ibnu khaldun (2)

13
TOKOH ILMUAN ISLAM IBNU KHALDUN

Upload: crystal-palmer

Post on 15-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ljbhukg

TRANSCRIPT

Page 1: ibnu khaldun (2)

TOKOH ILMUAN ISLAM

IBNU KHALDUN

Page 2: ibnu khaldun (2)

1.ABSTRAK

Ibn Khaldun bukan sahaja seorang ahli falsafah tetapi juga pengasas ilmu kemasyarakatan

dan sumbangannya amat besar dalam bidang berkenaan sehingga hari ini. Beliau disifatkan

sebagai sarjana agung penamat arus kebangkitan ilmu dalam Islam semasa zamannya. Ibn

Khaldun cenderung dalam melakukan kajian tentang masyarakat dan beliau telah

meletakkan kaedah-kaedah ilmu ini sebagai asas awal dalam penulisan sejarah masakini.

Beliau merangkumkan pemikirannya tentang kemasyarakatan

dalam bukunya iaitu : Al-Muqaddimah.

Kemasyhuran Ibn Khaldun dalam dunia ilmu pengetahuan pada amnya dan dunia

pendidikan Islam khasnya, hendaklah dapat dijadikan contoh teladan yang dapat diikuti

jejaknya oleh kalangan yang ingin mengembangkan wawasan pengetahuannya. Apalagi

beliau dianggap sebagai salah seorang pengasas ilmu kemasyarakatan yang hebat.

2.BIODATA IBNU KHALDUN

Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-

Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera

Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama

Khalid bertukar kepada Khaldun.

Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir

pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan seorang pemerintah tentera.

Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat wabak kusta yang melanda kampungnya.

Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus. Berpindah ke beberapa

tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.

Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu walaupun sibuk

menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu agama seperti fikah,

tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik, falsafah, matematik dan bahasa Arab.

Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik

dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya dan dihantar berguru dengan ramai

sarjana Islam yang hebat di Tunisia.

Page 3: ibnu khaldun (2)

Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai bidang politik sehingga

pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang cemburu melihat beliau sering

berdamping dengan pemimpin.

Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting seperti pernah dilantik

sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib (sama taraf Perdana Menteri), menjadi

kadi dan khatib, menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan

menjadi Hakim Mahkamah Raja di Mesir.

Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan ahli fikir yang tiada

bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia di dunia seperti mana yang

dinyatakan oleh Toynbee.

Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang

zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang mirip kepada kaedah sosiologi di

mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku.

Beliau membahagikan sejarah kepada 2 iaitu sejarah am dan sejarah khas.

Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana

sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat, tidak seperti ahli sejarah

sebelumnya.

3.KEPERIBADIAN IBN KHALDUN

Ibnu khaldun merupakan seorang yang sangat berani. Beliau hidup didalam zaman

yang sering berlaku pergolakan, pembunuhan pemimpin, penggulingan sultan, fitnah

terhadap pemimpin dan ancaman dipenjarakan. Namun, Ibnu Khladun tidak sekali-kali takut

dengan keadaan politik yang tidak stabil ini. Malah belaiu sendiri telah menjadi ahli politik

pada zaman yang penuh dengan pergolakan.

Ibnu khaldun sendiri pernah dipenjarakan selama dua tahun oleh Sultan Abu Anan.

Berdasarkan pengalaman, pengamatan dan penghayatan beliau dalam dunia politik, beliau

mampu menghasilkan tulisan-tulisan yang sangat bermanfaat untuk generasinya dan

generasi masa hadapan.

Ibnu Khaldun adalah seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau

sibuk dengan tugas pentadbiran, namun tugas-tugas rasmi beliau tidak pernah menghalang

belliau daripada menuntut ilmu. Semasa Ibnu Khaldun di Kota Fez, beliau telah dilantik oleh

Sultan Abu Anan untuk menjawat jawatan setiausaha dan beberapa jawatan penting yang

Page 4: ibnu khaldun (2)

lain. Disebalik kesibukan hariannya, Ibnu Khladun sempat untuk berguru dengan ulama-

ulama dan saterawan yang telah berhijrah dari Tunisa ke Fez akibat serangan wabak taun

yang serius di Tunisia. 

Semasa di Fez ibnu khaldun telah berguru dengan Lisanuddin bin Al-khatib,

pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada). Tambahan pula pada ketika itu,

perpustakaan di Fez dikatakan perpustakaan Islam terlengkap pada masa itu. Keadaan di

kota ini sangat membantu Ibnu Khaldun dalam menimba ilmu pengatahuan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang ahli pemikir yang melangkaui zaman. Beliau telah

menghasilkan kitab agungnya iaitu Al-Ibar yang berkisar mengenai ilmu sosiologi. Kaedah-

keadah pengkajiannya terhadap sejarah berbeza dengan keadah sedia ada kerana ahli

sejrah sedia ada hanya mencatat sejarah sebagai fakta. Contohnya ahli sejrah sedia ada

mencatatkan nama peristiwa dan tahun berlaku peristiwa tersebut.

Selain itu, Ibnu Khaldun mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya.

Beliau telah mewarisi sifat ini daripada nenek moyangnya. Beliau telah menjawat banyak

jawatan penting sepanjang usianya antaranya ialah setiausaha negara di istana Sultan Abu

Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan, anggota Majlis Ilmiah. anggota Jabatan

Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, duta Granada, Perdana Menteri

(Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah) di Mesir.

Ibnu Khldun menjawat jawatan penting dipelbagai negeri dan pelbagai kerajaan

pemerintah. Hal ini disebabkan kerana kecekapannya dalam mentadbir serta keupayaannya

untuk mengemukakan idea-idea bagi memajukan negara. Tambahan pula, Ibnu Khaldun

mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri-negeri tersebut sehingga beliau

ditawarkan beberapa jawatan penting oleh kerajaan.

Ibnu Khaldun merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain. Ketika

Ibnu Khaldun menjadi setiausaha kepada Sultan Annan di Talmasan, belaiu cuba

merancang untuk membebaskan pemimpin Bijaiyah yang telah dipenjarakan selepas

kerajaanya digulingkan. Namun nasib tidak menyebelahi Ibnu Khladun. Sultan mengetahu

perancangannya itu dan telah murka kepada Ibnu Khaldun. Beliau telah dipenjarakan oleh

sultan selama dua tahun. Selama didalam penjara, beliau sentiasa berusaha untuk

menghubungi sultan bagi meminta keampunan dari baginda sultan.

Ketika inilah Ibnu Khaldun telah mengarang bait-bait syair yang telah menyentuh

perasaan Sultan Annan sehingga baginda menjanjikan pembebasanya. Peristiwa ini

menunjukkan Ibnu Khaldun sanggat pandai menggunakan syair untuk menarik belas kasihan

Page 5: ibnu khaldun (2)

sultan. Tambahan pula, masyarakat sememangnya terkenal dengan kebolehan bait-bait

syair yang menyentuh hati.

Keperibadian lain Ibnu Khladun ialah beliau merupakan seorang yang pentingkan

pengajian Al-Quran. Sebagai seorang yang hafiz al-quran, beliau begitu menyanjung tinggi

akan kehebatan Al-Quran. Beliau telah mengatakan “Ketahuilah bahwa pendidikan Al-Quran

termasuk syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam dapat meresap

ke dalam hati dan memperkuat iman. dan pengajaran al-quran pun patut diutamakan

sebelum mengembangkan ilmu-ilmu yang lain.”

Sepanjang hidup Ibnu khaldun, beliau sentiasa difitnah oleh musuh politiknya dan

dikianati oleh pemerintah yang zalim. Namun, beliau sentiasa bersabar dan bijak mengatur

stategi untuk menyelamatkan dirinya daripada dipenjarakan dan dihukum bunuh. Sebagai

contoh, ketika di Mesir Ibnu Khaldun telah diberi kepercayaan untuk mengetuai badan

kehakiman oleh Sultan Zahir Barqa. Ibnu Khaldun cuba membawa reformasi terhadap badan

kehakiman yang ketika itu sedang berhadapan dengan masalah amalan rasuah. Ibnu Khaldu

telah membawa perubahan dalam bidang kehakiman ini dengan melakukan pembaharuan

dalam undang-undang.

Segala usaha murni Ibnu Khladun ini telah dicemari dengan fitnah oleh musuh-musuh

politiknya sehinggakan sultan melucutkan jawatan ketua hakim daripada ibnu khaldun.

Kemudian beliau telah mengasingkan diri dengan mengerjakan haji dan melawat masjid Al-

Aqsar. Kemudian beliau pulang semula ke Mesir. Sultan ketika itu telah menyedari bahawa

Ibnu Khaldun berada pada pihak yang benar dan telah menjadi mangsa fitnah. Baginda

dengan berbesar hati telah memberikan semula jawatan ketua hakim kepada Ibnu Khaldun.

4.PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Sewaktu Ibnu Khaldun membesar, Tunisa merupakan tempat para ulama dan ilmuan

Andalusia berkumpul. Hal ini demikaian kerana, kekacauan dan pergolakan politik telah

berlaku pada zaman itu sehingga mendesak para ilmuan untuk berhijrah meninggalkan

Andalusia dan kebanyakan dari mereka telah berhijah ke Tunisa. Melihat kepada kelebihan

Page 6: ibnu khaldun (2)

ini, bapa Ibnu Khaldun telah menggalakkan anak-anaknya untuk menuntut ilmu sebanyak

mungkin dengan ilmuan dan ulama-ulama besar yang berada di Tunisa.

Tambahan pula, keluarga Ibnu Khaldun sememangnya dikenali dengan kehebatan

mereka dalam bidang keilmuan. bapa Ibnu Kaldun sendiri merupakan seorang ahli ilmu dan

sastera.  Beliau telah menjadi guru Bahasa Arab kepada Ibnu Khaldun. Beliau sanggat

menekankan soal pendidikan terhadap anak-anaknya.

Beliau telah mempelajari Al-Quran semasa masih kecil dan menghafalnya ketika usia

kanak-kanak lagi. Beliau telah menuntut berbagai ilmu agama seperti fiqah, tafsir, hadis, dan

ilmu-ilmu berbentuk akli seperti ilmu logik, falsafah dan matematik daripada beberapa ulama

yang terkenal. Antaranya ialah, Muhammad bin Sa’ad bin Burral al-Anshari, Muhammad bin

Bahr, Muhammad bin al-Arabi al-Hushari, Muhammad bin Sulaiman As-syaththi. Selain itu,

beliau telah mempelajari ilmu fiqih Maliki daripada ulama terkenal, Abu Abdilah Muhammad

bin Abdillah al-Jayyani al-Faqih Al-Maliki.

Terdapat dua ulama besar yang telah banyak mempengaruhi pemikiran Ibnu Khaldun

pertamanya ialah Muhammad bin Abdil Muhaimin Bin Abdi  l-Muhaimin al- Hadlrami. Ibnu

khaldun telah mempelajari hadis, biografi, dan ilmu-ilmu bahasa daripadanya. Keduanya

ialah, Abu Abdillah Muhammad Bin Ibrahim Al-Abilli yang merupakan pakar dalam ilmu logik,

matematik, metafizik, fizik, falak dan muzik.  Semasa Ibnu Khaldun di Fez, belaiu telah

mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-Qassar dan

Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada).

Antara kitab-kitab yang pernah dipelajari oleh Ibnu Khaldun ialah Al-lamiyah Fi l-

Qiraat dan Ar-Ra’iyah Fi Rasmil-Mushaf, kedua-duanya merupakan karya Asy-Syathibi. At-

Tashil Fi ‘Ilmi l-Nahwi karangan Abdul Faraj Al-Asfahani, sebahagian besar kitab-kitab hadis

terutamanya Sahih Muslim dan kitab Muwatta' karya Imam Malik.

5.IBNU KHALDUN SEBAGAI SEJARAWAN

Ibnu Khaldun merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara.

Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting seperti :

a) Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq Bin Abi Yahya dan Sultan Abu

Anna 

b) Anggota Majlis Ilmiah

Page 7: ibnu khaldun (2)

c) Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hassan diFez,

Maghribi

d) Duta Granada

e) Perdana Menteri (Hajib)Bougie

f) Ketua Hakim (Qadi Al-Qudhah) Mesir 

Jawatan-jawatan penting tersebut telah memberi peluang kepada Ibnu Khaldun untuk

berkhidmat kepada negara yang berkesan.

6.IBNU KHALDUN SEBAGAI BUDAYAWAN

Ibnu Khaldun merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian

kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisiadimanfaatkan untuk

menajamkan kemahirannya dalam syair.

Beliau banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran

beliaudalam bidang ini jelas kelihatan dalam kitab Al-Muqqadimah ketika beliau

membahaskan tentang syair Arab.

7. BAPA EKONOMI ISLAM

Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya

tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih

terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar ekonomi Barat spt

Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823).

Ibnu Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt

keadilan, hardworking, kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa

keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.

Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk

memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya

perlu mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat.

Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian sentiasa berada dlm

keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran seperti

tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran.

Page 8: ibnu khaldun (2)

Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat

perlu utk mengawal tahap produktiviti.

7.1 Teori Pengeluaran

Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa

menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.

Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat.

Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran

walaupun faktor-faktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan

matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat

perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar

masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang

yang mahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian

tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori

pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang

dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga

mengemukakan teori yang sama.

7.2 Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value)

dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai

sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses

pengeluaran."Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk

mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan

keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

7.3 Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji

atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada

masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor

pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh

yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada

Page 9: ibnu khaldun (2)

penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme

permintaan dan penawaran dalam pasaran.Manakala keuntungan terhasil daripada

perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun

begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu.

8. PENGASAS FALSAFAH SEJARAH

Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau maklumat tentang

masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia

seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan

sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai

kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan

secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia.

Secara ringkas daripada definisi di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu

kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.

Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang

mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam menentukan

sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.

Ibnu Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila

mengkaji sesuatu peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang

individu perlu memastikan penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini

menunjukkan hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.

Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang

melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum

alam akan ditentukan Allah.

Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur

fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.

Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan

analisis laporan sejarah:

Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan

musabab.

Page 10: ibnu khaldun (2)

Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa

yang sedang berlaku.

Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.

Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

9. KARYA AGUNG IBNU KHALDUN

Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.

Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains

kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah dalam penghasilan

kajian yang benar dan ilmiah.

Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini

setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam

bab. Kandungannya ialah:

Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia

Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif

Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah

Bab empat - tentang perkembangan kota-kota  dan negeri-negeri serta cara

membezakan antara satu kota dgn kota

Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat

Bab enam - cara mempelajari ilmu pengetahuan dan pendidikan

Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi:

Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial

Bahagian tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu

pengetahuan

Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan

percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi

politik dan sosial manusia.

Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang

berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan

kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang

analitikal dan terperinci.

Page 11: ibnu khaldun (2)

Karya agung Ibnu Khaldun

10. SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM BIDANG ILMU DAN   PEMIKIRAN ISLAM  

Ibnu Khaldun banyak meninggalkan sumbangan yang bernilai kepada tamadun

manusia. Ibnu Khaldun berjaya menganalis sejarah dari aspek kemasyarakatan,

ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya. Beliau telah memberi panduan terbaik

kepada manusia tentang asa pembinaansesebuah tamadun.

Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun terletak diatas hasil kombinasi di

antara keunggulan rohani dan jasmani. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-

pemikiran modenkhususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan

pendidikan. Kejayaan Ibnu Khaldun itu mendorong para sarjana mengiktiraf karya

beliausebagai bahan kajian dan rujukan dalam bidang-bidang tersebut.

Sanjungan terhadap beliau hingga ke hari ini. Pemikiran beliau sering

dijadikanwacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah, serta judul-

judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.

Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaituIbnu

Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Nama Ibnu Khaldun diabadikan

dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun

RUJUKAN

1. Muqaddimah Karya Ibnu Khaldun. Penerbit:Pustaka Kauthar

Page 12: ibnu khaldun (2)

2. Epistimologi Sejarah Kritis :Ibnu Khaldun.Pengarang:Toto Suharto

3. Watak Peradaban dalam Epistemologi Ibnu Khaldun.Pengarang:Hafidz Hasyim

4. FALSAFAH SEJARAH IBNU KHALDUN: Kajian tentang Dasar Falsafah Ilmu

Budaya.Pengarang:Muhsin Mahdi

5. Biografi Ibnu Khaldun: Kehidupan dan Karya Bapak Sosiologi Dunia.Pengarang:

Muhammad Abdullah Enan

6. Konstelasi Pemikiran Pedagogik Ibnu Khaldun Perspektif Pendidikan

Modern.Pengarang: Prof. Dr. H. Warul Walidin AK, M.A.