tesis pembelajaran kopertif ijazah sarjana muda pendidikan kejuruteraan mekanikal

87
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME ISI KANDUNGAN BAB 1: LATARBELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 2 1.2 Definasi Pendidikan Amalan Bengkel Mesin 3 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Kerangka Konseptual Kajian 5-6 1.5 Tujuan Kajian 1.5.1 Objektif Kajian 7 1.5.2 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 8 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 9 1.9 Ringkasan 9 BAB 2: LITERATURE REVIEW 2.1 Pengenalan 10 2.2 Konsep Pembelajaran Koperatif 10 2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan 14-18 2.4 Ringkasan 18 BAB 3: METODOLOGY KAJIAN 3.1 Pengenalan 1

Upload: samsonaboy

Post on 18-Jun-2015

4.070 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

dari mohd riduan (SK.Pasoh 2 2010)

TRANSCRIPT

Page 1: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

ISI KANDUNGAN

BAB 1: LATARBELAKANG KAJIAN1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Definasi Pendidikan Amalan Bengkel Mesin 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Kerangka Konseptual Kajian 5-6

1.5 Tujuan Kajian 1.5.1 Objektif Kajian 7 1.5.2 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Ringkasan 9

BAB 2: LITERATURE REVIEW2.1 Pengenalan 10

2.2 Konsep Pembelajaran Koperatif 10

2.3 Kajian Lepas Yang Berkaitan 14-18

2.4 Ringkasan 18

BAB 3: METODOLOGY KAJIAN3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 19-20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Instrumen Kajian 20-21

3.6 Prosedur Pengumpulan Data 23

3.7 Prosedur Analisis Data 23

3.8 Ringkasan 24

Lampiran 25-30Rujukan 31

1

Page 2: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

BAB 1

LATARBELAKANG KAJIAN

Pendahuluan

Di dalam Bab ini membincangkan latar belakang Tajuk Mengimpal Amalan Bengkel

Mesin di Malaysia dari segi sejarah, kepentingan dan hubungannya dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Seterusnya kajian akan difokuskan kepada pembelajaran koperatif .

Pernyataan masalah bagi kajian ini diperjelaskan beserta dengan objektif, kerangka kerja

konseptual, kepentingan dan batasan kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk Mengimpal dalam

Amalan Bengkel Mesin pada masa kini adalah cenderung untuk berpusatkan guru dan

latih tubi secara individu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama

digunakan di dalam pendidikan Kejuruteraan Mekanikal sehinggalah hari ini terdiri

daripada pengajaran secara kuliah, latih tubi dan Kerja individu. Strategi ini dikenali

sebagai pengajaran dan pembelajaran tradisional dan yang berpusatkan guru. Berdasarkan

Laporan Jemaah Nazir (Halimah, 1992) kaedah yang berbentuk tradisional itu juga sering

dipraktikkan oleh guru Kimpalan di dalam kelas yang berorientasikan peperiksaan.

Walaupun kaedah tradisional yang menekankan pengajaran secara kuliah berupaya

menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih banyak tetapi tidak semua pelajar

dapat mengikuti pendekatan tersebut dengan baik. Ini dapat dilihat berdasarkan

pencapaian pelajar yang kurang memuaskan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM). Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi

pembelajaran lain yang berkesan dan boleh disesuaikan dalam Tajuk Mengimpal Amalan

Bengkel Mesin.

2

Page 3: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.1.1 Definisi Pendidikan Amalan Bengkel Mesin

Pendidikan Amalan Bengkek Mesin menurut pandangan moden ialah proses yang

mendidik pelajar berhubung Kemahiran yang tidak muktamad dan boleh lentur.

Kefahaman pelajar bahawa Kemahiran sebagai satu bidang ilmu yang tidak muktamad

dan boleh lentur dapat dipupuk melalui kaedah pembelajaran inkuiri. Menurut kaedah ini

pelajar seharusnya mencari dan menemukan melalui daya usaha mereka sendiri.

Pendidik hanya bertindak sebagai fasilitator yang membimbing pelajar melalui proses

Kemahiran itu. Ketika mencari ilmu itu pelajar seharusnya berupaya membina kemahiran

dan mengujikan kebenaran kemahiran tersebut. Melalui kedua-dua langkah ini, pelajar

dijangkakan dapat memperolehi ilmu baru. Ilmu baru yang diperolehi itu boleh bertindak

sebagai ilmu yang menolak ilmu yang ditemui sebelum itu. Dengan pendidikan

Kemahiran yang sedemikian pelajar dapat melihat bahawa Kemahiran adalah bidang

tidak muktamad dan boleh lentur (Martin 1985)

“Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa

manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuanyang

dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh

Individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara

pasif dari luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang

individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insane membentuk

pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman secara terpilih.”

( Nik Azis Nik Pa, 1999)

3

Page 4: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.2 Pernyataan Masalah

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon-calon luar bandar dalam mata

pelajaran Amalan Bengkel Mesin didapati kurang memuaskan dari tahun ke tahun. Ini

menggambarkan sesuatu perlu dilakukan untuk membetulkan keadaan ini. Selain

daripada itu, terdapat persepsi pelajar bahawa Amalan Bengkel Mesin adalah mata

pelajaran yang susah dan hanya pelajar yang pandai sahaja yang boleh berjaya. Mengikut

teori atribusi Weiner, persepsi seperti ini menjadikan kurang bermotivasi untuk belajar

Amalan Bengkel Mesin. Selain daripada pencapaian akademik, perkembangan konsep

kendiri pelajar dan hubungan social dengan rakan sebaya juga adalah penting. In selaras

dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan individu

yang mempunyai sahsiah secara bersepadu dan seimbang. Hubungan yang erat sesama

rakan sebaya melahirkan perasaan kasih saying yang merupakan salah satu nilai murni

yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Seterusnya,

mewujudkan masyarakat yang saling berkasih sayang adalah salah satu cabaran bagi

mencapai Wawasan 2020. Hubungan sosial yang positif sesama rakan yang diterangkan

Teori Perapatan lahir apabila pelajar banyak bersama dan berinteraksi.

Sebaliknya, suasana di dalam kelas hari ini lebih berorientasikan peperiksaan iaitu

memberi penekan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang

digunakan di dalm kelas menjadi salah satu factor yang membuatkan pelajar menjadi

pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan mereka. Bertitik

tolak daripada permasaalah yang wujud di dalam pendidikan Amalan Bengkel Mesin

yang merangkumi aspek prestasi, perkembangan konsep kendiri dan hubungan sosial

pelajar, kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategi pengajaran dan

pembelajaran kelas Amalan Bengkel Mesin . Salah satu alternatif kepada strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah pembelajaran kooperatif. Kajian ini

adalah penting untuk menentukan setakat mana keberkesanan pembelajaran kooperatif.

Keberkesanannya diukur melalui prestasi di dalam Amalan Bengkel Mesin, konsep

kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar dengan rakan kelas.

4

Page 5: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.4 Kerangka Kerja Konseptual

Kerangka kerja konseptual bagi kajian ini menunjukkan perkaitan antara strategi

pembelajaran sebagai pembolehubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai

pembolehubah bersandar. Perbezaan antara kedua-dua strategi pembelajaran yang

distrukturkan di dalam kelas Amalan Bengkel Mesin yang terlibat di dalam kajian.

Strategi pembelajaran yang dibandingkan adalah pembelajaran kooperatif dan

pembelajaran tradisional sebagai kumpulan kawalan. Kedua-dua strategi pembelajaran

berbeza dari segi bentuk interaksi pelajar sesama pelajar, struktur maklumat, akauntabiliti

individu dan struktur tugas. Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat

dari segi kesan terhadap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran yang diukur di dalam

kajian ini adalah dalam bentuk domain kognitif dan domain afektif. Domain kognitif

terdiri daripada prestasi pelajar di dalam mata pelajaran tajuk Mengimpal . Manakala

domain afektif terdiri daripada konsep kendiri akademik dan hubungan sosial.

5

Page 6: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Rajah 1: Rangka Konseptual

Guru Mata Pelajaran Amalan Bengkel Mesin

Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Tradisional

Hasil pembelajaranDomain Kognitif Domain Kendiri- Prestasi - Konsep Kendiri Akademik - Hubungan sosial

6

Sukatan PelajaranMata Pelajaran Amalan Bengkel

mesin Tajuk Mengimpal

KBSM

Page 7: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.5 Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membandingkan pembelajaran

kooperatif ke atas prestasi, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar.

Objektif kajian dan persoalan kajian akan dinyatakan seperti di bawah ini.

1.5.1 Objektif Kajian.

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

(a) Membandingkan kesan strategi pembelajaran kooperatif dan pembelajaran

tradisional terhadap prestasi

(b) Membandingkan kesan strategi pembelajaran kooperatif dan pembelajaran

tradisional terhadap hubungan sosial.

(c) Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif dan

pembelajaran tradisional mengikut persepsi pelajar dari segi:

1.5.2 Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi objektif mengenal pasti keberkesanan pelaksaan pembelajaran

koperatif mengikut persepsi pelajar adalah seperti berikut:

a) Apakah pandangan pelajar terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan

pengalaman yang dilalui oleh pelajar kumpulan pembelajaran koperatif ?

b) Apakah elemen-elemen yang membantu keberkesanan pembelajaran

koperatif?

c) Adakah terdapat perubahan minat terhadap mata pelajaran Mengimpal

Amalan Bengkel Mesin bagi kumpulan pembelajaran koperatif dan

pembelajaran tradisional?

7

Page 8: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.6 Kepentingan kajian

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan yang berkaitan dengan atribusi

pencapaian dan konsep kendiri di Malaysia (seperti Chiam Heng Keng, 1976; Lee Chow

Chern, 1995; Mohd Sahandri Ghani, 1995) tetapi penggunaan pembelajaran koperatif

sebagai perantara untuk mengubah atribusi dan meningkatkan konsep kendiri pelajar

tidak diberi penekanan. Kajian berkaitan dengan hubungan sosial di kalangan pelajar di

Malaysia amat kurang diberi tumpuan terutamanya dalam konteks sekolah menengah.

Justeru itu dengan adanya kajian ini diharapkan akan membantu pihak berkaitan seperti

Kementerian Pendidikan, Institut Latihan Perguruan dan pihak sekolah mengambil kira

pembelajaran koperatif sebagai alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sedia ada di dalam melahirkan individu berupaya menjadi anggota masyarakat yang

seimbang dalam aspek intelek dan emosi.

1.7 Batasan Kajian

Permasalahan yang mungkin akan timbul semasa kajian dijalankan ialah seperti berikut:

a) Kajian ini hanya melibatkan sekumpulan pelajar sahaja dan hasil dapatan kajian

adalah tidak menyeluruh.

b) Dapatan kajian ini terbatas kepada sampel yang dikaji dan tidak dapat

digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar.

8

Page 9: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

1.8 Definisi Operasional

Definisi beberapa istilah yang penting di dalam kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mata Amalan Bengkel Mesin – merujuk kepada mata pelajaran Amalan

Bengkel Mesin yang diajar di sekolah-sekolah Teknik di Malaysia.

b) Pembelajaran koperatif (PK) – Teknik di dalam PK yang digunakan adalah

Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar atau Student Teams-achievement

Divisions (STAD) (Slavin, 1990). Untuk perbincangan seterusnya istilah

STAD akan digunakan. Teknik ini menekankan pembelajaran di dalam

kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 orang pelajar yang mempunyai tahap

kebolehan yang berbeza. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah teknik

STAD adalah (a) Penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru (b)

Pelajar membuat latihan di dalam kumpulan masing-masing (c) Kuiz secara

individu (d) Pengiraan skor bagi individu dan kumpulan (e) Pengiktirafan

kepada kumpulan yang berjaya.

c) Pembelajaran Tradisional – Pembelajaran tradisional (PT) yang digunakan

di dalam kajian ini sebagai kumpulan kawalan merujuk kepada kaedah

pengajaran yang secara lazimnya dilaksanakan di dalam kelas Kemahiran

Hidup iaitu lebih berpusatkan guru dan membuat latihan secara individu.

Turutan aktiviti pembelajaran di bawah PT adalah (a) Penyampaian

matapelajaran oleh guru (b) Pelajar membuat kajian secara individu (c) Kuiz

secara individu (d) Pengiraan skor secara individu.

1.9 Ringkasan

Dapatan kajian adalah untuk membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran

koperatif di dalam Tajuk Mengimpal mata pelajaran Amalan Bengkel Mesin. Objektif

kajian di kajian ini juga adalah untuk melihat samada pembelajaran secara koperatif

sebenar-benarnya dapat mengubah sikap, minat dan prestasi pelajar di dalam Tajuk

Mengimpal mata pelajaran Amalan Bengkel Mesin.

9

Page 10: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Di dalam Bab ini, tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan Pembelajaran Koperatif telah

dibuat, teori-teori berkaitan dengan prestasi, hubungan sosial serta persepsi guru dan

pelajar terhadap Pembelajaran Koperatif.

2.2 Konsep Pembelajaran Koperatif

Secara umumnya, Pembelajaran Koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan

pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi

peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990)

berpendapat rasional di sebalik Pembelajaran Koperatif adalah pelajar akan bersedia

membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Menurut

pandangan Slavin (1990) juga, kumpulan perbincangan, kumpulan projek, kumpulan

makmal dan pengajaran oleh rakan sebaya merupakan contoh Pembelajaran Koperatif

yang sedia ada.

Sebaliknya Johnson dan Johnson (1994) menegaskan bahawa kumpulan belajar ,

kumpulan projek, kumpulan makmal dan kumpulan-kumpulan kecil yang lain tidak

semestinya berbentuk koperatif. Ini kerana kumpulan koperatif perlu menepati lima ciri

yang digariskan.

i. Saling bergantung yang positif, iaitu pelajar mesti bekerjasama di

dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai

matlamat tersebut.

ii. Tanggungjawab individu dalam kumpulan, iaitu kumpulan.

10

Page 11: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

iii. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan,

saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

iv. Pembelajaran koperatif perlu menyediakan pelajar dengan bersosial

dan kemahiran untuk bekerja secara kumpulan.

v. Penilaian kumpulan secara berbincang dan menganalisis setakat mana

pencapaian mereka dan mengenalpasti tindakan yang perlu diperbaiki

dan diberhentikan.

2.3 Teknik-teknik pembelajaran koperatif

Di antara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literature ialah Belajar Bersama

(Learning Together) oleh John dan rakan-rakan di University of Minnessota,

Pembelajaran Pasukan Pelajar ( Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di

Johns Hopkin University, Jiqsaw oleh Aronson, Penyiasatan Kumpulan oleh Sharan dan

Pendekatan Berstruktur oleh Kagan di University of California, Riverside.

2.3.1 Belajar Bersama

Belajar Bersama diperkenalkan berdasarkan prisip koperatif yang dinyatakan oleh

Deutsch (1949) iaitu matlamat seorang pelajar hanya dapat dicapai apabila matlamat

pelajar lain juga tercapai. Johnson and Johnson dan Holubec (1986) mengemukakan lima

unsur utama di dalam Belajar Bersama yang diberi penekanan.

11

Page 12: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

2.3.2 Pembelajaran Pasukan Pelajar

Teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar dibentuk oleh pengkaji dari Universiti Johns

Hopkins. Konsep utama di dalam teknik ini ialah ganjaran kumpulan, tanggungjawab

individu dan peluang yang sama untuk berjaya.

2.3.3 Jiqsaw

Teknik Jiqsaw yang asal diperkenalkan Aronson (Slavin (1990)). Teknik ini

mengandungi dua jenis kumpulan iaitu kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di

dalam kumpulan pembelajaran, setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk menguasai satu

tajuk kecil yang berbeza antara ahli. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar

bersama-sama untuk menguasai tajuk tersebut. Setelah itu setiap ahli kembali kepada

kumpulan pembelajaran masing-masing untuk mengajar rakan kumpulan.

2.3.4 Penyiasatan Kumpulan

Teknik Penyiasatan Kumpulan adalah berdasarkan falsafah yang dikemukan oleh John

Dewey yang mana beliau berpendapat kerjasama di dalam kelas merupakan syarat asas

bagi menghadapi masalah hidup yang kompleks di bawah demokrasi. Perlaksanaannya

bergantung kepada latihan dalam kemahiran berkomunikasi dan bersosial.

2.3.5 Pendekatan Berstruktur

Pendekatan Berstruktur berdasarkan kajian yang menunjukkkan tingkahlaku manusia

dipengaruhi keadaan persekitaran (Brandt, 1989). Jika ia merangsang kea rah koperatif,

manusia cenderung bersikap koperatif. Pendekatan ini dikatakan berstruktur kerana guru

boleh memilih pendekatan yang dicadangkan mengikut situasi atau aktiviti di dalam

kelas.

12

Page 13: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

2.4 Langkah-langkah Pembelajaran Koperatif

Terdapat 6 fasa atau langkah utama di dalam Pembelajaran Koperatif (Arends,

1997:113). Pembelajaran dimulai dengan guru menyampaikan tujuan pembelajaran dan

motivasi kepada pelajar untuk belajar. Fasa ini diikuti oleh pelajar dengan penyajian

informasi dalam bentuk teks bukan verbal. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada

beberapa kumpulan belajar. Pada tahap ini guru memainkan peranan sebagai pembimbing

semasa pelajar bekerjasama menyelesaikan tugasan mereka. Fasa terakhir dari

Pembelajaran Koperatif ialah penyampaian hasil kerja kumpulan, kuiz dan memberi

penghargaan kepada kumpulan dan individu. Keenam fasa pembelajaran koperatif

dirangkumkan pada jadual 1 ini.

Jadual 2.1: Langkah-langkah Pembelajaran Koperatif

Fasa Kegiatan Guru

Fasa 1

Menyampaikan tujuan dan memotivasikan pelajar.

Guru menyampaikan semua tujuan pembelajaran yang ingin dicapai pada pelajaran tersebut dan memotivasikan pelajar uuntuk belajar.

Fasa 2

Menyajikan informasi

Guru menyajikan informasi kepada pelajar dengan demonstrasi atau teks.

Fasa 3

Mengorganisasikan pelajar ke dalam kumpulan-kumpulan belajar

Guru menjelaskan kepada pelajar bagaimana caranya membentuk kumpulan belajar dan membantu setiap kumpulan agar melakukan perubahan yang efisien.

Fasa 4

Membantu kerja kumpulan

Guru membimbing kumpulan-kumpulan belajar semasa mereka menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Fasa 5

Menguji Isi pelajaran

Guru menguji isi pelajaran atau kumpulan membentangkan hasil mereka.

Fasa 6

Memberi penghargaan

Guru Memberikan cara-cara untuk menghargai baik upaya maupun hasil belajar individu dan berkumpulan.

13

Page 14: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

2.5 Kajian – kajian Lepas

Kajian Jamilah Karim (1993) mendapati Kelas Tingkatan 1 Pembelajaran Koperatif

mendapat skor yang lebih tinggi dari pencapaian kelas Tingkatan 1 tradisional. Pelajar

menyatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan tetapi tidak mahu hanya teknik ini

saja terus menerus. Penulis semasa memerhati kelas ini berjalan mendapati guru berjaya

mengimplimentasikan teknik STAD ini dan murid juga selepas dua minggu dapat

menyesuaikan diri dengan teknik ini. Pelajar yang terdiri dari pelbagai etnik boleh

bekerjasama dalam kumpulan.

Di dalam tahun 1996 Khairiah telah menjalankan kajian yang sama tetapi disebuah

sekolah di ibu kota. Kajian tidak menunjukkan perbezaan di antara Pembelajaran

Koperatif dan pembelajaran tradisional. Namun bila murid di temubual mereka

mengatakan mereka seronok belajar dalam kumpulan. Nilai murni seperti bekerjasama,

toleransi, berani, sayang pada kawan-kawan, kebolehan interaksi dengan pelbagai etnik

dapat diperhatikan.

Dapatan kajian Alimah (1996) bagi sebuah sekolah rendah di Kajang menunjukkan

bahawa kaedah Pembelajaran Koperatif ini berkesan untuk pelajar pemulihan Tahun 3

dari aspek pencapaian Bahasa Melayu. Pelajar lebih berani bercakap, memberi pendapat,

berkeyakinan diri, dan dapat bergaul dengan pelajar yang lebih pandai.

Kajian Yee Cheng Teik (1995) berbeza dengan kajian di atas dari segi teknik. Kaedah

yang digunakan ialah JIGSAW dan Circle Of Learning (COL). Namun dapatannya

menyokong dapatan bahawa Pembelajaran Koperatif dapat meninggikan prestasi

matematik pelajar Tingkatan 4 di sekolahnya. Penyelidik ini adalah guru di sekolahnya di

Perak dan telah menjalankan kaji selidik dalam keadaan sebenar di sekolah tersebut.

Salmiah Sidek ( 2003 ) telah membuat penyelidikan mengenai kemahiran belajar secara

koperatif bagi meningkatkan prestasi pelajar di SMK Alor Akar, Kuantan . Kajian

dijalankan berikutan kebanyakan pelajar beliau bersikap pasif semasa pengajaran dan

14

Page 15: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

pembelajaran berlangsung. Dengan membina bahan yang bersesuaian dengan kaedah

Jigsaw dan STAD , beliau mendapati –

i. peratus pelajar yang dapat mengingat dengan lebih cepat

ii. peluang bertanya untuk mendapatkan maklumat adalah lebih tinggi dari

sebelumnya.

iii.

Meriam Ismail ( 1997 ) telah mengkaji kesan strategi Team – Games Tournament(TGT )

ke atas sikap pelajar terhadap matematik di sebuah sekolah di Daerah Matu , Sarawak.

Kajian ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan

Pembelajaran Koperatif. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap yang

diperolehi , tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik

dan kehadiran pelajar ke kelas.

Gan Teck Hock ( 2005) seorang pensyarah dari Maktab Perguruan Sarawak , Miri telah

menjalankan kajian terhadap stategi Team – Games Tournament (TGT ) dan Number

Head Together ( NHT ) dalam tajuk Darab Lingkungan 500 000 untuk murid Tahun

Lima. Majoriti daripada 31 sampel beliau adalah dari latar belakang keluarga petani.

Johnson & Johnson ( 1990 ) menyarankan bahawa untuk mencapai matlamat

pembelajaran iaitu menghargai matematik , menaakul secara matematik , menanamkan

rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik dan membolehkan penyelesaian

masalah matematik , guru hendaklah beralih daripada kaedah tradisional kepada

penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan pendekatan koperatif.

Effandi Zakaria , Ph.D ( 2005 ) yakin Pembelajaran Koperatif yang di dalamnya

terdapat bidang kognitif dan afektif mampu menarik minat dan memberi keyakinan

pelajar semasa menghadapi masalah matematik yang kian mencabar. Di samping itu ,

Pembelajaran Koperatif memberi satu persekitaran baru dan menggalakkan kefahaman

melalui perbincangan dalam penyelesaian masalah sains. Penekanan strategi

pembelajaran alternatif yang berpusatkan pelajar perlu untuk melaksanakan paradigma

selari dengan kehendak Wawasan 2020.

15

Page 16: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Mazniah ( 1994 ) telah mengesan kelemahan pelajar biasanya berlaku berpunca dari

kegagalan pelajar menukar maksud dan kehendak soalan kepada bentuk ayat matematik.

Dalam kajiannya di SK Tasik , Ipoh , beliau mendapati murid adalah sumber utama

menjadi punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan mencongak pengiraan operasi

bahagi. Tiga sebab kelemahan pelajar yang digariskan beliau adalah :

a. lemah dalam operasi asas bahagi dan darab

b. kurang kemahiran membaca

c. kurang yakin kebolehan sendiri.

Walaupun Mazniah tidak menjelaskan dengan tepat kaedah yang digunakan untuk

mengatasi kesulitan pelajar beliau , di akhir kajian beliau mencadangkan proses

pembelajaran berpusatkan pelajar digunakan secara maksimum membantu pelajar

meningkatkan kemahiran dan keyakinan kendiri. Pembelajaran koperatif adalah salah

satu dari kaedah pembelajaran berpusatkan murid.

Ee Ah Meng ( 1997 ) memberikan tiga konsep utama di dalam pengajaran dan

pembelajaran kaedah koperatif. Tiga konsep utama tersebut adalah :-

a. Ganjaran kumpulan

b. Akauntabiliti individu

i. Kejayaan kumpulan bergantung atas kemahiran dan pembelajaran

individu atau kumpulan.

ii. Individy sentiasa menyediakan diri untuk menghadapi penilaian

atau ujian.

c. Peluang sama untuk memberi sumbangan kepada kumpulan dengan

memperbaiki prestasi lalu.

Ng Kim Choy dari Jabatan Ilmu Pendidikan . Maktab Perguruan Sandakan ,

Sandakan telah menghuraikan beberapa bentuk perlakuan sampel yang perlu diambil

perhatian oleh penyelidik semasa menjalankan pembelajaran kaedah kooperatif.

16

Page 17: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Perlakuan ini penting untuk menjadi ukuran penyelidik menentukan kejayaaan kaedah ini

di tahap maksimum. Antara perlakuan yang patut diberi perhatian adalah:-

a. Semua ahli terlibat di dalam aktiviti yang dijalankan mengikut kebolehan

dan peranan bukan hanya seorang ahli sahaja yang bercakap atau

memberikan arahan.

b. Tindak balas apabila ada individu di dalam kumpulan memberi pendapat

atau penyelesaian masalah matematik , contohnya : ya / tidak .

c. Saling soal menyoal antara sama lain dan berani menyuarakan pendapat.

d. Memberi penumpuan dan perhatian pada setiap aktiviti kelas , kumpulan

dan individu.

Mok Soon Sang ( 1991 ) telah menggariskan peranan guru sebelum , semasa dan selepas

menjalankan kaedah pembelajaran koperatif. Walaupun kaedah pembelajaran koperatif

lebih menjurus kepada berpusatkan pelajar , peranan guru amat penting dalam

penyediaan dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru yang dicadangkan adalah : -

i. Membentuk kerja berkumpulan.

ii. Memberi panduan cara beroperasi.

iii. Memelihara norma – norma berkumpulan seperti bantu membantu dan saling

menghormati.

iv. Interaksi dua hala antara setiap individu di dalam kumpulan seperti memerhati ,

menyemak , soala jawab , memberi galakan , peka kepada kesalahan dan

pengurusan kelas.

v. Menyatukan idea pelajar.

17

Page 18: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

2.5 Ringkasan

Kebanyakkan daripada dapatan dari kajian-kajian lepas yang berhubung kait dengan

pembelajaran koperatif menjanjikan kejayaaan di dalam hasil pembelajaran pelajar.

Pembelajaran koperatif menyebabkab berlakunya proses psikologi yang mana pelajar

mula mewujudkan identity mereka sebagai satu kumpulan dan ini mempengaruhi konsep

kendiri mereka. Jangkaan untuk berjaya bagi sesuatu kumpulan mempengaruhi matlamat

ahli kumpulan tersebut yang seterusnya memberi kesan kepada kebolehan individu untuk

belajar.

18

Page 19: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kaedah penyelidikan yang digunakan di dalam kajian

ini. Antara aspek yang disentuh adalah reka bentuk kajian yang dipilih, proses pemilihan

responden kajian, instrumen kajian yang digunakan, cara perlaksanaan kajian dan bentuk

analisis data yang digunakan.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan dua jenis strategi pengajaran dan

pembelajaran ke atas prestasi, konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang di bandingkan adalah Pembelajaran Koperatif

dan pembelajaran tradisional. Kajian ini dijalankan dalan suasana normal di dalam kelas

di sekolah menengah.

Di dalan kajian ini, pelajar yang terlibat tetap berada di dalam kelas sedia ada yang

ditetapkan pihak sekolah. Maka, kaedah eksperimen yang dipilih ini dikenali sebagai

kuasi eksperimen. Kaedah ini sesuai untuk menguji perbandingan subjek. Manakala

kumpulan pembelajaran tradisional terdiri dari kelas-kelas yang lain.

Kajian ini berbentuk gabungankajian deskriptif dan inferens.. Model kaedah

Pembelajaran Koperatif yang digunakan untuk kajian adalah Student Teams –

Achievement Division (STAD). Pengkaji memilih model ini kerana ia mempunyai dua

prinsip utama yang ditekankan kepada sampel iaitu :

a. persandaran positif dan tanggung jawab individu

b. Motivasi kepada sampel supaya memberi galakan dan bantuan kepada

rakan – rakan mereka.

19

Page 20: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Kumpulan kecil yang dibentuk mempunyai empat individu yang terdiri daripada pelbagai

pencapaian dan jantina . Untuk satu tempoh penyelidikan ini , mereka akan bersama

sebagai satu pasukan yang bergerak bersama untuk mencapai satu tujuan dan matlamat.

Pencapaian individu pada akhir pembelajaran akan diukur dan dikumpulkan

sebagai satu dapatan kumpulan sebagai perbandingan di antar kumpulan yang mengambil

bahagian.

Empat aktiviti utama dalam model STAD adalah :

a. penyampaian guru secara am

b. berbincang dan bekerja bersama rakan – rakan sepasukan

c. aktiviti pentaksiran seperti ujian atau kuiz

d. pengiktirafan kumpulan.

Kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD digunakan untuk melihat sejauh mana

sampel dapat meningkatkan kefahaman mereka bagi mata pelajaran sains. Dengan

kerjasama yang dijalinkan di kalangan ahli kumpulan , sampel akan bermotivasi untuk

mengambil bahagian secara cergas beberapa aktiviti – aktiiviti yang dibina untuk

menguatkan ingatan mereka. Dengan cara itu , belajar melalui bersosial dan

bertanggung jawab terhadap kumpulan dapat membantu menerapkan nilai – nilai murni

di dalam diri sampel.

3.3 Sampel Kajian

Sample kajian terdiri daripada 30 orang pelajar daripada satu kelas dari Sekolah

Menengah Teknik Ampangan Seremban, Negeri Sembilan.

20

Page 21: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat terdiri adalah

i. Set soalan ujian pra dan ujian post.

Set soalan mengandungi 10 soalan ujian pra yang merangkumi tajuk Kimpalan.

Manakala soalan ujian post juga merangkumi tajuk yang sama dan jumlah soalan

adalah sebanyak 20 soalan .

Keputusan ujian pra adalah untuk mengetahui kebolehan sedia ada sampel dan

persediaan penyelidik untuk menentukan kumpulan dari kebolehan yang berbeza

untuk pembentukan kumpulan kecil di kalangan sampel.

Set soalan ujian post pula adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah

Pembelajaran Koperatif kepada sampel . Soalan – soalan ujian post berada pada

aras kesukaran yang sama dengan ujian pra . Set soalan yang berbeza ini akan

membantu penyelidik membuat tanggapan tepat mengenai hasil dapatan kajian.

ii. Soal selidik

Soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu :

a. Maklumat am yang memerlukan sampel menyatakan maklumat diri

mereka . Sampel hanya menandakan ( / ) di bahagian kosong kepada

soalan – soalan mengenai butiran diri dan latar belakang sampel seperti

jantina , sosio ekonomi dan kebolehan akademik di peringkat Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajaran Matematik . Dari

jawapan yang diberi , penyelidik mendapat gambaran awal mengenai

kesediaan diri sampel sebelum memulakan kajian ini.

21

Page 22: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

b. Maklumat khas yang menzahirkan perasaan , sikap dan motivasi sampel

terhadap pelajaran Amalan Bengkel Kejuruteraan , kaedah pengajaran dan

pembelajaran , peranan guru serta komunikasi di kalangan sampel.

Bahagian ini berasaskan skala Likert di mana sampel akan membulatkan

aras yang mereka rasakan paling sesuai . Dapatan dari bahagian ini akan

menyuarakan rasa hati sampel .

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini terdiri daripada Ujian Pra, Ujian

Post, Soal Selidik latar belakang pelajar, Soal Selidik Konsep Kendiri Akademik,

Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif dan Pandangan Terhadap Mata Pelajaran

Kimpalan Amalan Bengkel Mesin.

3.5 Prosedur Kajian

Pengumpulan data akan dijalankan pada kelas di mana sampel yang menyertai

penyelidikan ini. Langkah pertama adalah ujian pra . Keputusan ujian pra ini akan

dijadikan landasan untuk :-

i. mengetahui pengetahuan sedia pelajar

ii. penempatan kumpulan yang akan sampel sertai di dalam

pembelajaran koperatif ini .

Borang soal selidik diedarkan sebelum keputusan ujian pra diumumkan. Dengan cara

begini penyelidik akan dapat mengetahui dan memahami kekangan , masalah , sikap dan

motivasi sampel terhadap matematik , peranan guru dan rakan serta teknik pengajaran

dan pembelajaran lalu.

Semasa aktiviti – aktiviti pembelajaran koperatif dijalankan , penyelidik akan

mengumpulkan semua markah individu dan kumpulan sebagai rujukan aras prestasi

sampel pada masa tersebut . Pada masa yang sama sampel akan menulis jurnal sebagai

22

Page 23: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

diari pengalaman mereka semasa . Jurnal dari sampel terpilih akan digunakan sebagai

penanda aras kepada luahan hati dan perasaan kesemua sampel

Pada akhir sesi kajian , pelajar akan menduduki ujian post . Maklumat dari ujian ini akan

digabungkan dengan penilaian yang ditulis pada setiap aktiviti untuk menentukan sejauh

mana penambahbaikkan kajian ini kepada diri setiap pelajar sebagai satu individu .

Arahan awal diberikan untuk menerangkan istilah-istilah yang mungkin mengelirukan..

setelah pasti akan kesahan dan kebolehpercayaannya barulah ianya digunakan ke atas

sampel. Soalan semi struktur akan dibentuk yang akan meminta penjelasan terpeinci

dengan memberikan situasi-situasi atau masalah kepada pelajar untuk mendapatkan

respon yang tulen.

Pemerhatian dibuat semasa pengajaran ABM. Pemerhatian akan dilakukan sebanyak

yang mungkin. Pemerhatian akan dilakukan berterusan sehingga habis sesuatu topik.

Pencapaian pelajar akan dilihat melalui prestasi mereka dalam ujian, kuiz yang

diberikan. Jumlah penilaian tidak dihadkan.

3.6 Prosedur Penganalisisan Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian akan dianalisa dengan mencari peratus min

keputusan ujian mereka. Ujian pra akan mencerminkan keupayaan awal pelajar . Ia akan

dijadikan maklumat asas untuk mencari hubungan antara pemahaman pembelajaran

koperasi dengan prestasi pelajar.

Ujian post pula memberi maklumat mengenai pencapaian pelajar selepas mengikuti

Pembelajaran Koperatif ini. Kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir

penyelidikan akan dilihat berdasarkan skor markah yang setiap kumpulan serta individu

perolehi. Kelemahan dan kesilapan yang terdapat sewaktu menjawab soalan – soalan

akan dibincangkan bersama.

23

Page 24: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Dalam kajian deskriptif , analisis berasingan bagi setiap sampel akan dibuat sebelum

sesuatu kesimpulan diambil. Pengaruh perbandingan dan analisis menyeluruh akan dibuat

juga untuk keseluruhan instrumen kajian.

Tiga langkah utama untuk memproses data kualitatif yang merangkumi mereduksi data,

memaparkan data dan membuat kesimpulan seperti yang disarankan oleh Miles &

Huberman (1989)

Memproses data merangkumi kerja-kerja memilih, memfokus, memudahkan dan

menyaring apa yang terdapat dalam nota yang telah ditranskripkan

3.7 Ringkasan

Di dalam bab ini menerangkan tentang metodologi yang digunakan di dalan kajian di

mana termasuklah reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian dan

prosedur pengumpulan data serta penganalisisan data. Adalah diharapkan data yang akan

diperolehi dapat menilai keberkesanan Pembelajaran Koperatif di dalam mata pelajaran

Kimpalan berbanding dengan pembelajaran secara tradisional yang berpusatkan guru.

24

Page 25: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini melaporkan analisis data dan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang

membandingkan kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan sikap pelajar

terhadap mata pelajaran Amalan Bengkel Mesin (ABM). Ianya dimulakan dengan

penerangan mengenai subjek kajian diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan

objektif kajian.

4.2 Latar Belakang Responden.

Data mengenai latar belakang responden diperolehi berdasarkan soal selidik yang

diedarkan pada akhir tempoh kajian. Jadual 4.1 menunjukkan bilangan dan peratus

responden mengikut strategi pembelajaran dan jantina.

Jadual 4.1: Taburan Subjek Mengikut Strategi Pembelajaran dan Jantina

Jantina

Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Tradisional

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

Lelaki 9 36.0 11 44.0

Perempuan 16 64.0 14 56.0

Jumlah 25 100 25 100

Responden kumpulan Pembelajaran Koperatif terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki

(36.0%) dan 16 orang pelajar perempuan (64.0%).

25

Page 26: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Manakala responden kumpulan kawalan terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki (44.0%)

dan pelajar perempuan (56.0%). Maka, dapat dilihat disini bahawa komposisi dari segi

jantina bagi kumpulan PK dan kumpulan kawalan adalah hampir sama, iaitu pelajar

perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki dalam kedua-dua kumpulan tersebut.

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Strategi Pembelajaran dan Keputusan

Peperiksaan Bulan Febuari Tingkatan 4 bagi Mata Pelajaran ABM

Jantina

Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Tradisional

Bilangan Peratus Bilangan Peratus

A 5 20.0 4 16.0

B 12 48.0 10 40.0

C 2 8.0 6 24.0

D 6 24.0 5 20.0

Jumlah 25 100 25 100

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut strategi pembelajaran

dan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu bagi mata pelajaran ABM. Bagi

kumpulan Pembelajaran Koperatif, seramai 5 orang pelajar (20.0%) mendapat pangkat A,

12 orang pelajar (48.0%) mendapat pangkat B, 2 orang pelajar (8.0%) mendapat pangkat

C dan 6 orang pelajar (24.0%) mendapat pangkat D.

Manakala bagi kumpulan Pembelajaran Tradisional (PT), 4 orang pelajar (16.0%)

mendapat pangkat A, 10 orang pelajar ((40.0%) mendapat pangkat B, 6 0rang pelajar

(24.0%) mendapat pangkat C dan 5 oarang (20.0%) mendapat pangkat D. Berdasarkan

data tersebut menunjukkan terdapat keseimbangan dari segi taburan responden yang

mendapat gred A, B, C dan D di dalam mata pelajaran ABM bagi kedua-dua kumpulan.

26

Page 27: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Taburan ini juga menggambarkan sebahagian besar pelajar yang mengambil kelas ABM

di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar yang berkebolehan sederhana di dalam mata

pelajaran ABM.

Berdasarkan data yang dilaporkan sebelum ini, dapatan ini menunjukkan bahawa

kumpulan PK terdiri daripada lebih ramai pelajar perempauan (64.0%) berbanding

pelajar lelaki (36.0%) . Manakala keputusan Peperiksaan Bulan Februari Tingkatan 4

menunjukkan kumpulan Pembelajaran Koperatif bagi mata pelajaran ABM 68.0% pelajar

mendapat gred A dan B, manakala 32.0% mendapat gred C dan D.

Kumpulan pembelajaran tradisional juga mempunyai lebih ramai pelajar perempuan

(56.0%) berbanding dengan pelajar lelaki (44.0%). Manakala keputusan Peperiksaan

Akhir Bulan Februari Tingkatan 4 menunjukkan kumpulan PT bagi mata pelajaran ABM

56.0% pelajar mendapat gred A dan B, manakala 44.0% mendapat gred C dan D.

4.3 Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap Prestasi.

Objektif kajian yang pertama ialah membandingkan kesan strategi Pembelajaran

Koperatif terhadap Prestasi. Bagi membandingkan kesan strategi Pembelajaran

Koperatif terhadap prestasi, hipotesis nol dinyatakan

4.3.1 Perbandingan Prestasi Pelajar Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran

Tradisional Pada Peringkat Awal Melalui Ujian Pra.

Bagi membandingkan kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap prestasi pelajar

pada peringkat awal melalui ujian pra, dinyatakan hipotesis nol sebagai:

H01: Tiada perbezaan yang signifikan antara pembelajaran koperatif

dengan prestasi pada peringkat awal melalui ujian pra.

27

Page 28: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.3: Ujian-t bagi Prestasi dengan Ujian Awal mengikut Strategi

Pembelajaran.

Strategi pembelajaran

Bilangan Min Sisihan piawai

Nilai t Darjah kebebasan

Signifikan

Pembelajaran

koperatif

25 48.6 7.87 .285 48 .05

Pembelajaran

tradisional

25 47.9 8.00

Skor prestasi responden diperolehi melalui Ujian Prestasi. Di dapati min kumpulan

Pembelajaran Koperatif ialah 48.6 manakala min kumpulan tradisional ialah 47.9

Daripada analisia data yang diperolehi t-kajian ialah .285 pada darjah kebebasan 48. Nilai

t-kajian lebih kecil daripada t-kritikal. Maka hipotesis nol H01 diterima. Ini menunjukkan

bahawa straetegi pembelajaran koperatif pada peringkat awal melalui ujian pra tidak

mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar pada peringkat awal.

4.3.2 Perbandingan Prestasi Pelajar Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran

Tradisional Selepas Pengajaran Melalui Ujian Post.

Bagi membandingkan kesan Strategi PK terhadap prestasi pelajar pada peringkat akhir

selepas pengajaran melalui ujian post dalam hipotesis nol dinyatakan sebagai :

H02: Tiada perbezaan yang signifikan antara Pembelajaran Koperatif

dengan prestasi selepas pengajaran melalui ujian post.

28

Page 29: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.4: Ujian-t bagi Prestasi dengan Ujian Post mengikut Strategi

Pembelajaran.

Strategi pembelajaran

Bilangan Min Sisihan piawai

Nilai t Darjah kebebasan

Signifikan

Pembelajaran

Koperatif

25 67.7 8.91 -6.54 48 .05

Pembelajaran

tradisional

25 84.6 9.367

Skor prestasi responden diperolehi melalui Ujian Prestasi. Daripada analisia data yang

diperolehi t-kajian ialah -6.54 pada darjah kebebasan 48. Nilai t-kajian lebih besar

daripada t-kritikal. Maka hipotesis nol H02 ditolak. Ini menunjukkan bahawa strategi

Pembelajaran Koperatif selepas pengajaran melalui ujian post adalah mempunyai

hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar pada akhir selepas strategi

pembelajaran koperatif dijalankan. Ini menunjukkan kelas yang menjalankan

pembelajaran koperatif lebih tinggi pencapaiannya berbanding kelas yang menjalani

pembelajaran secara tradisional.

4.3 Keberkesanan Perlaksanaan Pembelajaran Koperatif Mengikut Persepsi

Pelajar.

Objektif kajian yang seterusnya ialah mendapatkan maklumbalas pelajar mengenai

keberkesanan perlaksanaan pembelajaran koperatif. Maklumbalas diperolehi melalui dua

soalan selidik yang berbentuk soalan terbuka. Pertama, soal selidik yang bertajuk

“Persepsi Terhadap Pembelajaran Koperatif” bagi pelajar kumpulan Pembelajaran

Koperatif. Kedua soal selidik yang bertajuk “Persepsi Terhadap Mata Pelajaran ABM’

bagi pelajar PK dan PT.

29

Page 30: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Di dalam kajian ini, keberkesanan perlaksanaan PK dilihat dari segi pengalaman pelajar

telah menyertai PK, elemen-elemen yang membantu keberkesanan PK (pembahagian

kumpulan, kuiz secara individu, pengiraan skor kumpulan dan penghargaan kumpulan),

perubahan minat pelajar kumpulan PK serta pemilihan cara belajar yang lebih digemari

oleh pelajar.

4.3.1 Pengalaman Pelajar yang Telah menyertai Pembelajaran Koperatif.

Persepsi pelajar berkaitan dengan pengalaman menyertai PK diperolehi berdasar soalan

di dalam soal selidik “Pandangan Terhadap Pembelajaran Koperatif” iaitu “Ceritakan

pengalaman anda semasa menyertai pembelajaran kopeartif”

Berdasarkan maklum balas untuk soalan tersebut, pengkaji mengenalpasti tema dan

mengkategorikan tema tersebut kepada empat. Ia terdiri daripada pengalaman positif,

pengalaman yang kurang menyenangkan, pengalaman bercampur dan pengalaman biasa.

Sesuatu maklumbalas dianggap sebagai pengalaman yang positif apabila pelajar

menceritakan tentang keseronokan mengikuti PK dan faedah yang diperolehi tanpa

menyatakan sebarang masalah atau ketidaksenangan yang dialami.

Jadual 4.5: Pengalaman Kumpulan Pembelajaran Koperatif Ketika Mengikuti

Pembelajaran Koperatif.

Kategori Maklumbalas Bilangann=25

Peratus

Pengalaman positif 17 68.0

Pengalaman kurang menyenangkan 2 8.0

Pengalaman bercampur 4 16.0

Pengalaman biasa 1 4.0

Tiada maklumbalas 1 4.0

30

Page 31: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Merujuk Jadual 4.5 jelas menunjukkan bahawa 68% daripada 25 orang pelajar yang

mengikuti strategi PK menceritakan pengalaman positif yang mereka alami.

Manakala pengalaman yang kurang menyenangkan merujuk maklumbalas yang

menyatakan PK tidak memberi kesan yang baik kepada pelajar dan hanya meceritakan

masalah yang dihadapi ketika PK dijalankan. Hanya 8% sahaja pelajar yang yang

mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan. Kategori pengalaman bercampur

aiaitu sebanyak 16% terdiri daripada maklumbalas yang menceritan keberkesanan PK

kepada diri pelajar dan pada masa yang sama mereka juga menyatakan masalah yang

dihadapi. Pengalaman biasa iaitu 4% merujuk kepada pernyataan yang memberi maksud

bahawa penglibatan pelajar di dalam PK tidak memberi apa-apa makna kepada diri

mereka.

Dapatan kajian yang menunjukkan peratusan yang tinggi bagi pengalaman positif

menggambarkan Pembelajaran Koperatif diterima baik oleh pelajar .

4.4 Elemen-elemen Yang Membantu Keberkesanan Pembelajaran Koperatif

Elemen-elemen yang dapat membantu keberkesanan Pembelajaran Koperatif di dalam

mata pelajaran ABM diperolehi berdasarkan maklumbalas pelajar kumpulan

Pembelajaran Koperatif berdasarkan soalan , “Nyatakan pandangan anda untuk perkara

berikut sepanjang Pembelajaran Koperatif : pembahagian kumpulan, membuat latihan

secara kumpulan, kuiz, pengiraan skor kumpulan, penggunaan pelekat bintang sebagai

penghargaan kumpulan, pengunaan bahan Bantu mengajar dan pengajaran guru’.

Manakala maklum balas pelajar kumpulan tradisional diperolehi berdasarkan soalan

‘Nyatakan pandangan anda untuk perkara berikut dalam mata pelajaran sains: membuat

latihan secara individu, kuiz, penggunaan bahan Bantu mengajar dan pengajaran guru’

31

Page 32: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

4.4.1 Pembahagian Kumpulan

Di bawah strategi Pembelajaran Koperatif, pelajar dibahagikan kepada beberapa

kumpulan kecil terdiri daripada lima orang pelajar. Setiap kumpulan terdiri daripada

pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan jantina.

Jadual 4.6: Persepsi Terhadap Pembahagian Kumpulan Pembelajaran Koperatif

Kategori Maklumbalas Bilangann=25

Peratus

Setuju 17 68.0

Tidak bersetuju 4 16.0

Pandangan bercampur 2 8

Tiada maklumbalas 1 4.0

Dengan merujuk kepada Jadual 4.6, didapati 68.0% pelajar kumpulan Pembelajaran

Koperatif bersetuju dengan cara pembahagian kumpulan yang ditentukan oleh pengkaji.

Sesuatu maklumbalas dianggap sebagai setuju apabila pelajar menyatakan bahawa ianya

baik, bagus atau menceritakan kebaikan yang diperolehi daripada pembahagian kumpulan

itu atau sesuatu yang positif mengenai kumpulan mereka.

Manakala 16.0% pelajara kumpulan PK didapati tidak bersetuju dengan pembahagian

kumpulan yang ditentukan oleh pengkaji. Maklumbalas yang dianggap sebagai tidak

bersetuju, tidak baik, tidak adil dan menceritakan masalah yang dihadapi daripada

pembahagian kumpulan tersebut.

Kategori maklum balas yang dikira sebagai pandangan bercampur iaitu sebanyak 8.0%

terdiri daripada maklum balas yang menyatakan pelajar bersetuju dengan pembahagian

tetapi turut menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

32

Page 33: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

4.4.2 Membuat Latihan Secara Berkumpulan dan Secara Individu.

Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berkenaan persepsi pelajar kumpulan PK

terhadap aktiviti membuat latihan secara berkumpulan dan persepsi pelajar kumpulan

pembelajaran tradisional terhadap aktiviti membuat latihan secara individu.

Jadual 4.7: Pandangan Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Aktiviti

Membuat Latihan Secara Berkumpulan

Kategori Maklumbalas Bilangann=25

Peratus

Reaksi positif 15 60.0

Kurang bersetuju 5 20.0

Reaksi bercampur 3 12.0

Tiada maklumbalas 2 8.0

Jadual 4.7, menunjukkan 60.0% pelajar kumpulan PK memberikan reaksi positif terhadap

latihan secara berkumpulan. Sesuautu maklum balas dikategorikan sebagai reaksi yang

positif apabila pelajar menyatakan ianya bagus, berkesan, bersetuju dengan aktiviti itu

dan menceritakan manfaat daripada latihan berkumpulan untuk diri mereka.

Hanya 20.0% pelajar kumpulan PK memberi reaksi kurang bersetuju dengan aktiviti

secara kumpulan. Maklum balas yang dianggap sebagai kurang bersetuju dengan aktiviti

tersebut ialah dengan aktiviti tersebut ialah apabila pelajar menyatakan ianya tidak bagus,

tidak bersetuju, lebih gemar membuat latihan secara individu, tidak berkesan dan

menceritakan masalah yang dihadapi di dalam kumpulan mereka atau aspek negatif yang

berkait dengan aktiviti tersebut.

Kategori maklum balas yang dianggap sebagai reaksi bercampur iaitu sebanyak 12.0%

merujuk kepada pernyataan pelajar yang bersetuju dengan aktiviti berkumpulan tetapi

turut menceritakan masalah yang dihadapi. Pelajar yang menyatakan bahawa mereka

menggemari latihan secara individu dan berkumpulan juga dikategorikan sebagai reaksi

bercampur.33

Page 34: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.8: Pandangan Kumpulan Pembelajaran Tradisional Terhadap Aktiviti

Membuat Latihan Secara Individu

Kategori Maklumbalas Bilangann=25

Peratus

Reaksi positif 12 48.0

Kurang bersetuju 10 40.0

Reaksi bercampur 3 12.0

Pada masa yang sama Jadual 4.8, menunjukkan 48.0% pelajar kumpulan PT memberikan

reaksi kurang bersetuju terhadap latihan secara individu. Sesuatu maklum balas

dikategorikan sebagai kurang bersetuju dengan aktiviti tersebut ialah apabila pelajar

menyatakan ianya tidak bagus, tidak baik, tidak berkesan, lebih gemar berbincang dengan

kawan-kawan dan menceritakan masalah yang dihadapi ketika membuat latihan individu.

Kategori maklum balas yang dianggap sebagai reaksi bercampur iaitu sebanyak 12.0%

merujuk kepada pernyataan pelajar yang menyatakan kebaiakan dan kelemahan aktiviti

tersebut. Pelajar yang menyatakan kecenderungan kepada membuat latihan secara

individu dan berkumpulan juga dikategorikan sebagai reaksi bercampur.

4.4.3 Kuiz Secara Individu

Bahagian ini melaporkan dapatan kajian berkenaan pandangan pelajar kumpulan PK dan

PT terhadap aktiviti kuiz secara individu. Setelah pelajar membuat latihan secara

berkumpulan atau secara individu, bergantung kepada kumpulan Amali yang ditetapkan,

pelajar diberi masa 15 minit untuk menjawab soalan kuiz.

34

Page 35: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.9: Pandangan Terhadap Kuiz Mengikut Strategi Pembelajaran.

Kategori maklum balas

Pembelajaran

Koperatif

Pembelajaran

Tradisional Jumlah

n= 25 % n= 25 % n= 50 %

Bersetuju 23 92.0 18 72.0 41 82.0

Tidak bersetuju 1 4.0 4 16.0 5 10.0

Pandangan bercampur 1 4.0 2 8.0 3 6.0

Tiada maklum balas - - 1 4.0 1 2.0

Jadual 4.8 menunjukkan kebanyakkan pelajar (82.0%) dari kumpulan PK dan PT

bersetuju dengan aktiviti kuiz secara individu. Sesuatu maklum balas dianggap sebagai

bersetuju apabila pelajar menyatakan ianya baik, bagus dan menceritakan kebaikan yang

diperolehi daripada aktiviti kuiz. Peratusan yang tinggi ini menunjukkan pelajar

kumpulan PK dan PT menerima dengan baik aktiviti kuiz secara individu. Peratus pelajar

kumpulan PK yang bersetuju adalah lebih tinggi iaitu 92.0% dengan pelajar kumpulan PT

iaitu 82.0%.

Manakala pelajar yang tidak bersetuju dengan aktiviti kuiz seramai 10.0% sahaja.

Maklumbalas yang dianggap sebagai pengalaman bercampur iaitu sebanyak 6.0% ialah

apabila pelajar menyatakan kedua-dua aspek positif dan negatif kuiz.

4.4.4 Penggunaan Pelekat Bintang Sebagai Penghargaan Kumpulan

Kumpulan yang mendapat skor yang memenuhi kriteria tertentu diberi penghargaan sama

ada goodteam, greatteam, superteam. Seterusnya penghargaan tersebut dikenalpasti

dengan pelekat bintang.

35

Page 36: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.10: Pandangan Kumpulan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pelekat Bintang

sebagai Penghargaan Kumpulan.

Kategori Maklumbalas Bilangann=25

Peratus

Bersetuju 16 64.0

Tidak bersetuju 3 12.0

Tiada maklum balas 6 24.0

Merujuk kepada Jadual 4.10, didapati 64.0% pelajar kumpulan PK bersetuju dengan

penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan. Pelajar dianggap setuju

dengan penggunaan tersebut apabila pelajar menyatakan ianya sebagai baik, bagus dan

menceritakan kesan positif pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan. Maklumbalas

tidak bersetuju terdiri daripada pernyataan pelajar yang menganggap ianya tidak baik

tidak bagus, tidak berkesan dan menceritakan aspek negatif mengenai pelekat bintang.

4.4.5 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar yang utama yang digunakan di dalam kajian ini adalah kertas

mahjung dan kertas edaran. Kertas mahjung digunakan sebagai jalan kerja guru,

memperkenalkan konsep dengan peta minda. Di dalam menyediakan kertas mahjung

untuk aktiviti berkumpulan, guru juga menggunakan kertas warna. Kertas edaran

digunakan untuk nota isi pelajaran dan latihan.

36

Page 37: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.11: Pandangan Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Mengikut

Strategi Pembelajaran.

Kategori maklum balas

Pembelajaran

Koperatif

Pembelajaran

Tradisional Jumlah

n= 25 % n= 25 % n= 50 %

Bersetuju 18 72.0 15 60.0 41 66.0

Tidak bersetuju 4 16.0 5 20.0 5 36.0

Pandangan bercampur 2 8.0 3 12.0 3 10.0

Tiada maklum balas 1 4.0 2 8.0 1 6.0

Jadual 4.11 menunjukkan kebanyakan pelajar (66.0%) dari kumpulan PK dan PT

bersetuju dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Peratusan yang tinggi ini

menunjukkan pelajar kumpulan PK dan PT menerima dengan baik penggunaan bahan

bantu mengajar. Peratusan pelajar kumpulan PK yang bersetuju lebih tinggi iaitu 72.0%

berbanding dengan pelajar kumpulan PT iaitu 60.0%.

4.5 Perubahan Minat Untuk Belajar Amalan Bengkel Mesin (ABM)

Secara keseluruhannya, pengkaji ingin mengenalpasti sama ada terdapat perubahan minat

untuk belajar sains bagi kumpulan PK dan PT. Maklum balas pelajar diperolehi

berdasarkan soalan: ’Adakah anda merasa berminat atau bersungguh untuk belajar ABM

pada semester ini? Mengapa?

37

Page 38: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.12: Perubahan Minat untuk Belajar ABM Mengikut Strategi

Pembelajaran

Kategori maklum balas

Pembelajaran

Koperatif

Pembelajaran

Tradisional Jumlah

n= 25 % n= 25 % n= 50 %

Lebih berminat 19 76.0 16 64.0 35 70.0

Tidak berubah 6 24.0 7 28.0 13 26.0

Tiada maklum balas - 8.0 2 8.0 2 8.0

Jadual 4.12 menunjukkan 70.0% pelajar daripada kedua-dua kumpulan menyatakan

bahawa mereka lebih berminat untuk belajar di dalam semester tersebut iaitu selepas

mengikuti Pembelajaran Koperatif. Peratusan yang tinggi ini menandakan satu kesan

positif. Dapatan ini ini menggambarkan bahawa masih terdapat ruang bagi guru ABM

untuk menarik minat pelajar tehadap mata pelajaran tersebut.

4.6 Pemilihan Cara Belajar yang lebih digemari

Secara keseluruhannya, pengkaji ingin mengenal pasti pemilihan cara belajar yang lebih

digemari oleh pelajar bagi mata pelajaran ABM. Maklum balas pelajar diperolehi

berdasarkan soalan.’Adakah anda lebih gemar belajar secara berkumpulan atau secara

individu? Mengapa?

38

Page 39: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Jadual 4.13: Pemilihan Cara Belajar Mengikut Strategi Pembelajaran.

Kategori maklum balas

Pembelajaran

Koperatif

Pembelajaran

Tradisional Jumlah

n= 25 % n= 25 % n= 50 %

Berkumpulan 11 44.0 10 40.0 21 42.0

Individu 6 24.0 8 32.0 14 28.0

Kedua-dua cara 5 20.0 7 28.0 12 24.0

Tiada maklum balas 1 4.0 - 1 4.0

Jadual 4.13 menunjukkan kebanyakkan pelajar (42.0%) daripada kedua-dua kumpulan

lebih suka belajar secara berkumpulan.Peratusan pelajar kumpulan PK (44.0%) yang

memilih yang memilih cara belajar berkumpulan lebih tinggi berbanding dengan pelajar

kumpulan PT. Jika dilihat dari segi peratusan, pelajar kumpulan PT yang gemar kepada

cara belajar berkumpulan juga agak tinggi. Implikasi daripada dapatan ini guru ABM

perlu kecenderungan pemilihan cara belajar tersebut dengan mewujudkan aktiviti kerja

berkumpulan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.7 Rumusan

Secara umumnya, PK didapati memberi kesan yang baik terhadap prestasi pelajar

berbanding PT. Manakala di dalam aspek pencapaian kumpulan PT didapati mempunyai

konsep kendiri akademik yang lebih tinggi berbanding kumpulan PK. Jika dilihat dari

aspek perlaksanaan PK, kebanyakan pelajar kumpulan PK memberikan pandangan positif

yang mana ini menggambarkan pelajar dapat menerima penggunaan PK dengan baik.

39

Page 40: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan

Bahagian ini menerangkan sepintas lalu tujuan kajian, metodologi yang digunakan dan

rumusan dapatan kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan

dan diakhiri dengan rumusan keseluruhan untuk laporan kajian ini.

5.2 Ringkasan Kajian.

Melihat kepada kepentingan pendidikan Amalan Bengkel Mesin (ABM) dalam konteks

pembangunan negara dan dalam merealisasikan wawasan 2020, salah satu aspek yang

menjadi tumpuan kajian ialah peranan pendidikan ABM dalam mencapai matlamat di

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenalpasti salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpotensi

melahirkan individu yang seimbang dalam aspek intelek dan emosi dengan memberi

fokus kepada pendidikan Kejuruteraan.

Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mendapat perhatian

ramai serta disokong oleh banyak kajian empirik ialah strategi Pembelajaran Koperatif.

Secara umumnya, PK merupakan satu strategi yang melibatkan pembelajaran secara

berkumpulan dalam bentuk yang berstruktur. Walaupun PK dikatakan terbukti

meningkatkan pencapaian pelajar, konsep kendiri, sikap dan hubungan social, namun

kebanyakan kajian tersebut dilakukan di negara barat. Kajian mengenai PK yang

dijalankan di dalam negara lebih tertumpu kepada aspek pencapaian dan tidak

mengkhusus kepada pendidikan sains. Justeru itu kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti keberkesanan PK di dalam pendidikan Kejuteraan khususnya di peringkat sekolah

menengah.

40

Page 41: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Di dalam kajian ini, keberkesanan PK diukur dari aspek prestasi, konsep kendiri

akedemik dan hubungan sosial pelajar. Memandangkan aspek perlaksanaan PK di dalam

kelas perlu diambil kira, maka kajian ini juga mendapat pandangan daripada para pelajar

yang terlibat mengenai factor-faktor yang membantu keberkesanan strategi tersebut.

Secara lebih khusus, objektif kajian adalah seperti berikut.

a) Membandingkan kesan strategi PK terhadap prestasi.

b) Membandingkan kesan strategi PK terhadap hubungan sosial pelajar

c) Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan PK mengikut persepsi pelajar.

5.3 Kesan Strategi PK yang Berkaitan dengan Aspek Sosial.

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek

sosial adalah dari segi berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan,

bekerjasama dan Bantu membantu, dapat meluaskan pergaulan dengan rakan sekelas,

belajar untuk menyesuaikan diri dan wujud persaingan yang sihat antara kumpulan.

Aspek sosial yang pertama adalah dari segi peluang untuk berinteraksi. Strategi PK

mewujudkan satu suasana yang menggalakkan pelajar untuk berbincang masalah

pelajaran dengan rakan sekumpulan mereka. Di dalam kumpulan mereka, pelajar

berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan menyatakan pendapat masing-masing.

Pelajar juga tidak merasa keberatan untuk bertanya rakan-rakan mereka dan tidak

bergantung kepada guru semata-mata.

Aspek sosial yang kedua adalah mengenai sikap bekerjasama dan bantu membantu antara

satu sama lain. Pelajar yang lemah menyatakan mereka banyak mendapat tunjuk ajar

daripada rakan yang lebih pandai. Manakala pelajar yang berkebolehan tidak merasa

keberatan untuk membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan bantuan mereka.

41

Page 42: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Aspek sosial yang ketiga adalah berkenaan dengan pergaulan pelajar kumpulan PK

dengan rakan sekelas yang lebih luas di bawah strategi PK, kumpulan pelajar terdiri

daripada tahap kebolehan berbeza. Maka, melalui kerjasama dan perbincangan di dalam

kumpulan tersebut pelajar mula mengenali rakan-rakan lain sebelum ini tidak pernah

berinteraksi. Mereka juga mula memahami rakan-rakan sekumpulan dengan lebih

mendalam lagi.

Aspek sosial yang keempat ialah berhubung dengan penyesuaian pelajar dengan rakan-

rakan sekumpulan. Terdapat pelajar yang berada di dalam kumpulan yang agak asing

bagi mereka yang mana rakan sekumpulan bersifat mementingkan diri sendiri merasa

kekok dan malu untuk bertanya. Namun begitu, dengan berlalunya masa strategi PK

membantu mereka untuk belajar menyesuaikan diri di dalam kumpulan mereka dan

rakan-rakan mereka juga belajar untuk bertolak ansur.

Aspek sosial yang kelima, adalah wujudnya persaingan yang sihat antara kumpulan.

Pelajar dapat merasakan persaingan yang wujud antara kumpulan mereka dan berlumba-

lumba untuk meningkatkan prestasi mereka.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar kumpulan PK dari aspek

social menunjukkan bahawa sememangnya pelajar gemar berinteraksi dengan rakan-

rakan semasa pembelajaran. Selain daripada itu, apabila pelajar kerap berinteraksi dengan

rakan sekumpulan menyebabkan mereka lebih kenal-mengenali dan saling faham-

memahami.

42

Page 43: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.4 Perbincangan Dapatan Kajian

Berikut adalah ringkasan bagi dapatan kajian berdasarkan objektif kajian.

a. Strategi PK memberi kesan terhadap prestasi pelajar.

b. Strategi PK memberi kesan terhadap konsep kendiri akademik pelajar.

c. Secara keseluruhan, bagi pelajar PK, mereka berpendapat PK merupakan satu

strategi pembelajaran yang berkesan di pendidikan sains.

Dari segi pengalaman mengikuti PK, kebanyakan pelajar mendapat pengalaman

positif.

i. Kebanyakan pelajar bersetuju bahawa elemen-elemen di dalam PK

memberi manfaat kepada mereka.

ii. Kebanyakan pelajar menganggap mereka lebih berminat untuk belajar

Amalan Bengkel Mesin.

iii. Kebanyakan pelajar lebih menggemari cara belajar berkumpulan.

Dapatan kajian dibincangkan sekitar kesan PK terhadap prestasi dan hubungan social.

Ulasan berkaitan dengan pandangan pelajar terhadap perlaksanaan PK dikemukakan

ketika membincangkan dapatan-dapatan tersebut.

43

Page 44: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.5 Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi kumpulan PK lebih tinggi dan

signifikan berbanding dengan pelajar kumpulan PT. Maka , ini menyokong dapatan

kajian lepas yang melibatkan mata pelajaran ABM yang dijalankan di dalam negara, (Siti

Rahayah, 1998) dan di luar negara, contohnya mata pelajaran ABM dan matematik

(Chang dan Mao,1999). Implikasi dapatan ini adalah penting kerana ia mencadangkan

bahawa PK wajar digunakan di dalam kelas khususnya didalam matapelajaran A

Keberkesanan PK di dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar boleh dikaitkan

dengan kesan strategi tersebut ke atas motivasi pelajar untuk belajar dan elemen-elemen

di dalam PK berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar berdasarkan

teori saling bergantung sosial (Slavin, 1996).

Di dalam kajian ini, pelajar kumpulan PK menyatakan bahawa antara pengalaman yang

mereka lalui dalah wujud kerjasama di dalam kumpulan dan mereka kerap berbincang

serta bertukar-tukar pendapat. Ketia membuat latihan secara kumpulan khususnya, antara

aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK adalah latihan berkumpulan

menggalakkan pelajar berbincang sesama rakan, dapat membantu pelajar membina sikap

tolong menolong dan memberi peluang pelajar bertanya kepada rakan sekumpulan.

Maka, pengalaman pelajar kumpulan PK di dalam kajian ini jelas menyokong teori saling

bergantung sosial.

PK berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana dengan adanya interaksi sesama

mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar. Menurut kepada

teori kognitif, (Slavin,1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar

pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka menguasi konsep-konsep

penting. Di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif juga, Woolfolk (1995)

44

Page 45: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses

berfikir pelajar.

Dengan kata lain, kesan PK ke atas pencapaian dapat dikaitkan dengan perlaksanaan PK

yang mengkehendaki pelajar yang berbeza tahap kebolehan duduk di dalam satu

kumpulan.

Di dalam kumpulan tersebut wujud suasana yang menggalakkan pelajar berbincang,

bertanya kepada rakan-rakan, memberi pandangan, menyemak sebarang kesilapan yang

dilakukan serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masalah

pembelajaran. Berbanding dengan suasana di dalam kumpulan tradisional yang berbentuk

individu, pelajar melihat guru mereka sebagai satu-satunya sumber rujukan dan kurang

berlaku interaksi antara sesame pelajar melainkan dengan rakan baik mereka sahaja.

Apa yang dapat dirumuskan disini, dapatan kajian yang menunjukkan pencapaian pelajar

kumpulan PK yang lebih tinggi daripada pelajar kumpulan tradisional dapat dijelaskan

dengan pernyataan yang diberikan oleh pelajar kumpulan PK. Pada masa yang sama,

pernyataan-pernyataan tersebut konsisten dengan teori-teori yang telah dibincangkan.

5.6 Pengalaman Pelajar yang Menyertai Pembelajaran Koperatif

Berdasar maklum balas yang di kategorikan sebagai pengalaman positif dan pengalaman

bercampur, pengkaji telah mengelaskan kebaikan atau manfaat yang diperolehi oleh

pelajar kepada 3 aspek utama. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah manfaat yang

berkaitan dengan pelajaran (kognitif), kawan sekelas (sosial) dan sikap atau perasaan

(afektif)

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek

kognitif adalah dari segi dapat membantu menambahkan pemahaman terhadap ABM,

membantu meningkatkan prestasi, pelajar dapat menyelesaikan soalan tugasan dan

menjadikan pelajar lebih memberi tumpuan dalam kelas.

45

Page 46: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan aspek

sosial adalah dari segi berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan,

bekerjasama dan Bantu membantu, dapat meluaskan pergaulan dengan rakan sekelas,

belajar untuk menyesuaikan diri dan wujud persaingan yang sihat antara kumpulan.

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan afektif

adalah dari segi merasa seronok mengikuti pembelajaran, lebih berminat untuk belajar,

dapat meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidak membosankan dan merasa tidak

cepat berputus asa.

5.7 Elemen-elemen Yang Membantu Keberkesanan Pembelajaran Koperatif.

Berdasarkan maklum balas yang dikategorikan sebagai bersetuju, pengkaji telah

mengenalpasti elemen-elemen yang dapat membantu keberkesanan PK di dalam

matapelajaran sains ialah pembahagian kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan,

kuiz, pengiraan skor kumpulan, penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan

kumpulan.

Antara aspek-aspek positif yang dinyatakan oleh pelajar kumpulan PK adalah

mewujudkan sikap bekerjasama sesama ahli kumpulan , membina suasana pengajaran

rakan sebaya, menggalakkan suasana perbincangan dan merapatkan hubungan dengan

rakan sekelas termasuk pelajar yang berbeza jantina.

46

Page 47: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.8 Pemilihan Cara Belajar yang lebih digemari

Terdapat tiga sebab utama yang menerangkan mengapa pelajar lebih suka belajar secara

berkumpulan. Pertama, melalui pembelajaran secara berkumpulan pelajar dapat bertukar-

tukar pendapat dan berbincang terutama apabila menghadapi masalah dalam sains. Sebab

yang kedua, dengan adanya kumpulan tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk

bertanya kepada rakan-rakan sekiranya pelajar kurang faham. Sebab ketiga yang utama

adalah, pelajar berpendapat suasana tolong-menolong wujud di kalangan pelajar melalui

pembelajaran kumpulan.

Bagi pelajar yang gemar cara belajar secara individu, terdapat tiga sebab utama yang

diberikan bagi pemilihan tersebut. Pertama, pelajar berpeluang untuk memberi lebih

tumpuan kepada pelajaran melalui pembelajaran secara individu. Sebab yang kedua,

pelajar berpendapat pembelajaran secara berkumpulan menyebabkan masa mereka

terbuang kerana berbual-bual berkenaan perkara yang tidak berkaitan dengan

pembelajaran. Sebab yang ketiga, pelajar dapat belajar dengan lebih tenang melalui

pembelajaran secara individu.

Berdasarkan sebab-sebab pemilihan cara belajar yang diberikan oleh pelajar sama ada

secara berkumpulan atau individu dapat dirumuskan di sini bahawa setiap pelajar

mempunyai cara pembelajaran tersendiri yang digemari dan kecenderungan tersebut

adalah berdasarkan sebab-sebab yang tertentu. Maka, di dalam merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu peka kepada kecenderungan pelajar berusaha

memastikan aktiviti kerja kumpulan atau kerja individu dilaksanakan dalam situasi yang

membantu proses pembelajaran pelajar.

47

Page 48: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.9 Masalah yang Dihadapi Di Dalam Pembelajaran Koperatif

Berdasarkan maklumat dan maklum balas yang dikategorikan sebagai pengalaman yang

kurang menyenangkan dan pengalaman bercampur, dapat dikenalpasti beberapa masalah

yang dinyatakan oleh pelajar. Masalah tersebut dapat dikategorikan kepada yang

berkaitan dengan kawan sekelas.

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar kumpulan PK ialah dari segi tiada kerjasama

di dalam kumpulan, kurang perbincangan yang wujud, pelajar diketepikan serta terdapat

pelajar membuat kerja lain pada masa kerja kumpulan.

Masalah pertama adalah berhubung dengan tiadanya kerjasama di dalam kumpulan.

Walaupun strategi PK menggalakkan pelajar bekerjasama sesame ahli kumpulan, namun

begitu terdapat juga kumpulan yang menghadapi masalah dalam hal pelajar. Pelajar tidak

berpuashati kerana terdapat segelintir rakan sekumpulan mereka yang enggan

memberikan kerjasama.

Masalah kedua ialah dari segi perbincangan di dalam kumpulan. Terdapat pelajar

menyatakan bahawa kurangnya berlaku perbincangan antara ahli di dalam kumpulan

mereka. Keadaan ini dikaitkan dengan walaupun pelajar diberi masa bersemuka di dalam

kumpulan mereka, namun terdapat kumpulan yang kurang berjaya menjalinkan hubungan

yang rapat sesame ahli. Pelajar berpendapat oleh kerana mereka pada awal-awal lagi

bukan berkawan rapat maka mereka merasa kesukaran untuk bekerjasama dan berbincang

di dalam ahli kumpulan.

Masalah ketiga yang timbul adalah terdapat pelajar yang membuat kerja lain yang tidak

berkaitan dengan pelajaran ketika aktiviti berkumpulan. Mereka lebih suka bermain-main

atau berbincang tentang hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran

48

Page 49: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.10 Implikasi Dapatan Kajian

Implikasi daripada dapatan-dapatan ini , guru ABM perlu mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas. Stretegi yang digunakan

tidak seharusnya terhad kepada penyampaian isi kandungan secara kuliah semata-mata

kerana ingin menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengambil kira tahap kefahaman

pelajar dan lebih tertumpu kepada latih-tubi secara individu. Guru juga perlu

menggunakan strategi Pembelajaran Koperatif di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana strategi tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu

meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula strategi tersebut selaras dengan konsep

KBSM dan konsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja kumpulan.

5.11 Cadangan Kajian Lanjutan

5.11.1 Cadangan Supaya Pembelajaran Koperatif Dilaksanakan di

Malaysia

Berdasarkan dapatan kajian yang menunujukkan prestasi pelajar kumpulan PK lebih

tinggi dan signifikan berbanding dengan kumpulan PT, implikasi di sini menunujukkan

PK boleh dijadikan sebagai salah satu alternative kepada strategi yang sedia digunakan di

dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan ABM.

Oleh kerana PK selari dengan konsep KBSM dan sekolah bestari, maka pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada di

dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru.

Pihak kementerian juga perlu memberikan latihan dalam perkhidmatan atau kursus

jangka pendek kepada guru–guru ABM yang sedia ada bagi membantu mereka

menguasai penggunaan PK. Imbuhan perlu diberikan sebagai penghargaan kepada guru-

guru yang berusaha menggunakan strategi pengajaran yang baru. Ini akan menggalakkan

guru utntuk bersikap inovatif dan kreatif dalam meningkatkan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas mereka.

49

Page 50: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

5.12 Rumusan

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan Pembelajaran Koperatif terhadap prestasi,

konsep kendiri akademik dan hubungan sosial pelajar di dalam pendidikan ABM.Persepsi

pelajar terhadap perlaksanaan PK juga diambil kira bagi melihat sejauh mana PK

praktikal untuk dilaksanakan di dalam kelas. Berdasarkan maklum balas yang diberikan

oleh pelajar dan disokong oleh keputusan pencapaian yang tinggi, PK wajar dijadikan

sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan ABM.

50

Page 51: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

RUJUKAN 

Chan Fook Cheong (1983). Amali dalam Pendidikan Kejuruteraan. Berita Kejuruteraan, Disember 1983 

Gan Siowck Lee (1983). Bengkels. Jurnal Masalah Pendidikan U.M. 10, 1982/1983 

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Huraian Sukatan Pelajaran Amalan Bengkel Kejuruteraan Tingkatan V. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Kajian keberkesanan penggunaan Bengkel Kejuruteraan di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

 

Poh Swee Hiang (1998). Pedagog Kejuruteraan: Penilaian dan pengurusan kurikulum Kejuruteraan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

 

Siow Heng Loke (1985). Peranan Bengkel Kejuruteraan. Jurnal Masalah Pendidikan U.M. 11, 1984/1985

 

Wellington, J. (1989). Skills and processes in Engineering education. London: Routledge. 

Aliamah Adusiah Saliehan. 1996. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan teknik Pengajaran secara kooperatif dalam meningkatkan tahap penguasaan Tatabahasa Melayu di kalangan kanak-kanak pemulihan tahun Tiga.Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pend. Khas UKM Bangi.

Ida bt. Fazil. 1995. An experimental study of the effectiveness of cooperative learning in anhancing the level of performance of Form one student and its effect on racial intergration. Latihan Ilmiah UKM Bangi

Jamilah Karim. 1993. A case study on the use and the effectiveness of cooperative learning in the form 1 ESL writing class. Latihan Ilmiah Bed, TESL UKM Bangi.

51

Page 52: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Lampiran C

Soalselidik Pelajar(Persepsi pelajar terhadap Matapelajaran Amalan Bengkel Mesin)

  Profail Pelajar:

Nama:…………………………………………………………….

Tingkatan:………………………………………………………..

Jantina :…………………………………………………………..

Bangsa:…………………………………………………………..

Umur :…………………………………………………………..

Gred Dalam ABK bln 2:………………………………….

Pekerjaan Bapa :………………………………………………..

Pekerjaan Ibu :………………………………………………..

Maklumbalas Pelajar Jawab semua soalan. Sila memberi maklumbalas secara jujur dan ikhlas; kerjasama anda sangat dihargai.

1. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai pembelajaran tradisional.  

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

…………

2. Nyatakan pandangan anda untuk perkara berikut dalam matapelajaran sains: membuat latihan secara individu, kuiz, penggunaan bahan Bantu mengajar dan pengajaran guru.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

52

Page 53: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………

3. Adakah anda merasa lebih berminat atau bersungguh untuk belajar ABM pada

semester ini? Mengapa?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………

4. Adakah anda lebih gemar belajar secara berkumpulan atau secara individu ? Mengapa?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

…………………………………

53

Page 54: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Lampiran D

Soalselidik Pelajar(Persepsi terhadap Pembelajaran Koperatif)

Maklumbalas Pelajar Jawab semua soalan Sila memberi maklumbalas secara jujur dan ikhlas; kerjasama anda sangat dihargai.

1. Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai pembelajaran koperatif  

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………

2. Nyatakan pandangan anda untuk perkara berikut sepanjang pembelajaran

koperatif : pembahagian kumpulan, membuat latihan secara berkumpulan, kuiz,

penggunaan pelekat bintang sebagai penghargaan kumpulan, penggunaan bahan

Bantu mengajar dan pengajaran guru.

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………

3. Adakah anda merasa lebih berminat atau bersungguh untuk belajar ABM pada

semester ini? Mengapa?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

54

Page 55: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

……………

4. Adakah anda lebih gemar belajar secara berkumpulan atau secara individu ? Mengapa?

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

…………………………………

55

Page 56: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Lampiran 1

Soalselidik Pelajar(Pandangan pelajar terhadap Matapelajaran Mengimpal Amalan Bengkel Mesin)

  Profail Pelajar:

Nama:…………………………………………………………….

Tingkatan:………………………………………………………..

Jantina :…………………………………………………………..

Bangsa:…………………………………………………………..

Umur :…………………………………………………………..

Gred Dalam ABK Semester 1:………………………………….

Pekerjaan Bapa :………………………………………………..

Pekerjaan Ibu :………………………………………………..

Maklumbalas Pelajar Jawab semua soalan. Sila memberi maklumbalas secara jujur dan ikhlas; kerjasama anda sangat dihargai. Bagi setiap pernyataan di bawah bulatkan angka yang anda rasa paling sesuai berdasarkan skala berikut:

Sangat setuju 7 6 5 4 3 2 1 Sangat tidak setuju 

 1. Saya benar-benar ingin mempelajari kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 2. Saya rasa waktu kimpalan harus ditambah.

 7 6 5 4 3 2 1

 3. Saya tidak suka bercakap dengan orang lain tentang

kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 4. Aktiviti Amali membantu saya memahami Kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 5. Pada waktu amali saya lebih suka cikgu membuat demonstrasi daripada membuat latihan sendiri.

 7 6 5 4 3 2 1

56

Page 57: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

 6. Bagi saya aktiviti amali tidak berapa penting dalam pembelajaran Kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

8. Saya mempunyai perasaan yang baik terhadap Kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 9. Pembelajaran Kimpalan lebih bermakna jika banyak

aktiviti kumpulan dibuat.

 7 6 5 4 3 2 1

 10. Saya rasa amali Kimpalan membuang masa.

 7 6 5 4 3 2 1

 11. Saya tidak suka mempelajari Kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 12. Aktivit berkumpulan dalam Kimpalan membantu saya memahami fenomena alam dengan lebih jelas.

 7 6 5 4 3 2 1

 13. Saya dapat memahami konsep Kimpalan yang kompleks melalui pembelajaran secara berkumpulan.

 7 6 5 4 3 2 1

 14. Saya suka membuat aktiviti berkumpulan berbanding menyalin nota tanpa amali.

 7 6 5 4 3 2 1

 16. Mendengar kuliah guru Kimpalan membosankan.

 7 6 5 4 3 2 1

 18. Jika pembelajaran KImpalan dibuat secara kumpulan saya lebih suka sebagai pemerhati.

 7 6 5 4 3 2 1

  Sekian. Terima kasih.

57

Page 58: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Lampiran 2

Soalselidik Pelajar(Pandangan pelajar terhadap Pembelajaran Koperatif)

Maklumbalas Pelajar Jawab semua soalan Sila memberi maklumbalas secara jujur dan ikhlas; kerjasama anda sangat dihargai. Bagi setiap pernyataan di bawah bulatkan angka yang anda rasa paling sesuai berdasarkan skala berikut:

Sangat setuju 7 6 5 4 3 2 1 Sangat tidak setuju 

 1. Saya suka menyalin nota daripada membuat aktiviti.

 7 6 5 4 3 2 1

 2. Saya rasa bosan semasa guru memberi kuliah.

 7 6 5 4 3 2 1

 3. Saya suka belajar secara berkumpulan.

 7 6 5 4 3 2 1

 4. Saya suka membantu rakan di dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah dalam Kimpalan.

 7 6 5 4 3 2 1

 5. Saya lebih mudah ingat jika belajar secara berkumpulan dan membuat aktiviti berbanding meng hafal nota.

 7 6 5 4 3 2 1

 6. Saya sangat gembira jika mendapat penghargaan dari guru dan rakan dalam kumpulan.

 7 6 5 4 3 2 1

 7 Pada waktu Kimpalan saya lebih suka membuat amali

secara perseorangan daripada secara kumpulan.

 7 6 5 4 3 2 1

 8. Saya lebih memahami Kimpalan dengan menyalin nota dari guru berbanding menjalankan aktiviti kumpulan..

 7 6 5 4 3 2 1

 9. Pembelajaran Kimpalan lebih bermakna jika banyak

aktiviti kumpulan dibuat.

 7 6 5 4 3 2 1

 10. Saya rasa aktiviti kumpulan membuang masa.

 7 6 5 4 3 2 1

  Sekian. Terima kasih.

58

Page 59: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

Lampiran 3

Skedul Temubual Dengan Guru Kimpalan :

Maklumat Guru

Matapelajaran yang diajar: ………………………….…… Jantina : L / P

Pengkhususan di Universiti:……………………………

Pengalaman sebagai guru:………………………. Tahun

Pengalaman mengajar matapelajaran berkenaan: ………………….. Tahun

Mata pelajaran lain yang pernah diajar: …………………………………………..

Tugas-tugas khas (yang utama) ………………………………………………….

Soalan Temubual

1) Pada pendapat Cikgu apakah peranan guru Kimpalan ?

2) Berdasarkan pengalaman Cikgu, sejauh manakah pengajaran secara tradisional berkesan dalam pengajaran & pembelajaran?

3) Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh Cikgu dalam kelas ?

4) Berapa kerapkah pelajar setiap kelas dibawa masuk ke dalam makmal (dalam seminggu)?

5) Berapa kerapkah Cikgu membuat demonstrasi dan berapa kerapkah pelajar yang menjalankan eksperimen bagi setiap kelas?

6) Barapakah masa yang diperlukan untuk merancang setiap sesi pengajaran ?

7) Pada pandangan Cikgu, sejauh manakah pembelajaran kooperatif sesuai untuk pelajar membina konsep Kimpalan secara sendiri ?

8) Berdasarkan pengalaman Cikgu, sejauh manakah kerja amali membantu menjelaskan konsep-konsep kimpalan yang hendak disampaikan kepada pelajar.

9) Bagaimanakah Cikgu menangani pelajar-pelajar yang berlainan kebolehan dalam kelas?

10) Pada pendapat Cikgu adakah bilangan waktu Kimpalan mencukupi ?

11) Sejauh manakah peperiksaan mempengaruhi pembelajaran secara tradisional dan pembelajaran kooperatif ?

12) Komen-komen lain jika ada.

59

Page 60: Tesis Pembelajaran Kopertif Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM TAJUK MENGIMPAL AMALAN BENGKEL MESIN 740715055499001 BEME

60