah Al-Najm ayat 29

g) Kalimah (كى) dengan (أل) pada tiga tempat dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-Nahl ayat

70,

surah Al-Ahzab ayat 37 dan

surah Al-Hasyr ayat 7.

h) Kalimah (أيا) dengan (ما) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-

Isra’ ayat 110.

i) Kalimah (إل) dengan (ياسين ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah

Al-Safat ayat 130.

j) Kalimah (أن) dengan (لو) pada tiga tempat sahaja salah satunya dalam surah Al-A’raf ayat

100.

3. Kalimah yang berbeza bentuk tulisannya

i) Kebanyakkanya ditulis dengan bersambung

a) Kalimah ( أن ) dengan ( ال ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 282.

b) Semua kalimah ( إن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Muhammad ayat 4.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-Ra’d ayat 40.

c) Semua kalimah ( عن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 74.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis terpisah iaitu surah Al-A’raf ayat 166.

d) Semua kalimah ( إن ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 171.™

Melainkan pada satu tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Al-An’am ayat 134.

ž

e) Semua kalimah ( كل ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Al-Nisa ayat 56.

Melainkan pada tempat yang ditulis dengan berpisah iaitu surah Ibrahim ayat 34.

ii) Kebanyakkannya ditulis dengan berpisah.

a) Semua kalimah ( أين ) dengan ( ما ) seperti dalam surah Ali Imran ayat 112.

Melainkan pada tiga tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Al-Baqarah ayat 115.

b) Semua kalimah (إن ) dengan ( لم ) seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 24.

Melainkan pada satu tempat yang ditulis bersambung iaitu surah Hud ayat 14.

4. Kalimah yang harus ditulis sama ada bersambung atau berpisah.

a) Kalimah ( فى ) dengan ( ما ) pada sepuluh tempat dalam al-Quran.Salah satunya seperti

dalam surah Al-Baqarah ayat 240.

Ÿ

b) Kalimah ( أن ) dengan ( ال ) pada satu tempat sahaja dalam al-Quran iaitu dalam surah Al-

Anbiya ayat 87.

KAEDAH AL-HAMZ / HAMZAH

Penulisan Hamzah di dalam Rasm Uthmani terbahagi kepada dua bahagian

1. Hamzah Wasal

2. Hamzah Qatho’

Hamzah Wasal

Cara mengenal hamzah wasal di dalam Mashaf Rasm Uthmani ialah diletak di atas huruf

alif kepada sod yang kecil.Hamzah wasal kekal bunyinya (sebutannya) ketika dimula

dengannya dan dia gugur (hilang) ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah

ini berada di awal kalimah sahaja. Contohnya السميع العليم.

Hamzah Qatho’

Cara mengenal hamzah Qatho’ di dalam mashaf Rasm Uthmani ialah ditulis atau diletak di

atas alif, wau dan ya’ huruf hamzah yang kecil.Hamzah qatho’ kekal sebutannya sama ada

ketika dimula dengannya juga ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.Hamzah

qatho’ berada pada awal tengah dan akhir kalimah.

Contohnya أن أدواالى

Pembahagian Hamzah Wasal

1. Hamzah wasal ditulis dengan alif dan di atas alif diletak tanda hamzah wasal ( ا ) iaitu

kepala huruf sod sebagai gambaran kepada hamzah wasal.

Contohnya الموعود واليوم

2. Hamzah wasal dibuang atau dihazaf gambarannya pada lima keadaan:

a) Hamzah wasal pada faul kalimah yang terletak di antara huruf wau ataupun fa’ dengan

hamzah. Contohnya; Asal فاأتوا ditukar kepada فأتوا

b) Hamzah wasal terletak pada Fi’il Amar sebelumnya juga terdapat huruf wau dan fa’.

Asal واسئل ditukar kepada وسئل

c) Hamzah wasal terletak pada Lam At-Takrif sebelumnya terdapat huruf Lam Ibtida’ atau

Lam huruf Jarr.Contohnya

Asal اللذى ditukar kepada للذى

d) Hamzah wasal yang terletak pada Fi’il sebelumnya terdapat hamzah istifham.Contohnya

Asal أاطلع ditukar kepada أطلع

e) Hamzah wasal yang terletak pada lafaz Isim Majrur dengan ba’ yang disandarkan

kepada Lafzl Jalallah.Contohnya

Asal باسم الله ditukar kepada الله بسم

Pembahagian Hamzah Qatho’

1. Hamzah yang ditulis mengikut harakat ( baris ) dan surah ( gambaran )

sebelumnya.Contohnya وأصيال

2. Hamzah bersendirian sebelumnya terdapat huruf yang sakinah.

Contohnya ءأنذرتهم عليهم

3. Hamzah yang bertanda sukun terletak pada pertengahan kalimah atau akhir kalimah

terdapat di dalam beberapa keadaan.

a) Hamzah selepas Fathah ( baris di atas ) ditulis dengan hamzah dan alif.

Contohnya أنشأتم شجرتها

b) Hamzah selepas Kasrah ( dibaris bawah ) ditulis dengan hamzah dan ya’.

Contohnya ائت بقرءان

6. KAEDAH MA FIH QIRA’ ATAANI

Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah qiraat,

kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.Kaedah penulisan

kalimah-kalimah tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

1. Bertepatan tulisannya dengan dua wajah qiraat.

Terdapat beberapa kalimah yang ditulis dengan hadhaf huruf Alif, bacaannya bertepatan

dengan dua wajah qiraat sama ada dengan Alif panjang atau tanpa Alif yakni

pendek.Contohnya:

a) Kalimah ) فكهين ) boleh dibaca dengan panjang atau pendek pada huruf fa’

b) Kalimah مللك) ) boleh dibaca panjang atau pendek pada huruf Mim dan kalimah

seumpamanya.

2. Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.

Apabila terdapat dua wajah qiraat pada sesuatu kalimah, ianya ditulis dengan

menggunakan salah satu wajah yang lebih masyhur.Contohnya:

a) Kalimah الصرط) ) ditulis dengan huruf sad walaupun terdapat qiraat yang membaca

dengan huruf sin dan huruf zay yang diisymamkan.Ini kerana bacaan sad lebih masyhur

dan banyak digunakan dalam qiraat-qiraat mutawatirah jika dibandingkan dengan bacaan

lain.

3. Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.

Terdapat beberapa perbezaan qiraat yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau

kalimah.Ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi qiraat tersebut tidak sesuai

bagi qiraat yang lain.Dengan itu, ianya ditulis pada sebahagian mashaf dengan satu kaedah

dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain.Contohnya

االنهر جنت تجرى تحتها ditulis sedemikian pada sebahagian mashaf, dan mashaf lain pula ada

penambahan kalimah من menjadi تجرى من تحتها االنهر.

Al-Quran pada permulaan penurunannya yang diturunkan kepada nabi Muhammad tidak

sebagaimana yang kita tatapi hari ini berkulit, berbaris, bertitik dan sebagainya.Masa dan

waktu terus berjalan, semakin hari semakin ramai dikalangan sahabat yang menghafaz al-

Quran meninggal gugur syahid.Islam semakin rancak tersebar di serata dunia

menyebabkan berlakunya percampuran bahasa hasil daripada perkahwinan bangsa arab

dengan bukan arab menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam membaca dan memahami

al-Quran.Demi kemaslahatan umat generasi yang akan datang, satu inisiatif telah diambil

untuk kemaslahatan umat generasi akan datang dengan memperkenalkan dhabtul Quran.

Al-Dabt pada bahasa bermaksud menjaga sesuatu manakala pada istilah ianya bermaksud

satu disiplin ilmu yang membincangkan simbol-simbol yang diciptakan oleh ulama untuk

membantu dan mengawasi bacaan dan menjaga ketulinan kalimah-kalimah al-Quran.

HIKMAH ATAU RAHSIA DISEBALIK PENGGUNAAN KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT

1. Kaedah Al- Hazaf

Sebagai petujuk dua atau lebih wajah qiraat dan ianya mempunyai maksud tertentu yang

khusus.

2. Kaedah Al-Ziyadah

Hurufnya mempunyai banyak keistimewaan.Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf

tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf

terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang

baris.Selain itu, para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah mempunyai

makna lain yang tersirat disebaliknya.

3. Kaedah Ibdal

Terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal dalam Rasnm

Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.Terdapat juga

beberapa hikmah atau keistimewaan yang tersurat dan dapat difikirkan oleh ulama yang

pakar dalam bahasa arab dan pakar dalam bidang qiraat.Antaranya ialah huruf-huruf

tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu huruf.Selain itu,

sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang

diharuskan.

4. Kaedah Al-Wasl dan Al-Fasl

Telah memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara.Pertamanya cara bacaan.Cara

bacaan bagi semua qurra akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan kalimah-

kalimah tertentu.Keduanya berkaitan dengan maksud kalimah.Maksud sesuatu kalimah

yang ditulis dengan bersambung kadang-kadang akan berbeza apabila ia ditulis dengan

berpisah.Ketiganya, berkaitan hukum tajwid.Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah pada

kebiasaanya akan berubah dengan sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan

bersambung atau berpisah.

5. Kaedah Al-Hamz/ hamzah

Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf

hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia.Akal

manusia tidak dapat memikirkan tentang hikmah di sebalik bentuk penulisan huruf hamzah

yang berbeza-beza antara satu sama lain.Namun, terdapat juga beberapa hikmah yang

tersurat di sebaliknya iaitu yang berkaitan dengan cara-cara bacaannya yang berbagai-

bagai.

6. Kaedah Ma Fihi Qira’ Ataani

Terdapat pelbagai keistimewaan.Antaranya ialah ianya merupakan satu kaedah penulisan

yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat yang mutawatirah.Selain itu, ianya ditulis

berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.Ianya

berlaku apabila sesuatu qiraat harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja iaitu bentuk

yang asal, tanpa perlu diubah kepada satu bentuk yang lain dan bentuk itu memungkinkan

dibaca dengan berbagai qiraat.Selain itu, beberapa kalimah yang tertentu ditulis berlainan

dalam beberapa mushaf-mushaf tertentu.Ini disebabkan oleh ayat atau kalimah asalnya

hanya sesuai dibaca oleh sebahagian qiraat dan tidak memungkinkan dibaca oleh

sebahagian qiraat yang lain.

PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Al-Quran adalah wahyu daripada Allah sebagai petunjuk kepada manusia.Di dalam

penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama’.Pertamanya,

penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani ( Pendapat Jumhur

Ulama’).Keduanya, Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.Ketiganya, Harus

malah Wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud

pembelajaran.

Pada pendapat saya, hukum menggunakan rasm uthmani adalah Wajib. Ini kerana, melalui

rasm uthmani dapat membentuk bacaan yang selaras dikalangan pembaca yang mungkin

mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama

pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi

perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh

pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, perlu

diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan

yang seragam di seluruh negara.

Seterusnya, tulisan Rasm Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan

wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam

Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk

bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang

tertentu, ia dapat memandu kita untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat

dalam Rasm Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan

ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat untuk menggunakan Rasm Uthmani

ini dalam pengajian al-Quran.

Selain itu, penguasaan ilmu tajwid adalah perkara yang mustahak selepas seseorang boleh

membaca al-Quran.Kerana ketidak mampuan menguasai tajwid ini akan mewujudkan

kesalahan dan kesilapan yang banyak dalam membaca al-Quran.Malah, kesilapan membaca

membawa pada kesilapan pengertian yang terkadang membawa pada pengertian

sebaliknya.Oleh itu, rasm uthmani boleh membantu menguasai huku-hukum tajwid.Dengan

memahami beberapa simbol yang ada pada al-Quran uthmani, pembaca akan dengan

mudah menguasai hukum tajwid dengan baik dan sempurna.

Selain itu, bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati

bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan

bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini

memudahkan kita untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.

Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas sama ada pada awal atau surah.

Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang

menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, pembaca

dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi yang ingin menghafal pula, ianya akan

memudahkannya untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap

juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman.

Secara keseluruhannya, dapat dijelaskan di sini bahawa sesungguhnya Rasm Uthmani yang

disepakati oleh para sahabat r.a. amat memberi faedah kepada umat Islam hingga ke hari

ini. Ia juga adalah salah satu daripada janji-janji Allah taala kepada manusia, iaitu akan

memelihara al-Quran hingga ke hari kiamat.

Melalui penerangan ringkas mengenai Rasm Uthmani ini, diharapkan tugasan ini dapat

memberi sedikit sebanyak ilmu yang berguna untuk tatapan dan panduan kepada kita.

Antara lain, semoga penerangan dan huraian yang telah diperjelaskan ini juga akan dapat

membantu kita semua di dalam meneliti di samping mengkaji beberapa kaedah dan

pelbagai keistimewaan yang terdapat di dalam tulisan Rasm Uhtmani.

Firman Allah taala :

" ورتل القرأن ترتيال"

Walau bagaimanapun ulasan-ulasan seperti ini tidaklah mencukupi untuk kita berhenti di

sini, sebaliknya kita adalah berkewajiban untuk merujuk kepada guru-guru yang muktabar

bagi memperdalami lagi kajian ini, supaya pengetahuan kita terhadap Rasm Uthmani ini

akan lebih mendalam dan lebih jelas lagi

Pengenalan Ilmu Dhabtul Quran Ta’rif dan pengertian

Makna asal dalam bahasa ‘arab

sampai matlamat dalam memelihara sesuatu perkaraIstilah ilmu dhabt

suatu ilmu yang member i tanda kepada huruf-huruf Al-Quran dari segi harakah(baris), sukun(tanda mati), syaddah(sabdu), mad(panjang) dan lain-lain lagi.

Tajuk yang dibincangkan

Tanda-tanda yang menunjukkan atas apa yang dipamerkan oleh huruf dari segi meletakkan baris atau meninggalkannya, keudukan dan warnanya dan lainlain lagi.

Faedah

Menghilangkan keraguan dan kesamaran pada huruf-huruf al-Quran supaya tidak bertukar huruf yang bersabdu atau tidak, yang mana mati dan berbaris

Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

Harakah Sukun

Syaddah

Mad

Hamzah

Perbezaan ilmu Rasm dan ilm DhabtIlmu rasm:

dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah al-Quran.

Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha’, mim & dal. Dibuang huruf nun yang bertanwin

Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat dan hazaf (ada dan buang)

Ilmu dhabt: Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung) Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi

menunjukkan berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari segi baris, mati, syaddah dan sebagainya