iban

5
Saturday, September 25, 2010 Kecelaruan Masyarakat Iban Dalam Menangani Masalah Kemunduran. Posted by kumang kenyalang at 4:35 PM Masyarakat Iban adalah masyarakat yang paling ramai menetap di Sarawak berbanding masyarakat lain. Walaubagaimanapun tidak dinafikan ramai yang beralih ke Semenanjung Malaysia dan menetap sementara di sana. Dikala masyarakat lain di Malaysia mengejar kemajuan , masyarakat Iban masih lagi hidup dalam kesengsaraan terutama sekali yang berada di kawasan pedalaman. Di kala anak-anak orang lain seronok belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, anak- anak masyarakat Iban pula ramai yang masih tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah apatah lagi ke peringkat Universiti. Hal ini kerana masalah kewangan yang melanda keluarga, dan kurangnya kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Ramai dalam kalangan generasi muda masyarakat Iban yang tidak mempunyai pendidikan di Sekolah Menengah, disebabkan Ibu bapa yang tidak memberikan sokongan kepada anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan. Disebabkan kurangnya generasi berilmu inilah kehidupan masyarakat Iban masih tidak menunjukkan perubahan ketara jika dibandingkan dengan kehidupan masyarakat lain di Malaysia. Sebab yang mungkin sekali boleh dijadikan sebagai landasan kepada kita untuk melihat kecelaruan masyarakat Iban dalam menangani masalah kemunduran ini ialah seperti di bawah ini: Anak-anak yang bersekolah masih lagi berjalan

Upload: sktemong

Post on 19-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Berkaitan dengan iban

TRANSCRIPT

Saturday, September 25, 2010 Kecelaruan Masyarakat Iban Dalam Menangani Masalah Kemunduran. Posted by kumang kenyalang at 4:35 PM Masyarakat Iban adalah masyarakat yang paling ramai menetap di Sarawak berbanding masyarakat lain. Walaubagaimanapun tidak dinafikan ramai yang beralih ke Semenanjung Malaysia dan menetap sementara di sana. Dikala masyarakat lain di Malaysia mengejar kemajuan , masyarakat Iban masih lagi hidup dalam kesengsaraan terutama sekali yang berada di kawasan pedalaman. Di kala anak-anak orang lain seronok belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, anak-anak masyarakat Iban pula ramai yang masih tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah apatah lagi ke peringkat Universiti. Hal ini kerana masalah kewangan yang melanda keluarga, dan kurangnya kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Ramai dalam kalangan generasi muda masyarakat Iban yang tidak mempunyai pendidikan di Sekolah Menengah, disebabkan Ibu bapa yang tidak memberikan sokongan kepada anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan. Disebabkan kurangnya generasi berilmu inilah kehidupan masyarakat Iban masih tidak menunjukkan perubahan ketara jika dibandingkan dengan kehidupan masyarakat lain di Malaysia. Sebab yang mungkin sekali boleh dijadikan sebagai landasan kepada kita untuk melihat kecelaruan masyarakat Iban dalam menangani masalah kemunduran ini ialah seperti di bawah ini: Anak-anak yang bersekolah masih lagi berjalan kaki meredah kawasan hutan, sungai dan juga semak-samun. Siapa yang bertanggungjawab mengubah semua ini? Sedangkan anak-anak bangsa lain di Malaysia dihantar ke sekolah oleh ibu bapa mereka dengan kereta mewah, dan jalan pulak, Highway...

1. Penindasan Daripada Orang Atasan Saya melihat penindasan begitu ketara sekali dalam kalangan masyarakat Iban. Ramai orang-orang atasan yang mengambil kesempatan atas kesempitan pemikiran masyarakat Iban. Bahkan dalam pilihanraya pun masyarakat Iban dimonopoli oleh golongan parti yang ingin bertanding. Sebelum hari mengundi, calon daripada parti yang bertanding akan datang ke rumah panjang, membawa minuman seperti arak( Sebab arak memang sinonim dengan masyarakat Iban), dan sebagainya, membawa makanan dan memberikan wang supaya esok hari apabila mengundi, tanda x itu akan dipangkah pada parti mereka. Pada masa ini, masyarakat Iban hanya melihat kekenyangan satu hari sebelum pilihan raya, dan tidak melihat nasib yang menimpa mereka pada 5 tahun akan datang. Kenyang 1 hari, tetapi merana 5 tahun! Begitulah nasib masyarakat Iban yang menyebabkan mereka memilih pemimpin atas dasar makanan dan minuman yang diberikan. Dan yang paling menyedihkan ialah, apabila calon-calon daripada parti itu telah menang, sepanjang 5 tahun menunggu pilihanraya yang seterusnya, wakil rakyat yang dipilih sebulat suara itu tidak pernah walau satu kali pun menjenguk rumah panjang dan juga menjenguk rakyat yang memilihnya. Saya memberikan kenyataan ini, bukanlah suka-suka tetapi melalui apa yang saya nampak, kaji dan saya dengar. Memang menyedihkan! Apa pandangan anda wahai pembaca sekalian? Memang dunia ini untuk orang bijak kan?Mesti pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak Bukan sahaja dalam kalangan orang politik yang mengambil kesempatan, bahkan dalam kalangan sesama komuniti dalam rumah panjang itu juga mengambil kesempatan. Misalnya Ketua Kampung( Tuai Rumah) Tuai rumah akan mengumpul rakyat-rakyat di bawahnya untuk mengikut apa sahaja kehendaknya. Oleh itu, senang sekali bagi orang luar yang datang mempengaruhi masyarakat di rumah panjang. Ketuk sahaja Kepala Tuai Rumah, Semua sekali di dalam rumah panjang itu akan terketuk! Senang kan? Bahkan ada Tuai rumah yang menjadi lintah darat , mencekik anak buah sendiri. Kerajaan memberikan belanja dan kewangan untuk membangunkan kampung mereka, tetapi Tuai rumah terlebih dahulu mengambil bahagian dia, dan selebihnya untuk anak buah. 2. Kurangnya kesedaran dalam masyarakat Iban itu sendiri Ketika masyarakat lain berasak-asak mengejar kemajuan, masyarakat Iban masih lagi seronok duduk di takuk yang lama. Terutama sekali masyarakat di luar bandar yang masih tidak mempunyai kesedaran. Beberapa budaya orang Iban yang masih tidak dapat diubah meskipun dunia sekarang sudah jauh berubah ialah, budaya menyabung ayam, meminum minuman keras, berjudi, dan banyak lagi. Budaya yang paling saya tidak suka adalah budaya meminum arak. Saya sendiri sangat pelik apabila masyarakat kita seolah-olah menjadi hamba kepada botol-botol arak ini. Kalau masyarakat lain, mereka meminum arak untuk kecergasan tubuh badan dan untuk merapatkan silaturrahim, tetapi bagi masyarakat kita, arak itu adalah lebih penting daripada nasi. Di mana kesedaran kita? Oleh itu tidak hairanlah jika pengilang-pengilang arak ini membuat nama arak-arak itu daripada bahasa Iban, contohnya Cap Langkau, Cap Apek, Cap entah apa2 lagi. Arak itulah yang menjadi perosak kepada masyarakat kita. Bahkan anak-anak yang masih di bawah umur pun berlumba-lumba meminum arak. Kata bapanya" Apai Ngirup, anak mesti ngirup..Enggai ke nadai murih ke apai!" Sampai bila agaknya keadaan ini akan terus berlaku? Memang diakui meminum minuman keras itu adalah satu tradisi, tetapi kalau tradisi itu membawa kita kepada kehancuran, tradisi itu boleh ditinggalkan. Gambar ini menunjukkan seorang daripada bangsa kita yang masih lagi menjadi hambar Arak 3. Masyarakat Iban dan Para Pemimpin Yang Tidak Bersatu Sebenarnya jika hendak mencari punca kemunduran masyarakat kita, yang paling mudah kita katakan ialah kurangnya semangat bersatu dalam kalangan masyarakat kita sendiri. Bahkan di kalangan pemimpin pun bergaduh sesama sendiri. Kalau orang atasan sudah porak-poranda, yang di bawah lagilah porak poranda. Dalam mencapai kemajuan misalnya, yang sudah maju tidak mahu berpaling lagi ke belakang. Yang mempunyai pendidikan tinggi, tidak mahu membantu yang masih tercari-cari. Semuanya mementingkan diri sendiri. Bagaimana masyarakat kita hendak maju jika masih lagi tidak bersatu? Dalam politik pun masih lagi tidak teratur. Ramai yang menyalahkan parti politik itu ini. Ramai yang mengatakan jangan menyokong Barisan Nasional dan Sokonglah pembangkang, tetapi di sebalik semua itu, tidak ada yang menyedari, bahawa Barisan Nasional mahupun pembangkang itu tidak penting. Yang penting sebenarnya sekarang adalah "mindset" masyarakat kita. Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri, tidak bersatu, bagaimana kita hendak maju? Sebelum kita mengubah dunia, terlebih dahulu kita ubah diri kita, cermin peribadi kita. Barulah kita boleh maju seperti bangsa-bangsa lain di Malaysia. * Buat Raban Dayak Baru dalam Facebook! Tahniah kepada anda semua kerana sentiasa tidak jemu bertukar-tukar pandangan dan fikiran..Tetapi, Complain2 tu tak guna guys kalau kita sendiri tidak melakukannya..

Copy and WIN :http://ow.ly/KfYkt