hukum sebat

2
Hukum sebat , Rasulullah saw lebih bijak dari saintis!!! "Semalam dalam Berita Harian dilaporkan seorang saintis Russia membuat penemuan bahawa hukuman rotan adalah penawar untuk beberapa penyakit termasuk untuk menghilangkan mereka yang ketagihan arak. Apabila hukum hudud (antaranya sebat) diutarakan maka ramailah golongan Islam yang liberal, progresif, moderat mengatakan hukum hudud ketinggalan zaman, tak sesuai dilaksanakan pada zaman sains dan teknologi, hukum hudud hanya untuk zaman Madinah. Orang seperti ini lebih percaya kepada penemuan sains, lebih percaya kepada saintis barat. Sedangkan kita dalam Islam disuruh dengar dan taat. Ingatlah golongan reformasi agama, golongan Islam progresif, golongan Islam moderat, golongan Islam liberal, ilmu yang Allah Taala beri pada manusia dari sejak zaman Nabi Adam as hinggalah hari kiamat hanyalah secelup jari air dari seluruh isi lautan di dunia ini. Sebat atasi ketagih arak – Berita Harian 30 Mac 2005 http://www.bharian.com.my/m/BHarian/ Wednesday/Dunia/200503300646 46/Article/ MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira. Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada

Upload: mohd-nasir-sopin

Post on 14-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengetahuan am

TRANSCRIPT

Hukum sebat , Rasulullah saw lebih bijak dari saintis!!!

"Semalam dalam Berita Harian dilaporkan seorang saintis Russia membuat penemuan bahawa hukuman rotan adalah penawar untuk beberapa penyakit termasuk untuk menghilangkan mereka yang ketagihan arak.

Apabila hukum hudud (antaranya sebat) diutarakan maka ramailah golongan Islam yang liberal, progresif, moderat mengatakan hukum hudud ketinggalan zaman, tak sesuai dilaksanakan pada zaman sains dan teknologi, hukum hudud hanya untuk zaman Madinah.Orang seperti ini lebih percaya kepada penemuan sains, lebih percaya kepada saintis barat. Sedangkan kita dalam Islam disuruh dengar dan taat.

Ingatlah golongan reformasi agama, golongan Islam progresif, golongan Islam moderat, golongan Islam liberal, ilmu yang Allah Taala beri pada manusia dari sejak zaman Nabi Adam as hinggalah hari kiamat hanyalah secelup jari air dari seluruh isi lautan di dunia ini.

Sebat atasi ketagih arak Berita Harian 30 Mac 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Dunia/20050330064646/Article/MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.

Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. Agensi

Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.

Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan, katanya.

Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga 57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa. Agensi"

-iQman-