hubungan kepemimpinan dan iklim organisasi sekolah

35
HUBUNGAN KEPEMIMPINAN HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH SEKOLAH Zaidatol Akmaliah Lope Pihie

Upload: ishana

Post on 11-Feb-2016

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

HUBUNGAN KEPEMIMPINAN HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI DAN IKLIM ORGANISASI

SEKOLAHSEKOLAH

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie

Page 2: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Melihat kepada perubahan persekitaran yang begitu cepat memerlukan pihak sekolah bertindak lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar berpendidikan dan berupaya untuk bersaing dalam ekonomi global. Bagaimanakah caranya pemimpin sekolah bertindak? Dapatkah mereka bertindak secara professional atau sebaliknya? Sudah tentu cara tradisional seperti “command and control” tidak lagi sesuai diamalkan.

Page 3: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Menurut Hirschhorn (1997), terdapat dua orientasi pemimpin iaitu orientasi birokratik dan orientasi profesional. Birokrasi bermaksud pemimpin melaksanakan kawalan berpusat dan proses kerja diselaraskan. Walhal orientasi profesional melaksanakan peraturan yang diaplikasi secara fleksibel, kawalan dikongsi bersama, dan proses kerja terbuka untuk perbincangan bersama.

Page 4: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Pemimpin sekolah yang sentiasa menekankan pemusatan dan sesuatu yang rasmi akan menggunakan kuasa untuk mengawal tanpa mengambilkira keupayaan guru. Kuasa kedudukan digunakan dan berpusat dalam pejabat pentadbir. Pemimpin ini akan mendisiplinkan guru dengan mendapatkan pematuhan (compliance) melalui arahan organisasi. Kepatuhan yang rigid terhadap undang-undang dan peraturan diamalkan dan diberi sedikit ruang sahaja untuk menggunakan budi bicara untuk guru-guru bertindak dalam menjalankan tugas.

Page 5: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Proses kerja dibentuk dengan ketat untuk memantau guru, dan menggunakan paksaan untuk guru melaksanakan tugas seperti yang diharapkan. Pemimpin beranggapan tanpa pemantauan ketat guru tidak akan memberikan yang terbaik untuk sekolah, guru akan curi tulang dan mengurangkan usaha dan menganggap guru sebenarnya tidak bermotivasi untuk mencapai wawasan sekolah sebaliknya hanya menanti gaji di hujung bulan. Kesan daripada budaya ini guru hidup dalam keadaan tertekan dan menghalang komunikasi terjadi, kurang semangat dan melemaskan.

Page 6: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Mengapa pemimpin perlu memahami kesan tingkah laku mereka? Pertama, tingkah laku yang mengamalkan budaya autoritarian akan mempengaruhi pola berkomunikasi terutama di antara aras hierarki yang wujud dalam organisasi. Kakitangan tidak dapat menerima dan memberi idea yang tepat kerana mereka menyekat diri mereka untuk bercakap benar kerana bimbang berhadapan masalah sama ada dengan pentadbir atau rakan setugas. Jadi segala percakapan menjadi begitu berhati-hati dan tidak telus.

Page 7: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Kedua apabila pemimpin terlalu mengawasi guru-guru seperti menjelaskan struktur tugas untuk dilaksanakan oleh guru yang berkemampuan tinggi dengan begitu mendalam, atau meleteri hasil kerja guru-guru kerana dikatakan tidak mencapai piawai adalah mengggambarkan ketidakpercayaan pemimpin dan ia tidak menghormati guru sebagai individu berkemampuan.

Page 8: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Kesemua ini menghasilkan guru yang terlalu bergantung dan menjejas kemampuan untuk pembangunan diri dan jika ini terjadi, mampukah guru-guru menghadapi cabaran global? Jadi sebagai pemimpin mereka perlu mencipta budaya meningkatkan kematangan diri dan seterusnya diberi peluang memiliki autonomi dalam menjalankan tugas.

Page 9: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Terlalu mengikut peraturan juga merupakan kesan tingkah laku pemimpin autoritarian ini. Memang betul sekolah mempunyai peraturan, prosedur kerja, dan mekanisma formal yang lain yang digunakan sebagai panduan tingkah laku organisasi. Mengapa pemimpin gemar menggunakan peraturan? Ini mungkin disebabkan rasa bimbang yang guru akan menjadi kurang bertanggungjawab atau mengambil mudah tugas yang diberikan kepada mereka.

Page 10: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Jika ini terjadi guru-guru akan sentiasa berdendam, kurang komitmen, menipu dan sebagainya. Jadi apabila suasana menjadi tegang, pemimpin akan berterusan menggunakan peraturan dengan ketat ke atas pergerakan guru-guru. Untuk menghadapi persekitaran yang sentiasa berubah, pemimpin sekolah perlu bersikap fleksibel.

Page 11: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Perlukah Guru-guru di Kawal?

Sebenarnya guru-guru tidak suka untuk dikawal kerana ini akan menggugat profesionalisme mereka. Mereka terasa hasil kerja mereka tidak sepadan dengan tugas yang dilaksanakan dengan kawalan pihak pengurusan. Sekiranya kawalan sentiasa terjadi guru-guru akan berdendam, tidak berkesanggupan untuk bekerjasama bagi mencapai wawasan sekolah.

Page 12: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Sebaliknya pemimpin yang berorientasi profesional menggunapakai orientasi kepimpinan yang lebih fleksibel iaitu kurang berpusat dan berbentuk rasmi. Pemimpin mengiktiraf kelulusan dan kelayakan guru, dan dengan ini guru diberi lebih kepercayaan dan autonomi. Polisi dan prosedur kerja tetap wujud secara bertulis tetapi ia dianggap sebagai panduan yang fleksibel, dan bukannya mesti dituruti secara mutlak. Dengan cara ini motivasi dan komitmen guru dapat lebih ditingkatkan. Guru-guru akan bekerja melebihi jangkaan biasa. Jadi para pemimpin sebenarnya perlu percaya kepada kemampuan guru.

Page 13: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Kepemimpinan sebegini tidak mengamalkan penyeliaan atau pemantauan rapi terhadap aktiviti guru, sebaliknya percaya guru berkemampuan mengamalkan yang terbaik untuk menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran dalam suasana percaya mempercayai antara satu dengan yang lain. Suasana percaya mempercayai ini akan menghasilkan data yang tepat, relevan dan lengkap untuk membuat keputusan. Pemimpin tidak menggunakan kuasa paksaan tetapi terlibat dalam membantu dan melibatkan diri bersama-sama guru untuk meningkatkan profesionalisme guru (Techannen & Moran, 2004).

Page 14: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Mereka juga menyarankan cara bekerja begini mampu membentuk rasa percaya mempercayai dalam kalangan guru yang seterusnya membina kerjasama, dan bukan persaingan yang tidak sihat. Kesan positif akan diperoleh sekiranya tingkah laku pemimpin lebih bercorak profesional dan menjanjikan perkembangan yang subur.

Page 15: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Jadi untuk menghasilkan guru cemerlang prestasinya pemimpin sekolah perlu mengamalkan kepemimpinan bersama (shared leadership), kepemimpinan partisipatif (participative leadership) atau kepemimpinan tersebar (distributed leadership). Pihak pemimpin sekolah perlu meningkatkan inspirasi guru dan menggalakkan kakitangan memberi sokongan melalui bimbingan dan pementoran sekiranya mereka ingin mencapai penambahbaikan sekolah.

Page 16: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Leithwood dan Richt (2003) mencadangkan jika perubahan diperlukan, maka guru perlu berkemampuan untuk menyokong, menyelaras, menjadi mentor, dan membimbing antara satu dengan yang lain. Sebenarnya di setiap sekolah, guru-guru memiliki tugas kepemimpinan. Early et.al (2002) menyatakan pemimpin sekolah yang bagus berkongsi tanggungjawab kepemimpinan dengan ahli organisasi dan menggalakkan budaya menyokong dan kolaboratif. Keadaan ini memerlukan kemahiran membina pasukan dan Early et.al (2002) menyarankan program pembentukan kepemimpinan perlu menfokuskan kepada pengurusan hubungan interpersonal dan menghubungkait pengurusan staf dengan pengurusan untuk mencapai wawasan.

Page 17: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Iklim Organisasi Sekolah

Organisasi ialah jumlah kualiti persekitaran dalam sesebuah organisasi. Iklim boleh dikategorikan kepada dua iaitu iklim terbuka dan iklim tertutup (Halpin & Croft, 1963). Iklim organisasi bermula dari bidang psikologi. Ia boleh digambarkan sebagai ‘personaliti’ sesebuah sekolah. Apabila kita melawat mana-mana sekolah kita akan merasa wujud kelainan antara sekolah tersebut dengan sekolah lain.

Page 18: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Iklim Terbuka

Menggambarkan sebuah sekolah yang bertenaga, hidup dan sentiasa bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat. Iklim ini menyediakan rasa kepuasan dalam kalangan ahli sekolah. Tindakan kepemimpinan dilihat lebih mudah dan sesuai untuk kedua-dua pemimpin dan pengikut. Ciri utama iklim terbuka ialah tingkahlaku tulen ditonjolkan oleh ahli sekolah. Ciri-ciri iklim sekolah terbuka menggambarkan wujud kadar rintangan dan kadar terpisah yang rendah antara ahli, tidak menekankan pengeluaran, serta kadar kepercayaan dan pertimbangan yang tinggi diamalkan oleh pemimpin.

Page 19: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Iklim Tertutup

Sikap tidak peduli dalam kalangan staf menggambarkan iklim tertutup. Organisasi sekolah tidak bergerak. Semangat staf berada di aras rendah kerana ahli organisasi tidak mencapai kepuasan dalam prestasi bekerja serta kepuasan dalam keperluan sosial mereka. Tingkahlaku ahli boleh ditafsirkan sebagai tidak tulen, dan organisasi dalam keadaan pergerakan mendatar. Jadi ciri-ciri iklim tertutup dicirikan oleh suasana di mana wujud kadar rintangan, pengasingan dan pemisahan antara ahli yang tinggi. Terdapat hubungan yang tidak mesra dalam kalangan guru dan guru tidak mempunyai semangat yang tinggi. Pemimpin pula memberi tekanan kepada pengeluaran.

Page 20: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Walaubagaimanapun, sebenarnya darjah keterbukaan iklim sekolah adalah hasil daripada interaksi antara ahli organisasi yang berkualiti. Hoy et.al, (1991) telah menjelaskan iklim sekolah melalui instrumen yang mengukur enam tingkahlaku seperti berikut: yang dipanggil OCDQ-RE (Organizational Climate Description Questionnaire) untuk sekolah rendah.

Page 21: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Tingkah laku Pengetua yang Menyokong

Tingkahlaku ini menggambarkan pertimbangan terhadap guru. Pemimpin mendengar pandangan dan cadangan guru. Pujian diberikan dengan jujur dan kerap. Kritikan diberikan secara membina, kecekapan guru dihormati, dan pemimpin menunjukkan minat secara peribadi dan profesional kepada guru.

Tingkah laku Pengetua yang Direktif

Tingkahlaku ini berbentuk ‘rigid’, penyeliaan rapi, pemimpin mengamalkan pemantauan dan kawalan yang berterusan terhadap kerja dan aktiviti guru dengan terperinci.

Page 22: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Tingkah laku pengetua yang ‘restrictive’

Tingkahlaku ini menghalang, dan bukan membantu guru dalam melaksanakan tugas. Pengetua membebankan guru dengan menyediakan kertas kerja, menulis keperluan jawatankuasa, tugas rutin, dan keperluan tugas lain yang mengganggu tanggungjawab pengajaran mereka.

 Tingkah laku guru yang ‘collegial’

Tingkahlaku ini menyokong interaksi terbuka dan profesional antara guru. Guru merasa bangga terhadap sekolah, seronok bekerja dengan rakan setugas, bersemangat, menerima dan menghormati rakan sekerja.

Page 23: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Tingkah laku guru yang mesra

Tingkahlaku ini menggambarkan hubungan sosial yang kohesif antara guru. Guru-guru mengenali satu sama lain, menjadi rakan peribadi yang rapat, selalu bergaul bersama, dan menyediakan sokongan antara satu sama lain.

Tingkah laku guru yang tidak mesra

Tingkahlaku ini menggambarkan aktiviti profesional yang tidak berfokus dan tidak bermakna. Guru menggunakan masa untuk melaksanakan tugas yang tidak produktif, mereka tidak mempunyai matlamat bersama. Tingkahlaku mereka berbentuk negatif dan selalu mengkritik rakan di sekolah.

Page 24: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Hoy et.al (1991) juga telah membentuk satu laagi instrumen untuk mengukur iklim sekolah menengah yang dipanggil OCDQ-RS. Lima tingkahlaku digunakan untuk menjelaskan iklim organisasi sekolah menengah seperti berikut:

Tingkah laku Pengetua yang Menyokong (Supportive Principal Behaviour)

Tingkahlaku ini menggambarkan usaha pengetua untuk memotivasikan guru-guru dengan menggunakan kritikan yang konstruktif dan memberi contoh melalui kerja kuat. Pada masa yang sama pengetua akan membantu dan memberi perhatian sebenar terhadap kebajikan peribadi dan profesional guru. Tingkahlaku ini terarah untuk mencapai keperluan sosial dan pencapaian tugas guru.

Page 25: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Tingkah laku Pengetua yang direktif (Directive Principal Behaviour)Tingkahlaku yang ‘rigid’ dan mempraktikkan penyeliaan yang menindas. Pengetua tetap mengekalkan kawalan yang rapi dan berterusan terhadap guru dan aktiviti sekolah dengan terperinci.

Tingkah laku guru yang “engaged” (Engaged Teacher Behaviour)Tingkahlaku ini digambarkan oleh semangat guru yang tinggi. Guru bangga terhadap sekolahnya, seronok bekerja dengan rakan, dan menyokong rakan sekerja. Mereka bukan sahaja memberi perhatian terhadap satu sama lain, tetapi komited terhadap kejayaan pelajar mereka. Mereka mesra dengan pelajar, percayakan pelajar dan optimistik dengan keupayaan pelajar untuk berjaya.

Page 26: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Tingkah laku guru yang kecewa (Frustrated Teacher Behaviour)Tingkahlaku ini menggambarkan pola umum di mana wujud campurtangan pihak pentadbiran dan rakan sekerja yang menganggu tugas pengajaran yang asas. Tugas rutin, kertas kerja pentadbiran, dan terlalu banyak tugasan bukan pengajaran. Guru-guru berasa marah dan akan mengganggu antara satu sama lain.

 Tingkah laku guru yang mesra/intimate (Intimate Teacher Behaviour)Tingkahlaku ini menunjukkan jaringan dan hubungan sosial antara guru yang kohesif dan kuat. Mereka mengenali dengan baik satu sama lain, berkawan dengan rapat dan mesra.

Page 27: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Hubungan Stail Kepimpinan dan Iklim Sekolah

Sekolah yang memiliki iklim terbuka dilihat sebagai mempunyai pengetua yang mengamalkan tingkahlaku menyokong dan tingkahlaku guru yang ‘engaged’. Keadaan ini juga menggambarkan pengetua kurang mengamalkan tingkahlaku yang direktif dan tingkahlaku guru yang kecewa (frustrated). Terdapat banyak kajian yang mengkaji hubungan stail kepimpinan dan iklim sekolah. Contohnya Holley (1995) merumuskan stail kepimpinan pentadbir sekolah dapat mencipta iklim yang kondusif dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Begitu juga dapatan oleh Withrow (1993) yang mendapati wujud korelasi yang signifikan antara tingkahlaku kepimpinan dan iklim sekolah.

Page 28: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Kajian kepimpinan yang telah dijalankan di Ohio State University dalam tahun 1940’an mendapati kepimpinan boleh dijelaskan dalam bentuk dua dimensi-iaitu tingkahlaku menstrukturkan tugas dan tingkahlaku pertimbangan (Stogdil, 1962).

Menstrukturkan tugas menggambarkan tingkahlaku pemimpin ynag cuba untuk mengelola kerja, hubungan, kerja dan matlamat. Pemimpin yang tinggi dalam menstrukturkan tugas menekankan penjadualan tugas dan tugasan yang spesifik, membentuk saluran komunikasi dan memastikan kakitangan bekerja dengan penuh kapasiti.

Pertimbangan pula menggambarkan pemimpin yang menjaga hubungan berlandaskan rasa percaya mempercayai, menghormati kakitangan dan menghargai perasaan mereka. Pemimpin yang tinggi dalam pertimbangan mendengar pandangan kakitangan akan mudah didekati.

Page 29: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Kajian Ohio ini mencadangkan pemimpin yang menunjukkan pertimbangan dan penstrukturan tugas ini dapat dikategorikan kepada 4 kuadran seperti berikut;

Kuadran Kuadran II

Pertimbangan tinggi Penstrukturan tugas rendah

Pertimbangan tinggi Penstrukturan tugas tinggi

Kuadran IV Kuadran I

Pertimbangan rendah Penstrukturan tugas rendah

Pertimbangan rendah Penstrukturan tugas tinggi

Penstrukturan Tugas

Rendah Tinggi

Tinggi

Pertimbangan

Rendah

Page 30: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

• Kuadran I :Pemimpin ini rendah dalam pertimbangan tetapi tinggi dalam penstrukturan tugas. Beliau berorientasikan tugas dan hanya berminat dengan perlaksanaan tugas, lupa bahawa ia berurusan dengan manusia yang ada perasaan.

• Kuadran II :Pemimpin ini tinggi dalam pertimbangan dan tinggi juga dalam menstrukturkan tugas. Beliau berjaya memimpin dengan cekap dan berkesan, mampu mengurus kakitangan dan kerja dengan baik.

Page 31: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

• Kuadran III :Pemimpin ini tinggi dalam pertimbangan tetapi rendah dalam menstrukturkan tugas. Beliau mengekalkan hubungan mesra dengan pekerja dan memberi sepenuh perhatian terhadap kebajikan kakitangan, tetapi tidak efektif dalam penyempurnaan tugas.

• Kuadran IV :Pemimpin ini rendah dalam pertimbangan dan penstrukturan tugas. Cara kepimpinannya menghasilkan kekecohan dan tidak efektif.

Page 32: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

John et al (1999) mendapati wujud korelasi yang negatif dan signifikan antara indeks iklim terbuka dengan stail kepimpinan kuadran I dan IV, juga mempunyai hubungan yang positif dengan subskala pertimbangan, dan mempunyai hubungan yang negatif dengan subskala penstrukturan tugas. Tingkahlaku pertimbangan pemimpin sekolah juga berkorelasi secara signifikan dengan subskala iklim kecuali subskala tingkahlaku guru kecewa. Terdapat hubungan yang kuat dengan tingkahlaku pengetua yang menyokong dan tingkahlaku guru yang ‘engaged’. Penstrukturan tugas mempunyai korelasi yang positif dengan tingkah laku pengetua yang direktif dan tingkahlaku guru yang kecewa (John et al, 1999).

Page 33: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Rumusan daripada hubungan OCDI dan stail kepimpinan pemimpin sekolah adalah seperti berikut;

1) Sekiranya pengetua tinggi dalam pertimbangan dan struktur, guru akan terlibat dalam perancangan dan program sekolah dan melihat pengetua mengamalkan tingkahlaku yang direktif.

2) Sekiranya tingkahlaku pertimbangan menurun dan struktur dikekalkan, guru akan berasa kecewa dan berpersepsi yang pengetua kurang mengamalkan tingkahlaku yang menyokong.

3) Sekiranya struktur tugas dikurangkan dan pertimbangan dikekalkan, guru melihat pengetua kurang direktif dan akan merasa kurang kecewa.

4) Apabila kedua-dua pertimbangan dan struktur tugas dikurangkan, guru melihat pengetua tidak menyokong dan memisahkan mereka daripada program dan perancangan sekolah.

Page 34: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Secara rumusannya pengetua yang mengamalkan struktur tugas dilihat sebagai pemimpin direktif dan cenderung untuk membuat guru rasa kecewa. Pemimpin yang mengamalkan pertimbangan sebaliknya dilihat sebagai pemimpin yang menyokong, dan guru melibatkan diri dengan aktif di sekolah. Jadi pemimpin yang mengamalkan orientasi tugas tanpa memberi perhatian, tidak menghormati guru, tiada pertimbangan dan tidak mesra akan menghasilkan iklim tertutup, dan guru akan hanya menjalankan kerja sepertimana yang diarahkan sahaja tanpa semangat yang jitu.

Page 35: HUBUNGAN KEPEMIMPINAN DAN IKLIM ORGANISASI SEKOLAH

Rumusan

Pemimpin sekolah perlu memahami kesan tingkahlaku masing-masing terhadap prestasi kakitangan. Bab ini cuba menerangkan peranan kepimpinan dalam menentukan iklim organisasi sekolah melalui analisis OCDI yang menyenaraikan beberapa jenis tingkahlaku yang dapat dikaitkan dengan iklim terbuka dan tertutup. Kajian Ohio digunakan untuk melihat hubungan stail kepimpinan pengetua dan iklim sekolah. Didapati stail penstrukturan tugas akan menghasilkan iklim tertutup seperti kepimpinan direktif dan tingkahlaku guru yang kecewa. Stail kepimpinan pertimbangan akan menghasilkan iklim terbuka, di mana guru mengenali tingkahlaku pengetua yang menyokong dan tingkahlaku guru yang ‘engaged’.