terbakar mata oleh asid
TRANSCRIPT
TERBAKAR MATA OLEH ASID
Disediakan oleh : Nassruto
Definisi
• Satu keadaan yang kurang serius berbandingkan dengan terbakar oleh alkali. Sering kali hanya membakar epithelium kornea sahaja, tetapi lukanya boleh menjadi nekrotik. Kornea boleh jadi inflam dan merah menyebabkan kabur penglihatan untuk sementara. Jika teruk boleh menyebabkan kornea ulser.
Etiologi
• Asid pekat – asid hidroklorik, asid nitrik, asid sulfurik, asid formik dan lain-lain
Patofisiologi
• Punca mengakibatkan tindakan terbakar terhadap mukosa mata menyebabkan hakisan berlaku dan seterusnya merosakkan mata
Manifestasi klinikal
• Sakit• Merah• Berair• Inflamasi intra-okular • Ulserasi kornea
Diagnosis perbezaan
• Konjunktivitis• Keratitis• Ulser kornea• Hifema • Mata terbakar oleh alkali
Pengendalian kes
Di Klinik Kesihatan• RIB/Tenangkan pesakit• Cuci mata segera dengan air mengalir selama 20
– 30 minit• Gunakan Occ. CMC Stat• Gutt. Steroid – kurang inflamasi intra-okular• Pad mata• Rujuk segera ke hospital
Pengurusan di Hospital
• Rehat atas katil• Pemerhatian tanda vital seperti tekanan darah, nadi,
kadar nafas dan suhu badan• Irrigate mata dengan air mengalir untuk 20 – 30 minit• Periksa mata dengan teliti – guna slit lamp• Guna Occ. Steroid• Guna Occ. Antibiotik
Komplikasi
• Kornea ulser• Gluakoma sekunder• Inflamasi intra-okular
Prognosis
• Baik jika di rawat dengan awal dan mendapat rawatan yang sempurna. Kurang baik jika asid yang kuat dan quantiti yang banyak.