hubungan sikap murid terhadap mp sains

15
TAJUK KAJIAN : SIKAP MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU NAMA : KASTURI BINTI NUSI NAMA SEKOLAH : SK. UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911, 91019 TAWAU, SABAH. ABSTRAK Kekurangan penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mempengaruhi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi dan sikap berwawasan. Seramai 60 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap konsep kendiri dan Sains dan motivasi dalam Sains perlu diberi lebih

Upload: nurfarhana-chie

Post on 21-Jan-2016

93 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

TAJUK KAJIAN :

SIKAP MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN

MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN UMAS-UMAS, TAWAU

NAMA :

KASTURI BINTI NUSI

NAMA SEKOLAH :

SK. UMAS-UMAS, PETI SURAT 60911,

91019 TAWAU,

SABAH.

ABSTRAK

Kekurangan penglibatan murid Tahun 5 dalam mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan

Umas-umas merupakan satu fenomena yang dibimbangi oleh semua pihak. Kajian mengenai

sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mungkin dapat meningkatkan pencapaian murid

dalam peperiksaan dan minat murid terhadap Sains. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh

mana sikap murid terhadap mata pelajaran Sains mempengaruhi pencapaian mereka dalam

peperiksaan. Penumpuan diberikan terhadap 3 aspek sikap iaitu sikap komitmen, sikap emosi

dan sikap berwawasan.  Seramai 60 orang murid terlibat sebagai sampel kajian ini. Dapatan

kajian menunjukkan dimensi sikap pelakar terhadap konsep kendiri dan Sains dan motivasi

dalam Sains perlu diberi lebih perhatian jika dibandingkan dengan dimensi sikap yang lain.

Kedua-dua dimensi ini juga merupakan peramal kepada pencapaian murid dalam peperiksaan.

Page 2: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

PENDAHULUAN

Berlandaskan kepada cabaran keenam dalam cabaran strategik Wawasan 2020, Falsafah

Pendidikan Sains Negara dan Misi Pendidikan Sains, boleh disimpulkan bahawa ketiga-tiganya

menekankan kearah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam

setiap kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains dimiliki oleh seseorang digambarkan

dengan melihat kemampuan dan mengkaji sesuatu secara saintifik dan melihat sama ada

fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya.

Sikap menggambarkan personaliti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar

apabila memperkatakan tentang sikap. Sikap seseorang objek boleh mempengaruhi tingkah

laku individu. Mengikut ahli psiokologi sosial, sikap meliputi 3 komponen utama iaitu afektif,

perilaku dan kognisi (Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi. Melalui sikap, manusia

boleh mempelajari pelbagai ilmu baru

untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yangsebenar yang perlu ada dalam diri manusia.

Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi

pembelajaran dan pencapaian murid-murid  di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan

itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid.

Sikap  memainkan  peranan  yang  penting  untuk  mencapai  kejayaan  di  dalam

sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai

orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru

seringmenyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang

negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.

Sikap ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu

perkara ataufenomena (Robbins, 1986). Persepsi murid-murid terhadap sesuatu mata

pelajaran   akan  membentukkan   sikap   mereka   terhadap   mata   pelajaran   tersebut.

Disebabkan sikapseringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan persekolahan

murid, maka kajian ini akan dilakukan untuk melihat sikap murid terhadap mata

pelajaran Sains dan hubungkaitnya denganpencapaian mereka dalam mata pelajaran ini.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru

dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran diajarnya. Maklumat yang

diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang

Page 3: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

bersesuaian demi mengubah sikap murid dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang

cemerlang.

LATAR BELAKANG MASALAH

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun

sekolah menengah. Mempelajari Sains adalah penting kerana dalam

kehidupan harian kita tidakboleh mengelak daripada aplikasi Sains contohnya semasa aktiviti

memasak di rumah, pergerakan, pencahayaan, hidupan manusia, tumbuhan dan haiwan dan

tidak lain juga pembelajaran alam cakerawala. Di sekolah juga, banyak mata pelajaran lain

seperti fizik, kimia, matematik, prinsip akaun, geografi yang juga melibatkan pembelajaran

sains. Maka

penguasaanSains dengan baik memberi keuntungan dalam mempelajari mata pelajaran terseb

ut. Memandangkan kepentingan Sains ini, murid haruslah mengamalkan sikap yang

positif terhadapmata pelajaran tersebut.

Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata

pelajaranSains di kalangan murid kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan

sikap mereka seperti tidakberminat atau dengan mengatakan Sains itu susah dan

berasa takut semasa mempelajari Sainsserta persepsi negatif yang lain. Oleh itu,

kajian  ini  cuba  meninjau  sejauh  manakah  sikap murid  terhadap  mata  pelajaran Sains ini m

emberi kesan terhadap pencapaiannya.

Kajian lepas menunjukkan dua pendapat iaitu satu kelompok menyatakan sikap murid

terhadap mata pelajaran mempunyai korelasi dengan pencapaiannya. Misalnya

kajian yang dibuatoleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik yang

dimajukan oleh Thurstone danChave (1929) untuk menguji sikap murid terhadap mata

pelajaran Bahasa Inggeris, BahasaPerancis, matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231

pelajar (berumur 11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini

telah menunjukkan terdapat korelasi yang signifikanantara sikap murid terhadap mata

Page 4: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

pelajaran itu. Demikian juga dengan kajian Rallison (1941), yang dibuat di kalangan pelajar-

pelajar berumur 11,12 dan 13 tahun di bandar New Castle, England, telah mendapati bahawa

sikap dan minat murid mempunyai hubung-kait yang kuat dengan

pencapaian  mereka  dalam  mata  pelajaran  pendidikan  Jasmani,  bahasa  Inggeris,

dan sejara.Dari ujian yang menggunakan Vernon Measurement Abilities (VMA)

dijelaskan  faktor  sikap  dan minat  saling  mempengaruhi  pencapaian  murid-murid tersebut.

Fitt (1957) yang membuat kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan

antara sikap murid terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang

positif  dengan pencapaian  setelah  beliau  menggunakan  soalselidik  di  kalangan  1244

orang murid di bandaritu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur murid

dari rendah ke peringkat menengahmempengaruhi perubahan sikap murid terhadap

persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan selepas ini

termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik.

Tetapi kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji

pencapaian pelajar dan sikap mereka di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah di

Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student

Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara sikap pelajar dan

pencapaiannya. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh Malpass terdahulu dari itu

gagal mencari korelasi antara sikap pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah.

Beliau telah menjalankan kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam

tahun 1953. Ada tanda-tanda kesamaran dalammembuat ukuran sikap dan ujian

pencapaian   telah   menyebabkan   kajian   ini   gagal   mencari  jawapan   antara   dua

pembolehubah berkenaan.

Kesimpulannya, ada kemungkinan berjaya atau gagalnya mencari pertalian antara

sikap dengan  pencapaian  murid  berkait  rapat  dengan  teknik  kajian,  dan  bagaimana kajian

itu dibuat.

Page 5: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan

sikap mempunyai kesan tertentu terhadap murid. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek

komitmen iaitu penglibatan murid secara aktif

atau tidak terhadap mata pelajaran Sains,  aspek  emosi  di  mana  perasaan  pelajar sama  ad

a  ‘favorable’  atau  tidak

‘favorable’ terhadap Sains dan aspek berwawasan iaitu pelajarbersifat inisiatif atau

tidak terhadap matematik. Ketiga-tiga aspek ini kemudian dihubungkan dengan

pencapaian Sains mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-

pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh manakah sikap

terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor pencapaian mereka di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.

Melalui beberapapersepsi muridr iaitu komitmen, emosi dan berwawasan terhadap mata

pelajaran Sains denganpencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan

peperiksaan akhir tahun 2012. Objektif kajian ini ialah:

I.          Mengetahui persepsi murid terhadap mata pelajaran Sains.

II.         Mengkaji   perhubungan   antara   sikap   murid   terhadap   mata   pelajaran Sainsdengan

pencapajan

HIPOTESIS

i.          Tidak  terdapat  perhubungan  yang  signifikan  antara  sikap  komitmen  murid terhadap mata

pelajaran Sains dengan pencapaian

Page 6: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

ii.         Tidak  terdapat  perhubungan  yang  signifikan  antara  sikap  wawasan  murid terhadap mata

pelajaran Sains dengan pencapaian.

iii.        Tidak   terdapat  perhubungan  yang  signifikan  antara  sikap  emosi  murid terhadap mata

pelajaran Sains dengan pencapaian .

Pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap

pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran itu. Sikap yang positif terhadap mata

pelajaran memberi  rangsangan  kepada  seseorang  dalam  pembelajaran  mata  pelajaran

tersebut. Kajianini dapat membantu guru mengenalpasti sikap pembelajaran murid dan

seterusnya   dapat  merancang strategi   pengajaran   yang   bersesuaian   dengan

pembelajaran murid-murid denganmengubah sikap negatif mereka kepada sikap yang positif.

KEKANGAN KAJIAN

Kajian ini membuat andaian bahawa pencapaian akademik murid yang baik adalah

disebabkanoleh sikap mereka. Kajian ini

juga mengawal faktor luar yang boleh mempengaruhi pencapaianseseorang seperti

baka, taraf sosial ekonomi, latar belakang keluarga dan faktor guru.

DEFINISI ISTILAH

Pengertian sikap terlalu luas dan berbagai-bagai tetapi untuk kajian ini pengertian yang

diberikanoleh Katz (1966), Menurut beliau, sikap adalah sesuatu

yang mempengaruhi  seseorang  individu  didalam  memberi  nilai  terhadap  simbol  objek  atau

apa yang disukai atau tidak. Seterusnya sikap adalah sesuatu yang terhasil dari perasaan,

kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi.

Page 7: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

Pencapaian pula diperingkat sekolah rendah merujuk kepada skor atau gred yang diperolehi

dalam peperiksaan dinilai dengan A, B, C, D dan E. pencapaian gred A adalah sangat baik, B

baik, C lulus, D lemah dan E sangat lemah iaitu D dan E adalah gagal.

METODOLOGI

Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat tinjauan, di mana borang soal selidik digunakan

untukmelihat persepsi murid terhadap beberapa aspek pembelajaran Sains mereka. Aspek-

aspektersebut akan dilihat dari segi komitmen, perasaan dan

berwawasan.  Pencapaian  murid  dalammata  pelajaran  Sains  diukur  berdasarkan

gred yang diperolehi oleh murid dalam peperiksaanakhir tahun Tahun 5 bagi tahun 2012.

Responden   kajian   ialah   murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Umas-umas Tawau,

Sabah yang telah menduduki peperiksaan akhir tahun pada tahun 2012. Murid

yang terlibat dalam kajian ini seramai 60 orang yang dipilih secara rawak dari berbagai

kaum dan jantina.

Soal  selidikyang digunakan dibina berdasarkan soal  selidik   Aiken  (1997) dan

diubahsuai selepasmelaksanakan kajian rintis menggunakan sampel yang tidak terlibat

dalam  kajian  sebenar.  Kajianrintis  telah  dibuat  bagi  memastikan  kebolehpercayaan dan

kesahannya adalah baik.

ANALISI DATA

Pencapaian Sains murid adalah merujuk kepada gred yang diperolehi dalam

peperiksaanakhir tahun 2012. Semua data-data yang diperolehi akan dianalisis. Analisis

deskriptif sepertijumlah dan peratus akan digunakan.

KEPUTUSAN

Page 8: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

Data-data telah dikumpul dari 60 orang responden yang dipilih dari

kelas Tahun  5 diSekolah Kebangsaan Umas-umas di Tawau, Sabah. Skor  yang diperolehi

telah diubahsuai dan dibahagikan kepada 3 komponen sikap iaitu

komitmen, emosi dan berwawasan yang masing-masing mempunyai 3 nilai iaitu rendah,

sederhana dan tinggi. Pengumpulan data telah dijalankan dengan lancar di mana murid-murid

yang menjawab soal selidik telah memberi kerjasama.

KEPUTUSAN DESKRIPTIF

Jadual 1 menunjukkan data kekerapan untuk 3 komponen sikap yang dikaji. Pada

keseluruhannyasikap murid adalah berada di tahap sederhana dan tinggi. Secara

terperinci  sikap  komitmen  danwawasan murid lebih  bercenderung  pada  tahap  yang

tinggi  iaitu 66.7% dan 75% daripadaresponden berada di kategori  ini.   Ini bermakna

ramai murid mempunyai sikap yang ingin berusaha dan menyedari kepentingan Sains

terhadap masa depan mereka. Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya

dilihat pada sikap emosi pelajar. Dalam

komponen initerdapatnya 68.3% responden mempunyai  emosi  yang  sederhana  berbanding 

dengan  hanya31.7%  sahaja  beremosi tinggi terhadap Sains.

Ketiga-tiga sikap ini boleh dikatakan sejajar dengan pencapaiannya

dengan memandang kepada kekerapan data pencapaian responden, di mana taburan yang

banyak juga  berada  di tahap  sederhana  dan  tinggi  dengan  keputusan  bahawa  6

orang mempunyai pencapaianSains yang rendah, 47 orang mencapai tahap sederhana dan

seramai 7 orang mempunyai pencapaian yang tinggi.

Jadual 1: Kekerapan komponen sikap dan pencapaian

ITEM TAHAP KEKERAPAN PERATUS

KOMITMENSederhana 20 33.3

Tinggi 40 66.7

Page 9: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

WAWASANSederhana 15 25

Tinggi 45 75

EMOSISederhana 41 68.3

Tinggi 19 31.7

PENCAPAIAN Rendah 6 10

Sederhana 47 78.3

Tinggi 7 11.7

Jadual 2 : Skor pencapaian

KelasBil Calon GRED A GRED B GRED C GRED D GRED E

Daftar Ambil TH Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

AMANAH 28 28 0 1 3.57 6 21.4 21 75 0 0 0 0

BESTARI 32 32 0 0 0 0 0 26 81.3 6 18.8 0 0

JUMLAH 60 60 0 1 3.57 6 21.4 47 78.3 6 10 0 0

Jadual 3 : Skor sikap dan pencapaian

Sikap Murid NilaiPencapaian

Jumlah

Rendah Sederhana Tinggi

KomitmenSederhana 10 6 4 20

Tinggi 8 21 11 40

WawasanSederhana 7 4 4 15

Tinggi 7 28 10 45

EmosiSederhana 10 14 17 41

Tinggi 4 9 6 19

Page 10: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

Dalam analisis yang dibuat, sikap komitmen murid yang tinggi  juga cenderung

ke arahpencapaian yang tinggi iaitu 40 orang yang bersikap komitmen tinggi, 11

antaranya memperolehipencapaian yang tinggi. Manakala dari 21 orang yang bersikap

komitmen sederhana,kebanyakannya bertabur di pencapaian yang rendah iaitu seramai 8 oran

g. Sikap wawasan jugamenunjukkan dapatan yang serupa dengan sikap komitmen.

Bilangan besar murid yangmempunyai sikap wawasan yang tinggi , boleh dilihat di sekitar

pencapaian sederhana dan tinggi dengan terdapatnya 28 orang dan 10 orang.

Keadaan yang sebaliknya berlaku pada sikap emosi, di mana kebanyakan pelajar mempunyai

sikap emosi sederhana. Antara mereka ini, 10 orang telah mempunyai pencapaian yang

rendah, 14 orang dengan pencapaian sederhana dan terdapat 17 orang mempunyai

pencapaian yang tinggi. Fenomena sikap emosi ini menerangkan perasaan

pelajar terhadap Sains kurang merangsangkan dalam meningkatkan pencapaian Sains mereka.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa sikap komintmen pelajar terhadap mata

pelajaran Sains  mempunyai hubungan kait dengan

pencapaian Sains mereka.  Manakala  sikap wawasan  dan  emosi  tidak  mempunyai  pertalian

dalam  pencapaian  Sains.  Analisis  datamenunjukkan  korelasi  antara  sikap  pelajar

dan  pencapaian  adalah  lemah.  Jika  ditinjau  dari setiap  komponen  sikap  tersebut,

komitmen dan wawasan yang tinggi memberi rangsangandalam pencapaian akademik

yang   baik,   walaupun   tidak   dapat   dinafikan   bahawa   terdapat  juga   pelajar   yang memp

erolehi skor Sains yang rendah.

Dari ketiga-tiga sikap ini, sikap emosi adalah sukar diramalkan. Manusia adalah

unik danmempunyal sifat peribadi yang amat berbeza. Dari kajian ini, keputusan emosi

yang diperolehiadalah selalu bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh sikap

komitmen dan wawasan.Perasaan afektif ini

haruslah diberi prihatin supaya dapat mengimbangi pembentukan sikap individu dan

pemantapannya. Kejayaan dan kegagalan murid dalam

sesuatu mata pelajaran bergantungkepada berbagai-bagai faktor. Walaupun dalam

kajian ini hanya sikap komitmen pelajarmenunjukkan korelasi dengan pencapaian mereka,

Page 11: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

faktor sikap yang lain tetap menjadi perhatian.Dalam

dunia realiti, sering didapati bahawa sikap yang positif tidak seimbang

dengan kemampuanmurid  untuk mendapatkan skor yang baik dalam mata pelajaran

berkenaan. Maka sebagaipembimbing, guru seharusnya peka dan sensitif pada sikap murid

terhadap mata pelajaran yang diajarnya.

Beberapa cadangan disarankan agar dapat membantu meningkatkan prestasi

pencapaianSains di kalangan murid:

1.    Guru  memeringkatkan  bahan  pengajaran-pembelajaran  supaya  mendahului  dengan

topik yang senang, diikuti dengan topik yang kompleks. Tindakan ini menyediakan pelajar

supaya tidak berasa kecewa dan terdesak apabila menghadapi masalah konsep Sains.

2.    Guru  memberi  contoh-contoh Sains yang  berhubung  dengan  kehidupan  harian supaya

pelajar menyedari kepentingan mempelajarinya dan aplikasinya dalam kehidupan harian.

3.    Memupuk  minat  belajar  Sains  di  kalangan  pelajar  dengan  cara  simulasi.  Ini

keranaminat merupakan sebahagian pembentukan sikap pelajar terhadap sesuatu fenomena.

4.    Menyediakan bahan pengajaran yang bukan hanya dapat membantu memupuk minat mereka

terhadap mata pelajaran Sains, malah ia dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam

peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam.

5.    Guru perlu meningkatkan pembelajaran yang kondusif dalam pembelajaran sains agar dapat

meningkatkap emosi murid-murid untuk menerima apa yang diajar dalam Sains.

6.    Guru perlu lebih peka jika murid mempunyai masalah dalam tugasan Sains. Ia bagi membantu

meningkatkan konsep kendiri murid.

Sebagai kesimpulan, dapatan dari kajian ini memberikan suatu pengambaran

pengajaran-pembelajaran di kalangan murid terhadap mata pelajaran Sains. Walaupun

hubungan antara sikap dan pencapaian mereka adalah lemah, kita tidak boleh mengabaikan

Page 12: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

faktor sikap ini. Malah kita perlu melakukan kajian yang lebih mendalam

tentang sikap murid supaya menyediakan suatu instrumen yang mantap untuk menilai sikap

terhadap pencapaian pelajar. Sikap yang positif juga mungkin wujud berasaskan kesedaran

murid berhubung kerjaya professional yang berkaitan dengan Sains seperti perubatan dan

kejuruteraan yang dikukuhkan lagi dengan era teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan.

Di  samping itu,  pendidik Sains, serta individu yangbertanggungjawab dalam  penggubalan

kurikulum pendidikan Sains perlu memikirkan

program,corak   pengajaran dan intervensi yang  dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam

Sains iaitu mempelajari Sains luar daripada lingkungan sekolah dan juga untuk

memperoleh  pekerjaan, dengan pemupukan  perasaan menghargai Sains dalam kehidupan

seharian, usaha ke arah pemupukan literasi Sains dapat diteruskan malah direalisasikan.

RUJUKAN.

Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga ( Disember 2008). Bahagian Perancangan & Penyelidikan

Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Janting Ak Ringkai & Jamin Nantang (2006). Jilid 1: Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun

2006.Daripada Grid Ke JSPG , m/s 102-110. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Ismail Kailani, Khairuzaman Ismail. Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1999). Prosiding Seminar Pengajaran Sains dan Matematik 1999

(27 – 30 September 1999), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Kompilasi Kajian Tindakan (2007). Pejabat Pelajaran Gabungan Sandakan

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan Skudai Johor :UTM.

Mohd Ali Samsudin, Syarifah Norhaidah Syed Idros dan Zurida Ismail. (2006). Kaedah

Mengajar Sains. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang .(1997). Pedagogi Sains 2:Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd..

Saifuddin Azwar (1995). Sikap Manusia (Edisi Kedua). Yogyakarta : Pustaka Pelajar.

Page 13: HUbungan Sikap Murid Terhadap Mp Sains

Soon Seng Thah (2006). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan : Trend, Metadologi & Prospek. Seminar

Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

http://www.slideshare.net/must2ra86/mini-kajian-tindakan-penceritaan-dan-permainan-

2835242  http://mptkl.tripod.com/rnd/tajuk00_1.htm                                                                         

                                

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/12/krs3023-kajian-pendidikan-sains.html