ict
DESCRIPTION
ICTTRANSCRIPT
Tajuk:
4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang guru apabila menggunakan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan
trend terkini. Hal demikian adalah kerana dengan bantuan ICT, guru dapat
menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik seperti penggunaan
power point. Selain itu, ia juga menjimatkan masa serta kewangan apabila
seseorang guru menghasilkan ABM. Sewaktu guru merancang penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ada 4 perkara adalah perlu diberi
perhatian, antaranya adalah sasaran penyampaian, kesesuaian tajuk, kesediaan
bahan dan kesediaan alatan ICT yang diperlukan .
Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah sasaran. Ini
merupakan perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa
seseorang guru ingin menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hendaklah tahu sasaran mereka dan menyediakan cara
penyampaian dan tahap yang sesuai. Sebagai contoh, jika sasaran murid
merupakan murid darjah satu, maka cara menggunakan ICT dalam bentuk
pembentangan Power Point yang penuh dengan perkataan adalah kurang sesuai
manakala menggunakan Flash yang menarik untuk menjalankan aktiviti dan
sebagainya. Walaupun Power Point juga boleh dimasukan animation dan
sebagainya, tetapi jika ingin menyediakan sesuatu yang penuh dengan
animation, bunyi dan sebagainya, Flash merupakan cara yang lebih sesuai.
Selain daripada kesesuaian cara menjalan pengajaran dan pembelajaran, guru
juga harus menyediakan hasil bahan alat bantu mengajar ICT yang bersesuai
dengan tahap sasaran. Sebagai contoh, sasaran guru adalah murid darjah satu,
maka bahan yang disediakan adalah sesuai dengan tahap mereka seperti Flash
yang mengandungi gambar yang comel dan perkataan yang besar serta bunyi
dan pergerakan yang senang dan tidak mengelirukan. Ini telah membuktikan
bahawa sasaran penyampaian adalah salah satu faktor yang penting untuk
dipertimbangkan semasa seseorang guru ingin menyediakan bahan ICT sebagai
alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkaran kedua yang perlu dipertimbangankan adalah kesesuaian tajuk
pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang kita tahu, dengan
menggunakan ICT, kerja kita sebagai seorang penyampaian ilmu telah
diringankan, tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ICT kerana ICT
bukan boleh diterapkan dalam semua tajuk pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, dalam mata pelajaran sains, tajuk tumbuh-tumbuhan, ia adalah
lebih sesuai untuk membawa murid-murid ke luar kelas dan mengunjungi taman
tumbuh-tumbuhan ataupun hutan simpanan. Cara demikian membolehkan
murid-murid dapat pengalaman langsung dengan tumbuh-tumbuhan serta
mempunyai ingatan yang mendalam tentang ilmu yang mereka belajar kerana
dapat belajar dengan deria motor seperti menghidu dan menyentuh. Jika tajuk
tersebut diajar dengan menggunakan ICT seperti Power Point atau Internet,
murid-murid hanya mampu tahu bentuk tumbuh-tumbuhan dan namanya sahaja
sebab tidak dapat menyentuh dan mengaji tumbuh-tumbuhan tersebut. Tapi,
sesetangah tajuk pula perlu dibantu dengan menggunakan ICT seperti mata
pelajaran sains yang bertajuk angkasa. Guru tidak dapat membawa murid-
muridnya ke tempat asal untuk mengalami keadaan tersebut, jadi dengan
bantuan ICT, maka guru boleh menayangkan keadaan angkasa dan bercerita
kepada murid-murid. Dengan bantuan ICT, murid-murid dapat membayangkan
keadaan angkasa dengan lebih tepat dan terarah. Faktor ini juga merupakan
salah satu faktor yang penting untuk dipertimbangkan oleh guru semasa
mempertimbangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat memanfaatkan murid-murid jika guru membuat keputusan yang
betul.
Perkara ketiga yang perlu dipertimbangkan adalah bahan ICT yang ingin
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan ICT yang
disediakan oleh guru kebanyakan adalah terdiri daripada Power Point dan Flash.
Semasa menyediakan bahan, ia juga mempunyai beberapa perkara yang harus
diberi perhatian. Sebagai contoh, semasa menyediakan Power Point, perlu
memberi perhatian kepada unsur-unsur multimedia dan CASPER. Unsur-unsur
multimedia yang sepatutnya terkandung dalam satu pembentangan Power Point
adalah bunyi, animasi, gambar dan sebagainya. Unsur-unsur tersebut hendalah
diletakan dalam Power Point dengan sewajarnya. Sebagai contoh, dalam satu
pembentangan Power Point seseorang guru mengandungi banyak unsur
animated gif (gambar bergerak), penumpuan murid sasarannya akan terganggu
oleh animated gif kerana ia lebih menarik. Ia hanya sesuai untuk menarik
perhatian murid sasaran untuk seketika semasa penumpuan mereka tidak
tertumpu. Selain itu, CASPER pula mewakili perkara yang perlu diberi perhatian
jika seseorang guru ingin menghasilkan satu Power Point yang baik. CASPER
adalah Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition.
Maksudnya, satu Power Point yang bagus mempunyai penggunaan warna yang
baik dan senang dibaca, susunanyang teratur, dalam bentuk yang senang
faham, kesinambungan antara slaid, penekanan bahagian penting seperti tajuk
dan pengulangan maklumat penting di akhir pembentangan. Kalau seseorang
guru dapat mematuhi ciri-ciri diatas semasa menghasilkan Power Point, maka
Power Point beliau akan senang difahami oleh murid sasarannya dan menarik
perhatian mereka. Power Point hanya adalah salah satu contoh yang paling
banyak digunakan oleh guru untuk mengajar, selain daripada itu, juga ada
pelbagai lagi bahan ICT yang boleh disediakan oleh guru seperti guru akaun
atau matematik, mereka boleh menyediakan bahan ICT dalam bentuk Sheet
(seperti Microsoft Excel). Penerangan ini hanya menggunakan Power Point
sebagai contoh. Dengan ini, segi penyediaan bahan juga perlu dititikberatkan
dan dipertimbangkan semasa seseorang guru ingin menggunakan bantuan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan oleh guru adalah kesediaan
alatan ICT. Alatan ICT yang dimaksudkan adalah seperti kakulator, projektor,
komputer, komputer riba dan sebagainya. Selepas guru tersebut memilih
sasarannya, menentukan tajuk dan menyiapkan bahan ICT, beliau perlu
mempertimbangkan tentang alatan ICT lagi. Ia adalah sebab beliau perlu
memastikan tempat beliau yang bakal menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran mempunyai alatan ICT yang diperlukan supaya beliau tidak
menghadapi masalah yang tidak dijangka. Sebagai contoh, Cikgu Ali ingin
menunjukkan video berlagu kepada muridnya, beliau telah sediakan semua
bahan, tetapi apabila sampai masa kelas tersebut, projektor dalam kelas itu telah
rosak dan Cikgu Ali terpaksa mengadakan aktiviti lain. Jadi demi menggelakan
daripada situasi tersebut, guru perlu memastikan kelas yang bakal menggunakan
bahan ICT adalah mepunyai alatan ICT yang diperlukan serta masih dalam
keadaan yang baik. Kecuali itu, semakan terakhir juga harus dibuat pada hari
sebelum supaya semua perancangan berjalan lancar. Penyemakan alatan ICT
juga adalah kelalaian kebanyakan guru kerana terlupa menyemak serta
menganggap bahawa alatan masih dalam keadaan berfungsi. Akhirnya, kerja
penyemakan alatan dan mempertimbangkan alatan yang sedia ada juga adalah
amat penting untuk guru pertimbangkan semasa membuat perancangan.
Kesimpulannya, jika seseorang guru ingin menggunakan bahan ICT
dalam pengajaran dan pembalajaran harus mempertimbangkan empat perkara
iaitu sasaran, keseuaian tajuk, kesedian bahan dan kesediaan alatan ICT.
Dengan pertimbangan empat perkara tersebut, guru akan dapat memanfaatkan
ICT dalam pengajaran dan pengajaran.