ikatan 32: menghidupkan intipati perjuangan
DESCRIPTION
Menghidupkan Intipati PerjuanganTRANSCRIPT
BILANGAN 32 | 1 NOVEMBER 2011
Oleh: Ahmad Syamil Bin Mohd Esa, Graduan Sarjana Muda Syariah Islamiyah, Universiti Al-Azhar (Tanta)
Kebangkitan dunia Arab hari ini telah
lama dinanti oleh segenap pelusuk umat Islam. Selama puluhan tahun kehebatan
Arab tidak dirasai dunia, akhirnya waktu
yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bermula dengan Tunisia, kemudian
Mesir, Libya, dan sekarang pergolakan
masih berlaku di Syria. Ia adalah suatu
fenomena yang mengajar kita sebuah
hakikat bahawa kehidupan ini punyai perjalanan aturan hidup tersendiri, yang
disusun oleh Penciptanya dengan
kehendak-Nya tersendiri.
“Katakanlah Ya Allah Engkaulah yang memiliki segala kerajaan, Engkau
memberikan kerajaan kepada siapa yang E n g k a u m a h u , d a n E n g k a u
menghilangkan kerajaan daripada sesiapa
yang Engkau mahu, dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau mahu,
serta menghinakan sesiapa yang Engkau mahu. Pada tangan-Mu (kekuasaan dan
kehendak) itu segala kebaikan,
sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” – Surah Ali Imran,
ayat 26
Umat manusia punyai kehendak yang
mesti diberikan dan dirai. Sekiranya
pemimpin sentiasa menggunakan hujjah
„kekuatan‟ untuk mengatasi kehendak rakyatnya, kelak jangan menyesal jika
penyelesaiannya adalah revolusi. Sejarah pemerintahan yang kejam telah bermula
sejak zaman Firaun lagi, namun ia tetap
tidak diambil iktibar oleh golongan terkemudian lantas mengulang sejarah
yang sama, cuma hanya berbeza watak
dan ketika.
Apa khabar hati dan jiwa pembaca Dari
Meja Suri? Kembali menemui pembaca untuk sama-sama menilai perjalanan
hidup dalam selang masa yang berlaku
dengan izin-Nya. Menghidupkan kembali
sinar hikmah yang tersembunyi.
SUASANA
Gembira rasanya bila melihat kuliah
disibukkan dengan langkahan para pencari ilmu. Tenang dan ada juga yang
kalut menguruskan kemasukan dan
pendaftaran ke tempat baru. Malahan, tergambar juga suasana masing-masing
IKATAN Dr. Hj. Mohamed Hatta Bin
Mohamed Tarmizi (kiri) dan
Dr. Mohamad Nasiruddin Bin
Johari (kanan); dua tetamu
dari Malaysia yang dijemput
khas untuk menjayakan I-
Medik Roadshow yang akan
berlangsung pada 8-10
November 2011 di tiga
muhafazah iaitu Kaherah,
Iskandariah dan Mansurah.
Untuk maklumat lanjut, sila
layari http://
imedikroadshow.
blogspot.com.
MENGHIDUPKAN INTIPATI PERJUANGAN
Bersambung ke muka surat 2
Dari Meja Suri: Sentakan Sistem
Bersambung ke muka surat 3
Buletin rasmi Ikatan
Muslimin Malaysia
(ISMA) Mesir
Layari
www.ismamesir.com
untuk berita dan artikel
terkini dari ISMA Mesir
Kejatuhan regim Ghaddafi yang dekat dengan permulaan bulan haji seolah-olah
membawa mesej yang jelas kepada umat
Islam. Setelah mereka berjaya melakukan revolusi menentang pemerintahan zalim,
mereka harus bersatu atas asas akidah Islam supaya nilai-nilai kebebasan itu
terpandu oleh syarak.
Setiap nilai-nilai kemanusiaan diikat
dengan nilai-nilai ketuhanan barulah umat ini mampu bangkit meneraju dunia
setelah membumikan risalah Islam dengan penuh realistik dan menepati
sunnatullah. Semuanya agar kita tidak
lari dari seruan Ar-Rasul yang menyeru kita menyembah Allah dan menjalankan
tugas khalifah dengan sebaik cara.
I b r a h i m A S m e n g a j a r e r t i kepahlawanan dan jatidiri
Menyingkap sejarah para anbia yang
mengajar manusia erti hidup dan syariat kehidupan, kita akan mendapati mereka
telah pun terlebih dahulu menghidupkan erti kepahlawanan dan perhambaan
sebenar. Kisahnya yang masyhur telah
direkodkan dalam Al-Quran, dalam banyak surah telah mencatatkan
beberapa episod kehidupan yang sepatutnya dijadikan pedoman bagi
setiap manusia yang mengimpikan
ketinggian.
Keberanian Ibrahim AS memecahkan patung-patung milik kaumnya demi
mengemukakan hujjah dan bukti
kesesatan akidah mereka, jelas terpampang diceritakan dengan detil
dalam Surah Al-Anbiya‟. Ia adalah bukti nilai kebangkitan iman dalam diri yang
akhirnya tidak boleh ditahan dalam hati,
tetapi terpancar pada perbuatan bagi membuktikan wujudnya di sana iman
yang melarang perkara mungkar berlaku. Ia adalah nilai keberanian bagi
memberikan khidmat kepada maslahat risalah, bukan semata-mata menuntut
kebebasan manusiawi yang tiada takrifan
sepakat di sisi manusia, serta
mengabaikan sudut kacamata syariat.
Ia adalah nilai Islam itu sendiri. Islam
menyuruh agar kita merasa izzah dan
tinggi berbanding orang lain kerana ketinggian risalah yang dipegang. Bahkan
memenangkan risalah berbanding agama
lain itu sendiri telah dijadikan antara maqasid (tujuan) dalam pengutusan Ar-
Rasul SAW.
“Dialah yang mengutuskan rasul-Nya
dengan hidayah dan agama yang benar, untuk memenangkan agama (Islam) itu
ke atas agama-agama yang lain.” – Surah
Muhammad, ayat 28
Sekiranya kita malu untuk bangkit mempertahankan iman dan perjuangkan
akidah, ketahuilah umat kuffar tidak segan silu mempromosi agenda
liberalisasi dan humanisme mereka di
tengah-tengah umat Islam. Mereka mahu mencairkan identiti umat Islam yang
garang dan aktif hingga menjadi lembut dan tidak pro-aktif. Benarlah apa yang
dikatakan oleh penyair Islam,
Muhammad Iqbal,
“Zaman sesebuah bangsa yang hina sebenarnya tidaklah sunyi daripada
seorang yang cerdik, penyair dan
bijaksana.”
Sebenarnya mereka telah dipecah-pecahkan oleh mazhab -mazhab
tersendiri, namun kesemuanya
melontarkan tujuan yang sama, iaitu,
“Ajarlah anak singa ketakutan kijang, dan buanglah kisah-kisah kepahlawanan singa
yang terdapat dalam catatan lama.”
Fokus mereka mahu memeluk hamba-
hamba dengan tali perhambaan, sedangkan setiap takwil mereka hanyalah
penipuan. (Sumber Al-Muntalaq,
Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
Pengorbanan yang tiada penghujung
Siri pengorbanan yang dilalui oleh Ibrahim AS telah meninggalkan banyak
pengajaran dari pelbagai sudut. Bermula dengan meninggalkan kaumnya,
kemudian meninggalkan Siti Hajar dan
anaknya Ismail AS di sebelah Baitullah Al-Haram, hingga apabila sudah meningkat
dewasa d isuru h pul a u ntuk menyembelihnya bagi menunaikan
suruhan wahyu.
Bagi seorang yang memikul risalah
perjuangan, ia ibarat suatu mesej ringkas yang menyeru bahawa tiada di sana jalan
yang selesa, dan pengorbanan itu adalah
lumrah sesebuah perjuangan. Ia juga
adalah satu ujian yang sering meningkat
anak tangganya bagi perjalanan jiwa seorang daie. Setiap pengorbanan yang
dituntut selepas suatu pengorbanan dilakukan, pastinya akan lebih besar dan
lebih berat untuk ditangguh berbanding
sebelumnya.
Ia adalah satu sunnatullah dalam perjuangan meninggikan risalah. Suatu
nilai yang telah Allah SWT tanam awal-
awal di dada Ar-Rasul SAW ketika surah Al-Mudatsir diturunkan pada fatrah
Makkiyah.
“Dan janganlah engkau mengungkit-
ungkit (kebaikan yang telah dibuat) dan janganlah pula engkau merasa telah
melakukan banyak perkara. Dan demi Tuhanmu bersabarlah!” – Surah Al-
Mudatsir, ayat 6-7
Semua ujian yang Allah SWT berikan
kepada para anbia dan duat yang meneruskan perjuangan mereka,
h a n y a l a h s e m a t a - ma t a u n t u k mensabitkan ketulusan dan totaliti jiwa
dan hati kepada Tuhan yang memilih
mereka menjalankan tugas besar ini.
Kemurnian jiwa itu perlu melalui proses
pengorbanan yang amali barulah ia mampu meninggikan perjuangan di alam
realiti. Sekiranya hanya teori yang d i terapkan walaupun set ingg i
menggunung falsafahnya, Islam pasti tidak akan tertegak dan hanya bermain
dalam permainan falsafah dan teori yang
tidak membawa kepada sebuah
keagungan tamadun manusia.
Pengorbanan dan kesabaran itulah yang
akan mendidik jiwa duat akhirnya untuk
terus teguh dan kekal di dalam rantai perjuangan. Mereka meletakkan hati
kepada ketenangan yang Allah campakkan dalam jiwa Muhammad SAW
dalam Surah At-Tur,
“Bersabarlah dengan keputusan
Tuhanmu kerana sesungguhnya engkau berada dalam mata (penjagaan) Kami,
dan bertasbihlah memuji Tuhanmu
ketika engkau bangun.” – Surah At-Tur,
ayat 48
Kebangkitan itu adalah pada rijalnya
Perjuangan menuntut ketinggian agama
di sisi dunia bukanlah suatu yang mudah
FOKUS 2 IKATAN, 1 November 2011
Dari muka hadapan
Bersambung ke muka surat 4
sedang sibuk menyimpan dan merekod data pemuda pemudi
yang membanjiri kuliah.
Masing-masing ada fokus dan tanggungjawab tersendiri. Pejabat universiti juga sedaya upaya memberi khidmat yang
terbaik. Tak mungkin mereka mahu melihat kerja yang sedia bertindan bakal bertimbun dan tambah rumit andai mereka
cuai mengemaskini data kemasukan.
Begitu juga terhadap diri pelajar yang memohon satu
kemasukan ke institusi yang semakin meraih peningkatan nilai
ilmu dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Lelah rasanya
kalau persiapan dibuat ala kadar dan cukup untuk lepas
masuk sahaja. Tentu kerja itu juga memerlukan peranan si pelajar dalam memastikan hasil pendaftaran dan proses
seterusnya menjadi lebih senang dan teratur. Wujud sistem pada dirinya tatkala dia perlu membuat satu pengurusan pada
masa, diri, subjek dan sebagainya.
DUA SISTEM
Sekarang, pembaca mungkin melihat wujudnya dua sistem
yang sedang berlegar dalam dua situasi ini. Tapi, hakikatnya,
sistem ini bersifat saling berkaitan antara satu sama lain
sebagai satu operasi yang menyeluruh dan tersusun. Itulah konteks holistik yang kini, sedang dan sentiasa
dipertingkatkan penguasaannya di setiap universiti serata
dunia.
Model penyusunan sistem ini takkan mampu bertahan lama kalau hanya bersendiri tanpa ada sokongan atau jaluran yang
sama rata. Modus operandi yang terikat antara satu sama lain.
Maka, pelajar memerlukan sistem universiti dan universiti
pula berkehendakkan sistem pelajar yang akan mengisi
sistemnya. Kalau sistem pelajar itu memerlukan pendaftaran,
pembelajaran, peperiksaan dan penghasilan keputusan, maka,
sistem universiti pula memerlukan sumber manusia, proses kemaskini, analisa kemasukan, statistik dan pentaksiran secara
formatif dari pelajar.
LEMAH?
Keduanya saling melengkapi. Tapi, bila ada satu sistem
mengalami kelemahan, siapa yang patut dipersalahkan?
Sistem diri atau sistem universiti? Atau mencari salah pihak
lain sebagai tempat tuju kesalahan?
Tak perlu pening kepala mencari titik pembeza dalam mengkaji kelebihan dan kekurangan tersendiri tapi
seimbangkan neraca pertimbangan kita dengan titik persamaan. Ingin tahu di mana titik pertembungan yang akan
menghasilkan satu pancaran kereaktifan yang efisien?
SOLUSI SISTEM
Jawapannya adalah kedua-dua sistem tadi diterapkan dengan
sistem yang disediakan manhaj sempurna iaitu bersifat menyeluruh. Itulah sistem Al-Quran dan As-Sunnah yang
dijamin kesempurnaan dan kualitinya. Bila kita menyangka bahawa setiap sistem itu lebih mudah kalau ia disusun
mengikut pola kehendak dan keperluan semasa, mungkin ada cacatnya bila ia tidak mampu bertahan lama. Kerana kehendak
manusia itu mustahil untuk dipenuhi semuanya. Sentiasa
berkehendakkan benda baru yang menarik dan tidak bosan. Abstrak bagi Suri. Dan kadang-kadang bercelaru. Seolah tiada
penghujung.
Salah siapa? Itu tidak menjamin satu perubahan besar. Tapi,
ada potensi yang meningkatkan posisi diri dan tempat penjanaan ilmu itu sendiri kalau masing-masing sedar sistem
yang syumul dan efisien itu patut diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Ambil peranan dan kedudukan masing-masing.
Kemudian, selaras serta optimumkan jalan kerja.
Mari kita sama-sama khayalkan jika sistem Al-Quran dan As-
Sunnah menjadi pilihan. Secara praktikalnya, andai universiti memerlukan organisasi, maka, tiada penyelewengan bakal
berlaku dalam pemilihan. Sistem ini diserap masuk dan organisasi yang terbentuk akan tersusun sebagai satu tapisan
penggerak yang berkualiti dengan sifat amanah, benar,
komited dan selainnya tanpa mengira kehendak material atau pangkat yang mengelabui mata. Pelajar yang lemah
pencapaian? Tiada lagi keciciran yang disengajakan dan disebabkan oleh „curi tulang‟ pelajar tersebut kerana sistem
Islam sangat menekankan disiplin dan penelitian aspek yang
pelbagai.
Maka, di sinilah perlunya satu „sentakan‟ pada sistem yang menurut hawa nafsu dan mengenepikan sistem aliran Islam.
Perhatikan perjalanannya. Bilamana sistem ini mampu
melahirkan produk cendekiawan Islam yang pasarannya meluas dan diterima pakai secara universal sehingga ke
pelosok dunia Eropah serta melangkaui zaman sekalipun tiada
sistem universiti.
Solusinya, tiada salah pada sistem diri dan sistem universiti asalkan sistem Al-Quran dan As-Sunnah kukuh memandu
fungsinya secara hakiki.
Suri berundur bersama satu persoalan. Sistem yang manakah
menjadi pilihan?
Selamat maju jaya!
DARI MEJA SURI 3 IKATAN, 1 November 2011
Dari muka hadapan
kerana ia mencabar dan menyaingi sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang
sama. Bercita-cita untuk membina dunia
yang tunduk di bawah ajaran Islam adalah suatu impian setiap muslim yang
cintakan keamanan dan akidah. Namun hanya bercita-cita tidak akan membawa
kita kepada realisasi sekiranya kita tidak mengetahui perkara asasi dalam kejayaan
sesebuah kebangkitan dan risalah.
Apa yang dapat kita fahami dari kisah
Ibrahim AS adalah wujudnya sebuah syakhsiah yang telah membumikan
risalah dan meninggikan wahyu di atas
mukabumi ini. Nilainya adalah nilai sebuah umat, seperti yang telah Allah
SWT sebut dalam Surah An-Nahl,
“Sesungguhnya Ibrahim itu adalah umat
(dijadikan teladan dan diikuti), yang patuh kepada Allah dan hanif (berpegang
kepada kebenaran).” – Surah An-Nahl,
ayat 120
Umar Al-Khattab telah pada awal-awal lagi menyebutkan kaedah-kaedah deen
ini berkaitan dengan rijal, ketika beliau menyebut, “Aku mengimpikan agar
rumah ini dipenuhi dengan rijal, agar
aku gunakan mereka untuk menyebarkan
Islam.”
Beliau juga telah ditanya suatu hari oleh
salah seorang sahabatnya, “Adakah suatu
kampung itu boleh musnah sedangkan ia
makmur?”
Lalu beliau menjawab, “Ya, sekiranya
orang-orang jahat lebih banyak
berbanding orang baik.”
Beliau pernah menyebut, “Sesungguhnya ikatan Islam itu akan terungkai satu
persatu, apabila seseorang itu membesar dalam agamanya, tapi dia tidak
mengetahui hakikat jahiliyyah.”
Begitulah kefahaman Islam yang hakiki.
Melihat perubahan bertitik tolak daripada jiwa manusia dan diri mereka
sendiri. Ini kerana peraturan dan sistem
tidak menjamin sesuatu kaum itu menjadi hebat kerana ia hanyalah
pelengkap dan pengatur hidup mereka, namun sekiranya kaum itu punyai jiwa
yang kuat dan hati yang murni, peraturan yang salah pun boleh diubah menjadi
undang-undang yang murni.
Inilah titik tolak bermulanya sebuah
perjuangan, di mana identiti dan jatidiri umat itu murni dengan kefahaman Islam
yang sejati, menolak sebarang unsur-
unsur jahiliyyah dalam diri lalu membentuk kelompok umat yang hebat
yang mampu meneraju dunia dan membentuknya dengan acuan yang
dikehendaki Tuhan yang mencipta alam
ini.
Islam itu adalah risalah yang
diperjuangkan
Islam hari ini difahami kebanyakan orang sebagai agama toleransi dan membawa
mesej keamanan sejagat. Dikatakan semua orang boleh memahami Islam
dengan menilai hujjah ilmiah dan dialog,
serta telah banyak terbukti orang Islam yang dahulunya kafir namun melihatkan
hujjah dan keindahan Islam itu lantas beliau memeluk Islam atas kesedaran
sendiri.
Ia adalah satu kenyataan yang benar dan tidak salah. Namun di sana ada satu
hakikat yang kerapkali diabaikan, iaitu ucapan syahadah itu sendiri telah
mengisyt iharkan suatu bentuk
peperangan kepada mana-mana ideologi dan kefahaman yang menolak peranan
Tuhan dalam menentukan sistem hidup manusia. Ia adalah cahaya yang
menghilangkan kegelapan jahiliyyah dan memandu umat manusia ke arah hidup
yang sejahtera.
Inilah hakikat yang akan membangunkan
umat dari tidur mereka, mengembalikan kekuatan kepada Islam, dan berperanan
menyatukan umat Islam di bawah satu
agenda yang disepakati bersama. Ia adalah seperti yang disebut oleh Rab‟ie
bin Amir kepada Rustum ketika
peperangan Al-Qadisiyah melawan Parsi,
“Allah mendatangkan kami untuk kami mengeluarkan sesiapa yang Dia mahu,
dari menyembah hamba (manusia) kepada menyembah Tuhan manusia, dari
kesempitan dunia kepada keluasan dunia
dan akhirat, dan dari kesesatan agama-
agama lain, kerapa keadilan Islam.”
Ia adalah perkataan yang penuh dengan
ruh dan semangat, tanpa perlu hujjah
dan teori yang berjela-jela. Ya, ia adalah semudah itu, dan atas dasar itulah para
anbiya‟ memperjuangkan risalah tauhid
ini kepada umat manusia. Benarlah kata-
kata para ulama‟, “Alangkah indahnya
agama itu, sekiranya ia punyai rijal.”
FOKUS 4 IKATAN, 1 November 2011
Dari muka 2
DUIT TAK CUKUP Oleh: Rdhanz