hubungan etnik (she101)

14
I. Abstrak Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak langsung telah memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara langkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Pada masa ini, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia 1

Upload: wilma-no-bias

Post on 02-Aug-2015

296 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: hubungan etnik (SHE101)

I. Abstrak

Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak langsung telah memainkan

peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah,

kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam

kalangan rakyat. Antara langkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan

Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Pada masa ini, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan telah memperkukuh lagi

warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan

makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik melayu

seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan masakan etnik

cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari. Manakala dari segi

pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju kurung dan baju

melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari Kemerdekaan, kesenian

rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan. Begitu juga perbarisan

kontinjen pasukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan tlah memaparkan kesenian rakyat

Malaysia.

Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita

harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk

keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan

panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

1

Page 2: hubungan etnik (SHE101)

II. Pengenalan

Kepelbagaian makanan tradisi di Malaysia merupakan satu identiti negara yang

terkenal dengan penduduk yang pelbagai kaum, etnik dan budaya. Setiap kaum di Malaysia

mempunyai makanan tradisinya yang tersendiri dan mempunyainya rasa dan rupa bentuk

yang tersendiri. Sebagai contoh, makanan kaum Melayu adalah nasi lemak, makanan kaum

cina ialah kuey teow goreng dan makanan kaum india ialah roti canai. Perkongsian makanan

tradisi antara kaum di Malaysia dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-

makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah

disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia. Pada masa ini, kaum lain dapat

menerima dan turut dapat menikmati keenakan makanan etnik lain. Sebagai contoh kaum

Cina dapat menikmati dan turut menjadikan makanan kaum melayu sebagai menu dalam

makanan harian mereka seperti nasi lemak begitu juga dengan makanan kaum lain. Kini,

pelbagai restoran turut menyediakan pelbagai menu makanan yang meliputi makanan kaum-

kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan makanan etnik lain. Keadaan ini

memperlihatkan konsep Satu Malaysia yang berjaya diwujudkan dalam pelbagai kaum di

Malaysia melalui aspek makanan. Dewasa ini, terdapat pelbagai menu yang menjadi lambang

kepada konsep Satu Malaysia seperti nasi lemak, nasi campur, char keuw tiau, rojak buah,

laksa, pesembur dan banyak lagi. Selain itu, masyarakat Malaysia kini juga dapat makan di

bawah satu bumbum seperti mana yang dapat kita dilihat dalam kompleks beli belah, terdapat

Food Court yang dimiliki oleh pelbagai kaum dan menawarkan menu makanan kaum

mereka. Para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat menikmati pelbagai

makanan kaum yang lain dibawah satu bumbum.

2

Page 3: hubungan etnik (SHE101)

III. Objektif

Mengkaji kepelbagaian makanan etnik yang berkonsepkan satu Malaysia.

Membuat analisis tentang makanan etnik.

Mengenal pasti cara mempertingkatkan dan memartabatkan kepelbagaian

makanan etnik.

Mengenal pasti kisah disebalik makanan tempatan kita.

Memahami budaya kaum lain melalui kepelbagaian makanan.

3

Page 4: hubungan etnik (SHE101)

IV. Dapatan kajian dan analisis

Melalui soal selidik yang telah dijalankan di beberapa tempat seperti di Restoran Khaleel,

Restoran Anjung Semarak, Café Mahasiswa dan beberapa kedai makanan yang terdapat

disekitar Universiti Sains Malaysia, terdapat pelbagai makanan tradisi mengikut kaum yang

dapat melambangkan konsep Satu Malaysia. Antaranya adalah nasi lemak, nasi tomato, nasi

dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik, laksa, pasembur, nasi kandar, roti canai, nasi

briani, Char kway teow dan sate celup. Pelbagai Makanan tradisi Melayu, India dan Cina ini

menjadi satu lambing kesatuaan dalam rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini

demikian kerana makanan setiap kaum dapat dinikmati oleh kaum yang lain sekaligus

merapatkan jurang antara kaum.

Nasi berlauk

Budaya makanan orang Melayu selari dengan konsep satu Malaysia yang mana pelbagai

lauk-pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi diumpamakan sebagai

sebuah negara dan lauk pauknya diumpamakan sebagai kaum-kaum yang terdapat dalam

negara. Nasi tanpa lauk pauk tidak sempurna, begitu jugalah dengan sebuah negara yang

mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum tidak akan sempurna jika tidak bersatu-padu.

Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini

juga berjaya membentuk budaya pemakanan dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi

menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’.

Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam

masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan

mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari

keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya. 

4

Page 5: hubungan etnik (SHE101)

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau

masak lemak. Bahan perasa dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan

rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia,

bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu

manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya digoreng tanpa minyak terlebih dahulu

sebelum dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai,

daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah

pala.Terdapat beberapa contoh makanan melayu di negara kita adalah seperti nasi lemak, nasi

tomato, ketupat, lauk rendang, satay, nasi ambeng, kuih-muih tradisional dan sebagainya.

Nasi Lemak

Nasi lemak bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum

Cina dan India. Nasi lemak

dahulunya dihidang untuk sarapan

pagi tetapi pada masa kini dijadikan

hidangan tengah hari dan malam. Ia

juga turut dihidang pada rumah

terbuka dan dijadikan salah satu

menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi

lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging),

sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

5

Page 6: hubungan etnik (SHE101)

Nasi Tomato

Selain itu, Nasi tomato turut mendapat tempat dalam kalangan penduduk yang pelagai kaum

di Malaysia. Ianya dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-

lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan

dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah

seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak,

ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula

berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan

sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam,

ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri

Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan

ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain. Makanan-makanan orang

melayu ini bukan sahaja dinikmati oleh orang melayu tetapi turut dinikmati oleh kaum lain

seperti Cina dan India.

Nasi Kandar

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma

dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah

seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu.

Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri

lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa

yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain.

Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam

30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar

ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah

6

Page 7: hubungan etnik (SHE101)

goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi

kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India

Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan

mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan

Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah

dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini

menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan

mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh

dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas

daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi

kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Roti Canai

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya

ialah makanan kegemaran kaum India. Buat

masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya

bersama dengan nasi lemak, diminati oleh

sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang

diolah dari gandum tulin mempunyai banyak

khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini

sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

7

Page 8: hubungan etnik (SHE101)

Nasi Briani

Nasi briani turut berasal daripada negara India. Terdapat beberapa jenis nasi beriani tetapi

yang menjadi sebutan dan gilaan ialah nasi beriani gam. Ia bukan sahaja digemari oleh kaum

India tetapi juga diminati oleh kaum-kaum yang lain.

Nasi beriani ini dipelopori oleh orang Melayu

terutama di Johor. Nasi beriani gam ini dimasak

bersama dengan lauknya sama ada ayam atau daging

dan doh tepung gandum menjadi bahan penampal

atau pelekat. Doh ini akan ditampal di sekeliling tutup

periuk untuk mengekalkan wap dan haba, dan seterusnya mengekalkan aroma dan tekstur

nasi. Kuih muih orang India dijual di restoran mamak ialah: wade, maruku dan suji. Pelbagai

minuman berasaskan tairu dan buah-buahan juga turut dijual. Contohnya nasi mangga.

Char Kway Teow

Char kway teow merupakan makanan

yang popular di Malaysia dan berasal daripada

negara China . Char kway teow merupakan

makanan kaum Cina dan diperbuat daripada

kuey teow, dalam bahasa Mandarin disebut

“shāhé fěn”. Ianya digoreng di atas api panas

dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Pada asalnya ia

dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini dimasak

menggunakan minyak biasa. Hal ini demikian kerana terdapat pengusaha Makanan yang

beragama Islam dan juga sebagai tanda menghormati agama lain yang mengharamkan apa-

8

Page 9: hubungan etnik (SHE101)

apa hasil daripada babi maka pengusaha Cina menukar lemak babi kepada minyak biasa.

Keadaan ini memperlihatkan hubungan etnik yang padu dalam kalangan kaum di Malaysia

yang mana kaum Cina memahami budaya pemakanan kaum lain dan menyesuaikan masakan

mereka mengikut keperluan budaya kaum lain terutamanya yang berlainan agama.

Lok lok (sate celup)

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang

masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina begitu

juga ia telah menjadi makanan ringan kegemaran kaum

lain. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan

makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut.

Kini, sate celup bukan sahaja dijajah oleh kaum Cina

malahan kaum Melayu, kaum India dan kaum yang lain turut menjajah sate celup. Keadaan

ini membuktikan usaha meluaskan pasaran makanan kaum Cina bukan sahaja dijalankan oleh

kaum Cina malah kaum yang lain turut memasarkan makanan kaum Cina.

9

Page 10: hubungan etnik (SHE101)

V. Kesimpulan

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, mempunyai makanan tradisional

sendiri ialah sesuatu yang harus dibanggakan kerana ia mencerminkan keunikan

budaya dan identiti bangsa di negara kita. Oleh itu, kita harus berasa bangga terhadap

negara kita.

10