ibnu sina insan

3
Seterusnya, beralih pula kepada tokoh teragung dunia Islam iaitu Ibnu Sina. Ibnu Sina memberikan sumbangan yang begitu banyak terhadap pembangunan tamadun dunia tertuamanya pembangunan tamadun Islam dan pandangannya yang serba sedikit dapat membantu pembangunan tamadun Malaysia. Ibnu sina dalam Kitabnya iaitu Al-Siyasah menekankan pembangunan insan atau lebih popular lagi kini pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan adalah antara misi utama Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang berkaitan dengan akidah, fekah mahupun tasawwuf menekankan pembangunan kualiti manusia yang seimbang. Falsafah Islam, yang juga merupakan satu daripada ciri keilmuan dan tamadun Islam, tidak ketinggalan dalam menyumbang dan mengemukakan pendekatan tersendiri dalam konteks pembangunan modal insan. Hal ini jelas apabila topik manusia dianggap sebagai salah satu isu besar falsafah, di samping topik berkaitan Tuhan dan alam. Kesemua ahli falsafah Islam mengemukakan pandangan dan falsafah mereka tentang manusia dari pelbagai aspek dalam pelbagai karya penting mereka. Ibnu Sina sebagai salah seorang falsafah agung Islam tidak ketinggalan dalam hal ini. Beliau membincangkan isu manusia dari pelbagai aspek iaitu daripada aspek psikologi sehinggalah kepada aspek kemasyarakatan dan politik. Berdasarkan karya Ibnu Sina dalam kitabnya itu, jelaslah bahawa pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam pembentukan rakyat yang berkualiti dan tamadun Malaysia yang berjaya. Hal ini seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan serta

Upload: avralinetine-epin

Post on 01-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ibnu Sina, Tokoh Islam, tokoh perubatan, ilmuwan, cendekiawan

TRANSCRIPT

Seterusnya, beralih pula kepada tokoh teragung dunia Islam iaitu Ibnu Sina. Ibnu Sina memberikan sumbangan yang begitu banyak terhadap pembangunan tamadun dunia tertuamanya pembangunan tamadun Islam dan pandangannya yang serba sedikit dapat membantu pembangunan tamadun Malaysia. Ibnu sina dalam Kitabnya iaitu Al-Siyasah menekankan pembangunan insan atau lebih popular lagi kini pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan adalah antara misi utama Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Setiap aspek ajaran Islam, sama ada yang berkaitan dengan akidah, fekah mahupun tasawwuf menekankan pembangunan kualiti manusia yang seimbang. Falsafah Islam, yang juga merupakan satu daripada ciri keilmuan dan tamadun Islam, tidak ketinggalan dalam menyumbang dan mengemukakan pendekatan tersendiri dalam konteks pembangunan modal insan. Hal ini jelas apabila topik manusia dianggap sebagai salah satu isu besar falsafah, di samping topik berkaitan Tuhan dan alam. Kesemua ahli falsafah Islam mengemukakan pandangan dan falsafah mereka tentang manusia dari pelbagai aspek dalam pelbagai karya penting mereka. Ibnu Sina sebagai salah seorang falsafah agung Islam tidak ketinggalan dalam hal ini. Beliau membincangkan isu manusia dari pelbagai aspek iaitu daripada aspek psikologi sehinggalah kepada aspek kemasyarakatan dan politik.

Berdasarkan karya Ibnu Sina dalam kitabnya itu, jelaslah bahawa pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam pembentukan rakyat yang berkualiti dan tamadun Malaysia yang berjaya. Hal ini seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berguna untuk rakyat, bangsa serta negara. Bagi negara Malaysia, jika ingin menjadi sebuah negara yang maju perlulah berlandaskan asas masyarakat yang mampan daripada segenap aspek kehidupan terutamanya dalam aspek rohani, etika dan jasmani. Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesebuah negara adalah berlandaskan ekonomi yang mantap dan terancang seperti kemajuan yang telah dikecapi oleh negara Jepun dan Amerika Syarikat. Namun, adakah kemajuan tersebut bernilai sekiranya aspek moral setiap insan dalam masyarakat itu masih di bawah takuk yang rendah?

Melalui modal insan, sesebuah masyarakat itu akan lebih bertanggungjawab dalam mewujudkan dan membangunkan negara yang bersih daripada pelbagai aspek negatif terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Agama Islam juga turut menegaskan bahawa satu pertiga daripada rezeki adalah datangnya daripada sumber perniagaan yang bersih daripada unsur penipuan dan riba. Oleh itu, dalam mengejar era globalisasi dan arus pemodenan, kepentingan membangunkan modal insan juga perlu ditekankan agar dapat difahami oleh setiap masyarakat.Modal insan atau human capital adalah ramuan yang penting dalam ekonomi sezaman iaitu kemajuan ekonomi yang hendak dibangunkan oleh kerajaan Malaysia berlandaskan ilmu pengetahuan dan etika yang datangnya daripada modal insan yang berketerampilan dan berwawasan. Faktor kejayaan ekonomi sezaman bukanlah seperti teori ekonomi klasik yang menekankan kepada faktor tanah, modal dan tenaga buruh semata-mata namun lebih mengfokuskan kepada idea-idea yang dihasilkan seperti idea mewujudkan teknologi baru melalui industri masa hadapan. Contohnya, pembangunan ICT dan bioteknologi melalui pengeksploitasian ilmu pengetahuan dan peryelidikan daripada modal insan yang merupakan permulaan baru kepada paradigma pembangunan negara yang lebih komprehensif. Seterusnya, ekonomi negara akan berkembang dan mengalami peningkatan hasil daripada sumbangan modal insan dalam mewujudkan sebuah negara yang membangun daripada pelbagai aspek. Peningkatan ekonomi ini secara langsung menyebabkan negara Malaysia mampu melebarkan sayapnya ke arena antarabangsa dan menjadi negara yang berupaya untuk bersaing dalam ekonomi dunia yang serba mencabar. Melalui karya Ibnu Sina dalam kitanya iaitu Al- Siyasah ini jelaslah bahawa pembangunan modal insan memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan negara terutamanya negara Malaysia untuk terus maju seiring dengan Wawasan 2020. Jika ingin terus berjaya, pihak kerajaan, ibu-bapa serta masyarakat haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk generasi generasi muda yang proaktif, berdaya saing dan bermotivasi tinggi demi kemajuan negara ke arah mencapai negara maju.