hukuman sebat

86
HUKUMAN SEBAT Menurut Islam

Upload: abu-harith

Post on 12-Jun-2015

1.700 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUKUMAN SEBAT

HUKUMAN SEBAT

Menurut Islam

Page 2: HUKUMAN SEBAT

PENDAHULUAN

• Semoga persembahan ringkas ini dapat memberi gambaran asas kepada tuan dan puan mengenai hukuman sebat menurut Islam.

• Ia tidaklah zalim sebagaimana setengah pihak yang mendakwa.

• Ini berpunca dari kejahilan individu itu menyamakan hukuman sebat menurut Islam dengan hukuman sebat di dalam penjara yang mana ianya amat jauh berbeza.

Page 3: HUKUMAN SEBAT

Falsafah Hukuman Dalam Islam

TujuanDunia

Melindungi kepentingan masyarakat.

Memperbaiki diri pesalah

Balasan atas perbuatan jahat

Mencegah dari mengulangi kesalahan

Page 4: HUKUMAN SEBAT

Falsafah Hukuman Dalam Islam

TujuanAkhirat

Penghapus dosa.

Terselamat dari azab akhirat.

Pelaksanaan sebagai satu ibadat.

Mendapat keredhaan Allah.

Page 5: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Tidak membebankan perbendaharaan negara. Pelaksanaan hukuman sebat tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak malah ia boleh dikenakan kepada seribu orang penjenayah pada satu hari.

Page 6: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Tidak melibat dan menyusahkan keluarga banduan kerana hukuman ini dikenakan pada tubuhnya dan pelaksanaannya tidak memerlukan masa yang lama. Setelah disebat pesalah boleh pulang ke pangkuan keluarganya dan boleh menyelamatkan mereka dari fitnah dan kemelaratan.

Page 7: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Tidak menjejaskan program pengeluaran negara kerana pesalah boleh kembali bekerja setelah disebat.

Page 8: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Hukuman sebat boleh berubah (flexible) mengikut keadaan pesalah dan kadar yang mampu ditahan oleh tubuhnya. Ini menyebabkan ia sesuai untuk semua keadaan dan lebih adil.

Page 9: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Menakutkan pesalah kerana kesakitan yang dikenakan pada tubuh dan dipertontonkan di khalayak ramai akan digerun sepanjang masa dibanding dengan kehidupan yang ditanggung di dalam penjara.

Page 10: HUKUMAN SEBAT

Kebaikan Hukuman Sebat

• Melindungi pesalah dari keburukan-keburukan penjara.

Page 11: HUKUMAN SEBAT

Satu Perbandingan

Hukuman Sebat

Menurut ISLAMISLAM

&

Hukuman Sebat Di

Penjara MALAYSIAMALAYSIA

Page 12: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Jenis Kesalahan

1. Kesalahan hudud 1. Kanun Kesiksaan

i. Berzina bagi yang belum berkahwin  

ii. Menuduh orang berzina tanpa bukti  

iii. Minum arak  

2. Kesalahan Takzir 2. Akta Dadah Merbahaya, 1952

3. Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971 (Akta 37)

 4. Akta Senjata Api, 1960

 5. Akta Pencolekan, 1961

  SILA KLIK SIMBOL

6. Akta Membaharui Undang- undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976 (Akta 165)

Page 13: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Bilangan Sebatan

1. Penzina yang belum berkahwin = 100 kali

1. Makhamah Tinggi sehingga 24 kali

 

2. Tuduh orang berzina tanpa bukti = 80 kali

2. Makhamah Sesyen sehingga 24 kali

 

3. Peminum arak = 40 atau 80 kali

3. Makhamah Majistret Kelas Pertama sehingga 12 kali

Pendapat yang baik ialah tidak kurang dari 40 kali & sekiranya lebih ia dianggap takzir. 

hukum tambahan kepada penjara

> tidak tetap dan boleh berubah mengikut budi bicara hakim

tidak boleh melebihi had maksima yang ditetapkan oleh makhamah

 

Page 14: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Kedudukan &

Keadaan Pakaian Pesalah

> Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri. > Pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk supaya lebih terkawal auratnya daripada terbuka. > Pesalah tidak diikat tangan. > Pesalah tidak dibaringkan di atas tanah.

> Pesalah memakai pakaian tapi bukan pakaian yang tebal sehingga menghalang rasa sakit. 

> Pesalah ditelanjangkan kecuali bahagian kemaluan- ditutup dengan kain. > Kaki & tangan diikat pada abah abah kayu. > Bahagian punggung diikat dengan tali pinggang bagi mengelak rontaan.

> Bahagian bawah punggung di lapik dengan bantal.   

 

Page 15: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Bahagian Badan Yang

Disebat

> Sebatan tidak boleh ditumpukan pada satu bahagian badan. > Sebatan hendaklah diagihkan ke seluruh tubuh. > Tumpuan hendaklah pada tempat yang banyak daging seperti pinggul dan peha kerana tempat berkenaan tidak berbahaya dan kuat. > Anggota yang merbahaya yang boleh membawa maut seperti muka, kepala, dada, perut dan kemaluan dikecualikan.

> Kanun Prosedur Jenayah tidak menyebut dengan jelas bahagian badan yang akan disebat, ia cuma menyebut bahagian badan seperti yang diarah oleh Menteri Dalam Negeri (seksyen 288 (ii). > Peraturan penjara yang wujud sekarang sebat hanya dikenakan ke atas punggung. 

 

 

 

Page 16: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Ciri-ciri Alat Yang

Digunakan

> Jika ranting atau rotan yang digunakan = tiada ruas dan buku= panjang tak lebih 1.22 meter= tebalnya tak lebih 1.25 cm

> Pesalah boleh juga disebat dengan cemeti, hujung-hujung kain, sepatu dan pelepah tamar.

* setiap alatan perlu memenuhi pelbagai syarat yang ditetapkan.

> Kanun Prosedur Jenayah seksyen 288 (iii) menyebut rotan yang digunakan untuk menyebat tidak boleh lebih daripada diameter setengah inci dan panjangnya lebih kurang satu depa. 

Page 17: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Cara Menyebat

Pesalah

> Sebatan mestilah dalam bentuk sederhana, tidak terlalu kuat hingga mencederakan. > Sebatan tidak terlalu perlahan hingga tidak dirasai kesakitan. > Sebatan segera diangkat setelah kena tubuh pesalah kerana jika tangan diluruskan boleh mendatangkan tekanan sekali ganda. > Tangan tidak diangkat terlalu tinggi sehingga na mpak ketiak.

> Tukang sebat akan menyebat dengan menggunakan seluruh berat badannya bukan hanya kekuatan tangan sahaja.           

Page 18: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Kelayakan Tukang Sebat

> Lelaki. > Pakar dalam seluk beluk sebat. > Lelaki yang sederhana, bukan terlalu kuat dan bukan terlalu lemah.        

> Lelaki. > Dipilih secara rapi dan telah diberi latihan yang secukupnya. > Seorang yang besar, tegap serta memegang gred yang agak tinggi dalam seni mempertahankan diri.      

Page 19: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Faktor-faktor

Penangguhan

Sebatan

> Perempuan hamil tidak akan disebat sehingga dia melahirkan anak dan tamat tempoh nifasnya. > Orang yang sakit yang ada harapan untuk sembuh. > Keadaan cuaca sama ada terlalu panas atau sejuk.     

> Hukuman sebat tidak boleh dijalankan melainkan dengan kehadiran Pegawai Perubatan. Jika Pegawai Perubatan mengesahkan pesalah tidak sihat, maka hukuman akan ditangguhkan kepada tarikh lain.        

Page 20: HUKUMAN SEBAT

ISLAM MALAYSIA

Kehadiran Orang Awam

> Hukuman sebat mesti di lakukan di tempat terbuka dan dihadiri oleh orang awam.           

> Hukuman di lakukan di kawasan lapang di penjara dan di luar sel serta tidak dapat dilihat oleh banduan lain.           

Page 21: HUKUMAN SEBAT

ISLAM

                     

 

                     

 

                     

 

                     

 

Pegawai yang menjalankan sebat mesti mengawal diri dan bahagian atas lengan rapat pada tubuh badan. Hujung rotan dipegang tinggi sama aras dengan kepala. Rotan dihayun ke bawah dengan hanya menggerakkan pergelangan tangan.

Court-ordered canings in Malaysia, June 2005 – Sila layari www.corpun.com

Page 22: HUKUMAN SEBAT

MALAYSIA

Pegawai menjalankan sebat akan memusingkan badannya ke kiri dahulu. Tujuannya ialah untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya ketika merotan.

New Straits Times, Kuala Lumpur, 27 June 2005

Page 23: HUKUMAN SEBAT
Page 24: HUKUMAN SEBAT

Kaedah Hukuman Sebat Di Makhamah Syariah

• Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Page 25: HUKUMAN SEBAT

Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu:

• Sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;

Page 26: HUKUMAN SEBAT

• Jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Page 27: HUKUMAN SEBAT

• Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu;

Page 28: HUKUMAN SEBAT

• Orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang

• Orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;

Page 29: HUKUMAN SEBAT

• Selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;

• Sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian bahagian sulit;

Page 30: HUKUMAN SEBAT

• Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;

• Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;

Page 31: HUKUMAN SEBAT

• Jika semasa pelaksanaan hukum sebat itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat.

Page 32: HUKUMAN SEBAT
Page 33: HUKUMAN SEBAT

• Cara hukuman sebat dijalankan di Singapura ( dan mungkin cara yang sama diikuti di Malaysia ) diceritakan oleh seorang pegawai penjara seperti berikut

Page 34: HUKUMAN SEBAT

• " Penjenayah yang dihukum sebat dengan rotan akan membawa tanda-tanda penghinaan selama hayat dikandung badannya." Ini telah diceritakan oleh Encik Quek Shi Lei, Pengarah Penjara Singapura, di suatu sidang akhbar yang diadakan dalam tahun 1974 (Straits Times 13hb. September 1974).

• Ia telah menghuraikan secara perincian bagaimana sebat dengan rotan dijalankan dan kesannya terhadap penjenayah. Ia menekankan bahawa penjenayah akan disebat supaya ia merasai bagaimana pahitnya kekerasan dan kekejaman yang telah mereka kenakan ke atas mangsa-mangsa mereka.

Page 35: HUKUMAN SEBAT

• Sebagai penguatkuasaan hukuman ini, kita akan gagal dalam tanggungjawab kita sekiranya kita tidak menjalankan hukuman itu mengikut hasrat yang ianya telah dibentuk", kata Encik Quek.

• Untuk menentukan samada ini telah dilakukan, pegawai-pegawai yang menjalankan hukuman ini dipilih secara rapi dan sentiasa diberi latihan. Pada masa ini ada empat orang warder di Jabatan Penjara semuanya terdiri daripada orang-orang yang besar dan tegap yang memegang gred yang "agak tinggi" dalam seni mempertahankan diri.

Page 36: HUKUMAN SEBAT

• Apabila mengenakan sebat, seseorang warder askar memegang sebilah rotan yang lebarnya setengah inci dan panjangnya empat kaki, dengan keseluruhan berat badannya untuk menyebat dan bukannya kekuatan tangannya sahaja.

• Kesannya, kulit di tempat pertemuannya dengan rotan itu pada umumnya pecah ternganga dan selepas tiga sebat punggung penjenayah itu akan berlumuran dengan darah.

Page 37: HUKUMAN SEBAT

• Di bawah Peraturan Penjara yang wujud sekarang, sebat adalah dikenakan hanya ke atas punggung sahaja. Semua pukulan sebat sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah-Mahkamah Tinggi boleh mengenakan hukuman maksima 24 rotan dan Mahkamah lain boleh mengenakan hukuman maksima 20 rotan boleh diberi serentak dan ketika yang sama secara berturut-turut selepas tiap-tiap setengah minit.

• Si banduan itu diperiksa oleh Pegawai Kesihatan Penjara sebelum dan selepas hukuman itu dikenakan.

Page 38: HUKUMAN SEBAT

• Rotan itu direndam dalam air untuk satu malam supaya ianya tidak pecah apabila rotan itu kena punggung penjenayah dan jika pecah, mungkin sembilu dari pccahan rotan itu akan tinggal dalam daging punggung selepas daripada penjenayah itu mengalami luka-luka.

• Bagaimanakah seseorang banduan dipersediakan untuk dirotan? Encik Quek berkata, "Pada umumnya banduan itu akan diberitahu beberapa hari sebelumnya bila ia akan dikenakan sebat. Ianya akan dijalankan secara sulit di luar penglihatan banduan-banduan lain.

Page 39: HUKUMAN SEBAT

• Banduan itu akan itu ditelanjang semua pakaiannya, diikat pergelangan kakinya dan pergelangan tangannya di kayu galang. Bentuk kayu galang itu samalah seperti dua huruf "H" yang disambung di atas dan dilebarkan di kakinya seluas tiga kaki. Galang melintang di sebelah banduan hendaklah di alas sedikit dan ianya boleh diubah suai.

• Galang yang satu lagi mempunyai pengikat yang dibuat dari kulit untuk mengikat pergelangan tangan banduan". Encik Quek berkata, "Tali pengikat yang kukuh adalah mustahak oleh kerana semasa sebat dijalankan, kebanyakan dari banduan akan mengelepar dengan sekuat-kuatnya.

Page 40: HUKUMAN SEBAT

• Apabila si banduan diikat pergelangan kakinya ianya clibengkokkan sedikit mengikut suclut penuh di pinggangnya. Alas yang tebal mestilah diikat melintang ke atas pinggangnya untuk mengelakkan dari patah tulang belakangnya.

• Selepas banduan itu diikat dengan betul, pegawai yang meyebatnya dan seorang pegawai kanan yang lain akan mengambil tempat masing-masing di kiri kanan banduan itu dan membetulkan kedudukannya dengan mengukur rotan yang ia akan gunakannya.

Page 41: HUKUMAN SEBAT

• "Kedudukan yang betul adalah paling mustahak. Sekiranya ia berdiri terlampau dekat dengan banduan, maka hujung rotan itu akan kena lebih jauh dari punggung dan kekuatan pukulan itu akan menyebabkan hujung rotan itu bengkok dan ini akan mengurangkan kesan kekuatan pukulan itu.

• Jika ianya berdiri terlampau jauh, maka pukulan itu akan hanya kena sebahagian dari punggung banduan itu sahaja". Pukulan itu akan diikuti dengan membuat bilangan satu, dua, tiga dan seterusnya. Pada umumnya, dibuat selepas setengah minit selepas dari pukulan itu kena pada badan

Page 42: HUKUMAN SEBAT

• Kebanyakan banduan selalunya menggelepar kesakitan dengan kuatnya selepas tiga rotan pertama dikenakan. Encik Quek berkata, "Selepas itu kegeleparan akan berkurangan oleh kerana banduan itu tidak bermaya lagi.

• Pada akhir penyebatan itu mereka menerima tiga rotan atau lebih akan berada dalam keadaan pengsan dan tidak sedarkan diri. Kebanyakannya akan rebah, tetapi Pegawai Kesihatan dan pembantu-pembantunya akan memulihkan mereka dan merawat luka-luka akibat dari sebat itu dengan antiseptic.

Page 43: HUKUMAN SEBAT

• Kebanyakan dari banduan berpura-pura membuat pengsan tetapi mereka tidak boleh membodohkan Pegawai Perubatan Penjara. Kehadiran mereka adalah dikehendaki di bawah undang-undang.

• Tiap-tiap banduan yang dihukum sebat mestilah terlebih dahulu diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan dan disahkan ianya layak dari segi kesihatannya untuk menerima hukuman sebat itu sebelum hukuman itu dijalankan.

Page 44: HUKUMAN SEBAT

• Apabila banduan itu didapati tidak layak disebat atau apabila hukuman sebat itu diberhentikan atas nasihat doktor sebelum daripada hukuman penuh dikenakan ke atas mereka, maka suatu laporan hendaklah dibuat kepada mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu.

• Mahkamah akan mengenakan hukuman tambahan penjara ke atas banduan itu sebagai ganti sebat penuh atau sebahagian dari sebat yang tidak dapat dikenakan ke atasnya."

Page 45: HUKUMAN SEBAT

• Encik Quek berkata, "Si banduan selalunya takut kepada sebat dengan rotan. Pertama, oleh kerana mereka takut kepada kesakitan dan keseksaan dan sama ada mereka boleh mengawal diri mereka dari melaung-hung ketika sebat itu dijalankan.

Page 46: HUKUMAN SEBAT

• Sekiranya mereka melaung kesakitan, maka ini akan memalukan mereka dengan sebesar-besar malu. Kedua, parut akibat dari sebat dengan rotan itu tidak boleh sembuh sampai bila-bila dan ini akan menjadikan sebagai satu sumber penghinaan baginya di sepanjang hayatnya."

Page 47: HUKUMAN SEBAT
Page 48: HUKUMAN SEBAT
Page 49: HUKUMAN SEBAT
Page 50: HUKUMAN SEBAT
Page 51: HUKUMAN SEBAT
Page 52: HUKUMAN SEBAT
Page 53: HUKUMAN SEBAT
Page 54: HUKUMAN SEBAT
Page 55: HUKUMAN SEBAT
Page 56: HUKUMAN SEBAT
Page 57: HUKUMAN SEBAT
Page 58: HUKUMAN SEBAT
Page 59: HUKUMAN SEBAT
Page 60: HUKUMAN SEBAT
Page 61: HUKUMAN SEBAT
Page 62: HUKUMAN SEBAT
Page 63: HUKUMAN SEBAT
Page 64: HUKUMAN SEBAT
Page 65: HUKUMAN SEBAT
Page 66: HUKUMAN SEBAT
Page 67: HUKUMAN SEBAT
Page 68: HUKUMAN SEBAT
Page 69: HUKUMAN SEBAT
Page 70: HUKUMAN SEBAT
Page 71: HUKUMAN SEBAT

PENUTUP

• Terdapat banyak bahan bacaan mengenai pelaksanaan undang-undang Islam di pasaran. Luangkan masa untuk memahami agama yang suci ini.

• Jangan terpedaya dengan seruan dan kata-kata jahat dari pemimpin2 munafik yang mempertikai serta menolak hukuman sebat ini.

• Pembaca boleh layari www.corpun.com untuk melihat video pelaksanaan sebat menurut Islam dan juga di penjara Malaysia.

Page 72: HUKUMAN SEBAT

[33] Al Ahzaab: 36

• Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.*

• *Ayat ini menegaskan satu kaedah yang wajib dipatuhi oleh orang

mukmin dalam segala urusan hidupnya, iaitu tidak harus bagi seseorang itu memilih sesuatu ketetapan selain daripada yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala dan diterangkan oleh Rasul-Nya.

Page 73: HUKUMAN SEBAT

[4] An Nisaa’: 60

• Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya

Page 74: HUKUMAN SEBAT

[5] Al Maa-idah: 50

• Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum Jahiliyah? Padahal - kepada orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah

Page 75: HUKUMAN SEBAT
Page 76: HUKUMAN SEBAT

[42] As Syuuara: 21

• Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Page 77: HUKUMAN SEBAT
Page 78: HUKUMAN SEBAT

[33] Al Ahzab: 66-67

• Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah!

• Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

Page 79: HUKUMAN SEBAT
Page 80: HUKUMAN SEBAT

Kanun Kesiksaan adalah akta yang paling banyak memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan sebat antaranya :seksyen 326, dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya, seksyen 354 menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, seksyen 364 mencolek atau melarikan orang dengan tujuan hendak membunuh, seksyen 376 rogol, seksyen 382 mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu, Seksyen 384 pemerasan, seksyen 399 membuat persiapan bagi melakukan rompak berkumpul dan seksyen 453 pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau bagi pecah rumah (kali yang kedua atau kemudian).

Page 81: HUKUMAN SEBAT

Hukuman sebat terdapat pada

seksyen 6A impot, eksport dan memiliki candu basah (Akta A293) lebih dari 2 kilogram,

seksyen 9 impot, eksport dan memiliki candu masak lebih dari 250 gram,

seksyen 39A (Akta A 112, A 194 dan A293) impot, ekspot atau memindahkan candu heroin atau morpin 5 gram atau lebih dan

seksyen 39B (Akta A293) memperdagangkan dadah.

Page 82: HUKUMAN SEBAT

Dalam akta ini terdapat lima seksyen yang memperuntukkan hukuman sebat iaitu

seksyen 4 menunjukkan senjata apabila melakukan pemerasan, rompakan dan sebagainya,

seksyen 5 mempunyai senjata,

seksyen 6 menunjuk senjata mainan,

seksyen 7 memperdagangkan senjata api dan

seksyen 130 membuat senapang atau peluru.

Page 83: HUKUMAN SEBAT

Hanya satu seksyen sahaja yang memperuntukkan hukuman sebat iaitu seksyen 30A memiliki senjata atau peluru di dalam keadaan yang menimbulkan anggapan bahawa senjata itu akan digunakan.

Page 84: HUKUMAN SEBAT

Akta ini memperuntukkan tiga seksyen iaitu

seksyen 3 pencolekan untuk wang tebusan,

seksyen 4 menerima wang tebusan dan

seksyen 5(1) menawar atau menolong mendapat wang tebusan.

Page 85: HUKUMAN SEBAT

Dalam akta ini hukum sebat terdapat pada

seksyen 3 mengilang samsu gelap dan

seksyen 4 memperdagangkan samsu gelap.

Page 86: HUKUMAN SEBAT

• Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis

• atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu