iklim

18
3.0 IKLIM SEKOLAH 3.1 Definisi Iklim Sekolah Iklim sekolah mencerminkan aspek fizikal dan psikologi sesebuah sekolah yang lebih berupaya untuk berubah dan dan menyediakan keadaan-keadaan penting untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Iklim sekolah, dengan lebih berfokusnya, merupakan bukti terhadap perasaan dan sikap yang dizahirkan oleh para pelajar, guru-guru, staf dan ibu bapa (cara bagaimana para pelajar dan staf menunjukkan perasaan apabila berada di sekolah setiap hari).Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menyatakan bahawa iklim sekolah didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap sistem formal, gaya kepimpinan pengetua, dan faktor lingkungan lain yang mempengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut. Namun demikian variasi definisi iklim sekolah apabila diteliti lebih dalam, menjurus kepada tiga pengertian. Pertama, iklim sekolah didefinisikan sebagai ciri-ciri suatu sekolah yang membezakannya dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di tempat kerja, mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan, kebijaksanaan dan prosedur yang mempengaruhi pola perilaku individu dan kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap kegiatan, amalan, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku yang dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi. Iklim sekolah yang positif wujud apabila semua pelajar pelajar berasa selesa, diperlukan, berharga, diterima dan selamat di dalam sesuatu persekitaran di mana mereka boleh berinteraksi dan berkongsi dengan orang-orang yang dipercayai. Iklim sekolah yang positif mempengaruhi mereka yang berkaitan dengan sekolah termasuklah pelajar, guru, staf, ibu bapa dan komuniti setempat. Ianya merupakan

Upload: fraadawiyah

Post on 11-Jul-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

iklim

TRANSCRIPT

Page 1: iklim

3.0 IKLIM SEKOLAH

3.1 Definisi Iklim Sekolah

Iklim sekolah mencerminkan aspek fizikal dan psikologi sesebuah sekolah yang lebih berupaya untuk berubah dan dan menyediakan keadaan-keadaan penting untuk sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Iklim sekolah, dengan lebih berfokusnya, merupakan bukti terhadap perasaan dan sikap yang dizahirkan oleh para pelajar, guru-guru, staf dan ibu bapa (cara bagaimana para pelajar dan staf menunjukkan perasaan apabila berada di sekolah setiap hari).Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan.

Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menyatakan bahawa iklim sekolah didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap sistem formal, gaya kepimpinan pengetua, dan faktor lingkungan lain yang mempengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut. Namun demikian variasi definisi iklim sekolah apabila diteliti lebih dalam, menjurus kepada tiga pengertian. Pertama, iklim sekolah didefinisikan sebagai ciri-ciri suatu sekolah yang membezakannya dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di tempat kerja, mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan, kebijaksanaan dan prosedur yang mempengaruhi pola perilaku individu dan kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap kegiatan, amalan, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku yang dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi.

Iklim sekolah yang positif wujud apabila semua pelajar pelajar berasa selesa, diperlukan, berharga, diterima dan selamat di dalam sesuatu persekitaran di mana mereka boleh berinteraksi dan berkongsi dengan orang-orang yang dipercayai. Iklim sekolah yang positif mempengaruhi mereka yang berkaitan dengan sekolah termasuklah pelajar, guru, staf, ibu bapa dan komuniti setempat. Ianya merupakan suatu sistem kepercayaan yang menggambarkan aktiviti seharian sesebuah sekolah.

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:

guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,

Page 2: iklim

guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya,

pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa, dan

pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada berbagai hasil penelitian, Marshall (2002:2) memberikan beberapa kesimpulan mengenai pentingnya iklim sekolah bagi berbagai pihak, sebagai berikut.

Iklim sekolah dapat mempengaruhi banyak orang di sekolah. Misalnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan emosi dan tingkahlaku pelajar yang bermasalah.

Iklim sekolah di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan bahawa lingkungan yang positif, saling menyokong antara satu sama lain, dan budaya positif iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dalam membentuk kejayaan pelajar di kawasan bandar. Para peneliti juga mendapati bahawa iklim sekolah yang positif memberikan perlindungan kepada pelajar dengan lingkungan belajar yang mendukung serta mencegah tinghkah laku antisosial.

Hubungan interpersonal yang positif dan peluang belajar yang optimum bagi pelajar di semua lingkunga demografik dapat meningkatkan prestasi dan mengurangi tingkah laku maladaptive.

Iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan kerja bagi setiap individu yang berada di sekolah.

Iklim sekolah dapat memainkan peran penting dalam menyediakan suasana sekolah yang sehat dan positif.

Interaksi dari berbagai sekolah dan faktor iklim kelas dapat memberikan sokongan yang memungkinkan semua anggota komuniti sekolah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum.

Iklim sekolah, termasuk "kepercayaan, saling menghormati, saling melaksanakan tanggungjawab, dan tumpuan untuk kesejahteraan pelajar mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidik dan pelajar serta prestasi akademik mereka.

3.2 Pembentukan budaya dan iklim sekolah

Budaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;

Menghargai permuafakatan

Semua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan

Page 3: iklim

guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu- membantu sesama staf.

Mengamalkan nilai kesejawatanan

Di dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat- menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah

Guru-guru berkeyakinan tinggi

Guru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.

Ada komitmen yang tinggi

Komitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang- orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

Page 4: iklim

3.3 Kepentingan iklim sekolah yang positif

Terdapat banyak kajian dijalankan menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif dapat memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar dan kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Perhubungan antara iklim sekolah dengan para pelajar ini dapatmenyumbang secara tidak langsung terhadap kepuasan kerja guru-guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya. Justeru itu, kepuasan kerja akan wujud apabila wujudnya keharmonian sesama pelajar dan guru.

Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah dan berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi, iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini adalah bersifat muraqabah, iaitu merasa Allah sentiasa memerhatikan perbuatan mereka untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah daripada pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan dari sudut disiplin akan wujud dan kurang keperluan kepada pengawasan. Bagaimanapun, melihat realiti insan yang mempunyai nafsu, memang masih perlu juga pengurusan sekolah memantau kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya akhlak mereka yang perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing.

Para pendidik dan pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat suatu set unsur-unsur yang kompleks yang membina suatu iklim sesebuah sekolah. Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh ahli pendidik menyarankan 10 dimensi yang mewarnakan dan membentuk pengalaman subjektif di sekolah iaitu: Persekitaran, penstrukturan, keselamatan, pengajaran dan pembelajaran, perhubungan, kepekaan komuniti sekolah, nilai-nilai moral, norma rakan sebaya, kerjasama sekolah dan rumah. (Cohen,2006; Freiberg,1999).

Di dalam kajian yang telah dijalankan selama lebih dua dekat yang lalu,terdapat bukti yang menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif telah memberikan impak besar terhadappengalaman individu. Dua aspek terhadap iklim sekolah, iaitu komitmen terhadap sekolah dan

Page 5: iklim

maklum balas daripada guru telah menunjukkan kesan terhadap keyakinan diri (self-esteem) pelajar (Hoge, et. Al, 1990). Kajian juga telah mendedahkan terdapat perkaitan antara iklim sekolah dan konsep kendiri (self concept) pelajar (Cairns, 1987; Heal, 1978; Reynolds, et al.1980; Rutter, et al, 1979).

Juga, terdapat satu siri kajian yang telah menunjukkan perkaitan antara iklim sekolah dan tahap ponteng pelajar (deJung & Duckworth, 1986; Purkey & Smith, 1983; Reid, 1983; Rumberger, 1987; Sommmer, 1985) serta kajian yang dijalankan terhadap iklim sekolah dan perhubungannya dengan kebergantungan pelajar terhadap sekolah (Wu, Pink, Crain, & Moles, 1982).

Kajian yang telah dijalankan oleh suatu badan telah menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif merupakan suatu dimensi kritikal yang berkait dengan risiko pencegahan yang berkesan dan usaha peningkatan kesihatan di dalam pengajaran dan pembelajaran (Cohen, 2001; Najaka, et. Al., 2002; Rand Corporation, 2004; Wang, et. al., 1993). Ulasan kajian terkini menunjukkan bahawa pencegahan risiko yang berkesan dan usaha peningkatan tahap kesihatan berkaitan dengan iklim sekolah yang selamat, mengambil berat, partisipatif dan responsif (Berkowitz & Bier, 2005; Catalano, et. al. 2002; Greenberg, et. al. 2003).

Keadaan iklim sekolah yang selamat, saling mengambil berat, penyertaan menyeluruh dari semua pihak dan bertindak balas terhadap sebarang perkara cenderung untuk memperkembangkan lagi fungsi sekolah sebagai asas kepada aktiviti sosial, emosi pembelajaran akademik (Blum, et. al., 2002; Osterman, 2000). Satu daripada asas penting dimensi iklim sekolah kerasionalan dan bagaimana 'perhubungan' antara ahli-ahli di dalam sesebuah sekolah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh suatu badan tertentu mencadangkan bahawa perhubungan yang wujud ini adalah suatu penyumbang terhadap kesihatan remaja dan pencapaian akademik yang baik (McNeely, et. al., 2002; Whitlock, 2006); dan pencegahan keganasan (Karcher, 2002a, 2002b); serta faktor pelindung di dalam tingkah laku berisiko secara seksual, keganasan dan penggunaan dadah (Catalano, et. al, 2004; Kirby, 2001).

Iklim sekolah juga telah menggalakkan pembelajaran bermakna kepada para pelajar. Sebagai contohnya, kegiatan khidmat masyarakat seperti debat dapat meningkatkan persekitaran belajar mereka serta memberikan peluang untuk terlibat secara aktif dalam proses belajar dan membina pengetahuan mereka sendiri dari sistem sosial yang ada (Torney-Purta, 2002; Youniss et al., 2002). Lebih-lebih lagi apabila aktiviti seperti itu dijalankan di persekitaran yang saling menyokong dan bekerjasama, akan menggalakkan pelajar untuk membina idea antara satu sama lain terhadap sesuatu projek (Wentzel & Watkins, 2002). Bersama-sama, pengalaman ini secara realistiknya menggambarkan situasi sosial yang bakal mereka lalui di dalam masyarakat kelak (Bandura, 2001, Torney-Purta et al., 2001).

Iklim sekolah positif menggalakkan pembelajaran secara kooperatif, kerjasama di dalam kumpulan, hormat-menghormati dan saling percaya atau suasana untuk belajar (Ghaith, 2003, Kerr, 2004; Finnan, et. al, 2003). Tambahan pula, satu siri kajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah secara langsung berkaitan dengan pencapaian akademik (Brookover, et. al, 1977; Brookover, 1978;

Page 6: iklim

Brookover & Lezotte, 1979; Edmonds, 1979; Freiberg, 1999; Good & Weinstein, 1986; Gottfredson & Gottfredson, 1989; Griffith, 1995; Madaus, Airasian, & Kellaghan, 1980; Rutter, 1983; Rutter, et al 1979; Shipman, 1981).

Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan yang menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu, persekitaran sekolah yang selesa daripada aspek rohani, emosi dan kemasyarakatan sebegini boleh mengukuhkan aqidah dan akhlak keislaman yang berasaskan ilmu yang benar, amanah, ikhlas dan menghormati masalah umum, bekerjasama dan ketaatan tanpa melibatkan derhaka kepada perintah Allah. Suasana kerja seperti ini akan membina semangat kerja yang kuat ke arah mempertingkatkan motivasi.

Menurut Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis dalam hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu ilmu sebagai alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim dini di sekolah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan bersepadu meliputi tiga dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan jasmani bagi membolehkan para pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam semua aktiviti di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.

Kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

3.4 Iklim Sekolah Dan Kepuasan Kerja Guru.

Di Malaysia, perkembangan dan kemajuan dalam sistem pendidikan menjadi tunjang utama untuk membangunkan negara. Menurut Najib (2004) sistem pendidikan di Malaysia adalah pada tahap pembangunan yang berubah mengikut keperluan semasa. Oleh itu bagi memastikan kemajuan negara, keberkesanan sistem pendidikan perlu dititikberatkan dan kejayaan dalam sistem pendidikan negara pula adalah amat bergantung kepada organisasi sistem pendidikan itu sendiri. Antara organisasi penting yang bertujuan untuk memastikan kemajuan dalam bidang pendidikan ialah organisasi sekolah.

Peranan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan adalah berbeza daripada kebanyakan organisasi-organisasi yang biasa. Perkhidmatan pendidikan lebih kepada menyebarkan ilmu

Page 7: iklim

pengetahuan dan cenderung menolong insan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan manakala perniagaan biasa lebih kepada membuat keuntungan kepada organisasi masing-masing (Hazman Fitri, 2000).

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan organisasi pendidikan ialah suasana atau iklim organisasi sekolah. Menurut Lussier (1993) iklim organisasi adalah merupakan kualti persekitaran sesebuah organisasi yang mana kualiti ini secara relatifnya kekal. Iklim organisasi ini dibentuk melalui persepsi pekerja di dalam organisasi dan menjadi asas kepada pembentukan sikap seseorang pekerja terhadap organisasinya. Oleh itu iklim organisasi dilihat mempengaruhi tingkah laku pekerja terhadap organisasi itu sendiri. Selain itu kualiti yang ada pada pekerja dalam organisasi sekolah juga mempengaruhi pencapaian dan kemajuan sekolah. Kualiti ini termasuklah dari segi sikap dan sifat guru-guru yang bekerja melebihi tanggungjawab formal mereka dan sanggup meluangkan masa serta tenagauntuk kejayaan organisasi iaitu sekolah tempat mereka bekerja.

Ostroff (1993) telah membuat kajian ke atas kesan iklim organisasi dengan orientasi peribadi iaitu prestasi kerja 532 orang guru di Amerika Syarikat. Kajian ini dibuat di Iilinois, Massachussets, Virginia dan Washington. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa ada hubungan signifikan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja walaupun pada tahap rendah.

Toulson dan Smith (1994) dalam "The Realtionship Between Organizational Climate and Employee Perceptions of Personnel Management Practices" telah mengkaji perhubungan antara ukuran tiga amalan pengurusan personel (sebagai pembolehubah bebas) dengan ukuran iklim organisasi sebagai pembolehubah bersandar). Mereka menggunakan The Litwin and Stringer Organizational Climate Questionnaire (LSOCQ) Seramai 2111 responden dalam 40 buah organisasi telah dipilih. Kajian mendapati bahawa tiada perhubungan signifikan antara amalan personel dengan iklim organisasi.

Bagi para guru, manfaat iklim sekolah yang positif meliputi peningkatan kepuasan kerja (Ma & MacMillan, 1999), meningkatkan kekekalan (job retention) guru dankehadiran ke sekolah serta perhubungan yang baik antara sekolah dan rumah (Brown & Medway, 2007; DiStefano, Monrad, May, McGuiness, & Dickenson, 2007).

Iklim organisasi merupakan aspek penting di dalam suatu organisasi pembelajaran kerana ia akan mempengaruhi keperibadian dan tingkah laku seseorang. Ini kerana dalam melaksanakan tugas sekolahnya seorang pelajar akan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran pembelajarannya termasuklah dengan guru-guru dan rakan-rakan. Seperti dikemukakan Howard (Komariah dan Triatna, 2006) iklim organisasi sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan sekitar dirasakan tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar selain memberi impak positif terhadap pencapaian pencapaian akademik pelajar.

Gibson, dkk. (1990) berpendapat bahawa istilah iklim organisasi digunakan untuk menggambarkan iklim secara psikologi atau personaliti organisasi. Iklim organisasi dapat mempengaruhi ahli-ahlinya dan menjadi penggerak kepada perkembangan sesebuah organisasi. Oleh itu, iklim organisasi merupakan suatu konsep yang penting bagi pemimpin dalam menggerakkan kepimpinan mereka

Page 8: iklim

bagi mengekalkan komitmen setiap guru. Apabila tahap komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru adalah tinggi, kepuasan kerja akan wujud sesama mereka.

Anoraga (1992) mengemukakan bahawa iklim organisasi merupakan salah satu faktor yang memberikan hasil dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, tetapi juga penyebab sesuatu kegagalan dalam pelaksanaan suatu pekerjaan. Iklim organisasi yang tidak kondusif akan menimbulkan ketidakpuasan dalam bekerja yang dapat menyebabkan individu atau anggota melakukan tindakan yang dapat merugikan organisasi. Ini menunjukkan bahawa, jika iklim menjadi penyebab kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah. Jika iklim sekolah itu dibina dengan baik dan sangat kondusif, kepuasan kerja akan wujud di kalangan guru yang seterusnya menghasilkan mutu kerja yang berkualiti.

4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan-perbincangan yang dinyatakan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa pengurusan strategik mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Jika sesebuah organisasi itu mengamalkan amalan pengursan secara strategik, kepuasan kerja akan wujud di kalangan guru dan seterusnya dapat mewujudkan suasana yang positif terhadap hubungan pentadbir dan guru-guru.

Aspek kedua, iaitu iklim sekolah yang positif juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru. Semakin baik iklim sesebuah sekolah itu, semakin meningkat tahap kepuasan kerja guru. Perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah yang positif terhadap kepuasan kerja guru telah dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan beberapa kajian yang mengkaji bidang-bidang yang berkenaan.

Page 9: iklim

RUJUKAN

Abdur Rahman an-Nahlawi. (1995). Pendidikan islam di rumah, sekolah dan masyarakat.

Jakarta: Penerbit Gema Insani.

Dziauddin Abdul Rahman. (1999). Menjana dan memperkasakan pendidikan sekolah

agama ke arah kecemerlangan. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan

Sekolah-sekolah Agama. Anjuran Universiti Sains Malaysia.

Ghaith, G. (2003). The relationship between forms of instruction, achievement and

perceptions of classroom climate. Educational Researcher, 45 (1), 83-93.

Halpin, A. W., & Croft, D. B. (1963). The organizational climate of schools. Chicago: Midwest. Administration Center of the University of Chicago.

Hoge, D.R., Smit, E.K., & Hanson, S.L. ((1990). School experiences predicting changes in

self-esteem of sixth and seventh-grade students. Journal of Educational Psychology, 82, 117-127.

Jim and Patty Ro u s e (1982), Effective strategic planning, The Enterprise Foundation45 (1), 83-93.

Page 10: iklim

Karcher, M.J. (2002b). The cycle of violence and disconnection among rural middle school

students: Teacher disconnectedness as a consequence of violence.Journal of School Violence, 1 (1), 35-51.

Kirby, D. (2001). Understanding what works and what doesn't in reducing adolescent risk-

taking. Family Planning Perspectives, 33 (6), 276-281.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1981. Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat,

rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mahi Din Sari. 1998. Iklim dini di sekolah.Jurnal Dakwah 1 (1) : 33-47.

McNeely, C.A., Nonnemaker, J.M., & Blum, R.W. (2002). Promoting student connectedness

to school: Evidence from the National Longitudinal Study of Adolescent Health.Journal of School Health, 72,138-146.

Rosnani Hashim. 1998. Pengurusan pendidikan untuk sekolah daripada perspektif Islam.

Prosiding Seminar Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan 62-63.

Perry, A. (1908). The management of a city school. New York: Macmillan.

Page 11: iklim

Torney-Purta, J. (2002). The school's role in developing civic engagement: a study of

adolescents in twenty-eight countries.Applied Developmental Science, 6(4), 203-212.

4. Bagaimana dilaksanakan?

pengurusan berkualiti

5.Apakah nilai –nilai sebagai asas pegangan?

seimbang dan terbilang6.

Adakah ianya ringkas dan mudah diingati/difahami?

Ya. Tiada perkataan sukar difahami dan diingati. 15 patah perkataansahaja.

2. Wawasan atau Visi

Thornberry (1997), Wawasan adalah satu gambaran atau pandangan tentangmasa depan. Sesuatu yang bukan “real”, tetapi yang diimaginasikan

.

ManakalaCowley & Domb (97)

dalam buku “

Beyond Strategic Vision” menyatakan: visiadalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yangdiinginkan. Seterusnya mereka berpendapat. “A vision is a statement (or apicture) of an ideal state of being or existence in the future that is inspiring andempowering for the stakeholders of the organization”Burt Nanus (1994) dalam bukunya “Visionary Leadership”, telah mengariskankriteria visi yang baik:

Berorientasikan masa depan

Memandu kearah masa depan yang jelas

Page 12: iklim

Sesuai untuk organisasi, budaya dan nilai

Satu “set” piawaian kecemerlangan dan berkualiti

Jelas tujuan (purpose)

Membangkitkan semangat dan mengguatkan komitmen/kepercayaan

Mengambarkan keunikannya organisasi

Cukup “ambitious”?( mempunyai cita-cita yang tinggi)

7

Contoh VisiContoh VisiContoh 1: “Kearah menjadikan sekolah yang terbilang”Contoh 2: Pusat Latihan Intan:Visi

Untuk menjadi institusi latihan sektor awam bertaraf dunia.

Misi

Membangun sumber manusia sektor awam melalui latihan yang berkualiti.Contoh 3: UPM

MISI

Misi Universiti adalah menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yangunggul, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada kemajuan manusiadan penerokaan ilmu, tetapi juga kepada pembentukan kekayaan danpembangunan negara.

VISI

Wawasan Universiti Putra Malaysia ialah untuk menjadi Universiti bertarafdunia, iaitu sebuah komuniti cendekiawan dan intelek bereputasi antarabangsayang menjadi kebanggaan negara kerana sumbangannya dalam penulisankesarjanaan dan penemuan yang sentiasa memberi pengertian baru kepadakemajuan, perkembangan dan pembangunan negara dan dunia.

Page 13: iklim

8

Contoh 4: Universiti MalayaMission

To advance knowledge and learning through quality research and education forthe nation and for humanity.

Vision

To be an internationally renowned institution of higher learning in research,innovation, publication and teaching.

Core Values of the University Of Malaya

Integrity

Respect

Academic Freedom

Open-mindedness

Accountability

Professionalism

Meritocracy

Teamwork

Page 14: iklim

Creativity

Social Responsibility