iklan sewaan premis perniagaan di masjid · pdf fileborang permohonan penyewaan premis boleh...

8
1 MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) NO. 25 JALAN TUNKU ABD. RAHMAN, PRESINT 3 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA 03 88804300 03 88901614 IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN (MTMZA), JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), PRESINT 3, PUTRAJAYA Permohonan adalah dipelawa daripada Syarikat / Individu beragama Islam yang berminat untuk menyewa premis perniagaan seperti di bawah mengikut kontrak perjanjian selama tiga (3) tahun. MAKLUMAT PREMIS YANG DISEWAKAN BIL. PREMIS KADAR SEWAAN SEBULAN LUAS RUANG (METER PERSEGI) KONSEP PERNIAGAAN 4 Lot 10 RM 1,095.00 43.12 Kafe makan & minum TATACARA / PROSEDUR PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS 1. Iklan tawaran penyewaan premis dipaparkan di papan kenyataan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Pejabat Pentadbiran Masjid Masjid Tuanku 2. Borang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 3. Pemohon diminta melampirkan Dokumen Sokongan seperti berikut :- i) 1 salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang) di atas satu muka surat; ii) 1 salinan Penyata Akaun Bank untuk 2 bulan yang terkini (Syarikat / Individu) bagi bulan Jun/Julai 2017 dan Ogos/September 2017;

Upload: duongdat

Post on 09-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

1

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

NO. 25 JALAN TUNKU ABD. RAHMAN, PRESINT 3

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62100 PUTRAJAYA

03 88804300 03 88901614

IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID TUANKU MIZAN

ZAINAL ABIDIN (MTMZA), JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

(JAKIM), PRESINT 3, PUTRAJAYA

Permohonan adalah dipelawa daripada Syarikat / Individu beragama Islam yang

berminat untuk menyewa premis perniagaan seperti di bawah mengikut kontrak

perjanjian selama tiga (3) tahun.

MAKLUMAT PREMIS YANG DISEWAKAN

BIL. PREMIS

KADAR SEWAAN SEBULAN

LUAS RUANG

(METER

PERSEGI)

KONSEP PERNIAGAAN

4 Lot 10 RM 1,095.00 43.12 Kafe makan &

minum

TATACARA / PROSEDUR PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS

1. Iklan tawaran penyewaan premis dipaparkan di papan kenyataan Masjid

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Pejabat Pentadbiran Masjid Masjid Tuanku

2. Borang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati di Pejabat

Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

3. Pemohon diminta melampirkan Dokumen Sokongan seperti berikut :-

i) 1 salinan Kad Pengenalan Pemohon (depan & belakang) di atas satu

muka surat;

ii) 1 salinan Penyata Akaun Bank untuk 2 bulan yang terkini (Syarikat /

Individu) bagi bulan Jun/Julai 2017 dan Ogos/September 2017;

Page 2: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

2

iii) 1 salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Sijil Akuan Pendaftaran

Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil

Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-

lain sijil berkaitan;

iv) 1 salinan Profil Syarikat yang mengandungi maklumat pengurusan

syarikat dan latar belakang perniagaan;

v) 1 salinan Senarai Harga Barangan / Perkhidmatan / Jualan;

vi) Gambar-gambar produk barangan yang akan dijual; dan

vii) Dokumen/surat berkaitan kenyataan pengalaman perniagaan yang

lalu/sekarang daripada Jabatan / Swasta.

4. Pemilihan penyewa dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

Premis Perniagaan MTMZA, JAKIM yang dilantik oleh Ketua Pengarah

JAKIM.

5. Surat tawaran akan dikeluarkan kepada penyewa yang berjaya.

6. Penyewa yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan.

7. Surat tawaran dikeluarkan kepada penyewa yang berjaya.

8. Kadar sewa adalah mengikut penilaian yang telah dibuat oleh Jabatan

Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Putrajaya (JPPH) dan akan dibuat

penilaian semula selepas tempoh tiga tahun.

9. Dokumen perjanjian kontrak akan dimeterai di antara pihak JPPH / MTMZA

dan penyewa selepas berjaya ditawarkan.

MAKLUMAT DI DALAM PROFIL SYARIKAT

1. Pemohon mesti menyediakan / menyertakan sesalinan Profil Syarikat yang

mengandungi :-

a) Maklumat pengurusan Syarikat;

b) Latar belakang Syarikat;

c) Pengalaman kerja Syarikat;

Page 3: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

3

d) Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan / cadangan konsep

perniagaan yang akan dibuka; dan

e) Surat sokongan daripada Jabatan / swasta yang berkaitan sepanjang

perkhidmatan yang telah diberikan.

MAKLUMAT IKLAN

Tarikh iklan dibuka: 2 November 2017 (Khamis)

Tarikh iklan ditutup: 10 November 2017 (Jumaat)

Borang Permohonan Penyewaan Premis dan Dokumen Sokongan mestilah

dihantar ke alamat :-

Imam Besar

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

No. 25 Jalan Tunku Abd. Rahman

Presint 3

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PUTRAJAYA.

Penerimaan selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pejabat Pentadbiran Masjid Tuanku

Mizan Zainal Abidin, Putrajaya di talian : 03-88804300

Page 4: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

4

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PREMIS

PERNIAGAAN KAFE MAKAN & MINUMAN

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

SYARAT-SYARAT AM

1. Konsep perniagaan adalah konsep kafe makan & minum.

2. Tidak dibenarkan untuk memasak dalam premis kedai

3. Tidak dibenarkan menjual minuman yang memabukkan

4. Pengusaha dan pengendali makanan hendaklah mendapatkan suntikan anti-

taifoid di Jabatan Kesihatan atau mana-mana klinik terlebih dahulu sebelum

perniagaan dimulakan.

5. Tidak dibenarkan meletakkan kerusi, meja dan gerai di luar premis seperti di

atas jalan siar kaki, tempat letak kereta, bahu jalan dan sebagainya.

6. Tidak menimbulkan kacau ganggu, bunyi bising, bau busuk, halangan dan

sebagainya.

7. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti

perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen.

8. Lesen premis perniagaan hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang

mudah dilihat.

9. Pengusaha dan pengendali makanan hendaklah menyediakan tong sampah

yang mencukupi dan diakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan sampah

sarap hendaklah dimasukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum dimasukkan

ke dalam tong.

10. Pemeliharaan sebarang binatang adalah dilarang di dalam premis perniagaan

SYARAT-SYARAT PERNIAGAAN MAKANAN

1. BEKALAN MAKANAN

a) Hendaklah dalam keadaan segar.

Page 5: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

5

b) Penyewa/Syarikat tidak dibenarkan memproses ayam, itik dan sebarang

jenis binatang seperti menyembelih, membuang bulu, melapah dan

sebagainya dalam premis perniagaan.

c) Semua bahan mentah terutama daging dana yam hendaklah dari pembekal

daging dana yam yang memperolehi Pensijilan Halal dari JAKIM.

d) Semua ramuan dan makanan yang digunakan dalam penyediaan makanan

hendaklah mempunyai label yang lengkap.

e) Makanan/ Bahan mentah tidak dibenarkan diletakan di atas lantai.

f) Proses menyediakan bahan mentah untuk dimasak hendaklah dilakukan di

luar premis masjid

2. PERLINDUNGAN MAKANAN

a) Menyediakan penudung atau kabinet yang tidak boleh dimasuki lalat,

serangga atau debu bagi semua makanan untuk jualan.

b) Menggunakan penyepit setiap kali menyentuh makanan

3. PENYIMPANAN MAKANAN

a) Semua kabinet makanan hendaklah diperbuat dari aluminium dan dijaga

supaya sentiasa bersih.

b) Makanan yang dimasak atau yang dimakan terus hendaklah diasingkan

penyimpanannya daripada makanan mentah.

c) Penyimpanan makanan yang dimasak hendaklah dalam bekas yang

bertutup dimana:

Suhu makanan panas = >63 C

Suhu makanan sejuk = <-10 C

Suhu makanan beku = <-10 C

d) Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk hendaklah teratur dan bersih

di mana:

Suhu „Freezer‟ = 0 hingga –18C Suhu „

Chiller‟ = 0 hingga 4C e) suhu yang dikehendaki.

Page 6: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

6

e) Peti sejuk hendaklah dibersihkan dan proses “ defrosting ” hendaklah

dijalankan supaya ianya boleh tahan lama dan mendapat

4. PENGENDALI MAKANAN

a) Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan

dan mendapatkan pelalian demam kepialu (SuntikanTyphim) daripada

pegawai perubatan atau Kesihatan.

b) Semua pengendali makanan diwajibkan memakai kad pengendali

makanan sepanjang menjalankan perniagaan

c) Semasa mengendalikan makanan semua pengendali dikehendaki:

i. Memakai pakaian yang bersih dan sesuai.

ii. Memakai apron yang bersih dan tudung kepala/topi.

iii. Kuku hendaklah sentiasa pendek, bersih dan tidak memakai cincin.

Tidak dibenarkan :

a) Meludah, membuang hingus daripada hidung, menghisap atau

menggunakan tembakau atau bahan sedutan lain atau mengunyah

tembakau atau buah pinang semasa menyediakan atau menghidang

makanan.

b) Seseorang yang luka atau pecah kulit untuk menjual atau menyediakan

atau menyediakan makanan untuk dijual melainkan luka itu dibalut rapi

dengan balutan kalis air.

c) Mengendali atau membenar pengendalian apa-apa makanan dengan jari-

jarinya tetapi hendaklah menggunakan penyenduk, pengepit atau lain-lain

perkakas yang sesuai bagi tiap-tiap maksud itu ;

d) Menggunakan jari-jarinya ke mulut, mata, telinga, hidung atau kulit kepala

semasa menyediakan atau menghidang makanan.

e) Menggunakan nafasnya untuk membuka mana-mana beg atau pembalut.

f) Menyapu tangannya ke atas pakaian atau dengan apa-apa cara selain

daripada tuala atau kain yang bersih.

g) Memakai pakaian yang tidak berlengan/singlet.

Page 7: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

7

h) Meletakkan sehingga boleh menyentuh makanan untuk dijual apa-apa

bahan, perkakas atau benda yang kotor atau mungkin boleh mencemar

makanan itu, atau yang telah disentuh dengan mulut ; atau

i) Batuk atau bersin ke atas mana-mana makanan atau bekas makanan.

4. PERALATAN DAN PERKAKASAN

a) Semua peralatan dan pekakas untuk penyediaan makanan hendaklah

sentiasa bersih, mudah dicuci, kalis air dan dalam keadaan sempurna

(tidak sumbing, pecah atau retak).

b) Pinggan mangkuk dan lain-lain pekakas hendaklah dicuci di tempat yang

tinggi , bukan di atas lantai.

c) Penggunaan dapur arang tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.

d) Peralatan memasak hendaklah disimpan di tempat yang terlindung dari

agen pencemaran.

e) Tidak dibenarkan membawa atau menyimpan makanan untuk dijual dalam

mana-mana beg, karung atau bekas yang serupa yang mana pada bila-

bila masa mengandungi atau telah digunakan untuk mengangkat apa-apa

racun atau material yang merbahaya.

f) Peralatan yang tidak digunakan hendaklah dikeluarkan dari premis bagi

mengurangkan kesesakan.

5. BEKALAN AIR

a) Bekalan air hendaklah dari SYABAS, bekalan dari punca lain tidak

dibenarkan.

b) Air yang digunakan bagi penyediaan makanan dan juga untuk kegunaan

mencuci peralatan hendaklah di ambil terus dari paip. Penggunaan paip

getah adalah dilarang.

6. PERLIMBAHAN/ PERPARITAN

a) Hendaklah dipastikan supaya air perlimbahan dapat mengalir dengan

sempurna dan lancar serta dilupuskan dengan sebaiknya.

b) Longkang-longkang hendaklah dibersihkan dan dibaiki segala kerosakan

yang ada supaya aliran air tidak tersekat atau bertakung.

Page 8: IKLAN SEWAAN PREMIS PERNIAGAAN DI MASJID · PDF fileBorang Permohonan Penyewaan Premis boleh didapati ... Perancangan Syarikat sekiranya berjaya ditawarkan ... Tidak dibenarkan untuk

8

c) Semua sisa makanaan hendaklah dikumpul dan tidak dibuang ke dalam

longkang.

7. PELUPUSAN SAMPAH DAN SISA MAKANAN

a) Tong sampah hendaklah disediakan secukupnya, lengkap dengan beg

plastik dan penutup yang sempurna.

b) Tong sampah hendaklah ditutup setiap masa.

c) Tong sampah hendaklah dicuci dan dibersihkan.

8. KESESAKAN

a) Ruang lantai yang mencukupi hendaklah disediakan bagi pelanggan dan

pengendali makanan untuk mengelakkan dari sebarang kesesakan.

9. KAWALAN LIPAS, LALAT DAN TIKUS(LILATI)

a) Langkah-langkah pencegahan atau penghapusan lipas, lalat dan tikus

hendaklah dijalankan terutamanya ditempat penyimpanan makanan dan

bahan mentah.

b) Binatang ternakan seperi burung, anjing, kucing dan sebagainya tidak

dibenarkan berada di dalam premis.

10. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN

a) Pengurus premis hendaklah memastikan supaya keseluruhan bangunan

berada dalam keadaan yang baik, dimana bahagian bangunan rosak akan

kotor, kerja-kerja membaiki dan pembersihan hendaklah dilakukan.

b) Sebarang aktiviti memasak di atas kakilima atau di luar premis premis

adalah dilarang tanpa kebenaran daripada pihak Majlis.

c) Semua pekerja yang berumur 18 tahun tidak dibenarkan berkerja di dalam

restoran, tetapi bagi pekerja berumur 16 tahun hingga 18 tahun , satu surat

kebenaran daripada ibubapa atau penjaga hendaklah diperolehi dahulu

sebelum dibenarkan.