manual mpk pbs

Upload: azmirahman

Post on 16-Oct-2015

86 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

manual

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

MANUAL PENJAMINAN KUALITI

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KANDUNGAN

HALAMAN

PRAKATA

BAB 1PENGOPERASIAN PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1.1Personel Penjaminan Kualiti PBS

1.2Senarai Tugas Personel Penjaminan Kualiti

1.3Jadual Pelaksanaan Penjaminan Kualiti

BAB 2PEMENTORAN

BAB 3PENYELARASAN

BAB 4PEMANTAUAN

BAB 5PENGESANAN

AKRONIM

PRAKATA

Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.

Penghasilan Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkandemi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Kejayaan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.

Terima kasih.

DR. NAIMAH BINTI ISHAKPengarah Peperiksaan Lembaga PeperiksaanDRAF MANUAL PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN

Kementerian Pelajaran MalaysiaDRAF MANUAL PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN

iv

1.0PENGOPERASIAN PENJAMINAN KUALITI PBS

Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesananoleh personel di peringkat Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. Penjaminan Kualiti PBS dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan Bahagian/ JPN/PPD/ Sekolah.

1.1SENARAI TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

1.1.1PegawaiBahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

i.Menyediakan Manual Penjaminan Kualiti.

ii.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian bagi merancang penjaminan kualiti.

iii.Menjalankan penataran penjaminan kualiti.

iv.Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

v.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk makluman kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

1.1.2Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

i.Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

ii.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri bagi merancang penjaminan kualiti.

iii.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.

iv.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti.

v.Menjalankan penataran penjaminan kualiti.

vi.Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan

vii.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk makluman kepada Lembaga Peperiksaan.

1.1.3Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

i.Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

ii.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah bagi merancang penjaminan kualiti.

iii.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.

iv.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti.

v.Menjalankan penataran penjaminan kualiti;

vi.Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan ; dan

vii.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

1.1.4Pentadbir Sekolah

i.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.

ii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti.

iii.Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

iv.Mengenalpasti personel yang perlu menjalani penjaminan kualiti.

v.Menyediakan dokumen/bahanrujukan penjaminan kualiti.

vi.Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vii.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

viii.

Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah untuk dihantar ke PPD.

1.2SENARAI SEMAK TUGAS PERSONEL PENJAMINAN KUALITI PBS

1.2.1Pegawai Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Menyediakan Manual Penjaminan Kualiti.

ii.Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian bagi merancang penjaminan kualiti.

iii.Menjalankan penataran penjaminan kualiti.

iv.Menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan

v.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran.

1.2.2Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PBS Negeri.

ii.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di negeri dalam pelaksanaan PBS. (SWOT Analisis)

iii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti di peringkat negeri. (SMART)

iv.Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

v.Memastikan penjaminan kualiti di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vi.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

vii.Merancang program pemantapan penjaminan kualiti PBS.

viii. Menghantar laporan pelaksanaan peringkat negeri kepada Bahagian.

1.2.3Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PBS Daerah.

ii.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di daerah dalam pelaksanaan PBS. (SWOT Analisis)

iii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti di peringkat daerah. (SMART)

iv.Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

v.Memastikan penjaminan kualiti di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vi.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

vii.Merancang program pemantapan penjaminan kualiti PBS.

viii. Menghantar laporan pelaksanaan peringkat daerah kepada Jabatan Pelajaran Negeri.

1.2.4Pentadbir Sekolah

Pengetua / Guru Besar

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah

ii.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS. (SWOT Analisis)

iii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti di peringkat sekolah. (SMART)

iv.Melantik personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

v.Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vi.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

vii. Merancang program pemantapan profesionalisme guru.

vii. Menghantar laporan pelaksanaan peringkat sekolah kepada PPD.

Penolong Kanan Pentadbiran

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah dalam pelaksanaan PBS.(SWOT Analisis)

ii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti di peringkat sekolah.(SMART)

iii.Mengenalpasti personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

iv.Mengenalpasti personel yang perlu menjalani penjaminan kualiti.

v.Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vi.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

vii.Merancang program pemantapan profesionalisme guru.

viii. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah untuk dihantar kepada PPD.

Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia

BILAKTIVITIPEMENTORANPEMANTAUANPENGESANANPENYELARASAN

i.Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di sekolah peringkat panitiadalam pelaksanaan PBS. (SWOT Analisis)

Memaklumkan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada Penolong Kanan Pentadbiran bagi penyediaan pelan strategik peringkat sekolah..

ii.Menyediakan pelan strategik bagi penjaminan kualiti di peringkat panitia.(SMART)

iii.Mengenalpasti personel yang menjalankan penjaminan kualiti.

iv.Mengenalpasti personel yang perlu menjalani penjaminan kualiti.

v.Menyediakan dokumen/bahan rujukan penjaminan kualiti.

vi.Memastikan penjaminan kualiti di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

vii.Menganalisis laporan pelaksanaan penjaminan kualiti dan mengambil tindakan susulan.

viii.Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat sekolah untuk dihantar kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Mentor

BILAKTIVITI

i.Mendapatkan maklumat personel yang perlu menjalani penjaminan kualiti daripada Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia.

ii.Mengenalpasti tajuk pementoran.

iii.Mengenalpasti kaedah pementoran yang bersesuaian dengan tajuk yang disampaikan. (Contoh: Taklimat/ Bengkel/Latihan).

iv.Menyediakan bahan taklimat penjaminan kualiti yang bersesuaian dengan tajuk yang disampaikan.

v.Menyampaikan taklimat/ mengadakan bengkel/ latihan.

vi.Menilai kefahaman guru yang dibimbing.

vii.Menerangkan semula sekiranya guru masih belum menguasai maklumat yang disampaikan.

viii.Menguruskan pengisian Borang PKM 1 oleh guru yang dibimbing untuk menilai keberkesanan program.

ix.Menganalisis laporan pelaksanaan pementoran.

x.Menyediakan laporan pementoran menggunakan Borang PKM 2 untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Penyelaras- Tugasan

BILAKTIVITI

i.Mendapatkan maklumat tugasan yang perlu menjalani penjaminan kualiti daripada guru mata pelajaran.

ii.Mengadakan perbincangan dengan guru yang mengajar tahun/tingkatan berkenaan bagi tugasan yang dibincangkan.

iii.Memastikan tugasan mematuhi Dokumen Standard Prestasi.

iv.Menetapkan standard bagi setiap evidens untuk semua murid mengikut perkembangan murid.

v.Menyediakan pelbagai instrumen yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid.

vi.Memastikan tugasan mentaksir murid berdasarkan standard yang telah ditetapkan.

vii.Menguruskan pengisian Borang PKS 1.

viii.Menganalisis laporan pelaksanaan peyelarasan.

ix.Menyediakan laporan penyelarasan menggunakan Borang PKS 2 untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Penyelaras- Pemeriksaan

BILAKTIVITI

i.Mendapatkan maklumat penskoran yang perlu menjalani penjaminan kualiti daripada guru mata pelajaran.

ii.Mengadakan perbincangan dengan guru yang mengajar tahun/tingkatan berkenaan bagi tugasan yang dibincangkan.

iii.Meminta guru mata pelajaran memeriksaan skrip jawapan murid mengikut pencapaian murid.(rendah/ sederhana/tinggi)

iv.Menyediakan skrip contoh jawapan murid.

v.Memantapkan peraturan penskoran berdasarkan persetujuan semua guru yang mengajar tahun/tingkatan berkenaan bagi tugasan yang dibincangkan.

vi.Meminta guru menilai skrip jawapan murid berdasarkan peraturan penskoran yang telah dipersetujui bersama.

vii.Menguruskan pengisian Borang PKS 1.

viii.Menganalisis laporan pelaksanaan penyelarasan.

ix.Menyediakan laporan penyelarasan menggunakan Borang PKS 2 untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Pegawai Pengesanan Instrumen

BILAKTIVITI

i.Mendapatkan maklumat tugasan yang perlu menjalani penjaminan kualiti daripada guru mata pelajaran.

ii.Mengadakan perbincangan dengan guru yang mengajar tahun/tingkatan berkenaan bagi tugasan yang dibincangkan.

iii.Memastikan tugasan menepati Dokumen Standard Kurikulum.

iv.Memastikan tugasan mematuhi Dokumen Standard Prestasi.

v.Memastikan tugasan mematuhi Standard Kandungan.

vi.Memastikan tugasan sesuai dengan deskriptor.

vii.Memastikan tugasan sesuai dengan perkembangan murid.

viii.Memastikan tugasan sesuai dengan kemampuan murid.

ix.Memastikan tugasan sesuai dengan peruntukan masa.

x.Memastikan tugasan menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap perkembangan murid.

xi.Menguruskan pengisian Borang PKK 1.

xii.Menganalisis laporan pelaksanaan pengesanan.

xiii.Menyediakan laporan pengesanan menggunakan Borang PKK 2 untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

Pemantau Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

BILAKTIVITI

i.Mendapatkan maklumat guru yang perlu menjalani penjaminan kualiti.

ii.Memaklumkan kepada guru tarikh dan masa pemantauan.

iii.Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berpandukan borang PKP 1

iv.Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pentaksiran sekolah.

v.Memberi maklumbalas kepada guru yang dipantau berpandukan instrumen pemantauan PKP 1 yang telah dilengkapkan.

vi.Memberi cadangan penambahbaikan mengenai pelaksanaan pentaksiran sekolah.

vii.Menyediakan laporan pemantauan menggunakan Borang PKP 2 untuk diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran/Pengetua/Guru Besar/PPD/JPN/LP.

Pemantau Pengurusan PBS

BILAKTIVITI

i.Memaklumkan kepada pentadbir sekolah tarikh dan masa pemantauan.

ii.Memantau pengurusan PBS berpandukan borang PKP 3

iii.Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pengurusan PBS.

iv.Memberi maklumbalas kepada pihak sekolah berpandukan instrumen pemantauan PKP 3 yang telah dilengkapkan.

v.Memberi cadangan penambahbaikan mengenai pengurusan PBS

1.3JADUAL PENJAMINAN KUALITI PBS

Jadual 1menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS.

Aspek PelaksanaanTempohTindakan

Pementoran

Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.Bahagian /JPN/PPD/Sekolah

Penyelarasan

Pentaksiran Sekolah:Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS

Pentaksiran Pusat:Setelah murid selesai melaksanakan tugasan.

Bahagian /JPN/ PPD/Sekolah

Pemantauan

Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Bahagian /JPN/ PPD/Sekolah

PengesananPentaksiran Sekolah:Sebelum instrumen digunakan untuk pelaksanaan PBS.

Pentaksiran Pusat:Selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.

Bahagian /JPN/ PPD/Sekolah

Jadual 1 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS

2.0PEMENTORAN

2.1Definisi Pementoran

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

2.2Tempoh Pelaksanaan Pementoran

Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

2.3Objektif Pementoran

i.Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

ii.Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

iii.Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

iv.Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

v.Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

2.4Jenis Pementoran

i.Formal

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi penigkatan profesionalisme guru.

ii.Informal

Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah tanpa jadual yang ditetapkan.

2.5Personel Pementoran

i.Pementoran dalaman dijalankan oleh:

GKMP / Ketua Bidang

Ketua Panitia

Guru Cemerlang

Jurulatih Utama

Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii.Pementoran luaran dijalankan oleh:

Petugas yang dilantik oleh LP

Petugas yang dilantik oleh JPN

Petugas yang dilantik oleh PPD

2.6Peranan Mentor

i.Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

ii.Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

iii.Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

iv.Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan Pengajaran dan Pembelajaran.

v.Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

vi.Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

vii.Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

2.7Carta Alir Pementoran

Rajah 1 menunjukkan carta alir pementoran.

MULA

Menyediakan jadual pementoran dan melantik Mentor.

Memberi bimbingan

Menjalankan pementoran

Tidak

Guru faham mengenai pelaksanaan PBS

Ya

Menyedia dan menghantar laporan pementoran kepada PPD/JPN/LP

TAMAT

Rajah 1 : Carta Alir Pementoran

2.8Borang PenilaianPementoran

a. PKM 1 - Borang Penilaian Pementoran.

Borang PKM 1 diisi oleh guru yang dibimbing selepas pementoran dijalankan. Tujuan pengisian borang ini adalah bagi menilai kefahaman guru mengenai perkara yang disampaikan.

b. PKM 2 - Borang Laporan Program Pementoran.

Borang PKM 2 disis oleh mentor bagi melaporkan mengenai pelaksanaan program pementoran. Mentor menggunakan dapatan dari Borang PKM 1 semasa mengisi PKM 2. Borang diserahkan kepada JK PBS sekolah.

PKM1BORANG PENILAIAN PEMENTORAN(Diisi oleh guru yang dibimbing)

Sekolah: .....Nama mentor: .....Nama guru yang dibimbing : .....Tajuk: .....Tarikh dan masa: .....Tempat: .....

ARAHANSenarai semak berikut berkaitan keberkesanan dengan program pementoran. Sila bulatkan nilai skala yang disediakan berdasarkan skala berikut:1. Tidak Setuju 2. Kurang Setuju3. Setuju4. Sangat Setuju

BilPernyataanSkala

1Pengurusan Pementoran teratur melalui sesi taklimat dan penyediaan jadual.1234

2Maklumat dan bahan yang disediakan berinformatif dan terkini.1234

3Skop pementoran mencakupi semua aspek tajuk perbincangan.1234

4Masa pementoran sesuai dengan pelaksanaan PBS.1234

5Pementoran dapat meningkatkan kualiti Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran saya.1234

6Pementoran menambah pengetahuan saya tentang tajuk perbincangan.1234

7Pementoran meyakinkan saya untuk melaksanakan pentaksiran.1234

8Mentor prihatin dengan masalah saya dan membantu saya.1234

9Mentor mahir mengenai isu perbincangan.1234

10Mentor menggunakan bahasa yang mudah difahami.1234

Tandatangan:Tarikh:PKM 2BORANG LAPORAN PROGRAM PEMENTORAN(Diisi oleh mentor)

Sekolah: ..Nama mentor: ..Tajuk: ..Tarikh dan masa: ..Tempat: ..Bilangan peserta: ..

ARAHANSila tuliskan peratus (%) bagi nilai skala yang disediakan berdasarkan dapatan dari borang PKM 1.

1. Tidak Setuju 2. Kurang Setuju3. Setuju4. Sangat Setuju

BilPernyataanPeratus

1234

1Pengurusan Pementoran teratur melalui sesi taklimat dan penyediaan jadual.

2Maklumat dan bahan yang disediakan berinformatif dan terkini.%%%%

3Skop pementoran mencakupi semua aspek tajuk perbincangan.

4Masa pementoran sesuai dengan pelaksanaan PBS.

5Pementoran dapat meningkatkan kualiti Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran saya.

6Pementoran menambah pengetahuan saya tentang tajuk perbincangan.

7Pementoran meyakinkan saya untuk melaksanakan pentaksiran.

8Mentor prihatin dengan masalah saya dan membantu saya.

9Mentor mahir mengenai isu perbincangan.

10Mentor menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Tandatangan : Tarikh:

3.0PENYELARASAN

3.1Definisi

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.

3.2Tempoh Pelaksanaan

Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

3.3Objektif Penyelarasan

i.Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

ii.Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

iii.Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.

iv.Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

v.Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

vi.Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.

vii.Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

3.4Jenis Penyelarasan

i.Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.

ii.Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

3.5Personel Penyelaras

i.Penyelarasan dalaman dijalankan oleh:

GKMP / Ketua Bidang

Ketua Panitia

Guru Cemerlang

Jurulatih Utama

Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii.Penyelarasan luaran dijalankan oleh:

Petugas yang dilantik oleh LP

Petugas yang dilantik oleh JPN

Petugas yang dilantik oleh PPD

3.6Peranan Penyelaras

i.Membantu guru faham kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

ii.Membantu guru menyediakan tugasan pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

iii.Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran sekolah berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.

iv.Membantu guru menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS.

v.Mengesahkan tugasan dan skor yang diberikan oleh guru adalah adil bagi semua murid.

3.7Carta Alir Penyelarasan

Rajah 3 menunjukkan carta alir Penyelarasan Tugasan.

MULA

Menyediakan jadual penyelarasan dan melantik Penyelaras.

Menjalankan taklimat penyelarasan

Guru membina semula tugasan

Menjalankan penyelarasan tugasan bersama guru mata pelajaran

Tidak

Tugasan yang disediakan oleh guru menepati prinsip pentaksiran

Ya

Mengesahkan tugasan

Menyediakan dan menghantar laporan penyelarasan kepada PPD/JPN/LP

TAMAT

Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Tugasan

Rajah 4 menunjukkan carta alir Penyelarasan Skor.

MULA

Menyediakan jadual penyelarasan dan melantik Penyelaras.

Menjalankantaklimat penyelarasan

Guru menilai semula hasil kerja murid

Menjalankan penyelarasan skor bersama guru mata pelajaran

Tidak

Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor skrip contoh

Ya

Guru memeriksa skrip jawapan murid

Menyediakan dan menghantar laporan penyelarasan kepada PPD/JPN/PLP

TAMAT

Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Skor

3.8Borang Penilaian

PKS 1 - Borang Penyelarasan.

Borang PKS 1 diisi oleh guru yang menjalankan penyelarasan. Tujuan pengisian borang ini adalah bagi menilai kefahaman guru yang diselaras mengenaipembinaan tugasan dan penskoran berdasarkan DSP.

.PKS 2 - Borang Laporan Program Penyelarasan

Borang PKS 2 diisi oleh guru yang menjalankan penyelarasan instrumen pentaksiran sekolah. Guru penyelaras menggunakan dapatan dari Borang PKS 1 semasa mengisi PKS 2. Borang diserahkan kepada JK PBS sekolah.

PKS1 BORANG PENYELARASAN(Diisi oleh Penyelaras)

Sekolah: ..Nama Guru: ..Mata Pelajaran: ..Tahun/Tingkatan: ..Tarikh dan Masa: ..

ARAHANSenarai semak berikut berkaitan dengan aktiviti penyelarasan pentaksiran sekolah yang disediakan oleh guru di sekolah.Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

PENYELARASAN TUGASANBilPernyataanYa/Tidak

1Menetapkan standard bagi setiap evidens untuk semua murid

YaTidak

2Menyediakan pelbagai instrumen yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid

YaTidak

3Mematuhi Dokumen Standard Prestasi

YaTidak

4Mentaksir murid berdasarkan standard yang telah ditetapkan

YaTidak

PENYELARASAN PENSKORAN

BilPernyataanYa/Tidak

1Peraturan Penskoran telah disediakan

YaTidak

2Mengambil skrip contoh dari setiap kelas

YaTidak

3Memeriksa skrip contoh untuk mendapat gambaran prestasi murid

YaTidak

4Mengemaskini Peraturan Penskoran berdasarkan skrip contoh

YaTidak

5Memeriksa skrip murid berdasarkan peraturan penskoran yang telah dikemaskiniYaTidak

Tandatangan : Tarikh:

PKS 2BORANG LAPORAN PENYELARASAN (Diisi oleh Penyelaras)

Sekolah: ..NamaPenyelaras: ..Bilangan Guruyang diselaras: ..

ARAHANSila tuliskan peratus (%) bagi Ya atau Tidak berdasarkan dapatan dari borang PKS 1.

PENYELARASAN TUGASANBilPernyataanPeratus

YaTidak

1Menetapkan standard bagi setiap evidens untuk semua murid

2Menyediakan pelbagai instrumen yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid

3Mematuhi Dokumen Standard Prestasi

4Mentaksir murid berdasarkan standard yang telah ditetapkan

PENYELARASAN PENSKORAN

BilPernyataanPeratus

YaTidak

1Peraturan Penskoran telah disediakan

2Mengambil skrip contoh dari setiap kelas

3Memeriksa skrip contoh untuk mendapat gambaran prestasi murid

4Mengemaskini Peraturan Penskoran berdasarkan skrip contoh

5Memeriksa skrip murid berdasarkan peraturan penskoran yang telah dikemaskini

Tandatangan : Tarikh:

4.0PEMANTAUAN

4.1Definisi Pemantauan

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.

4.2Tempoh Pelaksanaan Pemantauan

Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.

4.3Objektif Pemantauan

i.Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

ii.Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

iiii.Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

iv.Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

v.Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

4.4Jenis Pemantauan

i.Pemantau dalaman:

Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah.

ii.Pemantau luaran :

Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM.

4.5Personel Pemantauan

i.Pemantau dalaman dijalankan oleh:

Pengetua / Guru Besar

Guru Penolong Kanan

GKMP

Guru Cemerlang

Ketua Panitia

Jurulatih Utama

Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar

ii.Pemantau luaran dijalankan oleh::

Pegawai LP

Pegawai JPN

Pegawai PPD

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ( JNJK )

Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

4.6Peranan Pemantau

Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

i.Memantau pentaksiran yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

ii.Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pentaksiran sekolah.

iii.Memberi maklumbalas dan membimbing guru yang dipantau berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.

iv.Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS

v.Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

Pemantauan Pengurusan PBS

i.Menyemak pengurusan Fail Induk, Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase.

ii.Menyemak laporan program penjaminan kualiti.

iii.Memberi maklumbalas dan membimbing pihak sekolah berpandukan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan.

iv.Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pengurusan PBS

v.Menyediakan laporan dapatan pemantauan.

4.7Carta Alir Pemantauan

Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan Pentaksiran Sekolah

MULA

Menyediakan jadual pemantauan dan melantik Pemantau

Memberi bimbingan kepada guru

Menjalankan Pemantauan PBS

Menyediakan laporan Pemantauan

Tidak

PBS dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur pentaksiran

Ya

Guru meneruskan kaedah pentaksiran

Menyediakan dan menghantar laporan pemantauan sekolah kepada PPD/JPN/LP

TAMAT

Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Pentaksiran Sekolah

Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan Pengurusan PBS.

MULA

Menyediakan jadual pemantauan dan melantik Pemantau.

Memberi bimbingan

Menjalankan pemantauan di sekolah

Menyemak dokumen pelaksanaan PBS

Membincangkan hasil dapatan dengan pihak sekolah

Tidak

PBS dilaksanakan mengikut prosedur pentaksiran

Ya

Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan

Menyedia dan menghantar laporan pemantauan kepada PPD/ JPN/LP

TAMAT

Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Pengurusan PBS

4.8Borang Penilaian

a.PKP 1 - Borang Penilaian Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

Borang PKP 1 diisi oleh guru yang menjalankan pemantauan pelaksanaan pentaksiran sekolah. Tujuan pengisian borang ini adalah bagi menilai samada pelaksanaan pentaksiran sekolah menepati prosedur yang ditetapkan oleh LP.

b.PKP 2 - Borang Laporan Program Pemantauan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah

Borang PKP 2 diisi oleh guru yang menjalankan pemantauan pelaksanaan pentaksiran sekolah. Guru pemantau menggunakan dapatan dari Borang PKP 1 semasa mengisi PKP 2. Borang diserahkan kepada JK PBS sekolah.

c.PKP 3 - Borang Penilaian Pemantauan Pengurusan PBS

Borang PKP 3 diisi oleh guru yang menjalankan pemantauan pengurusan PBS. Tujuan pengisian borang ini adalah bagi menilai samada pengurusan PBS menepati prosedur yang ditetapkan oleh LP.

d.PKP 4 - Borang Laporan Program Pemantauan Pengurusan PBS.

Borang PKP 4 diisi oleh guru yang menjalankan pemantauan pengurusan PBS. Guru pemantau menggunakan dapatan dari Borang PKP 3 semasa mengisi PKP 4. Borang diserahkan kepada JK PBS sekolah.

PKP1

BORANG PENILAIAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH(Diisi oleh Pemantau)

Sekolah: ..Nama guru: ..Mata pelajaran: ..Tahun/Tingkatan: ..Tajuk: ..Tarikh dan masa: ..

ARAHANSenarai semak berikut berkaitan dengan instrumen yang disediakan oleh pemantau di sekolah. Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BilPernyataan

1Menepati kurikulum

YaTidak

2Menepati standard kandungan

YaTidak

3Sesuai dengan deskriptor

YaTidak

4Sesuai dengan perkembangan murid

YaTidak

5Sesuai dengan kemampuan murid

YaTidak

6Sesuai dengan peruntukan masa

YaTidak

7Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid

YaTidak

8Mentaksir semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

YaTidak

Tandatangan: Tarikh:

PKP 2

BORANG LAPORAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH(Diisi oleh Pemantau)

Sekolah: ..NamaPemantau: ..Bilangan guru yang dipantau: ..

ARAHANSila tuliskan peratus (%) bagi Ya atau Tidak berdasarkan dapatan dari borang PKK 1.BilPernyataanPeratus

YaTidak

1Menepati kurikulum

2Menepati standard kandungan

%%

3Sesuai dengan deskriptor

4Sesuai dengan perkembangan murid

5Sesuai dengan kemampuan murid

6Sesuai dengan peruntukan masa

7Menggunakan laras bahasa yang sesuai

8Mentaksir semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tandatangan : Tarikh:

PKP3

BORANG PENILAIAN PEMANTAUAN PENGURUSAN PBS(Diisi oleh Pemantau)

Sekolah: ..Nama guru: ..Mata pelajaran: ..Tahun/Tingkatan: ..Tajuk: ..Tarikh dan masa: ..

ARAHANSenarai semak berikut berkaitan dengan instrumen yang disediakan oleh pemataudi sekolah. Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BilPernyataan

1Carta Organisasi JK PBS disediakanYaTidak

2Jadual Pengoperasian PBS LP dipatuhi:

Mesyuarat JK PBS dijalankanYaTidak

Semua murid didaftarkan dalam SPPBSYaTidak

Semua guru diberikan kata laluanYaTidak

Penguasaan murid direkodkanYaTidak

3Surat Pekeliling dan Surat Siaran PBS lengkapYaTidak

4Dokumen Standard Prestasi lengkapYaTidak

5Panduan Pengurusan PBS dirujukYaTidak

6Manual Penjaminan Kualiti dirujukYaTidak

7Manual PAJSK dirujukYaTidak

8Manual Pentaksiran Psikometrik dirujukYaTidak

9Manual SPPBS dirujukYaTidak

10Buku Soalan Lazim dirujukYaTidak

11Fail Perkembangan Murid dikemaskiniYaTidak

12Fail Showcase dikemaskiniYaTidak

13Laporan Penjaminan Kualiti:

PementoranYaTidak

PenyelarasanYaTidak

PemantauanYaTidak

PengesananYaTidak

14Minit Mesyuarat JK PBS YaTidak

Tandatangan: Tarikh:

PKP 4BORANG LAPORAN PEMANTAUAN PENGURUSAN PBS(Diisi oleh Pemantau)

Sekolah: ..NamaPemantau: ..Bilangan sekolah: ..(Diisi oleh Pemantau Luar)

ARAHANSila tuliskan peratus (%) bagi Ya atau Tidak berdasarkan dapatan dari borang PKK 1.BilPernyataanPeratus

YaTidak

1Carta Organisasi JK PBS disediakan

2Jadual Pengoperasian PBS LP dipatuhi:

Mesyuarat JK PBS dijalankan

Semua murid didaftarkan dalam SPPBS

Semua guru diberikan kata laluan

Penguasaan murid direkodkan

3Surat Pekeliling dan Surat Siaran PBS lengkap

4Dokumen Standard Prestasi lengkap

5Panduan Pengurusan PBS dirujuk

6Manual Penjaminan Kualiti dirujuk

7Manual PAJSK dirujuk

8Manual Pentaksiran Psikometrik dirujuk

9Manual SPPBS dirujuk

10Buku Soalan Lazim dirujuk

11Fail Perkembangan Murid dikemaskini

12Fail Showcase dikemaskini

13Laporan Penjaminan Kualiti:

Pementoran

Penyelarasan

Pemantauan

Pengesanan

14Minit Mesyuarat JK PBS

Tandatangan : Tarikh:

5.0PENGESANAN

5.1Definisi

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.

5.2Tempoh Pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dan kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

5.3Objektif Pengesanan

i.Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

ii.Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii.Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

iv.Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran

5.4Jenis Pengesanan

i.Pengesanan Dalaman

Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid.

ii.Pengesanan Luaran

Pengesanan Luaran dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan Pentaksiran Pusat (PP). Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan.

5.5Personel

i.Pengesanan dalaman dijalankan oleh:

GKMP / Ketua Bidang

Ketua Panitia

Guru Cemerlang

Jurulatih Utama

Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

ii.Pengesanan luaran dijalankan oleh:

Petugas yang dilantik oleh LP

5.6Peranan Pengesan

i.Mengesahkan kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

ii.Mengesahkan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

iii.Mengenalpasti dan membuat penambahbaikan instrumen pentaksiran.

iv.Mengenalpasti kepelbagaian instrumen pentaksiran.

5.7Carta Alir Pengesanan

Rajah 4 menunjukkan carta alir pengesanan.

MULA

Menyediakan jadual pengesanan dan melantik Pengesan.

Penambahbaikan instrumenMenjalankan pengesanan instrumenpentaksiran sekolah

Tidak

Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen pentaksiran

Ya

Instrumen digunakan untuk pentaksiran sekolah

Menghantar laporan pengesanan kepada Pengetua

TAMAT

Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan

5.8Borang Penilaian Pengesanan

a.PKK 1 - Borang Penilaian Pengesanan

Borang PKK 1 diisi oleh guru yang menjalankan pengesanan instrumen pentaksiran sekolah. Tujuan pengisian borang ini adalah bagi menilai samada instrumen pentaksiran sekolah yang disediakan menepati prinsip pembinaan instrumen yang ditetapkan oleh LP.

b.PKK 2 - Borang Laporan Program Pengesanan

Borang PKK 2 disis oleh guru yang menjalankan pengesanan instrumen pentaksiran sekolah. Guru pengesan menggunakan dapatan dari Borang PKK 1 semasa mengisi PKK 2. Borang diserahkan kepada JK PBS sekolah.

PKK 1BORANG PENGESANAN INSTRUMEN(Diisi oleh guru yang menjalankan pengesanan)

Sekolah: ..Nama guru: ..Mata pelajaran: ..Tahun/Tingkatan: ..Tajuk: ..Tarikh dan masa: ..

ARAHANSenarai semak berikut berkaitan dengan instrumen yang disediakan oleh gurudi sekolah.Sila bulatkan Ya atau Tidak pada pernyataan di bawah.

BilPernyataan

1Menepati kurikulum

YaTidak

2Menepati standard kandungan

YaTidak

3Sesuai dengan deskriptor

YaTidak

4Sesuai dengan perkembangan murid

YaTidak

5Sesuai dengan kemampuan murid

YaTidak

6Sesuai dengan peruntukan masa

YaTidak

7Menggunakan laras bahasa yang sesuai

YaTidak

Tandatangan: Tarikh:

PKK 2BORANG LAPORAN PENGESANAN INSTRUMEN(Diisi oleh guru yang menjalankan pengesanan)

Sekolah: ..Namaguru: ..Bilangan instrumen: ..

ARAHANSila tuliskan peratus (%) bagi Ya atau Tidak berdasarkan dapatan dari borang PKK 1.

BilPernyataanPeratus

YaTidak

1Menepati kurikulum

2Menepati standard kandungan

%%

3Sesuai dengan deskriptor

4Sesuai dengan perkembangan murid

5Sesuai dengan kemampuan murid

6Sesuai dengan peruntukan masa

7Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap pembelajaran murid

Tandatangan : Tarikh: