ice breaking 2

9
MODUL ICE BREAKING Page | 1 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN Oct. 18 AKTIVITI 1 Tajuk : BOLA BALING MASA : 15 minit ALATAN : Sebiji bola plastik PROSEDUR : 1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kertas masing-masing dalam satu bulatan. 2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil membaling bola dengan perlahan kepada peserta pertama dalam kumpulan. 3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil bahagian. FALSAFAH : Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.

Upload: norlela-abdrahman

Post on 27-Jul-2015

77 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 1 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 1

Tajuk : BOLA BALING

MASA : 15 minit

ALATAN : Sebiji bola plastik

PROSEDUR :

1. Ahli kumpulan diminta berdiri di hadapan kertas masing-masing dalam

satu bulatan.

2. Fasilitator memulakan aktiviti dengan menyebut namanya sambil

membaling bola dengan perlahan kepada peserta pertama dalam

kumpulan.

3. Aktiviti tersebut diulang oleh peserta yang lain sehingga semua ambil

bahagian.

FALSAFAH :

Mengetahui nama seseorang adalah penting untuk berkomunikasi

dengan berkesan.

Kehadiran insan lain adalah penting dalam hidup kita.

Page 2: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 2 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 2

Tajuk : BLOW WIND BLOW ( TIUP ANGIN TIUP)

Masa yang diperlukan: 10-15 minit

Material yang diperlukan: Kertas A4 pada setiap peserta

Persediaan: Kertas A4 disusun dalam bulatan

Prosedur :

1) Peserta akan duduk di atas kertas dalam bulatan kecuali seorang

(Bilangan kertas mesti kurang satu drpd jumlah peserta)

2) Seorang peserta yang tidak mendapat kertas akan berada di tengah

bulatan akan memulakan permainan dan berkata "tiup angin tiup pada

orang yang memakai baju berwarna biru.”-( contoh )

3) Orang yang memakai baju biru akan keluar dan perlu bertukar

tempat duduk dengan orang yang memakai baju biru yang lain.

Namun tidak boleh bertukar tempat duduk dengan orang yang

berada di sebelah.

4) Peserta yang berada di tengah tadi akan mengambil alih tempat

duduk salah seorang orang yang keluar tadi.

5) Peserta yang tidak mendapat tempat duduk,akan menyambung

permainan dengan mengulangi game tadi

Aktiviti ini sesuai untuk re-charge kumpulan yang telah bosan,lama duduk.

Contoh lain:

Tiup angin tiup pada orang yang memakai cermin mata

Page 3: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 3 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

Tiup angin tiup pada orang yang memakai jam tangan

Tiup angin tiup pada orang yang baju kurung

Page 4: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 4 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 3

Tajuk : KUMPULANKU

MASA : 10 - 15 minit

ALATAN : Kad perkataan (durian, rambutan, pisang, kelapa)

PROSEDUR :

1. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan kad gambar

buah masing-masing.

2. Peserta diminta berkumpul dalam kumpulan berdasarkan abjad pangkal

nama masing-masing.

3. Sekali lagi peserta diminta berkumpul mengikut bulan kelahiran

masing-masing.

4. Seterusnya peserta diminta berkumpul semula berdasarkan kod yang

diberikan pada kad nama masing-masing.

5. Ketua fasilitator memperkenalkan fasilitator bagi setiap kumpulan.

FALSAFAH :

Kerjasama dengan lebih mendalam boleh mewujudkan kemesraan dan

perasaan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Page 5: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 5 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 4 : MENAIKI RAKIT

MASA : 45 minit

ALATAN : Kertas Suratkhabar

OBJEKTIF :

1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.

2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.

3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.

PROSEDUR :

1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.

2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.

3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi

sedikit sehingga menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki

di tempat yang tiada surat khabar (lantai).

4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.

Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar.

(Asingkan peserta lelaki dan perempuan)

Page 6: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 6 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

FALSAFAH :

1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing.

2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.

3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan

akhlak kita.

Page 7: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 7 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 5 : BISIKAN MAKMUR

MASA : 15 - 30 minit

ALATAN : Wisel, skrip mesej

SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah.

Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah.

Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.

OBJEKTIF :

1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu

berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.

PROSEDUR :

1. Peserta berada dalam satu barisan.

2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej.

3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula.

4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali

wisel dibunyikan.

2. Peserta-peserta lain tidak boleh menoleh ke belakang.

5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya.

6. Setelah selesai, Fasilitator :

a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima.

b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang

diterima.

c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.

Page 8: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 8 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

FALSAFAH :

1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan

keberkesanan sesuatu maklumat.

2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan

kepada penerima mesej.

Page 9: Ice breaking 2

MODUL ICE BREAKING

Page | 9 USS@PENGAKAP/SKT/ KUMP KE 33/SAMARAHAN

Oct. 18

AKTIVITI 6 : TIRU MACAM SAYA

MASA : 15 - 30 minit

ALATAN : Kad perkataan

PROSEDUR

1. Pelajar diberikan satu kad perkataan dan telah ditulis salah satu dari

lima jenis haiwan.

2. Para pelajar dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika

fasilitator mengedarkan kad itu.

3. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca

kad di dalam hati dan mula bergerak tanpa bercakap dengan

melaungkan bunyi haiwan.

4. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif mereka

bersuara dan gaya yang akan dibuat.

5. Kemudian para pelajar akan bergerak ke dalam kumpulan masing-masing

melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat.

6. Setelah itu, berbentuklah lima kumpulan dan setiap kumpulan akan

melantik ketua masing-masing.