ie agro backyard poultry farm: ayam kampung asli dan...

Download IE Agro BackYard Poultry Farm: Ayam Kampung Asli Dan …ternakanayamkampung.blogspot.com/2010/03/ayam-kampung...2017-12-27Setelah aku berkecimpung didalam bidang ternakan ayam kampung

If you can't read please download the document

Upload: duongdan

Post on 08-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

IE Agro BackYard Poultry Farm: Ayam Kampung Asli Dan Ayam Kampung Kacuk

IE Agro BackYard Poultry Farm

buat Semua Penternak dan Bakal penternak,Terima Kasih di Atas kesudian Melawati Laman Blog Kami.IE Agro Gorup Sdn.Bhd 100% milik Bumiputra.Kami sedia membekal Anak Ayam Kampung,anak Ayam Belanda,Anak Ayam Mutiara,Anak itik Seranti Dan Anak itik telur kepada yang berminat untuk menternak.

NuFFnANg

Monday, March 8, 2010

Ayam Kampung Asli Dan Ayam Kampung Kacuk

Setelah aku berkecimpung didalam bidang ternakan ayam kampung ni.Aku mula terpikir2 yang manakah lebih baik.Kacuk atau Ori.Masa tu aku kat Ireland so mana le nak tau mana yang bagus.Jadi berpandukan internet aku mula Google untuk mencari info didalam internet.Jadi banyak le info yang aku dapat bahawa sesungguhnya ayam kampung asli lebih baik dan banyak permintaan dari kaum cina.Harga pun mahal juga.So aku pun mula le bagi tau kat partner aku beli ayam kampung asli(.huhuuhhu..yang asli pun aku tak kenal inikan kacuk..pandai cakap je masa tu).Keran ilmu yang sedikit maka aku mengambil keputusan untuk membeli induk sbb kurang sikit kematian.dan kami juga beli le anak kacuk dalam 20 ekor untuk mencuba. Disebabkan x de pengetahuan kami memelihara ayam kampung asli dgn harapan dapat memberikan pulangan yang cepat dan lumayan.Tapi selepas 1 tahun belum dapat pulangan.Kami memambah bilangan ayam kg kacuk apabila melihat anak ayam kg kacuk 20 ekor tu mula memberikan pulangan yang berpatutkan.Anak ayam kampung kacuk itu dibeli dari Pulau Pinang.Pembesaran yang sekata dan juga kadar kematian yang rendah.Masa tu takut juga sbb ramai yang cakap ayam kacuk ni tak de pasaran.tetapi apabila ku dah buat kacuk rasanya alhamdullilah.Pasarnya lebih besar dari yang asli sbb ramai yang mampu membeli berbandaingkan asli.Yang asli ni kebanyakkannya Orang Cina je yang suka.Dengan harga kacuk berpatutan sbb tu orang kita mampu untuk membeli.Aku sendiri pun kalu x bela x rasa le ayam kg asli ni....Sebagaimana yang kita tau ayam kampung kacuk ini lebih cepat membesar berbandingkan ayam kampung asli.Kadar pembesaran hanya 3 bulan dah boleh jual.Ayam kampung asli pula memerlukan masa sehingga 6 ke 7 bulan untuk mendapatkan purata 1.2kg tetapi sekiranya dalam masa 6 bulan tersebut anak ayam yg dibela mati disebabkan serangan musuh atau pun dapat penyakit mcm mana...seekor ayam kg asli boleh dijual dengan harga rm12kg...pada umur 5 bulan purata lebih kurang 700 ke 800 grm..bermakna kita dah kerugian rm9 ke rm10.Ayam kacuk pulak hanya 3 bulan penjagaan..jadi kita atk perlu tunggu lama untuk menjualnya....risiko lebih rendah....

Sebagai Penternak kita juga harus mempunyai permikiran sebagai Ahli Perniagaan.Kita kena le pikirkan untung rugi.Kalu memternak tapi hasilnya x seberapa.... baik kerje makan gaji je..dapat gaji bulan.So sebagai penternak kena berpikiran jauh dan cretive sikit.(Nanti sambug ye nak ke Banting lihat anak ayam kampung yang aku supplier hari tu kat sana,rasanya dah besar lebih sebulan aku htr kat dia,bagi nasihat sikit kongsi pengetahuan dan pengalaman)

Kesimpulannya pasaran ayam kampung kacuk lebih meluas dari dibandingkan dgn yang asli.Sbb nya yang asli ni cuma org yg mampu saja beli..yg x mampu x beli le...Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;* Kadar kematiannya kurang 5%* Kaki dan kulit warna kuning* Paruh tidak dipotong* Tumbesarannya sekata* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

yang penting ialah telur...

Posted by

Waa Ramli

at9:41 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Tawaran Hebat untuk dedak ayam kampung,Hampas Soya dan Makan Lembu/Kambing

Berita terhebat,Kepada Penternak ayam kampung,lembu dan kambing,Sekarang anda x perlu risau dengan harga dedak yang mahal.Kami sedia membantu anda untutk mengurangkan kos makan ternakan tanpa mengurangkan qulity makan ternakan.Kami mebekal product yang berqulity serta harga yang sangat berekonomi.Jangan anda tunggu lagi.Buat pesanan anda sekarang.

TAWARAN HEBAT

KAMI MENCARI PENGEDAR TUNGGAL UNTUK SETIAP KAWASAN BAGI MENGEDARKAN MAKAN TERNAKAN DAN UBATAN KAMI.BAGAI YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA.TEMPAT ADALAH TERHAD 1 KAWASAN 1 PENGENDAR TUNGGAL.HARGA TERBAIK PASTINYA HARGA BORONG.

HARGA HEBAT KAMI

Dedak Starter Boiler RM 91Dedak Grower Boiler Rm91Pelet Lembu 1beg/30kg RM 35Pelet Kambing 1 beg/30kg RM 35

Untuk Penternak yang memerlukan quntity yang banyak harga boleh dirunding.

Sila hunbugi kami untuk mendapatkan bekalan

Rohaizan 0169704360/0192027530Zulfakri 0182511183

ANAK AYAM KAMPUNG UNTUK DIJUAL READY STOCK

Salam Saya mempunyai anak ayam kampung untuk dijual..reday stcok.Boleh ambil di Ladang Kami di Ulu Langat Bt 18.Harga istimewa quntity 1200 ekor sedia untuk dijual...sapa cepat dia dapat

Facebook Badge

Pembekal Ayam Golek/Ayam Dara

Promote Your Page Too

Facebook Badge

Waa Shafie

Create Your Badge

Jaringan Ternakan Ayam Kampung IE Agro Group

Kami menjemput semua Penternak Ayam Kampung dan Unggas untuk berdaftar sebagai Ahli Jaringan Ternakan Ayam Kampung Bersama Ie Agro Group.Sila klik ke link yang disediakan dan

Jaringan Ternakan Ayam Kampung http://ieagrobackyardpoultryfarm.webs.com/akfarmercommunity.htm

Ayam Kampung Untuk Dijual

Salam Kami mempunyai ayam kampung untuk dijual dgn harga yang menarik.pada yang mencari quntity yang besar kami sedia membekalkan anda.Diskaun Hebat pada yang order 1000 ekor perorder.

Sila Hubungi saya untuk dapatkan Qutation anda.pastinya akan akan berpuas hati dengan layanan kami.Harga tidak termasuk penghatanran ,harga ladang.Berat dianggarkan sekitar 1.2 ke 1.6kg seekor

Call sekarang 016 9704360

Anak Ayam Piru/Belanda dan Anak Ayam Mutiara

Anak ayam Belanda terhad hanya ada 70 ekor sahaja cepat sapa nak boleh call kami segera.

HP 016 9704360

email: [email protected]

Itik Muscovy Dan itik telur untuk diJual

Kami sedia membekalkan anak itik Muscovy dan anak itik penelur Kaki Cambell.

Harga Pasaran:

Anak Itik Muscovy rm 4.20 seekor

Anak itik kaki Cambell RM 3.80 seekor

Sedia mebekalkan dengan quntity yang banyak.Lebih 2000 ekor transport dia sediakan dalam Lembah Klang.Sila call Kami untuk rundingan 0169704360.

Blog Archive

2017

(1)

May

(1)

2011

(2)

September

(1)

January

(1)

2010

(25)

December

(2)

October

(1)

September

(2)

August

(1)

July

(2)

June

(2)

May

(4)

April

(2)

March

(3)ANak AyaM KamPuNG YanG AkU JuAlAyam Kampung Asli Dan Ayam Kampung KacukKeperluan dan perhatian kepada anak Ayam Kampung

February

(3)

January

(3)

2009

(14)

October

(2)

August

(2)

April

(1)

March

(9)

View shoutbox

ShoutMix chat widget

Viewer

Buku Rujukan Untuk Ternakan Ayam

How To Raise Chicken by Cristine HeinrichsFree Range POULTRY by Katie Thear

Rakan Ternak

AnGgerik Agro FarmKerian Fram PoultryAyam Kampung KedahAngsadaria FarmMie Ternak Ayam KampungThe Green FarmShahril FarmTernakan Ayam Piru/Ayam BelandaZali AgroLopeh Poultry

Wheat untuk Makanan Ayam

Feedjit Live Blog Stats

Followers

Logo Chicken Rich

Image by FlamingText.com

Lagu Lagu Pilihan

Create a playlist at MixPod.com

Picture Window theme. Powered by Blogger.