iii - fp.utm.my€¦ · empat iaitu mpk 1: tekanan dalam cecair, mpk 2: tekanan atmosfera dan mpk...

33

Upload: others

Post on 07-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang
Page 2: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang
Page 3: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

III

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PEMBELAJARAN

KENDIRI SIFAT JIRIM BAGI MATA PELAJARAN FIZIK KBSM

TINGKATAN EMPAT

ROSHIDAYAH BINTI YANG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2004

Page 4: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang
Page 5: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

V

DEDIKASI

Khas buat ayahanda (Yang bin Ibrahim) dan bonda (Zainab binti Abdul Rahman)

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang kalian.

Ahli keluarga, Along & keluarga, Abang Nasir & keluarga, Abang Yie, Kak &

keluarga, Alang & keluarga, Abang Mie, Kak Jah dan Kak Nor & keluarga yang

banyak memberi semangat dan dorongan.

Buat rakan-rakan seperjuangan, Azie,Dian,Hanan,Ida Ima, Kamel, Liana, Rinie dan

Rozie........

Semoga ukwah yang terjalin di sini akan berkekalan buat selama-lamanya.

Buat guru-guru dan rakan seperjuangan, SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

(1995-1999) terima kasih di atas segala-galanya

Buat semua yang terlibat, kejayaan yang diperolehi ini adalah kejayaan kita

bersama.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa yang diberikan selama ini.

Page 6: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

VI

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-

sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas sehingga hari

kiamat.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Haji Shaharom bin Noordin selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) yang

sudi memberi tunjuk ajar, ilmu pengetahuan bimbingan serta dorongan yang

berterusan sehingga PSM ini sempurna disiapkan.

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

guru Fizik di Terengganu iaitu di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Berang yang

terlibat kerana sudi memberikan kerjasama semasa kajian dijalankan.

Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sealiran

yang telah memberi sokongan dan pertolongan dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih dirakamkan khas untuk ayahanda dan bonda,

segala kasih sayang, pengorbanan dan dorongan kalian amat bernilai bagiku. Along,

Abang Mie dan Kak Jah terima kasih kerana sudi membantu dari segi kewangan dan

kemudahan pengangkutan ketika proses penilaian MPK dilakukan di sekolah-

sekolah.

Semoga kita senantiasa mendapat keberkatan Allah SAW.

Page 7: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

VII

ABSTRAK

Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk kepada bahan yang dibina

berdasarkan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat

dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) amat diperlukan bagi mengatasi masalah ketidaksesuaian bahan P&P. Kajian

yang dilakukan merangkumi pembinaan dan penilaian terhadap tiga buah Modul

Pembelajaran Kendiri (MPK) Sifat Jirim bagi mata pelajaran Fizik KBSM Tingkatan

Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK

3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model

Teras-Cabang (Shaharom, 1994). MPK yang dibina dinilai melalui dua peringkat

Penilaian Formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian

Formatif Kelompak Kecil (PFKK). Kedua-dua peringkat Penilaian Formatif yang

telah dijalankan adalah merentas satu pemboleh ubah bebas iaitu kedudukan sekolah

yang dikategorikan sebagai sekolah Bandar (B) dan sekolah Luar Bandar (LB).

Empat orang guru Fizik telah terlibat dalam PFSS manakala 10 orang guru Fizik

terlibat dalam PFKK. Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Kesesuaian

Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom, 1994). Analisis statistik dekskriptif

berbentuk min, sisihan min, maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan

bahawa status kesesuaian MPK yang dibina berdasarkan PFSS adalah ‘Sesuai’ dan

PFKK adalah “Amat Sesuai”. Manakala merentas kedudukan sekolah, status

kesesuaian untuk PFSS dan PFKK menunjukkan ia “Amat Sesuai” untuk sekolah B

dan “Sesuai” untuk sekolah LB. Implikasinya, MPK Sifat Jirim yang dibina adalah

sesuai digunakan dan memenuhi Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan

Empat.

Page 8: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

VIII

ABSTRACT

The quality of teaching and learning materials which refer to Huraian Sukatan

Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat and emphasize the involvement of the

students is needed to overcome the problem of the unsuitable teaching and learning

materials. The study of this research extracted learning material of Form Four

Physics KBSM, incorporated the design and evaluation of three Sifat Jirim Selft

Instruction Module (SIM), i.e. SIM 1: Tekanan Dalam Cecair, SIM 2: Tekanan

Atmosfera and SIM 3: Prinsip Archimedes. This study had also utilized the Model

Teras-Cabang (Shaharom, 1994). This SIM was assessed at two levels the Formative

Evaluation; i.e. One-To-One Formative Evaluation (OTOFE) and Small-Group

Formative Evaluation (SGFE). Both Formative Evaluation were carried out across

an independent variable is school location which categorized as Urban School (B)

and Rural School (LB). Four Physics teachers were involved in the OTOFE and

another 10 Physics teachers participated in the SGFE. The research instrument

utilized the Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Guru) (Shaharom,

1994). Statistic descriptive in terms of mean, mean deviation, maximum and

minimum used to analysis the collected data collected. The findings of this research

show that the suitability status of SIM based on OTOFE was “Suitable” and “Very

Suitable” for SGFE. Mean while, the suitability status of OTOFE and SGFE across

location was showed “Very Suitable” for school B and “Suitable” for school LB. As

an implication, SIM Sifat Jirim was built are suitable to use and fulfills the Huraian

Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat.

Page 9: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

IX

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I

PENGESAHAN PENYELIA II

JUDUL III

PENGAKUAN IV

DEDIKASI V

PENGHARGAAN VI

ABSTRAK VII

ABSTRACT VIII

KANDUNGAN IX

SENARAI JADUAL XIV

SENARAI RAJAH XV

SENARAI SINGKATAN XVI

SENARAI SIMBOL XVII

SENARAI LAMPIRAN XVIII

BAB 1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.1.1 Teks 4

1.1.2 Menilai Aktiviti 6

1.1.3 Gambarajah 8

1.1.4 Menilai Ringkasan Bab 9

1.1.5 Menilai Soalan Di akhir Bab 11

Page 10: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

X

1.1.6 Menilai Objektif Pembelajaran 13

1.2 Pernyataan Masalah 14

1.3 Objektif Kajian 14

1.4 Persoalan Kajian 15

1.5 Rangka Kerja Konsep 16

1.6 Kepentingan Kajian 17

1.6.1 Pusat Perkembangan Kurikulum 17

1.6.2 Pelajar 18

1.6.3 Guru 19

1.6.4 Institusi Pendidikan Guru 19

1.7 Skop Kajian 20

1.8 Takrifan 21

1.8.1 Kesesuaian 21

1.8.2 Modul Pembelajaran Kendiri 21

1.8.3 Pembinaan 22

1.8.4 Kedudukan Sekolah 22

1.8.5 Guru 23

1.8.6 Pelajar 23

1.8.7 Penilaian Formatif 23

1.9 Rumusan 24

BAB II SOROTAN PENULISAN 26

2.0 Pendahuluan 26

2.1 Teori Berkaitan Dengan Pembinaan dan

Penilaian MPK 26

2.1.1 Model-model Berkaiatan MPK 27

2.1.1.1 Model Burns 27

2.1.1.2 Model Klingstedt 29

2.1.1.3 Model Eijl 30

2.1.1.4 Model De Vito 32

2.1.1.5 Model Meyer 33

Page 11: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XI

2.1.2 Model Teras-Cabang 35

2.1.2.1 Rasional Penggunaan

Model Teras-Cabang 38

2.1.3 Pembelajaran Pengguasaan 40

2.1.3.1 Model Pembelajaran

Pengguasaan 43

2.1.4 Penilaian Formatif 44

2.1.4.1 Penilaian Formatif Satu

Dengan Satu 44

2.1.4.2 Penilaian Foematif

Kelompok Kecil 45

2.1.4.3 Penilaian Lapangan (Field Trial) 46

2.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan

Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik 47

2.2.1 Kajian-kajian Tentang Pembinaan Dan

Penilaian MPK Dalam Negara 47

2.2.2 Kajian-kajian Tentang Pembinaan Dan

Penilaian MPK Luar Negara 53

2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan

Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Berkaitan 55

2.3.1 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan

Pembinaan Dan Penilaian MPK Dalam

Negara 55

2.3.2 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan

Pembinaan Dan Penilaian MPK Luar

Negara 58

2.4 Kajian-kajian Yang Berkaitan Dengan Pembinaan

Dan Penilaian MPK Dalam Bidang Fizik

Merentas Kedudukan Sekolah 59

2.5 Rumusan 62

Page 12: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XII

BAB III PENGKAEDAHAN 64

3.0 Pengenalan 64

3.1 Kandungan MPK 64

3.1.1 MPK 1: Tekanan Dalam Cecair 65

3.1.2 MPK 2: Tekanan Atmosfera 65

3.1.3 MPK 3: Prinsip Archimedes 65

3.2 Subjek Kajian 66

3.3 Alat Kajian 67

3.4 Tatacara Kajian 68

3.4.1 Kajian Tahap Satu: Pembinaan MPK 70

3.4.2 Kajian Tahap Dua 72

3.4.2.1 Kajian Rintis 72

3.4.2.2 Penilaian Formatif 74

3.5 Kajian Tahap Tiga: Analisis Data 76

3.6 Andaian 78

3.7 Batasan Kajian 78

3.8 Rumusan 79

BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN 80

4.0 Pendahuluan 80

4.1 Kajian Rintis 81

4.2 Penilaian Formatif Terhadap Kesesuaian

MPK Oleh Guru Fizik 81

4.2.1 Persoalan Kajian 1 82

4.2.2 Persoalan Kajian 2 83

4.3 Penilaian Formatif Merentas

Kedudukan Sekolah 84

4.3.1 Persoalan 3 85

4.3.2 Persoalan 4 86

4.4 Rumusan 88

Page 13: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XIII

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN 90

CADANGAN

5.0 Pendahuluan 90

5.1 Ringkasan Dan Perbincangan 90

5.2 Kesimpulan 96

5.3 Implikasi 97

5.3.1 Pelajar 97

5.3.2 Guru 99

5.3.3 Penggubal Kurikulum 101

5.3.4 Institusi Pendidikan 102

5.4 Cadangan 102

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 104

5.6 Rumusan 106

BIBLIOGRAFI 107

LAMPIRAN 114

Page 14: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XIV

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tafsiran Indeks 4

4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

Oleh Guru Fizik 82

4.2 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Fizik Untuk

Ketiga-tiga MPK 82

4.3 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

Oleh Guru Fizik 83

4.4 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik Untuk

Ketiga-tiga MPK 84

4.5 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)

Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan Sekolah 85

4.6 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Satu

dengan Satu (PFSS) Oleh Guru Fizik Merentas

Kedudukan Sekolah 86

4.7 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

Oleh Guru Fizik Merentas Kedudukan Sekolah 87

4.8 Kesimpulan Hasil Penilaian Formatif Kelompok

Kecil (PFKK) Oleh Guru Fizik Merentas

Kedudukan Sekolah 88

5.1 Analisis PFSS dan PFKK Merentas Kedudukan

Sekolah Bagi MPK Fizik 93

Page 15: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XV

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Rangka Kerja Konsep 16

2 Model Teras-Cabang Shaharom

(1994) 36

3 Model Pembelajaran Pengguasaan 43

4 Rangka Kerja Keseluruhan

(Shaharom, 1994) 69

5 Rangka Kerja Tahap Satu

(Ubahsuai Shaharom, 1994) 70

6 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK

(Ubahsuai Shaharom, 1994) 71

7 Rangka Kerja Kajian Rintis

(Ubahsuai Muhamad Sam,1999) 73

8 Rangka Kerja Penilaian Formatif

(Ubahsuai Humaida, 2002) 75

Page 16: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XVI

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Sesuai

B - Bandar

Et. Al. - And Others

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JERI - Jasmani Emosi Rohani Intelektual

i.e. - That Is To Say

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LB - Luar Bandar

MK - Min Keseluruhan

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

OHP - Overhead Projector

OTOFE - One-To-One Formative Evaluation

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PFKK - Penilaian Format Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

PL - Penilaian Lapangan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PS - Peratus Sebaran

S - Sesuai

SGFE - Small-Group Formative Evaluation

SIM - Self Instruction Module

SM - Sisihan Min

Page 17: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XVII

SENARAI SIMBOL

X - Min

∑ - Jumlah

n - Bilangan Ke-n

ix - Markat Subjek

Page 18: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

XVIII

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) (Guru) 114

B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian Modul

Pengajaran Kendiri (MPK) Untuk Guru 120

C Borang Pengesahan Modul Pengajaran

Kendiri (MPK) 122

D Borang Pengesahan Modul Pengajaran

Kendiri (MPK)Pakar Bidang 125

E Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan

Empat (PPK, 2003)

(Tajuk: Sifat Jirim) 127

F Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Di

Sekolah-sekolah, Maktab-maktab Perguruan,

Jabatan-jabatan Pendidikan Dan

Bahagian-bahagian Di Bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia Daripada Kementerian

Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 124

Page 19: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Matlamat utama sesuatu sistem pendidikan adalah untuk mempertingkatkan

pemahaman pelajar terhadap konsep asas di samping mengembangkan kebolehan

mereka untuk mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Melalui

pendidikan, pelajar dilatih untuk memahami (kejadian) alam persekitaran bagi

kesejahteraan manusia di samping dilatih untuk pengembangan diri secara seimbang

dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengorak langkah baru bagi melahirkan generasi

masa depan yang berpengetahuan, kritif dan kreatif, berteknologi dan penyayang.

Oleh itu pelbagai pihak cuba memainkan peranan antaranya memajukan sumber

bahan pembelajaran.

Menurut Shaharom (2000): “Penyediaan bahan pembelajaran dan

penggunaan kaedah pengajaran yang bersesuaian, cekap dan berkesan yang

menekankan ke atas penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) adalah penting demi mengembangkan potensi individu pelajar dan ia

merupakan hasrat murni yang seharusnya diberikan perhatian sewajarnya.”

Page 20: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

2

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Maka fahaman

konstruktivisme adalah fahaman tentang cara atau kaedah para pelajar mempelajari

sains dan ia merupakan salah satu pendekatan yang semakin diterima oleh ahli

penyelidik dan juga para pendidik. Berdasarkan pendekatan konstruktivisme, pelajar

telah mempunyai idea atau kepercayaan tersendiri mengenai fenomena semulajadi

sebelum memasuki bilik darjah. Dengan ini jelas menunjukkan kepentingan

menyediakan bahan pembelajaran bermutu kepada pelajar bagi menggelakkan salah

konsep pada diri pelajar itu sendiri. Bahan pembelajaran yang bermutu merujuk

kepada bahan-bahan yang dibina berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh

KPM dan juga penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran iaitu bagi

menggalakkan dan melibatkan proses pemikiran pelajar semasa P&P dijalankan.

Persoalannya, adakah bahan-bahan tersebut yang berada di pasaran menepati

kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas? Adakah ia mempunyai ciri-ciri yang

menepati Matlamat Kurikulum Sains iaitu ke arah perkembangan ketiga-tiga domain

kognitif, psikomotor dan afektif, secara menyeluruh dan bersepadu, semasa proses

P&P?

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan wawasan Negara ke

arah melahirkan manusia yang berdaya saing dan maju dari segi sains dan teknologi,

kehidupan di masa muka akan menjadi meluas dan menyeluruh, maka penyelidik

memikirkan betapa perlunya pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam

usaha menyediakan bahan pembelajaran yang bermutu. Modul yang dibentuk dalam

format bahan pembelajaran individu dapat menyediakan diri pelajar untuk belajar

dan melibatkan diri secara aktif dengan membuat sendiri aktiviti-aktiviti

pembelajaran berpandukan arahan-arahan bertulis yang diberi. Bahan pembelajaran

seperti ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran (Kamdi, 1990). Dengan

ini diharapkan ia dapat membantu pelajar semasa proses pembelajaran yang dilalui.

Seterusnya membantu dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK).

Page 21: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Penelitian terhadap mutu bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

sama ada buku teks atau buku rujukan yang digunakan semasa P&P amat penting

kerana ia dapat memastikan proses pembelajaran yang dijalankan memberi makna

kepada pelajar (Muhammad Sam & Shaharom, 1999). Buku yang digunakan

seharusnya mampu menimbulkan rangsangan untuk menarik minat, kecenderungan,

keinginan dan semangat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan (Abu Ani, 2001).

Sejajar dengan Matlamat Kurikulum Sains yang disemak semula iaitu melahirkan

individu yang mampu mengembangkan kebolehannya untuk mengenali dan

menyelesaikan masalah yang berkaitan (Penghayatan Kurikulum Sains KBSM,

2001), maka bahan-bahan yang bermutu diperlukan sebagai sumber utama dalam

proses P&P. Persoalan yang timbul, adakah bahan-bahan yang digunakan oleh

pelajar semasa proses P&P bermutu? Antara faktor-faktor yang mempengaruhi

mutu sesuatu bahan P&P ialah seperti teks, aktiviti, gambarajah, objektif

pembelajaran, ringkasan bab, dan soalan di akhir bab. Setiap aspek yang dinyatakan

haruslah melibatkan pelajar secara aktif (Norhafizah, 2000). Jadual 1.1

menunjukkan tafsiran indeks bagi penglibatan pelajar terhadap faktor-faktor di atas

berdasarkan analisis kuantitatif.

Page 22: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

4

Jadual 1.1: Tafsiran Indeks

Nilai Indeks Tafsiran indeks.

0 Tiada penglibatan pelajar.

< 0.4 Autoritarian dan kurang mencabar (Hafalan dan Takrifan).

1.0 Buku yang seimbang (ideal) di antara kenyataan-

kenyataan yang tiada penglibatan pelajar dengan

kenyataan-kenyataan yang memerlukan pemikiran pelajar.

> 1.5 Tanpa isi kandungan. Hanya soalan. Tiada cukup

data/maklumat untuk pelajar bekerja dengan berkesan.

Infiniti Setiap kenyataan dan setiap gambarajah memerlukan

pelajar membuat analisis. Tanpa isi kandungan.

Sumber: Ubahsuai Romey (1968)

1.1.1 Teks Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Teks yang disediakan dalam sesuatu bahan P&P tidak terhad kepada

kenyataan fakta sahaja atau menyampaikan maklumat terus kepada pelajar,

sebaliknya berorientasikan penyiasatan yang memerlukan kemahiran saintifik.

Secara tidak langsung, proses penyiasatan akan melibatkan pelajar itu sendiri dalam

proses pembelajaran seperti pernyataan yang memerlukan pelajar menganalisis dan

membuat kesimpulan sendiri (Penerangan Penghayatan Kurikulum Sains KBSM,

2001). Maka dengan pendedahan ini pelajar tidak akan terikat dengan kemahiran

menghafal sahaja. Di samping itu, teks memberi gambaran beberapa suasana yang

baru kepada pelajar (Norhafizah, 2000). Ini adalah bertujuan menguji tahap

kefahaman pelajar serta menggalakkan mereka berfikir secara analitis, kritis dan

kreatif. Persoalan yang timbul, adakah teks yang terdapat dalam bahan-bahan P&P

melibatkan pelajar secara aktif? Analisis kuantitatif terhadap buku P&P telah

Page 23: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

5

dilakukan dan mutu teks dinilai berdasarkan kategori-ketegori seperti di bawah

(Romey, 1968) iaitu;

1) Kenyataan fakta

Ialah kenyataan mudah yang menyampaikan atau mempersembahkan data

atau pemerhatian.

2) Kesimpulan atau Generalisasi

Ialah pendapat yang dinyatakan oleh penulis tentang maksud atau perkaitan

antara item-item atau unsur-unsur yang terdapat dalam satu siri fakta.

3) Takrifan.

4) Soalan yang dikemukakan tetapi terdapat jawapan segera dalam teks.

5) Soalan yang diperlukan pelajar menganalisis data.

6) Kenyataan yang memerlukan pelajar merumuskan kesimpulan sendiri.

7) Arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis

sesuatu aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah yang akan

diselesaikan oleh pelajar.

8) Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak

terdapat jawapan segera dalam teks.

Soo (2000) melaporkan indeks penglibatan pelajar untuk teks dalam Analisis

Kuantitatif Buku Teks atau Manual Amali Fizik terhadap buku rujukan Bantu Studi

Lengkap SPM Ceria Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 1999), ialah 0.03. Manakala

Muhamad Sam (2001), pula melaporkan dalam laporan Penilaian Kuantitatif Buku

Teks/Rujukan Sains iaitu buku rujukan bertajuk Bantuan Studi Lengkap Fizik

Tingkatan 4&5 (Tho, 2000), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah

0.25.

Merujuk kepada analisis Rosliza (2001) terhadap buku teks Fizik iaitu

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000),

didapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah 0.07. Phang (2002) pula

mendapati indeks penglibatan pelajar untuk teks ialah 0.20. Indeks ini diperolehi

daripada analisis terhadap buku rujukan bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM

Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002). Norhafiza (2002), telah membuat laporan Penilaian

Kuantitatif Buku Rujukan Fizik iaitu Fokus Indigo SPM Fizik (FISP) bagi pelajar

Page 24: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

6

Tingkatan 4&5, (Lim, Chia dan Poh; 2001). Beliau mendapati indeks penglibatan

pelajar untuk teks ialah 0.1.

Secara keseluruhannya, laporan Penilaian Analisis Kuantitatif di atas

menunjukkan indeks penglibatan pelajar terhadap teks adalah <0.4. Berdasarkan

Jadual 1.1, teks ini adalah bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Manakala

berdasarkan kategori-kategori mutu teks pula, teks tersebut hanya mengandungi

empat kategori yang pertama sahaja. Maka teks tersebut tidak melibatkan pelajar

sama ada dari segi aspek pemikiran mahu pun aktiviti, sebaliknya teks tersebut

menggalakkan pelajar belajar dengan cara penghafalan fakta dan penerimaan terus isi

pelajaran yang disampaikan. Akibatnya masalah akan timbul terhadap

perkembangan minda pelajar iaitu pelajar tidak dapat mengemukakan ideanya malah

mereka akan terkongkong dengan fakta-fakta yang disampaikan oleh teks tersebut.

Oleh demikian, sepatutnya teks yang disediakan adalah teks yang berbentuk soalan-

soalan yang memerlukan pelajar menganalisis data, kenyataan yang memerlukan

pelajar merumuskan kesimpulan sendiri, arahan yang memberitahu pelajar supaya

melakukan dan menganalisis sesuatu aktiviti yang berbentuk masalah yang akan

diselesaikan oleh pelajar dan soalan yang menaikkan minat pelajar tetapi tidak

menjawap segera dalam teks (Romey,1968).

1.1.2 Aktiviti Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan, bukannya dengan menyerap

segala maklumat secara pasif. Maka pelajar perlu dilatih mempelajari sesuatu

konsep, prinsip, fakta, kemahiran, nilai dan sebagainya secara “hands-on”, dengan

melibatkan proses mengukur, merekod, menyusun, menganalisis dan menilai data

serta maklumat yang dikumpul dengan kaedah sistematik (Hwang, 2000). Oleh itu,

aktiviti yang disediakan perlu melibatkan pelajar sepenuhnya di samping aktiviti

tersebut dapat mencapai setiap hasil pembejalaran yang dihasratkan. Maka adakah

Page 25: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

7

bahan-bahan P&P yang berada di pasaran mengandungi aktiviti-aktiviti yang

melibatkan pelajar secara aktif?.

Norhafizah (2000) melaporkan indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti

dalam Laporan Teknik Analisis Kuantitatif Buku Teks Fizik terhadap buku Visi

Cemerlang SPM Fizik KBSM Tingkatan 4&5 (Yee, 1995) ialah 0.30. Hasralda

(2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti terhadap buku rujukan

bertajuk Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999) ialah 0.19. Manakala

Muhamad Sam (2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.35

iaitu daripada analisis terhadap buku rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap

Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 2000).

Phang (2002), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku rujukan

bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati

indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.11. Merujuk kepada analisis Tan

(2000) terhadap buku rujukan Impresif SPM KBSM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap dan

Chua, 1994) mendapati indeks penglibatan pelajar untuk aktiviti ialah 0.15.

Merujuk kepada keseluruhan analisis di atas, indeks yang didapati boleh

diketagorikan <0.4. Berdasarkan Jadual 1.1, aktiviti tersebut bersifat autoritarian dan

kurang mencabar. Ini menunjukkan aktiviti yang disediakan kurang memenuhi

kriteria penglibatan pelajar dan tidak merangsang sifat ingin tahu. Secara tidak

langsung, penglibatan pelajar adalah terhad, kerana aktiviti yang disediakan telah

dilengkapi dengan jawapan. Seharusnya sesuatu aktiviti mampu melibatkan pelajar

secara “hands-on” dan “minds-on”. Ini kerana semasa pelajar melakukan aktiviti

secara “hands-on”, pelajar akan turut menggunakan “minds-on” dalam membuat

keputusan terhadap aktiviti tersebut, maka seharusnya segala aktiviti yang disediakan

dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir sendiri cara-cara menjalankan

aktiviti tersebut dan seterusnya bertindak berdasarkan keputusan mereka. Oleh itu

aktiviti bukan sahaja merupakan aplikasi fakta tetapi ia adalah huraian fakta dan

diaplikasikan dalam kehidupan (Nor Rahimah, 2002). Selain itu aktiviti tersebut

hendaklah mengutamakan pembelajaran yang mampu mendorong pelajar berfikir

dan memperkembangkan konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan sains dan

teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000).

Page 26: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

8

1.1.3 Gambarajah Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Gambarajah juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu

maklumat. Ini kerana penggunaan gambarajah biasanya dapat menjelaskan sesuatu

konsep dengan lebih konkrit kerana kadang kala penggunaan teks sahaja masih tidak

mencukupi untuk menerangkan sesuatu konsep (Soo, 2000). Maka seharusnya

gambarajah-gambarajah yang terdapat di dalam bahan P&P yang bermutu mampu

membantu dan merangsang pemikiran pelajar semasa proses P&P. Bagi memenuhi

kriteria tersebut, adakah gambarajah yang terdapat dalam bahan-bahan P&P yang

digunakan memenuhi kriteria tersebut?. Kategori-ketagori yang terdapat pada

gambarajah yang bermutu adalah seperti di bawah (Romey, 1968);

1) Digunakan hanya untuk tujuan penerangan.

2) Memerlukan pelajar melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data.

Muhamad Sam (2001), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku

rujukan Fizik iaitu Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4&5 (Tho, 2000). Beliau

mendapati indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah 0.08. Manakala hasil

analisis kuantitatif terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Sukses Lengkap Terkini

SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap, 1997) oleh Wong (2000), mendapati indeks

penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah 0.25. Hasralda (2001) pula mendapati

indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah terhadap buku rujukan Fizik bertajuk

Nota Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999) ialah 0.33.

Salfarina (2002) telah melakukan analisis kuantitatif terhadap buku rujukan

Fizik bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Christine,1999) dan

mendapati indeks penglibatan pelajar untuk gambarajah ialah sifar. Nilai indeks ini

tidak bererti tiada penglibatan pelajar untuk gambarajah seperti mana yang terdapat

dalam Jadual 1.1, tetapi merujuk kepada kategori yang terdapat pada gambarajah

bermutu, gambarajah tersebut hanya mengandungi kategori pertama sahaja. Dengan

kata lain gambarajah tersebut tidak memberi peluang pelajar untuk terlibatkan sama

dalam gambarajah.

Page 27: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

9

Nor Rahimah (2002) pula melaporkan dalam Penilaian Kuantitatif Buku

Teks/Rujukan Fizik terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Siri Pelangi Fokus Fizik

SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Poh dan Chia; 1997), mendapati indeks penglibatan

pelajar untuk gambarajah ialah 0.44. Berdasarkan Jadual 1.1, nilai indeks ini berada

di antara <0.4 dengan 1.0. Ini menunjukkan hanya menekankan kepada memberi

maklumat sahaja tidak kepada meransang pemikiran pelajar dalam proses

pembelajaran.

Merujuk kepada tiga analisis yang pertama di atas, indeks penglibatan pelajar

untuk gambarajah diketagorikan <0.4. Berdasarkan Jadual 1.1, gambarajah tersebut

bersifat autoritarian dan kurang mencabar. Ini menunjukkan gambarajah tersebut

hanya menekankan kepada memberi maklumat sahaja tidak kepada meransang

pemikiran pelajar dalam proses P&P. Gambarajah tersebut mempunyai kedua-dua

kategori yang menentukan mutu suatu gambarajah tetapi tiada keseimbangan

bilangannya. Oleh demikian seharusnya gambarajah dibina berdasarkan penglibatan

pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat pada setiap gambarajah yang dimuatkan

ke dalam bahan P&P itu atau dengan kata lain pelajar diberi peluang untuk

melakukan sesuatu aktiviti atau menggunakan data daripada gambarajah yang

diberikan. Contohnya, pelajar diminta membuat analisis berdasarkan kepada

pemerhatian terhadap gambarajah yang diberi. Hasilnya, pasti pembelajaran yang

bermakna akan berlaku (Muhammad Sam & Shaharom, 1999).

1.1.4 Ringkasan Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Ringkasan bab adalah merupakan himpunan isi-isi penting bagi setiap bab

atau kesimpulan isi pelajaran di dalam bab tersebut dan dinyatakan di bahagian akhir

setiap bab dalam sesuatu buku. Ia juga menjadi tumpuan pelajar bagi memahami isi

keseluruhan bab tersebut. Maka bahagian ini sesuai disertakan aktiviti-aktiviti yang

melibatkan pelajar itu sendiri yang mana ia tidak terhad kepada mengulangi

kesimpulan bab, sebaliknya boleh mengemukakan soalan-soalan baru yang

Page 28: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

10

memerlukan pelajar berusaha untuk mencari jawapannya dari sumber-sumber lain

(Hwang, 2000). Dengan ini pelajar diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti

tersebut

Perkara yang menjadi persoalan, adakah bahan-bahan P&P yang digunakan

semasa proses P&P mengandungi ringkasan bab yang bermutu?. Kategori-kategori

yang diambil kira dalam menentukan mutu sesuatu ringkasan bab ialah seperti

berikut (Romey, 1968);

1) Mengulangi kesimpulan bab.

2) Mengemukakan soalan-soalan baru di mana jawapannya tidak terdapat dalam

teks.

Merujuk kepada analisis oleh Norhafiza (2002) terhadap buku rujukan Fizik

bertajuk Fokus Indigo SPM Fizik (FISP) bagi pelajar Tingkatan 4&5 (Lim, Chia dan

Poh; 2001), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab ialah sifar.

Begitu juga indeks yang didapati oleh Soo (2000) dan Rosliza (2001), masing-

masing terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Bantu Studi Lengkap SPM Ceria Fizik

Tingkatan 4&5 (Tho,1999) dan buku teks Fizik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000), yang indeksnya adalah sifar.

Phang (2002), telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap buku rujukan

bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati

indeks penglibatan pelajar untuk ringkasan bab ialah sifar. Nilai indeks tersebut

adalah sama dengan nilai indeks yang diperolehi daripada analisis oleh Siti Suhaila

(2002), terhadap buku teks Fizik bertajuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001).

Tiga daripada analisis pertama didapati nilai indeksnya adalah sifar yang

memberi makna bahan P&P tersebut tidak menyediakan ringkasan bab maka dengan

ini ia tidak melibatkan pelajar untuk bahagian ini. Oleh kerana ringkasan bab

biasanya merupakan ulangan kesimpulan bab yang dapat memberi kesan terhadap

ingatan pelajar berdasarkan proses pembelajaran yang telah dijalankan maka

seharusnya setiap bahan P&P mempunyai ringkasan bab. Manakala dua analisis

Page 29: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

11

terakhir juga menunjukkan nilai indeksnya sifar tetapi nilai ini tidak menunjukkan

bahan P&P tidak menyediakan ringkasan bab sebaliknya ringkasan bab tersebut

hanya memenuhi kategori pertama sahaja iaitu ringkasan bab hanya mengulangi

kesimpulan bab sahaja. Ini akan menyebabkan pelajar digalakkan menghafal

kesimpulan bab tanpa melibatkan pelajar itu berfikir atau berdasarkan Jadual 1.1,

ringakasan bab ini tidak melibatkan pelajar. Seharusnya dalam ringkasan bab perlu

menyediakan aktiviti yang memerlukan pelajar berfikir secara kritif dan kreatif di

samping dapat mengembangkan idea mereka. Dengan itu pelajar dapat mengunakan

fakta yang telah dikuasai dalam keadaan yang lebih mencabar (Nor Rahimah, 2002).

1.1.5 Soalan Di Akhir Bab Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Penilaian di akhir pembelajaran amat penting bagi memastikan objektif

pembelajaran tercapai atau tidak. Pelbagai bentuk penilaian dapat dilakukan. Salah

satunya melalui soalan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian, soalan-soalan

yang dibina harus mengandungi pelbagai aras kesukaran iaitu aras kesukaran rendah

dan juga tinggi sesuai untuk pelbagai tahap keupayaan pelajar. Sebaiknya soalan-

soalan yang di bina mengandungi kesemua enam aras kognitif seperti mana yang

dicadangkan oleh Bloom (1956), iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,

sintesis dan penilaian.

Persoalan yang timbul, adakah soalan-soalan yang dikemukakan di akhir bab

setiap bahan P&P mengikut aras kesukaran atau mengambil kira pembezaan

individu?. Kategori-kategori yang terlibat dalam menilai soalan di akhir bab ialah

seperti di bawah (Romey, 1968);

1) Jawapannya boleh diperolehi terus daripada teks.

2) Takrifan.

3) Soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasi pembelajarannya daripada bab

berkenaan ke situasi baharu.

4) Soalan yang memerlukan pelajar menyelesaikan masalah.

Page 30: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

12

Hanafi (2002) telah melakukan analisis terhadap buku rujukan Fizik bertajuk

Rujukan Lengkap Era 2000 Fizik KBSM Tingkatan 4&5 (Yip dan Yee, 2000),

mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab ialah 1.67. Manakala

Salfarina (2002) pula mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab

terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Nota Komprehensif SPM Fizik Tingkatan 4&5

(Christine, 1999), ialah 2.64. Phang (2002) melapor dalam laporan penilaian

kuantitatif terhadap buku rujukan bertajuk Siri Sumber dan Rujukan KBSM Fizik

Tingkatan 4 (Poh, 2002), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir

bab ialah 2.41.

Merujuk kepada analisis Norhafiza (2002) terhadap buku rujukan Fizik

Bertajuk Fokus Indigo SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Chia dan Poh; 2001), mendapati

indeks penglibatan pelajar untuk soalan di akhir bab ialah 2.10. Hasralda (2001) pula

telah melaporkan dalam laporan analisis terhadap buku rujukan Fizik bertajuk Nota

Padat SPM Fizik KBSM (Khoo, 1999), mendapati indeks penglibatan pelajar untuk

soalan di akhir bab ialah 2.33.

Berdasarkan Jadual 1.1, kelima-lima nilai indeks tersebut menunjukkan

pembinaan soalan di akhir bab tanpa isi kandungan dan hanya soalan semata-mata

tanpa menyertakan data atau maklumat untuk pelajar menjawab soalan tersebut.

Secara tidak langsung soalan tersebut tidak meliputi kesemua aras kognitif seperti

mana yang dicadangkan oleh Bloom (1956). Didapati juga soalan di akhir bab

tersebut mengandungi semua kategori yang menentukan mutu sesuatu soalan itu,

tetapi bilangannya tidak seimbang. Maka seharusnya soalan yang dibina

merangkumi pelbagai bentuk dan jenis, ini dapat mengenal pasti masalah

pembelajaran pelajar dan seterusnya hasil pembelajaran pelajar yang berbeza-beza

dapat diukur. Hal ini membawa kepada perbezaan sikap dan cara berfikir seseorang

(Sharifah Alwiah, 1984). Di samping itu, dengan menyediakan soalan berbentuk

pemulihan dan pengayaan di akhir bab akan menjadikan persembahan soalan

tersebut menjadi lebih sistematik dan akan memberi kesan yang bermakna tehadap

pembelajaran pelajar (Salfarina, 2002).

Page 31: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

13

1.1.6 Objektif Pembelajaran Yang Kurang Penglibatan Pelajar

Objektif pembelajaran adalah penting untuk memberi panduan kepada kepada

proses pengajaran, menerangkan tujuan pengajaran kepada orang lain dan memberi

arah, panduan dan cara untuk menilai pembelajaran pelajar (Mohd Najib, 1997).

Maka objektif pembelajaran perlu dinyatakan sebelum isi pelajaran disampaikan.

Objektif pembelajaran boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk, contohnya bentuk

peta minda yang menarik, di samping dapat menjuruskan pemikiran pelajar dan

membolehkan pelajar merancang cara yang perlu digunakan untuk mendapatkan

pembelajaran berkesan. Perkara yang menjadi persoalan ialah, adakah bahan-bahan

P&P menyertakan objektif pembelajaran sebelum menyampaikan isi pembelajaran?

Wong (2000) telah melakukan analisis ke atas buku rujukan Fizik bertajuk

Sukses Lengkap Terkini SPM Fizik Tingkatan 4&5 (Yap, 1997), mendapati indeks

penglibatan pelajar untuk objektif pembelajaran ialah sifar. Manakala Rosliza

(2001) dan Siti Suhaila (2002) juga mendapati indeks penglibatan pelajar untuk

objektif pembelajaran ialah sifar yang mana masing-masing diperolehi daripada

analisis terhadap buku buku teks Fizik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Fizik Tingkatan 5 (Chong dan Loh, 2000), dan buku teks Fizik iaitu

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Fizik Tingkatan 4 (Poh dan Sabtu, 2001).

Muhamad Sam (2001), juga telah melakukan penilaian kuantitatif terhadap

buku rujukan Fizik bertajuk Bantuan Studi Lengkap Fizik Tingkatan 4 (Tho, 2000).

Indeks yang diperolehi ialah sifar. Manakala Nor Rahimah (2002) mendapati indeks

penglibatan pelajar untuk objektif pembelajaran daripada analisis terhadap buku

rujukan Fizik bertajuk Siri Pelangi Fokus Fizik SPM Tingkatan 4&5 (Lim, Poh dan

Chia; 1997), juga sifar.

Secara keseluruhannya, indeks penglibatan pelajar untuk objektif

pembelajaran adalah sifar. Berdasarkan Jadual 1.1, objektif pembelajaran ini tidak

melibatkan pelajar. Ini disebabkan bahan P&P yang dianalisis di atas tidak

dinyatakan objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran seharusnya dinyatakan di

awal isi pelajaran iaitu sebelum P&P dijalankan. Ini kerana dengan adanya objektif

Page 32: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

14

pembelajaran, pelajar akan mengetahui arah tuju pembelajaran mereka. Di samping

itu pelajar akan sedar tahap yang perlu dicapai dan bertindak mencapai objektif

tersebut (Abdul Rahim, 1989).

1.2 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana MPK Sifat Jirim

yang dibina bagi mata pelajaran Fizik (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2:

Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes) adalah sesuai digunakan

sebagai bahan P&P bagi sekolah menengah pada peringkat tingkatan empat.

1.3 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini ialah:

1. Membina tiga MPK bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat

menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994) bagi tajuk Sifat Jirim

mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Tingkatan Empat (PPK, 2003)

iaitu:

MPK 1: Tekanan Dalam Cecair

MPK 2: Tekanan Atmosfera

MPK 3: Prinsip Archimedes

2. Menilai kesesuaian MPK Sifat Jirim yang dibina untuk pelajar tingkatan

empat yang mengambil mata pelajaran Fizik.

3. Membandingkan kesesuaian MPK Sifat Jirim yang dibina untuk pelajar

tingkatan empat oleh guru merentas kedudukan sekolah.

Page 33: III - fp.utm.my€¦ · Empat iaitu MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip Archimedes. Model yang digunakan untuk pembinaan MPK ialah Model Teras-Cabang

15

1.4 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, perkara-perkara berikut telah dipertimbangkan:

1. Adakah Penilaian Formatif Satu Dengan Satu oleh guru ke atas MPK Sifat

Jirim (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan

MPK 3: Prinsip Archimedes) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai

bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk tingkatan empat?

2. Adakah Penilaian Formatif Kelompak Kecil oleh guru ke atas MPK Sifat

Jirim (MPK 1: Tekanan Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan

MPK 3: Prinsip Archimedes) menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai

bahan P&P dalam mata pelajaran Fizik untuk tingkatan empat?

3. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu

oleh guru terhadap status kesesuaian MPK Sifat Jirim (MPK 1: Tekanan

Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip

Archimedes) yang dibina merentas kedudukan sekolah?

4. Adakah terdapat perbezaan dalam Penilaian Formatif Kelompak Kecil

oleh guru terhadap status kesesuaian MPK Sifat Jirim (MPK 1: Tekanan

Dalam Cecair, MPK 2: Tekanan Atmosfera dan MPK 3: Prinsip

Archimedes) yang dibina merentas kedudukkan sekolah?