ikatan #15
DESCRIPTION
Buletin rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA Mesir).TRANSCRIPT
K ebanyakan masyarakat dunia kini sedar akan realiti alam sekitar yang sedang menghadapi krisis pencemaran
yang semakin meruncing. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh banyak pihak untuk menyelesaikan masalah ini.
Contohnya, Protokol Kyoto yang mewajibkan negara-negara yang m e n a n d a t a n g a n i n y a a g a r mengurangkan kadar pelepasan global gas rumah hijau seperti karbon dioksida. Gas ini telah m e n y e b a b k a n f e n om e n a p emana s an g l o b a l y ang menaikkan suhu bumi dan mengakibatkan kacau-bilau pada iklim dunia seperti pencairan ais di kutub, peningkatan aras laut dan pelbagai bencana alam. Baru-baru ini pula Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark(7 -18
Disember) diadakan untuk turut membincangkan masalah yang sama.
Namun, hampir kesemuanya gagal membuahkan hasil yang diharapkan.
FOKUS
Amerika sebagai salah sebuah kuasa besar dunia y a n g s e r i n g m e n j a n j i k a n s e r i b u s a t u ‘ h a r a p a n ’ tersenarai sebagai negara kedua t e r b e s a r d i belakang China da lam kadar pelepasan gas karbon dioksida s e d a n g k a n p o p u l a s i p e n d u d u k n y a hanyalah 5% daripada jumlah penduduk dunia. Malah, sehingga
kini masih lagi berdolak-dalik sebagai satu-satunya negara yang tidak mahu menandatangani Protokol Kyoto.
Pencemaran di daratan, lautan dan udara terus berlaku dan mengakibatkan kesan buruk pada ekosistem iklim dunia ini. Lantaran itu, gempa bumi, jerebu, taufan, kemarau, banjir besar, hakisan daratan, penyakit yang merebak dan sebagainya, semua berlaku dengan tidak menentu akibat pengabaian terhadap pelestarian alam sekitar. Jika berterusan sebegini, bumi akan rosak dan memberi kesan yang lebih negatif kepada penghuninya yang terdiri daripada manusia, flora dan fauna. Isu ini sebenarnya amat serius tidak harus dipandang enteng oleh kita sebagai Muslim.
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kemba l i ( insa f dan bertaubat).” (Ar-Rum:41)
Kita harus meyakini bahawa usaha melindungi alam sekitar ialah sebahagian daripada tanggung jawab Muslim dan kesejahteraan alam sekitar hanya dapat terjamin di bawah naungan Islam. Segala usaha hanya akan dapat terlaksana apabila diselarikan dengan
apa-apa yang telah digariskan dalam Islam sebagai agama yang komprehensif dan meliputi seluruh aspek kehidupan.
Allah menyatakan dalam surah Al-An’am ayat 41 bahawa manusia ialah khalifah di muka bumi dan akan diuji dengan apa-apa yang dikurniakan olehNya. Alam sekitar ialah termasuk dalam muka bumi, lalu bagaimanakah sikap kita sebagai khalifah terhadap alam sekitar kurniaan Allah itu? Adakah kita lulus dalam ujian ini?
Muslim seharusnya memahami bahawa alam sekitar ialah nikmat daripada Allah S.W.T. yang amat besar. Bukti yang zahir dinyatakan dalam Al-Quran pada surah An-Nahl ayat 12-18. Jelas dinyatakan dalam sebahagian ayat tersebut bahawa apa-apa yang dijadikan di atas bumi ialah untuk kemudahan manusia.
“...dan supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl:14) manakala pada ayat yang lain pula “...Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Ibrahim:7)
Selain itu, dalam ayat 3-5 Surah Al- Al-Jaathiyah menyebutkan komponen-komponen alam sekitar seperti langit, bumi, kejadian diri,binatang, malam, siang, hujan, tumbuh-tumbuhan dan peredaran angin ialah tanda kewujudan Allah S.W.T. bagi orang yang beriman, yakin dan berakal. Oleh sebab itu, segala cubaan merosakkan alam sekitar seperti merosakkan tanda-tanda yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada kita agar mengingati-Nya.
Per inc ian I s l am t erhadap
kepentingan alam sekitar amat luas
sehingga tidak cukup untuk dibicarakan
di sini kesemuanya. Namun begitu, apa
yang dapat disimpulkan di sini ialah
Muslimlah yang sepatutnya menjadi
juara dalam usaha pelestarian alam
sekitar kerana alam sekitar tidak akan
dapat diselamatkan oleh apa-apa pun
kecuali dengan penghayatan Islam yang
sepenuhnya dalam diri secara praktikal.
Lalu, penghayatan itu akan melahirkan
individu dan masyarakat yang sedar
serta peka akan kepentingan interaksi
yang sihat antara manusia dan alam.
Protokol Kyoto mewajibkan negara-
negara yang menandatanganinya agar mengurangkan kadar pelepasan global gas rumah
hijau seperti karbon dioksida.
Assalamualaikum semua.
Salam Maal Hijrah Suri ucapkan. Maal Hijrah? Ya, betul tu. Kita dah masuk Tahun Baru Hijrah
kalau ramai yang masih belum tahu atau tak ingat. Pastinya ramai di antara kita yang hanya
mengingati tarikh hijrah apabila Ramadhan tiba. Menghitung-hitung hari untuk tiba ke bulan
Syawal dan berhari raya.
Jika ditanya berapa hari bulan dalam kalendar Islam hari ini, ramai yang tak boleh menjawabnya
dengan cepat dan tepat. Betul tak? Inilah realiti yang berlaku. Tanpa kita sedari, inilah antara
perancangan dan agenda pihak kafir untuk menghilangkan identiti Islam hinggakan dalam
penggunaan kalendar. Jadi, Suri nak ingatkan supaya kita sentiasa sama-sama mengingati tarikh
hijriah, tarikh dalam kalendar Islam yang telah diperkenalkan dahulu oleh Khalifah Umar Al-
Khattab. Bukan setakat itu, kita juga boleh adakan sedikit sambutan untuk mengingati tarikh-
tarikh bersejarah seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj dan hari-hari kebesaran Islam
yang lain.
Eh, bukankah Rasulullah tak pernah buat sambutan-sambutan sebegini di zaman baginda
dahulu? Ini semua bid’ah atau penambahan dalam
agama. Segala bid’ah adalah sesat! Ini lagi satu isu
yang selalu Suri dengar.
Ya, memang betul Rasulullah tak pernah buat dulu.
Tetapi jika kita mengambil peluang dari sambutan
ini untuk mengingatkan tentang sirah Rasulullah
S.A.W., keperibadiannya yang agung, risalahnya
yang kekal dan dijadikan oleh Allah sebagai rahmat
kepada sekelian alam; di manakah bid’ahnya dan di
manakah kesesatannya? Bukankah juga sesuatu
sambutan itu harus dilakukan dan tidak haram
selagi mana ianya tidak disertai dengan perkara-
perkara yang haram seperti percampuran lelaki
perempuan dan sebagainya. Kita juga boleh
mengambil banyak pengajaran dan iktibar daripada
peristiwa-peristiwa tersebut untuk dijadikan
bekalan dalam kehidupan. Jadi, sama-sama kita
fikirkan.
Kalau nak penjelasan lanjut, boleh rujuk fatwa dan
pandangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengenai isu
ini. Suri pun tak nak berceloteh panjang lebar. Suri
nak pergi tulis azam baru untuk tahun ini. Takkan
bila tiba 1 Januari sahaja kita ada azam baru. Tahun
Baru Hijrah pun mestilah kena ada azam baru.
Sama-sama kita berazam untuk berhijrah ke arah
yang lebih baik, lebih mentaati Allah dan lebih
banyak memberikan sumbangan kepada Islam.
Sampai bertemu lagi. Selamat beramal!
Dari Meja Suri: Maal Hijrah
• Kaji lirik yang berunsurkan sastera.
• Baca banyak jenis buku (buku klasik,
moden) untuk mengetahui pelbagai
cara manusia menyampaikan mesej dan
idea tertentu dalam waktu-waktu
tertentu.
• Kaji dan belajar bermacam jenis ilmu
kesusasteraan (drama, lirik, epik, satira,
tragedi, komedi, atau tragikomedi).
• Belajar bagaimana mahu membentuk
struktur bahasa asal anda (dengan cara
yang betul dan tepat).
• Baca kamus. Mungkin kedengaran pelik,
tapi itu merupakan cara terbaik untuk
mempelajari asal-usul perkataan serta
kesesuaiannya dalam struktur ayat.
• Baca thesaurus seperti
mana anda baca kamus.
Gunakan sebanyak yang
mungkin sinonim dan
antonim.
TIPS
Sala
m M
aal H
ijrah s
em
ua.
Sem
pena h
ari in
i saya
akan te
mura
mah s
ala
h
seora
ng o
rang y
ang la
lu
lala
ng d
i sin
i.
Bole
h s
audara
cerita
kan
apakah a
zam
saudara
sem
-pena ta
hun 1
431H
ini?
M
engum
pul s
ete
m!
Saudara
, mengum
pul s
ete
m
tu h
obi, b
ukan a
zam
...
Er, y
e k
e?
INTERAKTIF
KOMIK
AZAM 1431H
Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan kepada: [email protected]. Laman web: ismamesir.com